You are on page 1of 6

KARANGAN BENTUK SYARAHAN / PIDATO

MAKSUD SYARAHAN:

Syarahan atau dinamakan juga pidato lebih menekankan kepada kemahiran bertutur. Dalam
syarahan, hal yang penting diberi perhatian ialah daya tarikan kepada pendengar. Mereka akan
bersyarah berdasarkan teks syarahan yang disediakannya. Bagaimanapun, pemidato yang baik
tidak terlalu bergantung pada teks.

Dalam menulis syarahan, awda haruslah lebih memberikan tumpuan kepada cara untuk menarik
perhatian pendengar ini. Dalam kata lain, walaupun dalam bentuk tulisan, namun perlu juga
dibayangkan bahwa syarahan yang awda tulis itu sebenarnya dalam bentuk pertuturan. Ini
disebabkan teks syarahan awda itu nanti akan dijadikan panduan oleh pemidato dalam
menyampaikan syarahannya.

Terdapat dua jenis syarahan yang lazim, iaitu :


Syarahan yang diadakan dalam di dalam sesuatu majlis yang khusus. Dalam syarahan atau
pidato, pemidato akan diberikan tajuk yang khusus untuk memperkatakannya. Ini berbezakan
dengan karangan jenis ucapan, tidak diberi tajuk.
Syarahan atau pidato dalam bentuk pertandingan. Dalam sesuatu pertandingan pidato, teks
pidato itu diperlukan sebagai panduan kepada pemidato. Di sekolah umpamanya, banyak
pertandingan syarahan sama ada peringkat sekolah itu sendiri atau peringkat daerah dan
seterusnya peringkat negeri diadakan.

Syarahan biasanya mempunyai tajuk tertentu. Seseorang yang bersyarah akan mengupas tajuk
itu. Ini bermakna syarahan bertujuan untuk menyampaikan fakta, pengetahuan dan perkaraperkara yang serius berhubung atau relevan dengan tajuk yang diberi kepadanya.

FORMAT SYARAHAN :

Syarahan biasanya lebih panjang dari ucapan dan taklimat. Ini disebabkan dalam syarahan,
tajuk-tajuk tertentu biasanya telah diberikan oleh penganjur kepada pihak penceramah.
Penceramah akan bercakap di bawah tajuk itu.

Tajuk tersebut akan dihuraikan dengan mengemukakan fakta-fakta yang berhubungan dan
dibuktikan melalui contoh-contoh yang sesuai supaya orang ramai yang mendengar berasa yakin
dengan isi-isi yang disyarahkan itu.

Untuk tujuan peperiksaan, awda akan dikehendaki menulis teks syarahan. Teks ucapan
mempunyai hubungan rapat dengan format syarahan. Antara perkara penting yang ada dalam
sesuatu syarahan ialah :
Ucapan selamat kepada para tetamu yang hadir, dimulai dengan pengerusi majlis, tetamu khas
dan hadirin. Awda juga boleh memberi penghargaan kepada penganjur atau kerana diberi
peluang untuk bersyarah jika selain syarahan berbentuk pertandingan.
Menyatakan tajuk syarahan yang akan disampaikan dan tujuan syarahan itu dibuat.
Isi-isi syarahan iaitu fakta-fakta yang relevan dengan tajuk syarahan. Bahagian ini mesti lebih
panjang daripada bahagian-bahagian lain. Di sinilah letaknya peruntukkan markah yang paling
banyak. Bahagian isi syarahan haruslah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pendahuluan, isi
dan ceramah. Pendahuluan dalam syarahan bolehlah dipenuhi dengan definisi atau latar
belakang persoalan atau tajuk yang disyarahkan. Bahagian isi pula ialah butiran yang relevan
dengan tajuk sementara bahagian kesimpulan pula ialah rumusan daripada kandungan yang
telah disyarahkan.Bahagian kesimpulan ini juga bolehlah membuat penegasan terhadap butirbutir penting yang telah disyarahkan.
Kata-kata hormat kepada sidang hadirin yang diselang selikan di antara permulaan perenggan
tertentu.
Penutup syarahan iaitu dengan memohon maaf andainya ada ketelanjuran kata dan
mengucapkan terima kasih.
Kalau digambarajahkan, format pemerangganan syarahan adalah seperti berikut :
Kata-kata aluan kepada yang hadir

Pendahuluan untuk isi-isi syarahan

Isi syarahan 1

Isi syarahan 2

Isi syarahan 3

Isi syarahan 4

Isi syarahan 5

Kesimpulan isi-isi syarahan

Penutup syarahan

TEKNIK MENULIS SYARAHAN:

Langkah pertama dalam syarahan ialah menyebut kata-kata aluan. Kata-kata aluan ini berbeza
mengikut keperluan syarahan. Syarahan yang dibuat dalam majlis memounyai kata-kata aluan
yang berbeza dengan syarahan dalam bentuk pertandingan.

Contoh kata-kata aluan untuk majlis ialah seperti berikut :

Yang Mulia Tuan Pengerusi majlis, Tuan Pengetua, guru-guru dan para pelajar sekalian. Terlebih
dahulu daya mengucapkan terimakasih kepada pihak sekolah kerana mengundang saya untuk
menyampaikan syarahan pada hari ini.

Contoh kata-kata aluan untuk pertandingan syarahan adalah seperti berikut:

Terima kasih Tuan Pengerusi, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakanrakan pelajar sekalian.

PENDAHULUAN :

Pendahuluan untuk isi-isi syarahan akan menggambarkan persoalan yang akan disyarahkan.
Maksudnya pendahuluan itu haruslah menggunakan ayat yang jelas menggambarkan tujuan
atau apa yang akan kita percakapkan. Bayangkanlah pendengar syarahan kita bertanya tiga
soalan ini:
Untuk apa aku mendengar syarahan?
Apa kena mengena syarahannya dengan aku?
Apa yang diperkatakannya?
Pendahuluan syarahan awda haruslah memberi jawapan kepada tiga soalan di atas. Untuk
menarik minat pendengar, pendahuluan syarahan haruslah menarik. Syarahan awda boleh
dimulai dengan:
Mengemukakan cerita atau peristiwa yang ada hubungan dengan isi syarahan.
Menyebut sebarang persoalan yang penting, disukai, dihargai atau kerap dialami pendengar.
Menyebut perumpamaan, kata-kata hikmat, madah pujangga dan sebagainya yang berkaitan
dengan isi syarahan.
Menyebut fakta-fakta yang mengejutkan para pendengar tentang isi syarahan yang belum
diketahui pendengar.
Perhatikan dua contoh perenggan pendahuluan syarahan ini.

Kalau awda singgah di sebuah restoren di Jakarta, sebelum pelayan restoren itu datang, awda
mungkin akan didekati oleh penjaja jalanan dan bertanya Beli buku laris ini pak? Ini sekurangkurangnya menunjukkan penghormatan kepada buku di kalangan masyarakat di situ.
Bagaimana kita di sini? Kenapa kita begitu liat untuk membeli buku? Bagaimana caranya untuk
menjadi seorang pembaca buku yang baik? Inilah antara perkara yang akan saya kemukakan
dalam syarahan bertajuk Peranan buku dalam pembangunan negara ini.

Atau

Tahukah awda bahawa masyarakat Jepun membaca tiga buah buku setahun? Dan tahukah awda
bahawa masyarakat Malaysia hanya membaca satu halaman buku setahun? Berdirinya saya di
depan tuan-tuan ini ialah untuk menyampaikan syarahan bertajuk Peranan buku dalam
pembangunan negara. Semua orang tahu tentang buku tetapi tidak semua orang tahu
membaca buku, maksud saya membaca buku dengan betul.

ISI SYARAHAN :

Isi syarahan mestilah relevan dengan tajuk. Untuk menulis karangan berbentuk syarahan ini,
awda haruslah mempunyai lebih kurang lima isi untuk setiap tajuk syarahan yang dihuraikan
masing-masing pada perenggan yang berbeza.

KESIMPULAN :

Sebaik-baiknya, kesimpulan dalam syarahan awda haruslah mempunya hubung kait dengan
pendahuluan. Bagaimanapun terdapat pelbagai cara untuk membuat kesimpulan syarahan
seperti :
Membuat rumusan isi-isi syarahan yang telah dinyatakan.
Mengulang perkara-perkara penting yang telah disebutkan dalam syarahan itu.
Menyeru pendengar supaya mengubah sikap lama atau pandangan terhadap persoalan yang
telah disyarahkan.
Menyerahkan pertimbangan terhadap isi-isi syarahan kepada kebijaksanaan para pendengar
sendiri.

Perhatikan dua contoh kesimpulan syarahan berikut:

Kesimpulannya ialah kemerosotan disiplin di kalangan pelajar merupakan masalah yang kian
rumit. Langkah yang berkesan perlu diambil supaya generasi muda dapat mewarisi kepimpinan
negara pada suatu hari nanti dan tidak menjadi mangsa kepada sistem yang kita gubal sendiri.
Hal ini adalah untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara seluruhnya.

Atau

Di sini saya menyeru ibu bapa sekalian supaya memberikan kasih sayang terhadap anak-anak.
Janganlah bersikap bengis terhadap mereka. Pupuklah semangat ingin maju dalam diri anakanak dengan cara psikologi bukan dengan cara menghukum atau mendera.

LARAS BAHASA :

Dalam penggunaan bahasa pula, awda perlulah berhati-hati memandangkan teks itu ditulis
untuk dijadikan panduan dalam syarahan. Gaya bahasa yang digunakan mestilah mudah
difahami dan lancar. Terdapat beberapa panduan gaya bahasa yang boleh digunakan dalam
menghasilkan karangan berbentuk syarahan ini iatu :
Gunakan ayat aktif iaitu pelaku sebagai subjek ayat awda.
Jangan menggunakan ayat yang panjang, jangan sampai 20 perkataan dalam satu ayat.
Ayat-ayat panjang ( jika tidak dapat dielakkan) haruslah diselang selikan dengan ayat yang
pendek.
Perkataan-perkatan yang panjang perlu dielakkan. Sebaik-baiknya jangan gunakan perkataan
yang melebihi tiga suku kata.

You might also like