You are on page 1of 118

KESANTUNAN BAHASA

DALAM
PENGACARAAN MAJLIS

NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA


Munsyi Dewan

PEMBUKA BICARA
Kapal dagang dari seberang,
Penuh muatan kayu meranti;
Hari ini kita berperang,
Perucapan awam jadi peranti.

Pengacaraan majlis
merupakan satu bentuk
komunikasi.
Pengacaraan majlis mempunyai strategi
tersendiri
untuk
menyampaikan
maklumat kepada khalayak.
Strategi ini berbeza-beza mengikut
keadaan dan penyampai.
Strategi
yang
baik
menyebabkan
khalayak memahami mesej, merasa
seronok dan meninggalkan kesan yang
mendalam.

Kesantunan Berbahasa
Menurut
Kamus
Dewan,
santun
membawa maksud halus budi bahasa
atau budi pekerti, beradab, sopan.
Manakala kesantunan merupakan perihal
santun, kesopanan, kehalusan budi
bahasa atau budi pekerti.

Dalam sesuatu majlis rasmi,


seseorang pengacara berhadapan
dengan khalayak yang statusnya
digelar tetamu jemputan yang
mengharapkan satu situasi
yang disaluti
dengan
nilai sopan santun
serta
kehalusan budi
pengendali majlis tersebut.

Dalam peragaan majlis,


strategi-strategi yang digunakan
oleh seseorang pengacara
merupakan
bentuk-bentuk kalimat, diksi, puisi,
bahasa puitis, koherensi dan
kohensi bahasa,
berkesinambungan, kepelbagaian
struktur dan sebagainya

Tugas-tugas pengacara
majlis
Pengacara menyampaikan kata alu-aluan pada
awal majlis termasuk membuat pengenalan
ringkas tentang upacara
Pengacara mempersila pembaca doa
Pendoa menyampaikan doa
Pengacara mengetuai atau mempersilakan
orang yang akan mengetuai bacaan ikrar
atau nyanyian Lagu Kebangsaan (jika ada)
mempersilakan
tetamu
Pengacara
memulakan jamuan

Pengacara mengalu-alukan kehadiran


pancaragam penghibur (jika ada)
Pengacara memperkenalkan dan
mempersilakan perucap utama atau kenamaankenamaan yang berkaitan untuk berucap
Pengacara menyampaikan ucapan terima kasih
kepada tetamu utama, para jemputan serta
hadirin dan mengakhiri dengan doa dan harapan
Bacaan doa

Pengacara harus merancang bentuk


wacana dengan bahasa yang
bersopan santun untuk menceriakan
majlis. Oleh yang demikian, skrip
pengacara majlis harus mempunyai
struktur yang dirancang mengikut
agenda atau atur cara majlis tersebut.

Struktur atau organisasi


Semua bentuk perucapan umum
terbahagi kepada tiga bahagian
utama, iaitu pembukaan, badan
teks atau isi dan penutup.
Setiap bahagian ini mempunyai
wacana yang berbeza-beza.

Struktur dan Wacana


Permulaan
Pengacara menyampaikan kata alu-aluan
pada awal majlis termasuk membuat
pengenalan ringkas tentang upacara
Pengacara menjemput pembaca doa
(invocation)
Pengacara ucapakan terima kasih kepada
pembaca doa
Pengacara mengetuai atau mempersilakan
orang yang akan mengetuai bacaan ikrar
atau nyayian Lagu Kebangsaan (jika ada )

Wacana Ketibaan Tetamu


Kehormat

Tetamu
kehormat kadang-kala
terdiri daripada menteri, YB
dan kehadirannya perlu dialualukan dengan sapaan dengan
bahasa yang santun.

Mengumumkan ketibaan Yang


Berbahagia
Ketibaan Yang Amat
Berhormat
Diumumkan ketibaan Yang
Berbahagia
Majlis mengalu-alukan
kehadiran Yang Berhormat

Prawacana Sapaan Protokol

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum ...
Selamat pagi dan salam sejahtera.

Sekiranya seseorang pengacara itu


bukan muslim, dia akan memulakan
dengan prawacana Selamat pagi dan
salam sejahtera.

Lebih manis dan santun kalau dimulakan dengan


bahasa figuratif atau pantun. Contohnya:

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara


Pemanis kata selamat datang

Kalimah bismillah pembuka bicara.

Bagi pengacara bukan Islam


prawacana ini boleh digunakan:
Selamat pagi dan salam sejahtera.

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Hadir tuan disambut mesra

Wacana Sapaan Protokol


Sapaan protokol amat penting dalam
pengendalian sesuatu majlis rasmi.
Kesantunan kita menggunakan
sapaan yang betul dan tepat akan
menjadi permulaan yang baik bagi
sesuatu majlis begitu jugalah
sebaliknya.

Sapaan ini juga merupakan


sebahagian daripada
pengenalan kepada
pembukaan yang merupakan
titik permulaan kepada badan
ucapan pembukaan.

GELARAN ANUGERAH &


KURNIAAN
Gelaran anugerah atau kurniaan ialah
gelaran yang diperoleh seseorang
secara capaian (achievement), iaitu
capaian dalam bidang pengajian
akademik, ikhtisas, kerjaya,
perkhidmatan atau keagamaan, atau
kerana jasa atau kepintaran tertentu.
Pada umumnya, ada tujuh jenis gelaran
dalam kategori anugerah atau kurniaan
ini.

JENIS GELARAN
1. Gelaran anugerah kerajaan atau
pemerintah.
2.Gelaran kurniaan adat.
3.Gelaran kurniaan masyarakat.
4.Gelaran capaian akademik atau
ikhtisas.
5.Gelaran capaian kerjaya.
6.Gelaran capaian khusus.
7.Gelaran capaian keagamaan.

Gelaran kurniaan adat merujuk


kepada gelaran-gelaran dalam sistem
politik tradisional seperti sistem Adat
Perpatih. Gelaran kurniaan kepada
pemegang jawatan adat ini bergelar
Datuk yang disapa dengan ungkapan
rujukan kehormat Yang Berbahagia.

Gelaran kurniaan masyarakat


merujuk kepada gelaran yang
dikurniakan oleh persatuan bukan
kerajaan (NGO) atau seumpamanya
yang mewakili masyarakat kepada
seseorang kerana mengenangkan
jasanya yang begitu besar kepada
bahasa, agama, budaya, atau bangsa
Malaysia.

Gelaran capaian akademik/ikhtisas merujuk kepada


gelaran yang diperoleh seseorang hasil daripada
pencapaian tertinggi pada sesuatu tahap dalam
sesuatu bidang akademik atau ikhtisas. Antaranya:
Doktor (Dr.) bagi orang yang telah lulus sesuatu
bidang pengajian ilmu
akademik pada peringkat tertinggi, iaitu
peringkat Doktor Falsafah (Ph. D.).
Doktor (Dr.) iaitu bagi orang yang lulus dan pakar
dalam bidang perubatan:
Doktor Perubatan dan Pembedahan (MBBS),
atau Doktor Perubatan

Gelaran keagamaan merujuk kepada


gelaran yang diberikan kepada orang
yang telah menunaikan kewajipan
agama yang besar atau yang
kerjayanya melaksanakan aktiviti
agama yang berterusan. Contoh: Haji
dan Hajah (bagi orang yang telah
menunaikan fardu haji), Lebai, Imam,
Bilal, Siak

Gelaran dalam sistem kekeluargaan


ialah gelaran yang digunakan sebagai
panggilan atau sapaan antara
anggota keluarga, iaitu keluarga
sedarah (keluarga terdekat), keluarga
sebelah ayah dan sebelah ibu
(keluarga jauh), dan keluarga
semenda (keluarga berdasarkan
hubungan perkahwinan).

Mukadimah Pengacara
Badan kepada ucapan pembukaan
biasanya dimulakan dengan
mukadimah pengacara. Cara
mukadimah ini disampaikan adalah
berbeza-beza mengikut keadaan
majlis. Walau bagaimanapun, mengikut
skrip-skrip yang dikaji, pengacara
lazimnya memberi penerangan ringkas
tentang tujuan majlis yang diadakan

Sesungguhnya majlis ini diadakan


bagi mengucapkan selamat jalan
kepada murid-murid yang telah
berjaya mengharungi pendidikan
sekolah rendah dan akan melangkah
kaki ke sekolah menengah

Mukadimah haruslah ditulis dengan


cara yang ringkas dan padat seperti
berikut:
Ucapan aluan + tujuan majlis
Pantun atau bahasa berirama +
ucapan aluan + tujuan majlis
Kata-kata hikmat atau mutiara hadis +
aluan ke majlis + tujuan majlis

Selamat datang ke majlis penyampainan


sijil dan hadiah SMK Dato Hj. Talib Karim
kami ucapkan kepada tuan puan,
khususnya kepada YBhg. Dr. Fazdilah
Kamsah, Pakar Motivasi. Sesungguhnya
majlis ini diadakan bagi mengucapkan
selamat jalan kepada murid-murid yang
telah berjaya mengharungi pendidikan
sekolah menengah dan akan
melangkahkan kaki ke universiti.

Contoh lain yang boleh didahului


dengan puisi atau pantun adalah
seperti berikut:

Yang kurik itu kundi,


Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi;
Yang indah itu bahasa.

Selamat datang ke majlis perasmian


Minggu Bahasa Melayu kami ucapkan
kepada tuan-tuan dan puan-puan,
khususnya kepada YB Dato Haji Yaakob
Md. Amin, Pengerusi Jawatankuasa
Pelajaran Sains dan Teknologi dan
Sumber Manusia Negeri Melaka. Majlis
ini merupakan agenda tahunan sekolah
bagi memartabatkan Bahasa Melayu di
persada negara.

Wacana Nyanyian Lagu


Kebangsaan (jika ada)
Bagi memulakan majlis, hadirin
dipersilakan berdiri untuk
bersama-sama menyanyikan lagu
kebangsaan negara kita,
Negaraku. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Selepas nyanyian, adalah lebih


santun sekiranya juruacara
mempersilakan hadirin untuk
duduk:

Hadirin dipersilakan duduk.

Wacana Mempersilakan Pembaca


Doa

Bacaan doa sudah menjadi satu


kebiasaan di setiap majlis rasmi
sebagai memohon restu Yang Maha
Esa. Juruacara seharusnya dengan
bahasa yang santun mempersilakan
pembaca doa tampil untuk mengetuai
bacaan doa dengan menggunakan
sapaan protokol yang betul.

Bagi memberkati majlis kita pada


hari ini, majlis dengan penuh
hormatnya mempersilakan Yang
Dihormati Sahibul Samahah,
Ustaz Haji Khaeiril bin Mokhtar
untuk mengetuai bacaan doa.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Wacana Struktur Kemuncak


Struktur kemuncak sesuatu majlis
bergantung kepada majlis berkenaan.
Strukturnya sudah ditentukan oleh
pihak pengelola. Tugas pengacara
adalah untuk mengetahui apakah
acara kemuncak majlis berkenaan.
Namun, kebanyakan majlis yang
pernah dihadiri, siri ucapan menjadi
acara kemuncak.

Wacana Silaan Ucapan


Majlis rasmi biasanya dimulakan
dengan ucapan alu-aluan oleh tuan
rumah. Biasanya ucapan tuan rumah
bukanlah kemuncak acara namun
sekadar mengalu-alukan kehadiran
para tetamu jemputan, menghuraikan
harapan dan objektif majlis serta
menyampaikan ucapan penghargaan
kepada mereka yang terlibat
menjayakan majlis berkenaan.

Apabila mempersilakan tuan rumah


untuk menyampaikan ucapan alu-aluan,
pengacara haruslah membezakan
wacana silaan ucapan dengan tetamu
kehormat. Di sinilah letaknya
kesantunan bahasa dalan bahasa
Melayu yang memberi ruang untuk kita
menghormati yang berkedudukan tinggi
dalam masyarakat.

Seterusnya majlis dengan penuh


hormat mempersilakan Yang
Berusaha, Tuan Haji Ali bin
Rahmat, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Tualang Tiga untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Adat bahasa menyampaikan pesan


Adat upacara menyampaikan ucapan

Untuk itu, majlis dengan penuh


hormatnya mempersilakan Tuan Haji
Ali bin Rahmat, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Tualang Tiga untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ikan sepat ikan haruan,


Sungguh enak dimasak kari;
Dijemput untuk ucapan aluan,
Pengerusi pengelola bijak bestari.

Untuk itu, majlis dengan penuh hormatnya


mempersilakan Tuan Haji Ali bin Rahmat,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tualang
Tiga untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Perkara yang menarik tentang wacana silaan


ucapan ini ialah penggunaan kalimat-kalimat
santun berikut:

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Dengan segala hormatnya dipersilakan
Dengan hormatnya dipersilakan
Majlis dengan segala hormatnya menjemput
Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya
mempersilakan

Ungkapan-ungkapan yang santun di


atas memperlihatkan kehalusan dan
ketertiban bahasa yang digunakan
dalam bahasa Melayu.

Kesantunan bahasa ini akan lebih


jelas apabila kita mempersilakan
pengucap utama untuk tampil
menyampaikan amanatnya:

Sekarang tiba masanya kita ke acara


kemuncak. Untuk itu, majlis dengan
penuh hormat dan takzimnya
mempersilakan YB Tan Sri Muhyiddin
Bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran
Malaysia untuk menyampaikan
ucapan perasmian. Dengan penuh
hormat dan takzimnya dipersilakan.

Yang ditunggu sudah tiba


Yang dinanti sudah bersedia

Untuk itu majlis dengan penuh hormat dan


takzimnya mempersilakan YB Tan Sri
Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran
Malaysia untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Penyampaian
Sijil dan Hadiah Sekolah Kebangsaan Tualang
Tiga. Dengan penuh hormat dan takzimnya
dipersilakan.

Terbang tinggi burung merpati,


Terbang tinggi melewati awan,
Tetamu kehormat sudah menanti:
Untuk berucap penuh wawasan.

Untuk itu majlis dengan penuh hormat dan


takzimnya mempersilakan YB Datuk Sri Hj.
Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri
Melaka untuk menyampaikan ucapan
perasmian. Dengan penuh hormat dan
takzimnya dipersilakan.

Apa yang menarik tentang wacana silaan ucapan


ialah kita meletakkan istilah yang sesuai dengan
kedudukan seseorang dalam sesuatu majlis pada
tahap yang sewajarnya. Berdasarkan contoh di
atas, Yang Berhormat merupakan tetamu kehormat
yang berkedudukan paling tinggi di majlis tersebut,
ungkapan takzim ditambahkan dalam wacana
silaan ucapan perucap utama. Takzim mengikut
Kamus Dewan bermaksud amat hormat, penuh
hormat dan sopan. Keadaan ini sedikit berbeza
dengan wacana bagi silaan ucapan tuan rumah
atau pengerusi pengelola. Di sinilah letaknya
kesantunan bahasa Melayu yang telah dipusakai
oleh nenek moyang kita. Kesantunan berbahasa
tadi diselitkan lagi dengan bahasa-bahasa figuratif
seperti pantun dan bahasa berirama yang memberi
impak yang mendalam kepada pendengar.

Wacana Selepas Ucapan


Selepas ucapan, pengacara biasanya
akan menyampaikan ucapan
penghargaan kepada pengucap.
Pengacara akan menyampaikan
penghargaan bagi pihak majlis dan
kadangkala diiringi dengan kenyataan
positif tentang ucapan tadi

Majlis merakamkan jutaan terima kasih


kepada Yang Berhormat. Yang menarik
tentang wacana ini ialah penggunaan
istilah merakamkan. Kalau dirujuk kepada
Kamus Dewan, istilah merakamkan dalam
konteks ini membawa maksud melekatkan
(menyemat) dalam hati, menyimpan dalam
hati. Ringkasnya, hadirin atau majlis
mahukan pengucap menerima penghargaan
majlis dengan menyimpannya di tempat
yang paling tinggi, iaitu hati. Wacana ini
melambangkan sesuatu keikhlasan hati
yang begitu luhur. Di sinilah letaknya
kesantunan yang tiada bandingannya dalam
bahasa Melayu.

Selain itu, ucapan penghargaan juga harus


mempunyai tingkatnya tersendiri sebagai
memberi penghormatan kepada kedudukan
para pengucap yang diundang khas tadi,
termasuklah pembaca doa, pembaca ikrar
dan sebagainya.

Antara terima kasih, ribuan terima kasih,
jutaan terima kasih dan berbanyak-banyak
terima kasih tentulah menampakkan
kedudukan status pengucap dalam majlis
tersebut. Tahap-tahap tersebut mungkin
boleh dibuat secara berikut:

Tetamu Utama

Demikianlah tadi ucapan


perasmian oleh YB Datuk
Hj. Yaakub Md. Amin.Majlis
merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan
dan jutaan terima kasih.

Tuan Rumah atau Pengerusi


Pengelola

Demikianlah tadi ucapan alualuan oleh Ybhg. Tuan Haji Isa


bin Haji Abu, Pengarah
Pelajaran Melaka. Majlis
merakamkan ribuan terima
kasih.

Atau wacana ini boleh digunakan untuk pengucap


utama:

Terurai rasa yang resah,

Terlerai rasa yang gelisah;


Bijak sungguh tuan bermadah,

Madah indah penuh amanah.



Untuk Tuan Rumah atau Pengerusi Pengelola,
wacana pilihan yang berikut boleh digunakan:

Untaian madah kata aluan
Untaian ingatan sepanjang zaman

Wacana untuk Jamuan dan


Berhibur

Untuk Jamuan:

Apa diharap padi seberang


Entah berbuah entah tidak
Entah dimakan pipit melayang
Sedia sudah aneka hidangan
Di mata jauhnya tidak
Sudilah kiranya tuan mulakan.

Untuk itu, majlis dengan penuh


hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Tn Hj. Isa bin Hj. Abu
untuk mempersilakan YB Datuk
Hj. Yaakub dan semua tetamu
jemputan untuk menjamu selera.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Untuk Jamuan dan Berhibur

Hadirin yang dihormati, sambil


tuan-tuan dan puan-puan menjamu
selera, kita akan dihiburkan oleh
Kumpulan Gemelan Seri Kencana
dari Kampung Tualang Tiga dengan
irama yang mengusik jiwa. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Untuk hiburan sahaja:

Dari Madinah ke pengkalan Jeddah,


Sarat bermuat buah pala;
Berucap sudah makan pun sudah,
Marilah kita berhibur pula.

Untuk itu, majlis mempersilakan Kumpulan


Muzik MSKPPM untuk menghiburkan kita
semua. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Biasanya dalam acara persembahan akan


dilantik seorang pengacara khas untuk
persembahan atau persembahan itu akan
berjalan berterusan tanpa pengacara
kerana ahli kumpulan akan
memperkenalkan diri dan lagu yang akan
disampaikan. Sekiranya kita diminta
mengendalikan persembahan tersebut, kita
harus bersedia, khususnya dari segi
susunan lagu, nama penyanyi, nama pemain
alat muzik dan sebagainya.

Wacana Struktur Penutup

Acara penutup banyak bergantung


kepada aturcara yang telah ditetapkan
oleh pihak pengelola. Tetapi yang
kerap berlaku ialah aktiviti
penyampaian hadiah dan cenderamata
dan majlis jamuan. Namun, setiap
aktiviti ini mempunyai wacananya
tersendiri dengan menggunakan
bahasa yang sopan dan santun.

Wacana Penyampaian
Hadiah dan Cenderamata
Wacana yang biasa digunakan untuk acara
penyampaian hadiah dan sijil khususnya
oleh tetamu kehormat biasanya dalam dua
tingkat. Tingkat pertama kita
mempersilakan tuan rumah untuk
mempersilakan dan mengiringi tetamu
kehormat. Agak tidak santun sekiranya kita
hanya menyebut nama tetamu kehormat
untuk tampil ke pentas untuk
menyampaikan hadiah walaupun secara
lazimnya tuan rumah akan mengiringinya.

Sekiranya terdapat tiga orang tetamu


yang duduk di kerusi utama, adalah
kurang santun sekiranya beliau tidak
dijemput sama mengiringi tetamu
kehormat ke pentas. Kalau tidak dia
akan berasa terasing tinggal duduk
bersendirian. Wacana yang biasa
digunakan ialah:

Sekarang sampailah masanya upacara


penyampaian hadiah dan sijil kepada para
peserta. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berusaha,
Encik Ali bin Saddan Guru Besar SK Tualang
Tiga dan Yang Dihormati, Encik Hussain bin
Ahmad, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa Guru
SK Tualang Tiga untuk mempersilakan dan
mengiringi Yang Berhormat Datin Hajah Fatimah
Abdullah Menteri Muda di Pejabat Ketua
Menteri untuk menyampaikan hadiah dan sijil.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Untuk menyampaikan cenderamata


kepada tetamu kehormat, wacana
berikut biasa digunakan:

Tanam selasih di tepi halaman,

Selasih berbunga buat hiasan,

Terima kasih kami abadikan,

Lewat sebuah cenderamata

kenangan.

Sebagai tanda kenang-kenangan dan


penghargaan, pihak kami majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Encik
Ali bin Saddam, Guru Besar SK Tualang
Tiga untuk menyampaikan cenderamata
kepada YB Datin Hajah Fatimah Abdullah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Wacana ke Majlis Jamuan


Sekiranya semua yang hadir dan
tetamu jemputan khas dijemput ke
jamuan di tempat yang sama wacana
agak mudah:

Pantai Damai indah berseri,

Tampak bersih penghibur hati,

Selesai sudah majlis ini;

Terima kasih daun keladi.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berusaha Encik
Ali bin Saddam, Guru Besar SK
Tualang Tiga untuk mempersilakan
Yang Berhormat Datin Hajah Fatimah
Abdullah, para jemputan dan para
hadirin ke ruang legar dewan ini untuk
menikmati jamuan ringan.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Sekiranya tempat jamuan bagi tetamu


khas diasingkan dengan para hadirin
yang lain wacananya agak berbeza:
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Encik
ali b Saddam, Guru Besar SK Tualang
Tiga untuk mempersilakan YB Datuk
Hj. Yaakub dan para tetamu jemputan
khas ke bilik guru untuk menikmati
jamuan ringan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Para hadirin, ibu bapa dan pelajar


dipersilakan ke ruang legar
dewan ini untuk menikmati
jamuan ringan.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Wacana Penutup Majlis

Pantun yang paling kerap digunakan ialah:

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Lain ketika berjumpa lagi.

Atau

Burung nuri burung tempua,


Jinak-jinak burung merpati;
Insya-Allah jika dipanjangkan usia,
Lain kali berjumpa lagi.

Penutup
Setiap wacana bagi setiap agenda
dalam pengacaraan majlis diwarnai
oleh bahasa yang indah, memukau
dan santun.
Setiap wacana yang digunakan tidak
boleh lari daripada hakikat
penggunaan kesantunan berbahasa.

Kesantunan bahasa seseorang


pengacara bukan sahaja didengar
melalui bahasa yang indah dan santun
tetapi perilaku fizikal seperti
senyuman, tebaran pandangan, cara
berdiri, kelajuan bercakap, intonasi,
hentian dan jeda serta penampilan diri
merupakan aset penting yang akan
menceriakan sesuatu majlis.

iv. Panggilan Darjah Kebesaran


Penerima Anugerah Darjah Kebesaran
diberi gelaran lelaki atau wanita atau
isteri-isteri mereka
Lelaki
dan wanita yang
memegang
gelaran
Tun,
ialah
Yang
Amat
Berbahagia Isteri Toh Puan

Gelaran Tan Sri dan Datuk pula, panggilan


hormat ialah Yang Berbahagia Isteri
Datin

v. Panggilan
Keagamaan
Panggilan Hormat juga digunakan dalam
aspek keagamaan

Panggilan hormat untuk Mufti ialah


Sahibus Samahah bermaksud Tuan
Yang Berbahagia

Kadi pula dipanggil Sahibul


Fadhilah yang bermaksud Tuan Yang
Terhormat

PELBAGAI VARIASI
PANGGILAN

PENGACARA
JURUACARA
PENGERUSI MAJLIS
MASTER OF CEREMONY
(emcee)

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

JURUACARA/PENGACARA
Tidak mengulas acara
Tiada dialog
Tiada jenaka
Tidak perlu biodata VVIP
Tidak perlu duduk bersama
VVIP

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

JURUACARA
Terikat dengan atur cara
Terikat dengan protokol
Menyediakan teks pengacaraan
lengkap
Mengendalikan majlis
perasmian/pelancaran/penutup

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

MAJLIS RASMI DAN FORMAL


Majlis ditanggung oleh kerajaan
Pakaian rasmi
(seperti tertera dalam kad jemputan)

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

MAJLIS TIDAK RASMI DAN FORMAL


Majlis tidak melibatkan wang kerajaan
Contohnya : Majlis Pelancaran
Kereta PROTON
Pakaian rasmi (seperti tertera dalam
kad jemputan)

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

MAJLIS-MAJLIS RASMI
JABATAN PELAJARAN MELAKA
PERINGKAT NEGERI
Majlis Anugerah Akademik
Sekolah-sekolah Negeri Melaka
Majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang
Kuiz Sejarah dan Patriotisme

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

Majlis Pesaraan Pengarah


Pelajaran/ Ketua Sektor
Majlis Pesaraan Ketua Penolong
Pengarah Pusat Sumber
Pendidikan Negeri
Majlis Perasmian/ Penutup
Kejohanan Olahraga MSSM
Sambutan Hari Guru Negeri
Melaka

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

Majlis Pertandingan Memasak


Sekolah-sekolah Menengah Negeri
Melaka
Majlis Mesyuarat Agung PUSTAKAM
Majlis Pertandingan Akhir Kuiz
Pengguna
Majlis Pertandingan Akhir Kuiz
Pengetahuan Rendah Negeri Melaka
Majlis Pecah Tanah Pusat
Matrikulasi / Sekolah
Majlis Hari Kesedaran Sivik dan
Kewarganegaraan Negeri Melaka

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

MAJLIS-MAJLIS RASMI JABATAN


PELAJARAN MELAKA
PERINGKAT KEBANGSAAN
Hari Guru Peringkat Kebangsaan

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah Rendah


Peringkat Kebangsaan
Persidangan Pengurusan Pengetua Sekolah
Menengah anjuran PKPSM

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

Pertandingan Bahas Ala


Parlimen Peringkat Kebangsaan
Perhimpunan Patriotik
Pemimpin Pelajar Peringkat
Kebangsaan
Persidangan Profesionalisme
Pengelola Sekolah-sekolah
Malaysia

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

Persidangan Profesionalisme
Pengelola Sekolah-sekolah Malaysia
Perhimpunan Patriotik Pemimpin
Pelajar Peringkat Kebangsaan
Kejohanan Golf MSSM
Kem Muzik Peringkat Kebangsaan

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

MAJLIS-MAJLIS RASMI
JABATAN PELAJARAN MELAKA
PERINGKAT
ASIA/ANTARABANGSA
Kejohanan Ping Pong Asia
Malaysian International
Conference on English
Language Teaching (MICELT)

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

1.
2.
3.
4.
5.

PERSEDIAAN PENGACARAAN
MAJLIS RASMI
Susunan majlis
Tarikh, masa, tempat
Atur cara majlis
Teks pengacaraan majlis rasmi
Protokol (VVIP/VIP)
Raptai ? (rujuk penganjur)

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Atur cara majlis rasmi


Alu-aluan juruacara
Bacaan doa
Ucapan (2 atau 3 orang)
Gimik perasmian
Persembahan / hiburan
Hadiah/anugerah
Cenderamata
Jamuan

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

Penulisan Teks Pengacaraan


1. Panduan utama berlangsungnya
majlis
2. Gaya bahasa
santun/puitis/formal
3. Pemilihan kata bersesuaian
4. Disediakan 3 set (penganjur,
urus setia, juruacara)
5. Seorang atau berpasangan

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010
Persediaan Diri Juruacara
1. Fizikal dan mental
2. Sentiasa tiba awal satu jam sebelum
majlis bermula
3. Semak teks pengacaraan bersama
penganjur /JK Juruacara (satu kepala
sahaja)
4. Bersedia untuk perubahan saat akhir
5. Menyesuaikan diri dengan sistem siaraya

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Keutamaan dalam pengendalian majlis rasmi


Suara jelas ; nada meyakinkan
Sebutan lancar
Tertib dan bersopan
Berkeyakinan
Sabar menerima sebarang perubahan
Bertanggungjawab
Penampilan bersesuaian dengan majlis
Bersedia untuk mengendalikan majlis dari awal
hingga akhir
Gaya bahasa santun, puitis dan formal

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Perkara-perkara untuk perbincangan


dengan penganjur (JK Juruacara)
VVIP untuk dikenali
Siapa pemberi arahan dalam majlis ?
Pengumuman ?
Perubahan VVIP/ perubahan atur cara
Rostrum (perlu ?)
Kerusi tempat duduk juruacara

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS RASMI


JABATAN PELAJARAN MELAKA
TAHUN 2010

1.
2.
3.
4.
5.

Perkara-perkara yang perlu dijauhi


Tiada teks sebagai panduan !
Pemalu !
Cepat marah !
Membuat ulasan !
Penampilan diri tidak kena dengan
majlis !
6. Tiba lewat !

KESANTUNAN BAHASA
Apabila kita menggunakan
bahasa, baik bahasa lisan
mahupun bahasa tulisan, kita
harus mematuhi beberapa
peraturan tertentu supaya tidak
membuat sesiapa berasa
tersinggung atau lebih-lebih lagi
menjatuhkan air mukanya.

Bahasa Melayu mempunyai


sapaan dan rujukan yang
berbeza daripada bahasabahasa lain dan setiap
penuturnya mesti
menguasainya dan
menggunakannya dengan
betul dalam konteks yang
sesuai dengan lawan tutur
mereka.

Asmah Haji Omar (2000)


mengaitkannya
dengan penggunaan
bahasa sehari-hari yang
tidak menimbulkan
kegusaran, kemarahan
dan rasa tersinggung
daripada pihak
pendengar.

Pantun turut menjadi media pengiring


dan pemanis kata dalam sesuatu
majlis dan upacara rasmi.
Penggunaan pantun dalam sesuatu
ucapan umpamanya akan menyentuh
perasaan setiap yang hadir dan
membantu mempertajam
penyampaian hajat, hasrat, pujian dan
sanjungan. Pantun amat sesuai
diselitkan dalam teks
pengacara/juruacara majlis dan teks
ucapan.

Gelaran capaian kerjaya merujuk


kepada gelaran yang diperoleh
seseorang hasil daripada menjawat
jawatan tertinggi dalam sesuatu bidang
atau perkhidmatan awam, ketenteraan
atau kepolisan. Antaranya: Profesor
Emeritus, Profesor, Profesor Madya,
Jeneral, Laksamana, Brigadier, dan
Laksamana Muda.

Gelaran capaian khusus merujuk


kepada gelaran-gelaran pencapaian
berdasarkan amalan berterusan yang
terpuji dalam apa-apa bidang khusus
atau kebolehan istimewa seseorang
pada peringkat paling tinggi. Contoh:
Datuk Mahaguru, Khalifah,
Mahaguru, dan Tuan Guru (bagi
pemimpin seni mempertahankan diri
seperti persilatan).

PANTUN PEMBUKA
BICARA

Hembusan pawana menyapa pepohonan,

Biru beratap hujan gerimis;


Sembah salam kami bingkiskan,

Sudi bertandang menyerikan majlis.


Renyai menyapa gerimis petang,

Mari berteduh di pohon bidara;


Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

PEMBUKA BICARA
Kapal dagang dari seberang,

Penuh muatan kayu meranti;


Dari jauh tuan puan datang,

Dengan senyum kami menanti.

GURINDAM PEMBUKA
BICARA
WAJAH CERIA SENYUM MESRA,
SEMOGA BAHAGIA SIHAT SEJAHTERA.
Gugur setangkai bunga melati,
Berselerak kelopak celahan didada;
Sudah lama kami menanti,
Izinkan saya mulakan bicara.

BACAAN DOA
Mohon Doa Padamu Tuhan,

Agar Majlis Berjalan Lancar;


Biarlah Berkat Kita Aminkan,

Apa Dihajat Moga Terpancar.


Bukan lebah sebarang lebah,

Lebah bersarang di tanah merah ;


Tangan diangkat merafak sembah,

Pada yang Esa kami berserah.


PANTUN MAJLIS
Bertindik telinga si anak rusa,
Riang menjamah dedaun kayu;
Bersatu jiwa pendidik bangsa,
Menjulang martabat Sastera Melayu.

MERAIKAN TETAMU
KEHORMAT
ANDAI PERMATA JADI HIASAN,

EMAS TETAP JADI HANTARAN;


KEDATANGAN TUAN MEMANG DINANTIKAN,

JUTAAN TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN



KAIN BERLIPAT DALAM ISTANA,

PAKAIAN PUTERI RAJA KAYANGAN;


SEPATAH NASIHAT ILMU BERGUNA,

MENGUNTUM BUDI JADI KENANGAN

MERAIKAN TETAMU
Buat bangsal di Pulau Daik,

Menahan taut sambil mengilau;


Kalau asal benih yang baik,

Jatuh ke laut menjadi pulau


Kuning emas masaknya padi,

Mawar merah dalam jambangan;


Terima kasih daun keladi,

Budi tuan jadi kenangan.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Orang Berbudi Kita Berbahasa,

Orang Memberi Kita Merasa;


Berbudi Tenang-Tenangan,

Hadiah Diberi Tanda Ingatan.


Tanam selasih di tepi halaman,

Selasih berbunga buat hiasan,

Terima kasih kami abadikan,

Lewat sebuah cenderamata kenangan.

UCAPAN TETAMU

Perahu kolek di hilir tanjung,


Sarat bermuat kayu jati;
Salam tersusun sirih junjung,
Amanat pengarah kita amati.

Ikan sepat ikan haruan,


Sungguh enak dimasak kari,
Dijemput untuk ucapan aluan:
Pengerusi pengelola bijak bestari.

MAJLIS
PERSARAAN/PERPISAHAN

DI SINI KASIH KITA BERSEMI,


TIBA MASANYA MELANGKAH PERGI;
SEUNTAI KASIH SEKALUNG BUDI,
ATAS SUMBANGAN JASA DAN BAKTI.

POHON DELIMA DI TEPI PERIGI,


POKOK BERANGAN JAUH DI HUMA;
BUDI DITERIMA DISANJUNG TINGGI,
JADI KENANGAN SELAMA-LAMA.

SALAM PERPISAHAN
LETAK GOLOK DI ATAS DULANG,

LETAK GERUK ATASNYA GUNI;


APA YANG ELOK BAWALAH PULANG,

MANA YANG BURUK PINGGIR DI SINI.

Bintang barat terbit petang,


Bintang timur terbit pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur bertemu lagi.

MAJLIS PENUTUP
Melarik halus papan di Jawa,
Tersergam kukuh di gerbang batu;
Adat berjumpa terpisah jua,
Moga ketemu di lain waktu.

PENYAMPAIAN SIJIL

Ada sinar, ada bayangnya


Ada hujan, ada lopaknya
Ada rindu, ada dendamnya
Ada luka, ada parutnya
Pabila bertunang, ada cincinnya
Pabila bergadai, ada surat untuk
menebusnya
Dan
Pabila berseminar adalah sijilnya.

PENUTUP BICARA

Ada tengah, ada tepinya


Ada pangkal, ada hujungnya
Ada hulu, ada muaranya
Ada laut, ada pantainya
Ada mula, ada akhirnya
Ada awal, ada penyudahnya
Dan kini
Tamatlah majlis ilmu kita pada kali ini.

MAJLIS PENUTUP
Kalau kita mendaki, sudah sampai ke
puncak;

Kalau kita memanjat, sudah sampai


ke pucuk;

Kalau kita belayar, sudah sampai ke


pelabuhan;

Kalau kita berlari, sudah hampir ke


garisan selamat.

MAJLIS PENUTUP

SUNGAI DISUSUR SEHARI-HARI,


DALAM KELAM MENANGKAP IKAN;
SAYA MENYUSUN SEPULUH JARI,
SALAH DAN SILAP HARAP MAAFKAN.

DAUN SELASIH PERMAINAN BUDAK,


BUNGA MELUR BERBAU WANGI;
BERTAUT KASIH BERCERAI TIDAK,
PANJANG UMUR BERJUMPA LADI.

PERANAN GURU
BAHASA MELAYU
Sebagai guru yang mengajarkan
Bahasa Melayu, kita hendaklah
sentiasa berusaha menggunakan
bahasa yang baku, sopan dan indah.
Guru Bahasa Melayu mesti menjadi
kumpulan contoh. Kita perlu menjadi
kumpulancontohdalam pelbagai
wahana komunikasi, termasuk melalui
blog, e-grup dan Facebook.

TUGAS PENGACARA BUKAN KEPALANG,,


INSAN KERDIL PELANCAR MAJLIS;
JMANTAP UKHUWAH BAHASA DIJULANG,
KESANTUNAN BAHASA JADI PEMANIS.
Salam Perpisahan

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA


Munsyi Dewan

You might also like