You are on page 1of 1

Bahasa pertuturan umum merupakan pertuturan atau perbualan yang banyak

mengandungi unsur basahan seperti kependekkan, penggunaan ganti nama diri


kurang rasmi tetapi masih mengekalkan bentuk-bentuk hormat dan sopan.

Antara ciri-ciri laras bahasa umum ialah bebas dan mudah untuk difahami kerana
agak kurang terkawal dari segi apek tatabahasa. Pengguguran subjek,
pengguguran predikat dan kependekkan ayat serta kependekkan perkataan lazim
berlaku. Hal ini telah mengganggu sintaksis dan semantik ayat semasa diucapkan.

Laras bahasa umum memiliki unsur kemesraan kerana kedua-dua belah pihak
penutur menggunakan nama atau kata ganti nama diri seperti saya, aku, kamu dan
sebagainya.

Penggunaan kata sendi nama seperti dari, daripada, akan, oleh dan sebagainya
sering digugurkan semasa bertutur dalam laras bahas umum. Sebagai contoh,
budak jatuh sungai. Maksud sebenar bagi ayat tersebut ialah budak terjatuh ke
dalam sungai.

Kebanyakan ayat-ayat yang digunakan ketika bertutur menggunakan laras bahasa


umum ialah pendek dan ringkas. Hal ini dikatakan demikian kerana penutur tidak
gemar menggunakan ayat-ayat yang sukar dan panjang. Ayat yang pendek
bertujuan untuk memudahkan penutur bertutur.

You might also like