You are on page 1of 1

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BSMM SEMESTER 3 2019

Laporan Perkembangan Jawatan Kuasa Peralatan.

Jawatan Kuasa kami telah membincangkan mengenai peralatan yang diperlukan sepanjang
Kem Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia dijalankan. Jadual bertugas untuk ajk kami
juga telah dibincangkan dan ditentukan atas persetujuan para ahli.

Jawatan Kuasa kami akan menyediakan peralatan sebelum hari kejadian dan ketua setiap
aktiviti akan memastikan peralatan yang digunakan pada setiap aktiviti mencukupi. Ketua aktiviti
pada hari tersebut akan mengetuai aktiviti sepanjang hari dia bertugas dengan bantuan ajk
peralatan yang lain. Jawatan kuasa kami juga akan memastikan barang-barang yang dipinjam
dan telah digunakan dipulangkan dan disimpan dengan baik seperti sedia kala.

Masalah yang kami hadapi adalah memastikan kuantiti buluh serta kayu yang digunakan adalah
mencukupi untuk kegunaan semasa menjalankan aktiviti. Kami juga menghadapi kesukaran
dalam mengangkut buluh dari kawasan luar IPG ke tapak perkhemahan.

*Kami telah menerima salinan borang tempahan daripada setiap jawatan kuasa berkaitan
peralatan yang diperlukan (Rujuk Lampiran).

Disediakan oleh,

………………………………..

(Lawren Anak Nyalau),

AJK Peralatan.

Tarikh:

You might also like