You are on page 1of 1

AHMAD SALEHEE BIN ABDUL

Beliau dilahirkan di Kodiang, Kedah pada 03 September 1965. Beliau merupakan Penolong Pengarah
Sains Sosial (Sejarah), Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Pernah berkhidmat
sebagai Pensyarah Sejarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan Guru Cemerlang
Sejarah di SMK Abi, Perlis. Beliau berkelulusan Ijazah Muda Sastera dengan Kepujian (Sejarah) dari
Universiti Sains Malaysia dan Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) dari Universiti Utara Malaysia.
Bidang kepakaran beliau ialah kurikulum dan pedagogi Sejarah. Beliau terlibat dalam program
pembangunan pendidikan Sejarah dengan Bahagian Buku Teks dan Bahagian Pembangunan
Kurikulum, KPM semenjak tahun 2004. Beliau juga terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Peningkatan
Mutu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk Buku Teks KSSR (Semakan 2017) Sejarah Tahun 4 dan
Sejarah Tahun 5. Beliau juga merupakan panel penulis buku teks Sejarah Tingkatan 2 KSSM.

ISHAK BIN SAIDOO


Beliau dilahirkan pada 9 Julai 1964 di Ulu Tiram, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Ulu
Tiram, Johor dan SMK Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera
(Kepujian) dengan pengkhususan dalam sejarah daripada Universiti Malaya pada tahun 1987.
Beliau turut terlibat sebagai panel penulis Buletin Sejarah, Bahagian Buku Teks, KPM. Di samping
itu, beliau merupakan panel penulis skrip untuk eduwebtv, terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan,
KPM. Beliau juga merupakan salah seorang Jawatankuasa Panel Kawalan Mutu, DBP untuk buku
teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM. Ishak bin Saidoo juga merupakan salah seorang panel penulis Buku
Teks Sejarah Tingkatan 2 KSSM dan Buku Teks Tingkatan 5 KSSM. Beliau merupakan guru di SMK
Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

SHARIFAH AFIDAH BINTI SYED HAMID


Memperoleh pendidikan di Sekolah Tengku Budriah, Arau, Perlis dan Sekolah Menengah Dato’
Sheikh Ahmad, Arau, Perlis. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sejarah
daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1990 dan Diploma Pendidikan pada tahun
1992. Memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling daripada
Universiti Teknologi Malaysia pada tahun1999. Pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Tok Jiring ( Dato’ Haji Abbas ) dan kini bertugas di Sekolah Menengah Sains
Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Banyak memberi sumbangan di BSTP dan BPK di KPM. Penulis
buku teks Sejarah Tahun 5 KSSR, Tahun 6 KSSR, Tingkatan 1 KSSM dan Tingkatan 4 KSSM. Penerima
Anugerah Kecemerlangan Khas SPM oleh KPM 2011 , Anugerah Guru Unggul Terengganu Exxonmobil
2012 dan Anugerah Tokoh Guru NILAM Terengganu, 2017.

You might also like