You are on page 1of 1

1. MAKSIMUM PELAJAR 350-400 (DALAM DEWAN DENGAN MEJA) 2. MASA : 8.00 10.00 (STRATEGI TINGKATAN 4) 10.30 12.

2.00 (STRATEGI TINGKATAN 5) 12.00 1.00 (STRATEGI KBKK) 3. JIKA 2 MODUL DAPAT DIGUNAKAN KETIKA BENGKEL LEBIH BERKESAN (2 BUAH : TINGKATAN 4,5 DAN KBKK HARGA 2 BUAH RM6.00 PESERTA) 5. ATAU CETAKAN NOTA CERAMAH SAHAJA 6. KEPERLUAN LCD/WHITE BOARD BIODATA PENCERAMAH Nor Salleh bin Ngatimin ialah Guru Cemerlang Mata Pelajaran Sejarah DG48 di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Beliau dianugerahi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian pengkhususan Sejarah dan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1990. Selepas itu mendapat Diploma Pendidikan, pengkhususan Sejarah dan Pengajian Melayu, Maktab Perguruan Kota Bharu pada tahun 1992. Pada tahun 1997 beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan tajaan Institut Aminuddin Baki di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Pengajian di peringkat Sarjana ini berjaya diselesaikan dalam jangka masa setahun dan dianugerahi sarjana pada tahun 1998. Mula mengajar di SMK Lokman Hakim, Kota Tinggi, pada tahun 1992. Kemudiannya berpindah ke SM Sains Kota Tinggi pada tahun 1997 dan terus berkhidmat di sekolah ini sehingga sekarang. Penglibatannya di peringkat kementerian antaranya ialah sebagai Jurulatih Kebangsaan Mata Pelajaran Sejarah, Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 1998. Kakitangan Sumber (KS) negeri Johor sejak tahun pertama mengajar lagi iaitu pada tahun 1992. Kemudiannya sebagai Jurulatih Utama Negeri Johor bermula tahun 2003 dan kini sebagai Panel Perunding Mata Pelajaran Sejarah Negeri Johor. Terlibat aktif sejak tahun 1998 sebagai Penulis Kerabat Pewaris Yayasan Warisan Johor melalui penulisan buletin, Jurnal, Kertas Kerja Seminar negeri, kebangsaan dan antarabangsa serta menjadi rujukan berkaitan Sejarah Johor Riau. Pernah membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa dalam Seminar Antarabangsa Johor Riau anjuran Universiti Tun Hussien Onn, Johor pada tahun 2010. Penulisan beliau juga banyak diterbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Johor. Turut menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah secara berterusan dari tahun 1993 hingga kini, lebih 30 modul telah dihasilkan sehingga kini.

You might also like