You are on page 1of 5

Sumbangan aminuddin baki yang bertugas sebagai pendidik dan penerapan nilai-nilai islam.

Aminuddin Baki adalah seorang tokoh pendidikan yang berjiwa besar, penyabar dan seorang pemimpin punya kesedaran tinggi. Kesedaran inilah yang menjadikan beliau seorang pemikir dan perenung masa hadapan bangsa Melayu. Karier beliau dalam bidang pendidikan meningkat setapak demi setapak. Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh beliau dalam bidang pendidikan telah menaikkan nama beliau. Cita-citanya untuk menghambakan diri di bidang pendidikan dan berbakti epada masyarakat semakin terserlah apabila beliau telah diamanahkan sebagai orang terpenting dalam menyusun dan merombak pendidikan di negara ini dan telah dilantik menjadi Ketua Penasihat Pelajaran. Sebagai penyelidik dan perancang pelajaran, beliau menjadi Jawatankuasa Merancang Pelajaran Tinggi, Jawatankuasa Aneka Jurusan dab beberapa badan lain yang berhubung rapat dengan pendidikan. Beliau juga telah dianggap sebagai perancang pelajaran yang berjaya bagi rantau ini. Pengiktirafan tersebut telah diberikan oleh pihak USESCO. Khidmat dan jasa bakti beliau juga dapat kita lihat dari penglibatan didalam beberapa bidang pelajaran. Beliau pernah dilantik menjadi Ketua Pelajaran Negeri Sembilan dan kemudiannya sebagai Pegawai Kanan Pelajaran Negeri Selangor. Berdasarkan pengalaman dan kelulusan yang diperolehinya dari Institute of Education, University of London, Aminuddin telah dinaikkan pangkat menjadi pensyarah dan telah dihantar untuk berkhidmat di Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI), Tanjung Malim, Perak pada 17hb September 1953. Di maktab inilah juga beliau mencurahkan ilmu pengatahuan yang telah diperolehinya kepada bakal-bakal guru yang akan mendidik anak-anak bangsa di desa dan di kota. Semasa bertugas di sinilah Aminuddin telah cuba menghidupkan persatuan penuntut-penuntut maktab tersebut dan beliaulah yang memperkenalkan keadah pemilihan ketua penuntut melalui pengundian Pilihanraya. Dalam sibuk menjalankan kempen menggalakan anak watan menuntut ilmu pendidikan, aminuddin Baki telah cuba menyerapkan pemahaman dan pengayatan islam yang lebih mendalam di dalam hati dan jiwa penuntut-penuntut MPSI. Sebagai seorang islam, beliau merasakan bahawa adalah menjadi tanggungjawap untuk memupuk dan memperkuatkan semangat tersebut. Kekuatan semangat dan penghayatan nilainilai ke-islaman yang padu dapat dijadikan senjata untuk menentang anasir-anasir yang bersifat anti-islam. Aminuddin Baki telah mengadunkan harapan dan keinginan beliau itu dengan sebaik-baiknya kerana sebagai seorang penganut islam dan ingin menyemaikan unsur-unsur keislaman itu kedalam jiwa pelajar. Kepakaran dalam bidang psikologi telah digunakan untuk menyemaikan semangat dan harapan itu dengan cara halus, baik dan berkesan.

>> Sumbangan beliau sebagai pendidik dan penerapan nilai-nilai islam ini dapat dilihat melalui FPM kita pada hari ini, contohnya melahirkan seorang guru yang ibadah, yang bermaksud pekerjaan yang dapat disempurnakan apabila seseorang itu menghayati, jujur, dan ikhlas tugasnya dan peranannya sebagai suatu ibadah. Konsep ibadah berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang manusia terhadap agama, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Sumbangannya juga dapat dilihat daripada pelaksanaan Islam Hadhari yang bermaksud untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.

Sumbangan aminuddin baki kepada penubuhan GPMS. Sekitar tahun 1945 hingga 1946 beliau mula menunjukkan minat dengan persatuan pelajar. Beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada ketika itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudiannya menjadi Kesatuan Kesuratan Penuntut-Penuntut Melayu yang ditubuhkan pada 11 Februari 1946. Kesatuan ini telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyatukan semua persatuan pelajar di negara ini dan Aminuddin telah dilantik sebagai setiausaha. Pada masa yang sama beliau telah menubuhkan Persatuan Pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada bulan April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada bulan Oktober 1947 beliau diterima sebagai pelajar di Raffles College, sebuah kolej termasyhur. Pada masa ini UMNO telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union. Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin persatuan pelajar digalakkan berusaha ke arah pencapaian matlamat mereka. Oleh kerana itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk menubuhkan persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948. GPMS dibina atas kesedaran kebangsaan Melayu, agama Islam dan menjadi persatuan pelajar kebangsaan yang pertama kali ditubuhkan di negara ini. Segala perjuangan GPMS sebelum merdeka menjadi sebahagian gerakan nasionalisme negara ini. Kini GPMS terus memberi sumbangan kepada negara melalui program pendidikan, kebajikan, keagamaan dan kebudayaan, keseluruhan program dipadankan dengan tujuan GPMS iaitu menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar Melayu dari segenap lapisan.

Pada tahun ini GPMS berusia 62 tahun. Perjuangan GPMS terus kukuh, bergerak untuk setiap zaman selagi Melayu tidak hilang di dunia. GPMS yang kini mempunyai berpuluh-puluh cawangan dan badan gabungan di seluruh Semenanjung, tidak jemu-jemu menaburkan jasa dan bakti. GPMS meneruskan semangat pemimpin pengasasnya, Aminuddin Baki. GPMS kini berdiri gagah sebagai persatuan pelajar peringkat kebangsaan yang tertua di negara ini dan yang banyak berbudi kepada pelajar Melayu. GPMS tetap terus berbakti kepada agama, bangsa dan tanahair.

Sumbangan Aminuddin Baki terhadap Laporan Razak. Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan dan perancangan pelajaran di negara kita, nama Aminuddin Baki tidak dapat di ketepikan. Beliau telah menyumbangkan sebahagian besar khidmat beliau untuk menjayakan beberapa laporan pelajaran yang menjadi teras kepada sistem pendidikan negara kita pada hari ini. Beliau merupakan salah seorang yang turut memberikan pandangan dalam uhasa untuk menghasilkan Laporan Razak. Beliau telah menghantar satu memorandum bertajuk : memorandun on the suggested system of National Education pada jawatan kuasa tersebut. Sebagai satu langkah yang kukuh untuk melaksanakan Penyata Razak ini, satu undang-undang telah diluluskan pada bulan April 1957. Undang-undang ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Kejayaan ini merupakan kejayaan rakyat negara ini dan pertama kalinya dalam sejarah negara ini, satu laporan yang merupakan perancangan pendidikan telah dirangkakan oleh kaum-kaum yang terdapat dinegara ini. Ia merangkumi semua aspek pendidikan, bermula dari stuktur sehinggalah kepada perkembangannya. Laporan ini menjadi asas kepada sistem Pendidikan di Malaysia sehingga ke hari ini. Jika Aminuddin Baki masih ada, tentu beliau berasa bangga sekali apabila melihat kedudukan Bahasa Malaysia (bahasamelayu) hari ini. Pada tahun 1982 Bahasa Malaysia dijadikan bahasa penghantar di seluruh negara, bermula dari peringkat sekolah rendah sehinggalah menengah atas. Kemuncak pada dasar tersebut ialah apabila Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1970, ia merupakan lambang kejayaan besar dasar pelajaran kebangsaan melalui penggunaan Bahasa Malaysia. >>Sehingga hari ini pengunaan Bahasa Malaysia sebagai media pengajaran telah berjalan lancar di keenam-enam buah universiti di negara ini termasuklah dalam penubuhan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan objektif penubuhannya "Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya. Bagi melaksanakan objektif ini, Kementerian

Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan. Sumbangan Aminuddin Baki terhadap Laporan Rahman Talib Pada tahun 1960, satu jawatankuasa khas tentang pelajaran telah ditubuhkan dengan tujuan mengkaji pelaksanaan Laporan Razak. Pengerusi jawatankuasa ini ialah Abdul Rahman Haji Talib, Menteri Pelajaran Persekutuan tanah melayu pada waktu itu, Laporan yang dihasilkan oleh jawatankuasa ini dikenali dengan nama Laporan Rahman Talib. Aminuddin Baki turut terlibat di dalam perjalanan jawatankuasa ini dan beliau merupakan salah seorang yang turut memainkan peranan penting dalam jawatannya sebagai Jawatankuasa Penasihat Pelajaran 1960. Pada masa itu, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pelajaran Kanan Selangor. Selepas itu, Aminuddin Baki telah dilantik pula sebagai Ketua Penasihat Pelajaran. Perlantikan beliau ke jawatan itu ialah sebagai penghormatan yang besar serta harapan yang tinggi terhadap khidmat baktinya dalam bidang pendidikan. Laporan Rahman Talib menggalakan supaya pelajaran rendah percuma diberikan bagi semua sekolah rendah Kerajaan iaitu sekolah aliran Inggeris dan Cina. Dasar ini dimulakan pada 1hb JAN 1962. percuma dimaksudkan dalam Laporan Rahman Talib ini ialah menguacalikan bayaran yuran sekolah. Hal yang sedemikian, pada tahun 1962, yuran sekolah bagi sekolah rendah inggeris dan cina telah dimansuhkan. Sekolah rendah Melayu dan Tamil telah diberikan pendidikan percuma sejak awal-awal lagi. Sementara itu, sekolah rendah dan menengah, bantuan hanya akan diberikan untuk mengutip yuran permainan, perpustakaan dan sebagainya sahaja dan bayaran tersebut tidak melebihi daripada $4.50 setahun untuk sekolah rendah dan tidak melebihi daripada $6.50 untuk sekolah menengah. Dibidang peperiksaan pula, jasa beliau tidak dapat dilupakan. Permulaan Peperikasaan Sijil Rendah Pelajaran, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan adalah hasil usaha beliau. Aminuddin Baki jugalah yang berusaha keras untuk menubuhkan Lembaga Peperiksaan Bersama (Joint Examinations Board) pada bulan ogos 1963. Usaha ini dilakukan sebagai langkah untuk mencari jalan keluar bagi para pelajar beraliran Melayu selepas mereka tamat Sijil Persekolahan. Penubuhan Joint Examanation Board itu terhasil setelah diusahkan selama 3 tahun dan melalui beberapa perundingan. Walaupun Aminuddin terpaksa

memikul berbagai-bagai tugas dan tanggungjawab yang berat di bidang pendidikan negara ini, namun beliau masih sempat memberikan khidmat baktinya di dalam beberapa pertubuhan lain. Dalam konteks ini, beliau masih mengekalkan hubungannya dengan GPMS, Kesatuan Kebangasaan Guru-Guru Malaysia, Dewan Kebangsaan Kebudayaan, Lembaga Tetap Kongres dan sebagainya. Di samping itu, beliau juga memainkan peranan penting didalam senat Pentadbiran Universiti Malaya, Penaung Persatuan Al-Rahman, Pengerusi Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

>>Melalui laporan ini banyak program yang telah disyorkan dan telah terlaksana pada era kini contohnya, mewujudkan Peperiksaan Penilaian Darjah, memperbaiki mutu pendidikan di sekolah vernakular, meningkatkan sekolah-sekolah teknik dan vokasional, menubuhkan Jemaah Nazir, menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, penggunaan bahasa rasmi dalam peperiksaan awam, menyediakan program latihan guru, menyediakan pengajaran agama dan sosial.

You might also like