You are on page 1of 2

LATAR BELAKANG PERASMI

CIKGU HAJAH BIBI SAKINAH BINTI HAJI HARUN KHAN

Memulakan tugas sebagai Guru bermula pada tahun 1986 Di SMK Felda Adela Kota
Tinggi, sepanjang karier, beliau telah berhijrah ke beberapa buah sekolah sebelum
dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Perigi Aceh, Pasir Gudang. Disinilah
kepimpinan beliau mula terserlah. Sekolah-sekolah yang pernah beliau terajui
antaranya:

1. Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Pasir Gudang


(Sekolah Showcase bagi Sekolah Lestari)
2. Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar, Kota Tinggi
(Sekolah Showcase Bagi Sekolah Kualiti SPSK dan PIBK)
3. Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah, Kota Tinggi
(Sekolah Showcase Bagi Kumpulan Sarana Ibu Bapa)
4. Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi
(Sekolah Showcase Bagi Amalan Terbaik Kepimpinan)

Kepimpinan beliau tidak hanya disekolah sahaja, malah komitmen untuk berkongsi dan
mengembangkan idea-idea beliau sehingga kini beliau masih memegang jawatan negeri
dan kebangsaan antaranya:

1. Jawatankuasa Kumpulan Penggerak Sarana Kebangsaan,


2. Naib Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Kota Tinggi,
3. Jurulatih Utama Kumpulan Penggerak Sarana Kebangsaan, KPM
4. Jurulatih Utama Penggerak Ibu Bapa Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Panel Penemuduga Pemilihan Perlantikan Pengetua dan Guru Besar Negeri Johor.
6. Jawatankuasa Penggerak Ibu Bapa Komuniti (PIBK) Kebangsaan, Negeri dan
Daerah.
Maka, jika dilihat kepada kerjaya dan sumbangan beliau, tidak hairanlah jika beliau
menerima anugerah-anugerah khas antaranya:
1. Anugerah Kepimpinan Aktif – 2003,2004,2005
2. Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar (NewDeal) – 2011, 2012, 2013
3. Anugerah Kepimpinan Transformasi 2013
4. Anugerah IKON Guru Kota tinggi 2015
5. Anugerah IKON Guru Negeri Johor 2015
6. Finalis IKON Guru Kebangsaan 2015
7. Anugerah Kualiti Pengurusan Daerah Kota Tinggi 2018
8. Anugerah Amalan Terbaik PIBKS Negeri Johor 2019
9. Anugerah Kepimpinan PIBKS Tahun 2019
10. Anugerah Kualiti Dan Inovasi Pendidikan Daerah Kota Tinggi 2019.

Kejayaan demi kejayaan dilakar oleh beliau, membuktikan bahawa kepimpinan beliau
memberikan impak kepada sekolah yang diterjui oleh beliau. Beliau yang dimaksudkan
ialah Cikgu Hajah Bibi Sakinah Binti Haji Harun Khan atau lebih mesra dipanggil Bonda.

You might also like