You are on page 1of 9

3.

0 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU


Kerjaya sebagai seorang pendidik merupakan satu kerjaya yang sangat dipandang
mulia oleh masyarakat. Kerjaya sebagai seorang guru merupakan kerjaya yang
memerlukan pengorbanan yang tinggi kerana guru diibaratkan lilin yang membakar diri
membina anak bangsa yang cemerlang, berakhlak mulia, berdaya kreatif serta
mempunyai jati diri dan ilmu pengetahuan yang mantap. Namun untuk menjadi
seorang pendidik bukanlah satu perjalanan yang mudah kerana terdapat banyak
rintangan yang harus ditempuhi oleh seseorang untuk bergelar guru.
Seorang pendidik akan memulakan perjalanan hidupnya sebagai seorang
pendidik daripada maktab perguruan atau Institut Pendidikan Guru sehinggalah
ditempatkan disekolah dan memulakan tugasan sebagai guru novis atau guru
permulaan sebelum beralih kepada guru cekap, guru berkesan, guru mahir dan guru
pakar (Syed dan Ahmad 2013). Jelas menunjukkan bahawa proses untuk menjadi
seorang guru bukanlah satu proses yang singkat tetapi memakan masa sehingga
bertahun bertahun.
Proses yang sama turut berlaku terhadap seorang insan guru cemerlang yang
bernama Puan Hajah Safiah@Hanafiah Binti Junggang. Beliau berasal dari Sandakan,
Sabah dan berumur 48 tahun. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Holy Trinity,
Tawau dan kemudiannya beliau melanjutkan pendidikan beliau di alam sekolah
menengah di SM ST. Ursula, Tawau. Setelah tamat persekolahan, beliau telah
diterima untuk memasuki Maktab Perguruan Sandakan, Sabah dan memulakan
perkhidmatan sebagai pendidik pada tahun 1984 di Sekolah Kebangsaan Bandar 2,
Tawau.
Beliau kemudiannya menyambung pengajian beliau ke peringkat ijazah dalam
bidang bimbingan dan kaunseling di Unversiti Putra Malaysia. Beliau seterusnya
mengambil ijazah sarjana di UNISEL dalam bidang pengurusan pendidikan displin
pada tahun 2005 hingga 2007. Beliau melaksanakan kajian berkaitan dengan displin
dan kebersihan sekolah. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru sandaran di Sekolah
Kebangsaan Bandar, Tawau pada tahun 1984 hingga 1989. Kemudian beliau
melanjutkan pengajian beliau ke Maktab Perguruan Sandakan, Sabah. Beliau
memulakan kerjaya sebagai guru novis ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu 4,
Tawau pada tahun 1992. Beliau mendapat gelaran Guru Cemerlang pada tahun 2010
dalam bidang pengkhususan bimbingan dan kaunseling.

11

Gambar foto 1: Sijil Perguruan Asas Puan Hajah Safiah

Gambar foto 1: Surat Pelantikan Guru Cemerlang Puan Hajah Safiah

12

Sewaktu memohon guru cemerlang, beliau juga telah memohon kursus


kepengetuaan di Institut Aminuddin Baki. Namun setelah mendapat pelantikan sebagai
guru cemerlang, beliau telah menolak kursus kepengetuaan bagi menumpukan
sepenuh masa kepada bidang guru cemeralng di sekolah. Mengimbas kembali
perjalan beliau dalam dunia pendidikan, setelah 5 tahun berkhidmat sebagai guru tetap
di sekolah, beliau mula mendalami bidang keguruan ini dengan lebih baik dan beliau
telah dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan baik.
Beliau telah mampu menyelesaikan pelbagai masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh murid murid beliau. Beliau menyatakan bahawa segala ilmu yang
berkaitan dengan ilmu pendidikan seperti psikologi dan pedagogi yang telah dipelajari
oleh beliau telah diamalkan bagi menjadikan beliau lebih matang dalam mentadbir
murid murid yang bermasalah di sekolah. Dalam menjalankan tugas sebagai guru,
kita tidak harus memikirkan tentang ganjaran yang bakal kita perolehi sebagai guru
namun kita harus menanamkan rasa tanggungjawab kita sebagai guru.
Setelah berkhidmat selama 17 tahun berkhidmat, beliau telah lebih mahir
dalam dunia pendidikan. Beliau telah menjadi contoh kepada rakan rakan
seperjuangan beliau di sekolah kerana pengalaman beliau dan juga kecemerlangan
beliau dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik. Hasilnya, setelah sekian
lama beliau berkhidmat dalam arena pendidikan, beliau telah memegang jawatan
sebagai guru cemerlang di sekolah pada tahun 2010. Untuk menjadi guru cemerlang
bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai perkara perlu dititikberatkan dalam
menjadi guru cemerlang.
Antara ukuran utama dalam menjadi guru cemerlang ialah prestasi kerja perlu
sentiasa berada pada tahap maksima dan sentiasa bersedia dengan cabaran
cabaran yang mendatang. Selain itu, beliau tidak pernah mengejar cemerlang tetapi
beliau sentiasa berfikiran postitif iaitu sebagai guru kita perlu meletakkan kepentingan
anak bangsa sebagai tugas utama dan juga rasa tanggungjawab dalam mendidik anak
bangsa. Sebagai guru cemerlang banyak cabaran yang perlu dihadapi seperti terpaksa
terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pihak berwajib kerana
sebagai guru cemerlang sentiasa menjadi tunjang utama dalam sesuatu program yang
berkaitan dengan bidang yang diambil.
Selain itu, sepanjang perkhidmatan beliau sebagai guru cemerlang, beliau telah
banyak terlibat dengan aktiviti aktiviti yang berkaitan dengan kecemerlangan pelajar
beliau dan akhirnya membawa kepada kecemerlangan ke atas diri beliau sendiri.
Antara aktiviti beliau ke arah kecemerlangan pelajar beliau ialah membawa pelajar
13

beliau menjadi johan pasukan model kerjaya, sekolah rendah peringkat negeri di Kota
Kinabalu. Ini jelas menunjukkan bahawa untuk menjadi guru cemerlang bukan hanya
melibatkan kecemerlangan diri sebagai guru dalam bidang pendidikan tetapi juga perlu
membentuk kecemerlangan kepada pelajar.

Gambar foto 3: Contoh aktiviti yang membawa kepada kecemerlangan pelajar yang
dilakukan oleh Puan Hajah Safiah.
Bagi mendapatkan gelaran guru cemerlang, pada tahun 2010 beliau telah
melaksanakan satu projek di sekolah beliau bertugas iaitu Projek Gemilang di bawah
kelolaan beliau sebagai guru di Unit Bimbingan & Kaunseling iaitu projek untuk
meningkatkan prestasi pelajar dalam mencapai 5A di sekolah tempat beliau bertugas.
Akhirnya dengan berkat usaha beliau, projek tersebut telah membuahkan hasil dan
akhirnya beliau dapat menyandang pelantikan guru cemerlang.
Secara kesimpulannya, diari perjalanan seorang guru daripada guru permulaan
sehingga kepada guru pakar sangat berliku dan banyak cabaran dan pengorbanan
yang perlu dilaksanakan. Namun itu bukanlah alasan utama sebagai seorang guru
dalam mencapai kecemerlangan dalam diri bagi mendidik anak bangsa dan
memartabakan profesion keguruan dalam diri sendiri.
14

4.0 PENULISAN REFLEKTIF


Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurniaan Tuhan saya telah
berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya biar pun banyak halangan yang
terpaksa ditempuhi sepanjang melaksanakan tugasan ini. Kerja kursus ini merupakan
satu kewajipan kepada pelajar tahun 4 semester 2 bagi Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2011 yang mengambil major bahasa Melayu bagi
memenuhi profroma yang di dalam kursus EDU 3083. Secara umumnya, kerja kursus
ini bertujuan untuk menilai 3 hasil pembelajaran iaitu menganalisis peringkat
perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat yang lebih tinggi, merancang
pelan pembangunan diri untuk menjadi seorang professional dan juga melaksanakan
peranan sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pengurusan dan
pentadbiran pendidikan.
Sesungguhnya, kerja kursus ini banyak membantu saya untuk lebih memahami
mengenai ilmu berkaitan dengan asas kepimpinan dan perkembangan professional
sebagai seorang guru yang bertauliah. Ini kerana bidang ini merupakan satu bidang
yang luas yang jika kurang ilmu mendalami mengenai bidang ini akan menyebabkan
kesukaran kepada diri saya sendiri yang bakal ditempatkan di sekolah tidak lama lagi
dalam mendidik anak bangsa. Kegagalan saya untuk mencerna setiap ilmu berkaitan
dengan kepimpinan di sekolah akan menyebabkan satu tidak mampu untuk berkerja
dengan baik dalam sesebuah organisasi yang ditadbir oleh orang yang lebih
berpengalaman.
Bidang kepimpinan dalam pendidikan ini bukanlah satu perkara yang mudah
untuk dilaksanakan. Untuk bergelar pemimpin banyak cabaran dan dugaan yang perlu
diatasi dalam mentadbir sesebuah organisasi kerana terdapat banyak karenah
manusia yang perlu diuruskan oleh seseorang pemimpin. Oleh yang demikian, saya
menyedari bahawa betapa pentingnya ilmu berkaitan dengan kepimpinan ini pada
saya kerana sebagai guru kita adalah pemimpin dan tanpa ilmu yang mencukupi
berkaitan dengan kepimpinan akan menyebabkan kita tidak dapat mentadbir sesebuah
organisasi apabila ditempatkan di sekolah kelak. Sebagai contoh, jika kita diberikan
tugas untuk mengendalikan sesuatu aktiviti di sekolah yang memerlukan kita
memimpin sesebuah organisasi, kita akan gagal jika tidak mencukupi ilmu kepimpinan
kerana kita gagal dalam mempengaruhi ahli dalam organisasi tersebut untuk
bekerjasama.
Seiring dengan perkembangan bidang pendidikan pada masa kini, kepimpinan
berprestasi tinggi merupakan satu anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
15

Malaysia 2013 2025. Oleh yang demikian, sebagai pemimpin di sekolah, guru besar
dan barisan penolong kanan seharusnya menjadi agen utama dalam meningkatkan
prestasi sekolah ke arah kecemerlangan. Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin
menjadi agen utama dalam merubah prestasi sesebuah sekolah. Melalui kerja kursus
ini saya dapat merefleksi diri bahawa untuk merealisasikan anjakan ini menjadi
kenyataan saya juga harus memberikan kerjasama terhadap pentadbiran yang
dijalankan oleh pemimpin saya.
Pemimpin bukan sahaja memberikan arahan kepada ahli bawahan tetapi juga
memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju pencapaian sesebuah
organisasi. Oleh yang demikian, seseorang pemimpin harus mempunyai ciri atau gaya
kepimpinan yang berkesan dan tepat selaras dengan situasi organisasi yang dipimpin
oleh beliau. Oleh yang demikian, saya dapat mengetahui bahawa dalam kepimpinan
bukan sahaja bertumpu kepada arahan tetapi seseorang pemimpin harus bijak untuk
menggunakan kuasanya untuk mentadbir sesebuah organisasi agar ahli ahli di
dalam organisasi tersebut tidak memberontak kepada pemimpin mereka dan matlamat
organisasi dapat dicapai dengan baik.
Saya juga dapat merefleksi diri bahawa sebagai pemimpin sememangnya
terdapat banyak tugas dan cabaran yang perlu diselesaikan. Ini kerana seorang
pemimpin tidak hanya terikat dengan satu tugas sahaja tetapi meliputi tugas seperti
mentadbir organisasi tetapi juga dalam masa yang sama menjalankan tugas tugas
am dalam organisasi tersebut. Oleh yang demikian, saya merasakan bahawa saya
perlu bersedia daripada awal tentang cabaran cabaran tugas sebagai pemimpin. Hal
ini kerana, pada masa hadapan saya berkemungkinan akan menjadi seorang
pemimpin dalam sesebuah organisasi.
Selain itu, melalui tugasan kerja kursus ini juga dapat memberikan saya satu
gambaran awal mengenai pelan pembelajaran peribadi setelah berada di sekolah.
Saya merasakan bahawa pada era pendidikan sekarang, ilmu tidak hanya terbatas
setakat mengajar di sekolah sahaja tetapi sebagai guru, saya perlu sentiasa berfikiran
jauh ke hadapan dengan sentiasa mencari ilmu ilmu baharu yang dapat membantu
saya dalam mendepani cabaran cabaran dalam dunia pendidikan.
Sebagai bakal guru permulaan atau novis kelak, saya sememangnya akan
menerima pelbagai tugas tugas di sekolah kelak. Namun ini tidak bererti akan
mematahkan semangat saya dalam meneruskan tugas sebagai seorang guru kerana
sebagai seorang guru saya semestinya mempunyai pelan perancangan sendiri dalam
melaksanakan penugasan sebagai seorang guru. Ini akan sedikit sebanyak membantu
16

saya sebagai guru permulaan untuk beralih kepada guru cekap dan seterusnya
mungkin menjadi guru cemerlang di sekolah pada masa hadapan.
Sesuatu perancangan akan memakan masa yang sangat lama untuk
direalisasikan. Ini juga serupa dengan pelan pembelajaran peribadi. Sesuatu proses
pembelajaran akan memakan masa yang agak lama namun memberikan kesan yang
positif terhadap diri kita sendiri. Oleh yang demikian, saya dapat merefleksi diri
bahawa perlu meniru guru cemerlang ada pada hari ini bagaimana cara mereka
membina pelan pembelajaran peribadi mereka sehingga mereka mampu berdiri teguh
sehingga ke hari ini dalam dunia pendidikan yang sangat mencabar ini.
Dalam pada itu, saya dapat merefleksi diri bahawa sekiranya saya ditempatkan
di pedalaman atau lokasi yang sukar untuk ke pusat-pusat pengajian yang saya
mohon maka saya akan membuat pembelajaran di rumah sahaja. Walaupun di rumah
sahaja, pembelajaran masih boleh berjalan melalui pembelajaran melalui talian atau
dikenali sebagai online learning (OLL). Ini merupakan satu pendekatan yang
membolehkan seseorang meneruskan pengajian tanpa perlu berada di kolej atau
universiti untuk berinteraksi secara bersemuka dengan pensyarah.

Kita perlu merancang untuk melaksanakan pendidikan yang berterusan. Ini


bermaksud kita tidak jangan merasakan cukup dengan tahap yang ada sekarang
hanya sekadar memenuhi kelayakan untuk menjadi guru bertauliah sahaja. Kita perlu
untuk memastikan untuk diri meneruskan pengajian selama mana kemampuan kita.
Hal ini kerana pada pandangan, saya proses pembelajaran berterusan perlu kerana
ilmu pengetahuan yang ada di dunia ini tidak akan dapat dipelajari semua walaupun
umur kita mencecah ratusan tahun. Jadi kita perlu menggarap sebanyak mana mampu
untuk dimanfaatkan kepada anak didik kita kelak.

Kesimpulannya, ilmu berkaitan dengan kepimpinan dan perkembangan


professional ini harus sentiasa dititikberatkan dalam kehidupan seorang insan yang
bergelar pendidik kerana tanpa ilmu yang mencukupi dalam bidang ini akan
mengakibatkan seseorang itu sukar melaksanakan kewajipan sebagai seorang guru
dalam arena pendidikan ini.

17

5.0 RUMUSAN
Secara keseluruhnya, terdapat dua aspek penting dalam kerja kursus ini iaitu berkaitan
dengan kepimpinan dan juga pelan pembelajaran peribadi seorang guru yang mana
menjurus kepada aspek guru cemerlang dalam pencapaian kerjaya. Dapat dirumuskan
bahawa seseorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika di dalam menguruskan
atau mentadbir sesebuah organisasi. Ini adalah bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, guru besar dan guru guru
perlu sentiasa meningkatkan kemahiran memimpin serta bersiap sedia dengan segala
ilmu kepimpinan yang sesuai dengan situasi yang mungkin akan dihadapi kelak.
Kepimpinan yang berkesan memerlukan sokongan dan kerjasama daripada
para ahli di dalam sesebuah organisasi. Kejayaan kepimpinan pihak pentadbir di
sekolah dapat dinilai apabila mereka berjaya melahirkan murid yang kompeten,
inovatif, kreatif dan berkebolehan untuk memenuhi pasaran kerja yang terdapat dalam
Wawasan 2020 pada masa hadapan. Selain itu, faktor kejayaan guru yang dipimpin
turut menjadi ukuran tentan kejayaan seorang pemimpin di sekolah. Guru yang
mampu mendepani segala cabaran dalam membentuk anak didik merupakan indicator
yang mencerminkan bahawa pemimpin di sekolah tersebut dalam mendorong guru
tersebut untuk menjalankan tugas dengan baik di dalam organisasi yang dipimpin oleh
beliau.
Sebagai seorang bakal guru, kita semestinya harus menjadi pemangkin untuk
meneruskan usaha usaha dalam merealisasikan tanggungjawab membina modal
insane yang cemerlang dan berkualiti melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai guru, kita perlu untuk melipat gandakan usaha untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran peribadi sebagaimana yang diperlukan dalam diri
seseorang insan yang bergelar guru. Selain itu, penampilan yang baik akan
memberikan satu kelebihan kepada kita dalam mendidik anak bangsa kerana guru
merupakan role model kepada masyarakat.
Selain itu, perancangan pelan pembelajaran yang teliti juga perlu dititikberatkan
dalam jiwa seorang guru. Ini bagi memudahkan seseorang guru itu merancang
perjalanan hidupnya dalam dunia pendidikan yang banyak cabaran dan dugaan ini
disamping dengan beban tugas yang semakin hari semakin banyak. Oleh yang
demikian, setiap insan pendidik harus bertindak dengan matang dalam mengatur
perjalanan karier sebagai guru dan membantu dalam merealisasikan pendidikan anak
bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang lebih tinggi.

18

RUJUKAN
Buku
Abdul Aziz (2003). Fokus Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia
Aminuddin Mohd Yusof (1990). Siri Analisis Psikologi: Kepimpinan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Amir Hassan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim:
Quantum Books
Blas Jospeh (2000). Bringing Out The Best In Teachers, What Effective Principals Do.
California: Corwin Press
Bush,P. (1998). Teacher Development Induction, Renewal and Redirecion. London:
The Palmer Press.
Ibrahim Mamat (2001). Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn
Bhd.
Keith,D dan Grilling,L (1991). Leadership Style of Principals. London: Sarge Fall
Syed Ismail dan Ahmad Subki Miskon (2013). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd
Robiah Sidin (2012). Konsep Guru Profesional. Dalam Prosiding Seminar Profesion
Perguruan. Bangi: Falkulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Internet
Jacy Janet. Nota Edu 3108. Diakses pada 30 Ogos 2014 di laman web
http://lesungpipit-jc.blogspot.com/2011/07/nota-edu3108.html
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
2025. Diakses pada 4 September 2014 di laman web http://www.moe.gov.
my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary- BM.pdf
Zaim Said. Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Keguruan. Diakses pada 1
September 2014 di laman web http://mizan-edu3108-drzaims.blogspot.com/

19

You might also like