You are on page 1of 2

REFLEKSI LAWATAN PENANDA ARAS GURU CEMERLANG

Bersyukur kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana
dengan izin- Nya saya dan rakan-rakan seperjuangan dari opsyen Matematik serta
bersama pensyarah pembimbing iaitu Encik Zainal Abidin bin Sulaiman telah berjaya
menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus
pendidikan guru bagi semester 6 ini iaitu menjalani program BIG bagi Lawatan
Penanda Aras Guru Cemerlang pada 12 November di Sekolah Kebangsaan Seri
Bayu Manjung.
Program lawatan Penanda aras Guru Cemerlang ke Sekolah Kebangsaan
Seri Bayu, merupakan suatu pengenalan tentang Pengurusan Guru Cemerlang serta
bertujuan mendedahkan para guru kepada alam persekolahan yang sebenar dimana
pembentukan iklim dan budaya kerja cemerlang oleh guru serta kepimpinan
pentadbiran sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah
sebagai satu institusi pendidikan. Guru yang kami temui di sekolah tersebut ialah
Puan Idiana yang merupakan guru cemerlang Matematik.
Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru
mengenai proses-proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara
proses yang perlu dipelajar ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat
sekurang-kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru.
Seterusnya guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mengisi borang guru cemerlang dalam talian. Bagi Puan Idiana, beliau merupakan
penerima anugerah cemerlang sebanyak tiga kali sebagai guru mata pelajaran
matematik. Sikap komited dan dedikasi beliau dalam pengajaran dan pembelajaran
telah membawanya selangkah ke hadapan daripada guru-guru yang lain. Beliau juga

telah banyak membawa inovasi dalam pengajaran dan pembelajarannya yang


membolehkan murid-murid mudah faham dalam setiap langkah yang diajar.
Guru Cemerlang juga mestilah

mendokumentasikan

kajian tindakan,

lembaran kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian


pelajar (akademik ataupun kokurikulum) untuk memudahkan proses apabila dinilai
oleh Jemaah nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada
pihak sekolah dalam bidang yang dimohon dan juga memberi sumbangan kepada
pihak luar sekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut. Ini merupakan proses untuk
memohon menjadi Guru Cemerlang. Prosedur ini perlu diikuti oleh setiap guru yang
ingin menjadi guru cemerlang. Walaupun prosedurnya yang agak rumit, tetapi guruguru yang betul-betul komited tidak menjadikan isu ini sebagai masalah untuk
Berjaya malah mereka akan menjadikan isu ini satu cabaran untuk berjaya.
Program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya dalam
meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga
memberi pendedahan kepada saya untuk memperbaiki diri serta melengkapkan diri
dengan semaksimum yang mungkin untuk mencari kepuasan dalam bekerja.
Kepuasan seseorang guru tidak terletak pada gajinya tetapi apabila melihat
kejayaan pelajar memahami sesuatu perkara yang diajar. Saya ingin menjadikan
input yang saya dapat melalui program ini sebagai pemangkin untuk menjadi guru
yang komited dan berwibawa seterusnya mengejar gelaran Guru Cemerlang.

You might also like