You are on page 1of 9

1.

0 Tugasan 1: Laporan Temubual

Sistem pendidikan di Malaysia amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke hadapan.
Perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan memenuhi kehendak negara
dalam usaha merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan dan
transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam
profesion keguruan. Untuk memenuhi tugasan kerja kursus Asas Kepimpinan & Pembangunan
Profesionalisme Guru (EDUP3083), saya telah menemubual seorang guru yang berpengalaman
luas dalam sektor pendidikan, berkaitan isu dan cabaran semasa yang dihadapi serta
peranannya.
Guru tersebut merupakan guru matapelajaran Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan Jalan
Empat, Bandar Baru Bangi. Beliau berumur 48 tahun dan sudah berkhidmat selama 23 tahun
sebagai guru sejak tahun 1996. Gred perkhidmatan beliau ialah pada Gred DG44 dan pernah
memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Sekarang beliau memegang jawatan
sebagai Ketua Panitia Bahasa Arab di sekolah berkenaan. Saya telah merumuskan isi-isi penting
temubual seperti di bawah.

1.1 Konsep mengajar dan ciri-ciri guru sebagai seorang profesional


Encik Soleh menyatakan bahawa konsep mengajar yang difahaminya ialah proses
penyampaian ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan murid oleh guru yang sebenar.
Maksud guru yang sebenar ialah guru yang menekankan ciri-ciri guru yang berjaya iaitu guru
yang kaya dengan ilmu dan sahsiah diri serta berketerampilan tinggi dalam pekerjaan. Tambah
beliau lagi, profesion keguruan ini bersifat dinamik mengikut peredaran zaman yang semakin
berkembang pesat dalam setiap sektor kehidupan. Masa kini, keperluan guru berhadapan
dengan pelbagai isu dan cabaran memerlukan pengetahuan, kemahiran serta nilai etika yang
tinggi dalam mereka. Pernyataan ini bertepatan dengan Lieberman (1956) yang turut menyatakan
konsep mengajar sebagai profesion yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran
intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati
autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila
perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal
yang berkaitan dengan pendidikan.

1
1.2 Isu dan cabaran yang dihadapi
Seterusnya, guru disoal berkaitan isu dan cabaran kini yang dihadapinya. Jelas beliau,
antara isu bebanan guru yang tidak boleh dinafikan sekarang ialah kerja-kerja perkeranian,
jurulatih sukan, guru kokurikulum, guru pengiring dan guru disiplin. Itu belum termasuk tugasan
guru memasukkan data tertentu dalam sistem yang dikehendaki oleh pihak Kementerian
Pendidikan.
Selain itu juga, isu yang difokuskan ialah berkaitan dengan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD), iaitu suatu pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
Pelaksanaan PBD bukanlah diwujudkan untuk membandingkan tahap penguasaan murid, tetapi
bertujuan untuk membantu dalam perkembangan pembelajaran murid di samping membantu
guru menambahbaik pengajaran mereka. PBD amat berbeza dengan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) yang membandingkan tahap penguasaan antara murid (Mohd Azhan,2018).
Di sebalik pelaksanaan PBD ini, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh guru
iaitu keberlangsungan pentaksiran di dalam kelas. Contohnya, kekerapan ketidakhadiran murid
dan murid tidak menyiapkan tugasan yang diberikan menyukarkan lagi pelaksanaan pentaksiran
mereka di dalam kelas. Tambahan pula, dengan jumlah waktu yang diperuntukkan menghadkan
lagi masa untuk pelaksanaan PBD. Bahkan, pentaksiran bilik darjah ini perlu dijalankan pada
masa yang sama, guru perlu mengawal kelas. Perkara ini jelas ketika guru menilai murid dalam
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Di samping itu juga, kepelbagaian personaliti murid di dalam kelas menyukarkan penilaian
guru terhadap muridnya. Murid yang pemalu contohnya langsung tidak mengeluarkan suara
ketika sesi penngajaran dan pembelajaran menyukarkan lagi guru menilai tahap
perkembangannya. Cabaran guru semakin bertambah dengan pertambahan jumlah murid di
dalam kelas. Jumlah murid yang melebihi 40 orang pasti mengambil masa yang panjang untuk
menilai mereka, tambahan pula dengan rancangan pengajaran yang perlu dikejar guru
merungsingkan lagi kerjaya seorang guru. Hal ini menguji sikap integriti sesetengah guru yang
mengambil jalan mudah dengan hanya menilai murid membuta tuli serta mengabai prosedur yang
telah ditetapkan.

2
1.3 Peranan sebagai pemimpin profesional
Ujar En Soleh lagi, bagi menyelesaikan tugasan pentaksirannya, beliau telah menjalankan
pentaksiran terhadap pelajarnya dengan menggunakan perbincangan, PLC, mentor mentee dan
latih tubi. Hal ini menunjukkan integriti guru ini berkaitan rapat dengan Tatakelakuan dan
Tatatertib dalam Peraturan 4(2)(f) iaitu tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah. Sekiranya guru
ini tidak berintegriti boleh dikenakan hukuman tatatertib. Bahkan, ini membuktikan pelaksanaan
inisiatif lain untuk menunjukkan kefahaman mereka seperti termaktub dalam Peraturan 4(2)(e)
guru tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha.

Selain itu juga, setiap guru perlu kepada pembelajaran sepanjang hayat dan berusaha
meningkatkan profesionalisme diri dan rakan sekerja (Wong et.al, 2018). Misalnya, guru ini
sentiasa berusaha untuk menambah pengetahuan beliau mengenai Pentaksiran Bilik Darjah.
Dengan menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), perjumpaan dalam Panitia dan
perjumpaan dengan ibu bapa. Kesedaran guru ini menunjukkan kefahamannya berkaitan dengan
Peraturan 4(2)(i) di mana ia menyatakan bahwa guru tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan
dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah Ketua
Pengarah Pelajaran. Kesimpulannya, seorang guru harus berusaha mencapai kesempurnaan
dalam profesion perguruan agar dapat memartabatkan bidang pendidikan sebagai suatu bidang
yang unggul dan disegani ramai serta menepati kehendak teras Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP).

3
2.0 Tugasan 2 : Penulisan Akademik

2.1 Peringkat perkembangan yang dilalui oleh guru yang ditemubual


Menurut Wong et.al (2018) berkata bahawa Trotter (1986) telah mengemukakan teori lima
peringkat perkembangan untuk seseorang guru menjadi pakar dalam bidang yang diceburinya.
Lima peringkat tersebut ialah peringkat novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat
mahir dan peringkat pakar.
Guru yang telah saya temubual adalah seorang guru lelaki yang telah berumur 48 tahun.
Beliau telah mendapat gred DG 44 semasa perkhidmatan beliau dan baru-baru ini, beliau telah
mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Jalan Empat. Guru ini
telah mendapat kelayakan mengajar dengan menggunakan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan
telah mula berkhidmat pada tahun 1996. Dan bidang Pengkhususan Ijazah beliau adalah dalam
bidang Bahasa Arab. Selepas menganalisis temubual yang telah dilaksanakan, saya mendapati
bahawa guru ini telah berada pada peringkat pakar.

Hal ini adalah kerana jika dilihat pada dirinya seorang guru pakar yang gemilang dan
terbilang. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan yang telah beliau perolehi iaitu Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang. Selain itu, ciri-ciri guru pakar adalah guru tersebut juga dapat
memahami setiap maklumat yang pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran yang baik.
Ini boleh dilihat sepanjang tempoh pengajaran beliau iaitu selama 23 tahun, sudah tentu pelbagai
perubahan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
menambahbaik mutu pelajaran di Malaysia seperti wujudnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah,
vle-frog dan sekarang PdPC (Pembelajaran dan Pemudahcaraan). Namun semua itu boleh
ditangani oleh beliau dengan baik sehingga dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Sebagai seorang guru novis, saya perlu mencontohi sifat guru ini kerana beliau sentiasa ingin
menambah ilmu, memperbaiki pengajaran dan meneroka permasalahan muridnya sehingga
tercalon menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Seterusnya, guru pakar juga merupakan seorang guru yang berautoriti dalam
profesionnya. Menurut Kamus Bahasa Melayu autoriti bermaksud kuasa atau hak mengeluarkan
perintah, membuat keputusan dan sebagainya. Dalam konteks ini, saya dapat menyatakan
bahawa guru ini merupakan seorang guru yang berautoriti dalam profesionnya iaitu Bahasa Arab.
Hal ini kerana melalui pemerhatian saya, guru ini sentiasa kedepan mengetuai setiap aktiviti
berbahasa Arab dan keagamaan di sekolahnya. Ini membuktikan bahawa pihak pentadbiran
memberikan sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk mengetuai aktiviti tersebut. Dengan
kejayaan yang telah beliau peroleh ini, sedikit sebanyak menyuntik semangat dalam diri saya.

4
untuk menjadi seperti beliau sehingga diberi kepercayaan oleh pihak pentadbiran menguruskan
sesuatu program.

Kesimpulannya, seperti peribahasa yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak
datang melayang yang bermaksud jika kita inginkan sesuatu perkara maka, kita perlu berusaha
untuk mendapatkannya. Berdasarkan peribahasa tersebut saya perlulah mencontohi guru
tersebut. Bagi mencontohi guru ini saya perlulah merangka pelan pembangunan diri dan kerjaya
saya menuju ke peringkat pakar bermula dari sekarang. Dengan itu, diharapkan melalui pelan
yang dirangka ini dapat membuahkan hasil pada masa yang akan datang.

2.2 Pelan pembangunan diri dan kerjaya menuju peringkat pakar

Sebelum saya menceritakan pelan pembangunan diri dan kerjaya menuju ke peringkat
pakar, adalah lebih baik untuk menyatakan dahulu ciri-ciri yang ada pada guru yang telah berada
pada peringkat pakar.

Oleh itu, terdapat beberapa ciri yang disenaraikan sebagai guru pakar. Pertama, guru
pakar merupakan seorang guru yang gemilang dan terbilang. Kemudian, guru pakar juga dapat
memahami dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai gaya
pengajaran yang lancar. Seterusnya, guru yang pakar adalah seseorang yang berautoriti dalam
profesionnya. Dan akhir sekali, guru pakar juga mempunyai idea dan kemahiran boleh
mempengaruhi polisi-polisi berkaitan dengan pengendalian pengajaran dalam bilik darjah.

Jadi, bagaimana seorang bakal guru seperti saya, merancang pelan pembangunan diri
dan kerjaya menuju guru pakar seperti yang telah dinyatakan sebelum ini? Caranya mudah
sahaja, pertama sekali saya perlu menyemak semula Standard Guru Malaysia (SGM). Menurut
SGM ini, terdapat dua komponen yang perlu dicapai oleh seseorang guru Malaysia iaitu
komponen standard dan komponen keperluan. Oleh itu, saya perlu menguasai kedua-dua
kompenan ini untuk menuju ke arah guru pakar.

Selain itu, mulai tahun 2015, Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PBPPP) telah diperkenalkan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bertujuan
untuk memperkasakan kualiti guru yang menggunakan konsep beraskan tugas dan tempat
bertugas. PBPPP mengambil kira tiga pilihan laluan kerjaya guru, iaitu laluan Pengajaran dan
Pendidikan (PdP), laluan kepemimpinan dan laluan kepakaran pendidikan (KPM,2016). Oleh itu,
saya lebih cenderung kepada laluan PdP untuk dijadikan batu loncatan saya menuju kearah guru
pakar. Laluan PdP ini bermula daripada gred DG41 sebagai guru, kemudian meneruskan kerjaya

5
di sekolah atau IAB, IPG dan Matrikulasi ke gred yang lebih tinggi hingga ke Gred Khas. Saya
juga boleh memohon untuk bertukar ke laluan kepimpinan dan kepakaran pendidikan sekiranya
saya mahu.

Oleh itu, bagi mengikuti laluan yang telah saya pilih ini, saya perlu jelas tentang peranan,
tugas dan tanggungjawab saya supaya dapat mencapai kompetensi dan standard prestasi yang
diharapkan mengikut Dokumen Awal Dekripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Kompetensi merujuk kepada keupayaan seseorang menguasai dan membudayakan
pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional demi melaksanakan tugas dan tanggungjwab
dengan berkesan. Manakala standard prestasi pula merupakan dokumen piawai keberhasilan,
kompetensi teras (umum) dan profesional (khusus) yang perlu dicapai oleh saya berdasarkan
deskripsi tugas yang ditetapkan. Bagi standard prestasi saya perlu mencapai enam domain
kompetensi umum dengan dua domain kompetensi tambahan bagi laluan kerjaya Pengajaran
dan Pendidikan.

Seterusnya, bagi meneruskan usaha untuk saya menjadi seorang guru pakar, saya perlu
tahu mengenai konsep Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Terdapat tiga
matlamat awal Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) iaitu meningkatkan kualiti
dalam PPP. Kemudian, memperoleh, menambah baik, menguasai kompetensi dan berkongsi
pengalaman. Dan, menggalakkan PPP mengikuti latihan terancang yang merangkumi sesi
latihan, pembelajaran dan pembangunan kendiri. Tahap kompetensi PPP dilihat daripada tiga
standard yang merangkumi keupayaan melaksanakan peranan sebagai pelaksana, penggerak,
pembimbing dan mentor, peneraju perubahan, pemikir strategik dan pemikir holistik.

Model PPB ini menekankan tahap sifat khusus yang perlu dicapai berdasarkan peranan
dan tanggungjawab PPP. Oleh itu, jika saya (PPP DG41) ingin meningkatkan kompetensi saya
perlu menguasai tahap memahami dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
penyeliaan dan bimbingan. Bagi menambah pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan
nilai profesionalisme melalui pengalaman pembelajaran, saya perlu menyertai aktiviti yang telah
dicadangkan oleh KPM dalam Pelan Awal PIPPK. Pemilihan aktiviti ini bergantung kepada minat
saya, laluan kerjaya serta kebolehan saya di sekolah tempat saya bertugas.

Akhir sekali, saya juga harus bijak mengambil peluang atas strategi yang telah disediakan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan pembangunan
profesionalisme. KPM telah menyediakan program pembangunan melalui tiga strategi iaitu,
strategi penerokaan bakat, strategi pengekalan bakat dan strategi pengukuhan bakat. Program

6
yang sesuai pada saya adalah strategi penerokaan bakat kerana saya merupakan PPP yang
kurang lima tahun perkhidmat. Oleh itu, melalui program ini saya akan belajar mengenai Dasar
Pendidikan, penyelidikan asas, kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Diharapkan kombinasi
pengalaman, pengetahuan, peranan, sahsiah dan hala tuju kerjaya menjadi penyokong
pembangunan diri saya untuk lebih cemerlang sehingga mencapai peringkat pakar.

Bagi memudahkan kefahaman mengenai pelan pembangunan diri dan kerjaya saya
menuju peringkat pakar, saya telah menyediakan Rajah di bawah sebagai rujukan.

NOVIS

Semak semula • Standard


SGM • Keperluan

Pilih laluan • Laluan PdP


kerjaya

Kenal pasti • Standard


Standard Kompetensi
Prestasi Pegawai PAKAR
Perkhidmatan • Standard
Pendidikan Prestasi

• Kursus
• Penyelidikan
Menyertai
aktiviti PPB • PLC • Penerokaan
• Portal e- bakat
Guru (kurang 5
tahun
berkhidmat)
Meneroka
peluang • Pengekalan
pembangunan bakat (5
tahun dan ke
dan kerjaya atas)
guru • Pengukuhan
bakat
(keupayaan
sebagai
pelapis)

Rajah 1 : Pelan Pembangunan Diri Dan Kerjaya

7
3.0 Rujukan

 Buku
Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid & Boon Pong Ying. (2018). Asas Kepemimpinan Dan
Pembangunan Profesionalisme Guru. Oxford Fajar Sdn Bhd. Shah Alam, Selangor.

 Jurnal
Noor Su`Adah Bt Mohd Nawawi. (Januari 2014). Integriti Guru Dalam Pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah Luar Bandar Kulaijaya.
Universiti Teknologi Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan


Profesionalisme Keguruan.
 Internet
Cikgu Share. (11 April 2018). Perbezaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) & Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS). Didapati pada laman web
http://www.cikgushare.com/2018/04/perbezaan-pentaksiran-bilik-darjah-pbd.html

Malaysia Kini. (20 Disember 2018). Pentaksiran Bilik Darjah Tahap Satu Fokus Didik Libur
Berteras Pelajar. Didapati pada laman web
https://www.malaysiakini.com/news/456968

Siti A’isyah Sukaimi. (Rabu, 19 Disember 2018). Didapati pada BH Online. Perkukuh
Pentaksiran Tahap Satu Dengan PBD. Pada laman web
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/12/511081/perkukuh-pentaksiran-
tahap-satu-dengan-pbd

8
LAMPIRAN

You might also like