You are on page 1of 28

REFLEKSI

PERTENGAHAN PRAKTIKUM

2020

JOM MULA
MAKLUMAT
PELAJAR PRAKTIKUM

Nama : Muhammad Hazim Bin Mohammed Yusoff


No Matrik : 2017192340027
No. Kad Pengenalan : 970220-07-5125
Kelas : PISMP C2 Ambilan Jun 2017
Pensyarah Penyelia Major: Dr. Maria binti Tahir
Pensyarah Penyelia Minor : Encik Suhaimi bin Zakaria
LATAR BELAKANG KELAS DIAJAR

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Polis Depot


Kelas : 3 Amanah
Subjek : Bahasa Melayu
Jumlah murid : 33 orang
Masalah murid pasif Murid bosan dengan
di dalam kelas pengajaran guru

Isu yang dihadapi


Murid Pasif
di dalam kelas
Pengenalan isu
 Masalah ini saya fokuskan kepada seorang murid di
dalam kelas 3 Amanah yang bernama Adam.
 Murid ini telah menunjukkan sikap yang sangat pasif
ketika menjalani pembelajaran Bahasa Melayu.
 Jika disebut namanya untuk menyertai aktiviti, dia
akan terus tundukkan kepala dan diam.
Tindakan awal Berbincang dengan
guru pembimbing

 Saya berkongsi masalah yang saya hadapi ini dengan guru


pembimbing iaitu Cikgu Norly yang merupakan guru kelas bagi 3
Amanah.
 Menurut beliau Adam merupakan salah seorang murid pemulihan.
 Adam tidak mampu membaca walaupun sepotong ayat yang diberi
beliau secara keseluruhan.
 Setiap kali kelasnya, Adam tidak akan bercakap.
Tindakan Susulan
yang diambil
Oleh guru praktikum
Menukar
Tindakan 1 tempat duduk
 Adam berasa malu dikelilingi oleh
murid-murid cemerlang.
 Adam tidak dapat mengikuti sesi

Tidak pembelajaran yang diajar oleh saya

berjaya
kerana dia sering diejek oleh murid
lain.
Tindakan 2 Memberi ganjaran

 Terdapat perubahan positif kerana Adam


sudah mula untuk mencuba menjawab soalan.
 Namun yang demikian dia terpaksa bersaing

Kurang dengan murid cemerlang kerana mereka juga

berkesan
inginkan ganjaran.
 Hal ini menyebabkan Adam masih ketinggalan.
Apakah punca Adam menjadi Pasif?

Setelah saya meluangkan masa bersama


Adam, dia telah berkongsi serba sedikit
mengenai kehidupannya di luar waktu
sekolah. Berdasarkan perkongsian
tersebut saya telah mengenalpasti tiga
punca utama Adam menjadi Pasif.
Sentiasa
Kedua-dua bersendirian Kurang perhatian
ibu bapa bekerja daripada ibu bapa
• Anak bongsu
Oleh itu, saya telah mengaitkat tindakan yang saya
terakhir yang saya laksanakan dengan menggunakan:
Teori Keperluan
Abraham Maslow
Mengapa kasih perhatian sayang diperlukan?

1. Pada peringkat kanak-kanak kasih sayang amat

penting kerana pada peringkat ini mereka mahu

meluangkan masa bersama ahli keluarga (ibu bapa).

2. Mendapat perhatian daripada orang sekeliling

terutamanya ibu dan bapa.

3. Ingin rasa dihargai oleh orang sekeliling.


Mendekati dan
Tindakan 3 memberi perhatian
 Adam lebih gemar bertanya kepada guru.
 Terdapat juga satu perubahan yang ketara
apabila saya mendapati Adam dapat membaca
secara penuh sesuatu petikan walaupun
merangkak.

Berjaya!  Adam mula menunjukkan sikap aktif dan banyak


bercakap termasuklah semasa aktiviti kumpulan.
Bagaimana untuk mengekalkannya?

Apabila saya telah menjumpai penyelesaian bagi masalah ini, saya

mula membuat beberapa cara untuk memastikan mereka terus

dapat mengubah sikapnya :

i. Sentiasa pergi ke tempat duduknya untuk bertanya.

ii. Memuji perubahan sikap mereka walaupun sedikit.

iii. Menjadikan dia sebagai contoh.


Murid bosan
Dengan aktiviti guru
Pengenalan isu
Masalah ini saya fokuskan kepada sekelompok murid di dalam kelas 3 Amanah.
Murid-murid ini sering menunjukkan reaksi yang membosankan apabila saya
memberi aktiviti.
Antara perlakuan yang sangat ketara adalah:
i. Meletakkan dagu di atas meja.
ii. Memberi tahu kepada saya mereka tidak mahu melakukan aktiviti.
iii. Buat kerja dengan cepat supaya mereka boleh melakukan perkara lain.
iv. Tidak aktif
Tindakan awal
 Saya berjumpa dengan guru pembimbing dan beberapa orang guru yang
mengajar kelas tersebut bagi mengatahui punca isu ini terjadi.
 Menurut mereka, kelas 3 Amanah merupakan kelas yang terdiri daripada
pelajar yang cemerlang.
 Namun yang demikian, mereka tidak gemar untuk melaksanakan aktiviti
permainan.
 Mereka hanya mahu melakukan latihan secara membaca atau menulis di
tempat duduknya.
Tindakan Susulan
yang diambil
Oleh guru praktikum
Menjadi seorang guru
Tindakan 1 yang tegas

 Mereka lebih menunjukkan reaksi yang


tidak berminat terhadap pengajaran guru.
 Mereka membuat perkara lain ketika guru

Tidak melaksanakan aktiviti.


 Semakin tidak aktif ketika sesi
berjaya pembelajaran
Tindakan 2 Sistem Ganjaran dan
pujian

 Mereka akan memberi aktif yang


lebih kerana mereka inginkan
ganjaran.
 Mereka akan bersaing antara satu
Berjaya! sama lain tidak kiralah secara individu
mahupun kumpulan
Mengapa tindakan ini berjaya?

Saya telah membuat pembacaan dan mengenai


Teori Skinner. (Tingkah Laku)

Peneguhan positif (pujian, ganjaran)


Dapat memberi dorongan kepada murid untuk menghasilkan sesuatu
yang bermutu.

Peneguhan negative (Teguran, hukuman positif)


Dapat memberikan perasaan tidak selesa apabila
mereka melakukan sesuatu tugasan yang diberikan.
Aplikasi teori skinner

 Saya telah membuat peneguhan secara sistematik.


 Saya memberi peneguhan positif, iaitu dengan memberi ganjaran agar perlakuan
yang ditunjukkan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. (Markah)
 Peneguhan positif juga bertindak untuk menjadi salah satu bentuk motivasi dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
 Saya juga cuba mengurangkan peneguhan negatif(tolak markah/ teguran) kerana
saya tidak mahu murid-murid saya tertekan dan salah anggap dengan peneguhan
yang saya lakukan.
Contoh sistem ganjaran utama yang saya sediakan
di papan putih sekolah
• Ini merupakan antara carta markah
ganjaran yang saya pernah buat di dalam
Lelaki perempuan kelas.
1 1 • Antara sebab saya memilih jantina
1 1
1 1
sebagai fokus bagi pemilihan kumpulan
1 1 kerana, kelompok yang saya fokuskan ini
Jumlah = 3
adalah kelompok perempuan.
Jumlah = 2
• Murid lelaki di dalam kelas tersebut
sangat aktif dan memberi kerjasama.
• Dengan adanya persaingan sihat seperti
ini, murid perempuan tersebut akan
semakin bersemangat.
Hasil keberkesanan

 Setiap kali saya membuat aktiviti, kelompok yang saya fokuskan ini
bersemangat untuk menyertainya.
 Mereka akan berusaha untuk menjawab soalan yang diberikan
walaupun salah.
 Bagi mereka, mereka ingin memastikan bahawa kumpulan mereka
juga dapat bersaing selari dengan kumpulan-kumpulan lain.
Kesimpulan
Sebagai seorang guru, kita tidak akan lepas
daripada menghadapi pelbagai corak dugaan tidak
kiralah dari pihak sekolah, ibu bapa dan murid-
murid. Oleh itu, ilmu yang telah dipelajari dan
diperolehi semasa menjadi seorang guru pelatih
amatlah penting untuk difahami untuk
diaplikasikan di masa hadapan.
Sekian Terima
Kasih

You might also like