You are on page 1of 3

Minggu Praktikum : 4

Tarikh : 10.03.2021

Tajuk Jurnal : Norma Baharu di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam

1. Isu Yang Difokuskan :

Pada 10 Mac 2021, saya telah diberi kebenaran untuk meneruskan praktikum secara
bersemuka di SK Batu Berendam. Akibat pandemik covid 19 yang melanda negara, situasi
di sekolah tidak lagi sama seperti persekolahan sebelum ini. Murid diwajibkan untuk
memakai pelitup muka ke sekolah. Sebelum memasuki kawasan sekolah juga, guru yang
bertugas akan mengambil suhu setiap murid yang datang ke sekolah. Murid yang
mempunyai suhu badan yang tinggi tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah dan diarahkan
untuk pulang. Isu yang akan saya fokuskan pada minggu ini adalah isu dalam pengurusan
murid mengikut SOP yang telah ditetapkan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Sekolah dibenarkan beroperasi semula pada 1 Mac 2021. Umum mengetahui


bahawa banyak perubahan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi mengelakkan
penyebaran virus covid-19 dalam kalangan murid. Pembukaan sekolah diyakini akan
berjalan lancar, berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Oleh sebab itu, pihak sekolah perlu mengambil
langkah proaktif dalam membendung penularan covid-19 di sekolah dengan
mengimplementasi prosedur operasi standard yang disarankan oleh KKM. Antara prosedur
yang ditekankan adalah pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan juga penggunaan
hand sanitizer. Namun begitu, masih terdapat segelintir murid yang masih tidak mematuhi
SOP yang ditetapkan oleh sekolah. Sikap tidak peduli murid ini perlu diperbaiki agar tidak
memudaratkan murid-murid serta warga sekolah.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Krisis pandemik COVID-19 merupakan risiko yang perlu dihadapi oleh pemimpin.
Menurut Bob Boyd, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agility Recovery yang
menyediakan perkhidmatan konsultan dan solusi pemulihan syarikat perniagaan yang
terjejas akibat krisis menjelaskan bahawa, “not having a strategy for how you’re going to
communicate during a disaster event is a fundamental weakness” (Maurer, 2014)

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Cadangan bagi menyelesaikan masalah ini, saya boleh menyediakan nota dan video
rakaman demostrasi sebagai pelengkap kepada murid supaya mudah diakses secara
“offline” jika murid tersebut tidak dapat mengikuti kelas PdPr sepenuhnya. Selain itu, saya
juga boleh melaksanakan Google Meet bersama-sama murid supaya saya dapat
mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid dalam memahami dan menguasai kemahiran
yang diajar. Seterusnya, saya boleh mempelbagaikan lagi cara mengajar saya dengan
pelbagai aplikasi yang menarik seperti live worksheet, Kahoot! dan menggunakan video
dengan saiz yang leboh kecil supaya tidak memerlukan penggunaan data yang banyak.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Hari

6. Tindakan Susulan :

Tindakan susulan yang akan dilakukan adalah dengan mempelbagaikan lagi


penggunaan aplikasi yang menarik seperti live worksheet dan menggunakan video yang
bersaiz kecil agar murid tidak perlu menggunakan data yang banyak.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

11.03.2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


yang telah saya kenal pasti telah memberi kesan. Walaupun tidak semua murid yang
memberi respon kepada pengajaran yang telah dilaksanakan, namun berlaku peningkatan
dari segi jumlah murid yang mendaftarkan kehadiran dalam Google Forms dan juga yang
menghantar lembaran kerja yang telah diberikan.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Saya merasa lega dengan peningkatan respon daripada murid-murid namun saya
masih tidak berpuas hati kerana saya dapati sesetengah murid langsung tidak membuka
Telegram yang saya bina dan ini bermakna murid ini tidak pernah melihat kepada bahan
serta tugasan yang telah saya hasilkan.

Rujukan

Hashim, H., Mohd Nasri, S. M., & Mustafa, Z. (2016). Cabaran yang dihadapi oleh guru
dalam
pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya FROG di bilik darjah. Asia Pacific Journal
of Educators and Education, 31, 115–129. doi:10.21315/apjee2016.31.7
Abdul Karim, L. A. (2020, April 16). PKP: e-Pembelajaran tidak segerak sesuai di luar

bandar, pedalaman. Berita Harian Online. Retrieved on 6 Mac 2021 from


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677952/pkp-e-pembelajaran-tidak-
segerak-sesuai-di-luar-bandar-pedalaman

Goliong, L., Kasin, A., Johnny, M., & Yulip, N. G. (2020). Cabaran pelaksanaan pengajaran

dan pembelajaran jarak jauh (PDPCJJ) semasa perintah kawalan pergerakan

(PKP). Retrieved on 6 Mac 2021 from https://www.academia.edu/43147586

Hashim, H., Mohd Nasri, S. M., & Mustafa, Z. (2016). Cabaran yang dihadapi oleh guru

dalam pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya FROG di bilik darjah. Asia

Pacific Journal of Educators and Education, 31, 115–129.

You might also like