You are on page 1of 2

Peribahasa orang berbudi kita berbahasa sangat sinonim dengan masyarakat

Malaysia yang sememangnya terkenal dengan adab dan tatasusilanya yang sopan serta
mempunyai kesantunan bahasa yang tinggi. Perkataan santun bermaksud halus dalam
berbudi bahasa, beradab dan sopan. Kesantunan bahasa pula boleh didefinisikan sebagai
kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada
melalui lisan atau tulisan. Menurut Kamus Dewan (1984), kesantunan merupakan perihal
(sifat dan sebagainya) santun, kesopanan, kehalusan budi bahasa atau budi pekerti).
Kesantunan berbahasa ini haruslah diaplikasi oleh masyarakat ketika berkomunikasi dengan
individu lain supaya wujud suasana komunikasi yang harmoni tanpa sebarang konflik.

Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan ialah penggunaan bahasa harian
yang tidak menimbulkan kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Beliau
juga telah membahagikan kesantunan kepada dua aspek, iaitu kesantunan asas yang
merujuk kepada pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain dan
kesantunan berkala yang merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang
dilakukan oleh masyarakat. Oleh sebab itu, penerapan sikap bersopan santun ini masih
diamalkan oleh masyarakat Melayu terutamanya melalui pendidikan dan asuhan. Melalui
cara ini, kesantunan berbahasa telah menjadi satu budaya dalam kalangan masyarakat
Melayu serta menjadi tunjang dalam agama.

Seterusnya, pada pendapat Leech (1983), beliau menginterpretasikan kesantunan


sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Strategi
utama yang perlu dipatuhi untuk mencapai sifat santun adalah masyarakat perlu
menggunakan bahasa yang lembut, beradab sopan dan beperlakuan lemah lembut ketika
bercakap dengan orang lain untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang perselisihan
faham. Oleh itu, sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan ataupun memulakan suatu
perbualan, seseorang itu perlu bijak menyesuaikan pertuturan dan bahasanya dalam
pelbagai konteks supaya tidak melukakan hati orang lain.

Di samping itu, menurut dua orang tokoh bahasa yang terkenal, iaitu Brown dan
Levinson (1987), mereka mengaitkan kesantunan sebagai usaha untuk mengurangkan
Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar. Pada mereka, setiap orang mempunyai
kehendak muka yang terbahagi kepada dua, iaitu muka positif dan muka negatif. Muka
positif adalah berkaitan dengan nilai perpaduan, tidak formal, keikhlasan, dan keakraban
manakala muka negatif merujuk kepada keinginan untuk berdikari dan bebas daripada
gangguan pihak luar. Sehubungan itu, penutur perlu mengurangkan ancaman muka
pendengar dengan memilih strategi kesantunan yang sesuai.

1
Manakala, menurut Hamka (2000) pula, beliau menyatakan bahawa kesantunan
merujuk kepada adab dan ketinggian ilmu seseorang dan sesungguhnya kecantikan yang
abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada
wajahnya. Kesantunan juga meliputi kata-kata yang lemah dan beradab hingga dapat
melembutkan hati dan manusia yang keras. Selain itu, menurut beliau juga, bertambah kuat
kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan
bertambah baik tingkah laku dan akal budinya. Namun begitu masyarakat pada masa kini
lebih mengutamakan kecantikan luaran tanpa menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
masing-masing.

Akhir sekali, takrif lain tentang kesantunan pula turut dikemukakan oleh Awang
Sariyan (2007) yang mendefinisikan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik,
sopan, beradab, mamancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada
teman berbicara. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati
bersama oleh suatu masyarakat sehingga menjadi prasyarat dalam kehidupan
bermasyarakat. Oleh hal yang demikian, ibubapa seharusnya memandang serius tentang
kesantunan bahasa yang sepatutnya diterapkan dalam diri anak-anak sedari kecil lagi
supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan mereka sehingga dewasa kelak.

You might also like