You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GEMUROH,

JALAN SEKAYU, KAMPUNG BUKIT GEMUROH


21700 KUALA BERANG,
TERENGGANU DARUL IMAN
Rujukan kami:
No. telefon : 07 4164584
Tarikh : 11/11/2019
Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh,
Jalan Sekayu, Kampung Bukit Gemuroh,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN PERSATUAN SENI DAN KEBUDAYAAN

Merujuk perkara di atas

2. Persatuan Seni dan Kebudayaan perlu ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan Bukit


Gemuroh bagi mendedahkan murid-murid dengan kebudayaan di negara Malaysia dan juga
untuk mencungkil bakat murid-murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh dalam bidang
kesenian dan kebudayaan.

3. Sehubungan itu berdasarkan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan


(Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil.42,No. 11, Tambahan
No.21, Perundangan (A): P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 dengan ini memohon untuk
menubuhkan Persatuan Seni dan Kebudayaan, Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh.

4. Bersama-sama disertakan draf perlembangaan, ahli jawatankuasa, serta aktiviti-


aktiviti utama sebagai sokongan kepada permohonan ini. Jasa dan baik tuan amat saya
hargai.

Sekian Terima Kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..
( Shahidan bin Abu Kasim )
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh
Jalan Sekayu, Kampung Bukit Gemuroh,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman

.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GEMUROH,
JALAN SEKAYU, KAMPUNG BUKIT GEMUROH
21700 KUALA BERANG,
TERENGGANU DARUL IMAN.
Rujukan kami:
No. telefon : 07 4164584
Tarikh 25/12/2019
:

Cik Nurul Mardiana binti Nizam Hishamuddin,


Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh
Jalan Sekayu, Kampung Bukit Gemuroh
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

Puan,

PELANTIKAN JAWATAN SEBAGAI GURU PENASIHAT PERSATUAN SENI DAN


KEBUDAYAAN 2020

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diperuntukkan kepada saya
melalui Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil.42, No. 11, Tambahan No.21, Perundangan (A):
P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, sukacita dimaklumkan saya telah meluluskan penubuhan
Persatuan Seni dan Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh berkuatkuasa
mulai 01 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020.

2. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberi kepada saya mengikut Peraturan 8
dalam Peraturan–Peraturan Pendidikan 9Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jil.42,No. 11, Tambahan No.21, Perundangan (A): P.U(A) 196 bertarikh
21 Mei 1998, maka saya sukacitanya melantik cik menjadi Guru Penasihat kepada
Persatuan Seni dan Kebudayaan berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan.

3. Lantikkan ini membawa kepada tanggungjawab cik sebagai Guru Penasihat


persatuan secara rasmi. Segala perkara berkaitan persatuan ini secara serta merta berada
di bawah tanggungan puan bagi mewakili diri saya. Oleh itu, segala pengelolaan dan
penyertaan aktiviti dan pertandingan di dalam atau luar sekolah terangkum di dalam
tanggungjawab ini.

Kesediaan cik dalam menggalas tanggungjawab ini amatlah saya hargai. Sekian, terima
kasih.

“Berkhidmat untuk negara”


Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………
( Mohd Zulmajdi bin Salleh )

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh
Jalan Sekayu, Kampung Bukit Gemuroh
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

You might also like