You are on page 1of 7

SINDROM DOWN

APA ITU SINDROM DOWN


Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh
kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat
pada seorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya
hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Penyakit ini juga
dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir
dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah
kesihatan yang berkaitan dengannya.
Nota:
Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang
boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit.
Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr.
Langdon Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada
tahun 1866.
Gigi yang
pendek
Kadar
metabolism Mulut
e yang lebih yang kecil
rendah
berbanding dan lidah
kanak- tebal dan
kanak pendek
normal
CIRI-
Hampir CIRI
separuh
daripada Masalah
kanak- penglihat
kanak an seperti
sindrom rabun,
Down silau dan
mempunyai katarak
masalah
jantung 
Gemar
makan
MAKANAN YANG BOLEH
DIAMBIL
Makanan yang mudah untuk dihadam (tidak kenyal)
Makanan yang berkuah
Pelawas
Makanan yang mempunyai tekstur yang tidak keras
Pengambilan sayur sayuran
Lobak merah, sayuran dan buah-buahan bewarna oren-kuning
sangat baik untuk kesihatan mata
MAKANAN YANG PERLU
DIKURANGKAN
Kurangkan makanan yang berlemak dan tinggi kolestrol
Kurangkan pengambil makanan yang mempunyai kandungan gula
yang tinggi
Kurangkan pengambilan tenaga sebanyak 10-15% daripada
saranan RNI.
Kanak-kanak Bermasalah Mengunyah dan Menelan
(1300 kcal)
Sarapan:
•1 mangkuk bihun sup/kueh teow mengandungi:
• 1 senduk bihun/kueh teow dipotong kecil
• 1½ senduk sup sayur (daun sahaja dikisar/dicincang)
• 2 sudu makan ayam (dikisar/dicincang halus)
 
•1 gelas susu

Minum pagi:
•3 keping biskut (direndam dalam susu)
•1 gelas susu
Makan tengah hari:
Bubur Nasi  Campuran mengandungi :
•1 cawan bubur
•4 sudu makan bayam (daun sahaja) goreng bertauhu (bayam dikisar dan tauhu dilenyek)
•4 sudu makan ayam dan 1 sudu lobak merah (ayam dan lobak merah dikisar bersama)
•1 potong betik (dilenyek halus)
•1 gelas air kosong

Minum petang:
•1 keping puding kastad
•1 gelas susu/Milk shake
Makan malam:
Bubur Nasi Campuran mengandungi :
•1 senduk bubur (dimasak bersama sup)
•1 ekor isi ikan kukus (dikisar/dicincang)
•4 sudu makan sup kubis dan lobak merah (dikisar/dicincang)
•1 biji  pisang berangan (dilenyek halus)
•1 gelas air kosong
Minum malam:
Bijirin Bersusu mengandungi :
•1 gelas susu
•3 sudu makan bijirin (dikisar halus)

You might also like