You are on page 1of 25

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/341822409

Dasar Pentadbiran British Terhadap Buruh di Tanah Melayu Sebelum Merdeka.

Article · June 2020

CITATIONS READS
0 7,418

2 authors:

Parameswari Krishnan J Hinduja Jayer Raman


UNISEL | Universiti Selangor University of Malaya
65 PUBLICATIONS   1,041 CITATIONS    5 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Parameswari Krishnan on 02 June 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Dasar Pentadbiran British Terhadap Buruh di Tanah Melayu Sebelum Merdeka.

Parameswari Krishnan, J.Hinduja Jayer Raman 

Abstrak
Pembahagian dan identifikasi kaum adalah satu fenomena yang sangat penting di Malaysia
terutama sebelum merdeka. Salah satu sebab terpenting yang menghalang berlakunya integrasi
atau pergaulan sosial antara buruh ialah dasar pentadbiran kerajaan kolonial. Dasar-dasar British
terhadap buruh seperti petempatan, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, layanan, diskriminasi, dan
sebagainya menunjukkan kecenderungan British untuk membezakan kaum Melayu, Cina dan
India mengikut pemikiran stereotaip. Dasar-dasar ini telah menghalang terbinanya hubungan
etnik yang luas dalam kalangan buruh di Tanah Melayu. Oleh itu, makalah ini akan
membincangkan dasar-dasar British di Tanah Melayu terhadap buruh Melayu, Cina dan India
dalam tempoh masa sebelum merdeka iaitu 1896 sehingga 1957. Kajian ini akan membuka ruang
untuk mengetahui niat sebenar pihak kolonial di sebalik mengasingkan kehidupan tiga kaum
terbesar di Tanah Melayu. Makalah ini juga sangat signifikan kerana menggunakan pelbagai
sumber primer termasuk sumber sekunder yang berwibawa.

Pengenalan
Dasar pentadbiran British pada zaman kolonial bersifat majmuk. Aspek kehidupan bukan sahaja
dibahagi menurut kumpulan etnik yang tertentu, malah setiap kumpulan atau kaum hidup secara
berasingan dan mengekalkan cara hidup masing-masing. Dasar British ini adalah untuk
mendominasi semua ekonomi Tanah Melayu dengan menggunakan orang tempatan iaitu orang
Melayu dan golongan imigran iaitu orang India dan Cina. Untuk menjayakan rancangan ekonomi
ini, maka pihak British menggunakan dasar pecah dan perintah (divide and rule) ke atas kaum di
Tanah Melayu. Perpercahan dan pemerintahan ini telah menghalang berlakunya integrasi atau
pergaulan sosial antara buruh.
Salah satu ciri yang paling menonjol berkenaan Tanah Melayu pada zaman kolonial ialah
pelbagai kumpulan etnik mengisi bidang kerja yang khusus dalam ekonomi. Orang Melayu
merupakan petani dan nelayan dan kebanyakannya ditemui di kawasan desa manakala orang
Cina bekerja dalam bidang perniagaan dan industri di kawasan bandar dan lombong serta orang
India (kebanyakannya orang Tamil) bekerja di ladang dan berpangkat rendah dalam
perkhidmatan kerajaan.

Perbezaan dalam pekerjaan ini sangat berkait rapat dengan pembahagian kelas di negara
ini sebelum merdeka iaitu orang Eropah membentuk kelas atasan dan pertengahan, orang


Dr.Parameswari Krishnan (param@unisel.edu.my / aathi7171@gmail.com) is a lecturer in the Faculty of Education
and Social Sciences, University of Selangor, Selangor and she is working on the Indian History, Malaysian History,
Social History and Humanities in Colonial Malaya and Malaysia. Dr.J.Hinduja Jayer Raman
(hinduja.jkp@gmail.com) is a graduate from the University of Malaya and now she is working on the Sociology and
Humanities in Malaysia. Rohini Krishnan is a Assistant Lecturer in the Faculty of Education and Social Sciences,
University of Selangor, Selangor.

1
Melayu, Cina dan India terletak di kelas yang lebih rendah. Namun muncul beberapa orang Cina
dan India dalam kelas pertengahan dan wujud golongan aristokrasi Melayu tradisional yang
masih mempunyai sedikit kuasa politik dan ekonomi yang tergolong dalam kelas atasan. Namun,
secara umumnya pekerjaan seseorang individu pada zaman kolonial berasaskan kaumnya.

Bagaimanakah corak perbezaan pekerjaan dalam kalangan pelbagai kaum terjadi dan
dasar dan amalan yang terlibat dalam penghasilan dan pemeliharaan corak ini merupakan
persolan sejarah yang penting. Jawapannya bergantung kepada persoalan seperti kebolehan
kerajaan kolonial bagi menstruktur ekonomi, hubungan antara kaum dan dasar terhadap pelbagai
kaum.1 Menurut Paul Kratoska, banyak sarjana pernah mengutarakan pendapatnya bahawa
British secara sistematiknya telah mengenepikan orang bukan Melayu daripada penanaman padi.
Menurut beliau, sarjana-sarjana ini telah mendirikan satu model eksploitasi kolonial di mana
“pentadbiran British di Tanah Melayu cuba untuk memaksimumkan hasil dan memenuhi
keperluan British dengan meneruskan dasar pembahagian kerja berdasarkan kaum iaitu orang
Cina bekerja di lombong, orang India bekerja di ladang dan penduduk asal Melayu menghasilkan
makanan bagi pekerja lombong dan ladang.”2 Tetapi menurut Kratoska, model ini “dalam
beberapa hal adalah salah dan diambil secara keseluruhannya tentang keadaan di Tanah
Melayu.”3 Terdapat dua hujah utama yang digunakan oleh Kratoska bagi mengenepikan model
ini. Pertama, British membenarkan orang bukan Melayu menanam padi dan kedua British tidak
mengharapkan orang Melayu menghasilkan beras bagi pekerja ladang dan lombong untuk orang
bukan Melayu.

Walaupun terdapat pelbagai hujah, namun tidak dapat dinafikan bahawa British
memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan dan meneruskan perbezaan pekerjaan
antara kaum. Malah, dasar-dasar pentadbiran British sangat jelas dalam mematahkan pandangan
kratoska dan telah menyumbang kepada idea bahawa pihak British secara sistematiknya
menyisihkan orang bukan Melayu daripada penanaman padi, menghalang orang Melayu
daripada penanaman getah di atas kawasan sawah, mengasingkan tempat kediaman,
mengasingkan pekerjaan dan turut mengasingkan pendidikan sepanjang tempoh pentadbiran di
Tanah Melayu. Dasar-dasar British ini sudah mencukupi untuk menegaskan bahawa British
memang menjadi penghalang dalam pembentukan integrasi sosial antara kaum utama di Tanah
Melayu sebelum merdeka.

Perbezaan Pekerjaan berdasarkan Kaum (Ethnic occupational Differentiation):


Tanggungjawab Pentadbiran Kolonial

Persoalan yang terpenting berkenaan tanggungjawab pentadbiran kolonial ialah memperkenalkan


perbezaan pekerjaan berdasarkan kaum di Tanah Melayu. Kratoska pernah mengkritik terhadap
dasar dan amalan ekonomi kolonial di mana “mengawal ekonomi penduduk ataupun pihak
British telah membentuk dan memanipulasi struktur ekonomi dengan memaksa pelbagai kaum

1
‘Rice Cultivation and the Ethnic Division of Labour in British Malaya’, Comparative Studies in Society and
History, Cambridge: Cambridge University Press, 24:2, April 1982, hlm. 280-314.
2
Ibid., hlm. 280.
3
Ibid.

2
untuk terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti ekonomi yang berbeza serta mendesak mereka untuk
kekal di dalamnya.4

Hampir kebanyakan penulisan sejarah yang menganalisis dasar British terhadap tiga
kaum utama di Tanah Melayu mengutarakan bahawa kerajaan kolonial harus memikul
tanggungjawab terhadap corak perbezaan pekerjaan berdasarkan kaum. Ini bererti British telah
merancang dasar “divide and rule” sejak awal pentadbiran lagi dan seterusnya menggalakkan
penghijrahan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Adakah British sejak awal lagi merancang
untuk membentuk masyarakat berbilang kaum atau pun keadaan ini terjadi secara ‘semulajadi’?
Walau apapun, niat British ialah menjayakan kepentingan ekonomi di Tanah Melayu dan untuk
itu British menggalakkan kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Seterusnya, British
melaksanakan dasar yang berbeza terhadap orang Melayu, Cina dan India dalam aspek
pendidikan, pendudukan, buruh, pekerjaan dan bidang utama yang lain. Ini telah menyebabkan
wujud peluang yang tidak seimbang dalam kalangan setiap kaum bagi membina masyarakat dan
ekonomi yang baru. Dasar ini turut menyumbang ke arah pengkhususan atau penyisihan kaum
dalam sektor ekonomi yang berbeza dan kemunculan masyakarat majmuk.5 Ini tidak bermakna
kerajaan kolonial merupakan pemangkin tunggal dalam pembentukan masyakarat dan ekonomi
majmuk. Malah terdapat faktor lain seperti budaya dan nilai yang telah menyumbang kepada
kaum untuk bertumpu ke sektor yang berbeza. Situasi ini bukan sahaja berlaku di Tanah Melayu
tetapi turut berlaku di banyak kawasan tanah jajahan British.

Pendek kata, kuasa kolonial di Tanah Melayu menjadi sangat penting dalam mewujudkan
dan mempengaruhi persekitaran yang membentuk masyarakat dan ekonomi majmuk termasuk
perbezaan pekerjaan berdasarkan kaum. British yang melakukan dasar pembahagian antara
ketiga-tiga kaum ini jelas kelihatan apabila tidak bertoleransi terhadap kemasukan orang bukan
Melayu dalam kerja penanaman padi iaitu bidang kawasan Melayu dan tidak membenarkan
orang Melayu untuk menanam pokok getah atas tanah sawah padi. Tujuanya ialah British ingin
menguasai ekonomi Tanah Melayu secara sepenuhnya dan tidak mahu membenarkan orang
tempatan atau buruh yang dibawa masuk menikmati ekonomi itu dan maju. British juga sedar
bahawa adalah mudah untuk mengeksploitasi ekonomi dan mentadbir semua kaum ini jika
diasingkan hampir dalam semua aspek kehidupan. Dengan idea inilah, British mengasingkan
tempat tinggal, pekerjaan dan pendidikan kaum utama di Tanah Melayu. Dasar ekonomi dan
sosial ini telah menghalang berlakunya pergaulan sosial bukan sahaja antara buruh-buruh di
sesuatu kawasan bahkan juga antara satu kaum dengan kaum yang lain di Tanah Melayu. Jelas
bahawa, dasar dan sikap pihak kolonial telah membawa impaknya ke atas ekonomi dan
masyarakat di Tanah Melayu.

Orang Melayu: Mengekalkan Kaum Tani yang Kukuh

Dasar ekonomi British yang bersifat plural ditujukan terhadap tiga kaum terbesar pada masa itu
iaitu orang Melayu, Cina dan India. Sejak awal pentadbiran lagi, British telah merancang untuk
mengawal perkembangan orang Melayu termasuk kaum peribumi di Borneo supaya tidak maju

4
Lim Teck Ghee, ‘British colonial administration and the ethnic division of labour in Malaya’, Kajian Malaysia,
1:2, 1984, hlm. 34.
5
Ibid.

3
dalam ekonomi. Pada zaman British, mereka masih terlibat dalam bidang tradisional sebagai
petani, pesawah, nelayan dan peniaga kecil. Kerajaan British menjaga hak tanah dan hak milik
orang Melayu. Cara hidup mereka juga sengaja dipertahankan daripada pengaruh ekonomi
antarabangsa oleh kerajaan British. Niat British di sebalik dasar ekonomi ini ialah tidak memberi
peluang kepada orang Melayu untuk menyertai dalam kegiatan ekonomi baru.

Rancangan kolonial ini digambarkan oleh Pengarah Pertanian pada 1934 dan kenyataan
ini telah dipetik oleh Roff dalam karyanya bagi menjelaskan dasar British iaitu “bertindak bagi
memisahkan orang Melayu daripada rangsangan ekonomi dan sosial dengan mengabaikan
bimbingan dan bantuan lain yang boleh membantu masyarakat tani Melayu untuk bergerak ke
arah hidup baru yang sesuai dengan keperluan dunia moden.”6

Our trusteeship for the Malay demands that we administer the country on lines consistent with
their welfare and happiness, not only for today but for the future ages. That end will be attained
rather by building up a sturdy and thrifty peasantry living on the lands they own and living by the
food they grow than by causing them to forsake the life of their fathers for the glamour of new
ways which put money in their pockets today but leave them empty tomorrow, and to abandon
their rice fields for new crops which they cannot themselves utilize and the market for which
depends on outside world conditions beyond their orbit.7

Roff turut menggambarkan bagaimana British membangunkan ekonomi dalam negara dengan
menggunakan buruh imigran asing iaitu “mengambil dasar mengekang”. Ini bererti British
mengelakkan orang Melayu memasuki ke dalam dunia moden.8 Beliau berhujah bahawa pihak
British cuba secara aktif untuk melindungi masyarakat tani Melayu daripada gangguan akibat
aturan ekonomi baru dan sebahagiannya disebabkan pandangan sentimental British terhadap
kehidupan kampung serta sebahagiannya lagi sebagai kaedah menjamin pengeluaran makanan.
Dasar tanah ini sebenarnya dijalankan bagi membiarkan kaum tani mengekalkan pusakanya dan
untuk menggalakkan penerusan pertanian tanaman tradisional, terutamanya padi. Pada masa
yang sama, British lebih mengutamakan kaum imigren iaitu orang Cina dan India untuk
membekalkan tenaga kerja dalam pelbagai bidang terutama bijih timah, getah dan kerja teknikal
bagi mengembangkan industri eksport dan perkhidmatan kerajaan yang berkembang pada waktu
itu.9

Dasar British sebenarnya bersifat serampang dua mata. Ini bermaksud, pihak kolonial
memastikan bahawa tidak berlaku pergaulan sosial antara satu kaum dengan kaum yang lain dan
pada waktu yang sama ingin menggunakan ketiga-tiga kaum ini untuk menikmati ekonomi
Tanah Melayu secara sepenuhnya. British sedar bahawa pergaulan sosial antara kaum akan
mengancam kedudukannya di Tanah Melayu.

Jelas bahawa pada pentadbiran awal, British mempunyai harapan yang tinggi iaitu
pengeluaran beras tempatan, terutamanya oleh kaum tani Melayu boleh membantu membekalkan
bekalan makanan yang murah untuk buruh yang bekerja di lombong dan ladang. Harapan ini
secara umumnya telah lenyap pada awal abad ke-20 selepas kegagalan pelbagai projek

6
W.R. Roff, The Origins of Malay Nationalism, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1967, hlm. 124.
7
Ibid., hlm. 125.
8
D.J. Steinberg, et.al., ‘Search of South-East Asia’, A Modern History, Kuala Lumnpur: Oxford University Press,
1971, hlm. 322.
9
Lim Teck Ghee, ‘British colonial administration and the ethnic division of labour in Malaya’, hlm. 36.

4
penanaman padi tajaan kerajaan British. Namun, ini tidak bermakna pentadbiran kolonial telah
mengubah pemikirannya bahawa padi bukan merupakan tanaman yang paling sesuai bagi orang
Melayu ataupun kerajaan bersedia membenarkan petani Melayu menanam apa sahaja tanaman
yang mereka rasakan berguna atau menguntungkan. Idea bahawa “padi adalah nyawa orang
Melayu”10 dan tanaman lain tidak sesuai dengan orang Melayu masih kekal difikirkan dalam
kalangan pegawai British. Malah selepas ledakan (boom) penanaman getah bermula, ramai
pegawai menjadi teramat bimbang terhadap tugas kerajaan bagi mengekalkan penanaman padi
dalam kalangan orang Melayu dan mencegah mereka daripada tertarik dengan kegilaan getah
yang meliputi negara pada waktu itu. Banyak bukti boleh ditemui dalam rekod kolonial
mengenai pentadbiran daerah dan negeri yang menunjukkan kebimbangan yang meningkat
dalam kalangan pegawai tentang kemerosotan usaha orang Melayu dalam penanaman padi dan
penerimaan terhadap getah yang tidak terkawal. Kebimbangan ini mencapai kemuncaknya
dengan empat dasar penting yang bertujuan mencegah penanaman getah oleh kaum tani dan
menggalakkan penanaman padi. Dasar-dasar British ini mendapat sokongan golongan elit
Melayu tradisional yang melihat sebarang perubahan drastik dalam gaya hidup petani akan
melemahkan autoriti mereka.11

Dasar pertama yang diimplementasi oleh British pada awal tahun 1912 adalah
penguatkuasaan syarat ‘bukan getah’ atas tanah baru yang diberi milik kepada petani
terutamanya orang Melayu. Banyak kemarahan timbul akibat daripada tindakan ini. Keadaan ini
dicatatkan oleh seorang pegawai pada 1920 di mana “apapun niat dasar ini, pekebun kecil
Melayu hanya melihat kesannya iaitu mereka kekal miskin berbanding orang Cina yang
mendapat pendapatan yang selesa daripada pokok getahnya.” Dasar kedua adalah Enakmen
Rizab Melayu 1913 yang cuba “melindungi hak dan warisan” Melayu dengan mengekang orang
bukan Melayu di beberapa kawasan daripada menanam padi merupakan usaha British untuk
menggalakkan orang Melayu menanam penanaman “berbentuk tradisional” seperti padi. Petani-
petani Melayu yang ingin menanam getah, selalunya diarahkan untuk menanam atas tanah yang
diberi hak milik selain tanah rizab atau tanah yang dicadangkan sebagai rizab. Dasar yang ketiga
ialah dalam bentuk Enakmen Tanah Padi yang diluluskan di empat buah Negeri-negeri Melayu
Bersekutu pada tahun 1917 iaitu memberi kuasa kepada kerajaan bagi memelihara penanaman
padi. Perundangan ini wujud akibat daripada keputusan dua orang Penasihat Undang-undang di
Perak yang mengatakan bahawa, ‘bendang’12 harus dipelihara. Akta juga diluluskan untuk
merampas tanah daripada penanam yang ingkar dan memotong pokok yang terlarang sebagai
hukuman kepada mereka yang melanggar syarat penanaman atas tanah padi. Ini bermakna,
petani Melayu tidak boleh menanam tanaman lain terutama getah di atas kawasan padi. Dasar
keempat adalah penutupan buku pejabat tanah kepada permohonan tanah getah oleh petani-
petani baru di beberapa buah daerah selepas tahun 1917 dan mengenakan kadar premium yang
lebih tinggi bagi pembukaan tanah baru. Seorang sarjana industri getah mengakui “dasar ini
adalah halangan yang besar kepada petani yang ingin memiliki lebih banyak tanah.” 13 Pada masa

10
R.J. Wilkinson, ‘Malay Customs and Beliefs’, Journal of the Royal Asiatic Society, Malayan Branch (JMBRAS),
Vol. XXX, Pt. 4, November 1957, hlm. 66.
11
Lim Teck Ghee, ‘British colonial administration and the ethnic division of labour in Malaya’, hlm. 37.
12
Lim Teck Ghee, Peasants and their agricultural economy in colonial Malaya, 1874-1941, Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1977, hlm. 166.
13
J.H. Drabble, ‘Peasant Smallholders in the Malayan Economy: An Historical Study with Special Reference to the
Rubber Industry’, dalam J.C. Jackson & M. Rudner, ed., Issues in Malaysian Development, Singapore: Heinemann
Books, 1979, hlm. 78.

5
yang sama, British menyokong tanaman padi, kelapa dan tanaman kampung tetapi menghalang
penanaman getah di kawasan orang Melayu. 14

Adakah orang Melayu memilih tanaman yang salah ataupun mereka lebih dipengaruhi
oleh kebimbangan bahawa industri getah kalangan petani yang maju akan menjadi persaingan
kepada kepentingan peladang British yang mana sedang mendapat keuntungan yang besar
daripada penanaman getah pada masa itu? Jawapannya ialah, kepentingan peladang terhadap
ekonomi Tanah Melayu menyebabkan mereka tidak menyukai persaingan daripada kemajuan
petani.

The ghosts of coffee and tapiaco are still in every mukim in the shapes of abandoned patches
waving their warning blades of lallang. Moreover, one cannot but feel that, whatever be the future
price of rubber the danger to the industry in the Peninsula will be very great when the large
estates are surrounded by patches of native grown rubber, ill-kept as… the are likely to be.15

Dalam hal ini, Ernest Birch, Residen British di Perak menyokong hak petani yang terlibat dalam
penanaman getah dan mendapat keuntungan daripadanya. Namun begitu, terdapat juga keadaan
di mana tindakan diskriminasi diambil ke atas petani yang tanam getah dengan niat yang jelas
bagi melindungi kepentingan ekonomi British.16

Jadual 1
Negeri-negeri Melayu Bersekutu: Orang Melayu dan Cina yang bekerja dalam industri
utama, 1921 dan 1947.
Kumpulan Industri Melayu Cina
1921 (%) 1947 1921 (%) 1947 (%)
(%)
Perikanan dan Pertanian 89.0 79.1 41.0 50.1
Perlombongan, Pembuatan dan 5.0 7.2 37.3 24.3
Pengangkutan
Perniagaan dan Kewangan 1.5 2.2 12.7 14.2
Pentadbiran Awam 2.1 8.9 1.0 1.9
Perkhidmatan Profesional 0.9 0.4 0.7 1.5
Hiburan, Sukan dan Khidmat 1.5 2.2 7.3 8.1
Peribadi
Jumlah % 100.0 100.0 100.0 100.0
Jumlah 235,911 268,334 314,224 390,969

Sumber: Lim Teck Ghee, ‘British colonial administration and the ethnic division of labour in
Malaya’, Kajian Malaysia, 1:2, 1984, hlm. 44.

14
Lim Teck Ghee, ‘British colonial administration and the ethnic division of labour in Malaya’, hlm. 38.
15
Annual Report of Perak For The Year 1909.
16
Lim Teck Ghee, ‘British colonial administration and the ethnic division of labour in Malaya’, hlm. 38.

6
Daripada jadual didapati bahawa, Pada 1921, separuh abad selepas permulaan kuasa British di
Negeri Melayu, 89 % orang Melayu terlibat dalam pekerjaan utama iaitu perikanan dan
pertanian. Pada 1947, jumlah ini telah menurun dengan sedikit namun 4/5 orang Melayu yang
bekerja masih ditemui dalam sektor ekonomi yang termiskin berbanding kaum lain terutama
orang Cina.

Orang India: “Limau yang Disedut” dari ladang

British berpegang kepada falsafah terhadap dasar perladangan bahawa hanya sejumlah orang
Eropah sahaja yang boleh menyumbang minda, tenaga dan wang bagi meneroka kawasan hutan
untuk menjadi kawasan ladang yang luas malah orang Asia pula tiada kebolehan,
berpengalaman ataupun kesungguhan untuk melakukannya. Oleh itu, British memberi insentif
kepada peladang-peladang Eropah, bagi menggalakkan mereka melabur di negeri-negeri
Melayu.17

Sebanyak 80% daripada kumpulan etnik India yang berhijrah ke Tanah Melayu terdiri
daripada orang Tamil. Majoriti buruh Tamil yang datang ke Tanah Melayu terlibat dalam
industri perladangan sama ada getah atau kelapa.18 Orang India ini terbahagi kepada dua
golongan dan cara hidup mereka tidaklah lengkap seperti masyarakat Cina atau Melayu.
Golongan pertama ialah golongan minoriti iaitu golongan profesional dan berpendidikan Barat
seperti guru, peguam, doktor dan jurutera untuk kerajaan British. Golongan kedua ialah golongan
mejoriti iaitu buruh di ladang-ladang milik Eropah. Menurut R.N.Jackson, “…sebagai kuli
ladang yang berkebolehan bangsa India ini tiada bandingnya di dunia…pendiam, patuh kepada
disiplin dan cepat menyesuaikan diri dengan sebarang kerja. Mereka akan kekal di sesuatu
ladang dan terus tinggal di sana dengan berpuas hati dengan gaji yang rendah. Seorang Tamil
suka akan tuan yang tegas, malah ada pepatah mereka yang berbunyi…tuan yang tak pernah
marah tidak akan memberi gaji yang banyak…”19 Pendek kata, kaum India Selatan adalah
golongan buruh yang sangat memuaskan. Selain menjadi rakyat British dan menurut
pemerintahan British, dia juga seorang pekerja yang baik, tidak bercita-cita tinggi dan senang
diuruskan serta cepat berpuas hati dengan pendapatan yang rendah dan hidup berdisiplin di
ladang getah. Buruh ini akan menurut perintah dan tidak mempunyai cita-cita yang tinggi.20
British menggunakan orang India sebagai sumber buruh ladang yang utama dalam
meneroka kawasan hutan dan bekerja dalam ladang-ladang baru yang dibuka oleh buruh–buruh
itu sendiri. Pada 1947, 59.4% orang India di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan

17
Yip Yat Hoong, The Development of the Tin Mining Industry of Malaya, Kuala Lumpur: University of Malaya
Press, 1969, hlm. 151-152, 301-307.
18
CO 273/534, A Meeting of The Indian Immigration Committee was held in the Labour Office at Kuala Lumpur at
10 a.m. on Saturday, 9th February 1924. Lihat juga, CO 273/499, Memorandum regarding conditions of the Indian
labour in the Straits Settlements and Federated Malay States, hlm. 1.
19
Major David Ng & Muzaffar D.J. Tate, Malaya: Gaya Hidup Antara 1900-1930 / Malaya: Lifesytles, 1900-1930,
Kuala Lumpur: Fajar bakti, 1989, hlm. 42-44.
20
Ibid., hlm. 82.

7
Pahang adalah buruh di ladang milikan orang Eropah.21 Mereka langsung tidak ada kebebasan
untuk memilih pekerjaan dan harus menurut segalah perintah yang dikeluarkan oleh British.
Menurut Kerniah Singh Sandhu,

They (the British Colonial governments) welcomed, or were prepared to tolerate, as the case may
be, Indians as a laboring or a subordinate class, but not as that which might one day conceivably
compete with European interests… in Malaya, although not a declared policy, this bias or
discrimination nevertheless appears to have been frequently practiced surreptitiously, if not
openly. This attitude of the Malayan government… largely explains the lack of any substantial
numbers of a big business, highly qualified professional and other such classes in the stream of
modern Indian migration to the country.22

Silcock dan Aziz, pernah mengutarakan sentimen yang wujud dalam kalangan nasionalis India
pada 1930-an berkenaan kejahatan British dalam mengeksploitasi buruh India dan dasar kolonial
terhadap orang India. Menurutnya,

It is natural for an Englishman, reading the statement that Malaya threw back its labourers like
sucked oranges to India when it had no further use for them… (to dismiss) the accusation as a
hysterical lie. Yet the “sucked oranges” propaganda drew attention to a real evil, the import and
export of labour as a commodity, in response to varying demand, which took the place of genuine
immigration. Similarly the suggestion that Indians, for all their toil, rarely rose far above their
wretched starting point may have exaggerated the wretchedness but they contained a sound attack
on immigration policy conducted on commercial principles. The effort of the policy was to
accentuate the transient character of Indian labour in Malaya, so that relatively few Indians were
absorbed into Malayan society.23

Gambar 1
Penoreh getah adalah salah satu simbol yang menunjukkan dasar pembahagian kerja
mengikut kaum dalam dunia kolonial.

21
Lim Teck Ghee, ‘British colonial administration and the ethnic division of labour in Malaya’, hlm. 44-45.
22
K.S. Sandhu, Indians in Malaya: Some Aspects of Their Immigration and Settlement, 1786-1957, London:
Cambridge University Press, 1969, hlm. 46.
23
T.H. Silcock & Ungku Aziz, ‘Nationalism in Malaya’, dalam William L. Holland, Asian Nationalism and West,
London: New York, 1953, hlm. 275.

8
Sumber: Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

British meletakkan buruh India di kawasan ladang sebagai sumber utama untuk membangunkan
ekonomi ladang dan mereka langsung tidak diberi kebebasan untuk bergerak ke sektor pekerjaan
yang lebih lumayan. Kod Buruh 1912 yang diluluskan bagi Negeri-negeri Selat dan Negeri-
negeri Melayu Bersekutu pula memberi buruh hak untuk memberi notis sebulan kepada
majikannya dan meninggalkan ladang untuk mendapatkan pekerjaan lain. Tetapi, kod buruh ini
juga untuk menjaga kepentingan British.24 Keadaan ini dapat dilihat dalam penerangan berikut,

Jika seseorang buruh atau kangani ingin meninggalkan sesuatu ladang, maka dia akan diminta
untuk menandatangani “discharge note”. Jikalau terdapat buruh yang tidak mahu untuk bekerja
dengan gaji yang sangat kecil boleh mengikut kangani tersebut tetapi harus membayar balik
semua ganti rugi kepada ladang tersebut. Syarat-syarat yang diletakkan dalam “discharge note”
itu sangat ketat dan orang Eropah mempunyai kepentingan tersendiri dalam pengenalannya.
Contoh kandungan “discharge note” adalah seperti berikut: “Boarer Raman kangany and his 72
cooly were working on this Estate and they were paid off the Estate. Superitendents in this
districts are specially requested not to employ them.” Akhirnya, mereka tidak dapat sebarang
kerja di ladang lain dan terpaksa pulang ke ladang asal dan meneruskan hidup di bawah tekanan
semula. 25

Arasaratnam, seorang lagi sarjana India pula menyatakan bahawa selain menyelesaikan pinjaman
dengan majikan yang membawa buruh India ke sini, seorang buruh ladang India juga
“bergantung” terhadap kangany yang telah membantu ia datang ke sini.26 Tambahan pula
keadaan di ladang sesuai kepada mobiliti buruh. Di ladang, disiplin amat ketat, pergerakan
diperhatikan dengan dekat dan buruh menggangap pengurus Eropah sebagai peria dorai atau

24
Lim Teck Ghee, ‘British colonial administration and the ethnic division of labour in Malaya’, hlm. 46.
25
CO 273/405, Surat daripada K. Nagamuthu, Kapar, 30 April 1913, hlm. 1-2.
26
S. Arasaratnam, Indians in Malayisa and Singapore, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1970, hlm. 17.

9
tuan.27 Ini bermaksud, mereka melalui kehidupan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan
ladang.28 Dasar ‘divide and rule’ ini dapat dilihat dalam penjelasan berikut,

Selepas buruh-buruh India tiba ke Tanah Melayu, mereka terus dihantar ke ladang getah. Di situ,
mereka telah disediakan dengan segala keperluan asas seperti tempat kediaman, pakaian, makanan
dan kemudahan-kemudahan lain seperti kedai runcit oleh pihak majikan. 29 Tidak ketinggalan,
pembukaan kedai todi di kawasan ladang-ladang getah yang disediakan khas untuk para buruh.
Usaha-usaha yang diambil oleh pihak British dalam menyediakan pelbagai kemudahan ini adalah
semata-mata mahu mengekalkan buruh-buruh di ladang-ladang dan tidak meninggalkan sempadan
ladang tersebut. Sistem komunikasi dan pengangkutan yang serba kekurangan termasuk tempat
tinggal yang jauh terpencil di kawasan pedalaman ketika itu menjadikan keadaan lebih sukar.
Orang luar juga tidak dibenarkan masuk ke dalam ladang-ladang tersebut. Ini bermakna, buruh
India hidup dalam keadaan di mana semua hubungan mereka dengan dunia luar terputus dan
dibiarkan untuk hidup sebagai sebuah komuniti yang tersendiri dengan mengekalkan ciri-ciri
kebudayaan dari kampung halaman mereka tanpa sebarang ruang untuk perubahan.30

Tambahan pula, pada perkiraan majikan ladang yang rata-ratanya orang Eropah, masa lapang
buruh adalah satu keadaan berisiko dan boleh membawa masalah sosial yang besar serta British
sedar bahawa adalah lebih mudah memerintah penduduk yang berada di bawah pengaruh alkohol
berbanding penduduk yang berpendidikan. Untuk itu, British memperkenalkan ‘todi’ dekat
dengan buruh dan harga yang murah untuk mengekalkan mereka di ladang-ladang dan mudah
memerintah.31
Buruh India sebenarnya tidak dianggap sebagai satu komuniti manusia tetapi komoditi
yang boleh dijual beli.32 Menurut Neelakandha Aiyer, “Sekiranya sesebuah ladang memerlukan
buruh, apa yang perlu dilakukan ialah menghantar satu pesanan ke India Selatan. Komoditi itu
akan dibekalkan tanpa sebarang kesulitan.”33 Jelas bahawa, buruh-buruh India ini terperangkap
antara kangani, pengurusan ladang dan kerajaan British di mana melihat orang India sebagai
‘burung yang berhijrah’ dan mereka tiada kebebasan untuk melakukan apa-apa selain tinggal dan
bekerja di ladang getah.”34
Sebenarnya, buruh-buruh tidak ada keinginan langsung untuk meneruskan hidup di bawah
kangani atau ladang, malah mereka ingin keluar dari sistem ladang itu. Walau bagaimanapun,
keinginan mereka telah dibataskan dengan peraturan dan kawalan yang ketat. Sebagai contoh,
sekiranya ada dalam kalangan buruh yang ingin keluar, mereka dipaksa untuk membayar
sejumlah wang sebelum meninggalkan ladang. Keadaan ini tidak mungkin berlaku kerana
semua wang yang diterima pada hari gaji dikumpul oleh kangani, kirani (kerani) dan manduru
(mandor).35 Hal ini menyebabkan mereka terpaksa melepaskan hasrat untuk lari dari ikatan

27
M.R. Stenson, Industrial Conflict in Malaya, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1970, hlm. 2.
28
CO 273/405, Surat daripada Rayappan, Seremban, 25 Mac 1913, hlm. 6.
29
Ibid.
30
K. Anbalakan, Identiti India Di Malaysia, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2008, hlm. 6-7.
31
Parameswari Krishnan, ‘Todi Dalam Kalangan masyarakat India Ladang Di Tanah Melayu, 1900-1957’, Tesis
Ph.D, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2014, hlm. 52-53.
32
K. Anbalakan, Identiti India Di Malaysia, hlm. 6.
33
K.A. Neelakandha Aiyer, Indian Problems in Malaya, Kuala Lumpur: India Office, 1938, hlm. 15.
34
K.S. Sandhu, Indians in Malaya: Some Aspects of Their Immigration and Settlement, 1786-1957, hlm. 273.
35
CO 273/534, Conditions of Indian Labourers In Malaya, Memorandum, Excerpts from the “Swathesamitthiran”
forwarded with Section of States F.M.S. Despatch No. 307, dated 9 th June 1926, Surat daripada A. Caldecott. Ag.
Controller of Malaya, 27 Julai 1927, hlm. 1-3.

10
ladang dan meneruskan kehidupan di ladang.36 Keadaan ini mengakibatkan buruh-buruh
mengalami tekanan dan akhirnya mereka terjebak ke dalam aktiviti pengambilan todi.37
Dasar-dasar pentadbiran British terhadap buruh-buruh India telah memperkukuh lagi
perpecahan dan pengasingan kaum sehingga membawa kepada pembentukan identiti yang
berbeza-beza. Jika di India, mereka didiskriminasikan sebagai golongan yang terhina kerana
datang dari kasta rendah, di ladang pula buruh India telah diberikan layanan yang buruk di mana
British memberikan mereka satu identiti khas iaitu ‘kuli’ yang merupakan satu istilah dalam
bahasa Tamil yang membawa maksud upah kecil. Dalam struktur hierarki ladang, ‘kuli’ duduk di
tangga terbawah sementara di tangga atas pula ialah orang Eropah. Orang Eropah dikhaskan
tempat tinggal yang jauh dan terasing daripada tempat kediaman buruh. Di bawah pengurus ialah
kakitangan Asia seperti kerani. Golongan ini biasanya terdiri daripada orang Ceylonese atau
Malayali. Mereka berfungsi sebagai orang tengah antara pengurus dengan buruh dan menjaga
segala aktiviti harian buruh. Walaupun golongan ini mempunyai kaitan dengan buruh sama ada
dari segi bahasa, etnik dan kebudayaan, namun mereka tidak mempunyai sebarang hubungan
rapat dengan buruh. Nampaknya, keadaan ini disengajakan oleh dasar British demi mengelakkan
hubungan mesra yang terjalin di antara dua golongan ini.38
Berbeza daripada orang India Selatan, orang Ceylonese yang datang ke Tanah Melayu
pada umumnya berpendidikan Inggeris dan kebanyakan dari mereka dilantik sebagai kerani di
ladang-ladang. Mereka langsung tidak membantu buruh India yang menderita dalam sektor
perladangann dan pandang rendah serta lebih menyebelahi pihak majikan dan menindas buruh
India. Situasi ini menyebabkan timbulnya perasaan benci dalam kalangan buruh India terhadap
orang Ceylonese.39 Mereka juga sentiasa menipu buruh dalam kebanyakan hal. Misalnya,
majikan ladang mengumpulkan sejumlah wang daripada kalangan buruh pada waktu perayaan
dan akan menggunakan wang itu untuk menyediakan todi dan barang keperluan kepada buruh.
Tetapi wang ini sebenarnya dikumpulkan untuk dibahagi-bahagikan antara majikan. Tujuan
penyediaan todi ialah supaya menjadikan buruh mabuk dan tidak mempersoalkan wang yang
telah dikumpul oleh majikan ladang. Amalan penipuan ini bukan sahaja didapati dalam kalangan
orang Eropah bahkan turut diamalkan oleh kerani, kangani dan mandor yang sentiasa
mengeksploitasi buruh-buruh miskin di ladang.40
Buruh India juga terpaksa berhadapan dengan diskriminasi yang diamalkan oleh majikan
di ladang.41 Sebagai contoh, kerja-kerja seperti memungut sampah, membersihkan longkang dan
tandas telah dikhaskan kepada golongan kasta rendah. Tempat kediaman buruh pula diatur
berdasarkan hierarki kasta mereka. Kasta rendah ditempatkan di rumah-rumah yang jauh terasing

36
CO 273/405, Surat daripada Rayappan, Seremban, 25 Mac 1913, hlm. 5.
37
‘Growing Menace of Alcoholism In Malaya’, Indian Daily Mail, 2 Jun 1947, hlm. 2.
38
CO 273/534, Conditions of Labourers In Malaya, Memorandum, Excerpts from the “Swathesamitthiran”
forwarded with Section of States F.M.S. Despatch No. 307, dated 9 th June 1926, Surat daripada A. Caldecott. Ag.
Controller of Malaya, 27 Julai 1927, hlm. 3. Lihat juga, K. Anbalakan, Identiti India Di Malaysia, hlm. 8-10.
39
Ibid., hlm. 25. Ramai Ceylonese di Negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah orang Tamil yang datang dari Jaffna.
Lihat, CO 273/484, Laporan daripada Viscount Milner, Colonial Office.
40
Ibid, hlm. 5-6.
41
CO 717/181, Memorandum On Labour Contidions For Indians In Malaya.

11
daripada tempat kediaman golongan kasta tinggi.42 Di sesetengah ladang di Tanah Melayu, kuil
dan air minuman berasingan juga pernah disediakan mengikut hierarki kasta.43 Jika di India,
amalan diskriminasi berdasarkan hierarki kasta adalah perkara biasa, namun keadaan di Tanah
Melayu agak berbeza. Di sini, golongan kasta rendah tidak bergantung pada golongan kasta
tinggi bagi rezeki mereka. Tiada tuan atau hamba antara mereka. Semua berada pada tahap yang
sama dan semua orang bergantung sepenuhnya pada majikan British yang membayar upah
mereka.44 Tindakan British yang menggunakan kasta sebagai alat untuk mengekalkan buruh
India sebagai komuniti yang berpecah-belah, mundur dan tidak berwawasan untuk memajukan
diri tidak boleh ditolak begitu sahaja. Walau apapun niat British, diskriminasi dan layanan buruk
ini telah menumpulkan semangat buruh India dan mereka terus hidup sebagai komuniti yang
berpecah belah.
Pada masa yang sama, usaha orang India untuk membebaskan diri mereka daripada
ikatan ladang bukan sesuatu yang mudah. Kratoska, dalam membentangkan data sejarah telah
mencapai kesimpulan bahawa kegagalan ini disebabkan oleh “minat kurang orang India
terhadap penanaman padi” walaupun kerajaan menggalakkan orang bukan Melayu sebagai
petani.45 Namun pendapat ini tidak dapat diterima secara sepenuhnya kerana kerajaan British
telah pun merancang kedudukan setiap kaum seperti orang Melayu di kampung, orang Cina di
lombong dan orang India di ladang sejak awal lagi. Tambahan pula, British lebih mengutamakan
buruh India untuk memajukan ekonomi di ladang berbanding menyokong mereka menjadi
sebagai petani.46

Walaupun kurangnya harapan bagi buruh India melepaskan diri dari ikatan ladang,
adakah harapan bagi anak-anak mereka untuk melepaskan diri melalui pendidikan? Ini kerana
buruh Tamil tidak ada jalan selain mengikuti dasar yang diperkenalkan oleh British kerana
majoriti tidak mempunyai sumber ekonomi atau pendidikan atau rangkaian sosial yang boleh
membantu mereka. Pada 1901, di Negeri-negeri Melayu Bersekutu kanak-kanak (bawah 15
tahun) adalah seramai 7,000 daripada 45,000 orang Tamil. Walaupun British telah bersedia
untuk menubuhkan sekolah Tamil di kawasan ladang namun penubuhan dan pengajaran yang
disediakan adalah dalam keadaan yang paling tidak memuaskan.47
Dasar pendidikan yang disediakan di ladang berada dalam keadaan yang paling minima
dan menepati polisi British yang hanya semata-mata menjadikan kanak-kanak Tamil sebagai
kerani (kirani) atau jurukira (kanakupillai). Selain itu, sekolah ladang juga dibangunkan “untuk
merekrut buruh” dan “sebagai usaha mengekalkan buruh Tamil gembira dan puas hati di
kawasan ladang.” Hal ini disentuh oleh Philip Loh, seperti berikut, “To induce a greater flow of
Indian immigration into the F.M.S the British administration in 1905 decided to establish Tamil
Schools.”48 Tidak juga berlebihan jika dikatakan bahawa, British sengaja menjadikan anak-anak

42
Menurut Wiebe dan Mariappan, amalan ini telah wujud di ladang yang mereka kaji sehingga tahun 1950-an.
Lihat, Paul Wiebe & Mariappan, Indian Malaysians: The View From The Plantations, New Delhi: Manohar
Publications, 1978, hlm. 72.
43
S. Arasaratnam, Indians in Malaysia and Singapore, hlm. 65.
44
K. Anbalakan, Identiti India Di Malaysia, hlm. 11.
45
Lim Teck Ghee, ‘British colonial administration and the ethnic division of labour in Malaya’, hlm. 47.
46
Ibid.
47
S.Arasaratnam, Indians in Malayisa and Singapore, hlm. 179.
48
Philip Loh, Seeds of Separatism: Educational Policy in Malaya 1894-1940, Kuala Lumpur: Oxford University
Press, 1975, hlm. 45.

12
buruh sebagai kuli dengan menyediakan kerja lebih di ladang dan mengelakkan kehadiran
mereka ke sekolah.49 Hal ini disebut secara terang-terangan dalam Laporan Tahunan Pendidikan
Selangor yang dikeluarkan pada tahun 1923 seperti berikut,
The attendance is very irregular, estate managers as a rule take little interest in their schools and
give over-time work to the children which prevents their attendance at school…there still remain
the kangany and cooly teachers who are untrained and lacking of knowledge. 50

Ibu bapa pula lebih mengutamakan pendapatan tambahan yang dibawa oleh anak-anaknya.
... Their parents greatly appreciate the additional earnings brought in by these means and the
children’s work is valuable to the estates. Moreover analogis from ‘half time’ experience in
Europe are quite false. The work done on rubber estates by Tamil children is mostly the scrapping
of trees or cleansing of cups; work which makes no great demand on their physical or mental
energies, is a healthy out-door employment, and cannot be held to incapacitate them from
profiting by attendance at school later in the day.51

Keadaan yang ditemui di sekolah ladang memberi gambaran jelas bahawa mengapa pendidikan
orang India gagal membebaskan mereka keluar dari ladang sepertimana yang berlaku terhadap
orang Melayu di mana pendidikan gagal membekalkan jalan keluar dari sektor desa yang miskin
dan melarat. Ini bererti fungsi utama sekolah Tamil sebelum merdeka ialah menonjolkan identiti
etnik dan budaya murid dan pemisahan mereka daripada masyarakat lain serta bekerja secara
berterusan.”52 Kualiti dan kuantiti pendidikan yang sedia ada dalam kalangan orang India adalah
sama seperti pendidikan rendah dalam kalangan orang Melayu di desa di mana tiada berpeluang
untuk maju dalam ekonomi dan mempelajari kemahiran yang berguna untuk meningkatkan taraf
hidup mereka.

British juga mengabaikan kesihatan dan kebajikan buruh. Sehingga tahun 1940-an,
kemudahan kesihatan yang wujud di ladang berada dalam keadaan yang paling tidak
memuaskan.53
In 1939, most of the estate hospitals were under the charge of dressers. These dressers could do no
more than attending to minor complaints. There were no hospitals at all in the smaller estates.
Group hospitals had to serve several estates. The transit of patients in acute and advanced stages of
illness to government hospitals over long distances of 50 miles or more in certain cases. Several
cases, the condition leading to death on the way from estates to hospitals.54

49
CO 273/534, Education On Estates, Memorandum, Excerpts from the “Swathesamitthiran” forwarded with
Section of States F.M.S. Despatch No. 307, dated 9 th June 1926, Surat daripada A. Caldecott. Ag. Controller of
Malaya, 27 Julai 1927, hlm. 1.
50
Annual Report On Education In Selangor For The Year 1923, dalam Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Selangor Secretariat File 951/1924, hlm. Part.V. Tamil School.
51
Education of Tamil Coolie Children on Estate, dalam Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Selangor
Secretariat File 3996/1913, hlm. 2.
52
Lim Teck Ghee, ‘British colonial administration and the ethnic division of labour in Malaya’, hlm. 48.
53
CO 273/534, Medical Facilities, Memorandum, Excerpts from the “Swathesamitthiran” forwarded with Section of
States F.M.S. Despatch No. 307, dated 9th June 1926, Surat daripada A. Caldecott. Ag. Controller of Malaya, 27
Julai 1927, hlm. 2.
54
N. Gangulee, Indians in The Empire Overseas, London: The New India Publishing House Ltd., 1947, hlm. 88 &
188.

13
Manakala kemudahan tempat tinggal buruh yang disediakan oleh British juga masih tidak
memuaskan.55 Rumah-rumah yang selesa hanya disediakan kepada pengurus dan kakitangan
ladang sahaja. Sebaliknya, kemudahan perumahan buruh ladang berada dalam keadaan yang
sangat daif. “Labour lines insanitary and rooms are overcrowded.”56 Perbezaan tempat
kediaman pengurus dan buruh dapat dilihat dalam gambar 2 dan 3.
Gambar 2
Banglo pengurus di ladang.

Gambar 3
Rumah buruh di ladang.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

55
CO 273/471, Coolie Lines.
56
CO 717/181, Conditions of Indians Labourers In Malaya, hlm. 102.

14
Sehingga 1900, majoriti buruh tinggal di kawasan hutan. Hal ini dapat dilihat dari laporan
Dr.Traver, yang melaporkan tentang kematian yang berlaku dalam kalangan buruh di Sungai
Ujong seperti berikut, “During the latter part of the year 1888 and up to June 1889, all the
coolies lived in the newly felled jungle, lines being built for them close to their work on the
earth-works along the railway trace. In January, several cases of dysentry and diarrhoea
occured among them, the number attacked incresed rapidly....”57
Walaupun menerima upah yang kecil, namun buruh tidak dapat menggunakan semua
pendapatannya dengan sempurna atas beberapa sebab. Pertama, mereka terpaksa membayar
denda yang dikenakan oleh majikan terhadap mereka dan kedua berlakunya pemotongan gaji
oleh majikan di atas kesalahan kecil yang dilakukan semasa bekerja.58 Eksploitasi terhadap
buruh ini terus berlaku dalam bentuk sistem kredit oleh majikan. Di sesetengah ladang pengurus
ladang membuka kedai runcit dan membekalkan barangan melalui sistem kredit kepada buruh
dengan harga yang mahal. Keadaan ini menyebabkan buruh sentiasa menghadapi kesempitan
wang.59 Tambahan pula, British mengutip semula gaji yang diberi kepada buruh melalui
pembukaan kedai todi di ladang. Menurut laporan Jabatan Buruh, “A high percentage of a
labourers wages is spent on toddy and so diverted from the purchase of necessities. This waste of
income prevents him from economic and general condition.”60 Dasar pengenalan kedai todi
adalah semata-mata untuk mengaut untung lumayan oleh British. Keadaan ini jelas kelihatan
dalam jadual 2 dan 3.
Jadual 2
Jumlah kedai todi di Tanah Melayu antara 1925-1939.

57
Annual Report of The Straits Settlements For The Year 1889, t.p., hlm. 519-520. Lihat juga, George Netto, Indians
in Malaya: Historical Facts and Figures, Singapore: George Netto, 1961, hlm. 36.
58
CO 273/405, Surat daripada Rayappan, Seremban, 25 Mac 1913, hlm. 3.
59
Ibid., hlm. 4-5.
60
Annual Report of The Agent of The Government of India In British Malaya For The Year 1934, Delhi: Manager of
Publications, 1935, hlm. 14. Lihat juga, Pamphlets on Toddy drinking by Indian labourers. Risalah di atas perkara
minum tuak oleh kuli-kuli Hindu (versi Melayu-Jawi), dalam Fail Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri Kedah,
S.C.23-1360, Bangalore: The Mysore State Temperance Federation, for distribution in Malaya by The Central
Indian Association, Kuala Lumpur, F.M.S., 1940, hlm. 4.

15
Jadual 3
Jumlah hasil todi antara 1925 sehingga 1935 di Tanah Melayu.

Sumber: Disesuaikan daripada, Annual Report of The Agent of The Government of India In British Malaya For The
Tahun Negeri- Negeri- Kedah Johor Kelantan Terengganu
/ negeri negeri Selat (Negeri- (Negeri- (Negeri- (Negeri-
Negeri Melayu negeri negeri negeri negeri
Bersekutu (Pulau Melayu Melayu Melayu Melayu
(Perak, Pinang, Tidak Tidak Tidak Tidak
Selangor, Melaka, Bersekutu) Bersekutu) Bersekutu) Bersekutu)
Pahang, Singapura)
Negeri
Sembilan)
1925 - 145 - - - -
1926 147 125 - - - -
1927 333 180 83 108 - -
1928 348 178 111 119 - -
1929 355 180 146 79 11 -
1930 323 172 131 124 11 -
1931 257 136 81 103 8 -
1932 219 119 67 109 16 -
1933 218 99 104 89 15 3
1934 257 97 92 126 18 3
1935 288 99 97 117 16 3
1936 305 - - - - -
1937 332 - - - - -
1938 339 - - - - -
1939 332 - - - - -
Year 1926-1935, Calcutta: Government of India, Central Publication Branch, 1927-1936 & Federated Malay States,
Report On The Customs and Excise Department For The Year 1936-1939, Kuala Lumpur: The F.M.S. Government
Press, 1937-1940.

Daripada jadual 2 dan 3, sangat jelas kepentingan British dalam membuka kedai todi di ladang-
Tahun Negeri-negeri Negeri- Kedah Johor Kelantan Terengganu
/ Melayu negeri Selat (Negeri-negeri (Negeri- (Negeri- (Negeri-
Negeri Bersekutu (Pulau Melayu Tidak negeri negeri negeri
(Perak, Pinang, Bersekutu) Melayu Melayu Melayu
Selangor, Melaka, ($) Tidak Tidak Tidak
Pahang, Negeri Singapura) Bersekutu) Bersekutu) Bersekutu)
Sembilan) ($) ($) ($) ($)
($)
1925 973,044 - - - - -
1926 1,142,690 - - - - -
1927 1,275,966 746,505 - - - -
1928 1,325,416 640,490 - - - -
1929 1,498,163 656,598 225,245
1930 1,403,483 703,469 217,829 90,049 - -
1931 1,031,156 586,308 118,661 79,358 8,611 -
1932 782,206 477,819 98,088 54,625 7,174 -
1933 680,987 404,183 116,454 51,443 7,458 742
1934 842,984 682,236.38 142,976.55 121,500.50 8,051.93 375
1935 966,200 778,903 179,803 145,836 9,540 1,436

16
ladang. Jadual 2 dan 3 merupakan bukti ynag penting dalam memaparkan dasar ekonomi British
terhadap buruh ladang dimana mengutip semula gaji yang dibayar kepada buruh melalui saluran
penjualan todi kepada buruh miskin. Menurut jadual 2 dan 3, didapati Negeri-negeri Melayu
Bersekutu merupakan negeri-negeri yang paling banyak mempunyai kedai todi dan
menghasilkan jumlah keuntungan jualan todi yang besar berbanding Negeri-negeri Selat dan
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Hal ini kerana jumlah buruh India adalah majoriti di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu berbanding negeri-negeri lain di Tanah Melayu sebelum
merdeka.
Jelas bahawa, kaum India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh penjajah British untuk
menjayakan dasar-dasar ekonomi mereka, khususnya dalam industri getah. Pada awalnya, British
berharap agar buruh-buruh ini kembali ke kampung halaman asal selepas tamat kerja mereka di
sini. Walau bagaimanapun, keadaan ini berubah sekurang-kurangnya sejak tamat Perang Dunia
Pertama, 1914-1918. Untuk terus mengekalkan masyarakat India di kawasan ladang dan terus
bekerja, British menyediakan semua kemudahan dalam keadaan yang paling tidak memuaskan.
Dasar British ini bukan sahaja menyukarkan hidup buruh malah mengasingkan mereka daripada
bergaul dan berintegrasi dengan kaum lain

Gambar 4
Gambar di bawah menunjukkan kesan yang dialami oleh buruh ladang akibat dasar
pengenalan kedai todi di ladang oleh British.

Sumber: Pamphlets On Toddy Drinking By Indian Labourers. Risalah Di Atas Perkara Minum Tuak Oleh Kuli-Kuli
Hindu. (Versi Melayu-Jawi), dalam Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, S.C.23-1360.

Orang Cina: Kuli dan Kapitalis

Dasar pecah dan perintah yang dirancangkan oleh British turut kelihatan dalam kalangan buruh
Cina. Masyarakat Cina terbahagi kepada golongan atasan yang dibentuk oleh satu kumpulan

17
kecil iaitu peniaga-peniaga yang amat kaya, golongan pertengahan iaitu ahli-ahli professional
dan teknikal, peniaga, pedagang dan pekedai serta golongan terakhir iaitu golongan majoriti yang
terdiri daripada buruh-buruh yang menjadi daya tenaga dalam semua bidang.61
Berbanding orang India, orang Cina tidak dikekang ke kawasan ladang tetapi ditemui
hampir dalam semua sektor ekonomi. Mengapakah keadaan ini berlaku? Pertama sekali kita
harus mengambil kira bahawa emigrasi Cina ke Tanah Melayu difikirkan oleh kerajaan kolonial
sebagai membekalkan satu kelas buruh dan ‘otot dan urat daging’ bagi pembangunan. Persepsi
British tentang peranan orang Cina tidaklah banyak berbeza daripada persepsi terhadap orang
India. Sejumlah besar orang Cina mendarat di lombong dan ladang di negeri-negeri Melayu dan
meninggal dunia di sana ataupun dihantar keluar sekiranya mereka tidak diperlukan lagi. Namun,
beberapa orang Cina berjaya melepaskan diri daripada tempat kerja yang awal ini dan
mengambil tempat dalam ekonomi kolonial sebagai pekedai, peniaga, tukang, dan mana-mana
pekerjaan yang mereka temui. Mereka ini dibantu oleh orang Cina yang mempunyai sumber
kewangan yang lebih baik ataupun melibatkan diri dalam pekerjaan yang lebih baik.62

Gambar 5
Buruh Cina yang bekerja di salah sebuah lombong di Cheras, Selangor
menunjukkan salah satu simbol pembahagian kerja mengikut kaum di Tanah Melayu.

Sumber:Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Mobiliti ini dibantu oleh dasar pentadbiran kolonial yang kurang paternalistik terhadap buruh
Cina berbanding dengan buruh India. Oleh kerana tiada pegawai yang boleh bertutur dalam
dialek Cina dan tiada kerjasama dari kerajaan China berbanding dengan kerajaan India atas hal
ehwal imigrasi dan pekerjaan, buruh Cina tidaklah disalurkan secara ketat ke dalam satu sektor

61
Lim Teck Ghee, ‘British colonial administration and the ethnic division of labour in Malaya’, hlm. 50.
62
Ibid.

18
ekonomi yang khusus sepertimana buruh India. Kongsi gelap, kesatuan perniagaan, dan
persatuan dermawan memainkan peranan yang penting, walaupun mereka digunakan sebagai
usaha kawalan, terutamanya ke atas buruh yang baru tiba.63

Satu perspektif berkenaan dengan perkembangan orang Cina dalam ekonomi dijelaskan oleh
Stenson. Menurutnya, dalam kalangan tiga kumpulan etnik yang terbesar di Tanah Melayu,
orang Cina muncul sebagai profesional, birokrat dan ahli perniagaan dan ini menunjukkan
bahawa kerajaan kolonial tidak boleh mengekalkan perbezaan kerja mengikut kaum sepertimana
yang diingini. Tambahan pula, kepentingan ekonomi mendesak British membuka pintu mobiliti
ekonomi dan sosial kepada sekumpulan tempatan yang kecil. Tetapi tiada pertentangan terhadap
pembangunan ini kerana keseluruhan dasar British berjaya menggalakkan perbezaan kerja antara
kaum.

Kolonialisme dan ‘Pluralisme’

Pada pandangan British pekerjaan dan ‘pluralisme’ kaum yang wujud bukan sahaja
menguntungkan British bagi mentadbir Tanah Jajahan tetapi lebih memudahkann mereka untuk
mendominasi masyarakat yang dijajah. Dalam spek pemerintahan kolonial di Tanah Melayu
tahap ‘stereotaip kaum’ memainkan peranan penting dalam pmbentukan dasar kolonial terhadap
kaum lain.

Namun begitu terdapat pandangan yang berbeza terhadap hal tersebut iaitu hasil tulisan
Collin E.R. Abraham, John G. Butcher dan J. de V. Allen. Tulisan Abraham mengatakan bahawa
kolonialisme bertujuan memaksimumkan keuntungan, dominasi politik dan kawalan kaum
melalui manipulasi kumpulan etnik bagi eksploitasi ekonomi yang efektif. Pada masa yang sama,
ideologi kolonial dikatakan telah “mempergiatkan dan mengeneralisasi satu set stereotaip
berdasarkan kaum. Ini telah melahirkan perasaan superioriti dan inferioriti dalam kalangan
sesuatu kumpulan. Ini bermaksud British menggangap diri mereka sebagai superioriti iaitu kuasa
unggul dan melihat kaum yang dijajah sebagai inferioriti iaitu pandang rendah.”64

Sejarah sosial orang Eropah di Tanah Melayu oleh Butcher juga memberi fokus kepada
hubungan sosial antara orang Eropah dan orang Asia serta ketegangan antara kedua-dua
kumpulan ini. Beliau, membincangkan tempoh 1904-1915 dan menunjukkan bahawa “orang
Eropah melihat diri mereka sebagai superior berbanding bangsa lain dan takut terhadap apa
sahaja yang boleh mengugut superioriti mereka.”65 Untuk mengekalkan superioriti, British
menggunakan jurang pendidikan dan budaya antara orang Eropah dan Asia.66 Namun begitu,
karya Butcher tidak menjelaskan tentang stereotaip atau prejudis dalam kalangan British yang
mempengaruhi dasar di dalam bidang yang lain selain bidang sosial.
Artikel Allen pula membincangkan hubungan antara orang Eropah dengan orang bukan
Eropah serta peranan British di Tanah Melayu. Allen berhujah bahawa semasa zaman

63
Ibid., hlm. 57.
64
Ibid.
65
Ibid., hlm. 57-58.
66
Ibid., hlm. 58

19
Swettenham dan Clifford, “British melabelkan karakteristik perkauman ke atas sesuatu kaum dan
menentukan nasib mereka berdasarkan label ini.”67

Wujud juga pandangan rasis bahawa orang Eropah ialah orang yang superior dan orang
Timur sebagai inferior. Idea ini tidak terhad kepada hanya beberapa orang pegawai sahaja malah
menurut Rudyard Kipling ia menjadi sebahagian daripada beban orang putih yang bertanggapan
“the fluttered folk and wild,” dan “new-caught, sullen people, half-devil and half-child” terhadap
kumpulan yang dijajah.

Rasisme yang diamalkan oleh orang Eropah dalam pentadbiran kolonial di Tanah Melayu
yang beroperasi dalam dua tahap. Pertama, berkaitan dengan ‘kualiti inferior yang diwarisi’ oleh
orang bukan Eropah (orang tempatan) berbanding ‘kualiti superior’ orang Eropah. Kedua pula
berkaitan dengan persepsi tentang sesuatu bangsa yang berbeza dalam kalangan penduduk
tempatan seperti rajin, jujur, bijak, bertamadun, berdisiplin. Hal ini pernah dibincang oleh Roff
dalam buku yang ditulis oleh Hugh Clifford.68

Dari segi aspek politik dan ekonomi, “fungsi orang putih di negara tropika bukanlah
bekerja keras dengan tangan sendiri, tetapi mengarah dan mengawal tenaga buruh tempatan yang
jumlahnya ramai untuk membantu British dalam pentadbiran atau meningkatkan ekonomi.”69
Emerson dalam karya klasik beliau mengenai kolonialisme menyatakan bahawa, “jawatan
tertinggi dan kuasa dalam dunia politik serta kebanyakan jawatan dalam bidang ekonomi harus
dipegang oleh orang Eropah dan hanya jawatan di tahap ini sahaja dianggap bersesuaian dengan
maruah orang putih”.

Dalam menangani orang tempatan, British menggunakan perbezaan sosial, budaya dan
ekonomi yang wujud di antara mereka dan mengaitkan perbezaan ini dengan faktor biologi dan
persekitaran untuk mencapai matlamat mereka. Oleh kerana orang Melayu kebanyakannya kelas
petani dan kurang tertarik untuk bekerja sebagai buruh di lombong dan ladang, maka wujud idea
dalam kalangan British bahawa “orang Melayu malas, tidak hemat, tiada cita-cita dan tidak boleh
membangunkan sumber asli negara”. Tetapi ia hanya satu alasan yang diperlukan oleh British
untuk campur tangan di negeri-negeri Melayu. Hal ini juga memberi justifikasi kepada dasar
British untuk membawa masuk buruh imigran yang murah dan mendesak orang Melayu untuk
menanam padi, tinggal di tanah sendiri dan hanya menyediakan pendidikan yang paling asas
kepada kanak-kanak Melayu. Buku tahunan rasmi mengenai negeri utama di Tanah Melayu pada
1892 mencerminkan pandangan orang British tentang orang Melayu di mana “Mereka (orang
Melayu) ini bangsa yang malas, berpuas hati, tidak hemat, tiada cita-cita, sopan dan aman...
mudah dipengaruhi oleh pembangunan di negara mereka ... kelas bawahan yang berpuas hati
dengan sara hidup.”70

Sekiranya orang Melayu ini dibiarkan malas, berpuas hati dan tidak diganggu di sawah padinya,
pihak British amat bernasib baik kerana orang India nampaknya mempunyai kualiti sebagai kuli.
Sepertimana orang Melayu, orang India juga dipentingkan untuk mencapai tujuan ekonomi

67
Frank Swettenham, The Real Malay, London: John Lane, 1900, hlm. 39-40.
68
Lim Teck Ghee, ‘British colonial administration and the ethnic division of labour in Malaya’, hlm. 69.
69
Ibid.
70
Ibid.

20
British kerana memiliki ‘kualiti bangsa’ yang baik. Swettwham, pegawai kolonial di Tanah
Melayu pula mendefinisikan orang India seperti berikut,

The Hindu, the Tamil, the native of Southern India, is… a poor thing; oily in body, cringing in
demeanour, and maddening in speech. But for all that he is very useful, whether as a labourer on
a plantation, a cattle keeper and a cart driver, a washerman, or a barber...71

Pandangan British terhadap kualiti bangsa Cina pula sedikit berbeza dengan orang Melayu dan
India kerana kekuatan atau kebebasan ekonomi yang terdapat dalam kalangan orang Cina.
Walaupun British (dengan berat hati) mengakui ‘kualiti orang Cina’ seperti ‘berhemat, berdikari
dan rajin’,72 tetapi sikap lain dilihat dengan perasaan kebencian. Clifford memberi pandangan
tentang buruh Cina seperti berikut,

...Saya tidak teragak-agak menyatakan bahawa dari segi moral dan intelektual orang Cina adalah
antara bangsa manusia yang paling hina, penipu, tidak sopan dan tidak setia berbanding akhlak
mulia dan maruah orang Anglo-Saxon dan kadangkala orang Melayu dan menyatakan bahawa
inilah sebabnya orang Cina berjaya dalam bidang ekonomi. 73

Kesimpulan

Kesimpulannya, dasar ekonomi British terhadap pelbagai kaum di Tanah Melayu memanglah
sesuatu yang telah dirancangkan oleh British sejak permulaan pentadbiran mereka di Tanah
Melayu iaitu orang Cina di lombong, orang India bekerja di ladang dan mendesak orang Melayu
untuk bekerja di sawah padi. Apabila melihat kesemua dasar dan amalan British yang berlainan
terhadap pelbagai kaum di Tanah Melayu, kesimpulan yang tidak boleh dielakkan ialah pihak
British sedar bahawa pembahagian kerja antara kaum buruh adalah penting untuk memerintah.
Untuk itu, pelbagai dasar dikenakan oleh mereka ke atas kaum buruh bagi memperkukuhkan
pengasingan kaum.

British bukan sahaja mengasingkan pekerjaan antara kaum di Tanah Melayu malah
menjalankan dasar alternatif yang boleh menjurangkan ekonomi dan sosial antara kaum. Tidak
boleh dinafikan juga kawalan British ke atas pemerintahan dan pentadbiran kaum di Tanah
Melayu adalah sepenuhnya dan tidak terganggu sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua dan
darurat. Dalam bidang pendidikan pula, British mengasingkan kaum Melayu, Cina dan India
dengan memperkenalkan dasar sekolah vernakular. Pengasingan sekolah ini bukan sahaja
memisahkan kaum Tanah Melayu malah telah manjadi halangan untuk membentuk perpaduan
dan integrasi sosial antara kaum.

Bibliografi
Sumber Pertama (Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur)

71
Frank Swettenham, The Real Malay
72
Lim Teck Ghee, ‘British colonial administration and the ethnic division of labour in Malaya’, hlm. 69-70.
73
Ibid.

21
Rekod Pejabat Kolonial

CO 273/405, Surat daripada Rayappan, Seremban, 25 Mac 1913.

CO 273/405, Surat daripada K. Nagamuthu, Kapar, 30 April 1913.

CO 273/471, Coolie Lines.

CO 273/484, Laporan daripada Viscount Milner, Colonial Office.

CO 273/499, Memorandum regarding conditions of the Indian labour in the Straits Settlements
and Federated Malay States.

CO 273/534, A Meeting of The Indian Immigration Committee was held in the Labour Office at
Kuala Lumpur at 10 a.m. on Saturday, 9th February 1924.

CO 273/534, Conditions of Indian Labourers In Malaya, Memorandum, Excerpts from the


“Swathesamitthiran” forwarded with Section of States F.M.S. Despatch No. 307, dated
9th June 1926, Surat daripada A. Caldecott. Ag. Controller of Malaya, 27 Julai 1927.

CO 273/534, Education On Estates, Memorandum, Excerpts from the “Swathesamitthiran”


forwarded with Section of States F.M.S. Despatch No. 307, dated 9th June 1926, Surat
daripada A. Caldecott. Ag. Controller of Malaya, 27 Julai 1927.

CO 273/534, Medical Facilities, Memorandum, Excerpts from the “Swathesamitthiran”


forwarded with Section of States F.M.S. Despatch No. 307, dated 9th June 1926, Surat
daripada A. Caldecott. Ag. Controller of Malaya, 27 Julai 1927.

CO 717/181, Conditions of Indians Labourers In Malaya.

CO 717/181, Memorandum On Labour Contidions For Indians In Malaya.

Laporan Tahunan

Annual Report of Perak For The Year 1909.

Annual Report On Education In Selangor For The Year 1923, dalam Fail Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor, Selangor Secretariat File 951/1924.

Annual Report of The Straits Settlements For The Year 1889.

Annual Report of The Agent of The Government of India In British Malaya For The Year 1926-
1935, Calcutta: Government of India, Central Publication Branch, 1927-1936.

22
Education of Tamil Coolie Children on Estate, dalam Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Selangor Secretariat File 3996/1913.

Federated Malay States, Report On The Customs and Excise Department For The Year 1936-
1939, Kuala Lumpur: The F.M.S. Government Press, 1937-1940.

Pamphlets on Toddy drinking by Indian labourers. Risalah di atas perkara minum tuak oleh kuli-
kuli Hindu (versi Melayu-Jawi), dalam Fail Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri Kedah,
S.C.23-1360, Bangalore: The Mysore State Temperance Federation, for distribution in
Malaya by The Central Indian Association, Kuala Lumpur, F.M.S., 1940.

Sumber Sekunder
Anbalakan, K., Identiti India Di Malaysia, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia,
2008.

Arasaratnam, S., Indians in Malayisa and Singapore, Kuala Lumpur: Oxford University Press,
1970.

Drabble, J.H., ‘Peasant Smallholders in the Malayan Economy: An Historical Study with Special
Reference to the Rubber Industry’, dalam Jackson, J.C., & Rudner, M., ed., Issues in
Malaysian Development, Singapore: Heinemann Books, 1979.

Frank Swettenham, The Real Malay, London: John Lane, 1900.

Gangulee, N., Indians in The Empire Overseas, London: The New India Publishing House Ltd.,
1947.

George Netto, Indians in Malaya: Historical Facts and Figures, Singapore: George Netto, 1961.

‘Growing Menace of Alcoholism In Malaya’, Indian Daily Mail, 2 Jun 1947.

Lim Teck Ghee, ‘British colonial administration and the ethnic division of labour in Malaya’,
Kajian Malaysia, 1:2, 1984.

Lim Teck Ghee, Peasants and their agricultural economy in colonial Malaya, 1874-1941, Kuala
Lumpur: Oxford University Press, 1977.

Major David Ng & Muzaffar D.J. Tate, Malaya: Gaya Hidup Antara 1900-1930 / Malaya:
Lifesytles, 1900-1930, Kuala Lumpur: Fajar bakti, 1989.

Neelakandha Aiyer, K.A., Indian Problems in Malaya, Kuala Lumpur: India Office, 1938.

Parameswari Krishnan, ‘Todi Dalam Kalangan masyarakat India Ladang Di Tanah Melayu,
1900-1957’, Tesis Ph.D, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 2014.

23
Paul Wiebe & Mariappan, Indian Malaysians: The View From The Plantations, New Delhi:
Manohar Publications, 1978.

Philip Loh, Seeds of Separatism: Educational Policy in Malaya 1894-1940, Kuala Lumpur:
Oxford University Press, 1975.

Rice Cultivation and the Ethnic Division of Labour in British Malaya’, Comparative Studies in
Society and History, Cambridge: Cambridge University Press, 24:2, April 1982.

Roff, W.R., The Origins of Malay Nationalism, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1967.

Sandhu, K.S., Indians in Malaya: Some Aspects of Their Immigration and Settlement, 1786-
1957, London: Cambridge University Press, 1969.

Silcock, T.H., & Ungku Aziz, ‘Nationalism in Malaya’, dalam William L. Holland, Asian
Nationalism and West, London: New York, 1953.

Steinberg, D.J., et.al., ‘Search of South-East Asia’, A Modern History, Kuala Lumnpur: Oxford
University Press, 1971.

Stenson, M.R., Industrial Conflict in Malaya, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1970.

Wilkinson, R.J., ‘Malay Customs and Beliefs’, Journal of the Royal Asiatic Society, Malayan
Branch (JMBRAS), Vol. XXX, Pt. 4, November 1957.

Yip Yat Hoong, The Development of the Tin Mining Industry of Malaya, Kuala Lumpur:
University of Malaya Press, 1969.

24

View publication stats

You might also like