You are on page 1of 6

Draf tugasan 2

Gariskan sejarah pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia dan bincangkan usaha


kerajaan dalam pembinaan hubungan etnik dari perspektif politik, ekonomi dan
kepelbagaian agama.

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang diduduki oleh masyarakat berbilang etnik dan
agama. Walaupun terdapat perbezaan dalam dari segi kebudayaan dan adat, perkara ini
tidak menghalang Malaysia untuk terus hidup dalam keharmonian. Graf berikut
menunjukkan keterbukaan dan penerimaan rakyat Malaysia terhadap satu sama lain.

Rajah 1: Sumber: Jurnal Perpaduan 2019

2.0 SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK

Definisi masyarakat pluralistik - Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat


pada suatu masa secara terancang dan dipaksakan oleh orang- orang tertentu yang
berkepentingan.

Pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia berlaku berperingkat. Berikut


merupakan peringkat kewujudan masyarakat pluralistik di Malaysia:
Penjajahan Portugis:

 Gold, Gospel, Glory.


 Kewujuduan masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan
orang Portugis dengan penduduk tempatan.

Pemerintahan Jepun:

 Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Jepun telah menerapkan Dasar


Niponisasi iaitu dasar penjepunan terhadap Tanah Melayu.
 Antara dasar yang diterapkan ialah layanan yang berbeza diberikan kepada
penduduk tempatan oleh pihak Jepun.
 Semua kaum iaitu orang melayu, Cina dan India mengalami penyeksaan,
penderitaan, kebuluran, ketakutan dan pengangguran.
 Layanan yang berbeza ini menyebabkan atau mewujudkan permusuhan kaum
antara orang Cina dengan orang Melayu.

Zaman Kolonial British:

Tanah Melayu

 Kedatangan Cina dan India


 Cina - Migrasi orang Cina dari Kwangtung & Fukien dibawa masuk melalui sistem
kontrak buruh, tiket kredit, secara berkumpulan & persendirian.
 1895-1927 - lebih daripada 6 juta orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu
 1931 - 34% daripada penduduk Tanah Melayu ialah orang Cina
 Migrasi orang India - dari India Selatan & dibawa melalui sistem Kangani. Migrasi
bermula pada th 1880-an & pesat pada abad ke-20. Pada tahun 1911. orang India
- 10% daripada penduduk Tanah Melayu dan jumlah ini meningkat ke 15% pada
tahun 1921. Mereka bekerja di ladang-ladang getah, sektor perkhidmatan & kerja
raya.
 Migrasi penduduk Melayu dr Indonesia, Jawa & Sumatera. Mereka bekerja dalam
sektor pertanian dan tinggal di luar bandar. Terdapat juga migrasi penduduk Arab-
Parsi & Ceylon.
 Imigran yg masih tinggal di Tanah Melayu membentuk satu masyarakat yg tetap
& mengasaskan organisasi sosial masing-masing. Contohnya, orang-orang Cina
membentuk persatuan & pertubuhan sosial masyarakat mereka (Huatuan). British
melaksanakan dasar Pecah dan Perintah bagi memudahkan kawalan ke atas
imigran tersebut. Kesannya, pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi,
pengasingan tempat tinggal dan pengasingan sistem pendidikan

Sabah dan Sarawak

 Sabah: Syarikat Borneo Utara British (1881-1941)


 Sarawak: Dinasti Brooke (1841-1941)
 Ditakluk Jepun pada 1941-1945 dan seterusnya jajahan British bermula 1946
hingga pembentukan Malaysia.
 1880-an: Sabah- lebih ramai penduduk di bahagian Pantai Timur berbanding
pedalaman hutan rimba.
 Cina – kawasan bandar, pusat kegiatan ekonomi
 Bumiputera Islam – kawasan pesisir pantai
 Bumiputera bukan Islam – pedalaman(bercucuk tanam, memburu)
 Di Sabah, kaum Kadazandusun, Bajau, Murut dan Suluk. Apabila British masuk,
mereka telahh membawa masuk orang Cina untuk bekerja di lading getah dan
tembakau dan pada 1931 terdapat 50,056 orang Cina di Sabah.
 Di Sarawak, kaum Iban, Bidayuh, Melayu dan Melanau adalah penduduk
bumiputera namun pada 1871 terdapat 5000 orang Cina dan meningkat menjadi
123,626 ribu pada 1939 orang Cina yang bekerja sebagai pedagang, petani dan
pelombong di Sarawak.

3.0 USAHA KERAJAAN DALAM PEMBINAAN HUBUNGAN ETNIK

3.1 PERSPEKTIF POLITIK

 Pengenalan sistem demokrasi berparlimen


 Jabatan perpaduan Negara dan Integrasi (MAGERAN)
 Gagasan 1 Malaysia, Wawasan 2020
 Membudayakan perpaduan, meraikan kepelbagaian
 Majlis Setiausaha itu turut menyatakan sokongan penuh Belanjawan 2020
bertemakan 'Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Bersama ke Arah
Kemakmuran Bersama' yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng
pada 11 Oktober yang menzahirkan komitmen kerajaan PH memacu
pembangunan ekonomi Malaysia berasaskan Wawasan Kemakmuran Bersama
2030.

3.2 PERSPEKTIF EKONOMI

 Dasar Ekonomi Baru - mencapai perpaduan negara melalui dua strateginya yang
bercorak serampang dua mata, iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi
kemiskinan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, dan menyusun semula
struktur masyarakat Malaysia agar mereka tidak lagi dikenali berasaskan ciri
ekonomi dan tempat tinggal.
 merapatkan jurang perbezaan kaum menerusi ekonomi dan sosial telah dilakukan
dengan cukup baik menerusi:
 TEKUN
 Amanah Ikhtiar
 PTPTN
 biasiswa pendidikan MARA dan JPA
 pinjaman mikro bagi modal baru perniagaan, bantuan kepada Industri Kecil dan
Sederhana (IKS
 bantuan asas tani, subsidi baja, dan nasihat pakar.

 Program ini telah banyak membantu meningkatkan ekonomi golongan Bumiputera


yang masih ketinggalan. Perniagaan yang bersifat hubungan kerjasama ‘alibaba’
menerusi DEB juga telah menarik hubungan antara etnik iaitu pemodal Cina untuk
bekerjasama dengan golongan usahawan Melayu untuk memohon tender bagi
projek pembangunan, perusahaan atau perkhidmatan.

3.3 PERSPEKTIF KEPELBAGAIAN AGAMA

 Aplikasi Rukun Negara – bebas anut agama, peka sensitiviti


 Dasar Pendidikan Kebangsaan – penggunaan sistem pendidikan sama bagi
semua pelajar, peperiksaan
 Dasar Kebudayaan Kebangsaan - garis panduan dalam usaha membentuk satu
bangsa yang bersatu dan mempunyai identiti negara, serta dapat mencirikan
keperibadian bangsa Malaysia yang unik dan unggul. Strategi pelaksanaan DKK
dari segi sosial bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang
mempunyai pelbagai jenis kaum. Ini kerana perbezaan antara kaum boleh
menyebabkan berlakunya polarisasi kaum dan mementingkan kaum masing-
masing sahaja. Bagi negara Malaysia, kebebasan beragama telah dimaktubkan
dalam perlembagaan. Agama Islam telah dijadikan agama rasmi Persekutuan.
Justeru itu, dalam kehidupan bermasyarakat dan berbudaya, ajaran-ajaran dan
nilai-nilai agama dipegang kuat serta diamalkan. Nilai-nilai Islam boleh
diringkaskan kepada prinsip umum, iaitu mengamalkan segala kebaikan dan
mencegah dari melakukan kejahatan. Banci.
 Penganjuran sambutan Rumah Terbuka bersama Perdana Menteri pada setiap
hari perayaan
4.0 KESIMPULAN

Kewujudan masyarakat pluralistik pada zaman pemerintahan penjajah tidak menghalang


keharmonian kaum yang wujud pada zaman ini. Segala usaha yang telah dijalankan oleh
kerajaan sedikit sebanyak mampu merapatkan jurang yang wujud antara kaum.

You might also like