You are on page 1of 12

EDUP 3043 2017

2.0 PENGENALAN

Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2013), bilik darjah ialah sebuah
tempat yang kompleks di mana berlakunya beberapa aktiviti pada masa yang sama. Sebagai
bakal guru atau guru, adalah menjadi suatu keutamaan untuk mengetahui akan pengurusan
bilik darjah yang berkesan agar persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan.
Oleh itu, bagi memastikan keberkesanannya guru mestilah menjalankan tanggungjawabnya
dalam menguruskan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan membina hubungan positif
dengan murid tidak kira di kelas aliran perdana mahupun inklusif. Selain itu, guru juga mestilah
cakna terhadap isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah dan
mengetahui dengan sebaik mungkin akan model pengurusan disiplin dan intervensi yang sesuai
bagi menangani tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. Namun, jika dilihat daripada
konsep pengurusan bilik darjah, pengurusannya bukanlah terletak di bahu guru semata, malah
memerlukan kerjasama daripada murid juga. Jadi, bagi memperluas pengetahuan tentang
pengurusan bilik darjah ini, lensa penulisan diperkembang berdasarkan sumber bahan bacaan
yang pelbagai dan menghubungkaitkannya dengan sebuah filem yang bertajuk “The Ron Clark
Story”.

1
EDUP 3043 2017

3.0 PERANAN GURU DALAM MENGURUSKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN


KONDUSIF DAN MEMBINA HUBUNGAN POSITIF DALAM BILIK DARJAH ALIRAN
PERDANA DAN INKLUSIF.

3.1 Peranan guru dalam menguruskan persekitaran pembelajaran kondusif

Persekitaran pembelajaran kondusif ditafsirkan sebagai suatu tempat untuk murid agar
mampu melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran
(Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2016). Oleh itu, guru dikenalpasti sebagai wadah
utama dalam menguruskan persekitaran pembelajaran kondusif. Terdapat banyak peranan guru
yang boleh dilaksanakan dalam menjayakannya. Peranan guru terbahagi kepada tiga aspek
yakni dari aspek pengurusan persekitaran fizikal, psikososial serta peraturan dan rutin bilik
darjah.

Menerusi filem “The Ron Clark Story”, Ron Clark merupakan seorang guru yang
mengajar di sekolah Halemn School. Beliau sangat memainkankan peranannya dalam
menguruskan persekitaran fizikal iaitu menyusun atur kerusi dan meja murid secara tradisional
yang menyebabkan ruang trafik di dalam kelas menjadi selesa. Hal ini dapat dilihat berdasarkan
guru dan murid yang mudah untuk bergerak ke satu-satu tempat tanpa halangan sekaligus
memudahkan proses pemantauan mudah dilakukan guru. Selain itu, Ron Clark juga
menekankan aspek kebersihan dengan cara menyediakan sebuah tong khas supaya murid-
muridnya dapat membuang sisa gula-gula getah yang telah dikunyah ke dalamnya. Perkara ini
menyebabkan perabot dan dinding kelas bebas daripada lekatan sisa gula-gula getah sekaligus
menjamin keselesaan kelas.

Seterusnya, dari aspek psikososial pula, Ron Clark mengaplikasikan kemahiran


komunikasi bersama muridnya dengan baik sekali. Beliau telah menggunakan bahasa yang
sesuai ketika mengajar dan menegur, menggunakan kontak mata yang menyebabkan murid-
muridnya selesa untuk berbjcara dengannya serta mengamalkan komunikasi dua hala.
Peraturan dan rutin bilik darjah yang darjah juga diaplikasikan oleh Ron Clark. Aspek-aspek
yang ditekankan dalam mengehendaki murid untuk memahami peraturan dan rutin bilik darjah
ialah mendemonstrasi, melatih bersama dan memberi maklum balas pada peringkat awal
pelaksanannya. Hal ini jelas ditunjukkan oleh Ron Clark sewaktu mengarahkan anak muridnya
akan rutin keluar bilik darjah untuk ke kantin. Kesannya, berlaku penjimatan masa dan proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lancar dan tenteram.

2
EDUP 3043 2017

3.2 Peranan guru dalam membina hubungan positif dalam bilik darjah aliran perdana
dan inklusif.

Suasana pembelajaran di dalam bilik darjah sebenarnya banyak mempengaruhi tingkah


laku guru dan murid. Perilaku guru sememangnya banyak memberi kesan terhadap suasana
pembelajaran. Apabila guru berhasil membina hubungan positif dengan murid, sebenarnya ia
sangat membantu dalam membina perlakuan yang baik dalam diri murid sekaligus
mencorakkan pengalaman pembelajaran yang kondusif serta menyeronokkan.

Terdapat banyak peranan guru dalam membina hubungan positif dalam bilik darjah
aliran perdana dan inklusif. Antara yang dilakukan oleh Ron Clark ialah mengingat nama
kesemua anak muridnya dan memanggilnya dengan nama masing-masing. Sebagai contoh,
beliau memanggil nama Shameika untuk menjawab soalan dan ketika hendak menegurnya
yang memotong barisan. Hal ini memudahkan guru untuk mengawal tingkah laku murid-murid
serta mampu membina hubungan keakraban dengan murid.

Selain itu, Ron Clark juga menunjukkan keprihatinannya terhadap anak muridnya
dengan berjumpa ahli keluarga anak muridnya untuk mengetahui latar belakang mereka
dengan lebih tepat. Dengan cara ini, sebenarnya dapat memudahkan guru memahami situasi
dan masalah sebenar anak muridnya sekaligus membantu mereka daripada terjebak dengan
masalah disiplin. Kesannya, Ron Clark berjaya membuatkan anak-anak muridnya mesra
dengannya, mudah untuk berkongsi masalah serta berjaya membina tingkah laku yang baik.
Seterusnya, Ron Clark juga memasukkan unsur kecindan dalam berkomunikasi serta
menggunakan bahan jenaka seperti tingkah lakunya yang ingin muntah sedangkan beliau
sekadar bergurau. Akhirnya, ianya menghadirkan gelak tawa anak muridnya bersamanya.

Seterusnya, inklusif ditafsirkan sebagai penerimaan kanak-kanak berkeperluan khas ke


dalam kelas aliran perdana. Antara peranan guru dalam membina hubungan positif dengan
murid dalam bilik darjah aliran inklusif pula ialah dengan menghargai perbezaan dalam
kalangan murid yang mungkin di kalangan mereka ada yang mengalami kecacatan fizikal
seperti Celebral Palsy. Selain itu, guru juga bolehlah menetapkan objektif pembelajaran yang
sesuai dan realistik dengan kemampuan fizikal dan kognitif murid kerana kemampuan mereka
ini tidak sama seperti murid biasa. Pada masa yang sama guru sememangnya perlu memberi
harapan dan semangat kepada murid-murid berkeperluan khas ini untuk berjaya. Akhir sekali,
guru mestilah fokus kepada maklum balas murid seperti kerap dalam menyoal dan mengulang

3
EDUP 3043 2017

soalan yang diberi serta sabar dengan tingkah laku mereka. Hal-hal ini sebenarnya sangat
berkesan dalam membina hubungan postif antara guru dan murid dalam bilik darjah aliran
inklusif.

4
EDUP 3043 2017

4.0 ISU-ISU SEMASA BERKAITAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK


DARJAH DENGAN MERUJUK PELBAGAI SUMBER.

Dalam sesebuah bilik darjah sememangnya terdiri daripada murid-murid yang


mempunyai harpan dan impian masing-masing. Jadi, guru hendaklah bersedia dari segi mental
dan fizikal serta menyedari bahawa dalam satu-satu kelas terdiri daripada murid-murid yang
mempunyai pelbagai tingkah laku. Sesetengah tingkah laku ini mungkin sukar diterima dan
boleh menimbulkan pelbagai masalah.

Pada era globalisasi yang kian membangun ini, isu-isu berkaitan tingkah laku
bermasalah dalam bilik darjah dilihat kian meningkat dari hari ke hari. Antara isunya ialah
mengganggu rakan sekelas atau membuli, hiperaktif, kurang sopan sesama guru dan rakan
sekelas dan suka merosakkan harta benda di dalam kelas. Terdapat tujuh jenis masalah disiplin
yang selalu berlaku di sekolah iaitu ponteng, datang lewat, rambut tidak terurus,merokok, peras
ugut, ketagihan dan masalah sosial serius. (Nizam Yatim, 2016)

Merujuk filem “The Ron Clark Story”, ia memperlihatkan bahawa murid-murid Ron Clark
yang mempunyai tingkah laku bermasalah di dalam kelas sehingga menyukarkannya untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara tingkah laku bermasalah yang
dilakukan ialah murid-murid bersikap kurang sopan terhadap Ron Clark dan sesama rakan
mereka sendiri. Hal ini dapat dilihat melalui watak Shameika yang menjawab panggilan gurunya
dengan nada yang menjengkelkan sambil mencebik muka sebagai tanda benci. Selain itu,
mereka juga merosakkan harta benda dan perabot yang berada di dalam kelas dengan
menconteng dinding dengan menggunakan cat dan merosakkan kerusi dan meja sehingga Ron
Clark tidak dapat melaksanakan pengajaran pada hari tersebut dek kerana tindakan mereka
yang merosakkan bilik darjah dan tidak hadir ke kelas.

Terdapat juga dalam satu babak yang menunjukkan Shameika yang berbual dengan
rakannya iaitu Alita Shamsez tentang peralatan make-up sedangkan Ron Clark sedang
mengajar di hadapan kelas. Julion Vasque pula merupakan seorang murid lelaki yang nakal
serta sering duduk secara membelakangkan guru untuk berbual dengan rakannya yang lain
tidak kira sama ada ketika guru sedang mengajar ataupun tidak. Perwatakan Shameika, Alita
dan Julio ini jelas menunjukkan tingkah laku bermasalah dalam kategori tidak memberikan
perhatian dalam PdPC.

5
EDUP 3043 2017

Setelah diulang tayang filem ini beberapa kali, sebenarnya tingkah laku ini berlaku
disebabkan pelbagai punca. Jika dilihat dari perwatakan Tayshawn Mishell yang agresif dan
pemarah sebenarnya disebabkan masalah keluarganya yang sering membiarkannya dan
memukulnya. Selain itu, punca masalah tingkah laku murid juga disebabkan oleh murid yang
mempunyai masalah pembelajaran, tiada motivasi untuk belajar dan estim kendiri yang rendah.

Kesimpulannya, dalam hal ini guru memainkan peranan penting dalam menguruskan
tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah. Jadi, guru mestilah mengetahui pendekatan dan
kaedah yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah yang wujud ini.

6
EDUP 3043 2017

5.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN DAN INTERVENSI YANG SESUAI BAGI MENANGANI
TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH.

5.1 Model Pengurusan Disiplin

Setiap masyarakat yang berfungsi dengan baik mempunyai satu jaringan sistem-sistem
dan peraturan yang mengawal segala aktiviti yang berlangsung (James Ang, 2011). Begitu juga
bilik darjah yang berkesan adalah yang berasaskan pengurusan disiplin yang mantap.Terdapat
banyak model disiplin yang boleh dijadikan panduan kepada guru yang antaranya ialah Model
Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter dan Model Pengurusan
Kelompok Kounin.

Lensa penulisan berfokus kepada Model Disiplin Asertif Canter iaitu yang berasaskan
peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada
tingkah laku yang ditunjukkan. Konsep utama model ini ialah guru berhak mengajar secara
profesional tanpa gangguan manakala murid berhak belajar secara tenang dan selamat
dengan bantuan guru dan rakan-rakan lain. Oleh itu, bagi menjayakannya model ini
menggariskan tiga jenis guru yang terdapat dalam kelas iaitu agresif, tidak asertif dan asertif
untuk kita memahaminya dengan lebih mudah akan model ini. Guru mestilah cakna terhadap
perkara ini agar dapat menyedari diri dalam kategori guru yang sesuai dalam pelaksanaan
disiplin di dalam kelas.

Merujuk kepada perilaku Ron Clark, beliau mengaplikasikan langkah-langkah


penerangan pelan pengurusan bilik darjah seperti yang digariskan dalam Model Asertif Canter
dengan baik sekali. Ia dimulakan dengan penerangan sebab keperluan sesuatu peraturan
dibuat iaitu untuk menjadikan suasana PdPC di dalam kelas lebih kondusif. Selepas itu,
menunjukkan dan menerangkan bagaimana peraturan-peraturan dilaksanakan . Sebagai
contoh, dalam menerangkan peraturan nombor dua iaitu hormati antara satu sama lain dengan
cara memanggil Ron Clark dengan panggilan “sir” dan meletakkan panggilan itu di setiap
penghujung percakapan dengan guru apabila ingin bertanya seperti “ÿa, sir”. Seterusnya,
menyemak kefahaman murid, menerangkan cara-cara murid yang patuh berhak untuk
menerima ganjaran dan menerangkan sebab tindakan pembetulan yang dikenakan kepada
murid yang melanggar peraturan. Ron Clark jelas menunjukkan tindakan pembetulan yang
bertepatan dengan model ini iaitu dengan tenang dan konsisten dalam menegur Shameika,

7
EDUP 3043 2017

Julio, Tayshawn dan Arena Raquez serta memberi peneguhan untuk tingkah laku diingini
seperti pujian.

5.2 Intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah di dalam bilik
darjah.

Menangani tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah merupakan langkah pertama
dalam sistem pengurusan disiplin bilik darjah. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalan
Samuel, mereka mencadangkan beberapa intervensi yang boleh digunakan guru untuk
mengawal dan mengurus masalah disiplin dalam bilik darjah iaitu intervensi teknik modifikasi
tingkah laku, bimbingan dan kaunseling, terapi bermain, terapi seni, terapi muzik dan terapi
bercerita.

Teknik modifikasi tingkah laku menggunakan prinsip peneguhan iaitu tingkah laku
dipengaruhi oleh akibat, tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemahkan,
bertindak berdasarkan tingkah laku yang diberikan ganjaran yang akan diulangi serta
sebaliknya. Peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan berbanding dendaan.

Mengikut Larrivee, terdapat lapan peringkat peneguh iaitu dimulai dengan bahan
makanan, barangan, token, aktiviti, keistimewaan, pengiktirafan rakan, perakuan guru dan
kepuasan kendiri dalam Haliza Hamzah dan Joy Nesamalan Samuel. Berdasarkan filem “The
Ron Clark Story”, Ron Clark menggunakan gula-gula sebagai peneguhan apabila murid-
muridnya berjaya menjawab soalan dengan cemerlang. Hal ini sememangnya berhasil
membangkitkan semangat murid-muridnya untuk terus belajar dan sekaligus menjaga tingkah
laku masing-masing.

Selain itu, Ron Clark juga menggunakan cara yang terkandung dalam intervensi
bimbingan dan kaunseling. Bimbingan merupakan suatu proses berlanjutan dan berterusan
yang mana ianya dirancang dan digunakan oleh guru untuk membantu murid-murid mengetahui
dan menyedari akan kebolehan dan kelemahan diri serta membantu dalam membuat
penyesuaian dangan persekitaran. Sebagai contoh, Ron Clark yang berjumpa dengan
Tayshawn iaitu murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah dan kes jenayah, untuk
memberi bimbingan . Beliau mengaplikasikan kemahiran-kemahiran bimbingan yang digariskan
iaitu berhadapan dengan murid, menunjukkan ekspresi muka yang berminat serta

8
EDUP 3043 2017

menggunakan tentangan mata yang memberi keselesaan kepada Tayshawn. Beliau juga
bersikap tenang sehingga akhirnya Tayshawan mendengar nasihatnya dan kembali ke kelas
untuk meneruskan PdPC. Jadi, langkah-langkah pencegahan dan intervensi perlu diambil
segera bagi membantu guru mengahadapi masalah disiplin dalam bilik darjah.

9
EDUP 3043 2017

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah memerlukan pelbagai kemahiran yang perlu


dikuasai guru seperti merancang, mengelola, menilai dan membuat refleksi agar proses PdPC
berjalan lancar dan memastikan tingkah laku murid sentiasa dalam keadaan baik. Jadi, guru
mestilah mempersiapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran serta cakna dengan
isu dan kemajuan dunia hari ini agar mampu untuk mendepani isu-isu semasa berkaitan tingkah
laku bermasalah dalam bilik darjah dengan baik. Guru yang berkualiti serta menjamin
keberkesanan PdPC di dalam kelas adalah penting dalam pengurusan bilik darjah dan
sekaligus dalam penghasilan modal insan seperti yang digarapkan dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan yang akhirnya akan membawa kepada kemajuan negara Malaysia.

10
EDUP 3043 2017

RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya. (2006). Mengurus Disiplin Pelajar. Kuala Lumpur: BTS Sdn. Bhd.

Ahmad Shaadan (2 Ogos, 2016). Peti aduan Bantu Bendung Masalah Disisplin Pelajar..

Diakses pada 15 Ogos 2017, Dari http://Kosmo.Com.My/Kosmo/Content.Asp?Y=

2017&Dt=0211&Pub=Kosmo&Sec=Rencana_Utama&Pg=Ru_02.Htm.

Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin. (2013). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.

Fatimah Ali. (2007). Jurnal Usuluddin. Masalah Sosial Pelajar dan Hubungannya dengan
Kemerosotan Pembelajaran, 145-154.

Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah. Selangor: Oxford
Fajar Sdn Bhd.

James Ang. (2011). Pengurusan Disiplin Murid. Selangor: BS PRINT (M) SDN.BHD.

Junainor Hassan. (2016). Jurnal Psikologi Malaysia. Buli di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah
di Luar Bandar : Kajian Kes di Kawasan Felda Utara Kedah-Perlis, Malaysia, 113.

Kounin, J. (1970). Discipline and Group Management Classrooms. New York: Rinehart &
Winston.

11
EDUP 3043 2017

Mohd Sharani Ahmad. (2008). Intervensi Anak Istimewa Bermasalah Pembelajaran.Sabah:

Ca[ital Associates (S) Sdn. Bhd.

Mohd Sharani Ahmad. (2007). Psikologi Kanak-Kanak: Cara Mudah Memahami Psikologi Bayi
dan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Muhammad Rachmat. (2013). Jurnal Kesihatan Masyarakat Nasional. Perilaku Merokok


Remaja Sekolah Menengah Pertama, 502-508.

Norliah Mohd Amin. (2016, Mac 28). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Diakses pada : 11
Ogos 2017

12

You might also like