You are on page 1of 3

TUGASAN 3: PENULISAN REFLEKSI (PBS)

REFLEKSI

PENGAPLIKASIAN STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK SERTA BAHAN BANTU


MENGAJAR

Tanggal 12 sehingga 16 Oktober 2020, saya telah menjalani satu tugasan di


sekolah iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Air
Merah, Kulim Kedah. Namun demikian, sekolah ini bermula pada hari Ahad iaitu 11
Oktober 2020 dan interaksi saya dengan pihak sekolah bermula mengikut hari
persekolahan seperti yang telah ditetapkan. Setelah seminggu melaksanakan PBS,
banyak maklumat secara langsung atau tidak langsung saya perolehi berdasarkan
pengalaman bersama-sama pihak sekolah.

Pelaksanaan PBS pada kali ini saya lebih berfokuskan kepada ospyen major
saya iaitu Pendidikan Muzik di sekolah rendah. Saya mendapat kerjasama daripada
seorang guru muzik iaitu Encik Murukappan dalam membantu saya mendapatkan
maklumat dan bahan-bahan bagi menyiapkan tugasan ini. Berdasarkan pemerhatian
saya dalam pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) Pendidikan
Muzik di sekolah tersebut, saya mendapati guru Pendidikan Muzik turut
mengaplikasikan strategi PdP, kaedah, teknik dan penggunaan BBM dalam
melaksanakan proses pembelajaran. Tambahan pula, proses PdP dilaksanakan di
bilik muzik yang mempunyai keadaan persekitaran yang kondusif. Hal ini menjadikan
aktiviti PdP lebih berkesan serta berjalan dengan lancar.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan panduan untuk guru


menjalankan aktiviti PdP di dalam bilik darjah. Semasa pemerhatian dijalankan,
Encik Murukappan mengajar tahun 4 ADIP dalam standard kandungan Modul
Kemahiran Seni Muzik iaitu memainkan rekorder mengikut tempo dengan ton yang
baik serta penjarian not G, A, B, C’, dan D’ dengan betul dan mengaplikasikan notasi
muzik dalam memainkan rekorder. Bagi membentuk satu pembelajaran yang
kondusif dan dapat mencapai objektif hasil akhir pembelajaran, Encik Murukappan
mengaplikasikan strategi pemusatan murid. Strategi ini digunakan agar murid
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdP. Strategi ini juga dapat menerapkan
nilai murni bekerjasama dalam kalangan murid-murid. Contohnya, murid-murid saling
bekerjasama untuk membantu rakan yang belum menguasai kemahiran penjarian
menutup lubang rekorder mengikut not yang diberikan. Encik Murukappan
menyatakan bahawa strategi pemusatan murid dapat meningkatkan prestasi murid
dalam melakukan tugasan yang diberikan, serta boleh menunaikan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) (2013-2025) untuk melahirkan murid yang mempunyai aspirasi
yang tinggi.

Menurut Mok Soon Sang (2013), kaedah merupakan satu pengajaran yang
dirancang serta diedar dengan sistematik kepada murid-murid untuk bertujuan
mencapai objektif pembelajaran. Gaya pembelajaran dan latar belakang murid amat
penting untuk diketahui oleh para guru di sekolah agar memudahkan mereka
menyediakan sesi pembelajaran yang bersesuaian dengan murid. Dengan ini,
pengurusan bilik darjah dapat dikawal semasa aktiviti PdP dilaksanakan. Bagi
menarik perhatian serta murid-murid terus fokus di dalam kelas, Encik Murukappan
menggunakan kaedah dan teknik demontrasi atau lebih dikenali dengan kemahiran
tunjuk cara. Beliau menunjukkan cara asas penjarian untuk memegang dan menutup
lubang-lubang pada bahagian rekorder. Encik Murukappan melibatkan pancaindera
telinga dan mata serta menggalakkan murid untuk melakukan teknik-teknik
memainkan rekoder. Berdasarkan not-not yang dipelajari, secara tidak langsung
murid-murid telah mempelajari melodi sebuah lagu iaitu ‘Mary Had A Little Lamb”.

Bagi penggunaan BBM, Encik Murukappan hanya menggunakan rekoder untuk


mengajar dan menggunakan papan tulis. Hal ini, menyebabkan murid di dalam kelas
mudah hilang fokus semasa proses PdP dijalankan. Malahan, pengurusan tingkah
laku sesetengah murid sukar dikawal.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang telah dikenalpasti, terdapat


beberapa cadangan yang saya ingin kemukakan bagi mengatasi kelemahan dalam
melaksanakan aktiviti PdP Pendidikan Muzik di sekolah. Antaranya, guru perlu
mencari alternatif dalam membuat set induksi supaya meransang minat murid untuk
belajar. Selain itu, memperbanyakkan BBM terutama menggunakan TMK supaya
murid dapat menguasai kemahiran TMK selaras dengan PAK-21. Di samping itu,
guru mempelbagaikan teknik dan kaedah dalam melaksanakan PdP agar
pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid dapat dikawal. Guru juga perlulah
membahagikan masa dengan baik untuk melaksanakan aktiviti PdP yang
menyeronokkan. Secara keseluruhannya, kelemahannya dalam melaksanakan
aktiviti PdP dapat penambahbaikan lagi.

KESIMPULANNYA

Melalui PBS, saya memperolehi banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
boleh saya guna untuk masa depan. Melalui pemerhatian juga, seorang guru bukan
hanya mengajar murid tapi mereka juga mendidik murid agar sentiasa berusaha
untuk mendapatkan masa depan yang cerah dan sebagai seorang bakal guru, saya
perlu memantapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar dapat menjalankan
tugasan dengan lebih efisien.

You might also like