You are on page 1of 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA


Tarikh : 24 September 2014
Bilangan Murid : 46 orang
Masa : 2.30 4.30 petang
Tema : Keluarga
Tajuk : Sayangi Keluarga
OBJEKTIF :Pada akhir pelajaran, murid akan dapat :
1. 3 daripada 5 kumpulan dapat membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. 80% murid dapat menyenaraikan makna perkataan mengikut konteks berdasarkan
perkataan bergaris dalam petikan.
3. 3 daripada lima kumpulan murid melakonkan watak yang diberikan dengan betul
mengikut sebutan, intonasi, rima dan irama yang sesuai berdasarkan dialog yang
disediakan.
4. 3 daripada 5 kumpulan murid dapat menulis semula dialog dengan baik.

Pengisian Kurikulum
Ilmu : Bahasa Malaysia
Nilai : Bekerjasama, Kasih sayang
EMK : TMK
KB : Menjana idea, membuat analisis
BCB : Membaca pantas, bacaan mekanis
Strategi Pengajaran : Kemahiran Berfikir
: Kemahiran Belajar Cara Belajar
: Kemahiran Interpersonal dan Kemahiran Intrapersonal
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui peranan setiap ahli keluarga.
Sistem Bahasa : Kata nama am
Bahan Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran (BSPP) : Lirik lagu Keluarga Bahagia
: Kad situasi
: Komputer
: Klip Video lagu Keluarga Bahagia















Langkah-langkah Pengajaran dan Penbelajaran (P&P)
Isi pengajaran/ kemahiran Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
Catatan
20 Minit TATACARA PERJUMPAAN:

1. DOA
2. ASMAUL HUSNA
3. LAGU NEGARAKU
4. LAGU PUTERI
5. IKRAR

Langkah 1
15 Minit
1. Guru mengedarkan lirik
lagu Keluarga Bahagia
kepada murid.
2. Murid membaca dengan
kuat
3. Murid menceritakan
semula lirik lagu tersebut
menggunakan ayat sendiri.

1. Guru membahagikan murid
kepada 5 kumpulan.
2. Guru memaparkan lirik lagu
Keluarga Bahagia di komputer
dan mengedarkan lirik lagu
dalam salinan kertas.
3. Guru meminta wakil setiap
kumpulan untuk membaca teks
secara luncuran dengan intonasi
dan sebutan yang betul.
4. Wakil setiap kumpulan
menceritakan semula teks
menggunakan ayat mereka
sendiri.
5. Guru akan memastikan
intonasi, sebutan, perkataan, dan
ayat yang digunakan betul dan
tepat.







BBM:
-Lirik lagu Keluarga
Bahagia
-Komputer, LCD

Belajar Cara Belajar:
Kemahiran
membaca

Nilai:
-Kasih sayang
Langkah 2
15 Minit
1.Murid menggarisi kata kata
nama am yang terdapat
dalam teks.
-Kemahiran Berfikir Kritis
-Sistem bahasa- Morfologi

1. Murid membaca petikan
secara senyap dan menggarisi
kata nama am yang terdapat
dalam petikan.
2. Murid secara bergilir akan
menyebut kata nama yang
mereka peroleh darilirik lagu.
3. Murid mencari makna
perkataan yang mereka kurang
pasti dengan merujuk kamus.
BBM :
-Lirik lagu Keluarga
Bahagia

-Kemahiran Berfikir
Kritis
Kecerdasan
Pelbagai:
-Interpersonal

Nilai :
-Kasih Sayang

Langkah 3
35 minit
1.Murid melakonkan watak
ibu, ayah, abang, kakak, dan
adik secara berkumpulan.


1.Guru mengedarkan kad situasi
kepada para pelajar.

2. Guru memberi tempoh 5 minit
kepada setiap kumpulan untuk
bersedia dengan lakonan
masing-masing.

3. Murid membaca kad situasi
tersebut dan membuat
persediaan.
4.Guru akan memastikan murid
melakonkan watak dengan penuh
penghayatan.
5. Murid diminta untuk menyalin
semula dialog tersebut dalam
buku lathan.
BBM:
-Kad situasi

Kemahiran Berfikir
-Kreatif

Teknik:
-Lakonan

Kecerdasan
Pelbagai:
-Verbal Linguistik
-Interpersonal

Nilai:
-Kasih Sayang
-Kerjasama




Penutup
15 minit
Penutup Kognitif:
1. Rumusan tentang aktiviti
dan tajuk pembelajaran

Penutup Sosial:
1. Tayangan dan nyanyian
lagu Keluarga Bahagia

Penutup Kognitif:
1. Guru merumuskan tentang
aktiviti lakonan yang
dilaksanakan oleh murid-murid.
Penutup Sosial:
1. Guru menayangkan video lagu
Keluarga Bahagia kepada
murid-murid.
2. Murid menyanyikan lagu
Keluarga Bahagia beramai-
ramai.

BBM:
-Video beserta lirik
lagu Keluarga
Bahagia

Kecerdasan
Pelbagai:
-Muzik dan
kinestetik

Nilai:
-Kasih sayang
-Kerjasama


20 minit Tatacara Penutupan 1. DOA
2. ASMAUL HUSNA
3. LAGU NEGARAKU
4. LAGU PUTERI
5. IKRAR


Refleksi:
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

You might also like