You are on page 1of 4

GURU CEMERLANG DG 54

PUAN HAJAH AZIZAH BINTI MOHAMAD


SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JAAFAR

Nama diberi ialah Azizah binti Mohamad. Beliau dilahirkan di Kuala Bachok Kelantan
pada 29 Mei 1959. Memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bachok Kelantan
sehingga darjah 3 sebelum berhijrah ke Pahang dan menyambung ke darjah 6 di Sekolah
Rendah Kampung Awah, Temerloh Pahang. Menamatkan pengajian menengah rendah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh sebagai Pelajar Terbaik dalam Peperiksaan Sijil
Rendah Pelajaran sehingga melayakkan diri untuk memasuki Sekolah Menengah Berasrama
Penuh Kolam Air, Kuala Lumpur. Pada zaman sekolah, beliau seorang yang sangat aktif dalam
bidang akademik mahupun bidang sukan. Ini membolehkan beliau terus berjaya dalam bidang
yang diceburi. Menurut Puan Azizah, beliau sangat aktif dalam sukan tetapi sukan yang paling
aktif ialah sukan Bola Jaring. Bukan hanya pada zaman sekolah beliau aktif malah sekarang
juga beliau masih melibatkan diri dalam sukan ini iaitu dengan pengadil yang melibatkan
daerah, negeri dan juga kebangsaan.
Dengan keputusan Gred A dalam SPM beliau berpeluang mengikuti kursus Diploma
Pendidikan Universiti Putra Malaysia tanpa memasuki tingkatan 6 dan kursus Matrikulasi. Ini
membuktikan beliau sangat layak hanya membekalkan SPM beliau terus ditawarkan di
universiti. Setelah mendapat keputusan cemerlang pada tahun pertama pengajian , beliau telah
ditawarkan oleh pihak universiti untuk terus memasuki Kursus Sarjana Muda Sains dan

Pendidikan. Tawaran itu, telah diterima kerana menyedari terpaksa bersaing dengan pelajar
cemerlang lepas STPM dan matrikulasi. Beliau sedar bahawa tidak mudah baginya, tetapi
semangatnya yang tinggi dan daya saing beliau berjaya membuktikan bahawa dia juga mampu
berjaya. Akhirnya, dengan izin Allah berkat kesungguhan dan daya saing yang tinggi beliau
telah berjaya menamatkan pengajian dan telah dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan
kepujian pada tahun1982 dalam usia 2 tahun lebih muda daripada rakan yang lain. Di sini kita
dapat lihat umur tidak menjadi penghalang untuk berjaya.
Baginya usaha adalah tangga kejayaan. Usaha itu tangga kejayaan.Ungkapan yang
sering kita dengar. Umpama menaiki tangga, tanpa usaha pasti tidak akan dapat mendaki untuk
kepuncak yang tinggi. Selangkah demi selangkah kaki diangkat, perlukan kudrat dan tenaga.
Semakin tinggi tangga didaki semakin terasa kepenatan dan keletihan, hanya yang tidak
mengenal erti kalah dan tekad yang tinggi sahaja yang mampu sampai ke anak tangga terakhir.
Andai terjatuh... terus berusaha melangkah semula tanpa mengenal erti putus asa dan kembali
berdiri mengatur langkah bersama strategi baru disamping lebih berhati-hati agar tidak
tergelincir lagi. Sebagai seorang muslim, agama Islam sudah pasti menjadi pegangan. Al Quran
dan

hadis menjadi panduan. Kita dapati banyak sekali ayat

Al Quran dan hadis yang

menyarankan umatnya agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia
dan juga di akhirat. Usaha dan amalanlah yang menjadi perkara yang dinilai oleh Allah s.w.t
sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud, dan katakanlah
wahai Muhammad Hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan
menilai apa yang kamu usahakan. Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud :
"Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah Surah Al Jumuah
ayat 10 . Jadi ayat di sini jelas menunjukkan bahawa kita perlu berusaha supaya kita dapat
mengecapi kejayaan tersebut.
Beliau adalah guru sekolah menengah. Pada awal perkhidmatan beliau di sekolah
pertama, beliau merasakan sekolah menengah adalah sekolah yang sangat mencabar. Bukan
kerana subjek yang bakal diajar tetapi murid murid di sekolah tersebut. Mungkin kerana fizikal
mereka yang lebih kurang sama dengan guru. Tetapi itu tidak menjadi penghalang baginya
untuk mengajar dan ,mendidik mereka seperti mana yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Guru Malaysia. Baginya tugas pendidik adalah sangat mulia. Bukan hanya pada
beliau seorang malah semua guru di Malaysia beranggapan bahawa menjadi pendidik adalah
sangat mulia tanpa pendidik kita tidak akan mempunyai pemimpin, doktor, jurutera. Semuanya
mula dengan didikan daripada seorang guru. Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik,

pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini
bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar,
kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli
masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru. Agama Islam
meletakkan tugas sebagai guru yang melaksanakan tugas tarbiyah adalah ditempat yang
sungguh mulia, seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah, setiap langkah dari rumah
ke sekolah dan pulang kerumah dari sekolah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu
dosa, menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan
jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam.
Jadi begitu mulia guru pada pandangan islam. Menurut beliau, segala cabaran yang diperoleh
semasa mendidik merupakan pengalaman baginya supaya dapat menjadikan panduan baginya
pada masa akan datang.
Mula berkhidmat sebagai pendidik selepas tamat pengajian pada 1982 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Abu Bakar Pahang dan setahun kemudiannya beliau bertemu jodoh
dengan seorang guru Matematik di sekolah yang sama dan sekarang merupakan pengetua
Sekolah Menengah Sains Seremban dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu 3 lelaki
dan 2 perempuan. Beliau berkhidmat di sekolah pertama selama 5 tahun dan seterusnya
bertugas di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban sejak tahun 1987 hingga
sekarang. Beliau kini bergelar guru cemerlang Gred DG 54 telah mula menjadi guru cemerlang
sejak tahun 2000. Selama 23 tahun bertugas di Sekolah Menengah Teknik Tengku Jaafar dan
beliau telah diberikan kepercayaan untuk melaksanakan pelbagai tugas seperti Guru Koperasi,
Guru Tingkatan, Guru Penasihat Persatuan Matematik Sains, Guru Penasihat Persatuan Bola
Jaring, Guru Penasihat Persatuan Bola Tampar, Penyelaras Program Peningkatan Akademik
Sekolah , AJK PIBG Sekolah, Ketua Panitia Matematik Tambahan dan tugas tugas khas.
Beliau juga merupakan Jurulatih Utama mata pelajaran Matematik Tambahan bagi
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Jabatan Pendidikan Teknikal. Pernah menjadi Panel
Penulis Modul dan Jurulatih Utama Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Negeri bagi
Pembelajaran kontekstual dan Modul Kecemerlangan Matematik Tambahan yang telah diguna
pakai oleh semua guru dan pelajar di semua sekolah Teknik di Malaysia. Jurulatih Peringkat
Negeri bagi Pengajaran dan Pembelajaran yang Berasaskan Geometers SketchPad dan bagi
Semakan Semula Kurikulum Matematik Tambahan tahun 2003.

Panel Perintis bagi Kerja

Projek Matematik Tambahan dan menyumbang kepakaran dalam Problem Base Learning
anjuran Bahagian Perkembangan Kurikulum . Ketua Panel Negeri bagi Soalan Percubaan SPM

, Peperiksaan PPMSI dan Modul Program Berlian bagi Zon Negeri Sembilan dan Melaka.
Pernal menjadi Panel Pemilihan Buku Teks Tingkatan 4 dan 5. Beliau juga pernah membuat
pembentangan dalam Persidangan Kebangsaan TECH PREP, Anjuran Jabatan Pendidikan
Teknikal, Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia dan Konvensyen Matematik
Tambahan Peringkat Negeri. Beliau juga memberi ceramah dan bengkel kemahiran mata
pelajaran kepakaran dan motivasi kepada pensyarah, guru dan pelajar Peringkat Sekolah,
Daerah dan Negeri.
Di atas penglibatan beliau yang sangat aktif. Beliau juga telah menerima 2 kali Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang tahun 1996 dan 2007 yang kini telah dilantik sebagai Yang di Pertua
Majlis Guru Cemerlang Negeri Sembilan , Ahli Jawatan Kuasa Majlis Guru Cemerlang Malaysia
sesi 2009 hingga 2011. Kita dapat lihat di sini, banyak tugas yang pernah disandang oleh beliau
semasa di sekolah tersebut. Amanah yang diberikan dipikulnya dengan sebaik mungkin.
Cerpen yang dihasilkan oleh beliau ialah Kasihku Persis Mutiara , Tragedi Oktober dan
Penyambung Warisan telah disiarkan dalam Antologi Cerpen Guru Cemerlang Malaysia
keluaran tahun 2008, 2009, 2010. Amalan hidup beliau ialah tetapkan matlamat , fokus dan buat
yang terbaik. Beliau yakin bahawa untuk berjaya kita tidak perlu takut pada kegagalan dan
berpegang teguh kepada pepatah Kehadiran Kita dinanti kehilangan kita disedari.
Setelah, melihat perjalanan hidup beliau sebagai pendidikan, saya begitu teruja untuk
mengenali dan mendapat tips tips daripadanya. Patutlah beliau menyatakan bahawa tidak
perlu menemu ramah saya. Hanya perlu pergi ke laman utama sekolah beliau, segala butir
peribadi dan segala yang berkaitan yang diperlukan oleh saya boleh saya peroleh di sana. Saya
berharap suatu hari nanti saya boleh menjadi seperti beliau. Walaupun guru matematik tetapi
saya boleh menghasilkan cerpen dan melibatkan diri dalam bidang sukan juga.

Disediakan oleh,

(RIZZA BINTI AB RASHED)

You might also like