You are on page 1of 50

SISTEM SARAF

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PENGENALAN
Sistem saraf bertanggungjawab mengintegrasi dan

mengawal semua fungsi sistem badan.


Tiga fungsi utama sistem saraf adalah untuk deria ( sensori), integrasi dan motor. Deria (sensori) bertugas untuk mengesan perubahan di dalam tubuh dan persekitaran luar. Integrasi pula

bertindak untuk mentafsir perubahan dan motor memberi


respon kepada tafsiran di dalam bentuk kontraksi otot atau rembesan kelenjar.

Sistem

ini

berkebolehan

untuk

menerima

dan

bertindak balas terhadap impuls dari persekitaran dan internal serta menghantar impuls ke sistem saraf pusat. Impuls saraf dihantar dari satu neutron ke neutron

yang lain dalam perjalanannya ke sistem saraf pusat.

FUNGSI SISTEM SARAF


1) Mengintegrasikan ransangan yang diterima 2) Menterjemah ransangan

3) Mencetuskan pergerakan motor


4) Menyimpan maklumat 5) Menjana pemikiran dan idea

Sistem Saraf

Tisu Neural

Sistem Saraf Pusat

Sietem Saraf Pinggir

Sensori Laluan Motor

Sistem Saraf Autonomik

Fungsi Sensori

SISTEM SARAF
Dibahagi kepada dua bahagian utama : 1. Sistem Saraf Pusat 2. Sistem Saraf Periferi Organisasi sistem saraf sangat kompleks.

Mempunyai dua jenis sel iaitu neuron dan neuroglia. Neuron terbahagi kepada tiga bahagian : 1. 2. 3. badan sel Dendrit akson.

Badan sel mengandungi nukleus dan neukloleus yang


dikelilingi oleh sitoplasma. Badan sel berfungsi melakukan proses sintesis bahanbahan yang diperlukan oleh sel saraf. Dendrit terbina daripada sitoplasma badan sel yang

memanjang dan kelihatan bercabang-cabang.


Dendrit bertugas untuk menghantar impuls ke badan sel.

Akson adalah satu cuaran yang panjang, nipis dan


mengkhusus. Akson bertindak sebagai pembawa impuls dari badan sel ke neuron atau tisu lain. Akson mempunyai panjang yang berbeza mengikut tempat ia berada. Akson boleh sepanjang 1mm di otak

hingga ke 1m atau lebih di antara korda spina ke jari kaki.


Terdapat akson yang diseliputi oleh mielin. Sarung mielin berfungsi adalah untuk meningkatkan kelajuan perjalanan impuls.

Sejenis

bahan

kimia

yang

dikenali

sebagai

neurotransmiter terhasil di hujung saraf apabila neuron menerima rangsangan fizikal atau kimia. Reseptor akan menerima berlaku neurotransmiter elektrik yang dan

menyebabkan

perubahan

mencetuskan potensial aksi.

Sistem saraf

Sistem saraf pusat

Sistem saraf periferi / pinggir

Otak

Saraf Tunjang

Sistem sensori (sistem aferen)

Sistem motor

( sistem eferen)

Sistem saraf somatik

Sistem saraf autonomik

SISTEM SARAF
OTAK SARAF KRANIUM
SARAF PERIFERI/ PINGGIR
SARAF PUSAT

SARAF TUNJANG SARAF SPINA

SISTEM SARAF PUSAT


Merupakan pusat kawalan seluruh sistem. Kawalan
seluruh sistem ini terdiri daripada otak dan korda spina. Sistem saraf pusat menerima semua kederiaan tubuh melalui reseptor. Apabila sistem saraf pusat menerima maklumat kederiaan, ia akan ditafsir untuk menentukan

tindakan yang perlu diambil. Rangsangan otot untuk


berkontraksi dan rangsangan kelenjar untuk merembes juga dilakukan oleh sistem saraf pusat.

SARAF TUNJANG

Saraf tunjang ialah bahagian sistem saraf

pusat yang terdapat di dalam tulang belakang.

Fungsi saraf tunjang :

1) Bertindak sebagai pusat tindakan refleks 2) Membolehkan laluan impuls di antara otak saraf periferi.

dengan sistem

KERATAN RENTAS SARAF TUNJANG


SARAF BADAN VERTEBRATA

SPINA
JIRIM KELABU JIRIM PUTIH

AKAR DORSAL

NEUROFAREMAN

SISTEM SARAF PERIFERI


Merupakan saraf yang berhubungan antara otak dan korda spina dengan reseptor, otot dan kelenjar. dibahagikan kepada dua iaitu :
1.

sistem aferen

2. sistem eferen.

Didalam sistem aferen terdapat sel saraf yang berfungsi


untuk membawa maklumat dari reseptor di periferi tubuh ke sistem saraf pusat.

sistem eferen mempunyai sel saraf yang membawa

maklumat dari sistem saraf pusat ke otot dan kelenjar.

SISTEM EFEREN
Sistem eferen terbahagi lagi kepada dua bahagian iaitu :

SISTEM EFEREN

SISTEM SARAF SOMATIK

SISTEM SARAF AUTONOMIK

SISTEM SARAF SOMATIK


Mempunyai neuron eferen yang bertugas

membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot rangka. Sistem saraf somatik dianggap

sebagai bersifat voluntari dan boleh dikawal.

SISTEM SARAF AUTONOMIK


Mengandungi neuron eferen yang membawa

maklumat dari sistem saraf pusat ke otot licin, otot jantung dan kelenjar. dianggap tidak voluntari dan

di luar kawal.

SISTEM SARAF AUTONOMIK

SISTEM SARAF SIMPATETIK

SISTEM SARAF PARASIMPATETIK

PERBEZAAN ANTARA SARAF SIMPATETIK DENGAN SARAF PARASIMPATETIK


SARAF SIMPATETIK SARAF PARASIMPATETIK

Membesarkan anak mata. Menahankan perembesan air liur. Mempercepatkan denyutan

Mengecilkan anak mata. Merangsangkan perembesan air liur. Memperlahankan denyutan

jantung.
Menambahkan tekanan darah. Menahankan peristalsis

jantung.
Mengurangkan tekanan darah. Merangsangkan peristalsis.

ORGANISASI SISTEM SARAF


Organisasi sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu :
Otak
korda spina

saraf.

OTAK
Otak merupakan satu organ yang paling penting di dalam tubuh manusia. Otak terletak di dalam rongga kranium dan merupakan

sebahagian sistem saraf pusat.


Tisu saraf yang berada di otak adalah lembut, berwarna kelabu dan putih dan berada di dalam tengkorak.

Otak terbahagi kepada enam bahagian utama iaitu :

Medula oblongata Pons Otak tengah Diensefalon (talamus dan hipotalamus) Serebrum serebelum

Medula oblongata
Berhubung dengan korda spina.

Mempunayi panjang kira-kira 3cm dan dipisahkan


dari pons oleh alur horizontal. Terbina dari jirim putih dan pembentukan jaringan jirim kelabu dan putih. Pada bahagian posterior bawahnya terdapat dua nukleus di setiap sisi yang dikenali sebagai nukleus grasilis dan kuneatus.

PONS
Terletak di atas medula. Pons mengandungi jirim putih dan nukleus. Nukleus saraf kranial ke 5 hingga ke 8 dan nukleus

pernafasan berada di pons.

OTAK TENGAH
Terletak di atas pons dan di bawah diensefalon. Dua unjuran iaitu pedunkel dan serebrum terdapat di permukaan ventralnya.

Unjuran ini berhubung dengan 37 serebrum selepas


lencongan ke anterolateral.

Empat tuberkel bulat iaitu dua di atas dan dua di bawah terletak pada permukaan dorsalnya.

DIENSEFALON
Terletak di antara otak tengah dan serebrum. Struktur utamanya adalah talamus dan hipotalamus. Fungsi talamus adalah sebagai stesen pemancar untuk

impuls

deria,

semasa

perjalanannya

ke

korteks

serebrum. Talamus merupakan pusat untuk mentafsir impuls deria seperti sakit, suhu, sentuhan dan tekanan.

Hipotalamus terdiri daripada banyak struktur.


Kedudukan hipotalamus adalah di bawah talamus. Hipotalamus berfungsi mengawal suhu tubuh dan aktiviti autonomik organ-organ bahagian dalam dan mencetuskan reaksi emosi seperti ketakutan dan kemarahan.

Di hipotalamus terdapat pusat makan, pusat kenyang dan


pusat haus.

SEREBRUM
Merupakan bahagian terbesar otak. Ia terbahagi kepada dua hemisfera yang berwarna kelabu. Kedua-dua hemisfera ini dipercayai mengawal aktiviti

bagi sebelah tubuh sahaja. Contoh, deria tubuh


sebelah kanan dikawal oleh hemisfera kiri dan begitulah sebaliknya.

korteks serebrum terbahagi kepada tiga kawasan iaitu


deria, motor, dan asosiasi.

Deria Berfungsi untuk menerima kederiaan dari kulit, otot dan bahagian dalam tubuh. Ia juga menerima impuls dari berbagaibagai deria seperti deria rasa, lihat, hidu, dengar

dan sentuh.
Motor Berfungsi mengawal atuu pergerakan otot,

pertuturan dan sebagainya. Asosiasi Menghubungkan kawasan motor dan deria melalui traktusnya. Memainkan peranan penting dalam

ingatan, emosi,taakulan, personaliti dan kecerdikan.

SEREBELUM
Merupakan bahagian kedua terbesar otak. Memainkan peranan dalam pergerakan separa sedar pada otot rangka.

Pergerakan separa sedar penting untuk koordinasi,


keseimbangan tubuh dan penetapan kedudukan tubuh.

KORDA SPINA
Kedudukan korda spina adalah bermula dari dasar tengkorak turun ke bahagian servikal, torasik dan seterusnya ke bahagian lumbar atas. Korda spina adalah terdiri daripada segmen segmen dan pada setiap segmen terdapat sepasang ganglion. Pasangan ganglion tersebut ialah ganglion akar dorsal dan ganglion akar ventral.

Pada akar dorsal terdapat akson neuron deria yang


bertugas untuk membawa maklumat dari periferi ke korda spina.

Sementara akar ventral mengandungi akson neuron motor


visera dan somatik yang mengawal organ efektor. Saraf spina terbentuk daripada gabungan ganglion akar deria dan akar motor. Saraf ini dikelaskan sebagai saraf campuran kerana

mempunyai kedua-dua serat aferen dan eferen.

KORDA SPINA

PERJALANAN IMPUL
Tindakan pantulan atau impuls adalah suatu tindak balas automatik yang berlaku dengan cepat tanpa difikirkan terlebih dahulu. Tindakan impuls adalah tindak balas motor terhadap rangsangan deria. Terdapat beberapa struktur yang membawa kepada tindakan impuls membentuk lengkok impuls yang terbina daripada bahagian-bahagian berikut:

a) Organ deria, contohnya kulit tubuh ataupun hujung gentian saraf yang didapati di tendon, otot atau lain-

lain binaan.

(b) Saraf deria atau saraf penghantar yang membawa rangsang deria tersebut melalui bahagian saraf deria yang terkandung di dalam saraf

pinggir kepada saraf tunjang.

(c) Saraf tunjang dan neuron gegantinya.

(d) Saraf motor atau saraf pengeluar yang membawa


utusan motor melalui bahagian saraf motor di dalam saraf pinggir kepada organ motor seperti otot atau kilang.

(e) Organ motor seperti otot atau kilang, yang bertindak balas terhadap utusan motor tersebut.

Boleh dikatakan di sini bahawa tindakan pantulan


atau refleks (impuls) adalah gerakan perlindungan yang membenarkan tindak balas motor berlaku dengan sangat cepat.

Di bawah adalah beberapa contoh impuls:


Bahagian Sistem Saraf Pusat Menarik tangan dengan segera apabila terkena benda tajam atau panas. Bahagian Sistem Saraf Autonomi Air liur akan terhasil dengan lebih banyak jika terhidu atau ternampak makanan yang lazat.

Sentakan sendi lutut apabila dipukul dengan alat pemukul sendi di atas tendon tempurung lutut. Tapak kaki yang digarit dengan benda yang tumpul seperti kayu akan menyebabkan ibu jari membengkok ke bawah.
Tersedak atau terbatuk terhasil apabila seseorang meminum dalam keadaan gopoh.

Impuls anak mata terhadap cahaya. Anak mata mengecil apabila cahaya terang dan membesar apabila cahaya gelap.

SARAF DAN NEURON

Apa itu saraf ? Tisu khusus yang berbentuk tetali.

Berfungsi untuk mengalirkan impuls dari


sistem saraf pusat ke bahagian badan yang lain dan sebaliknya Apa itu neuron ?
unit asas bagi sistem saraf.
Terdiri daripada: a) Badan sel b) Akson c) Dendron d) Dendrit

TIGA JENIS NEURON


NEURON PERANTARAAN

NEURON DERIA

NEURON MOTOR

1) NEURON DERIA
Menghantar impuls dari organ ke

saraf pusat

BADAN SEL AKSON


TRIGGER ZON

DENDRIT

ARAH IMPULS

Menghantar impuls dari saraf pusat ke otot


BADAN SEL (SOMA) DENDRIT NODUS RANVIER MIELIN PRESINAPTIK TERMINAL

2) NEURON MOTOR

NUKLEUS

AKSON

2) SARAF PERANTARAAN
Menghubungkan neuron deria dan neuron motor

PROSES TRANSMISI IMPULS DARI NEURON KE NEURON

| TAMAT |
SEKIAN,TERIMA KASIH..

You might also like