Professional Documents
Culture Documents
Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Kecederaan semasa bersukan adalah
pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun
kecederaan adalah biasa semasa bersukan.
Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat
kecederaan semasa bersukan.
R- 'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan
bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam
kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi
mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
I- 'I' Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera.
Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan
dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
C- 'C' Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang
tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin
kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses
penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
E- 'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang
tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan
bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.
Bagaimana menggunakan ais bagi membantu merawat
kecederaan semasa bersukan?
Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera.
Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi. Ini dipanggil Cold
Compression.
Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian
terlibat sebelum meletakkan ais.
Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air.
• Tanda-tanda seperti kesakitan, bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24
jam
• Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh
• Kecacatan struktur yang jelas
• Sakit semasa tidur
• Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa
• Sakit kepala, pening, loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk. Dapatkan
rawatan segera di hospital