You are on page 1of 13

TEMU BUAL BERSAMA CIKGU NAZRI (GURU 1)

NAMA PERBUALAN
Aisyah Assalamualaikum cikgu. Semua persiapan untuk temu bual ini telah sedia
dan kita akan mulakan temu bual ini. Pertama sekali saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu kerana sudi luangkan masa
bersama saya.

Cikgu Waalaikumussalam sama2

Aisyah Terlebih dahulu saya akan memaklumkan tajuk kajian saya agar cikgu dapat
serba sedikit gambaran tentang temu bual kita pada hari yang mulia ini.
Soalan kajian saya berbunyi seperti begini, “Apakah Persepsi Guru
Terhadap Kualiti Kepimpinan Pengetua Sekolah”. Saya juga telah sediakan
beberapa soalan kepada cikgu dan jika dari pihak cikgu sendiri ingin tambah
amat dialu-alukan. Sebelum kita pergi lebih mendalam, kita akan mulakan
dengan perkenalkan diri cikgu terlebih dahulu. Silakan cikgu.

Cikgu Bismillahirrahmanirrahim. (Doa pembuka majlis). Assalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh. Pertama sekali, cikgu ingin mengucapkan
terima kasih kepada Aisyah kerana memilih cikgu untuk ditemu bual untuk
melengkapkan pengajian ini. Cuma cikgu mohon maaf jika sepanjang
perbualan kita ini terdapat ketidak sempurnaan dari segi penyampian cikgu.
Baik pertama sekali, nama cikgu adalah Mohd Nazri bin Mohd Hamzah,
mengajar di SMK Seri Aman Tingkatan 6 Gred DG54, berumur 51 tahun.
Cikgu telah berkahwin dan isteri cikgu iaitu Cikgu Maimun yang mengajar
Tingkatan 6 juga di sekolah yang sama.

Perkhidmatan cikgu sebagai guru Tingkatan 6 telah mencecah 26 tahun


bermula pada tahun 1996 sehingga ke hari ini. Kiranya, cikgu konsisten
mengajar kepada tinkatan 6. Bilangan sekolah yang cikgu telah berkhidmat
pula mencecah sebanyak 4 buah sekolah. Bermula di SMK Agaseh, Lahad
Datu, Sabah kemudian berpindah ke SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai
dan seterusnya SMK Tamil buat sementara dan berpindah ke SMK Seri

1
Aman sejak tahun 2005 sehingga kini. Cikgu rasa telah masuk 17 tahun
cikgu berada di SMK Seri Aman ini dan cikgu juga berasa akan berpencen
di SMK Seri Aman juga. Selain itu Aisyah, cikgu juga dilantik sebagai
pemeriksa kertas bagi subjek Sejarah STPM sejak tahun 2003 sehingga
kini . Cikgu juga terlibat dengan …. Kursus Peringkat Kebangsaan dan
masih pegang jawatan sebagai Ketua Pengawas STPM. Secara
keseluruhannya di dalam peperiksaan STPM, cikgu terlibat secara langsung
dalam mengajar, pemeriksa kertas dan pengawas peperiksaan.

Aisyah Ok baik, terima kasih Cikgu Nazri. Soalan seterusnya cikgu, apakah
persepsi cikgu terhadap kualiti kepimpinan pengetua sekolah secara
umumnya?

Cikgu Berkaitan dengan soalan Aisyah, kualiti kepimpinan adalah amat penting
bagi kita sebagai cikgu. Selama berkhidmat di SMK Seri Aman, cikgu telah
berpengalaman bersama dengan lima orang pengetua sekolah bermula pada
tahun 2005 iaitu Hjah Kamariah, Hajah Norzilan, Hajah Rohani, Haji Abdul
Razak dan sehingga kini tahun 2022 iaitu Encik Che Man bin Masan.
Selama 17 tahun cikgu telah berada di bawah pengawasan lima orang
pengetua dan cikgu rasa, setiap pengetua ada kelebihan dan kelemahan
masing-masing. Dalam erti kata lain, setiap pengetua mempunyai
kewibawaan yang tersendiri dan dari segi “soft skill” yang tersendiri dalam
nilai kepimpinan.

Apabila cikgu meneliti kualiti kepimpinan pengetua sekolah ini, ia


bergantung kepada sejauh mana pengetua itu dapat mengawal para guru.
Dalam erti kata lain, dapat mewujudkan satu iklim atau budaya sekolah yang
lebih harmoni. Guru-guru menghormati pengetua bukan atas dasar takut atau
segan kepada pengetua tetapi atas dasar hormat kepada pengetua kerana
pimpinan pengetua. Cikgu juga telah cipta moto kepimpinan cikgu sendiri
dek kerana cikgu pernah memegang jawatan sebagai Penyelaras dan
Penolong Kanan Tingkatan 6. Oleh itu, falsafah kepimpinan yang cikgu
pegang ialah “Seseorang Pemimpin Harus Membawa Orang yang Dipimpin
Menjadi Warga Terpimpin”. Seseorang pengetua harus memberi hala tuju

2
kepada para guru. Sebagai contoh, terdapat pengetua yang berminat dengan
aktiviti sukan atau akademik atau landskap. Selain itu, terdapat juga
pengetua yang suka menonjolkan kepimpinan agar dilihat oleh Jabatan
Kementerian.

Pada pendapat cikgu, kualiti kepimpinan pengetua SMK Seri Aman cukup
memberangsangkan sehingga telah mewujudkan satu budaya atau iklim
dalam kalangan cikgu yang perlu hormat kepada pengetua itu sendiri.
Sepanjang kesedaran cikgu bermula pada tahun 2005 sehingga kini, tidak
wujud kes-kes seperti para guru turun kehormatan kepada pengetua. Cikgu
melihat, pengetua-pengetua di SMK Seri Aman khusuanya merupakan
pengetua-pengetua yang berwibawa namun mempunyai daya “soft skill”
yang berbeza kerana setiap manusia tidak lari dari sifat kelemahan masing-
masing dan bagi cikgu itu adalah perkara normal. Selain itu, pengetua-
pengetua sekolah ini juga baik dari segi pencapaian sekolah kerana bagi
cikgu sekolah ini merupakan sekolah yang mampu menggarap kejayaann-
kejayaan yang cemerlang dalam waktu yang singkat kerana sekolah ini
bukan sekolah yang lama di Pasir Puteh. Khususnya dari segi STPM, pernah
mencapai kejayaan yang cemerlang. Ini menunjukkan bahawa pngetua
sekolah ini berkebolean tinggi dan berkarisma.

Aisyah Baik cikgu terima kasih. Dalam ulasan cikgu sebentar tadi, didapati cikgu
pernah menjadi Penolong Kanan Tingkatan 6. Boleh saya tahu durasi cikgu
sebagai pemegang jawatan tersebut?

Cikgu Cikgu memegang jawatan tersebut hanya untuk sektika iaitu pada tahun
2009 sehingga 2011. Sekitar 2 tahun lebih. Mungkin pada sesetengah guru
lain menganggap apabila cikgu melepaskan jawatan tersebut menandakan
cikgu telah dibuang. Sebenarnya tidak akan tetapi, semasa cikgu melepaskan
jawatan tersebut, cikgu telah dinaikkan ke gred DG48 pada tahun 2010.
Dasar pada ketika itu, penolong kanan perlu menggalas sehingga gred DG44
sahaja. Oleh itu, cikgu perlu lepaskan jawatan tersebut kepada cikgu Encik
Azmi yang memegang gred DG44 pada ketika itu. Dasar Tingkatan 6 ini
agak berbeza dengan Arus Perdana kerana Dasar Arus Perdana akan naik

3
seiring dengan jawatan. Namun penjenamaan semula untuk Tingkatan 6
bagi edisi 2008 adalah berdasarkan bilangan kelas. Bermaksud, 10 kelas ke
atas, penolong kanan adalah DG 48. Manakala, jika 9 kelas ke bawah
penolong kanan adalah DG 44.

Aisyah Baik terima kasih cikgu. Kita telah telusuri soalan pertama. Soalan
seterusnya, pada pandangan cikgu adakah pengetua SMK SA telah
merangka dan menjalankan matlamat sekolah dengan baik?

Cikgu Ok baik. Bagi cikgu, pengalaman cikgu bersama dengan SMK SA ini,
sememangnya pengetua menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada
para guru di mana dari sudut matlamat sekolah adalah jelas. Sebagai contoh,
pengurusan kurikulum yang diserahkan kepada PK Pentadbiran, manakala
bahagian hal ewal murid diserahkan kepada PK HEM, bahagian ko-
kurikulum diserahkan kepada PK Koko, Tingkatan 6 diserahkan kepada PK
Ting. 6 dan Pendidikan khas diserahkan kepada PK Pend. Khas. Bermakna
di bawah pengetua terdapat lima orang penolong kanan yang membantu
pengetua dalam mencapai matlamat sekolah.

Dari segi kepimpinan pengetua di SMK SA, pengetua hanya bertindak


sebagai leader atau sebagai nakhoda dalam mengemudi sebuah kapal.
Mengambil contoh bahagian Tingkatan 6 kerana cikgu banyak berurusan
dengan hal aktiviti Tingkatan 6. Dalam pengurusan Ting 6, matlamat
sekolah itu jelas iaitu untuk SMK SA mencapai kecemerlangan dalam
STPM dan juga dapat membuktikan pengurusan Ting 6 di SMK SA dapat
dilaksanakan dengan lancer dan berkesan. Jadi berdasarkan pengalaman
cikgu, pengetua memberi mandak kepada PK Ting 6 dan tidak mencapurkan
hal pengurusan yang lain serta pengetua tidak menyelaras bersama. Oleh itu,
sekolah telah lepaskan bahagian pengurusan Ting 6 kepada PK ting 6
sepenuhnya melainkan terdapat perkara yang perlu dirundingkan bersama
pengetua sahaja.

Bukan itu sahaja, pengetua SMK SA memandang matlamat sekolah dengan


sangat jelas dan mereka sangat konsisten dan tidak berat atau memilih cara

4
untuk mencapai matlamat. Erti kata lain, dalam mencapai matlamat,
pengetua memberi layanan atau kerjasama yang seimbang terhadap semua
perkara. Hal ini kerana, terdapat sesetengah pengetua menunjukkan sikap
berat sebelah dan pilih kasih terhadap satu bahagian contohnya sukan, spm
dan stpm dan sebagainya. Kejadian ini tidak berlaku di SMK SA kerana
pengetua sering memantau dan mengambil berat tentang pelaksanaan
matlamat sekolah di bawah bantuan PK-PK yang lain.

Kesimpulannya, di bawah pengurusan Ting 6 di SMK SA setakat ini


Alhamdulillah masih lagi dihormati berdasarkan pencapian dalam STPM.

Aisyah Betul saya setuju dengan kata2 cikgu di mana pengurusan Ting 6 ni masih
dipandang tinggi kerana pada pandangan saya selepas berpengalaman
menemu ramah beberapa cikgu di sesetengah sekolah, mereka melihat Ting
6 ini adalah kepada pelajar yang tidak ada hala tuju dan merupakan pilihan
terkahir untuk melanjutkan pelajaran. Sedangkan pada pandangan saya, Ting
6 merupakan satu langkah untuk ke menara gading satu langkah untuk
menuju ke alam universiti.

Cikgu Betul. Ok cikgu nk tambah sedikit boleh ke Aisyah?


Aisyah Sudah tentu boleh cikgu silakan.

Cikgu baik. SMK SA adalah lain daripada yang lain. Pelajar-pelajar Ting 6 SMKA
SA adalah pelajar2 yang berkebolehan dan cerdik. Mereka juga datang dari
pelbagai latar belakang seperti MRSM, sekolah sains, SBP dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar yang memilih untuk tolak tawaran
sambung belajar ke peringkat matrikulasi semata-mata ingin mengambil
STPM. Erti kata lain, kita dapat pegang atau menarik pelajar2 yang
berkualiti dan mereka lah antara insan yang akan menyumbang kepada
penyampian sekolah. Jadi cikgu berpendapat tidak timbul istilah pelajar2
yang terbuang.

Aisyah Betul tu cikgu. Baik cikgu secara tidak langsung cikgu telah menjawab
persoalan tentang matlamat sekolah, pemantuan pengajaran melalui

5
pengetua sekolah dan pengetua sendiri yang memantau kemajuan akademik
pelajar. Untuk soalan seterusnya, pada takrifan cikgu, adakah pengetua
SMK SA menyelaraskan pengurusan ko-kurikulum kepada bahagian ko-
kurikulum sahaja dan meninggalkan bahagian akademik serta hanya
diserahkan kepada bahagian akademik sahaja? Atau bagaimana cikgu?

Cikgu Bagi cikgu, pengetua SMK SA adalah seorang pengetua yang adil. Pengetua
memberi kompres yang sama terhadap setiap bahagian tidak kira bahagian
HEM, Pendidikan khas dan sebagainya. Oleh itu, tidak timbul isu berat
sebelah atau ketikdak adilan dalam pengurusan untuk mencapai matlamat
sekolah.

Berdasarkan soalan Aisyah sebentar tadi adalah tepat sekali. Kendatipun,


semenjak negara dilanda Covid-19 2 tahun yang lalu, banyak bahagian
aktiviti ko-kurikulum dan kegiatan sukan disekat dek kerana pengurusan
yang terhad dan peraturan yang ketat demi menjaga keselamatan warga
sekolah. Kegiatan ko-kurikulum di sekolah ini adalah berteraskan kepada
dasar-dasar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dan arahan-
arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan. Oleh itu, dengan bantuan PK Ko-
Kurikulum, pengetua akan menyelaraskan urusan bahagian ko-kurikulum
sahaja.

Aisyah Ok baik terima kasih cikgu atas pencerahan yang sangat jelas sebentar tadi.
Soalan berikutnya. Adakah pengetua SMK SA berusaha memajukan serta
menggalakkan perkembangan profesional dalam kalangan guru?

Cikgu Berkaitan dengan kursus dalaman. Hal ini kerana, para guru perlu
didedahkan dengan pelbagai latihan dalam pendidikan dan perkhidmatan di
dalam bidang ini. Pengetua sangat menekan dan menitik beratkan perkara
sebegini. Justeru, apa-apa sahaja program yang dianjurkan oleh Jabatan atau
kegiatan kursus yang merangkumi aspek professionalism, Pdpc dan
kepimpinan wajib dihadiri oleh semua guru. Oleh itu, para guru tidak akan
terlepas dari hadiri kegiatan kursus berikut kerana setiap guru akan
mengumpul mata mereka sendiri. Seperti para pelajar, para guru juga dinilai

6
bagi kenaikan pangkat agar satu tahap diperlukan supaya membolehkan
perkara tersebut terjadi. Bagi cikgu, keterlibatan para guru dalam kegiatan
kursus tidak kira dianjurkan oleh pihak sekolah, Jabatan, Kementerian
Pendidikan adalah sangat digalakkan.

Terdapat banyak kursus atas talian disebabkan tidak boleh bersemuka dalam
kumpulan besar. Penelitian cikgu, walaubagaimanapun, ramai guru yang
mengikuti kursus dalaman secara atas talian dalam masa 2 tahun ini.

Aisyah Selain daripada kursus atas talian, pembelajaran juga adalah atas talian.
Penggunaan teknologi seperti computer riba, telefon pintar dan akses-akses
peranti elektronik ini memerlukan kepakaran dalam menanganinya. Adakah
ini menjadi satu masalah kepada SMK SA?

Cikgu Isu tersebut tidak menjadi satu masalah di SMK SA ini. Dek kerana cikgu
menetap di kawasan luar bandar dan tidak mempunyai akses internet yang
padu, cikgu mengambil inisiatif pergi ke sekolah. Dar segi persekitaran
SMK SA, isu tersebut tidak menjadi masalah. Erti kata lain, PdPr dapat
dilaksanakan dengan baik. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran dalam
proses ini iaitu penerimaan pelajar kerana kebanyakan pelajar kini berada di
rumah. Perkara ini lebih merumitkan dengan gangguan internet di rumah
pelajar, berkongsi gajet bersama adik-beradik yang lain, keadaan rumah
pelajar di luar daripada liputan frekuensi. Bagi menjayakan pelaksanaan
PdPr ini, dalam pada yang sama kita perlu melihat impak kepada pelajar.
Setiap kali PdPr berlaku, cikgu berasa kasihan kepada pelajar yang
mempunyai akses internet yang perlahan. Oleh sebab itu, cikgu sangat
bersyukur apabila peluang belajar secara bersemuka datang. Tidak semua
pelajar akan menerima akses yang serupa.

Aisyah Berdasarkan isu sebentar tadi, apakah tindakan pengetua SMK SA sendiri?

Cikgu Untuk mengatasi masalah ini, pengetua dengan kerjasama Jabatan telah
menyediakan satu bahan yang dipanggil Kerja Rumah Terancang. Para guru
akan sediakan bahan untuk pelajar dan pelajar akan mengambil bahan

7
tersebut di sekolah. Setalah latihan disiapkan, pelajar akan menghantar
bahan tersebut ke sekolah. Pelajar tidak boleh lari daripada lakukan
tanggungjawab kerja sekolah.

Pengurusan sebegitu adalah tertakluk kepada pelajar Arus Perdana.


Manakala bagi pelajar Ting 6, pelbagai cara boleh dibuat. Cikgu sendiri
akan memberi latihan kepada pelajar di dalam aplikasi “Whats App” dan
cikgu akan meletakkan bahan di “pondok” sekuriti. Selepas cikgu siap
menanda, cikgu akan letakkan bahan tersebut beserta soalan-soalan dan
pelajar ambil di tempat yang sama. Di sini dapat lihat, cikgu membuat
latihan yang berkala dan sentiasa bermotivasi untuk membuat latihan. Bagi
cikgu, peranan sebagai seorang guru di situ lengkap.

Pengetua SMK SA mengambil sikap tidak lepas tangan. Pegetua sendiri


tunggu pelajar-pelajar mengambil nota, bahan, dan latihan. Pengetua sendiri
yang turun padang kerana pengetua SMK SA yang kini menetap di Pasir
Mas dan beliau sanggup datang sendiri ke Pasir Puteh.

Aisyah Bagaimana pengetua meningkatkan motivasi para guru?

Cikgu Pada pandangan cikgu, pegetua SMK SA menzahirkan contoh terbaik tidak
kira umur. Apabila kita melihat kepimpinan beliau, sikap, komunikasi beliau
bersama para guru dan pelajar, bagi cikgu itu adalah perkara yang sangat
bermakna bagi para guru. Apabila kita dapat tahu pengetua ini bersama-
sama bergerak seiring dan senada dengan para guru, satu perasaan yang
segan dan kagum dengan sikap pengetua kerana sosok seorang yang digelar
pengetua sekolah adalah yang tertinggi di dalam sekolah. Namun, beliau
sendiri bersusah payah bersama-sama para guru. Secara tidak langsung, ia
memberi motivasi kepada para guru.

Antara kebaikan yang cikgu dapat lihat daripada kepimpinan pengetua SMK
SA kini adalah beliau tiak tegur para guru secara terbuka. Pengetua akan
menegur melalui sikap dan contoh tindakan yang dilakukan oleh beliau. Erti
kata lain, beliau tidak mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan

8
para guru.

Aisyah Berdasarkan penjelasan cikgu sebentar tadi, saya percaya pengetua tidak
lepas memberi anugerah kepada para guru dan mengangkat kepercayaan
mereka.

Cikgu Ye betul. Kebiasaannya, penghargaan ini akan didakan di dalam majlis-


majlis formal sekolah seperti Mesyuarat Agung PIBG. Untuk pengetahuan
juga, sudah 2 tahun mesyuarat ini dilakukan secara atas talian kerana
kesibukan Covid-19. Walaubagaimanapun, anugerah guru cemerlang masih
wujud bagi menigkatkan motivasi para guru. Bukan itu sahaja, suasana guru
cemerlang sentiasa dihidupkan melalui aktiviti Kelab Guru seperti Jamuan
Akhir Tahun.

Aisyah Pada pendapat cikgu, apakah implikasi yang bakal berlaku jika pengetua
SMK SA menghasilkan keluaran yang tidak berkualiti.

Cikgu Itu adalah satu perkara yang cuba untuk dielakkan terjadi. Pengetua yang
tidak berkualiti akan menyebabkan sekolah menjadi porak-peranda.
Keadaan sekolah akan menjadi huru hara dan tidak ada kesatuan sesame
warga sekolah.

Aisyah Pada pandangan cikgu, apakah cadangan cikgu untuk meningkatkan lagi
kualiti kepimpinan pengetua SMK SA sama ada ingin kekalkan kualiti yang
sedia ada atau perlu ditingkatkan lagi. Silakan cikgu.

Cikgu Sebelum menjadi seseorang pengetua, beliau perlu menjalani sebuah kursus
yang dipanggil sebagai MQA (Malaysians Qualifications Agency). Melalui
kursus pengetuaan tersebut, pengetua telah melalui satu proses untuk
menjadi seorang pemimpin sebelum dilantik menjadi seorang pengetua. Itu
adalah tahap yang pertama.

Untuk tahap kedua, seseorang pengetua itu turun ke lapangan dengan cara
beliau membuktikan sikap kepimpinan beliau. Seperti moto cikgu yang

9
cikgu sebut tadi, “Seseorang Pemimpin Harus Membawa Orang yang
Dipimpin Menjadi Warga Terpimpin”. Jika pengetua tidak mampu
membawa para guru ke satu hala tuju yang dikehendaki, pengetua itu telah
gagal. Khususnya di Kelantan, terdapat satu pertubuhan Majlis Pengetua
Sekolah Menengah (MPSM). Ia merupakan persatuan bagi pengetua-
pengetua sekolah. Oleh itu, segala perkara yang berkaitan dengan
kepimpinan, akauntibiliti, kredibiliti, kebajikan pengetua akan diletakkan di
bawah penjagaan MPSM. Bagi cikgu seseorang pengetua perlu
menunjukkan kualiti kepimpinan mereka sepanjang masa bukan melalui
orang dalam dan politik. Namun, semata-mata kerana seseorang itu
sememangnya layak dilantik dan mempunyai bakat sebagai seorang
pemimpin. Seperti yang Aisyah tahu, cikgu tidak minat dalam aspek
kepimpinan walaupun gred cikgu adalah sama dengan gred pengetua.
Namun, cikgu memilih untuk menjadi seorang guru akademik dan jalan
yang telah diaugerahkan oleh Allah SWT kepada cikgu. Allah SWT
memilih cikgu untuk berada dalam bidang akademik di bawah aspek
pengajaran bukan kepimpinan. Bukan itu sahaja, cikgu juga memilih untuk
tolak tawaran kursus pengetuaan kerana cikgu berminat dengan Tingkatan 6
dan mungkin rezeki cikgu berkhidmat di Ting 6 sehingga cikgu berpencen
Insha Allah.

TEMU BUAL BERSAMA CIKGU NORIZA (GURU 2)

NAMA PERBUALAN
Aisyah Assalamualaikum, saya Noor Aisyah merupakan pelajar Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah OUM. Seperti mana cikgu dimaklumkan bahawa
tujuan pertemuan kita ini bagi menemubual cikgu bagi melengkapi tugasan
saya. Baiklah, tanpa membuang masa boleh cikgu memperkenalkan diri dan
menceritakan serba sedikit latar belakang cikgu.

Cikgu Waalaikumusalam. Nama cikgu ialah Noriza binti Hasaan berumur 56 tahun

10
dan akan menyambut ulang tahun pada 1 April 2022. Cikgu telah
berkahwin. Bilangan sekolah yang telah menerima perhidmatan cikgu
adalah sebanyak 4 buah sekolah. Cikgu mula berkhidmat di SK Getting
Tumpat kemudian berpindah ke SMK Sg Pinang, Tumpat. Seterusnya, SMK
Raja Shahriman, Beruas dan SMK Seri Aman sehingga kini.

Aisyah Boleh cikgu berkongsi pengalaman sebagai seorang guru di SMKSA

Cikgu Pengalaman.
Saya memulakan tugas saya pada 3.12.1989 di sk geting. Tahun pertama
sesi persekolahan pada bulan Disember. Tahun pertama tu sy mengajar
Tahun 1. Bayangkan bagaimana sy menghadapi kerenah anak kecil dgn
situasi saya yg belum ada pengalaman. Memang haru juga pada mulanya.
Tetapi Alhamdulillah, saya dapat lalui semua dengan sabar. Seronok
mengajar anak kecil ini. Saya mengajar tahun satu selama 12 tahun.

Pada tahun 1995 saya sambung belajar secara PJJ di USM. Tahun 2000 saya
berjaya memperoleh ijazah sarjana muda dengan kepujian, jurusan ekonomi.
Tahun 2002 saya dilantik ke DG 41. Bermulalah tugas saya di sek
menengah. Saya mula bertugas di smk sg pinang pada tahun 2002. Saya
mengajar matematik.
2003 saya berpindah ke smk raja shahriman beruas, perak. Di sini, saya
diberi tugas sebagai guru Bahasa Melayu. Saya mengajar pelajar SPM
selama lebih kurang 9 tahun.
Bulan Jun 2012 saya dapat berpindah ke kelantan. Saya ditempatkan di smk
seri aman.
Di sini saya diarahkan untuk mengajar ting 6, subjek bahasa melayu dan
berterusan hingga ke hari ini dan Cikgu menjadi Penolong Kanan Tingkatan
6 SMK Seri Aman.

Aisyah Secara umum, persepsi cikgu terhadap kualiti kepimpinan pengetua sekolah
Cikgu Secara umumnya, saya berpendapat bahawa pengetua sekolah di tempat
saya bertugas memang bagus. Mereka memang mementingkan kejayaan

11
pelajar. Mereka turut menjaga kebajikan pelajar.

Aisyah Pandangan cikgu terhadap kualiti kepimpinan pengetua anda di SMKSA

Cikgu Dari segi kualiti, pengetua sekolah saya memang berkualiti. Seorang
pengetua yg baik, rajin, dan sentiasa membantu guru saat dan bertoleransi
terutama ketika guru berhadapan dengan masalah.

Aisyah Adakah pengetua SMKSA merangka dan menjalankan matlamat sekolah

Cikgu Pada pendapat saya, pengetua smksa memang merangka dan menjalankan
matlamat sekolah. Hal ini dpt dilihat apabila pengetua akan sentiasa
bersemuka dengan pelajar sama ada pelajar cemerlang mahupun pelajar
sederhana dan lemah bagi memastikan anak didiknya tidak tercicir dalam
pembelajaran.

Aisyah Adakah pengetua SMKSA menilai dan memantau pengajaran guru di


SMKSA

Cikgu Dari segi pemantauan, pengetua akan selalu menyelia guru sama ada secara
rasmi atau tidak bagi memastikan pdpc berjalan dengan lancar dan kelas
berada dlm keadaan kondusif.

Aisyah Adakah pengetua SMKSA menyelaraskan kokurikulum

Cikgu Aktiviti kokurikulum biasanya diselaraskan oleh pk kokurikulum. Walau


bagaimanapun, pengetua tetap akan bertanya khabar akan kegiatan luar bilik
darjah memandangkan para pelajar perlu aktif dan mempunyai markah
kokurikulum utk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat
yg lebih tinggi.

Aisyah Adakah pengetua SMKSA memantau kemajuan akademik pelajar

Cikgu Dari segi pemantau akademik pelajar, pengetua memang akan memanggil

12
pelajar yang cemerlang, Pelajar yang galus untuk bersemuka dengan beliau.
Hal ini akan dapat membantu beliau untuk memastikan semua pelajar yang
cemerlang bersemangat untuk belajar dan pelajar yang lemah aknn
membaiki kelemahan mereka.
Baik lah Aisyah, sekarang saya ada kelas. Itu sahaja daripada saya ya.
Selamat Maju Jaya. Maaf masa saya terhad sedikit. Assalamualaikum
Aisyah Baik cikgu. Terima kasih sudi tolong saya. Waalaikumusalam.

13

You might also like