MENGENALPASTI KELEMAHAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH RENDAH

ISI KANDUNGAN
1.Pengenalan................................................................................................1 Latarbelakang ..........................................................................................................1 Pernyataan Masalah.................................................................................................3 Objektif Kertas Tugasan............................................................................................4 Penerangan Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4..............................................................5 Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR................................................................5 Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4..............................................6 Kelemahan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4........................................................................8 Ketidakseragaman dan Kekaburan dalam penyampaian maklumat dalam SP dan HSP .................................................................................................................8 Kelemahan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’......................................................10 Kelemahan dalam Sub-Topik ‘Perihal Rumah’.........................................................11 Kelemahan dalam Topik ‘Sekolah Kita’...................................................................13 Cadangan Penambahbaikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR/Tahun 4...........................................................15 Penggunaan Pengurusan Grafik dalam Penyampaian Maklumat dalam SP dan HSP ......................................................................................................................15 Penambahbaikan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’............................................16 Penambahbaikan dalam subtopik ‘Perihal Rumah’.................................................17 Penambahbaikan dalam Topik ‘Sekolah Kita’..........................................................19 Kesimpulan.................................................................................................21 Rujukan......................................................................................................23 Lampiran 1 – Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR.................................24

1. bidang manusia dan alam sekelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengan keperluan. Pendidikan di peringkat sekolah rendah dilaksanakan berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1983 di mana pembentukan kurikulum ini adalah berasaskan keperluan individu iaitu: “Kurikulum dirancang Sekolah untuk Rendah itu hendaklah murid-murid dan negara (Mok. KBSR ini adalah berlandaskan kepada Perakuan 57(a) Laporan Kabinet (1979) membolehkan mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi. Ia menjadi alat untuk membawa perubahan tingkah laku dalam diri pelajar sebagai hasil daripada aktiviti-aktiviti mereka di institusi pendidikan dan juga seluruh pengalaman-pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar dengan bimbingan sekolah. Pengenalan Latarbelakang Pelaksanaan pendidikan digubal. minat. 1996). bakat dan Mukasurat 1 daripada 25 . strategi adalah dan pendidikan Su (1992) di sesebuah institusi yang bahawa berdasarkan kepada kurikulum Goodlad menerangkan kurikulum adalah satu rekabentuk atau perancangan bagi sesuatu institusi atau negara yang mengandungi peluangpeluang belajar yang sebenar yang disediakan untuk satu jangka waktu dan tempat tertentu.

penyayang.kemampuan mental serta kesediaan murid-murid itu” Proses pendidikan peringkat sekolah rendah menekankan kemahiran-kemahiran asas yang mana terdaapt dua langkah yang diberikan perhatian. Pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu. hidup dalam masyarakat yang demokratik. menguasai kemahiran itu dan kedua. Tahap I dalam sekolah rendah ditumpukan kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas manakala Tahap II dirangka untuk pengukuhan dan penggunaan kemahirankemahiran asas bagi mempelajari berbagai-bagai bidang ilmu (Mok. komponen Kemanusiaan dan Persekitaran memberi kemahiran muridmurid untuk aspek manusia dan alam sekelilingnya. Kajian Tempatan merupakan satu mata pelajaran yang diajar di Tahap II di peringkat sekolah rendah. progresif dan sejahtera. ruang liput kedua yang mengesahkan identiti dan Mukasurat 2 daripada 25 . 1996). 1996). Kajian Tempatan menjadi pendukung utama bagi memupuk semangat patriotik di kalangan murid. mata pelajaran Alam dan Manusia diperkenalkan di Tahap II tetapi kemudiannya dipecahkan kepada dua mata pelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan pada Tahun 1995 (Mok. Pada awalnya. Kandungan dalam Sukatan Pelajaran (SP) Kajian Tempatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) merangkumi tiga ruang liput iaitu ruang liput pertama yang menekankan interaksi murid dengan keluarga dan masyarakat. Pertama. menggunakan kemahiran tersebut. Di sepanjang masa persekolahan rendah.

Huraian Sukatan Pelajaran menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. guru-guru disarankan menggunakan mengolah kreativiti untuk memilih. kesesuaian menyusun murid dan aktiviti mengikut (Pusat Perkembangan Kurikulum. keadaan sosial. Huraian ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksana pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. SP dan HSP menjadi dokumen asas untuk membuat Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk sesuatu mata pelajaran. Sesebuah RPT atau RPH perlulah merujuk kepada SP dan khususnya HSP bagi merancang pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pengisian kurikulum muridmurid menepati matlamat dan objektif HSP yang ditetapkan. 2001a). Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) pula merupakan satu dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan murid menghadapi pengetahuan arus pada globalisasi abad serta ekonomi (Pusat berasaskan ke-21 Perkembangan Kurikulum.keistimewaan kawasan tempat tinggal murid dan ruang liput ketiga yang memperihalkan tentang sejarah. Namun. 2001b). Pernyataan Masalah Di peringkat sekolah. Mukasurat 3 daripada 25 . 2001b). ekonomoi dan kejayaan negara Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum.

(2)Untuk memberikan cadangan penambahbaikan terhadap SP dan HSP Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4. Mukasurat 4 daripada 25 . kebolehdapatan sumber pengajaran dan pembelajaran dan situasi dalam sekolah untuk membangunkan RPT dan RPH.Dalam masa yang sama. Perubahan maklumat dan akibat arus globalisasi masa kini dan teknologi komunikasi menyebabkan terdapatnya beberapa aspek dalam SP dan HSP yang perlu dinilai semula supaya sesuai dengan perubahan semasa. Objektif Kertas Tugasan Kertas untuk tugasan Tahun ini Empat bertujuan serta untuk membincangkan cadangan kelemahan SP dan HSP Kajian Tempatan KBSR khususnya memberikan penambahbaikan terhadap SP dan HSP Kajian Tempatan berkenaan. Objektif khusus kertas tugasan ini adalah seperti berikut: (1)Untuk membentangkan aspek-aspek kelemahan dalam SP dan HSP Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4. dan (3)Untuk menerangkan cabaran dan implikasi kepada cadangan penambahbaikan SP dan HSP Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4. guru perlu menyesuaikan tahap pengetahuan dan kemahiran murid-murid.

jiran dan sekolah Kedua: Kawasan tempat tinggal. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang usaha pembinaan bangsa dan negara Malaysia. keadaan sosial. bahagian dan negeri supaya mereka cinta dan bangga dengan persekitaran dan negeri mereka. mukim. bahagian dan negeri Ketiga: Negara kita Setiap ruang liput ini memberikan hasil pembelajaran yang berlainan.Penerangan Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4 Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR ini memuatkan maklumat mengenai matlamat. mukim. Mukasurat 5 daripada 25 . Ruang liput ketiga pula memberi pendedahan kepada murid tentang sejarah. Ruang liput pertama (keluarga. rumah. objektif dan organisasi kurikulum bagi mata pelajaran Kajian Tempatan Tahap II. ekonomi dan kejayaan negara. rumah. daerah/jajahan. jiran dan sekolah) menekankan interaksi murid dengan keluarga dan masyarakat serta amalan nilai-nilai hidup berjiran dan bermasyarakat. terdapat tiga ruang liput dalam program pembelajaran Tahap II sekolah rendah iaitu: Pertama: Keluarga. daerah/jajahan. Mengikut SP ini. Ruang liput kedua menyedarkan murid tentang identiti dan keistimewaan kawasan tempat tinggal.

Tujuan HSP adalah untuk membantu guru: i. Mentafsir dan memahami SP Kajian Tempatan Sekolah Rendah dengan tepat. Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4 Perancangan Tempatan dan pelaksanaan mata pelajaran Kajian yang berkesan di sekolah memerlukan guru mengetahui dan memahami matlamat. Lampiran 1 memberikan butiran lebih lanjut mengenai pembahagian topik berkenaan mengikut tahun. organisasi kandungan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan di dalam SP Kajian Tempatan sekolah rendah. Huraian Sukata Pelajaran Kajian Tempatan disediakan bagi meningkatkan kefahaman guru dan pihak-pihak yang mempunyai peranan dalam aktiviti latihan dan penyebaran maklumat tentang kandungan SP tersebut.Pengalaman pembelajaran dalam ruang liput tersebut dapat membentuk warganegara yang bersemangat patriotik dan berbangga sebagai rakyat Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum. Mukasurat 6 daripada 25 . Setiap ruang liput dibahagikan kepada beberapa topik atau bidang pembelajaran untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek yang perlu dikaji oleh murid-murid. ruang liput dan bidang kajian mata pelajaran ini. 2001a). ii. objektif khusus dan hasil pembelajaran untuk merancang pelajaran. Menentukan objektif am. objektif. Mengetahui skop. iii.

Pernyataan hasil pembelajaran diolah secara khusus supaya mudah diukur dengan tepat tentang apa yang boleh dimanifestasikan oleh murid berhubung dengan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran mereka. Lajur Unsur Patriotisme pula menyenaraikan nilai murni masyarakat dan semangat patriotik yang ingin dipupuk. Aspek ini perlu disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana melaluinya. v. murid dapat menghayati mesej yang disampaikan. afektif dan psikomotor. Mukasurat 7 daripada 25 . Guru boleh memilih tajuk kecil atau rangkuman beberapa tajuk kecil sebagai isi pelajaran mengikut kesesuaian. Menyediakan rancangan pelajaran yang sistematis. Unsur Patriotisme dan Contoh Aktiviti. Lajur Hasil Pembelajaran menunjukkan segala kemahiran dan pengalaman pembelajaran yang perlu dikuasai murid. Kedalaman dan keluasan skop sesuatu topik ditentukan oleh subtopik. Hasil Pembelajaran. dan Melaksanakan berkesan. Hasil pembelajaran ini disenaraikan mengikut urutan kesukaran dan merangkumi bidang kognitif. Ini merupakan kandungan sukatan pelajaran.iv. kesediaan dan keupayaan murid apabila membuat RPT dan RPH. Lajur Topik/Subtopik menyenaraikan topik utama dan subtopik-subtopik serta tajuk-tajuk kecil. HSP ini dipersembahkan dalam empat lajur iaitu pengajaran dan pembelajaran yang Topik/Subtopik. tajuk kecil dan perincian huraian tajuk kecil. Lajur Contoh Aktiviti pula memberikan panduan kepada guru untuk mengelolakan pelajaran dengan lebih berkesan.

Kelemahan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4 Ketidakseragaman dan Kekaburan dalam penyampaian maklumat dalam SP dan HSP Di dalam SP. Rajah 1: Grafik dalam SP Rajah 2: Grafik dalam HSP Mukasurat 8 daripada 25 . untuk mata menjelaskan pelajaran bidang-bidang Tempatan pembelajaran Bidang-bidang pembelajaran pula dikategorikan kepada Topik. Grafik di bawah menunjukkan paparan dalam SP. Kajian istilah ‘Ruang Liput’ Tahap digunakan dalam I.

Ia grafik dalam SP dan boleh HSP ini tidak jelas keseragaman juga tidak dan menimbulkan dengan menunjukkan pembahagian sukatan pelajaran mengikut tahun. Guru merupakan warga pendidik yang sibuk dan perlu mengakses dan mengumpul maklumat dengan cepat. paparan berikut menunjukkan pembahagian bidang pembelajaran.Penyampaian menunjukkan kekeliruan. Pembestarian yang diamalkan dalam konteks pendidikan sekolah tidak ditunjukkan dalam penyampaian maklumat dalam SP ini. tanpa memberi indikasi dalam senarai tersebut topik tersebut untuk tahun mana. Rajah 3: Grafik dalam SP SP hanya menjelaskan pembahagian topik seperti Rajah 3 dan seterusnya memberikan senarai topik-topik dalam Tahap II. Kelemahan ini sebenarnya merupakan satu kelemahan kecil sahaja tetapi perlu diambilkira. Penggunaan Mukasurat 9 daripada 25 . Di dalam SP dan HSP. Paparan dalam bentuk pengurusan grafik tidak digunakan untuk menyampaikan maklumat secara berkesan. Kebanyakan maklumat disampaikan dalam bentuk teks yang memerlukan lebih banyak masa untuk scanning dan sklmming.

Mengenali rumah sendiri dari segi bentuk. 1. Menghargai rumah dan keluarga sendiri. cara hidup dan perubahanperubahan yang berlaku dalam keluarga dari masa ke semasa. Rumah dan Keluarga mengisahkan perihal rumah dan keluarga murid serta interaksi dalam keluarga. Topik ini juga menyentuh peranan dan tanggungjawab murid terhadap rumah dan keluarga.istilah yang tidak seragam juga menyebabkan guru terpaksa mengambil masa memahami konteks istilah tersebut. Secara amnya. Namun. Perubahan yang dimasukkan dalam pembelajaran sekarang hanya meliputi aspek kelahiran. dan 3. Kelemahan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’ Topik pertama. murid akan mengetahui dan memahami tentang rumah sebagai tempat perlindungan. Memahami keluarga sebagai satu institusi sosial dan peranan setiap anggota keluarga. Menerusi topik ini. Salah satu daripada topik pembelajaran yang dimuatkan adalah Perubahan dalam Keluarga (1d) [Rajah 4]. murid-murid juga semasa perlu didedahkan dengan dan perubahan-perubahan seperti perceraian Mukasurat 10 daripada 25 . kematian dan perkahwinan. Objektif topik ini adalah. kandungan dalam topik ini merangkumi pengetahuan asas murid-murid mengenai aspek rumah dan keluarga asas. kemudahan asas dan fungsinya sebagai tempat perlindungan. konsep keluarga asas dan keluarga kembangan. Murid-murid perlu didedahkan kepada perubahanperubahan yang berlaku dalam insititusi sosial iaitu keluarga. 2.

Rajah 4:Topik Pembelajaran ‘Perubahan dalam Keluarga’ dalam HSP Kelemahan dalam Sub-Topik ‘Perihal Rumah’ Subtopik-subtopik dalam ‘Perihal Rumah’ memuatkan enam tajuk kecil iaitu: a. Rumah saya b. Pembinaan Rumah c. Jenis Rumah d. perasaan dan kesan perubahan dalam keluarga mereka. dan berbincang mengenai sebab. Kemudahan Asas Mukasurat 11 daripada 25 . Ruang dan Kegunaan e.perkahwinan semula dalam keluarga.

tukang kayu dan tukang paip. kontraktor. bahan binaan dan pihak yang telribat seperti arkitek. Keceriaan dan Keselamatan Rajah 4 di bawah menunjukkan subtopik ‘Pembinaan Rumah’ di mana terdapat tiga tajuk kecil iaitu pelan. Rajah 4: Sub-topik ‘Pembinaan Rumah’ dalam HSP Mukasurat 12 daripada 25 .f.

Penumpuan kepada bilik darjah sahaja didapati tidak memadai kerana muridmurid juga sepatutnya mengetahui lokasi bagi tempat-tempat lain seperti bilik guru. identiti. Lokasi hanya memberi fokus kepada lokasi bilik darjah murid seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.iii) ini agak bertindih dengan pengisian untuk subtopik (d) dan (e). bilik sembahyang (surau). Ini kerana aspek ini dapat disentuh secara tidak langsung dalam membincangkan sub-topik (d) Ruang dan Kegunaan dan (e) Kemudahan Asas dalam topik ini. Pengasingan kepada subtopik (b. Mukasurat 13 daripada 25 . Kelemahan dalam Topik ‘Sekolah Kita’ Topik ‘Sekolah Saya’ terdiri daripada enam subtopik iaitu lokasi. sejarah. pusat sumber. dan sebagainya supaya murid juga dapat memperihalkan seolah dengan lebih meluas.Pengetahuan mengenai pihak yang terlibat dalam pembinaan rumah dianggap tidak relevan dalam memberikan pengalaman pembelajaran mengenai pembinaan rumah. jawatan dan tanggungjawab. bilik bimbingan dan kaunseling. kantin. peraturan dan keselamatan dan aktiviti.

dan sebagainya. Bilik ICT. Bilik Bimbingan dan Kaunseling. aspek peraturan di tempattempat khas tidak memasukkan pusat sumber.Rajah 5: Lokasi dalam Topik ‘Sekolah Kita’ Topik ini juga tidak memberi pendedahan kepada peranan badan-badan tertentu di dalam sekolah seperti peranan Pusat Sumber. Begitu juga. bilik bimbingan dan kaunseling dan tempat-tempat lain yang khas di sekolah. dalam subtopik (e. Mukasurat 14 daripada 25 .iii) Peraturan dan Keselamatan.

Rumah dan Keluarga 2. Grafik yang ditunjukkan dalam Rajah 6 di bawah adalah cadangan untuk memaparkan maklumat dalam SP KBSR Kajian Tempatan. Sejarah negara kita 4. rumah. Sumber negara 2. Bidang Pembelajaran Kajian Tempatan Pertama Kedua Ketiga (Tahun 4) (Tahun 5) (Tahun 6) Keluarga. Pembinaan bangsa dan negara 4. sekolah dan Negara Kita Negara Kita perihal setempat Topik-topik yang diliputi adalah: 1. Ekonomi negara 3. Latar belakang Pembangunan jiran. Masyarakat Malaysia 1. mengurangkan masa merujuk dan memberikan gambaran yang lebih jelas. Keindahan negara kita 3. Sekolah Kita 4. Mengenal negara kita 2. Perihal Setempat 1. Cara sebegini lebih mudah difahami.Cadangan Penambahbaikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR/Tahun 4 Penggunaan Pengurusan Grafik dalam Penyampaian Maklumat dalam SP dan HSP Penyampaian maklumat dalam SP dapat diperbaiki dengan menggunakan borang pengurusan grafik yang sesuai di mana ia dapat memaparkan maklumat secara berasingan dan keseluruhan dalam satu bentuk grafik. Kejayaan dan kebanggaan negara Mukasurat 15 daripada 25 . Kejiranan 3.

kehadiran pembantu rumah. ketiadaan keluarga kembangan dalam ruang lingkup kehidupan kanak-kanak sekarang. Mata pelajaran Kajian Tempatan boleh dijadikan satu saluran utama dan awal untuk mendidik murid-murid untuk memahami dan mempunyai pengetahuan untuk menangani kesan daripada masalah ini. Mereka perlu dibawa berbincang mengenai sebab. Dalam mempelajari aspek rumah dan keluarga. 5 dan 6.Rajah 5: Cadangan Pengolahan Pembelajaran dalam SP dan HSP Penyampaian grafik yang lebih jelas membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik lagi. sama seperti mereka Mukasurat 16 daripada 25 . Penambahbaikan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’ Topik rumah dan keluarga perlu memasukkan isu-isu kekeluargaan yang semasa dan futuristik. Kadar perceraian dan ibu tunggal semakin meningkat sekarang dan dihubungkaitkan dengan pelbagai isu sosial di kalangan kanak-kanak. perasaan dan kesan perubahan sedemikian dalam keluarga mereka. 5 dan 6 di samping memberi gambaran keseluruhan kandungan sukatan pelajaran dari Tahun 4. Isu perpecahan dalam keluarga merupakan satu isu yang tidak boleh diketepikan dalam generasi masa kini. sukatan pelajaran yang ada sekarang tidak memasukkan beberapa aspek semasa dalam keluarga moden seperti kejadian perceraian dalam keluarga. Ia juga terus memberi gambaran pemecahan bidang pembelajaran kepada Tahun 4.

tukang kayu dan tukang paip” Mukasurat 17 daripada 25 . Penambahbaikan dalam subtopik ‘Perihal Rumah’ Tajuk-tajuk kecil dalam sub-topik ‘Perihal Rumah’ didapati mempunyai pertindihan kandungan sukatan pelajaran. Tajuk kecil diagihkan kepada (b) Jenis Rumah dan (e) Kemudahan Asas d Ruang Kegunaan dan Dikekalkan e Kemudahan asas Memasukkan “Pihak yang satu tajuk kecil seperti dalam (c) Pembinaan Rumah iaitu terlibat arkitek. No Urutan TajukTajuk Kecil Cadangan a b Rumah Saya Jenis Rumah Dikekalkan Memasukkan dua tajuk kecil dalam (c) Pembinaan Rumah iaitu pelan dan rumah bahan binaan dalam perbincangan mengenai jenis-jenis c Pembinaan Rumah Digugurkan.membincangkan perihal kelahiran. Urutan tajuk-tajuk kecil dalam sub-topik berkenaan dicadangkan seperti berikut. kematian dan perkahwinan dalam keluarga. kontraktor.

dan sebagainya. penyediaan kemudahan asas boleh terus merujuk kepada pihak yang menyediakan kemudahan asas berkenaan. rumah. pula lebih sesuai digabungkan dengan tajuk kecil “Kemudahan Asas” kerana dalam tajuk ini. Ini kerana apabila akan membincangkan yang digunakan. Oleh itu. Huraian (iii) Pihak yang terlibat seperti arkitek. jenis-jenis perbincangan membawa kepada pelan (rekabentuk) dan juga bahan binaan kontraktor. keselamatan rumah masa kini menjadi isu yang penting disebabkan kes pecah rumah yang melibatkan jenayah berat seperti membunuh. mengenai langkah tanggungjawab mereka menjaga keselamatan di rumah yang berkaitan berjaga-jaga daripada kejadian mencuri dan pecah rumah. Di samping itu. merogol dan sebagainya semakin menjadi-jadi. aspek keselamatan rumah perlu dikembangkan untuk membawa dengan murid-murid penggunaan berbincang bahan elektrik. tukang kayu dan tukang paip. tajuk kecil ‘Pembinaan Rumah’ digugurkan dan huraian-huraian di dalamnya iaitu (i) pelan dan (ii) bahan binaan lebih sesuai dibincang bersama dengan tajuk kecil ‘Jenis-jenis Rumah’. Mukasurat 18 daripada 25 . Keceriaan dan keselamatan juga dicadangkan agar dipisahkan kerana aspek keceriaan dan keselamatan mempunyai skop yang luas.f g Keceriaan keselamatan Diasingkan daripada keselamatan Diasingkan daripada keceriaan Untuk mengelakkan pertindihan pengajaran dan juga untuk mengemaskini HSP.

memahami peranan dan fungsi tempat-tempat khas ini. penambahbaikan dalam topik ini dicadangkan pengolahan subtopik-subtopik seperti berikut: No a Sub-topik Lokasi Dikekalkan. Surau Sekolah. Pusat Kesihatan. Oleh itu. Murid-murid perlu didedahkan bukan sahaja kepada peraturan di tempat-tempat khas tetapi lebih penting lagi. Cadangan tetapi ditambah dengan lokasi tempat-tempat khas di sekolah seperti pusat sumber. makmal Sains. makmal Sains.Penambahbaikan dalam Topik ‘Sekolah Kita’ Sekolah merupakan rumah kedua bagi murid-murid. pengetahuan haruslah mereka yang mendalam perlu tentang diberi sekolah disesuaikan. Mereka kesedaran kepelbagaian fungsi sekolah seperti bilik darjah. bilik guru. Oleh itu. Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya. Kantin. makmal ICT. Surau. pusat sumber. Bilik Kesihatan. Bilik Bimbingan & Kaunseling dsb b c d Sejarah Identiti Jawatan dan Dikekalkan Dikekalkan Dikekalkan Mukasurat 19 daripada 25 . makmal ICT.

Contoh: Pusat Sumber dan bukan lagi Perpustakaan f Aktiviti Dikekalkan Mukasurat 20 daripada 25 . menggunakan istilah yang betul.tanggungjawab e Peraturan dan keselamatan Dikekalkan tetapi senarai tempattempat khas perlu disemak semula.

Perubahan kali dalam ia kurikulum dilakukan beberapa sejak diperkenalkan. isu-isu dan masalah berkaitan dengan penyampaian kandungan dalam sukatan pelajaran sememangnya perlu diketengahkan dan disampaikan kepada pihak berkenaan supaya inovasi kurikulum ke arah peningkatan kualiti dapat diteruskan. Sebagai guru yang menyampaikan pengajaran dan dan pembelajaran matapelajaran-matapelajaran di pembelajaran dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Guru merupakan pengoperasi kurikulum di bilik darjah dan dengan itu orang yang penting dalam memberi pendapat dan cadangan penambahbaikan sukatan pelajaran sedia ada. KBSR juga telah mengalami beberapa perubahan dan setiap daripada perubahan ini perlu diserapkan dalam SP dan HSP mata pelajaran. guru melihat sesuatu kelemahan itu di peringkat mikro iaitu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah manakala Pusat Perkembangan Kurikulum perlu mengambilkira pendapat guru-guru dan melihatnya pula di peringkat makro. Pembestarian sekolah yang berlaku pada tahun 2000 membawa lebih banyak arus perubahan dalam penyampaian pengajaran sekolah. Kesimpulannya.Kesimpulan Mok (2004) menyatakan bahawa Malaysia juga tidak ketinggalan dalam melakukan sekolah reformasi telah pendidikan. kelemahan yang dinyatakan dalam kertas tugasan ini adalah semata-mata andaian dan pendapat guru sebagai pengoperasi kurikulum di sekolah dan cadangan penambahbaikan pula datang daripada pengalaman guru dalam Mukasurat 21 daripada 25 . Walaupun demikian.

memantapkan lagi penyampaian pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan di sekolah. Mukasurat 22 daripada 25 .

Contoh Perancangan Kurikulum Sekolah. Curriculum implementation. J. Mok Soon Sang (1996).saktie. w. Dlm. (1992). 1. (1983). Pendidikan di Malaysia untuk Diploma Perguruan. 327-344). W. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia Wiles. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum (2001b). & James. Jackson (Ed. P. & Park. Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR. C. P. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah). & Su. Masalah Pendidikan. (1998). Curriculum development: A guide to practice. Buckingham: Open University Press. 27 McCormick.. D. laman http://www..com/media/Program%20Kurikulum. Z. Goodlad. & McIntyre. New York: Macmillan Habib Mat Som. I. (1989). Curriculum evaluation in schools. New Jersey: Prentice-Hall. The organization of the curriculum. Making sense of teaching. Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR Tahun Empat. & Bondi. (2004) Guru dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum: Sorotan dan Perbincangan... M. (1993).Rujukan Brown.pdf web: Fullan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a). M. London: Routledge.). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd Mok Soon Sang (2004).. R. Ontario: Ministry of Education. Mukasurat 23 daripada 25 . 1. S. Handbook of research on curriculum (hh.

Peranan dan tanggungjawab 3. Rumah saya b.3 Pembangunan Ekonomi Berterusan a. bendera jata dan lambang lambang negeri c.1 Perihal Sekolah a. Anggota keluarga jiran b. Pekerjaan b. Struktur pentadbiran negara c. KEJIRANAN 2. KEINDAHAN Tahun 6 9. Penyelidikan dan pembangunan 9.2 Perihal Rumah a. Nama negeri . Pemeliharaan dan pemuliharaan 10. Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan Negeri 5.3 Identiti Negara a. SEKOLAH KITA 3.1 Lokasi a. EKONOMI NEGARA 10. Latar belakang jiran c.1 Kegiatan Ekonomi a. Kepentingan hidup berjiran b. Ruang dan kegunaan e. ibu negeri dan bandar utama b. Cara mendapatkan sumber d. Keluarga asas b. Kesan kepada alam sekitar f. Peranan & tanggungjawab d. Di dunia 5. Sejarah Tahun 5 5. Di Asia Tenggara b. Jenis sumber b.5 Kemudahan dan Perkhidmatan Awam a. Peranan dan tanggungjawab pengguna b.2 Sumber Manusia Mukasurat 24 daripada 25 .2 Sumbangan Kegiatan Ekonomi a. MENGENAL NEGARA KITA 5. Kegunaan e. RUMAH & KELUARGA 1. Cara hidup 2.2 Hidup Berjiran a.1 Perihal Keluarga a. Lokasi b. Pendapatan c. jata. Kepentingan bekalan sumber b. Keceriaan dan keselamatan 2. Pembinaan rumah c. Lagu. Pembangunan 10. Perubahan dalam keluarga e. Cara hidup berkeluarga 1. Sumber yang boleh dibaharui dan tidak boleh dibaharui c.2 Negeri-Negeri Dalam Malaysia a. Kawasan utama dan faktor yang mempengaruhinya 10. Jenis rumah d. Keluarga kembangan c. SUMBER NEGARA 9.Lampiran 1 – Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR Pembahagian Topik Kajian Tempatan Tahun 4 1. mercu dan lambang lain 4. Lagu . Kegiatan ekonomi utama b. Jenis dan kepentingan b.1 Sumber Semula Jadi a.1 Perihal Jiran a. Kemudahan asas f . bendera. Ketua Negara dan Ketua Kerajaan Persekutuan 6.

Tahap kesihatan 11. Kemajuan ekonomi c. Cara hidup 7.4 Pentadbiran a. Tahap pendidikan c. Sistem Kerajaan Persekutuan b. KEJAYAAN DAN KEBANGGAAN NEGARA 12. Rancangan ekonomi b.2 Rukun Negara a. Jawatan dan tanggungjawab e. Kegemilangan Melaka 7. Sejarah dan legenda b. Lokasi b.Ciri Fizikal yang Istimewa a.2 Bangunan dan Binaan a.2 Sejarah Awal Sabah a. bendera. PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA 11. Keturunan b. Pengasasan Melaka b.2 Identiti Setempat a. Kedatangan penjajah b. Rancangan sosial 12. Penghayatan 11.3 Sejarah Awal Sarawak. Lagu.3 Malaysia di Arena Antarabangsa a. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) b. SEJARAH NEGARA KITA 7. Keistimewaan setempat 4. Tokoh dan pemimpin d. Aktiviti 3.2 Saya dan Sekolah a.3 Usaha-Usaha Membangunkan Negara a.c. Kestabilan politik b. Cara hidup 7. Peraturan dan keselamatan f .4 Zaman Penjajahan a. Pentadbiran c. a. Bahasa dan agama rasmi 11.3 Sekolah & Masyarakat a. Asal-usul nama Sarawak b.1 Ciri . Sumbangan murid kepada sekolah 3. Perayaan dan sambutan c. Pembentukan a. Semangat kebangsaan b. jata dan lambang c. Pihak lain yang memberi sumbangan kepada sekolah c. Bentuk muka bumi Malaysia 6. PERIHAL SETEMPAT 4. Mengenal pasti NEGARA KITA 6. Khidmat sekolah kepada masyarakat 4. Peranan dan tanggungjawab b.1 Kesultanan Melayu Melaka a. Cuaca 4. Pembangunan sosial 12. Kewarganegaraan c.3 Masyarakat a. Pekerjaan 4. Pertubuhan yang Mukasurat 25 daripada 25 . Aspek fizikal utama c. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dan kepentingan sah kaum lain e. Raja Berperlembagaan f . Jumlah penduduk b. Asal usul nama Sabah b.6 Isu Setempat a.5 Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia a. Prinsip b. Kesan penjajahan c.1 Perlembagaan Negara a.2 Kejayaan Negara a. Identiti d. Keindahan dan keistimewaan seni bina 7. Jawatan di pelbagai peringkat 4. Peristiwa c. Pentadbiran c. Faktor istimewa 12. Penentangan masyarakat tempatan 7.1 Latar Belakang a.1 Masyarakat Harmonis a.

Undang-undang dan peraturan dianggotai dan faedahnya b. Pemeliharaan dan pemuliharaan 8.1 Penduduk a. MASYARAKAT MALAYSIA 8. Komposisi dan taburan b. Cara hidup 8. Penyertaan pelbagai kaum dalam aktiviti permainan. Peranan dan sumbangan Mukasurat 26 daripada 25 . Faktor yang mempengaruhi perubahan penduduk 8.3 Kebudayaan dan kesenian a.6 Warisan Sejarah a. Kegiatan sosial dan kebajikan b. kesenian dan rekreasi c. Kepelbagaian agama dan kepercayaan 8. Malaysia 7.masalah dan cara mengatasinya.4 Perpaduan a.2 Agama dan kepercayaan a. Sistem pendidikan d.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful