You are on page 1of 19

SEKOLAH MENENGAH JALAN REKO, KAJANG 2011

FOLIO SEJARAH

MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD HANAFI 1 KM 2 NAMA GURU: PUAN MAHALEC

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana sudi memberi maklumat tentang salasilah keluarga saya. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Pn.Mahalec guru sejarah di atas bimbingan sepanjang saya menyiapkan folio ini.

Saya menghasilkan folio ini adalah :

 Untuk mengetahui asal-usul diri dan keluarga saya.  Untuk mengenali ahli keluarga dari saudara mara yang lain dengan lebih dekat lagi.  Untuk memupuk rasa bangga terhadap keluarga sendiri.  Untuk menanamkan rasa bertanggungjawab terhadap peranan setiap ahli dalam keluarga

Kaedah Temuramah Kaedah ini melibatkan beberapa ahli keluarga kedua ibu, bapa, datuk saudara, nenek saudara (kerana kedua-dua datuk dan nenek saya telah meninggal dunia), ibu dan bapa saudara. Sebelum menemuramah saya menyediakan soalan dahulu.

Kaedah Analisis Dokumen Beberapa maklumat penting dapat saya rakamkan melalui dokumen seperti sijil lahir, gambar, surat nikah dan lain-lain.

Nama saya Muhammad Aiman bin Mohd. Hanafi. Saya dilahirkan di Hospital Melaka pada 06 November 1998. Saya merupakan anak ke empat dari enam adik-beradik. Kini saya tinggal bersama keluarga di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli astronomi apabila dewasa kelak. Saya memilih kerjaya ini kerana minat yang mendalam terhadap kejadian bulan, bintang, planet-planet dan ciptaan Allah S.W.T. di angkasa lepas. Pendidikan awal saya bermula ketika berumur lima tahun di Tadika Kemas, Melaka. Kemudian saya memulakan Tahun Satu saya di Sekolah Kebangsaan Tengkera 1, di Melaka. Ketika di Tahun Empat saya berpindah ke Bandar Baru Bangi, dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Saya memasuki alam persekolah Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang di dalam kelas 1 KM 2. Makanan kegemaran saya ialah mee sup, laksa Pulau Pinang dan nasi ayam. Minuman kegemaran saya ialah fresh orange. Di sekolah, saya aktif berpersatuan dan terlibat dalam pasukan pengakap. Saya juga menyertai kelab ping pong.

(SEBELAH IBU)

Moyang saya sebelah datuK dan nenek berasal dari Jawa, Indonesia. Mereka datang ke Tanah Melayu ketika itu sekitar tahun 1900. Mereka meneroka tanah di Port Dickson, dan seterusnya menetap di sana. Moyang sebelah nenek merupakan seorang guru agama yang berketurunan Radau dari Kepulauan Jawa. Selepas berhijrah ke Tanah Melayu, beliau mengajar di kelas agama. Tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenai moyang sebelah datuk dan sedikit maklumat yang diperolehi, beliau bekerja sebagai petani dan meneroka tanah di Port Dickson. Arwah datuk saya pada mulanya merupakan seorang kerani di kem tentera di Port Dickson. Kemudian beliau menjawat jawatan sebagai penghulu mukim. Menurut ibu saya, datuk seorang yang baik tetapi tegas dalam mendidik anak-anaknya. Beliau amat mementingkan pendidikan dan mengambil berat ilmu dunia dan akhirat. Sikap datuk itulah yang menjadikan ibu dan adik beradiknya berjaya. Hasilnya, adik-beradik ibu ramai yang memegang jawatan tinggi seperti pensyarah, arkitek, jurutera, pegawai akauntan dan guru. Dua orang daripada adik-beradik ibu telah mendapat gelaran Dato daripada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan kerana jasa-jasa mereka.

Nama: Prof. Dr. Hj. Mohd. Sofian b. Azirun Tarikh lahir: 17 Januari 1953 Tempat lahir: Port Dickson, Negeri Sembilan Hobi: Memancing, mengumpul serangga dan kajian tentangnya. Kelulisan: BSc., MSc., PhD. Peranan dan Sumbangan Sebagai Dekan, Fakulti Sains dari 2008 hingga kini. Ketua Jabatan Zoologi, Fakulti Sains dari 1997 hingga 1999. Yang Di-Pertua PIBG, SMK Putrajaya 2 dari 2005 hingga kini Telah menyelia graduan-graduan PhD dalam bidang Entomologi dan graduan-graduan MSc dalam bidang Teksikologi. membuat

Telah menyelia lebih 100 pelajar dalam penyediaan tesis tahap akhir dalam bidang biodivesiti, biokimia, bio informasi, bio kesihatan dan alam sekitar. Pengalaman Sebagai Juruteknik Kilang penapis ESSO, Pork Dickson (1973 hingga 1976) Sebagai pengajar di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (1980 hingga 1981) Sebagai pensyarah di Jabatan Zoologi, Universiti Malaya (1985 hingga 1999) Sebagai profesor di Institut Sains Biologi, Universiti Malaya (2000 hingga 2005) Sebagai Ketua Pemeriksa Biologi, Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 1997. Sebagai fasilitator kursus-kursus Kem Kesedaran Alam Sekitar dan Biodiversiti.

Keistimewaan dan Kejayaan

Dapat membimbing pelajar-pelajar sekolah dan universiti dalam kursus lapangan serta kem kesedaran alam sekitar dan biodiversiti.

Telah menerbitkan lebih 100 kertas kerja dan buku dalam bidang entomologi dan toksikologi.

Mei 2003, kami berangkat ke Sabah bersama-sama rombongan murid-murid Pendidikan Khas [Cacat Pendengaran] SMK Tun Mutahir, Melaka. Ketika itu saya berusia 5 tahun, bersama ibu dan ayah, dua abang, dam seorang kakak. Tujuan utama kami ke sana kerana hendak mendaki Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Kami sekeluarga hanya mampu mendaki sehingga ke perhentian kedua sahaja kerana saya terlalu kecil ketika itu. Walau bagaimanapun saya memperoleh pengalaman mendaki dan menyaksikan pemandangan indah dari kaki Gunung Kinabalu. Kami berada di sana selama tiga hari, kemudian kami melawat Kota Kinabalu. Kami turut mengunjungi Taman Negara Tunku Abdul Rahman yang terletak di Pulau Manukan. Saya seronok dapat merasai pengalaman bersnokeling, melihat keindahan dasar laut. Pengalaman ini amat bermakna kepada saya dan menjadi pengalaman bersejarah yang tidak mungkin dilupakan.

Kajian ini membolehkan saya mengenali keluarga saya dengan lebih rapat. Saya amat menghargai keluarga saya dan berterima kasih kepada semua kerana kejayaan mereka mendorong saya untuk belajar bersungguhsungguh dan berjaya dalam hidup.

Isi Kandungan
Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Salasilah Keluarga Sejarah Keluarga (Sebelah Ibu) Biodata Keluarga Tokoh Keluarga Peristiwa Bersejarah Lampiran Kesimpulan

Biodata Abang Pertama

Nama abang pertama saya ialah Muhammad Asyraf. Umur abang saya ialah 18 tahun, dilahirkan di Hospital Besar Melaka pada 28 Ogos 1993. Cita-cita hendak menjadi jurutera kapal terbang. Telah menamatkan persekolahannya di Sekolah Menengah Teknik Sepang dan sekarang sedang menunggu peluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang yang diminatinya..

Biodata Abang Kedua

Nama abang kedua saya ialah Muhammad Akmal. Umur abang saya ialah 16 tahun, dilahirkan di Hospital Besar Melaka pada 26 Mei 1995. Cita-cita hendak menjadi saintis. Bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tapah.

Biodata Kakak

Nama kakak saya ialah Nurain Syakirah. Umur kakak saya ialah 14 tahun, dilahirkan di Hospital Besar Melaka pada 27 Februari 1997. Cita-cita hendak menjadi pensyarah. Bersekolah di SMK Jalan Reko.

Biodata Adik Pertama

Nama adik saya ialah Nabila Syafiqah. Umur adik saya ialah 9 tahun, dilahirkan di Hospital Besar Melaka pada 21 June 2002. Cita-cita hendak menjadi doktor gigi. Bersekolah di SK Seksyen 7.

Biodata Adik Kedua

Nama adik saya ialah Muhammad Adib. Umur adik saya ialah 8 tahun, dilahirkan di Hospital Besar Melaka pada 2 Ogos 2003. Cita-cita hendak menjadi juruterbang. Bersekolah di SK Seksyen 7.

Biodata Ayah
Nama ayah saya ialah Mohd Hanafi. Beliau dilahirkan di Hospital Alor Gajah pada 3 September 1963. Beliau bekerja di Fakulti Pendidikan, Universiti Kerbangsaan Malaysia sebagai pensyarah kanan dalam bidang pendidikan khas.

Biodata Ibu
Nama ibu saya ialah Rabaishah. Beliau dilahirkan di Seremban pada 13 Januari 1965. Beliau bekerja sebagai guru di SMK Malim, sekarang sedang menyambung pelajaran untuk mendapatkan ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang pendidikan khas.

You might also like