You are on page 1of 2

BIODATA PENGETUA S.M.

K SUNGAI PELEK

S.M.K Sungai Pelek berasa sungguh bertuah kerana telah mendapat Pengetua baharu
bagi menggantikan pengetua kita yang mengambil cuti tanpa gaji kerana mengikut suaminya
ke Vietnam.
Beliau yang dimaksudkan ialah Pn.Saimah binti Ahmad. Semanis wajahnya, sehalus
tutur katanya, seindah namanya begitulah keperibadian beliau. Pn.Saimah mula bertugas di
sekolah ini pada 24 Disember 2005.
Pn.Saimah pada mulanya berkelulusan Diploma Sains dan Pendidikan(Kimia &
Biologi). Beliau meneruskan pelajarannya dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sains(Kep)
Biokimia dari Universiti Pertanian Malaysia. Dengan semangat yang tinggi, beliau
menyambung pelajarannya sehingga memperoleh Master Sains(Pentadbiran Pendidikan) dari
Universiti Pertanian Malaysia.
Antara pencapaian terbaik beliau adalah beliau telah menerima Pingat Emas Alumni
(UPM), sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan Ijazah Sarjana Muda UPM tahun 1986. Selain
itu, beliau juga telah menerima Pingat Emas Wanita UMNO tahun 1986.
Pengalaman mengajar beliau adalah mula di S.M.K Tun Habab antara tahun 1975-
1986, di S.M.K Seaport pada tahun 1986-1987, di S.M.K Seri Kembangan dari tahun 1987-
1999, di S.M.K Seri Indah dari tahun 1999-2004 dan S.M.K Sungai Pelek dari 24 Disember
2005 sehingga kini.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Penolong Kanan di S.M.K Seri Indah
bermula 1999 hingga 2004. Beliau juga berpengalaman sebagai penanda kertas peperiksaan
SPM iaitu Kertas Biologi Kemanusian selama 4 tahun.
Beliau dilahirkan pada 6 Febuari 1954 dan berasal dari negeri Johor. Beliau telah
mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1976 dengan pilihan hati beliau iaitu, En.Jasiran
Awang Darmo yang berasal dari negeri Sabah. Beliau telah dikurniakan 2 orang anak di
mana kedua-dua anak beliau adalah lelaki dan pasangan ini sekarang menetap di Taman
Pantai Sepang Putra.
Anak pertama beliau telah berkahwin dan mengikut jejak langkah beliau dengan
menjadi seorang pendidik manakala anak keduanya sedang belajar di Uniten. Beliau
memegang teguh dengan visi beliau untuk memberikan segala kemudahan kepada para guru
dan warga pendidik dengan harapan guru-guru di S.M.K Sungai Pelek dapat mengajar pelajar
dalam keadaan yang gembira supaya segala penbelajaran dapat diajar dan diterima dengan
berkesan oleh pelajar.

You might also like