You are on page 1of 33

GGGE3403 FOTOGRAFI

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK


PROF. MADYA. DR. NORELA BINTI SULAIMAN

DISEDIAKAN OLEH:

1. NUR MUNIRAH BINTI RADWAN (A189118)


2. ANIS BATRISYA BINTI AZMADI (A190459)
3. NUR ERDINA IZZATI BINTI EDFIZAL ZAHEL (A188653)
4. NUR FARIESHA BINTI YUSMANI (A188958)
5. NUREEN KHAIRINA BINTI ANUAR (A188437)

PENSYARAH:

LT. KOL. MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN


PRAKATA

Segala puji dan kesyukuran kepada Tuhan kerana kami dapat menyiapkan tugasan ini
dengan izinNya. Kami dari kumpulan 25 daripada kursus Fotografi GGGE 3403, Nur Munirah binti
radwan, Anis Batrisya binti Azmadi, Nur Erdina Izzati binti Edfizal Zahel, Nur Fariesha binti
Yusmani dan Nureen Khairina binti Anuar. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa penghasilan
tugasan ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang memberi dorongan semasa menjalankan
penulisan ini.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof Madya Dr Norela binti Sulaiman
kerana sanggup meluangkan sedikit masa dan memberi kerjasama untuk temu ramah walaupun
jadual beliau yang begitu padat. Kami sangat berbesar hati keatas kerjasama beliau dan
mempermudah segala urusan yang telah kami atur dari awal sehingga akhir. Kami akan
menggunakan dan memanfaatkan segala maklumat dan ilmu yang diberikan sewaktu ditemu ramah
dengan betul.

Tidak dilupakan juga, kami sangat berterima kasih kepada LT. KOL. Mohd Jasmy bin Abd
Rahman kerana tidak lelah memberi kami tunjuk ajar dan panduan yang sangat jelas untuk
menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Kami amat bersyukur di atas dorongan yang
diberikan tanpa mengenal waktu dan tempat dan sentiasa menjadi rujukan kami untuk
melengkapkan tugasan ini.

2
ISI KANDUNGAN
Muka Surat

Bil. Isi kandungan Muka Surat

1 Prakata 2

2 Isi kandungan 3

3 Pendahuluan 4

4 Latar Belakang Keluarga 6

5 Latar Belakang Pendidikan 8

6 Pembinaan Kerjaya 10

7 Kejayaan Dan Sumbangan 12

8 Perancangan dan Harapan 22

9 Penutup 24

10 Rujukan 25

11 Lampiran 28

3
Prof Madya Dr Norela Binti Sulaiman

Nur Munirah Binti Radwan1, Anis Batrisyia Binti Azmadi 2, Nur Fariesha Binti Yusmani 3, Nureen
Khairina Binti Anuar 4, Nur Erdina Izzati Binti Edfizal Zahel5

PENDAHULUAN

Prof Madya Dr Norela Binti Sulaiman

Tokoh akademik yang telah kami pilih dalam menjalankan tugas biografi tokoh akademik
ini, adalah Prof Madya Dr Norela Binti Sulaiman yang merupakan seorang pensyarah daripada
Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi di Universiti Kebangsaan
Malaysia, Kampus Bangi Selangor. Beliau juga pakar dalam bidang entomologi iaitu biadang yang
berkaitan dengan serangga serta pakar dalam bidang kualiti udara. Selain itu, Prof Madya Dr Norela
telah membuat banyak kajian tentang serangga dan serangga yang paling digemarinya adalah
kelip-kelip. Beliau juga telah membuatbanyak kajian tentang pemeliharaan kelip-kelip sejak awal
tahun 2000 lagi di semenanjung Malaysia. Biografi ini terdiri daripada 5 bahagian utama yang
menceritakan perihal tokoh akademik kami iaitu Prof Madya Dr Norela Binti Sulaiman.

4
Para pelajar menemu bual Prof Madya Dr Noerela Binti Sulaiman pada 12 Jun 2022.

Bahagian yang pertama dalam biografi ini adalah berkaitan dengan latar belakang keluarga
tokoh akademik kami serta serba sedikit tentang asal-usul dan tempat lahir beliau. Bahagian yang
kedua, adalah tentang latar belakang pendidikan beliau iaitu perjalanan pendidikannya yang
bermula dari zaman persekolahannya sehingga ke peringkat yang paling tinggi iaitu Ijazah
Kedoktoran.

Bahagian yang seterusnya iaitu bahagian yang ketiga adalah tentang bagaimana Prof Madya
Dr Norela membina kerjaya beliau, yang bermula daripada saat beliau tamat persekolahannya,
seterusnya ketika beliau masih lagi bergelar seorang pelajar universiti sehinggalah beliau menjadi
seorang yang berjaya pada masa kini. Kita bakal mengetahui pembinaan kerjaya yang begitu
menarik satu demi satu.

Selain itu, bahagian yang kelima pula kita bakal menelusuri sumbangan Prof Madya Dr
Norela Binti Sulaiman kepada keluarga dan masyarakat. Beliau telah banyak berbakti terhadap
masyarakat terutamanya dalam konteks pemeliharaan kelip-kelip. Bukan itu sahaja, beliau juga
telah banyak berkhidmat dalam pelbagai peranan dan telah menerbitkan pelbagai jurnal dan buku.
Pada bahagian ini juga akan menceritakan tentang kejayaan-kejayaan yang telah diperolehi oleh
beliau sehingga kini.

5
Bahagian yang terakhir sekali, kita bakal mengetahui tentang perancangan yang ingin
dilakukan setelah beliau bersara tidak lama lagi. Pada bahagian ini juga akan menceritakan tentang
harapan beliau terhadap beberapa aspek yang bakal dikupaskan dalam laporan biografi ini.

LATAR BELAKANG KELUARGA

Nama diberi adalah Norela Binti Sulaiman ,beliau merupakan kelahiran dari Alor Gajah,
Melaka. Prof Madya .Dr .Norela Binti Sulaiman juga merupakan anak sulung dari 7 orang adik
beradik dengan 4 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Oleh itu, menjelaskan bahawa beliau adalah
anak sulong perempuan di dalam keluarga nya mana tanggungjawab dalam keluarganya adalah
besar . Walaupun dibesarkan di negeri Melaka , keluarga beliau tetap meneruskan kehidupan
dengan menggunakan adat perpatih, Negeri Sembilan. Hal ini kerana, bapa beliau yang merupakan
asal dari sempadan Melaka dan Negeri Sembilan iaitu dari golongan suku semelengang .Adat ini,
terus digunakan kebanyakannya melalui percakapan dan komunikasi di kalangan keluarga beliau.

Alor Gajah, Melaka dan Pusat Beli Belah Sogo pada tahun 90an

Tempat yang mesti diziarahi ketika pulang ke kampung halamannya

6
Pada awal kehidupan , iaitu pada tahun 80an Prof.Madya. Dr.Norela Binti Sulaiman merupakan
seorang pelajar biasa yang meneruskan pengajian peringkat awal di kampung halamannya sehingga
umurnya 17 tahun mana beliau mula merantau ke Kuala Lumpur untuk menyambung pengajiannya
di Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga sekarang. Menurut beliau,hanya beliau seorang sahaja
yang merantau ke luar negeri di kalangan keluarganya. Kini, beliau menetap di Bukit Mahkota
,Kajang bersama keluarga kecilnya . Sudah hampir 40 tahun beliau menetap di Kuala Lumpur sejak
tahun 1997.

Berdasarkan temu bual yang diadakan, beliau berkata bahawa ketika menjadi seorang pelajar
Ijazah Sarjana Muda, beliau merasakan pada waktu ini beliau mempunyai banyak pengalaman yang
takkan dilupakan. Antaranya ialah, sewaktu beliau melanjutkan pelajaran pada peringkat ini, iaitu
pada tahun 90an , beliau meneruskan kehidupan seperti pelajar lain di mana, beliau akan pulang ke
kampung halaman 2 minggu sekali atau meluangkan masa bersama rakan-rakan ke pusat membeli
belah iaitu Sogo. Prof.Madya.Dr.Norela juga seorang pelajar yang sangat aktif jadi terdapat hari di
mana beliau terlibat dalam lawatan yang diadakan oleh UKM.

7
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Prof Madya Norela telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ganun yang
terletak di Alor Gajah dari tahun 1 sehingga Tahun 6. Seterusnya beliau telah meneruskan
pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Talib Karim sehingga Tingkatan 3 dan
menyambung Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Sains Melaka yang sekarang dikenali sebagai
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah yang terletak di Ayer Keroh dan berjarak 25 kilometer
daripada rumah beliau.

Logo Sekolah Sains Muzaffar Syah dan Sekolah Dato Haji Talib Karim

Setelah menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah dengan cemerlang, beliau


mengambil keputusan untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau
telah melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma pada tahun 80-an. Setelah menamatkan pengajian
dalam peringkat tersebut dalam masa dua tahun, beliau telah melanjutkan pelajaran ke ijazah
sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah mengambil tiga kali Ijazah sarjana
muda di UKM dan telah membuat pelbagai kajian berkenaan serangga. Contoh kajian yang boleh
diketengahkan adalah kajian berkenaan kepelbagaian kupu-kupu, kepelbagaian rama-rama dengan
arti kata rama-rama yang terbang pada waktu malam iaitu Moth. Setelah menghabiskan waktu
pengajian untuk ijazah sarjana muda, beliau telah melanjutkan ijazah sarjana dan PhD di UKM.

8
Setelah menghabiskan pelajaran di peringkat ijazah sarjana pada tahun 1993, beliau telah
membina kariernya sebagai pensyarah biologi di pusat matrikulasi UKM yang terletak di Negeri
Sembilan. Beliau berkhidmat disana selama lima tahun. Setelah beberapa tahun berkhidmat, pusat
matrikulasi UKM terpaksa ditutup dan pensyarah yang berkhidmat disana akan dipindahkan
mengikut fakulti yang ditetapkan. Maka, Prof Madya Norela telah berminat untuk melanjutkan
pelajarannya ke peringkat doktor falsafah di UKM. Beliau berpeluang untuk melanjutkan
pelajarannya ke luar negara tetapi disebabkan faktor usia dan tempoh menunggu giliran untuk
didaftarkan ke luar negara agak lama, beliau telah membuat keputusan untuk melanjutkan ke
peringkat doktor falsafah di dalam negara sahaja untuk menjimatkan masa.

Logo Pusat Matrikulasi UKM yang terletak di Kuala Pilah

Logo UKM yang menjadi tempat beliau melanjutkan pelajaran dari ijazah sarjana muda sehingga
doktor falsafah

9
PEMBINAAN KERJAYA

Dalam kamus hidup beliau tidak ada kata mengalah dan mudah berputus asa. Beliu sentiasa
ingin melakukan perubahan dalam hidup beliau. Beliau juga akan memastikan terdapat ilmu baharu
yang akan beliau pelajari dari masa ke masa. Selepas menamatkan persekolahan beliau dengan
menjawab peperiksaan SPM dengan berjaya, kerja pertama beliau pada masa itu adalah dengan
menjadi tenaga pengajar di sebuah pusat tuisyen di Alor Gajah. Beliau telah berkhidmat dalam
beberapa bulan sahaja sebelum dipanggil untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Beliau berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana. Bukan mudah untuk menamatkan
pengajian dengan cemerlang,beliau telah dipanggil untuk menjawat berbagai-bagai jawatan kontrak
di UKM. Contoh jawatan kontrak yang ditawarkan adalah petunjuk cara atau dalam bahasa inggris
disebut sebagai “demonstrator” dan penyelia. Beliau telah dilantik menjadi penyelia kepada
pelajar-pelajar dan dibayar gaji mengikut jam untuk 4 hari seminggu isnin hingga khamis.

Setelah bertahun menjadi penyelia, beliau berjaya mendapatkan geran penyelidikan dan
telah membolehkan beliau menjadi pembantu penyelidik yang bertauliah. Beliau ada membuat
kajian tentang siput di tanah tinggi dan tanah rendah. Tempoh masa beliau menjadi pembantu
penyelidik agak lama sebelum beliau mendaftarkan diri untuk menjadi pensyarah di matrikulasi
UKM. Dari sini karier beliau sebagai tenaga pengajar UKM bermula iaitu menjadi pensyarah
biologi selama lima tahun.

Matlamat beliau yang lain adalah bukan mudah untuk mudah, itu adalah matlamat beliau
yang selalu dipegang ketika berkarier sepanjang tempoh bekerjaya. Selepas itu, beliau bekerja
sebagai pensyarah di fakulti sains dan teknologi maklumat dan mengajar subjek entomology, kajian
tentang kualiti udara dan kajian tentang serangga. Di samping itu, beliau juga menjadi penyelia
kepada pelajar ijazah sarjana dan doktor falsafah. Beliau akan menamatkan tempoh kariernya dalam
bidang pengajar setelah berkhidmat selama 23 tahun di UKM.

10
Fakulti sains dan teknologi maklumat yang menjadi tempat kerja Prof Madya Norlela

11
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Prof Madya Dr Norela Sulaiman telah memperoleh pelbagai kejayaan dalam pendidikan
beliau serta dalam kerjaya beliau sebagai seorang pensyarah di UKM pada hari ini. Kejayaan yang
beliau perolehi adalah hasil kerja keras, kesungguhan beliau dan sikap tidak pernah berputus asa.

Antaranya ialah beliau berjaya menamatkan pengajian di semua peringkat bermula di


peringkat ijazah sarjana muda sehingga ke peringkat tertinggi iaitu Doktor Falsafah (PhD).
Sepanjang bertugas sebagai seorang pensyarah di UKM, Prof Madya Dr Norela telah memberikan
sumbangan sama ada di peringkat fakulti, universiti dan antarabangsa.

Pada tahun 2019, beliau telah menjalankan penyelidikan tentang kelip-kelip. Penyelidikan
meliputi tiga kawasan konservasi berbintik iaitu Kampung Dew, Semanggol, Perak, Yak Yah,
Kemaman Terengganu dan Kampung Sg Timun Rembau, Negeri Sembilan. Penyelidikan ini
meliputi kajian kepelbagaian kelip-kelip dan serangga, tumbuhan tebing sungai yang dikaitkan
dengan kelip-kelip. Selain itu, kajian juga tertumpu kepada penggunaan tanah yang menjejaskan
habitat kelip-kelip di setiap kawasan kajian. Tambahan pula, kajian meliputi kualiti udara di setiap
sungai yang menjejaskan pokok berembang (nama saintifik: Sonneratia caseolaris) dan kajian
burung, kelawar dan hidupan akuatik yang terlibat dengan kesihatan ekosistem bakau juga
dilakukan Beliau berkata usaha penanaman semula pokok berembang diharap dapat meningkatkan
populasi kelip-kelip di setiap Kawasan kajian yang akhirnya meningkatkan sosioekonomi penduduk
setempat melalui penyewaan bot bagi membawa pelancong ekopelancongan yang dating melihat
kelip-kelip. Selain itu, sumbangan beliau terhadap masyarakat ialah mengajar penduduk kampung
tentang cara untuk menyemai pokok berembang.

Kajian cara menyemai pokok berembang di kawasan penyelidikan.

12
Webinar Sembang Santai Perkongsian Penyelidikan, disampaikan oleh Prof Madya Dr Norela
Sulaiman

Pada tahun 2022, Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Sains Biologi dan
Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi telah mengadakan Webinar Sembang Santai Perkongsian
Penyelidikan. Webinar ini telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Norela Sulaiman.

Penyelidikan Kelip-kelip bersama team UKM

13
KHIDMAT LUAR :

Antara sumbangan Prof Madya Dr Norela Sulaiman terhadap khidmat luar:

1. Butterflies (Lepidoptera: Rhopalocera) of Taman Negara Johor Endau Rompin ,


30-09-2014 sehingga 27-01-2015 , Kebangsaan

2. Pakar bidang projek ensiklopedia , 01-08-2013 sehingga 30-06-2015 , Kebangsaan

3. Pakar Rujuk Penanaman Berembang , 06-12-2014 sehingga 06-12-2014 , Kebangsaan

4. Koordinator Projek Sime Darby Eco-Park , 01-05-2014 sehingga 31-12-2015 , Negeri

5. Ekspedisi Saintifik , 20-01-2014 sehingga 25-01-2015 , Kebangsaan

6. Ekspedisi Saintifik , 20-01-2014 sehingga 25-01-2015 , Kebangsaan

7. Ekspedisi Saintifik , 20-01-2014 sehingga 25-01-2015 , Kebangsaan

8. Ekspedisi Saintifik , 20-01-2014 sehingga 25-01-2015 , Kebangsaan

9. Ekspedisi Saintifik , 20-01-2014 sehingga 25-01-2015 , Kebangsaan

10. Ekspedisi Saintifik , 20-01-2014 sehingga 25-01-2015 , Kebangsaan Ekspedisi Saintifik


, 20-01-2014 sehingga 25-01-2015 , Kebangsaan

11. Ekspedisi Saintifik , 20-01-2014 sehingga 25-01-2015 , Kebangsaan Ekspedisi Saintifik


, 20-01-2014 sehingga 25-01-2015 , Kebangsaan

12. Ekspedisi Saintifik , 20-01-2014 sehingga 25-01-2015 , Kebangsaan

13. Ekspedisi Saintifik , 20-01-2014 sehingga 25-01-2015 , Kebangsaan

14. Health and the Environment Journal , 22-06-2015 sehingga 07-07-2015 , Antarabangsa

15. Program SEE NATURE 2015 , 07-06-2015 sehingga 16-06-2015 , Kebangsaan

16. Guest Lecture , 11-11-2015 sehingga 11-11-2015 , Antarabangsa

17. Pengerusi sesi , 19-05-2015 sehingga 20-05-2015 , Kebangsaan

18. Penerbitan saintifik , 19-05-2015 sehingga 20-05-2015 , Kebangsaan

19. Pembicara Kuliah Tamu , 12-11-2015 sehingga 12-11-2015 , Antarabangsa

14
20. Studies on congregating fireflies (Coleoptera; Lampyridae; Pteroptyx sp.) in Sabah,
Malaysia: A review , 22-09-2015 sehingga 02-02-2016 , Kebangsaan

21. Jawatankuasa Teknikal Kumbang Merah Palma (RPW) Bil 1/2016 , 22-02-2016
sehingga 22-02-2016 , Kebangsaan

22. Myskill Training of Trainer: Eco-Tourism , 29-02-2016 sehingga 04-03-2016 ,


Kebangsaan

23. Surfactan di Kawasan pantai timur, Malaysia , 16-04-2016 sehingga 30-05-2016 ,


Kebangsaan

24. 21 / 24 Jawatankuasa Teknikal Kumbang Merah Palma (RPW) Bil. 2/2016 , 07-10-2016
sehingga 07-10-2016 , Kebangsaan

25. Norela Sulaiman , 09-12-2016 sehingga 09-12-2016 , Kebangsaan Norela Sulaiman ,


09-12-2016 sehingga 09-12-2016 , Kebangsaan

26. Universiti Malaysia Sabah , 25-01-2017 sehingga 31-03-2017 , Kebangsaan

27. ANALYSIS OF HEAVY METAL IN SEDIMENT IN BULI WATER AT MINING


AREA EAST HALMAHERA, NORTH MALUKU , 03- 01-2016 sehingga 25-01-2016 ,
Antarabangsa

28. Remediation of Benzo[a]pyrene in soil by combining the role of yeast consortium and
sunflower (Helinathus annuus, L.) plant: A phyto-mycoremediation approach ,
05-05-2017 sehingga 21-06-2017 , Antarabangsa

29. Biodiversity of Pteroptyx Fireflies (Coleoptera: Lampyridae) and Their Display Trees in
Klias Peninsula, Sabah, Malaysia. , 15-05- 2017 sehingga 28-06-2017 , Antarabangsa

30. SRI-Mas , 01-02-2015 sehingga 25-05-2015 , Antarabangsa

31. Persatuan Agroekologi Malaysia SRI-Mas , 18-05-2014 sehingga 17-05-2016 ,


Kebangsaan

32. PELANTIKAN SEBAGAI PENYELARAS TAPAK PROJEK KAMPUNG DEW,


TAIPING PERAK BAGI ASEAN YOUTH VOLUNTEER PROGRAMME, AYVP
MALAYSIA 2013 , 01-08-2013 sehingga 26-08-2013 , Antarabangsa

33. Pengerusi , 20-02-2008 sehingga 19-02-2011 , Negeri Ahli jawatankuasa Penilai


manuskrip kolokium Siswazah ke 16, FST , 13-04-2016 sehingga 12-03-2017 ,
Kebangsaan

15
34. Kumpulan Wang Am Persaraan (KWAP) , 20-04-2018 sehingga 20-04-2018 ,
Kebangsaan

35. Tetamu Khas , 25-04-2018 sehingga 25-04-2018 , Kebangsaan

36.FORECASTING OF PM10 CONCENTRATION BASED ON GASEOUS


POLLUTANTS AND METEOROLOGICAL FACTORS FOR DIFFERENT
MONSOONS OF URBAN COASTAL AREA IN TERENGGANU , 02-04-2018
sehingga 04-05-2018 , Antarabangsa

37. Jurnal SERANGGA , 27-04-2018 sehingga 29-06-2018 , Antarabangsa

38. Jurnal SERANGGA , 27-04-2018 sehingga 29-06-2018 , Antarabangsa

39. Jurnal JSSM , 08-05-2018 sehingga 29-06-2018 , Antarabangsa

40. Jurnal JSSM , 08-05-2018 sehingga 29-06-2018 , Antarabangsa

41. Lincoln University College , 21-02-2018 sehingga 20-02-2021 , Antarabangsa

42. Ahli panel penilai skim penyelidikan Fundamental (FRGS) fasa 1/2018 , 15-01-2018
sehingga 16-04-2018 , Kebangsaan

43. Pelan Halatuju industri kelulut negara , 01-08-2018 sehingga 02-08-2018 , Kebangsaan

44. Pakar Bidang Ensiklopedia Serangga , 07-11-2018 sehingga 05-12-2018 , Kebangsaan

45. Program Lestari Komuniti dan Alam Sekitar , 05-10-2018 sehingga 06-11-2018 ,
Kebangsaan

46. 22 / 24 Bengkel Pengesahan Entri dan cadangan Ilustrasi bersama Pakar Bidang bagi
projek Ensiklopedia Serangga , 07-11-2018 sehingga 05-12-2018 , Kebangsaan

47. Bronze Award , 21-02-2019 sehingga 01-01-1970 , Kebangsaan Bronze Award ,


21-02-2019 sehingga 01-01-1970 , Kebangsaan

48. Ensiklopedia Serangga , 07-08-2019 sehingga 08-08-2019 , Kebangsaan

49. Pengesahan fakta dan membekalkan gambar foto tentang kupu-kupu dan rama-rama
bagi buku teks kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) Bahasa Melayu tahun 4 SJK
untuk kegunaan mulai tahun 2020 , 16-06-2019 sehingga 17-07-2019 , Kebangsaan

50. WWF-Malaysia , 19-08-2020 sehingga 31-12-2020 , Antarabangsa

16
51. Anugerah (Khas) Inovasi Perak , 05-02-2020 sehingga 01-01-1970 , Kebangsaan

52. Session Chair for virtual International Symposium on Insects (ISOI) 2020 , 01-12-2020
sehingga 01-12-2020 , Antarabangsa

53. Pakar rujuk pemuliharaan habitat Kelip-kelip di Kg Yak Yah, Kemaman, Terengganu ,
15-10-2020 sehingga 15-12-2024 , Antarabangsa

54. Pakar rujuk pemuliharaan habitat Kelip-kelip di Kg Ulu Melaka, Langkawi, Kedah ,
01-03-2021 sehingga 01-06-2022 , Antarabangsa

55. Pakar Rujuk Pengesahan Entri dan cadangan Ilustrasi bersama Pakar Bidang bagi projek
Ensiklopedia Serangga , 18-06-2021 sehingga 18-06-2021 , Antarabangsa

56. Pakar Rujuk Pengesahan Entri dan cadangan Ilustrasi bersama Pakar Bidang bagi projek
Ensiklopedia Serangga , 26-08-2021 sehingga 26-08-2021 , Antarabangsa

57. Pakar Rujuk Pengesahan Entri dan cadangan Ilustrasi bersama Pakar Bidang bagi projek
Ensiklopedia Serangga , 10-09-2021 sehingga 10-09-2021 , Antarabangsa

58. Pakar Rujuk Pengesahan Entri dan cadangan Ilustrasi bersama Pakar Bidang bagi projek
Ensiklopedia Serangga , 19-08-2021 sehingga 19-08-2021 , Antarabangsa

59. Pakar Rujuk Pengesahan Entri dan cadangan Ilustrasi bersama Pakar Bidang bagi projek
Ensiklopedia Serangga , 16-07-2021 sehingga 16-07-2021 , Antarabangsa

60. Pakar Rujuk Pengesahan Entri dan cadangan Ilustrasi bersama Pakar Bidang bagi projek
Ensiklopedia Serangga , 23-07-2021 sehingga 23-07-2021 , Antarabangsa

61. Macromoths (Lepidoptera: heterocera) diversity in Perlis State Park, Kedawi region,
Malaysia: New distribution record of noctuid , 28-12-2020 sehingga 28-02-2021 ,
Antarabangsa
62. Macromoths (Lepidoptera: heterocera) diversity in Perlis State Park, Kedawi region,
Malaysia: New distribution record of noctuid , 28-12-2020 sehingga 28-02-2021 ,
Antarabangsa

63. Macromoths (Lepidoptera: heterocera) diversity in Perlis State Park, Kedawi region,
Malaysia: New distribution record of noctuid , 28-12-2020 sehingga 28-02-2021 ,
Antarabangsa

17
KHIDMAT DALAM:

Antara sumbangan beliau di khidmat dalam pula:

1. Felo Penyelidik Pusat Sistematik Serangga (CIS) , 01-11-2021 sehingga 01-11-2026 ,


Fakulti / Institut / Pusat Perkhidmatan

2. JAWATANKUASA PENILAIAN PRGS FASA 1/2020 , 05-02-2020 sehingga


04-02-2021 , Universiti

3. Jawatankuasa Program Kursi Perubahan Iklim UKM-YSD , 01-12-2015 sehingga


30-11-2016 , Fakulti / Institut / Pusat Perkhidmatan

4. Kluster Pengurusan Tanaman Lestari dan Pembaikan Tumbuhan, Jabatan Sains Biologi
dan Bioteknologi , 01-01-2020 sehingga 31-12-2022 , Pusat Pengajian / Jabatan / Pusat
Penyelidikan / Unit
5. PELANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA PENILAIAN DI BAWAH DANA
PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (DP KPT) TAHUN 2021 ,
01-01-2021 sehingga 31-12-2021 , Universiti

6. PELANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA PENILAIAN DI BAWAH


DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (DP KPT) TAHUN
2022 , 24-03-2022 sehingga 31-12-2022 , Universiti

7. PELANTIKAN SEBAGAI AHLI PANEL PENILAI PENYELIDIKAN


FUNDAMENTAL (FRGS) FASA 1/2018 PERINGKAT UKM , 15- 01-2018 sehingga
16-04-2018 , Universiti

8. PELANTIKAN SEBAGAI AHLI PANEL PENILAI PERINGKAT UNIVERSITI


KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) - SKIM GERAN PENYELIDIKAN
FUNDAMENTAL (FRGS) FASA 1/2019 , 15-01-2019 sehingga 11-04-2019 , Universiti

9. Pelantikan Sebagai Ahli Jawatankuasa Penilaian Program Dana Penyelidikan


Kementerian Pengajian Tinggi (DP KPT) Tahun 2020 Peringkat Universiti

10. Kebangsaan Malaysia , 01-01-2020 sehingga 31-12-2020 , Universiti Persatuan Wanita


UKM (SUKMANITA) , 01-01-2013 sehingga 01-01-2020 , Universiti

18
Anugerah kokurikulum Prof Madya Dr Norela Sulaiman

5.1. Anugerah

Antara anugerah-anugerah yang beliau berjaya mengumpul adalah:

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang , 2004

2. Anugerah Perkhidmatan 20 Tahun / Anugerah Perkhidmatan 20 Tahun , 2016

3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang / Anugerah Perkhidmatan Cemerlang , 2017

Anugerah Perkhidmatan Prof Madya Dr Norela Sulaiman

19
5.2. Penerbitan Terkini

Terbitan berimpak tinggi beliau adalah sebanyak 4 terbitan. Antaranya:

1. Nor Shafikah Idris, Muzzneena Ahmad Mustapha, Norela Sulaiman, Shamsul Khamis,
Shahril Mohd Husin, Nurul Darsani Ahmad Darbis. (2021). The Dynamics Of
Landscape Changes Surrounding A Firefly Ecotourism Area. - Global Ecology And
Conservation. 1-20.

2. Farah Shafawati Mohd-taib, Wardah Mohd-saleh, Rosha Asyikha, Mohammad Saiful


Mansor, Muzzneena Ahmad-mustapha, Nur Aqilah Mustafa-bakray, Shahril Mod-husin,
Aisah Md-shukor, Nurul Darsani Amat-darbis, Norela Sulaiman. (2020). Effects Of
Anthropogenic Disturbance On The Species Assemblages Of Birds In The Back
Mangrove Forests. - Wetlands Ecology And Management. 479-494.

3. Md. Masud Rana, Norela Sulaiman, Bjarne Silvertsen, Md Firoz Khan And Sabera
Nasreen. (2016). Trends In Atmospheric Particulate Matter In Dhaka, Bangladesh, And
The Vicinity. - Environmental Science And Pollution Research. 17393-17403.

4. S. Norela, M.s. Saidah, M. Mahmud. (2013). Chemical Composition Of The Haze In


Malaysia 2005. - Atmospheric Environment. 77:1005-1010.

20
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (lima, kanan) bersama Prof Madya Dr
Norela Binti Sulaiman. sebelum menanam pokok berembang yang menjadi habitat pembiakan
kelip-kelip pada Program Lestari Komuniti dan Alam Sekitar di Kampung Dew hari ini.

5.3. Projek Penyelidikan

Terdapat projek yang sedang dan telah dilaksanakan oleh beliau Bersama-sama rakan projek yang
lain. Antara projek-projek penyelidikan yang masih dalam tempoh penyelidikan sehingga kini
adalah:

1. Floral network mapping using metabarcoding approach and physicochemical


characterization of stingless bee bread , Ketua Projek , 01-11-2020 sehingga 31-10-2022
, Kebangsaan

2. Kajian tanah runtuh pendam di kawasan Bukit Fraser, Pahang. , Penyelidik Bersama ,
01-09-2021 sehingga 31-08-2023 , Universiti

21
PERANCANGAN DAN HARAPAN

Perancangan Prof. Madya. Dr Norela pada masa hadapan adalah beliau akan bersara pada
tahun ini iaitu pada bulan 8 2022. Beliau telah merancang untuk menumpukan perhatian beliau ke
arah agama seperti memperbaiki bacaan Al-Quran dan penguasaan dalam bahasa Arab selepas
beliau telah bersara. Disamping itu, beliau juga ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan
seperti menjual produk-produk makanan sebagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi masa
lapang beliau.

Beliau merancang untuk menggunakan pengalaman beliau selama ini untuk menjadi
khidmat nasihat sekiranya terdapat projek-projek berkenaan tentang kelip-kelip pada masa hadapan.
Seterusnya, Beliau akan bekerja sama bersama Pihak Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman yang
ingin memulihkan tebing sungai seluas 5 KM persegi untuk memelihara semula habitat kelip-kelip
yang semakin berkurangan di Zoo Kemaman. Prof. Madya. Dr Norela juga sedia membantu
rakan-rakan yang ingin membuat buku-buku berkenaan kelip-kelip.

Dr Norela telah mengajar komuniti tempatan di kuantan dan di beberapa buah negeri lagi
seperti Kampung Dew, Kemaman dan di Kampung Sungai Timun mengenai cara-cara untuk
menanam pokok berembang dan menyemai pokok tersebut dengan harapan penduduk tempatan
tersebut dapat meneruskan usaha untuk pemulihan habitat kelip-kelip di kawasan perkampungan
mereka. Selain daripada itu, beliau juga mempunyai satu kumpulan pengkaji yang diberi nama
“Kelip2@UKM” yang mempunyai ahli daripada pelbagai bidang seperti daripada bidang kajian
burung, kajian pokok, kajian serangga, kajian air dan sebagainya. Kumpulan ini juga mempunyai
beberapa ahli entomologi yang sering mengikuti beliau ke majlis penanaman. Oleh itu, beliau
berharap akan menerima geran penyelidikan agar kumpulan Kelip2@UKM ini dapat bergerak aktif
dalam pemulihan habitat kelip-kelip ini. Beliau juga berharap agar pensyarah yang baru dapat
memberi dorongan kepada golongan muda untuk memelihara dan menitikberatkan kesejahteraan
flora dan fauna.

22
Kumpulan kelip2@UKM menghadiri Program Lestari Komuniti & Alam Sekitar di
Kampung Dew

23
PENUTUP

Akhir sekali, Prof Madya Dr Norela adalah seorang yang amat peramah serta suka
berkongsi dan bercerita tentang pengalamannya. Selain itu, beliau juga adalah seorang yang
pemurah terutamanya dalam menyampaikan ilmu tentang pemeliharaan kelip-kelip kepada
masyarakat umum seperti orang kampung dan penduduk tempatan. Kami juga kagum dengan usaha
serta kerja keras beliau dalam bidang kajiannya sehingga beliau mencapai kejayaan dan menerima
berbagai-bagai anugerah. Beliau juga mendoakan kejayaan dan menitipkan selamat maju jaya
kepada kami sebelum sesi temu bual berakhir.

Selain itu, kami dapat mempelajari pelbagai perkara setelah menemu bual beliau. Antaranya
ialah kita perlulah sentiasa rajin mencari peluang dalam mencapai cita-cita yang diimpikan. Kami
juga sedar betapa pentingnya menjadi seorang pelajar berwawasan dan berpengetahuan luas agar
dapat mengungsikan pengetahuan kami kepada masyarakat serta menggunakan ilmu pengetahuan
tersebut sebaik-baiknya agar dapat memberikan jasa kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Kesimpulannya, kami bersyukur kerana akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan


Biografi Tokoh Akademik ini. Kami juga amat berterima kasih kepada Prof Madya Dr Norela Binti
Sulaiman kerana sudi meluangkan masanya bersama-sama kami pada tepoh hari dan memberikan
kerjasama penuh dalam membantu kami menjalankan tugasan ini .

24
RUJUKAN

Asyikha, R., Mohd Taib, F. S., Ishak, S. N., Jing Jing, K., & Sulaiman, N. (2022).
Description Of Ticks Species From Rattus Tiomanicus In Mangrove Forest Through
Scanning Electron Microscopy. Sysmetic & Applied Acarology, 1057-1075.

Abdullah, N. A., Asri, L. N., Husin, S. M., Shukor, A., Ahmad Darbis, N. D., Ismail, K.,
.Hazmi, I. R. (2021). Influence Of Physico-chemical Characteristics Of Rembau
River, Peninsular Malaysia, On Congregating Pteroptyx Fireflies. Environmental
Monitoring And Assessment, 1-12.

Idris, N. S., Ahmad Mustapha, M., Sulaiman, N., Khamis, S., Husin, S. M., & Ahmad
Darbis, N. D. (2021). The Dynamics Of Landscape Changes Surrounding A Firefly
Ecotourism Area. Global Ecology And Conservation, 1-20.

Sulaiman, N. (2020). Kelip-kelip Anugerah Alam Di Waktu Malam.

Sulaiman, N., & Juhari, M. A. (2020). Bukit Fraser Kepelbagaian Biologi Dan Persekitaran
Fizikal.

Sulaiman, N., & Tahir, A. M. (2020). Lata Jarum Biodiversity Richness & Inconceivable
Environments.

Shabuddin, N. H., Agustar, H. K., & Sulaiman, N. (2020). Sungai: Dilema, Ancaman Dan
Harapan.

Mohd Taib, F. S., Mohd Saleh, W., Asyikha, R., Mansor, M. S., Ahmad Mustapha, M.,
Mustafa Bakray, N. A.,Sulaiman, N. (2020). Effects Of Anthropogenic Disturbance
On The Species Assemblages Of Birds In The Back Mangrove Forests. Wetlands
Ecology And Management, 479-494.

Hidayati, D., Sulaiman, N., Ismail, B. S., Jadid, N., & Muhammad, L. S. (2019). Volcanic
Mud Contamination In The River Ecosystem: The Case Study Of Lusi Mud Volcano,
Indonesia. Nature Environment And Pollution Technology., 31-40.

Abas, A., Mohd Khalid, R., Rosandy, A. R., & Sulaiman, N. (2019). Lichens Of Pulau
Pangkor, Perak, Malaysia. The Malaysian Forester, 57-64.

Salleh, N. K., Othman, N. W., Sulaiman, N., & Sahid, I. (2019). Ultrastructure On The Light
Organ Of Tropical Synchronize Firefly, Pteroptyx Tener. Sains Malaysia, 727-733.

Ghazali, N., Salleh, K., Hakimi, F., & Sulaiman, N. (2019). Butterfly Fauna (Lepidoptera:
Rhopalocera) In Pulau Pangkor Forest Reserve, Perak, Peninsular Malaysia. The
Malaysian Forester., 225-234

25
Abas, A., Sulaiman, N., Adnan, N. R., Aziz, S. A., & Wan Nawang, W. N. (2019). Using
Lichen (Dineria Sp.) As Bio-indicator For Airborne Heavy Mental At Selected
Industrial Areas In Malaysia. Environment Asia, 85-90.

Isahak, A., Chun, L. L., & Sulaiman, N. (2019). Banjir Pahang: Impak Terhadap
Sosioekonomi, Kesihatan dan Alam Sekitar.- 12.

Rose, R. A., & Sulaiman, N. (2019). Ekopelancongan Dan Sosioekonomi Bukit Fraser-raub,
Pahang. -. 4.

Sulaiman, N., Mohd Fuzy, S. F., Abdul Muis, S. I., Sulaiman, N., & Ismail, B. (2018). Use
Of Lichens as Bioindicators For Determining Atmospheric Heavy Metal
Concentration In Malaysia. Pakistan Journal Of Botany, 421-428.

Ishak, A., Reza, M. I., Siwar, C., Ismail, S. M., Sulaiman, N., Hanafi, Z., Taha, M. R.
(2018). Delineating Risk Zones And Evaluation Of Shelter Centres For Flood
Disaster Management Along The Pahang River Basin, Malaysia. Jamba-Journal of
Disaster Risk Studies.

Ghazali, N., Jauhari, M. A., & Sulaiman, N. (2018). An Updated Checklist Of


Butterflies(Iepidoptera: Rhopalocera) From Fraser's Hill, Pahang, Malaysia.
Serangga.

Rana, M. M., Sulaiman, N., Silverstsen, B., Khan, M. F., & Nasreen, S. (2016). Trends In
Atmospheric Particulate Matter In Dhaka, Bangladesh, And The Vicinity.
Environmental Sciences And Pollution Research, 17393-17403.

Sulaiman, N., Loo, M. C., & Abdullah, M. (2017). Association Between The Synchronous
Firefly Population And Some Biotic And Abiotic Factors Along The Sungai
Sepetang Banks At Kampung Dew, Taiping, Perak, Malaysia. Malayan Nature
Journal, 159-167.

Doni, F., Che Mohd Zain, C. R., Isahak, A., Fathurrahman, F., Sulaiaman, N., Uphoff, N., &
Wan Yusoff, W. M. (2017). Relationships Observed Between Trichoderma
Inoculation And Characteristics Of Rice Grown Under System Of Rice
Intensification Vs Conventional Methods Of Cultivation. Symbiosis, 45-59.

Doni , F., Sulaiman, N., Isahak, A., Wan Mohamad, W. N., Che Mohd Zain, C. R., Ashari,
A., & Wan Yusoff, W. M. (2015). Impact Of Rice Intensification (sri) On Paddy
Field Ecosystem: Case Study In Ledang, Johore, Malaysia. Journal Of Pure And
Applied Microbiology, 927-933.

Sulaiman, N., Rzerli, M. F., & Abdullah, M. (2011). New Lymantriidae Record For
Peninsular Malaysia: Toxoproctis Hemibathes (swinhoe) . Sains Malaysia, 40(8):
877-878.

26
Sulaiman, N., Wong, S., Wan Ahmad, W. J., Abdul Rahman, M. R., & Ahmad Baei, M. A.
(2015). See Nature: Kelip-kelip.

Sulaiman, N., Hanafiah, M. M., & Yaakop, S. (2015). Kepelbagaian Biologi Ekosistem
Sawit.

27
LAMPIRAN

Usaha Pemuliharaan Kelip-kelip Di Melaka Oleh UKM

28
Konvokysen ke 48 UKM, Majlis terakhir sebelum pencen meraikan pelajar PhD sbg penyelia utama
bersama Dr Khairunnisa (Doktor Falsafah) dan Siti Nurfatehah (Sarjana Sains) daripada team
KELIP2@UKM

Prof ,Norela Sulaiman dan pelajar UKM di MIN HOUSE CAMP Kubang Kerian, untuk mengkaji
mengenai kajian serangga kelip-kelip pada 8 September 2020

29
Prof.Madya.Dr .Norela membawa nama UKM ke persada Kebangsaan dalam pemuliharaan kelip-kelip
bersama pelajarnya

30
Perasmian program penanaman pokok berembang sebagai habitat kelip2 di pengkalan sungai
timun rembau negeri sembilan. Projek kerjasama TNB dan UKM diketuai oleh PM Dr Norela

31
Projek UKM Untuk Memulihara Kelip-kelip Kuala Sepetang Perak

32
Kerja Lapangan Kajian Awal Rehabilitasi Sungai Kuala Melaka untuk Pemeliharaan Kelip-kelip
bagi Tujuan Pelancongan 2021

33

You might also like