You are on page 1of 31

GGGE3403 FOTOGRAFI

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK


DR. SUZIANA HASSAN

Disediakan oleh:

Nisrina Maisyarah binti Mansalasah (A195729)


Nur Haziqah Irdina binti Jabbi@Mohd Raqzi (A194947)
Nur Aina Nadhirah binti Mohd Zamri (A190441)
Nurul Farhana binti Salmi (A190463)
Husna Mawardah binti Rahim (A195931)

Pensyarah:
Lt. Kol. Prof Madya Mohd Jasmy Abd Rahman
PRAKATA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam kajian
tokoh akademik GGGE3403 kursus Fotografi. Kami, Nisrina Maisyarah Binti Mansalasah, Nur
Haziqah Irdina Binti Jabbi@Mohd Raqzi, Nur Aina Nadhirah Binti Mohd Zamri, Nurul Farhana
Binti Salmi dan Husna Mawardah binti Rahim berbesar hati dan bersyukur kerana diberikan
peluang kepada kami untuk menjalankan kajian tokoh akademik yang sangat hebat di dalam
Universiti Kebangsaan Malaysia. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya
kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Suziana binti Hassan kerana
sanggup meluangkan masa beliau dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam kajian tokoh
akademik ini. Sesungguhnya kami merakamkan penghargaan yang tinggi atas kesanggupan
pihak Dr untuk meluangkan masa dengan kami. Kami tidak akan pernah mensia-siakan peluang
yang telah diberikan oleh Dr. Suziana binti Hassan.

Tidak dilupakan juga buat Lt. Kol. Prof Madya Mohd Jasmy Abd Rahman yang telah
memberikan tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa Encik Jasmy disisi,
sudah tentu kajian tokoh akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia ini akan menjadi
huru-hara dan mungkin tidak berjaya kami menyiapkan tugasan ini.
ISI KANDUNGAN

BUTIRAN MUKA SURAT

1. Prakata 2

2. Isi Kandungan 3

3. Pendahuluan 4-6

4. Latar Belakang Keluarga 7-8

5. Latar Belakang Pendidikan 9-11

6. Pembinaan Kerjaya 12-15

7. Kejayaan dan Sumbangan 16-20

8. Perancangan dan Harapan 21-22

9. Penutup 23-24

10. Rujukan 25

11. Lampiran 26-31


PENDAHULUAN

Gambar Dr. Suziana Binti Hassan.

Tugasan ini berkaitan dengan biografi seorang tokoh akademik dan juga pensyarah dari
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi iaitu Dr.
Suziana Binti Hassan. Beliau merupakan pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP)
yang mengajar subjek Mikroekonomi dan Statistik untuk ekonomi dan perniagaan bagi pelajar di
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Biografi ini mengandungi 5 Bab utama yang
menceritakan perihal tokoh akademik, Dr. Suziana Binti Hassan yang telah disusun mengikut
kronologi dari awal kehidupan beliau sehingga ke hari ini.

Bab pertama dalam biografi ini adalah berkaitan dengan latar belakang keluarga tokoh
akademik yang dipilih iaitu Dr. Suziana Binti Hassan. Melalui bab ini kita akan mengetahui
sedikit sebanyak latar belakang keluarga beliau bermula daripada kehidupan awal iaitu bermula
daripada pekerjaan ibu bapa beliau sendiri, adik-beradik, hinggalah ke kehidupan peribadi beliau
di masa ini.
Seterusnya, bab yang kedua pula akan mengupaskan tentang tahap pendidikan beliau,
iaitu dari awal pendidikan di sekolah rendah sehingga ke menara gading. Namun begitu, beliau
tidak menamatkan pendidikan beliau dengan segulung Ijazah Sarjana Muda sahaja, malahan
beliau bertekad untuk menyambung dan meneruskan lagi pengajian beliau ke peringkat Ijazah
Sarjana kemudian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat Doktor Falsafah. Bab ini juga
menceritakan keaktifan sebagai seorang pelajar yang pernah menyandang beberapa jawatan serta
bagaimana beliau berjaya mendapatkan tawaran biasiswa penuh di peringkat Ijazah Sarjana dan
Doktor Falsafah. Dapat kita lihat betapa tingginya kesungguhan dan keazaman beliau dalam
menuntut ilmu melalui bab berkenaan yang bakal dikupaskan sebentar lagi.

Gambar ketika Dr. Suziana Binti Hassan tamat pengajian di peringkat Master, 2010.

Bertitik tolak dari itu, bab ketiga biografi tokoh akademik ini pula akan menceritakan
tentang kerjaya Dr. Suziana Binti Hassan setelah bergelar graduan universiti. Kita dapat melihat
perjalanan serta pengembaraan beliau, bermula dengan seseorang yang bergelar pelajar sehingga
menjadi seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Demi menjadi seorang
pensyarah yang berjaya dan ingin dicontohi oleh para pelajar, pelbagai usaha dan pengorbanan
yang telah dicurahkan oleh beliau. Berdasarkan bab ini juga, kita dapat melihat peranan beliau
memainkan peranan sebagai seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk
mendidik anak-anak Malaysia dalam membentuk mereka menjadi seorang graduan yang berguna
serta berkualiti setelah tamat pengajian.

Di samping itu, bab keempat biografi tokoh akademik menceritakan tentang kejayaan dan
sumbangan Dr, Suziana Binti Hassan sepanjang kehidupan beliau, dan tidak ketinggalan juga
sebagai seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia itu sendiri. Bukan itu sahaja, bab
ini juga menerangkan tentang sumbangan beliau yang disematkan dalam ingatan di peringkat
pembelajaran. Sumbangan yang dibuat serta kejayaan yang dicapai oleh beliau wajar dijadikan
contoh kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Dr. Suziana Binti Hassan juga
telah banyak menerbitkan kajian yang bermutu tinggi yang memberikan impak serta inspirasi.

Akhir sekali, bab terakhir dalam biografi tokoh akademik ini adalah berkaitan harapan
dan perancangan beliau untuk masa hadapan. Beliau mempunyai pelbagai perancangan yang
merangkumi aspek keluarga, kerjaya dan juga pendidikan terutama sekali kepada anak-anak
didik beliau. Dr. Suziana binti Hassan ada menyatakan hasrat dan harapan beliau seperti beliau
mengharap agar anak-anak bangsa dapat melihat kejayaan yang berada di hadapan dan
meneruskan langkah mereka tanpa berputus asa dalam apa jua bidang yang diceburi.
LATAR BELAKANG KELUARGA

Dr. Suziana binti Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Dr. Suziana oleh rakan
sekerja dan para pelajar beliau telah dilahirkan pada tanggal 13 Ogos 1985 di Kota Bharu,
Kelantan. Beliau yang telah dibesarkan di Kampung Belukar, Kota Bharu, Kelantan tersebut
merupakan seorang pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM.

Daerah Kota Bharu, Kelantan

Pada waktu beliau masih kecil, ibu dan bapa beliau bekerja sebagai seorang peniaga di
sebuah kedai kopi di kampung sebagai sumber pendapatan keluarga manakala pada masa kini,
kedua ibu bapa beliau sedang mengusahakan ladang dan kebun di sekitar rumah mereka yang
mempunyai lebih daripada 1,000 pokok terdiri dengan pelbagai jenis sayur-sayuran, jagung dan
ubi. Hasil dari tanaman tersebut dijual kepada orang kampung dan pengusaha luar.

Beliau mempunyai tujuh adik-beradik yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan
yang berbeza. Antaranya, telah mengikut jejak ibu bapa mereka yang merupakan seorang
pengusaha dan sedang mengusahakan bisnes persendirian. Anak keenam daripada tujuh adik
beradik ini gemar memasak dan melakukan aktivi seperti jogging dan bersenam pada waktu
lapang.
Sesi temubual bersama Dr. Suziana menceritakan tentang latar belakang keluarganya pada
13 Jun 2023

Dr. Suziana binti Hassan telah menamatkan zaman bujang ketika beliau berusia 36 tahun
dan perkahwinan beliau baru sahaja berusia hampir dua tahun dan sedang menantikan kehadiran
cahaya mata sulung beliau bersama pasangan. Suami beliau merupakan seorang pegawai polis
yang menjalankan tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Mulong 1, Kota Bharu,
Kelantan dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Seterusnya, beliau meneruskan pendidikan menengah di
sekolah yang berdekatan dengan sekolah rendah beliau iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan
Mulong. Beliau berjaya menamatkan sesi persekolahan dengan keputusan cemerlang dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Kemudian, dengan keputusan SPM beliau yang cemerlang, beliau
menyambung pelajarannya di Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng, Perak dalam aliran sains tulen
selama setahun.

Logo Sekolah Kebangsaan Logo Sekolah Menengah


Mulong 1 Kebagsaan Mulong

Logo Kolej Matrikulasi Perak


Beliau seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat B.Sc. (Hons.) in Forestry selama 3
di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Semasa beliau melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah
Sarjana Muda, beliau sangat aktif dalam mengikuti program-program yang dianjurkan oleh pihak
universiti dengan menyertai sebagai ahli jawatankuasa. Selain itu, beliau juga merupakan ahli
Kelab Perhutanan Rimbawan dan Kelab Cekak Silat. Setelah menamatkan pengajian di peringkat
Ijazah Sarjana Muda, beliau seterusnya melanjutkan lagi pengajian di peringkat M.Sc. of Science
(Parks and Recreation Management) selama 2 tahun juga di Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Ketika beliau menjalankan kajian di peringkat Ijazah Sarjana, beliau mendapat tajaan Graduate
Research Fellowship (GRF) dari Universiti Putra Malaysia itu sendiri.

Universiti Putra Malaysia Fakulti Perhutanan di UMP

Universiti Putra Malaysia, Serdang


Setelah 2 tahun menceburi bidang yang lain setelah menamatkan pengajian di peringkat
Ijazah Sarjana, beliau ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah
PhD. in Nature Resources and Environmental Economics selama 3 tahun di University of
Copenhagen, Denmark. Beliau mendapat tajaan penuh dari Kementerian Pelajaran Tinggi dan
Universiti Putra Malaysia ketika menyambung pengajian ke University of Copenhagen,
Denmark.

University of Copenhagen, Denmark

Logo University of Copenhagen


PEMBINAAN KERJAYA

Beliau memulakan langkah kerjayanya dalam bidang akademik apabila beliau mendapat
tawaran bekerja di Universiti Putra Malaysia, Bintulu, Sarawak sebagai seorang pegawai
akademik atau tutor, disebabkan oleh beliau di waktu itu masih belum mempunyai Doktor
Falsafah. Beliau menjadi tutor selama hampir 5 tahun dan kemudiannya ditukarkan menjadi
pensyarah tetap setelah beliau berjaya menyelesaikan pengajian di peringkat Doktor Falsafah
selama 3 tahun di University of Copenhagen, Denmark dalam bidang Nature Resources and
Environmental Economics.

University of Copenhagen, Denmark

Beliau mempunyai sikap positif yang beliau terapkan dalam membina kerjayanya sehingga
ketahap ini. Berpegang kepada 2 prinsip iaitu sabar dan teruskan usaha dalam mencari ilmu,
beliau mampu untuk meneruskan perjalanan kerjaya ini dan tidak pernah berhenti untuk belajar.
Dalam masa kita nak kejar kerjaya kita juga, beliau selalu mempermudahkan urusan orang lain
selagi beliau mampu, kerana beliau yakin apabila seseorang itu mempermudahkan urusan
seseorang, Allah akan permudahkan urusannya.

Beliau juga percaya bahawa ilmu mampu untuk mengubah hidup seseorang. Rupa paras,
harta dan wang ringgit hanyalah bersifat sementara di mana apabila kita mendalami ilmu, maka
ilmu itu akan berkekalan, malahan bertambah apabila kita sentiasa mengamalkannya. Ilmu juga
mampu untuk menjadikan kita orang yang berguna dengan kita menyampaikannya kepada orang
lain. Begitulah tanggapan beliau, iaitu Dr. Suziana binti Hassan ini tentang ilmu.

Pelajar kursus Fotografi universiti kebangsaan malaysia menemu bual Dr. Suziana binti Hassan
pada 13 jun 2023.

Dalam mencapai tahap kerjaya yang sekarang, sudah pasti beliau telah mengalami
pelbagai cabaran dan rintangan dalam membina kerjayanya ini. Pada permulaannya, beliau untuk
memasuki bidang Pendidikan ini, beliau seringkali gagal untuk ujian permulaan, iaitu temuduga
menjadi pendidik di universiti sekitar. Tetapi itu adalah pelajaran buat beliau untuk terus belajar
dari setiap kegagalan itu.

Sewaktu beliau melanjutkan pembelajaran di peringkat Doktor Falsafah nya, beliau


berada di luar negara seorang diri dan harus mengadaptasi diri dengan perbezaan budaya, bahasa
dan cara hidup orang Denmark. Ini memberikan sedikit cabaran kepada beliau kerana beliau
risau tidak dapat untuk meneruskannya dengan baik.
Logo University of Copenhagen, denmark

Beliau memulakan pengajiannya di peringkat pengajian tinggi di matrikulasi dalam aliran


sains tulen selama 1 tahun. Kemudian beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda sains perhutanan
(degree) selama 3 tahun di Universiti Putra Malaysia, Serdang dan melanjutkan Sarjana Muda
(master) dalam bidang pengurusan taman dan rekreasi selama 2 tahun. Seterusnya, beliau tidak
terus melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah setelah tamat Sarjana Muda, tetapi
beliau bekerja selama 2 tahun dalam bidang yang lain dan di tahun berikutnya, beliau mendapat
tawaran untuk menjadi pegawai akademik atau tutor di Universiti Putra Malaysia, Bintulu,
Sarawak. Tidak lama kemudian, beliau ditawarkan pula untuk meneruskan pengajian di
peringkat Doktor Falsafah di University of Copenhagen, Denmark dalam bidang persekitaran
ekonomi selama hampir 3 tahun.

Setelah 7 tahun pengajian, akhirnya beliau mendapat gelaran sebagai Dr. setelah tamatnya
pengajian beliau di University of Copenhagen, Denmark itu. Beliau meneruskan kerjayanya
dengan menjadi pensyarah di Universiti Putra Malaysia, Bintulu, Sarawak selama 7 tahun.
Kemudian, beliau dipindahkan ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada bulan Februari tahun
2023. Kini, beliau mengajar subjek Mikroekonomi dan Statistik untuk ekonomi dan perniagaan
di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Kini, beliau juga telah mempunyai seorang pelajar sarjana
muda dibawah penyeliaannya.
Bangunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM Bangi.
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Beliau telah menjadi pensyarah selama 7 tahun dari tahun 2016 hingga 2023. Sepanjang
tempoh sebelum menjadi pensyarah, beliau telah bekerja sebagai pegawai akademik atau
dikenali sebagai tutor selama 5 tahun di Universiti Putra Malaysia(UPM) Kampus Bintulu,
Sarawak dan akhirnya dilantik menjadi pensyarah di Universiti Putra Malaysia(UPM) Kampus
Bintulu,Sarawak dan kini di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Bangi setelah tamat
pengajian di peringkat doktor falsafah.

Tempat mengajar Dr. Suziana Hassan sebelum pindah ke UKM,Bangi.

Tempat Dr. Suziana Binti Hassan mengajar sekarang iaitu di Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan,UKM Bangi.
Sebelum menjadi pensyarah, beliau juga mempunyai pekerjaan yang pelbagai. Antaranya
ialah menjadi Sales Executive selama 6 bulan sejurus selepas habis pengajian dalam peringkat
Sarjana Muda. Beliau bekerja di sebuah kilang kejuruteraan dalam bidang pengurusan pejabat di
bandar baru bangi. Walaupun mendapat pekerjaan yang luar dari bidang yang beliau pelajari
sewaktu peringkat Sarjana Muda, beliau tetap menerima pekerjaan tersebut disebabkan ingin
menimba pengalaman sebelum menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah.

Setelah 6 bulan menjadi Sales Executive, beliau berhenti bekerja kerana mendapat tawaran
kerja kontrak sebagai pegawai pemantau harga di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan, Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK HEP) yang bertempat di Putra
Mall, Kuala Lumpur.

Tempat Dr. Suziana Binti Hassan bekerja sebagai pegawai pemantau harga iaitu Putra Mall,
Kuala Lumpur.

Beliau bekerja sebagai KPDNKK HEP selama setahun kemudian beliau mendapat tawaran
untuk menjadi pegawai akademik selama 2 tahun di Universiti Putra Malaysia(UPM), Kampus
Bintulu, Sarawak. Kemudian, beliau mendapat biasiswa penuh untuk menyambung pelajaran
dalam doktor falsafah di University of Copenhagen, Denmark. Beliau mengambil masa selama 3
tahun untuk menyelesaikan pengajian beliau. Ketika pengajian, beliau hanya fokus dalam
menimba ilmu kerana ingin menghabiskan pengajian tepat pada masanya. Setelah habis di
peringkat Doktor Falsafah, beliau baru dilantik sebagai pensyarah dan mendapat gelaran Dr.
menandakan beliau telah menamatkan pengajian dalam peringkat Doktor Falsafah.

Dr. Suziana Binti Hassan bersama professor-professor beliau ketika di University of


Copenhagen, Denmark.

Beliau turut memberi sumbangan di dalam mahupun luar bidang yang diceburi. Antaranya
ialah beliau telah menyertai suatu persatuan iaitu Malaysian Nature Society. Beliau akan
menyertai perbincangan dan akan memberi sumbangan idea yang berkaitan. Ketika beliau di luar
negara pula, beliau telah menjadi setiausaha untuk kumpulan usrah yang diwajibkan kepada
pelajar Malaysia yang belajar di Denmark. Usrah ini akan dibuat pada setiap bulan maka, beliau
sebagai setiausaha akan membuat minit mesyuarat dan juga kewangan. Walaupun tugas
kewangan bukan tugas beliau sebagai setiausaha tetapi disebabkan tugas tersebut tidak besar
maka, beliau mengambil alih tugas tersebut.

Sepanjang menjadi pensyarah, beliau juga ada menganjurkan program iaitu Program bakti
siswa ketika di UPM,Kampus Bintulu. Program ini berkonsepkan khidmat komuniti yang
merupakan terma sinonim bagi Mahasiswa UPM yang aktif melaksanakan aktiviti
kemasyarakatan dan kesukarelawan. Program ini mencakupi kecemerlangan holistik yang
menerapkan elemen-elemen kemahiran insaniah di mana para peserta mendapat bimbingan untuk
melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan sekaligus membentuk nilai-nilai kepimpinan sebagai
ahli komuniti yang serba boleh. Intipati program ini antara lain ialah merangkumi perancangan
komuniti, kaedah pengendalian, pelaksanaan dan penilaian aktiviti bakti siswa. Antara aktiviti
yang dilaksanakan adalah gotong-royong di kawasan pedalaman dan melawat rumah anak yatim.

Selain menganjurkan program, beliau juga menerbitkan jurnal yang turut memberikan
manfaat kepada orang ramai dalam bidang ekonomi alam sekitar. Pada tahun 2023, sebanyak 3
jurnal yang telah dikeluarkan yang bertemakan land use of policy, environmental economics dan
nature conservation. Menurut beliau, beliau selalunya menerbitkan jurnal pada setiap tahun
adalah sebanyak 2 jurnal tapi kadang-kadang beliau juga akan menerbitkan jurnal sebanyak 4
jurnal.

Salah satu jurnal terbitan Dr. Suziana Binti Hassan.

Beliau juga mempunyai matlamat dalam bidang ekonomi alam sekitar yang diceburi oleh
beliau iaitu ingin menjadi seperti Professor beliau ketika belajar di Denmark. Professor tersebut
merupakan contoh tauladan bagi beliau sehingga kini. Beliau juga ingin menjadi pakar rujuk di
Malaysia dalam bidang ekonomi alam sekitar.
PERANCANGAN DAN HARAPAN

Sebagai seorang pensyarah yang telah berkecimpung dalam bidang pendidikan selama 7
tahun sebagai pensyarah, perancangan dan harapan beliau adalah ingin menjadi seorang pakar
rujuk di Malaysia dalam bidang alam sekitar ataupun ekonomi persekitaran. Beliau juga amat
berharap agar semua ilmu yang dituntut dan dipelajari sewaktu membuat kajian di peringkat
ijazah sehingga kini dapat disumbangkan kepada anak didik dan dimanfaatkan oleh semua
lapisan masyarakat terutama sekali kepada para pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau juga menyatakan bahawa bukan sekadar ilmu yang beliau kongsikan sahaja tetapi juga
pengalaman serta pengorbanan yang dikongsikan oleh beliau dalam menjalani kehidupan
bermula daripada seorang pelajar sehingga berjaya menjadi seorang pensyarah ini juga dapat
membuka mata dan minda para pelajar agar terus bersemangat dalam mengejar kejayaan yang
berada di hadapan mereka dalam bidang yang diminati.

Seterusnya, tugas seorang pendidik amatlah besar dan penting dalam melahirkan seorang
graduan yang berkualiti untuk negara.Hal ini demikian kerana, anak-anak muda merupakan aset
yang amat penting dalam memajukan sesebuah negara. “Jika diberi 1000 orang tua, nescaya akan
kucabut semeru dari akarnya, dan jika diberi 10 orang pemuda akan kugoncangkan dunia”
begitulah kata-kata yang diucapkan oleh Seo Karno iaitu bekas presiden Indonesia yang
menunjukkan bahawa betapa pentingnya seorang pemuda kepada sesebuah negara. Melalui
subjek-subjek yang diajar oleh beliau sewaktu di Universiti Putra Malaysia (UPM) cawangan
kampus Bintulu, Sarawak, beliau mengharapkan agar semua pihak tidak mengira pelajar,
pensyarah mahupun masyarakat dapat menggunakan ilmu yang telah dikongsi dan dipelajari
dengan sebaiknya malahan kajian-kajian yang dilaksanakan oleh beliau dalam bidang yang dikaji
juga diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada mereka. Antara subjek yang diajar oleh
beliau sewaktu di Universiti Putra Malaysia (UPM) cawangan kampus Bintulu adalah subjek
forest recreation, forest outdoor recreation, environmental forest economics, biodiversity
conservation, forest protection, dan perladangan hutan. Manakala, setelah berpindah ke
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini pada bulan februari 2023, beliau mengajar
subjek statistik untuk ekonomi dan perniagaan dan mikroekonomi bagi peringkat ijazah sarjana.
Selain itu, harapan beliau terhadap bakal-bakal pensyarah agar tidak menggunakan
kerjaya mereka hanya untuk mengejar kemasyhuran dan mengejar kekayaan semata-mata tetapi
berbalik kepada tugas hakiki seorang pensyarah itu sendiri iaitu sentiasa menuntut ilmu dan
berkongsi kepada orang ramai dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan daripada orang.
Seorang individu yang bakal menjadi seorang pensyarah perlulah bersama-sama dengan pelajar
untuk saling mengajar dan menerima ilmu kerana tidak semestinya seorang pensyarah itu
tugasnya hanya mengajar seorang pelajar, akan tetapi seorang pensyarah juga boleh belajar dan
mendapatkan ilmu dari seorang pelajar kerana ilmu yang dipelajari tidak sama untuk semua
orang begitu juga sebaliknya. Beliau juga berharap agar bakal-bakal pensyarah tidak sombong
dengan ilmu yang dipelajari kepada bakal anak-anak didik mereka.

Akhir sekali, harapan beliau kepada para pelajar agar mereka belajar
bersungguh-sungguh dan tidak mengambil kesempatan kerana telah berjaya memasuki alam
universiti. Hal ini demikian kerana jika para pelajar belajar hanya untuk menghabiskan pengajian
dan mendapatkan segulung ijazah tanpa menjadi seorang pelajar yang berkualiti maka semua
pengorbanan sewaktu mereka belajar adalah sia-sia. Oleh itu, para pelajar perlulah memastikan
bahawa mereka mendapat segulung ijazah yang berkualiti dengan belajar bersungguh-sungguh
dan tidak mengambil kesempatan terhadap apa jua perkara. Beliau juga menyatakan bahawa para
pelajar perlu mendapatkan PNGK yang tinggi bukan sekadar untuk mendapatkan kerja yang
bagus, tetapi demi mendapatkan pengetahuan dan pengalaman yang berharga untuk dicapai.
Tidak semua pelajar itu cemerlang dari awal kerana ada juga pelajar yang sedarhana dalam
pelajarannya, pasti ada naik turunnya tetapi dengan berusaha bersungguh-sungguh sudah pasti
dapat mencapai sesuatu yang diimpikan. Di samping belajar bersungguh-sungguh, para pelajar
juga perlu membuat kebaikan kepada orang ramai dan mencari banyak pengalaman sewaktu
belajar agar dapat diaplikasikan sewaktu kerja nanti.
PENUTUP

Kami dapat simpulkan bahawa Dr. Suziana Hassan ini merupakan seorang pendidik yang
berjiwa besar dan penuh dengan visi misinya dalam memenuhi keperluannya dalam bidang
akademik ini. Beliau sentiasa bersemangat dan sering mencari pelbagai kaedah untuk
meningkatkan pengetahuan dan prestasinya agar beliau dapat menjadi seseorang yang berbakti
kepada masyarakat. Beliau sedar yang hanya ilmu yang mampu untuk mengubah nasib kita
sekarang. Hasil dari kesadaran tersebut, beliau bertekad untuk meneruskan pengajiannya ke
peringkat yang tertinggi, dan akhirnya beliau berjaya. Beliau bertekad untuk belajar dan sentiasa
menolong sesiapa sahaja kerana beliau percaya setiap pertolongan yang diberikan, akan dibalas
dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Berlandaskan 2 prinsip yang sentiasa Dr. Suziana pegang, iaitu sabar dan teruskan usaha
walaupun apa rintangan yang menimpa, beliau akhirnya berjaya sehingga ke titik kerjayanya
yang sekarang. Begitu banyak cabaran yang beliau telah hadapi, tetapi berbekalkan keazaman
yang kuat, iaitu untuk mengubah taraf hidupnya yang dahulu kepada kini, beliau tetap
harunginya. Dalam temubual bersama Dr. Suziana, beliau menyatakan bahawa beliau ingin
menjadi seperti pensyarah beliau ketika beliau belajar di Denmark , iaitu untuk menjadi pakar
dan juga tempat rujukkan pertama dalam bidang persekitaran ekonomi di Malaysia ini. Hal ini
menyebabkan beliau lebih bersemangat untuk teruskan berusaha walaupun beliau telah berada di
tahap ini. Banyak pengajaran yang dapat kami perolehi melalui sesi temubual tokoh kami ini
iaitu Dr. Suziana binti Hassan. Beliau begitu bersungguh-sungguh dalam misinya serta cuba
untuk melakukan yang terbaik dalam segala hal. Dalam pada masa yang sama, beliau juga tidak
lupa untuk saling tolong-menolong kepada orang sekeliling yang memerlukan bantuan mengikut
kemampuan beliau sendiri. Sikap ini wajar untuk diamalkan dalam kalangan mahasiswa dan
mahasiswi zaman kini.

Akhir sekali, kami amat bersyukur atas segala nikmat dan kurnia-Nya, kerana kami
dengan jayanya telah selesai menyiapkan hasil tugasan berkumpulan kami. Sekalung
penghargaan serta ucapan terima kasih kami rakamkan kepada tokoh kami, iaitu Dr. Suziana
Binti Hassan atas kerjasama dan pertolongan yang diberikan kepada kami dalam tempoh untuk
menyiapkan tugasan ini. Mendengarkan kisah hidup beliau yang telah melalui pelbagai rintangan
dan cabaran mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Dengan kerjasama dan usaha yang
dicurahkan daripada setiap ahli yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga, akhirnya laporan
tokoh akademik ini telah selesai disiapkan dengan jayanya. Terima kasih.
RUJUKAN

Ibrahim, M. S. N., Johari, S., Assim, M. I. S. A., Afandi, S. H. M., Khan, W. R., & Hassan, S.
(2023b). Community well-being dimensions in Gunung Mulu National Park, Sarawak,
Malaysian Borneo. PubMed, 10(1), 226. https://doi.org/10.1057/s41599-023-01737-4

Ibrahim, M. S. N., Assim, M. I. S. A., Johari, S., Mohammad, S. K. W., & Hassan, S. (2023).
Tourists’ knowledge on the status of UNESCO World Heritage site for Gunung Mulu
National Park. The Malaysian Forester, 86(2), 325-338.

Ibrahim, M. S. N., Assim, M. I. S. A., Johari, S., Mohammad, S. K. W., Afandi, S. H. M., &
Hassan, S. (2023). Public awareness on biodiversity conservation and well-being: case of
Gunung Mulu National Park, Sarawak. GeoJournal, 88(3), 3471-3496.

Official Website Dr. Suziana Hassan | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU


SARAWAK CAMPUS. (2022). UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU
SARAWAK.
https://btu.upm.edu.my/kandungan/laman_web_rasmi_dr_suziana_hassan-26473
LAMPIRAN

You might also like