You are on page 1of 38

GGGE3403 FOTOGRAFI

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK


DR SHIFA MOHD NOR

Disediakan Oleh:
Siti Zulaikha Binti Asri (A181451)
Nur Amirah Binti Edi Azli (A182578)
Nur Imanina Binti Zahari (A180310)
Siti Hajar Binti Nor Bakri (A182029)
Nur Afrina Binti Razi (A181206)

Pensyarah:
Lt. Kol. Mohd Jasmy Bin Abd Rahman
Dr. Fariza Binti Khalid
Dr. Mohd Khalid Bin Mohamad Nasir

1
PRAKATA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah kursus Fotografi
yang kami hormati iaitu Encik Mohd Jasmy bin Abdul Rahman dan rakan-rakan seperjuangan yang
dikasihi sekalian. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kami dapat
menyiapkan kajian tokoh akademik GGGE3403 Kursus Fotografi dengan jayanya.

Pertama sekali,saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih
kepada rakan-rakan seperjuangan iaitu Siti Zulaikha Binti Asri, Nur Amirah Binti Edi Azli, Nur
Imanina Binti Zahari, Siti Hajar Binti Nor Bakri, dan Nur Afrina Binti Razi atas kerjasama dan
komitmen yang telah diberikan oleh setiap ahli kumpulan dalam menyiapkan tugasan yang telah
diberikan ini walaupun masing-masing sibuk dengan kuliah secara atas talian dan tugasan-tugasan
yang lain.Tanpa bantuan kalian semua,tugasan ini mesti tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa
yang ditetapkan,bak kata pepatah bulat air kerana pembentung,bulat masyarakat kerana muafakat.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shifa Mohd Nor yang sanggup
meluangkan masa beliau untuk memberi kerjasama dalam kajian tokoh akademik ini.
Sesungguhnya kami amat bersyukur atas kesanggupan pihak Prof. untuk meluangkan masa dengan
kami. Kami tidak akan pernah mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Dr. Shifa Mohd.
Walaupun hanya perjumpaan yang singkat, kami mampu untuk mengeratkan hubungan
silaturrahim antara pelajar dan pensyarah.

Sementara itu,saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah
kursus ini, Encik Mohd Jasmy bin Abdul Rahman yang sanggup meluangkan masa beliau dalam
membantu menyiapkan tugasan ini serta berkongsi ilmunya dengan kami. Sifat sabar dan tegas
beliau menyebabkan kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

2
KANDUNGAN

PRAKATA 2

KANDUNGAN 3

PENDAHULUAN 4

LATAR BELAKANG KELUARGA 9

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN 13

PEMBINAAN KERJAYA 19

KEJAYAAN DAN SUMBANGAN 24

PERANCANGAN DAN HARAPAN 28

PENUTUP 32

RUJUKAN 33

LAMPIRAN 36

3
Dr.Shifa Bt Mohd Nor

Siti Zulaikha Binti Asri ¹, Nur Amirah Binti Edi Azli ²,


Nur Imanina Binti Zahari ³, Siti Hajar Binti Nor Bakri ⁴, Nur Afrina Binti Razi ⁵

¹Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

PENDAHULUAN

Dr.Shifa Bt Mohd Nor

Tugasan kumpulan fotografi kali ini berkaitan dengan penulisan akademik seorang tokoh
akademik yang juga merupakan pensyarah berpangkat doktor dari Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan (FEP) di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr Shifa Bt Mohd Nor. Nama beliau
sering kedengaran di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kerana sifatnya yang amat baik, lemah
lembut dan mesra terhadap pelajarnya. Untuk makluman, Dr Shifa suka untuk melihat gambar
fotografi tetapi tidaklah mahir untuk mengambil gambar. Setakat ini beliau tidaklah memegang
jawatan tetapi saya percaya berdasarkan buah mulut dari pelajar bahawa beliau merupakan
pensyarah yang amat komited dalam menjalankan tugasnya.

4
Penulisan akademik ini mengandungi lima bab yang menceritakan mengenai tokoh
akademik, Dr. Shifa Bt Mohd. Nor yang disusun mengikut urutan bermula dari kehidupan sejak
kecil hingga lah hari ini. Bab pertama dalam penulisan akademik ini adalah berkaitan dengan latar
belakang keluarga tokoh akademik yang dipilih yang menceritakan tentang kehidupan awal tokoh
akademik berkenaan. Susulan bab ini, kita dapat mengetahui serba sedikit latar belakang kehidupan
keluarga dan adik-beradik Dr Shifa yang tidak didedahkan kerjaya mereka serta bermula dari
zaman kanak-kanak, zaman remaja, universiti kemudian diikuti kehidupan sebagai seorang isteri
ataupun mungkin ibu sehingga berjaya bergelar pensyarah sehingga hari ini. Keluarga beliau juga
merupakan keluarga yang berpendidikan memandangkan ayah beliau juga seorang pensyarah di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang sentiasa mendorong beliau untuk terus
belajar hingga ke menara gading.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Bab kedua yang seterusnya membincangkan tentang latar pendidikan beliau bermula dari
pendidikan awal di sekolah rendah sehingga berjaya. Beliau tidak putus semangat untuk
menyambung pengajian Master of Islamic Banking. Bahkan bukan itu sahaja, beliau terus bertekad
untuk meneruskan pengajian beliau lagi sehingga ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat
PhD dan seterusnya menjadi seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga
turut aktif dalam menyertai pelbagai program semasa di peringkat universiti. Hal ini demikian,
pada peringkat persekolahan beliau tidaklah begitu terserlah kerana sifatnya yang kurang
keyakinan ketika itu.

5
Namun begitu, beliau cuba keluar dari kepompong untuk menonjolkan prestasi beliau
dengan menyertai aktiviti kesukarelawanan seperti aktiviti sosial di Universiti Beijing, China
semasa zaman universiti yang juga akan menggilap prestasinya serta mengatasi sifat kurang
keyakinan itu. Kami turut diceritakan tentang cita-citanya untuk menjadi seorang pegawai bank
yang berpakaian formal dan korporat tetapi tidak kesampaian kerana mempunyai pengalaman
bekerja dalam bidang tersebut dan didapati pekerjaan tersebut tidak menepati dengan jiwanya.

Universiti Beijing

Bab ketiga tokoh akademik ini akan berdiskusi mengenai kerjaya Dr. Shifa setelah berjaya
menamatkan pengajian di universiti. Perjalanan awal bermula apabila beliau mengambil keputusan
untuk kerja sementara yang banyak serta mencari hala tuju pembinaan kerjaya beliau setelah tamat
pengajian Ijazah Sarjana Muda. Seterusnya, beliau terus menyambung pengajian Master di
Loughborough University serta kembali dan kerja sementara lagi. Akhirnya, dipanggil oleh pihak
Universiti Kebangsaan Malaysia untuk hadir temuduga sebagai jawatan pensyarah. Tidak lama
selepas itu, beliau terpanggil untuk menyambung pendidikan di peringkat doktor falsafah di
Durham University di bawah tajaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelbagai rintangan,
pancaroba yang amat susah serta pengorbanan yang diberikan yang telah dilalui oleh beliau
sehingga berjaya bergelar sebagai seorang pensyarah.

6
Durham University, United Kingdom

Bab keempat tokoh akademik ini pula menyenaraikan tentang sumbangan dan kejayaan
Dr. Shifa Bt Mohd Nor sepanjang beliau bergelar sebagai seorang pensyarah di Universiti
Kebangsaan Malaysia itu sendiri. Bukan itu sahaja beliau juga ada menyumbang peralatan sekolah
di sekolah lama beliau. Terdapat banyak sumbangan dan kejayaan beliau kecapi sama ada dalam
peringkat universiti dan semasa sepanjang bergelar pensyarah di UKM itu sendiri. Banyak
sumbangan yang akan dipersembahkan oleh beliau yang wajar untuk dijadikan sebagai pembuluh
semangat untuk berjaya. Beliau juga ada menerbitkan jurnal dan buku yang juga ada diterbitkan
dalam akhbar Berita Harian suatu ketika dahulu.

7
Universiti Kebangsaan Malaysia menaja pengajian PhD Dr. Shifa

Bab yang terakhir dalam penulisan ini adalah tentang harapan dan perancangan beliau
untuk masa hadapan. Beliau sangat berharap bahawa situasi pandemik Covid-19 segera berakhir
supaya pelajar dapat belajar dengan lebih efektif secara bersemuka memandangkan pembelajaran
secara atas talian tidaklah begitu memberangsangkan. Beliau amat turut bersimpati dengan nasib
pelajar kerana tidak merasai pengalaman berada di universiti terutama sekali pelajar Tahun 1. Apa
yang kita boleh ikhtiar dan berharap adalah dengan sentiasa berdoa kepada Allah agar mengangkat
jangkitan virus yang merebak dengan aktif ini. Besar harapan beliau untuk melihat pelajarnya dapat
merasa suasana universiti sebelum tamat pengajian. Pelajar tidak boleh memberi pelbagai alasan
untuk berjaya dengan menjadikan satu cabaran untuk berubah lebih baik. Walaupun kadang-
kadang kerja itu bukan kepunyaan kita, jadikan ia satu cabaran tetapi ingat jangan biar orang lain
pijak kepala kita dan mengambil kesempatan di atas kebaikan yang diberikan.

8
LATAR BELAKANG KELUARGA

Dr. Shifa Binti Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Dr. Shifa kini merupakan seorang
pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Universiti Kebangsaan Malaysia

Pada 22 Disember 1981 beliau telah dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor dan kini beliau
sedang menetap di Bangi, Selangor bersama keluarga beliau. Beliau juga telah menamatkan zaman
bujang beliau pada 15 Ogos 2008 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang anak
perempuan yang kini berumur 12 tahun dan seorang anak lelaki berumur 9 tahun.

Daerah Petaling Jaya, Selangor

9
Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Bapa beliau juga merupakan bekas pensyarah di Fakulti Islam di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dan merupakan bekas alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang
menjadi pensyarah dalam bidang Usuluddin di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kerjaya bapa
beliau boleh dikatakan sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi beliau untuk menjadi seorang
pensyarah sehingga kini. Bapa beliau merupakan seorang yang amat pentingkan pendidikan
anaknya dan akan memastikan semua anaknya berjaya untuk menyambung pelajaran sekurang –
kurangnya sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda. Bapa beliau amat berbangga terhadap
kesemua anak anaknya yang kini berjaya dalam bidang pendidikan.

Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

10
Ibu beliau pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mempunyai lima
orang adik beradik dan beliau adalah merupakan anak yang kedua dalam keluarga yang juga
menjadi harapan kedua ibu bapanya. Beliau mempunyai seorang abang yang kini bekerja di
Petronas ICT.

Petronas ICT

Sementara itu, adik beliau yang merupakan anak ketiga dalam keluarga kini sedang
berusaha dalam menjayakan PhD dalam bidang reka bentuk dalaman atau lebih dikenali sebagai
interior design. Manakala adik beliau yang merupakan anak yang keempat pula kini bekerja di
National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) Petaling Jaya, Selangor

11
Malah, adik beliau yang kelima pula merupakan seorang Timbalan Pendakwa Raya.
Walaupun kerjaya adik beradik beliau berbeza beza, tetapi ibu bapa beliau masih bangga dan amat
bersyukur terhadap kesemua anak anaknya yang kini telah berjaya tanpa paksaan oleh sesiapa
termasuk ibu bapanya.

Dr. Shifa menceritakan latar belakang keluarga beliau ketika mengadakan temubual di
platform Google Meet pada 1 Jun 2021

Dr. Shifa menceritakan mengenai diri beliau ketika mengadakan temubual di platform Google
Meet

12
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar baru bangi dari
pertengahan Tahun 1 hingga Tahun 6 pada tahun 1988-1993 terletak Bandar Baru Bangi, Selangor.
Selain itu, sekolah ini juga merupakan sekolah yang terawal di Bandar Baru Bangi. Beliau juga
pernah memegang jawatan sebagai pengawas sekolah semasa di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru
Bangi. Pada awalnya, beliau sukar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu kerana sebelum
berpindah ke Malaysia, beliau menetap di luar negara bersama keluarganya kerana ayah beliau
menyambung pelajaran ke peringkat PhD di Amerika Syarikat.

SK Bandar Baru Bangi

Seterusnya, beliau meneruskan pendidikan menengah beliau di SMKA Maahad Hamidiah


Kajang atau dikenali juga sebagai SMKA Maahad Hamidiah pada tahun 1994 – 1998. Seterusnya, ia
merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sungai Ramal, Kajang, Selangor.
Selain itu,sekolah ini juga mula ditubuhkan pada tahun 1977.

13
Pelajar SMKA Maahad Hamidiah

Sebelum 14 tahun diambil alih oleh kementerian Pelajaran Malaysia, Sekolah ini juga di
bawah kerajaan Negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Dalam pada itu, SMKA
Maahad Hamidiah dikenali dengan nama lain iaitu Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau
Sekolah Arab Kajang. Selain itu, terdapat pelajar seramai 121 dari tingkatan satu sehingga
tingkatan empat. Manakala, jumlah guru adalah seramai tujuh orang iaitu Encik Amir Khatim,
Encik Tahar Husin, Puan Jemaah Saadon, Puan Saedah Sani, dan ramai lagi.

Dalam pada itu, pengetua pertamanya ialah Tuan Haji Aziz Andik Achok dan manakala
pengasasnya ialah Ustaz Haji Abdul Hadi Hamid, yang berasal dari sumatera, Indonesia. Beliau
juga menubuhkan sekolah ini pada tahun 1963. Disamping itu, terdapat bangunan asal sekolah ini
terletak di batu 14, Cheras bertentangan dengan Masjid Jamek, Kajang. Pada tahun 1984, maka
pentadbiran SMKA Maahad Hamidiah telah berpindah di kawasan baru bertempat di Jalan Sungai
Ramal Luar, Kajang. Selain itu, SMKA Maahad Hamidiah juga merupakan sekolah harian yang
terbaik dan terunggul di negeri Selangor kerana mempunyai prestasi yang terbaik dari segi bidang
akademik mahupun kokurikulum.

14
Logo SMKA Maahad Hamidiah

Beliau telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Seterusnya, beliau menyambung pelajarannya di dalam bidang ekonomi pengurusan di
salah satu universiti awam yang terkenal iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ia juga
merupakan salah sebuah universiti yang menjadi perbualan di dunia islam. Dalam hal ini, tujuan
utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan adalah untuk memartabatkan
Kembali konsep pembelajaran Islam yang lebih mendalam.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

15
Ketika berada di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia beliau mendapat cabaran baru
kerana terdapat sistem pembelajaran yang berlainan dan teori-teori yang sukar untuk difahami.
Walaubagaimanapun, ia tidak mematah semangat beliau untuk terus lebih maju ke hadapan.
Sebelum masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia beliau diwajibkan mengambil dua
ujian Bahasa iaitu English Proficiency Test (EPT) dan Arabic Placement Test (APT) untuk
menentukan tahap kelas Bahasa yang akan diambil. Namun begitu beliau telah lulus ke semua
ujian di dalam English Proficiency Test (EPT) dan hanya 14 orang sahaja termasuk beliau telah
terpilih daripada beratus orang calon universiti. Berkat Doa dan usaha beliau telah mendapat
sambung peringkat asasi hanya selama satu tahun pada tahun 1999.

Kulliyyah Of Economics And Management Sciences

Namun tidak lama kemudian, beliau terus menyambung pembelajarannya di Universiti


Islam Antarabangsa di peringkat Bachelor of Business Administration (Hons) pada tahun
(20002003). Beliau di Kulliyyah Ekonomi Dan Pengurusan Sains di Universiti Islam
Antarabangsa. Selain itu, terdapat empat jabatan lain terdiri daripada Jabatan Ekonomi dan Jabatan
Kewangan. Pada permulaannya kulliyyah hanya menawarkan satu program sarjana dalam bidang
Ekonomi. Disebabkan permintaan terhadap Pendidikan bersepadu mendapat permintaan ramai,
Kulliyyah Ekonomi dan Sains pengurusan memperluaskan pengajian Sarjana dan membina
program pascasiswazah pertama dengan Sarjana Ekonomi pada tahun 1988.

16
Pada waktu itu, ia hanya menawarkan program sarjana dan tujuh program pascasiswazah
kepada lebih daripada 3000 pelajar sahaja. Selain itu, tenaga pelajar juga terdiri daripada staf
akademik tempatan dan antarabangsa yang mempunyai kelayakan serta prestasi yang baik dan
cemerlang bukan sahaja dalam bidang pengajaran malah dalam bidang penerbitan dan
penyelidikan. Selain itu, Kulliyyah ini juga mendapat nama yang terbaik dalam pelbagai
pengkhususan.

Beliau seterusnya menyambung pelajarannya ke peringkat Master of Arts (distinction) in


Islamic Banking, Management and Finance di Loughborough University pada tahun (2004-2006)
Setelah dua tahun menimba ilmu di sana, beliau lulus dengan cemerlang dan terus melanjutkan
kerjayanya sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Loughborough University

Setelah beberapa tahun berkhidmat sebagai pensyarah beliau diberi peluang untuk
menyambung Doktor Falsafah ke peringkat antarabangsa dan beliau mendapat biasiswa tajaan oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia.

17
Durham University United Kingdom

Majlis Graduasi

Akhir sekali, beliau berjaya dengan cemerlang dalam menyambung pelajaran ke peringkat
Doctor of Philosophy (Islamic Banking and Finance) pada tahun 2009-2013 di Durham Universiti
United Kingdom. Setelah beliau berada United Kingdom selama 3-4 tahun, beliau mengambil
keputusan untuk pulang ke tanah air, Malaysia untuk berkhidmat kepada kerajaan disebabkan
tanggungjawabnya sebagai seorang penerima biasiswa oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sejurus beliau pulang ke tanah air, beliau terus menyambung berkhidmat semula sebagai
pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan berbakti untuk negara yang tercinta.

18
PEMBINAAN KERJAYA

Setelah tamat pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, setiap graduan pasti
mengimpikan untuk mendapatkan bidang pekerjaan yang diminati dan diidamkan selepas
mencurah sepenuh tenaga untuk mendapatkan segulung ijazah. Impian Dr. Shifa setelah beliau
menamatkan pengajian adalah untuk bekerja di sektor perbankan memandangkan beliau
menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia pada tahun 1992. Melihat rakan-rakan seperjuangan memakai sut dan mempunyai
penampilan yang cukup mengagumkan membuatkan beliau nekad untuk bekerja di sektor
perbankan. Namun begitu, langit tidak selalu cerah. Peluang untuk menempatkan diri di sektor
perbankan kelihatan samar apabila berpuluh-puluh resume dihantar dan temuduga dihadiri tidak
memberikan pulangan yang memberangsangkan.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tetapi beliau tidak mudah untuk patah semangat dan akhirnya beliau mendapat tawaran
untuk bekerja di sebuah syarikat yang tergolong dalam perusahaan kecil dan sederhana. Di syarikat
tersebut, beliau mendapat jawatan sebagai kerani dan bekerja selama enam bulan disana. Di
syarikat tersebut, beliau mendapat pelbagai pengalaman manis dan pahit dan mempelajari pelbagai
perkara. Syarikat tersebut terletak kira-kira dua jam daripada tempat kediaman beliau. Di atas
beberapa sebab peribadi, beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan di syarikat tersebut.
Walaupun perletakan jawatan tersebut mendapat tentangan yang hebat daripada ibu bapa beliau,
akan tetapi beliau nekad untuk berhenti kerana beliau yakin bahawa rezeki berada di mana-mana
sahaja.

19
Sementara menunggu panggilan temuduga, Dr. Shifa mula bekerja di sebuah kedai pakaian
terpakai. Pada ketika itu, beliau mengatakan bahawa beliau tidak berasa malu untuk bekerja di sana
walaupun beliau berjaya mendapat segulung ijazah sarjana muda. Lain tempat, lain pengalaman.
Itu adalah kata-kata daripada Dr. Shifa mengatakan bahawa pada zaman kini, graduan tidak
seharusnya terlalu memilih untuk bekerja di mana-mana sektor atau jenis-jenis pekerjaan. Apa
sahaja yang ditawarkan, kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka dan tidak terlalu
berharap dengan jumlah gaji yang diberikan. Pengalaman beliau bekerja di kedai pakaian terpakai
amat berharga kerana di situ beliau belajar cara untuk mengendalikan ragam pelanggan,
menguruskan kewangan dan juga berjumpa dengan pelbagai latar belakang pelanggan dan
majikan.

Setelah itu, beliau menyambung perjalanan kerjaya beliau di Kementerian Pengajian


Tinggi sebagai seorang kerani. Di sana juga, beliau menggalas tanggungjawab untuk melakukan
pendokumentasian maklumat-maklumat. Pengalaman lalu membuatkan Dr. Shifa bangkit dengan
azam yang baru untuk membuktikan bahawa tiada batu penghalang untuk kita berjaya dalam
kehidupan. Setiap perjalanan pembinaan kerjaya itu pasti mempunyai pelbagai cabaran yang perlu
ditempuhi.

Kementerian Pengajian Tinggi

20
Setelah bekerja beberapa bulan di Kementerian Pengajian Tinggi, beliau mengambil
keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang perbankan islam,
pengurusan dan kewangan di luar negara. Beliau percaya bahawa tahap pengajian bukanlah di
peringkat ijazah sarjana muda semata-mata. Tidak salah untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan
terhadap bidang yang diminati.

Setelah beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat sarjana selama dua tahun, Dr.
Shifa kembali ke tanah air untuk memulakan kerjaya beliau sebagai Eksekutif Pembangunan
Produk, Affin Islamic Bank Berhad selama enam bulan iaitu pada Januari 2007 sehingga Jun 2007.
Beliau berkata bahawa rezeki untuk bekerja di sektor perbankan telah tertunai apabila beliau
mendapat jawatan tersebut setelah berjaya menamatkan pengajian di Loughborough
University.“Rezeki tidak pernah salah alamat dan kita sebagai umat manusia yang beriman
seharusnya percaya terhadap rezeki yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta”, itulah kata-kata
nasihat yang diberikan untuk anak muda pada masa kini.

Logo Affin Islamic Bank Berhad

Pada Jun 2007, Dr. Shifa mendapat tawaran untuk bekerja sebagai pensyarah berpangkat
DM45 di salah satu kolej swasta di Selangor iaitu Kolej Universiti Islam Selangor selama empat
bulan. Mengikut jejak langkah ayah beliau untuk bekerja sebagai seorang pensyarah merupakan
salah satu keputusan yang tidak pernah dikesali oleh beliau kerana beliau mengatakan bahawa
beliau telah berjaya menemui kerjaya yang sebenar buat diri beliau. Menjadi pensyarah di KUIS
merupakan batu loncatan kepada beliau untuk lebih mengembangkan lagi sayap beliau dalam
kerjaya sebagai seorang pensyarah yang berwibawa.

21
Logo Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Rezeki mendatang tanpa diduga apabila beliau ditawarkan untuk berkhidmat sebagai
pensyarah gred DS45 di Universiti Kebangsaan Malaysia pada bulan September 2007. Tanpa
diduga, ayah beliau juga merupakan seorang alumni pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia
jua. Apabila menerima tawaran tersebut, beliau mengatakan bahawa cabaran utama yang dihadapi
oleh beliau ialah mengajar kursus dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan. Hal ini demikian
kerana beliau sudah biasa untuk mengajar dengan menggunakan bahasa asing iaitu Bahasa
Inggeris. Pada awalnya agak kekok, namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk tetap
mengajar anak muda sehingga berjaya. Kursus yang diajar oleh beliau ialah etika tanggungjawab
dan sosial, perniagaan mengikut perspektif islam, komunikasi perniagaan, dan pengantar
pengurusan.

Apabila beliau semakin selesa bekerja sebagai pensyarah, beliau merasakan beliau perlu
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Doktor Falsafah. Pada tahun 2008,
beliau telah memutuskan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perbankan Islam di Universiti
Durham selama empat tahun.

Durham City

22
Pada tahun 2012, Dr. Shifa kembali menjalankan amanah beliau sebagai seorang
pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia seperti sirih
pulang ke gagang. Beliau tetap menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh amanah dan
berdedikasi sehingga pada masa kini.

Dewan Canselor Tun Abdul Razak

Di samping itu, beliau juga dilantik sebagai alumni koordinator selama empat tahun iaitu
pada tahun 2018 sehingga tahun 2021. Tidak pernah lekok untuk berkongsi ilmu pengetahuan
bersama dengan anak didiknya dimana dibawah pimpinan beliau juga terdapat beberapa mahasiswi
atau mahasiswa yang menjalankan kajian bagi tugasan akhir peringkat sarjana atau peringkat
doktor falsafah. Pesanan beliau ialah supaya jangan mudah putus asa sekiranya kita tidak mendapat
pekerjaan yang diimpikan malah kita harus lebih berusaha untuk perbaiki diri supaya menjadi lebih
baik pada masa depan kelak.

23
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Beliau menjadi lebih berani untuk tampil ke hadapan apabila berada di universiti apabila
telah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa dan pernah menjadi Ahli Pengarah. Segalanya
bermula dari situ untuk membina keyakinan diri dan berani untuk tampil ke hadapan. Beliau juga
telah menyertai pelbagai program bagi membina network supaya senang untuk mendapat kerja
pada masa hadapan. Semasa dalam pengajian peringkat sarjana muda, beliau sempat untuk
membuat lawatan sambil belajar di Universiti Beijing pada tahun 2002. Dr. Shifa banyak terlibat
dengan banyak persidangan. Kita digalakkan untuk terlibat dengan kerja luar kerana karakter diri
akan berubah dengan lebih baik dan maju ke hadapan.

Universiti Beijing

Apa yang penting adalah niat yang baik-baik sahaja. Hal ini kerana walaupun kita terlalu
sibuk dengan pelbagai kerja tetapi Allah permudahkan urusan hidup beliau kerana telah berniat
untuk membantu meringankan beban pensyarah beliau apabila terlibat dengan persidangan. Rezeki
pun bertambah malah mendapat keputusan yang baik. Malah beliau sempat untuk bekerja sambil
belajar sebagai Faci dan Research Assistant (RA) sambil menjana pendapatan. Bagi saya ianya
adalah satu kejayaan kerana tidak semua pelajar mampu untuk berbuat demikian.

24
Selain itu, beliau juga turut menyumbang dalam bidang penulisan apabila berjaya
menerbitkan sebanyak dua buah buku malah penulisan beliau juga ada terpapar dalam akhbar
Berita Harian sebanyak dua kali pada muka surat 10 yang sering menjadi perhatian dahulu.

Muka surat 10 Berita Harian

Bukan itu sahaja, 2 buah buku juga telah berjaya diterbitkan oleh beliau secara bertopik serta
24 jurnal. Antara contoh jurnal beliau adalah seperti dibawah :

Trust Motivates Funders to Participate in Shariah Crowdfunding.

25
Di samping itu, beliau juga ada menerima beberapa anugerah dari pihak Universiti Kebangsaan
Malaysia sendiri seperti pada tahun 2020, beliau mendapat Best Paper Award, The Sixteenth Cultural
Symposium of Indonesia Malaysia peringkat antarabangsa. Pada tahun 2018 pula, Program Rampai
Penyelidik UKM Siri 5 peringkat Malaysia dan telah berjaya mendapat tempat kedua. Terdapat 2
kejayaan telah dikecapi pada tahun 2017 iaitu Excellence Service Award, FEP peringkat kebangsaan
dan juga Improvement of Publishing Performance Award, FEP Quality Ceremony di bawah Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan.

Anjuran dari pihak universiti luar pula iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun
2016 berjaya merangkul tempat kedua dalam The 3rd International Innovation, Design an Articulation
(i-IDeATM2016) peringkat antarabangsa. Begitu juga pada tahun 2012, beliau berjaya memenangi
Education Innovation Award dari pihak FEP Universiti Kebangsaan Malaysia.

Universiti Teknologi MARA

26
Beliau juga seorang yang sangat berminat untuk membuat aktiviti kemasyarakatan.
Misalnya, beliau pernah menyumbang alatan sekolah di sekolah lama beliau iaitu SMKA Maahad
Tahfiz Hamidiah. Dr. Shifa ada menceritakan tentang penglibatan beliau dalam fakulti di bawah
kursus Etika Sosial Korporat mengenai Buku Jalanan Chow Kit untuk menghiburkan anak-anak di
sana.

Sumbangan alatan sekolah SMKA Maahad Tahfiz Hamidiah

Buku Jalanan Chow Kit

27
PERANCANGAN DAN HARAPAN

Dasawarsa ini, Seperti kita sedia maklum terdapat wabak COVID-19 melanda di seluruh
dunia dan telah mengakibatkan seluruh penduduk di dunia ini mengalami masalah yang sama.
Dengan itu, sistem pembelajaran juga telah berubah daripada formal kepada informal. Dalam hal
ini, beliau menyatakan kepentingan untuk mempelajari teknologi baru sangat penting pada masa
kini bagi memastikan pelajar beliau mencapai maklumat yang dipelajari secara sepenuhnya. Bagi
beliau pembelajaran secara bersemuka lebih efektif berbanding pembelajaran secara atas talian.
Walau Bagaimanapun, beliau telah bersiap sedia untuk meningkatkan ilmu dalam bidang teknologi
bagi memastikan penyampaian beliau di dalam kelas dapat disampaikan dengan baik.

Dr Shifa bersama pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

28
Sebagai seorang pensyarah yang telah berkecimpung dalam bidang ekonomi pengurusan
yang mempunyai pelbagai pengalaman dan juga pengetahuan, beliau melihat bahawa
meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia amat penting bagi beliau. Bukan sahaja dari segi
pendidikan malah daripada jati diri juga amat penting untuk melahirkan generasi yang pandai
dalam pelbagai bidang. Apa yang membimbangkan adalah apabila beliau menyebut, untuk
melahirkan graduan yang cemerlang memang ramai tetapi untuk melahirkan pelajar cemerlang dari
segi sahsiah juga penting untuk masa akan datang yang lebih baik. Beliau juga mempunyai
perancangan dan strategik bagi membangunkan sistem pendidikan di Malaysia. Dalam
menjalankan tugas sebagai seorang pendidik beliau tekun, tabah dan gigih untuk mencapai dalam
usaha untuk membantu pelajar.

Dr Shifa Bersama Pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Harapan beliau kepada anak muda pada masa kini, beliau ingin melihat lebih ramai graduan
yang lahir terus mendapat pekerjaan yang diingini terutama sekali dari kalangan anak muda. Beliau
menyeru anak-anak muda agar terus mencuba pelbagai pekerjaan selepas tamat pembelajaran.
Dalam hal ini, anak muda pada masa kini perlu mencuba pelbagai pekerjaan supaya dapat
menambah lagi pengetahuan dari luaran atau dalaman.

29
Hal ini kerana, persediaan mental dan fizikal perlu ada dalam setiap graduan bagi
membantu untuk menyelesaikan masalah pada masa akan datang. pelajar juga perlu bertindak
rasional dalam membuat sesuatu keputusan yang dapat menentukan masa hadapan. Dalam hal ini,
pelajar perlu menganalisis pasaran kerja pada masa kini supaya jurusan yang diambil oleh pelajar
dapat memberi peluang pekerjaan apabila tamat dalam pembelajaran bagi mengelakkan
pengangguran.

Perkongsian Dr shifa bersama pelajar Ukm

Selain itu, beliau berharap agar pelajar pada masa kini dapat memperlengkapkan diri
mereka dari aspek kelayakan akademik dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Dalam hal
ini, ini merupakan syarat umum bagi seorang pelajar untuk melanjutkan ke pelajaran pada
peringkat lebih tinggi. Beliau juga ada menyatakan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum amat
penting untuk membina rangkaian dan pengalaman di dalam universiti untuk kebaikan pada masa
akan datang. Penglibatan kokurikulum sangat penting bagi mencerminkan sikap pelajar ia juga
merupakan syarat -syarat wajib bagi pelajar untuk memasuki alam pekerjaan. Beliau berharap
pelajar sentiasa dapat menambah nilai kemahiran diri dari pelbagai aspek supaya menjadi panduan
berguna dalam mencapai cita-cita.

30
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Seterusnya, bagi beliau kemahiran berkomunikasi juga penting kepada pelajar untuk
menyampaikan maklumat secara berkesan. Dalam hal ini, komunikasi juga penting untuk kerjaya
pada masa depan kerana kemahiran komunikasi dapat membantu anak muda pada masa sekarang
untuk lulus temuduga dalam proses pemilihan. Dengan mempunyai kemahiran komunikasi yang
baik dapat membantu untuk difahami oleh orang lain dan juga memahami keperluan orang
sekeliling .

Akhir sekali, beliau berharap semua pelajar pada masa sekarang mempunyai pengetahuan
yang luas untuk menjadi graduan yang terbaik. Peribahasa melayu ada mengatakan di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Dalam hal ini, untuk mendapat pengetahuan sangat mudah kerana
terdapat pelbagai teknologi yang baharu dan maklumat sudah ada pada hujung jari. Maka dengan
itu, untuk mendapatkan sesuatu maklumat bukanlah sukar pada masa sekarang. Peribahasa melayu
ada mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

31
PENUTUP

Sebagai penghias bicara akhir, Dr. Shifa Mohd Nor telah menambat hati kami sekumpulan
untuk menjadikan beliau sebagai tokoh akademik. Hal ini dikatakan sedemikian kerana disebabkan
oleh sifat beliau yang tidak pernah berputus asa dalam sesuatu kerjaya. Personaliti dan sifat beliau
adalah merupakan salah satu rahsia kejayaan beliau yang sentiasa bersungguh sungguh untuk
mengecapi segala impian ibu bapa beliau. Malah, beliau bukan sahaja seorang yang hebat dari segi
pendidikan mahupun kerjaya beliau, tetapi sifat peribadi beliau yang seiring dengan akhlak yang
berbudi pekerti, baik hati serta rendah diri. Sifat peribadi yang wujud dalam diri beliau merupakan
salah satu sifat yang perlu dipraktikkan oleh kita semua jika menginginkan kejayaan tersebut.
Didikan serta restu yang diberikan oleh ibu bapa beliau juga merupakan salah satu elemen yang
menjadi sebagai pendorong beliau untuk memperoleh kejayaan sehingga ke hari ini.

Di samping itu, beliau juga berpesan supaya sentiasa berusaha dalam mencari dan
meneroka peluang yang ada terutamanya apabila negara kita sedang menghadapi penularan wabak
COVID-19. Hal ini disebabkan oleh, terdapat pelbagai kerjaya yang sedang diterhadkan pada masa
kini. Dengan itu, beliau nasihatkan supaya sentiasa belajar sehabis baik untuk kebaikan pada masa
akan datang dan beliau juga menasihati kami agar sentiasa cakna terhadap segala perkara yang
berlaku. Walau bagaimanapun, sifat peribadi serta adab yang baik adalah merupakan perkara yang
sangat penting dan harus dipraktikkan untuk memperoleh sesuatu kejayaan kata beliau.

Akhir sekali, terdapat pelbagai perkara yang telah kami pelajari daripada beliau di mana
walau bagaimanapun kita janganlah sesekali berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara
kerana sebaliknya perkara itu jugalah yang akan membuatkan kita bangkit pada esok harinya.
Kami amat berbangga terhadap kejayaan yang diperoleh serta personaliti yang wujud dalam diri
beliau. Kami juga ingin berterima kasih kepada Dr. Shifa Mohd Nor kerana sudi untuk berkongsi
kepada kami dalam menjayakan tugasan yang telah diberikan. Tidak lupa juga kepada ahli - ahli
kumpulan yang sentiasa bekerjasama dalam menghasilkan tugasan ini dengan jayanya.

32
RUJUKAN

Aisyah Abdul Rahman, Shifa Mohd Nor and Fazly Salmat. 2020. The Application of Venture Capital
Strategies to Musharakah Financing. Journal Islamic Accounting Business Research
(JIABR) (WoS & SCOPUS).

Aisyah Abdul-Rahman and Shifa Mohd Nor. 2016. Challenges of Profit-and-Loss Sharing Financing
in Malaysian Islamic Banks, Geografia Online: Malaysian Journal of Society and Space, 39-
46.

Aisyah Abdul-Rahman and Shifa Mohd Nor. 2015. Challenges of Equity Financing, Asian Journal of
Case Research, 43-56.

Amir Fazlim Jusoh Yusoff, Mat Noor Mat Zain, Salmy Edawati Yaacob, Hanira Hanafi, Nik Abdul
Rahim Nik Abdul Ghani, Shifa Mohd Nor & Muhammad Shahir Ridzuan Md Radzi. 2018.
Modus Operandi Bay Al-Salam Sebagai Instrumen Pembiayaan Peribadi Patuh Syariah in Isu
Syariah dan Undang-Undang: Sinergi Syariah dan Undang-undang Solusi Masalah
Ummah, Siri 23.

Azman Ismail, Shifa Mohd Nor, Zulkifli Yahya, Ungku Azly Ungku Zahar, Yusof Ismail, Ainon
Jauhariah Abu Samah. 2013. Social Support in Job Performance as an Antecedent of Work
Intrusion on Family Conflict: Empirical Evidence, Management (Croatia), 18(2):37- 55.
(SCOPUS).

Khairul Akmaliah Adham, Huong Ha, Shifa Mohd Nor, Zaleha Yazid. 2018. Learning to complete
the PhD Thesis, Issues in Educational Research, 28 (4), 811-829 (WoS).

Mohd Helmi Ali, Syed Shah Alam, Shifa Mohd Nor, Syajarul Imna Mohd Amin, Nor Asiah Omar.
2019. Elucidation of Supply Chain Integration in Halal Food Industry, Malaysian Applied
Biology, 48 (2), 71-76. (SCOPUS).

Nur Shairah Rahim, Nurul Zalekha Aznan and Shifa Mohd Nor. 2018. Pelajar UKM Kongsi
Pengalaman Turun Bertemu Anak-Anak Chowkit, Kampus UOLS.

Nurul Ain Mohd Pauzi, Aisyah Abdul-Rahman, Shifa Mohd Nor. 2017. Impak Kepercayaan Dan
Kesetiaan Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) Terhadap Risiko Kecairan, Jurnal
Pengurusan, 1-24. (SCOPUS).

Noor Azuan Hashim, Shifa Mohd Nor, Hawati Janor. 2016. Riding The Waves of Social
Commerce:An Empirical Study of Malaysian Entrepreneurs, GEOGRAFIA: Malaysian
Journal of Society and Space, 83-94.

Rafidah Mohd Azli, Mohd Rizal Palil & Shifa Mohd Nor. 2017. Effect of Ar-Rahnu Relationship
Value on Long-Term Relationship between Customer and Institutions, Jurnal Pengurusan, 1-
22.(SCOPUS).

33
Rafidah Mohd Azli, Mohd Rizal Palil, Shifa Mohd Nor, Mohamad Abdul Hamid and Zainudin Awang.
2018. The Role of Ar-Rahnu’s Benefits – Sacrifices Exchange towards Relationships
between Customers and Islamic Financial Institutions, Pertanika Journal of Social Sciences
and Humanities 25(s), 127 – 140. (WoS/SCOPUS).

Rafidah Mohd Azli, Mohd Rizal Palil and Shifa Mohd Nor. 2016. Benefits-Sacrifices Exchange
(BSX) In Islamic Pawn Broking Transaction: An Exploratory Factor Analysis, International
Journal of Business, Economics and Law, 38-51.

Ruzita Abdul-Rahim, Azhan Taqiyaddin-Arizan, Shifa Mohd Nor. 2016. Analisis Teknikal dan
Implikasinya Terhadap Kecekapan Pasaran Saham di Malaysia, Jurnal Pengurusan, 3-20.
(SCOPUS).

Shifa Mohd Nor, Mohd Helmi Ali, Aisyah Abdul-Rahman, Nurun Najihah Subakir. 2019. Exploring
CSR Awareness in Developing Countries: A Case Study of Halal Industry in Malaysia
International Journal of Economics, Management and Accounting (IJEMA) (WoS).

Shifa Mohd Nor, Mehmet Asutay, Syajarul Imna Mohd Amin. 2018. Corporate Social Responsibility
Practiced By The Malaysian Islamic Banks: A Study On The Islamic Moral Economy,
International Journal of Business and Management Science (SCOPUS).

Shifa Mohd Nor. 2016. Islamic Social Bank: An Adaptation of Islamic Banking? Jurnal Pengurusan,
14. (SCOPUS).

Shifa Mohd Nor, Ruzita Abdul Rahim & Zizah Che Senik. 2016. The Potentials of Internalising
Social Banking Among the Malaysian Islamic Banks, Environment, Development and
Sustainability, 347 – 372. (WoS)

Shifa Mohd Nor, Noor Azuan Hashim., 2015, CSR and Sustainability of Islamic Banking: The Bankers
View, Jurnal Pengurusan, 1. (SCOPUS).

Shifa Mohd Nor. 2018. Menjuarai Ekonomi Moral Islam, Impak: Kewangan dan Pelaburan @ UKM.

Shifa Mohd Nor. 2018. Championing Islamic Moral Economy, Impact: Finance and Investmen @
UKM.

Shifa Mohd Nor. 2017. Perbankan Islam Mesti ada Nilai Moral, Berita Harian.

Shifa Mohd Nor. 2016. Tanggungjawab Sosial Korporat dari Sudut Islam, Berita Harian.

Shifa Mohd Nor. 2015. Kerja Kemasyarakatan Selari Tuntutan Islam, Gabungan Zakat, Wakaf
Tingkat Usaha Basmi Kemiskinan, Berita Harian.

Shifa Mohd Nor. 2015. Sistem Perbankan Islam (Islamic Banking System) in Perniagaan
Mengikut Perspektif Islam (Business from Islamic Perspectives).

34
Siti Nabihah Esrati, Shifa Mohd Nor & Mariani Abdul Majid. 2018. Fintech (Blockchain) dan
Pengurusan Zakat di Malaysia in Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran
Kontemporari,432, EKONIS-UKM.

Syajarul Imna Mohd Amin and Shifa Mohd Nor. 2019. Board Diversity and Firm Performance in
CMTS Industries. Asian Journal of Accounting and Governance (AJAG), vo. 12, (WoS).

Syajarul Imna Mohd Amin, Mohd Helmi Ali, Shifa Md. Nor. 2018. Cost Efficiency and Liquidity
Risk in Banking: New Evidence from OIC Countries, International Journal of Business and
Management Science (SCOPUS).

Tengku Humaira Tengku Abdul Rahman, Shahida Shahimi and Shifa Mohd Nor. Does Islamic
Banking Promote Financial Inclusion among Women in OIC Member Countries? International
Journal of Social Economics (WoS).

Zizah Che Senik, Ridzuan Md Sham, Shifa Mohd Nor, Nor Asiah Omar. 2018. International
entrepreneurship orientation and internationalization of Engineer-Entrepreneurs, International
Journal of Business and Management Science (SCOPUS).

35
LAMPIRAN

36
37
38

You might also like