You are on page 1of 7

KOLEJ UNITI

DIPLOMA PEMBUATAN PRODUK HALAL

DHM 1003

PENGANTAR HALAL & HARAM

KERTAS KERJA:

AKU DAN DHPM

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD ABDULLAH FAHMI DINIE BIN NASARUDIN

20210034

DISEDIAKAN UNTUK:

USTAZAH NATRAH MD. NAZIR

TARIKH AKHIR:

4 JUN 2021

(JUMAAT)

1
KANDUNGAN
1. PENGENALAN................................................................................................................3
2. DHPM................................................................................................................................4
3. PENGUAT UNTUK BELAJAR......................................................................................5
4. PERANAN SEBAGAI PELAJAR KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA......6
5. IMPIAN DALAM HIDUP...............................................................................................7

2
1. PENGENALAN
Assalamualaikum w.b.t dan salah sejahtera. Nama saya Muhammad Abdullah Fahmi Dinie
Bin Nasarudin. Seorang penuntut di Kolej UNITI, Port Dickson, yang berumur 22 tahun.
Merupakan anak kelima dari lapan orang adik-beradik. Saya berasal dari Rawang, Selangor,
dan telah menetap di Bukit Beruntung, Rawang selama 17 tahun. Bapa saya, Nasarudin Bin
Yusof adalah pegawai keselamatan di cawangan Maybank, di Rawang. Manakala, ibu saya
pula adalah seorang surirumah sepenuh masa.

Bagi menceritakan latar belakang Pendidikan pula, saya telah memulakan persekolahan di
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung dan menamatkan pengajian tingkatan 5 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa pada tahun 2017. Sebelum saya bersekolah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa, saya juga pernah bersekolah di Sekolah Bina Insan, di
Bangi. Sewaktu di zaman persekolahan, saya telah dilantik untuk menjadi pengawas kerana
guru-guru percaya bahawa saya mampu memikul serta menjalankan Amanah yang diberi.

Selain itu, saya juga seorang yang aktif bidang ko-kurikulum dan akademik. Saya amat
meminati matapelajaran Sains. Pada peringkat sekolah rendah, saya selalu menyertai
pertandingan yang dianjurkan pada bulan Sains. Antara pencapaian yang saya dapat ialah
Anugerah Saintis Muda Peringkat Sekolah pada tahun 2012.

Seterusnya, dalam bidang ko-kurikulum pula, saya telah banyak mewakili sekolah dalam
banyak jenis sukan. Semasa di sekolah rendah, saya pernah mewakili sekolah di dalam
pertandingan bola sepak dan pasukan sekolah saya telah menduduki tempat kedua pada
peringkat daerah. Pada peringkat menengah pula, saya pernah menyertai pasukan bola
tampar, sepak takraw, serta acara merejam lembing, dan saya telah dilantik untuk menjadi
kapten bagi setiap pasukan yang saya sertai. Pasukan di bawah pimpinan saya telah
mendapatkan tempat kedua di dalam pertandingan bola tampar dan tempat ketiga untuk
pertandingan merejam lembing dan sepak takraw.

Secara ringkasnya, saya adalah seorang yang giat dalam aktiviti sukan serta akademik dan
sering diberi kepercayaan untuk memimpin sesuatu kumpulan.

3
2. DHPM
Sebelum saya ceritakan kenapa saya ambil kursus DHPM ini, saya akan terlebih dahulu
menerangkan apakah DHPM itu sebenarnya. DHPM adalah singkatan dari Diploma in Halal
Product Manufacturing atau dalam bahasa melayu-nya adalah Diploma Pembuatan Produk
Halal. Sepanjang tempoh pengajian, penuntut akan diajar tentang halal dan haram, produk-
poduk, cara membuat produk, dan lain-lain.

Saya mengambil kursus ini dengan matlamat yang besar di dalam jiwa saya iaitu untuk
menghasilkan produk saya sendiri yang tergolong dalam industri makanan dan minuman
(F&B). Sebelum menyambung pelajaran pada peringkat Diploma, saya merupakan pekerja
sepenuh masa yang berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan. Antaranya
ialah menjual air botol yang hadir dengan berbagai perisa. Produk saya mendapat sambutan
yang hangat dan mampu menjual sehingga 120 botol dalam tempoh 2 hari.

Namun, perniagaan ini hanyalah secara kecil-kecilan dan saya tidak mempunyai apa-apa
pengetahuan mahupun pengalaman untuk memperbesarkan lagi perniagaan ini. Apabila
mendapat tawaran dari Kolej Uniti untuk menyambung pelajaran dalam kursus ini, tercetus
idea di dalam fikiran saya untuk mengambil peluang ini dalam memperluaskan lagi
pengetahuan demi memperbesarkan perniagaan yang sedia ada.

Selain tu, saya juga sangat meminati matapelajaran Sains yang membuatkan saya yakin untuk
mengambil kursus yang ditawarkan ini. Dengan sokongan dari keluarga dan rakan-rakan,
saya akhirnya membuat keputusan untuk tidak melepaskan peluang yang ada dan
meninggalkan pekerjaan saya pada waktu itu.

4
3. PENGUAT UNTUK BELAJAR

4.1. Perkara yang mendorong saya untuk belajar adalah:

4.2. Keluarga yang sentiasa memberi sokongan yang tinggi dari segi sokongan mental
mahupun kewangan. Sokongan dari keluarga adalah perkara yang sangat penting bagi
setiap individu.

4.3. Kata-kata semangat dari orang di sekeliling yang sentiasa memberi nasihat untuk
tidak berputus asa dan menghabiskan apa yang telah dimulakan. Ini mencetuskan satu
cabaran pada diri sendiri untuk terus berusaha walau apa yang terjadi.

4.4. Impian diri untuk berjaya dan membahagiakan keluarga dengan apa yang akan
dicapai.

4.5. Motivasi diri untuk terus cekal dan tidak berputus asa.

4.6. Sentiasa yakin dengan diri sendiri dan pilihan yang dilakukan. Keyakinan diri adalah
kunci dalam mendapatkan kejayaan.

4.7. Peningkatan ekonomi terhadap permintaan dalam industri makanan dan minuman.

5
4. PERANAN SEBAGAI PELAJAR KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA
Sebagai pelajar, kita harus juga berjasa kepada masyarakat dan negara. Antara peranan
pelajar ialah:

5.1. Kebaikan kepada orang di sekeliling.

5.2. Menggunakan kuasa yang diberi untuk melakukan perkara yang sepatutnya.

5.3. Memberi bantuan kepada golongan yang ditimpa musibah tanpa mengharapkan apa-
apa balasan.

5.4. Menunjukkan akhlak dan contoh yang baik untuk diteladani masyarakat sekeliling.

5.5. Menguasai ilmu yang dipelajari dengan baik supaya dapat menyumbang kepada
ekonomi nagara.

5.6. Memberi sumbangan tenaga jika perlu, seperti di dalam aktiviti gotong-royong dan
sebagainya.

5.7. Mengajarkan tentang agama kepada golongan yang tidak tahu dan ingin mempelajari-
nya.

5.8. Menjaga keamanan negara dengan memupuk sikap perpaduan tanpa mengira agama
dan bangsa.

6
5. IMPIAN DALAM HIDUP

Sebagai manusia, kita pastinya mempunyai impian di dalam hidup. Namun, setiap orang
mempunyai impian masing-masing dan bezanya adalah orang yang berusaha dan tidak
berusaha untuk impian mereka. Impian yang kecil memerlukan usaha yang secukupnya.
Tetapi, impian yang besar perlukan usaha dan juga pengorbanan yang sangat besar demi
merealisasikannya.

Tidak kurang juga saya, seorang manusia yang mengejar impian saya yang tersendiri.
Harapan atau impian terbesar saya adalah ingin menjadi orang yang mengubah kehidupan
keluarga saya serta dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan dari apa yang
saya mampu lakukan sekarang. Saya juga ada bercita-cita untuk memiliki perniagaan
sendiri supaya dapat membuka peluang kepada mereka yang memerlukan pekerjaan
terutama sekali kenalan-kenalan.

Selain itu, menjadi seorang hamba yang bersyukur dan menunaikan tanggungjawab serta
kewajipan juga adalah antara impian besar. Jika diberi kesempatan, saya ingin membawa
ibu bapa dan keluarga saya untuk menunaikan haji bersama-sama.

Akhir sekali, membina keluarga yang bahagia, harmoni dan mengamalkan segala yang
diperintah Allah, dan menjadi suami dan bapa yang mithali kepada isteri dan anak-anak.
Saya ingin menjadi contoh yang terbaik dan memberikan sehabis baik kepada keluarga
yang tercinta.

You might also like