You are on page 1of 10

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

FAKULTI PERNIAGAAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

SARJANA MUDA KAUNSELING

(SEMESTER 2 SESI 2021/2022)

COU 3201 : TEORI KAUNSELING & PSIKOTERAPI

TAJUK TUGASAN : LAPORAN TUGASAN INDIVIDU

NAMA PELAJAR : SANDYA A/P RADHAKRISHNAN

NO MATRIKS : S61449

NAMA PENSYARAH : PROF DR RUHANI BINTI MAT MIN


ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Muka Surat

1.0 Maklumat Diri 3

2.0 Suasana kehidupan 4

3.0 Isu yang dihadapi, Latar/sejarah berkaitan isu & Latar


Psikososial

i. Isu 1 4-5
ii. Isu 2 5
iii. Isu 3 5-6
iv. Isu 4 6
v. Isu 5 6

4.0 Pendekatan teori yang digunakan dalam mengupas isu & 7


Konseptualisasi kes klien

i. Isu 1 7-8
ii. Isu 2 8
iii. Isu 3 8-9
iv. Isu 4 9
v. Isu 5 9

5.0 Kesimpulan 10
1.0 MAKLUMAT DIRI

Umur 23

Jantina Perempuan

Bangsa India

Taraf perkahwinan Bujang

Latar belakang keluarga/SES

a. Bilangan Ahli Keluarga 6 orang (Termasuk saya)

b. Ahli keluarga & i. Bapa (Pemandu Lori)


Pekerjaan/Pendidikan ii. Ibu (Suri Rumah)
iii. Kakak (Ahli Farmasi)
iv. Kakak (Penganalisis Data)
v. Adik (Pelajar Sarjana Muda)

c. Klasifikasi pendapatan B40

d. Aspirasi Keluarga i. Makan malam bersama keluarga


sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
ii. Meluangkan masa berinteraksi dengan ahli
keluarga sekurang-kurangnya 2 kali
seminggu
iii. Membahagi kerja rumah
iv. Mengutamakan pelajaran
2.0 SUASANA KEHIDUPAN

Saya merupakan lepasan Diploma Kejuruteraan Mekanikal sesi 2019/2020. Selepas


tamat pengajian diploma, saya bekerja di sebuah pasaraya di kawasan rumah saya.
Keluarga saya terdiri daripada 6 orang ahli, 4 orang adik beradik dan ibu bapa saya.
Ibu saya merupakan seorang suri rumah, manakala ayah saya seorang pemandu lori.

Kedua-dua ibu bapa saya hanyalah belajar sehingga tingkatan 3 disebabkan oleh
situasi keluarga mereka. Walaubagaimanapun, mereka memberikan pendidikan
kepada setiap anak di rumah saya. Mereka juga mementingkan pendidikan sejak kecil
lagi. Dorongan dan tunjuk ajar mereka telah menjadikan kami pelajar cemerlang di
alam persekolahan dan graduan di pusat pengajian tinggi.

Rumah keluarga sekarang merupakan jenis rumah bandar (townhouse). Rumah kami
mempunyai 3 bilik, di mana kami 4 orang adik beradik kongsi salah sebuah bilik
tersebut. Rumah kami berada di kawasan luar bandar yang terletak 10km daripada
bandar. Majoriti penduduk di taman perumahan kami adalah komuniti India.
Walaubagaimanapun, saya tidak mempunyai rakan sebaya di kawasan perumahan
saya. Saya hanya meluangkan masa bersama adik beradik saya di rumah.

3.0 ISU YANG DIHADAPI , LATAR/SEJARAH BERKAITAN ISU DAN LATAR


PSIKOSOSIAL

● Isu 1
Ketika di sekolah menengah, saya menghadapi satu jangka masa dimana
semua rakan saya mula menceburi dan menyertai pertandingan-pertandingan
yang berasaskan bahasa, seni kreatif dan sukan. Jadi, dalam kumpulan kawan
saya hanya saya tidak menceburi dalam pertandingan seperti di atas. Saya
mula berasa rendah diri terhadap diri saya. Hal ini kerana saya dan
kawan-kawan saya agak rapat bersama guru-guru di sekolah. Jadi, saya
beranggap mungkin guru-guru saya memandang saya sebagai seorang yang
tidak mempunyai kelebihan diri. Saya akan berasa bahawa seorang yang tidak
bernilai (worthless). Jadi, saya juga telah mengikuti rakan-rakan saya ke sesi
latihan untuk pertandingan yang mereka sertai. Tetapi, saya menghadapi
kegagalan juga. Pada masa ini, kawan saya memberikan dorongan kepada saya
bahawa saya dapat membuktikan kelebihan saya dalam bidang lain. Jadi, untuk
mengatasi rasa rendah diri saya mula fokus dalam pendidikan. Pendidikan boleh
dikatakan bidang dominan saya. Selepas itu, saya mencapai kejayaan dalam
pendidikan di sekolah dan juga di pengajian tinggi. Dengan pencapaian saya
dalam pendidikan, saya berasa lebih yakin dalam mengharungi kehidupan.

● Isu 2
Dalam keluarga saya, kami 4 orang adik beradik merupakan perempuan. Jadi,
kami dibesarkan dengan penuh berhati-hati oleh ibu bapa kami. Setiap kali saya
dan adik beradik keluar dari rumah ingin ke mana-mana walaupun tempat itu
berhampiran dengan kawasan rumah, perlu mendapatkan izin daripada ibu
bapa. Saya berasa seperti tidak dapat berdikari walaupun sudah berumur 23
tahun. Saya tahu bahawa ibu bapa saya berbuat demikian untuk menjaga dan
melindungi saya daripada kejadian buruk. Namun, saya selalunya akan berasa
jika saya lahir sebagai lelaki mungkin saya tidak akan menempuh isu ini. Oleh
sebab hal ini, saya cuba berdikari dengan tinggal di rumah sewa ketika
pengajian diploma. Pada masa itu, saya dapat merasai kebebasan dan saya
juga tidak mengharapkan pertolongan orang lain dalam apa jua perkara yang
saya lakukan. Saya merasai sifat-sifat keberanian seperti seorang lelaki pada
ketika itu. Selepas itu, ibu bapa saya memahami bahawa saya boleh berdikari
dan boleh menjaga diri saya sendiri.

● Isu 3
Ketika saya berumur 4 atau 5 tahun, saya suka mengiringi ayah saya ke pasar
atau ke mana-mana sahaja beliau pergi. Pada satu hari, saya nampak beliau
telah keluar dari rumah dengan motosikalnya. Jadi saya mengikuti belakang
motorsikalnya. Ayah saya yang menyedari saya berlari belakangnya berhentikan
motosikal dan membawa saya balik ke rumah. Sebelum beliau beredar semula,
ayah saya memarahi saya dan memberi amaran jika saya berbuat demikian,
beliau akan rotan saya. Peristiwa ini memberikan kesan terhadap tingkah laku
saya pada masa kini, iaitu saya tidak akan mengganggu orang jika mereka
sibuk. Bukan itu sahaja, saya juga akan tunggu sehingga seseorang itu datang
bercakap dengan saya. Hal ini kerana saya beranggapan bahawa saya akan
mengacau atau mengganggu mereka.

● Isu 4
Ketika saya melanjutkan pengajian diploma di politeknik, ramai yang tidak
mengenali saya jika dibandingkan dengan kawan-kawan saya yang lain. Lebih
tepat, ramai tidak tahu kewujudan saya. Walaupun saya mempunyai kekuatan
saya yang tersendiri, saya tidak dapat menunjukkannya secara terbuka. Saya
lebih suka jika orang di sekeliling saya mendapat tahu kelebihan diri saya dan
sedar akan kewujudan saya. Saya akan berasa kecewa jika seseorang tidak
kenal saya dalam kumpulan kawan saya di politeknik. Hal ini kerana di sekolah
rendah dan menengah, saya merupakan pelajar yang agak popular. Jadi, saya
membuat keputusan untuk menunjukkan bakat tarian saya. Setiap semester
pengajian akan diadakan program kebudayaan kaum India di politeknik. Saya
menyertai program tersebut dan membuat persembahan tarian tradisional
kaum India. Bukan itu sahaja, saya juga belajar tarian tradisional kaum Melayu
melalui kursus kokurikulum. Melalui usaha-usaha ini, saya mendapat perhatian
orang lain.

● Isu 5
Isu yang saya hadapi ini merupakan sepanjang saya menyiapkan tugasan
individu COU 3201. Saya bermatlamat untuk menyiapkan tugasan ini sebelum
15 April 2022 supaya saya dapat memeriksa dan membuat pembetulan jika
terdapat kesilapan. Jika saya mempunyai sebarang kekeliruan dan pertanyaan
ketika membuat tugasan ini, saya akan bertanya kepada rakan sekelas supaya
untuk penjelasnya agar matlamat saya untuk menyiapkan tugasan ini dapat
dicapai. Rakan-rakan saya juga akan bertanya bahagian yang mereka kurang
faham. Saya akan membantu mereka sebagaimana mereka membantu saya
akan mereka dapat menyiapkan tugasan mereka. Saya menjadi lebih disiplin
dalam hal menguruskan masa agar dapat menyiapkan tugasan ini. Saya dapat
merasakan diri saya lebih bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan
pendidikan dan tugasan.
4.0 PENDEKATAN TEORI YANG DIGUNAKAN DALAM MENGUPAS ISU &
KONSEPTUALISASI KES KLIEN

Menurut Gerald Corey (2017,2013), Adler mempercayai bahawa seseorang individu


mula membentuk personaliti pada 6 tahun awal kehidupan mereka. Teori psikologi
individu menafikkan pengaruh peristiwa masa lampau dalam tingkah laku seorang
tetapi mengiakan bagaimana seseorang itu mentafsir kenangan masa silamnya yang
mempengaruhi tingkah lakunya pada masa kini. Beliau juga mengatakan bahawa
kebanyakan manusia lebih didorong oleh perkaitan dan perhubungan sosial dan
bukannya bergantung kepada desakan seksual sahaja. Alder menentang teori
Sigmund Freud dan menyatakan bahawa tingkah laku manusia bergantung terhadap
keadaan atau minda sedar. Teori psikologi individu ini menekankan bahawa tingkah
laku manusia mempunyai tujuan dan berorientasikan matlamat. Manusia mempunyai
kapasiti untuk menterjemah(interpret) , mempengaruhi(influence) dan
membentuk(create) sesuatu matlamat.

Merujuk kepada Gerald Corey (2017,2013 Theory and Practice of Counseling and
Psychotherapy) teori Adler atau Psikologi Individu ini mempunyai beberapa konsep.
Saya dapat mengaitkan konsep-konsep tersebut dengan isu-isu yang saya hadapi
dalam kehidupan (seperti diterangkan pada muka surat 4-6)

● Isu 1 - Inferiority & Compensation

Teori Adler bermula dari pertimbangan terhadap perasaan inferior, yang beliau
melihat sebagai satu keadaan yang normal bagi semua manusia. Alder juga
melihat perasaan inferior sebagai punca bagi usaha(striving) seseorang.
Menurut The Gale Encyclopedia of Psychology (2001), perasaan inferior
dimaksudkan sebagai keadaan psikologi yang wujud apabila seseorang itu
perasaan rendah diri amat tinggi sehingga kehidupan seharian terjejas.
Perasaan ini akan membantu berusaha untuk penguasaan, kejayaan dan
penyempurnaan. Manusia didorong untuk mengatasi perasaan inferior dalam
diri kita dan berusaha untuk tahap pembangunan yang lebih tinggi (Ansbacher
& Ansbacher, 1956/1964).
Adler memperhatikan ramai mengatasi perasaan inferior mereka dengan sejenis
mekanisme pertahanan iaitu pampasan(Compensation). Ada segelintir yang
mengimbangi dengan menjadi mahir dalam perkara yang kita rasa rendah diri.
Tetapi lebih ramai cuba menjadi mahir dalam bidang lain.

Dalam isu saya, perasaan rendah diri terhadap diri saya sendiri kerana tidak
dapat menceburi pertandingan bidang bahasa merupakan perasaan inferior
saya. Saya menggunakan mekanisme pertahanan pampasan dengan
menumpukan perhatian dalam bidang yang saya lebih kukuh, iaitu pendidikan.
Saya mencuba sedaya upaya saya untuk mencapai kejayaan dalam setiap tahap
pendidikan yang saya belajar.

● Isu 2 - Masculine Protest & Superiority


Masculine Protest berlaku dalam diri seseorang wanita yang berasa dirinya atau
keperempuanan (feminine) dipandang rendah dan tidak dapat berdaya saing
dengan sifat kelakian (masculine) (Alfred Adler,1933/1938 : Social Interest: A
Challenge to Mankind). Adler mengatakan bahawa wanita menginginkan hak
atau keistimewaan yang dirasai oleh lelaki.

Jika dikaitkan dengan isu saya, ibubapa saya kurang memberikan kebebasan
dalam beberapa keadaan. Jika saya bandingkan dengan kawan-kawan lelaki
saya, mereka dengan senangnya mendapat kebebasan. Perasaan inferior
dalam hal ini, mengakibatkan diri saya berusaha menuju ke superiority. Saya
menunjukkan sifat-sifat superior ketika berada di asrama dan berdikari dalam
setiap perkara yang saya lakukan.

● Isu 3 - Early Recollection


Early Recollection (ER) merupakan satu proses mengenang balik memori dalam
cara yang spesifik (Eckstein & Kern, 2002). Hanya memori sebelum umur 10
tahun sahaja sah dalam proses ini. Juga, memori-memori ini wajib merupakan
memori yang individu tersebut ingat dan bukannya situasi yang diceritakan oleh
orang lain. ER berfungsi sebagai alat penilaian kerana proses ini dapat
menunjukkan apa yang seseorang individu buat dan bagaimana mereka berfikir
dalam cara adaptive dan maladaptive (Mosak & Di Pietro, 2006). ER sangat
membantu dalam mengenalpasti kejayaan atau kesilapan seseorang.
Dalam isu yang saya hadapi ketika saya berumur 4 atau 5 tahun itu,
meninggalkan kesan yang parah pada minda dan tingkah laku saya. Jadi. setiap
kali saya ingin berinteraksi dengan sesiapa, saya akan berfikir banyak kali
supaya saya tidak mengganggu mereka. Saya berpendapat bahawa tingkah
laku saya ini merupakan impak dari memori masa lampau saya itu.

● Isu 4 - Striving for Significance & Superiority


Menurut Ansbacher & Ansbacher (1979), Adler menekankan pengiktirafan
perasaan inferior dan kesan berusaha untuk penguasaan atau kesempurnaan
adalah normal bagi manusia. Adler juga mengatakan bahawa ketika ketika kita
mengalami inferioriti, manusia tertarik dengan striving for superiority. Setiap
kejayaan mengatasi perasaan inferior merupakan satu langkah ke arah
superioriti. Striving for significance pula apabila seorang individu yang berasa
inferioir akan membuat sesuatu untuk orang lain memerhatikannya.

Ketika pengajian diploma, saya menghadapi perasaan inferior apabila saya tidak
dikenali oleh ramai pelajar di institusi saya kerana saya merupakan pelajar
terkenal di waktu sekolah. Jadi, saya menunjukkan bakat saya dalam
program-program kebudayaan dan mencapai significance atau superiority saya.

● Isu 5 - Importance of life goals that give direction to behavior


Psikologi Individu mengandaikan bahawa semua tingkah laku manusia
mempunyai matlamat atau motivasi dan sifat bermatlamat ini merupakan asas
bagi teori adler. Tingkah laku manusia ditentukan oleh matlamat hidup.
Matlamat tersebut tidak seharusnya matlamat yang besar, malah matlamat
tersebut hanya perkara yang kita hendak lakukan dalam kerja seharian.

Dalam perkara saya, saya menentukan matlamat iaitu saya perlu menyiapkan
tugasan ini pada 15 April 2022. Matlamat saya telah menentukan tingkah laku
saya selama 10 hari saya mula membuat tugasan ini. Saya menjadi lebih
disiplin dalam hal ini. Contohnya, saya menggunakan masa yang ada secara
cermat dan telah menyiapkan tugasan pada jangka masa yang saya tetapkan.
5.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, saya mendapati bahawa sebahagian besar teori Adler ini dapat
dikaitkan dengan masa kini , lebih-lebih lagi dengan diri saya. Teori ini juga
menekankan hubungan keluarga dan interpretasi kejadian masa lampau yang
merupakan unsur yang amat penting kepada diri manusia. Saya juga berpendapat
bahawa teori adler antara teori yang munasabah dan ramai bersetuju dengannya.
Bukannya seperti Freud yang lebih mementingkan keadaan bawah sedar dan sikap
deterministic.

You might also like