You are on page 1of 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN MURIDAN MALAYSIA


______________________________________________________________________
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


DENGAN KEPUJIAN
AMBILAN JUN 2016

Pengenalan Kepada Konsep Moral

NAMA MURID : SERENE WONG SIEW WEN (0128979253)


ANGKA GILIRAN : 2016151340024
NO. KAD PENGENALAN : 971231-13-5984
KUMPULAN/UNIT : BAHASA CINA SJK(C)
SEMESTER : PISMP SEMESTER 1
KOD KURSUS : ELMK3013
NAMA KURSUS : PENGENALAN KEPADA KONSEP MORAL

NAMA PENSYARAH : TUAN ADZLI BIN ISMAIL


TARIKH HANTAR : 01 OGOS 2016
BIODATA DIRI

NAMA : SERENE WONG SIEW WEN


ANGKA GILIRAN : 2016151340024
NO. KAD PENGENALAN : 971231-13-5984
KUMPULAN/UNIT : BAHASA CINA SJK(C)
KURSUS/ SEMESTER : PISMP- SEMESTER 1
AMBILAN : JUN 2016

ALAMAT E-MEL : serenewakaka@gmail.com

ALAMAT RUMAH : NO.2D, JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN,

LORONG 31B, 96000 SIBU, SARAWAK.

NO. TELEFON : 012-8979253


Halaman Judul

PENGENALAN KEPADA KONSEP MORAL

UNIT BAHASA CINA SJK(C)

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR


HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ______________________

Nama : SERENE WONG SIEW WEN

Tarikh : 01 OGOS 2016


PENGHARGAAN

Syukur kepada tuhan kerana telah mengurniakan saya kekuatan, kesihatan dan masa
untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini seperti yang dikehendaki dan dalam masa
yang ditetapkan.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
iaitu Tuan Adzli bin Ismail atas segala bimbingan, teguran, panduan dan penerangan teliti
yang telah beliau berikan supaya saya dapat menyiapkan tugasan projek ini dengan baik
dan sempurna.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana
mereka telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya semasa
menjalankan tugasan ini. Saya sangat menghargai sokongan dan dorongan yang
diberikan itu.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak
memberi kerjasama dan nasihat semasa membuat tugasan ini agar saya dapat
menyiapkan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua


pihak atas kerjasama yang telah diberikan. Saya sangat menghargai kerjasama dan
dorongan yang telah diberikan dalam membantu saya menyiapkan tugasan kerja kursus
ini.
SENARAI KANDUNGAN
HALAMAN
i. Biodata Diri i
ii. Halaman Judul ii
iii. Halaman Pengakuan iii
iv. Penghargaan iv
v. Senarai Kandungan v
1.0 PENGENALAN 1
2.0 KEPENTINGAN PEMBENTUKAN MODEL INSAN
2.1 Kepentingan Pembentukan Model Insan 2
2.2 Rumusan 5
3.0 CARA GURU MENJADI MODEL INSAN KEPADA MURID
3.1 Cara Guru Menjadi Model Insan Kepada Murid 5
3.2 Rumusan 8
4.0 KESIMPULAN 8
5.0 REFLEKSI 9
6.0 RUJUKAN 11
7.0 LAMPIRAN 12
1.0 PENGENALAN
Model insan bermaksud individu yang berkelakuan baik dan perlakuan individu tersebut
boleh diikuti, dijadikan contoh dan dijadikan model kepada orang lain. Individu yang
menjadi model insan patutlah memiliki bentuk moral yang dikehendaki. Walaupun individu
tersebut mempunyai kebebasan bekelakuan, namun mereka akan berfikiran rasional
supaya bertindak mengikut peraturan moral, agama, undang-undang dan adat. Hal ini
disebabkan mereka mempunyai pemikiran moral dam perasaan moral yang
mengakibatkan mereka bertingkah laku moral. Pengamalan nilai mereka berpegang
kepada konsep benar, baik dan patut serta selaras dengan masa, tempat dan keperluan.

Model insan merupakan individu yang mempunyai perwatakan positif yang terdiri
daripada tiga dimensi moral, iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan tindakan moral.
Ketiga-tiga dimensi diperlukan bagi seseorang untuk mencapai tahap kematangan moral.
Dari segi pemikiran moral, seseorang berupaya membuat pertimbangan secara bermoral
dan rasional. Perasaan moral merupakan kehalusan emosi individu untuk mengawal
perlakuan secara bermoral. Tindakan moral merupakan perlakuan terhadap semua
keputusan yang ditunjukkan dengan tanggungjawab mengikut kemampuannya.
Kombinasi ketiga-tiga dimensi pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral telah
membentuk individu yang dapat menjadi model insan yang bermoral.

Model insan mempunyai sifat-sifat moral melalui tiga prinsip utama, iaitu keadilan,
alturisme dan autonomi. Prinsip keadilan mementingkan layanan saksama dan
mempertimbangkan prosedur pengagihan keuntungan antara individu dan masyarakat.
Prinsip alturisme ialah tindakan berkeperimanusiaan yang mementingkan kebaikan orang
lain melebihi kepentingan diri sendiri. Prinsip autonomi menitikberatkan konsep
pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Dengan mengikuti ketiga-tiga prinsip moral,
individu tersebut dapat menjadi model insan yang berperibadi mulia, peka terhadap
keperluan masyarakat dan berfikiran matang.

Secara keseluruhan, model insan merupakan insan yang berkelakuan baik dan
dapat menjadi suri teladan kepada orang lain. Model insan yang berpegang teguh kepada
dimensi dan prinsip moral dapat memberikan peningkatan kepada masyarakat dan
negara. Seterusnya, saya akan membincangkan kepentingan model insan dan aplikasi
nilai model insan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru.
2.0 PEMBENTUKAN MODEL INSAN

2.1 Kepentingan Pembentukan Model Insan

Model insan guru guru yang berintegriti amat penting untuk menjadi model insan kepada
murid. Seorang guru yang berintegriti yang mempunyai sifat jati diri dapat mempengaruhi
murid untuk bertindak mengenai keikhlasan dan kebenaran dalam kehidupan seharian.
Integriti telah dibahagi kepada tiga jenis, iaitu integriti individu, integriti organisasi dan
integriti pejawat awan. Guru mesti mempunyai integriti pejawat awam yang merupakan
kod etika menjurus ke arah perwatakan seseorang supaya amanah dengan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Contohnya, guru yang berintegriti
akan mementingkan pelajaran pelajarnya dengan mengadakan tuisyen secara percuma
tanpa mengharapkan balasan supaya murid dapat berkembang maju. Sebaliknya, guru
yang tidak berintegriti akan meminta murid membayar yuran jika mengajar murid selepas
waktu persekolahan. Pendek kata, model insan guru yang berintegriti sangat penting
untuk mempengaruhi perkembangan murid.

Di samping itu, pembentukan model insan agak penting supaya semangat


patriotisme dapat disemaikan dalam jiwa generasi muda. Seorang guru yang mempunyai
perasaan cinta akan negara dapat menjadi model insan kepada murid untuk menyayangi
negara dan berkorban untuk negara. Dengan kefahaman patriotik yang tinggi,
kemerdekaan negara dapat dikekalkan. Mereka sanggup meletakkan kepentingan negara
melebihi diri untuk kemajuan negara. Perasaan sanggup berkorban bukan sahaja
ditunjukkan dalam peperangan, bahkan juga dapat ditunjukkan dalam kehidupan seharian.
Misalnya, murid boleh menyertai pertandingan karangan bertema patriotisme untuk
menyemarakan semangat bangga terhadap negara. Secara jelasnya, model insan yang
bermoral mempunyai semangat patriotisme yang kuat supaya rela berkorban demi negara.

Model insan guru yang berbudaya cemerlang mempunyai peranan penting untuk
melahirkan murid yang cemerlang. Kecemerlangan merupakan matlamat berwawasan
yang ditetapkan. Bagi mencapai kecemerlangan, budaya yang diamalkan harus
cemerlang. Sebagai guru yang berbudaya cemerlang, mereka haruslah menetapkan
matlamat, berani mencuba dan berfikiran positif. Contohnya, guru haruslah menetapkan
tempoh masa untuk menyiapkan tugasan tanpa menangguhkan kerja. Mereka juga harus
bersedia dan berani menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid serta berfikiran
optimistik terhadap cabaran yang dihadapi. Dengan menjadi model insan berbudaya
cemerlang, murid akan mencontohi budaya baik ini supaya gigih menghadapi halangan
bagi mencapai matlamat kehidupan. Melalui pengamalan tabiat ini, murid akan
mempunyai matlamat jelas tentang masa depan mereka. Jadi, model insan guru adalah
penting untuk melahirkan generasi baru yang berbudaya cemerlang.

Selain itu, sifat baik model insan dapat menyuburkan nilai kasih sayang sesama
insan. Menurut Pakar Transformasi Diri, Profesor Dr. Muhaya Mohamad, kasih sayang
sesama insan merupakan kunci kepada agen perubahan diri atau orang lain (dalam Nik
Hasnah Ismail, 2014). Sebagai guru yang menjadi model insan kepada murid, mereka
yang kasih sayang dapat mempengaruhi murid untuk memberikan bantuan terhadap
keperluan masyarakat. Misalnya, guru yang sering memberikan layanan mesra kepada
golongan murid kurang upaya akan mendorongkan murid lain menghulurkan bantuan
mengikut kemampuannya. Lama-kelamaaan, sifat prihatin ini akan diteruskan sehingga
menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Tegasnya, model insan bermoral dapat
menerapkan nilai kasih sayang dalam masyarakat.

Tambahan pula, pembentukan model insan yang bermoral amat penting kerana
pembangunan negara bergantung kepada kemoralan rakyat. Menurut Najeemah Md.
Yusuf (2006), pendidikan merupakan aktiviti perkembangan pemikiran dan kuasa-kuasa
semula jadi melalui pembelajaran yang sudah dirancang, meliputi pendidikan tidak formal
dan pendidikan formal. Sebagai guru, nilai baik dapat diterapkan kepada generasi muda
melalui pendidikan. Dari segi pendidikan tidak formal, guru yang mengajar murid yang
berbilang kaum boleh menerapkan nilai, seperti berdisiplin, toleransi dan hormat-
menghormati melalui proses P&P di dalam kelas. Dari segi pendidikan formal, guru dapat
mengajar subjek Pendidikan Moral dan menerapkan nilai moral dalam subjek lain supaya
murid dapat mengaplikasikan nilai baik. Melalui bentuk usaha berbeza untuk berkongsi
nilai, model insan yang mempunyai nilai positif dan beretika bangsa dapat dilahirkan.

Guru berperanan penting untuk menjadi model insan kepada murid supaya peka
terhadap isu alam sekitar. Nilai menyayangi alam sekitar akan memastikan seseorang
insan menghargai setiap perkara yang berkaitan dengan alam sekitar seperti menjaga
tumbuh-tumbuhan, tidak melakukan kemusnahan alam. Contohnya, guru yang mencintai
alam sekitar akan mengelakkan perbuatan percemaran alam dan mengamalkan gaya
hidup mesra alam seperti penggunaan basikal dan penggunaan kenderaan awam.
Apabila guru menjadi model insan kepada murid, mereka akan mencontohi nilai baik ini
dalam kehidupan seharian. Dengan itu, perasaan menyayangi alam sekitar dapat
diterapkan dengan berkesan untuk melahirkan model insan bermoral secara terpimpin.

Tambahan lagi, model insan guru amat penting untuk melahirkan murid yang
berhemah tinggi. Seorang guru yang bersopan dapat mengeratkan hubungan dengan
murid. Hal ini disebabkan guru yang berbudi pekerti mulia akan menghormati murid dan
menjadikan murid suka bergaul dengan guru. Dengan itu, proses P&P dapat dijalankan
dengan efektif. Contohnya, apabila murid menghadapi masalah dalam proses P&P, guru
yang berhemah tinggi tidak akan menyinggungkan perasaan murid dengan kata yang
kasar tetapi akan menjawab soalan murid dengan ikhlas. Melalui perlakuan guru yang
berhemah tinggi, murid akan mencontohi nilai baik ini dalam pergaulan seharian.

Model insan guru yang berkepimpinan dapat menunjukkan contoh yang baik
kepada muridnya. Guru yang berkepimpinan mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk
membuat pertimbangan dan keputusan yang sewajarnya serta bersedia untuk
menanggung kesan keputusan yang dibuat. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang
matang sedia menerima dan menghormati setiap murid di dalam kelas. Mereka bersikap
keterbukaan dan pandai menyesuaikan diri dengan memperbaiki peraturan mengikut
situasi. Dengan mempunyai sifat kepimpinan, murid akan mematuhi tunjuk ajar dan
arahan guru. Melalui kepimpinan guru yang berkesan, murid juga dapat mempelajari cara
menjadi pemimpin yang baik.

Seterusnya, model insan guru yang bermoral amat penting untuk membentukan
generasi muda yang bertoleransi. Guru yang sanggup bertolak ansur, sabar dan
mengawal diri dapat mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
dalam kehidupan. Guru juga harus mempunyai pengawalan emosi yang kuat untuk
menghadapi tekanan dan konflik di sekolah. Contohnya, guru yang bertoleransi akan
mengelakkan perbincangan isu-isu sentitif dengan murid dan akan berusaha menjaga hati
murid yang terdiri daripada berbilang kaum. Semasa berlaku konflik sesama murid, guru
harus bertenang untuk menguruskan konflik supaya suasana harmoni di dalam kelas
dapat dikekalkan. Tegasnya, model insan guru yang bermoral penting untuk melahirkan
murid yang bertoleransi.

Akhir sekali, model insan guru bermoral sangat penting untuk mengamalkan nilai
keadilan di dalam kelas. Guru harus membuat keputusan yang saksama serta tidak berat
sebelah untuk mewujudkan budaya baik sesama murid. Misalnya, ganjaran perlu
diberikan kepada murid yang berbuat baik dan hukuman patutlah dijatuhi kepada murid
yang bersalah. Keputusan guru yang adil tidak akan dipengaruhi oleh pujuk rayu murid
dan keputusannya adalah wajar dalam setiap situasi. Dengan terdapatnya model insan
guru bermoral, budaya baik ini dapat diterusi sesama murid.

2.2 Rumusan

Kesimpulannya, model insan guru yang bermoral agak penting untuk mempengaruhi
tingkah laku generasi muda menuju ke arah yang betul. Guru haruslah berusaha untuk
memupuk nilai baik dan menjadikannya sebagai panduan hidup kerana guru merupakan
model insan kepada murid. Hal ini disebabkan guru dipercayai menjadi teladan baik
kepada murid. Jadi, guru haruslah membekalkan diri dengan nilai-nilai murni dan
mengelakkan perbuatan yang dapat menjatuhkan martabat guru. Dengan itu, murid akan
dipengaruhi oleh perlakuan baik guru dan mempunyai kecenderungan untuk mencontohi
nilai baik tersebut.

3.0 CARA GURU MENJADI MODEL INSAN KEPADA MURID

3.1 Cara Guru Menjadi Model Insan Kepada Murid

Bagi menjadikan model insan kepada murid, guru patutlah pandai mengaitkan isi
kandungan mata muridan dengan penerapan nilai baik dalam proses P&P. Contoh tokoh
yang pandai menggunakan ilmu pengetahuan ialah Abdullah Munsyi. Beliau merupakan
guru dan penulis yang pandai menggunakan ilmunya untuk menyampaikan mesej yang
positif melalui penulisannya. Menurut kajian Ab. Halim Tamuri (2000), ramai guru tidak
mampu menerapkan nilai murni dalam proses P&P. Bagi mengelakkan masalah ini, guru
sendiri haruslah pandai mengaitkan nilai murni dengan subjek yang diajar supaya dapat
membimbing murid tentang pengamalan nilai murni. Misalnya, guru subjek Sejarah boleh
menggunakan kelas yang terdiri daripada pelbagai kaum sebagai contoh supaya murid
saling menghormati budaya kaum lain bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini
seperti rusuhan kaum yang berlaku pada 5 Mei 1969. Melalui cara ini, guru telah menjadi
model insan kerana murid telah mengetahui cara pengamalan nilai murni dalam
kehidupan. Dengan membekalkan diri dengan pengetahuan moral, guru dapat
mengaplikasikan ilmu untuk menerapkan nilai murni dengan berkesan dalam proses P&P.
Seterusnya, guru haruslah memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada murid.
Menurut Imanm al Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin, guru patut bertindak seperti
ayah atau ibu dalam hubungannya dengan murid. Pemerhatian guru dapat membolehkan
guru mengetahui kecenderungan dan kegemaran murid. Dengan itu, guru dapat mendidik
murid tersebut dengan cara dan bahan yang sesuai. Sebagai contoh, guru haruslah
mempelbagaikan cara mengajar mengikut kemampuan dan keminatan murid. Salah satu
cara pengajaran adalah menggunakan alat bantu dalam proses P&P dengan
menunjukkan gambar, rajah atau isi penting topik tersebut. Melalui pengajaran yang
mengutamakan murid, murid yang berasa dipentingkan akan menimbulkan rasa
menghormati guru dengan mendengar arahannya. Secara tidak langsung, guru telah
menjadi model insan kepada murid kerana murid akan mencontohi perilaku guru yang
mementingkan orang lain melebihi kepentingan peribadi. Jadi, guru harus memberikan
perhatian yang sepenuhnya kepada murid supaya mereka berasa dititikberatkan.

Selain itu, guru haruslah mempunyai pegangan agama yang kukuh untuk menjadi
model insan kepada murid. Contoh tokoh yang mementingkan ajaran agama ialah
Mahatma Gandhi. Walaupun beliau beragama Hindu, beliau menyukai falsafah agama
lain termasuk Islam dan Kristian. Guru mesti mempunyai pegangan agama yang kukuh
dengan menjadikan ajaran agama sebagai panduan hidup. Guru yang berkebukaan untuk
berkongsi ilmu tentang ajaran agama dapat mempengaruhi muridnya untuk mengamal
dan menghayati cara hidup mengikut tuntutan agama masing-masing. Guru boleh
mengadakan perbincangan dengan murid tentang agama supaya mereka mengetahui
tujuan mereka pergi ke tempat ibadah menuju ke tujuan yang sama. Contohnya, agama
Islam pergi ke masjid, Buddha ke tokong dan Hindu ke kuil untuk berdoa. Melalui
perbincangan, murid akan mengetahui ajaran dan pantang larang agama lain. Mereka
akan menjadikan guru yang beragama dan menghormati agama lain sebagai model insan
supaya mengikut ajaran agama masing-masing tanpa menghina agama orang lain.
Tegasnya, guru yang beragama kukuh dapat menerapkan nilai moral dalam jiwa murid.

Di samping itu, guru harus bergiat aktif dalam aktiviti untuk menjadi model insan
kepada murid. Tokoh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan model insan yang
banyak menghabiskan masa dalam aktiviti kemasyarakat. Bagi memupuk semangat
kemasyarakatan murid, guru harus mengadakan aktiviti yang berfaedah. Contohnya, guru
boleh mengadakan aktiviti bersukan dan aktiviti penanaman pokok untuk memupuk
semangat kekitaan. Penglibatan guru dapat mempengaruhi murid supaya bergiat aktif dan
mempunyai perasaan tanggungjawab dalam diri untuk menyumbang terhadap
masyarakat. Tuntasnya, guru yang bergiat aktif dapat mempengaruhi murid untuk
melibatkan diri dalam aktiviti berfedah.

Guru haruslah memiliki nilai ketekunan menimba ilmu untuk menjadikan model
insan kepada murid. Tokoh yang mempunyai nilai ketekunan ialah Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhary. Walaupun beliau tidak berpendidikan tinggi, beliau rajin memperoleh ilmu
daripada pengalaman dalam perniagaan. Guru yang berilmu dapat menimbulkan
perasaan keyakinan dalam kalangan murid dan ibu bapa (Wan Mohd Nor Wan Daud,
2003). Sekurang-kurangnya, guru patutlah rajin menguasai mata pelajaran yang diajar.
Pembacaan yang luas dan pengkajian yang berterusan amat diperlukan oleh seorang
guru untuk menguasai mata pelajaran yang diajar. Pada masa lapang, guru boleh
menceburi dalam bidang lain untuk menimba ilmu pengetahuan. Apabila murid dapat
banyak memperoleh ilmu daripada guru, mereka akan menjadikan guru sebagai model
insan untuk mencontohi nilai ketekunannya.

Tambahan pula, guru harus berakhlak mulia dan berbudi pekerti untuk menjadi
model insan kepada murid. Tokoh Kung Fu Tze yang mengasaskan aliran Konfusianisme
menekankan manusia menjadi nilai baik sebagai panduan hidup. Beliau juga berpendapat
pelaksanaan sistem pendidikan dapat mewujudkan keseimbangan sejati manusia. Guru
sebagai pelaksana sistem pendidikan harus bersikap baik untuk dicontohi oleh murid.
Menurut Ismail (2007) (dalam Abdullah Zhidi Omar et. al.), Guru patut mempunyai kualiti
peribadi yang tinggi dan mampu menyampaikan risalah sebagai pendidik. Selain daripada
mengajar nilai moral, guru sepatutnya menghayati dan mengamalkannya untuk menjadi
teladan kepada murid. Contohnya, guru harus menghormati murid dengan mengelakkan
pertuturan yang kasar. Dengan itu, murid akan mencontohi perlakuan guru yang bermoral.
Pendek kata, guru yang berkelakuan baik akan menjadi model insan kepada murid.

Akhir sekali, guru patutlah bertanggungjawab melaksanakan tugasan untuk


menjadi model insan kepada murid. Tanggungjawab guru yang berlandaskan Etika
Profesion Keguruan harus dilaksanakan untuk menjayakan proses P&P. Guru perlu
melaksanakan tugas yang diamanahkan, menepati masa serta mengelakkan perbuatan
ponteng kelas. Bagi memenuhi tanggungjawab terhadap murid, guru juga perlu bersikap
adil terhadap murid tanpa mengira kaum. Dengan itu, murid yang berasa kebajikan
mereka dipentingkan akan mempunyai kecenderungan untuk menjadi seorang yang
bertanggungjawab seperti guru tersebut.
3.2 Rumusan

Secara keseluruhan, guru patutlah berusaha memajukan diri dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek (JERI). Guru semestinya memiliki semangat dalam pelaksanaan tugas
dan pemahaman serta penghayatan ilmu. Dengan terdapat semangat ini, guru dapat
menghasilkan prestasi yang meningkat, pencapaian yang memuaskan dan tugasan yang
sempurna. Guru juga haruslah mempunyai sikap yang mulia dan terpuji untuk
mengelakkan berlakunya perkara “guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Guru
berperanan menjaga diri dari aspek perlakuan, perwatakan, penampilan diri dan sifat
peribadi. Dengan mempromosikan suasana moral di dalam kelas, pelajar dapat
menjadikan guru sebagai model insan yang dapat dipercayai dan dicontohi.

4.0 KESIMPULAN

Menurut Mok Soon Sang (1991), pendidikan ialah proses memperkembangkan fizikal,
intelek, sosial, dan emosi seseorang serta menambahkan kemahiran, pengetahuan, dan
pengalaman bagi faedah diri sendiri, masyarakat dan negara. Guru merupakan pendidik
dan juga sebagai pembimbing untuk membentuk insan yang seimbang dan
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh. Guru berperanan dan
bertanggungjawab untuk membentuk generasi muda yang berilmu dan berakhlak mulia.
Sikap guru terhadap tugasannya mempunyai pengaruh yang besar terhadap perilaku
murid. Hal ini disebabkan guru merupakan pelaksana utama dalam sistem pendidikan.
Tindakan dan sifat guru akan dicontohi oleh murid. Oleh itu, guru patutlah mengenalpasti
kepentingan menjadi model insan dan mengaplikasi cara menjadi model insan kepada
murid di dalam kelas. Dengan itu, pelajar dapat banyak menimba ilmu dan proses P&P
dapat dijalankan dengan lancar.
5.0 REFLEKSI

Kerja kursus Pengenalan Kepada Konsep Moral (ELMK3013) merupakan tugasan yang
amat mencabar. Walau bagaimanapun, saya menikmati proses melaksanakan tugasan
projek ini. Berikut ialah pengalaman saya sebelum, semasa, dan selepas melakukan
tugasan projek.

Sebelum saya memulakan kerja kursus ini, pensyarah yang mengajar subjek
Pengenalan Kepada Konsep Moral, iaitu Tuan Adzli bin Ismail telah memberikan taklimat
tentang kerja kursus kepada kelas saya. Penerangan yang jelas telah menjadikan saya
lebih memahami kerja kursus. Nasihat juga diberikan supaya kami tidak akan berasa
terlaku tekanan untuk memulakan kerja kursus ini. Selepas menerima tajuk kerja kursus,
saya telah pergi ke pusat sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
(IPGKRM) untuk mencari bahan bercetak dan bahan bukan bercetak. Pusat sumber
membekalkan sumber buku yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus saya. Dengan
terdapatnya sumber buku dan sumber Internet yang mencukupi, saya dapat memulakan
kerja kursus saya dengan mudah.

Semasa saya membuat kerja kursus ini, saya telah menghadapi cabaran
mengumpulkan maklumat kerana ilmu pengetahuan saya tentang subjek ini adalah terhad.
Proses pengumpulan maklumat saya mengambil tempoh masa yang panjang kerana saya
tidak pandai mengutip kata kunci dan isi penting yang terdapat dalam maklumat yang
dikumpul. Selain itu, pendedahan saya kepada pelaksanaan kerja kursus dan
pemahaman terhadap tugasan tersebut juga kurang. Selepas perbincangan dengan
pensyarah saya, saya berasa pemahaman saya terhadap kerja kursus ini semakin
mendalam. Pensyarah telah memberi penerangan yang teliti dan saya telah menimba
ilmu yang baru daripada beliau. Dengan bimbingan pensyarah saya, saya bersempatan
menyiapkan kerja kursus saya dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Selepas saya menyiapkan kerja kursus ini, saya lebih mengenali pengenalan
kepada konsep moral, iaitu definisi kepentingan dan aplikasi model insan yang dapat
diaplikasikan dalam proses P&P. Saya juga mempelajari kemahiran mencari maklumat
dengan cekap dan efisien. Saya amat bersyukur kerana saya dapat melaksanakan kerja
kursus ini berasaskan kreativiti saya. Pelbagai pengalaman yang agak bernilai telah
diperoleh melalui pelaksanaan kerja kursus ini.
Kekuatan yang saya ialah ketabahan dalam melaksanakan projek. Saya tidak
mudah berputus asa ketika menemui cabaran. Sebaliknya, saya akan rajin mencari
maklumat daripada pelbagai sumber. Bagi bahagian yang tidak faham, saya juga akan
bertanya kepada pensyarah yang mempunyai pengalaman yang lumayan supaya kerja
dapat diteruskan dengan tepat. Kelemahan saya dalam menjalankan tugasan ini ialah
pengurusan masa saya kurang efektif. Saya mengambil masa yang agak panjang untuk
mengumpul dan mengemaskan maklumat. Saya telah memberi tumpuan kepada satu
tugasan projek sahaja dan menjadikan tugasan projek lain tidak bersempatan untuk
dilaksanakan dengan cepat.

Cara saya mengatasi kelemahan ini adalah membuat jadual waktu. Saya telah
membuat pembahagian masa yang seimbang untuk melaksanakan kerja-kerja kursus.
Selain itu, saya telah menggunakan cara mencari maklumat dahulu sebelum memulakan
kerja kursus. Melalui cara tersebut, saya dapat menyiapkan kerja kursus dalam masa
yang lebih singkat dan menghasilkan kerja kursus yang tepat kepada tajuk.

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah


saya kerana saya lebih memahami tajuk ini selepas penerangan pensyarah. Saya juga
mempunyai rasa ingin tahu tentang subjek ini supaya saya dapat menjadi seorang guru
yang berkemahiran dan berilmu pada masa yang akan datang. Oleh itu, saya seharusnya
memanfaatkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan mengaplikasikan ilmu dalam
kehidupan seharian.
6.0 RUJUKAN
Abdullah Zhidu Omar, Mahdi Shuid, Mazlan Fu’ad Sam, Roslina Suratnu. (2014).
Pengantar Pendidikan Moral. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bdn.
Abdul Rahmad Md. Aroff. (2008). Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Ab. Halim Tamuri. (2000). A Study Of The Students' Knowledge Of Akhldq In The
Malaysian Secondary Schools (With Special Reference to the Islamic Education
ICSS). Thesis Doctor Of Philosophy, Department of Theology School of Historical
Studies, United Kingdom: University of Birmingham.
Ahmad Marzuki Ismail. (2007). Komunikasi Asas Kemahiran Membaca dan Menulis untuk
Pelajar. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.
Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. (2014, September 18). Semangat Patriotisme
Perlu Dijiwai, Bukan Sekadar Simbolik. BHarian Online. Dicapai pada 26 Julai
2016. http://www.bharian.com.my/node/6611
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn.
Bhd.
Jomria. (2014). Kepentingan Semangat Patriotisme. Dicapai pada 26 Julai 2016.
http://www.jomria.com/2015/07/kepentingan-semangat-patriotisme.html
Mok Soon Sang. (1991). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Batu Pahat:
Universiti Tun Hussein Onn.
Najeemah Md. Yusof. (2006). Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Nik Hasnah Ismail. (2014, September 26). Kasih Sayang Suburkan Kebaikan. IKIMfm.
Dicapai pada 26 Julai 2016. http://ikimfm.my/kasih-sayang-suburkan-kebaikan/
Tam Yeow Kwai. (2006). Pendidikan Moral Konsep dan Pedagogi Pendidikan Moral.
Kuala Lumpur: Kumplan Budiman Sdn. Bhd.
Wan Mohd Nor Wan Daud. 2003. Budaya Ilmu: Satu Penjelasan. Singapore: Pustaka
Nasional Pte Ltd Nasution.
7.0 LAMPIRAN
Lampiran 1:
Lampiran 2:

You might also like