You are on page 1of 10

PROJEK PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

Mewujudkan Suasana Bilik Darjah Yang Bersih Lagi Sihat

NAMA AHLI KUMPULAN:


-Douglas Labadin -Lim Han Liang Joshua Liew -Ong Tham Peisan Thien Yuon Shing Vrescentia Vitales

TINGKATAN: Empat Amanah

GURU PEMERIKSA: Puan Siti Rohaidah binti Harun

Senarai Kandungan
Penghargaan...................m/s 1 Pendahuluan...................m/s 2 Objektif........................m/s 3 Kawasan......................m/s 4 Rumusan......................m/s 5 Rujukan.......................m/s 6 Lampiran..................m/s 7-25 Gambar..................m/s 26-32

Penghargaan
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Ng Kim Huat, selaku Pengetua Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, kerana memberi kami peluang untuk melaksanakan projek ini dengan sempurna. Seterusnya, tanpa bantuan dan dorongan daripada guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kita, iaitu Cikgu Rohaidah, projek ini memang tidak akan disiapkan sebelum tarikh yang ditetepkan oleh guru tersebut. Tidak lupa pula kepada guru kelas kami, iaitu Cikgu Wan Nadia, kerana memberi kami kebenaran untuk menggunakan kelas kami sebagai kawasan yang merupakan tempat pelaksanaan projek kami. Akhirnya, banyak ucapan terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan, iaitu Douglas Labadin, Joshua Liew, Lim Han Liang, Ong Tham Peisan, Thien Yuon Shing dan Vrescentia Vitales, kerana telah menjayakan projek ini dengan sikap kerjasama dan ketekunan yang ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan.

PENDAHULUAN
Saya, Douglas Philip Labadin bersama rakan-rakan sekumpulan saya, iaitu Lim Han Liang, Joshua Liew, Ong Tham Peisan, Thien Yuon Shing dan Vrescentia Vitales dari tingkatan 4 Amanah Sekolah Tinggi Kota Kinabalu telah menjalankan projek khidmat masyarakat yang bertajuk Mewujudkan Suasana Bilik Darjah Yang Bersih Lagi Sihat. Projek ini telah dibuat dalam bentuk folio. Kami dengan sebulat suara memilih tajuk ini kerana semangat cinta terhadap alam sekeliling. Dengan semangat ini, kami berusaha dengan sedaya-upaya untuk merealisasikan impian ini dengan memastikan kebersihan bilik darjah sentiasa terjamin. Selain itu, kami didorong oleh slogan Badan Sihat Otak Cerdas. Dalam suasana yang bersih dan sihat, pembelajaran dan pengajaran dalam segala bentuk aktiviti lain di bilik darjah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan efektif. Sememangnya, menjaga kebersihan alam sekeliling merupakan tanggungjawab manusia sejagat, dan oleh itu, kumpulan kami berganding bahu untuk menjadikan inspirasi dan suri teladan kepada pelbagai lapisan masyarakat.

OBJEKTIF
I. Untuk memenuhi kewajipan mata pelajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. II. Untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ahli-ahli kumpulan. III. Untuk mengetahui tanggungjawab kami iaitu untuk menjaga kebersihan kelas kami. IV. Untuk mendidik diri kami sendiri caracara untuk membersihkan kelas kami dengan efektif.

KAWASAN Projek
Kami telah membuat keputusan untuk menjadikan kelas kami, iaitu 4 Amanah, sebagai kawasan projek kami. Kami bersetuju umtuk memilih tempat tersebut kerana kelas kami merupakan tempat yang kami guna pada setiap hari. Oleh sebab itu, kebersihan di dalam kelas kami sangat penting untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bersih dan ceria. Selain itu, oleh sebab kawasan projek yang dipilih merupakan kelas kami sendiri, jadi ia menjadi lebih senang untuk melaksanakan projek kami dengan selesa dan sempurna.

Rumusan
Secara keseluruhannya, projek khidmat masyarakat ini telah dijalankan dengan sempurna dan jayanya sehinggalah impian mewujudkan folio Mewujudkan Suasana Bilik Darjah Yang Bersih Lagi Sihat ini menjadi kenyataan. Mendahului pelaksanaan projek ini, kami sekumpulan telah memperoleh banyak manfaat dan faedah. Sebagai contoh, kami memperoleh kesedaran bahawa khidmat masyarakat merupakan sesuatu amalan murni yang patut dijadikan pedoman. Selain itu, kami sedar bahawa pelbagai langkah yang dapat dicorak bagi mewujudkan persekitaran yang bersih. Kami sebagai golongan muda, mampu berbuat demikian dan menjadi inspirasi kepada orang ramai. Dengan suasana yang bersih pula, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah telah menjadi lebih efektif dan berkesan. Lebih-lebih lagi, kelas kami telah mendapat pujian sebagai antara kelas yang terbersih oleh beberapa orang guru. Hal ini telah membuatkan tekad kami untuk menjayakan projek ini dengan usaha terbaik mungkin. Diharapkan semua lapisan masyarakat akan berganding bahu dalam menjaga kebersihan persekitaran dengan menghayati erti ketekunan dan semangat dedikasi.

Rujukan
- Ahmad Kamal Ariffin bin Mohd.Rus, Lina binti Zakariah, Norani binti Abd.Rahim, Maggie Low Poh Lean, 2007, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4, Petaling Jaya, Asia Galaxy Sdn.Bhd.

Lampiran

GAMBAR

You might also like