You are on page 1of 14

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD

42700 TELOK DATOK

TAJUK:

LAPORAN KHIDMAT KOMUNITI

TEMPAT:

NO 50, JALAN CEMPAKA WANGI, TAMAN CEMPAKA, BANTING.

NAMA : NOR KHIRLYANA

: NUR AMIERA NAZIHA BT MOHD ROSLAN

: SHARIFAH QYRUNNISYA BT SYED MOHD AZMIR

: NURUL SYAFIQAH ALIEYA BT MOHD SHOKRI

: NURUL FAQIHAH BT ZAINAL ABIDIN

PROGRAM : PENGURUSAN PERNIAGAAN DVM 1

NAMA PESYARAH : PUAN AZILAH BINTI AZIZ


1.0 NAMA PROGRAM
Program khidmat komuniti yang menganjurkan aktiviti alam sekitar iaitu gotong-royong
membersihkan kawasan laman rumah.

2.0 ULASAN PERLAKSANAAN AKTIVITI

Pada 3 Febuari 2021 yang lalu, sekumpulan pelajar daripada program


Pengurusan Perniagaan Diploma Tahun 1 telah mengadakan Program Khidmat
Komuniti iaitu aktiviti alam sekitar seperti bergotong-royong membersihkan kawasan
laman rumah yang bertempat di No 50, Jalan Cempaka Wangi 15, Taman Cempaka
Wangi untuk memenuhi jam kredit kursus di samping dapat membentuk sikap
tanggungjawab sosial serta semangat bekerjasama dalam kumpulan. Program yang
dianjurkan telah melibatkan 5 orang ahli jawatankuasa pelaksana dan pemilik rumah.
Matlamat program ini adalah untuk mendedahkan setiap pelajar kepada pengaplikasian
pengetahuan, kemahiran, nilai sivik dan kewarganegaraan di luar. Selain itu, ia juga
dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Malah ia juga bertujuan
melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.

Berikut merupakan langkah-langkah pelaksanaan yang dijalankan oleh kami bagi


menjayakan program yang telah dirancang oleh kami selama 2 bulan di kolej.

2
2.1 SEBELUM PELAKSANAAN

Satu perancangan dan kertas kerja telah dirancang oleh kami bagi menjayakan
program yang dirancang. Satu mesyuarat pembentukan jawatankuasa dijalankan
bersama dengan pensyarah yang mengajar kami kursus khidmat komuniti bagi
mendapatkan tunjuk ajarnya dan berbincang berkenaan langkah membentuk struktur
jawatankuasa yang baik dan berkesan dalam sesuatu program. Setelah berbincang dan
mendapat nasihat daripada pensyarah yang mengajar kami dalam kursus khidmat
komuniti, kami akhirnya telah berjaya menyiapkan satu kertas kerja yang sempurna dan
telah dihantar kepada pihak pengurusan untuk mendapatkan kelulusan dan persetujuan
mereka.

Setelah mendapat kelulusan, kami terus sahaja melakukan mesyuarat kecil


bersama rakan kumpulan yang telah dibahagikan mengikut jawatankuasa yang telah
dibentuk dalam mesyuarat tempoh hari. Antara tugas yang telah dibahagikan adalah ahli
jawatankuasa pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari dan naib bendahari.
Kami telah memilih waktu pagi sebagai waktu yang sesuai untuk menjalankan program
yang dirancang. Setiap ahli memainkan peranan yang penting. Mesyuarat bersama
pihak pemilik rumah, persiapan membeli barang yang diperlukan dan aktiviti bergotong-
royong dijalankan dalam tempoh yang diberikan. Selain itu, ahli jawatankuasa yang
menguruskan tempat bertanggungjawab untuk pergi melihat kawasan tersebut dan telah
melakukan tugasnya dengan segera agar aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik.
Berikut adalah gambar-gambar semasa lawatan kali pertama ke kawasan aktiviti yang
akan dijalankan

3
Kami telah membuat kajian dan terdapat beberapa masalah yang telah membuat
berlakunya perselisihan faham diantara kami seperti kurang bersetuju dengan idea
antara satu sama lain. Oleh itu, kami telah mengambil langkah untuk mengatasinya
dengan terus merujuk kepada penyarah yang mengajar kursus khidmat komuniti
berkenaan dengan masalah yang dihadapi untuk kami mengetahui jalan penyelesaian
yang terbaik.

2.2 SEMASA PELAKSANAAN

Pada hari kejadian kami semua hadir ke kawasan perumahan tersebut seawal
jam 8.00 pagi untuk membuat persiapan awal seperti menyusun barang yang hendak
digunakan dan memastikan barang mencukupi serta dalam keadaan baik. Program

4
bermula dengan berkumpul bagi mendengar sesi taklimat yang disampaikan oleh
pengerusi program.

Selesai sesi taklimat, program diteruskan dengan sarapan pagi sebelum


memulakan aktiviti bergotong-royong. Hal ini bertujuan agar setiap ahli yang menyertai
aktiviti ini mempunyai tenaga untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Apabila selesai
bersarapan pagi, Pengagihan tugas telah dibahagikan mengikut jadual pengkelasan
yang telah dirancang. Setiap seorang telah diberikan tugas. Ia bertujuan bagi
memudahkan kerja yang akan dilakukan. Hal ini, akan mengelakkan dari perebutan
tugas setiap ahli.

Seterusnya, program pada pagi itu diteruskan pula dengan aktiviti bergotong-
royong. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan antaranya adalah mengemas
peralatan yang digunakan untuk menanam pokok, mencabut rumput, mengemaskan
tanaman, mengutip sampah dan sebagainya. Kelihatan setiap ahli yang terlibat amatlah
ceria dan bersemangat dengan aktiviti yang dilakukan. Pemilik rumah terlebih dahulu
telah menunjukkn demonstari cara menggunakan gunting memotong rumput dan
memberikan taklimat keselamatan. Syukur kepada Tuhan sepanjang aktiviti tersebut
dijalankan tiada berlaku kemalangan yang serius. Ini telah membuktikan bahawa setiap
ahli yang terlibat telah berjaya mengikut semua arahan dan taklimat yang diberikan.

Selesainya aktiviti bergotong-royong membersihkan laman, ahli yang terlibat


telah diberikan rehat selama 20 minit untuk menikmati minum pagi yang telah
disediakan oleh ahli jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus
makanan. Setiap ahli yang terlibat telah hidangkan sepinggan bihun goreng dan
secawan air milo.

Pada jam 11 pagi, setelah selesai minum pagi, ahli yang terlibat dikumpulkan
semula untuk menjalankan aktiviti yang seterusnya iaitu aktiviti keceriaan dan menghias
laman. Setiap ahli yang terlibat sekali lagi diberikan tugas mengikut skop kerja yang
akan dilakukan. Setiap kerja yang dilakukan juga di pantau oleh pemilik rumah bagi
mengelakkan kecederaan dan memastikan susunan yang dilakukan mengikut kehendak
pemilik rumah.

5
Akhir sekali, selesai sudah semua aktiviti yang dirancang tibalah pula masa
untuk aktiviti penutupan. Aktiviti dimulakan dengan ucapan penutup daripada wakil kami.
Pengerusi program kami telah memberikan ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada pihak pemilik rumah. Pihak pemilik rumah juga turut menyampaikan ucapannya
kepada kami. Aktiviti diteruskan pula dengan jamuan kecil-kecilan sebelum kami
bersurai.

2.3 SELEPAS PELAKSANAAN

Kami mengemas peralatan yang digunakan semasa gorong-royong dijalankan


dan membuang plastik sampah yang dipenuhi sampah semasa gotong-royong di tempat
yang disediakan. selepas selesai sahaja aktiviti agar kawasan yang kami gunakan tiada
sampah yang ditinggalkan. Selepas itu, kami meminta izin kepada tuan rumah untuk
beransur pulang.

3.0 ULASAN PENCAPAIAN OBJEKTIF

Secara keseluruhannya program yang dijalankan telah berjaya mencapai objektif


yang telah ditetapkan. Antaranya ialah aktiviti yang dijalankan ini telah menunjukkan
kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.selain itu, ia juga telah
menampilkan kepada kami cara menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai
yang positif. Seterusnya, merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan
mengambil peranan secara peranan secara aktif dalam kumpulan. Di samping dapat
memupuk kami semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-
membantu sesama masyarakat serta berganding bahu dengan badan bukan kerajaan

6
dalam menjaga kebajikan bersama. Demikian juga ia turut dapat melatih kami untuk
mempunyai keyakinan dalam interaksi sesama komuniti dan kemahiran yang betul untuk
berkomunikasi. Kemahiran bersosial yang baik membolehkan setiap maklumat yang
disampaikan dapat diterima dengan jelas. Walaupun belum 100 % mencapai objektif
yang ditetapkan namun pencapaian yang diperoleh sudah berjaya.

4.0 REFLEKSI PENCAPAIAN KENDIRI

Kami telah menerima tugasan ini oleh pensyarah pembimbing kami iaitu Puan
Azilah Binti Aziz, bagi Kursus Khidmat Komuniti. Sepanjang kami menjalankan program
tersebut banyak perkara yang telah kami pelajari dan fahami antaranya adalah
bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu tugasan secara berkumpulan. Pada waktu
itulah kami mulai sedar betapa pentingnya kerjasama dalam satu pasukan yang sering
dikatakan sebagai kunci kejayaan. Tambahan pula dengan adanya pandemik covid-19
dan pkp yang sedang melanda kawasan tempat tinggal kami sedikit sebanyak
menyukarkan pergerakkan kami untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Tanpa
kerjasama yang baik tidak mungkin sesuatu tugasan itu dapat diselesaikan dengan
sempurna. Selain itu, kami juga dapat menambah pengetahuan dengan melaksanakan
program yang melibatkan komuniti setempat. Hubungan diantara komuniti juga turut
dapat dieratkan.

Untuk program tersebut, kami telah diberi kesempatan untuk menyandang


jawatan seperti adanya jawatan pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari dan
juga naib bendahari. Kami juga telah dilantik jawatan atas persetujuan ahli kumpulan
masing-masing.

7
Di samping itu, kami turut dapat membantu pemilik rumah bagi mencantikkan
lagi kediamannya seperti melakukan pembersihan di kawasan kediamannya. Ini bagi
mengelakkan kediaman pemilik rumah tersebut kelihatan bersepah. Kami juga saling
bantu-membantu dalam melakukan kerja seperti membuang sampah, mengutip
sampah, menyediakan peralatan dan sebagainya. Jika tiada kerjasama yang baik
masalah yang tidak diingini mungkin akan terjadi walaupun tidak ramai orang yang perlu
dikawal. Dengan adanya kerjasama dalam satu kumpulan ia akan membantu lagi untuk
menguruskan perkara tersebut.

Namun sepanjang program berlangsung, kami telah mendapati terdapat


beberapa kebaikan yang perlu kami kekalkan untuk program lain yang bakal diadakan
lagi. Antaranya adalah kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan. Setiap kali
mesyuarat perbincangan diadakan kehadiran ahli kumpulan sentiasa mencukupi dan
memenuhi kehadiran. Selain itu, persiapan peralatan juga telah dibuat dengan rapi. Hal
ini telah dibuktikan di mana pada awal pagi sebelum program berlangsung kesemua
peralatan yang diperlukan berfungsi dengan baik dan mencukupi. Pemilik rumah yang
terlibat juga telah memberikan kerjasama yang sama yang baik malah banyak
membantu tunjuk ajar kepada kami dalam menjalankan program aktiviti khidmat
komuniti ini.

Sesuatu program yang dijalankan pasti akan ada beberapa kelemahan walaupun
terselit kebaikan di dalamnya. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah kehadiran
sebahagian ahli kumpulan pada hari kejadian. Terdapat sekumpulan ahli yang hadir
lewat kerana masalah tiada kenderaan untuk hadir ke tempat program aktiviti yang akan
dijalankan. Perancangan perjalanan yang baik tidak diamalkan oleh mereka. Selain itu,
ahli jawatankuasa seharusnya lebih peka kepada setiap ahli kumpulan yang lain. Selain
itu, persiapan barang yang tidak mencukupi. Hal ini telah menyebabkan dua kali kerja
untuk mencari keperluan peralatan yang ingin digunakan. Seterusnya, kuasa media
sosial telah menjadikan perjalanan majlis agak lambat. Ini kerana mereka lebih
mementingkan gambar yang berkualiti daripada hasil kerja yang berkualiti.

8
Akhir sekali, seperti kita sedia maklum, tiada kelemahan yang tidak boleh
diperbaiki. Oleh itu, terdapat beberapa penambahbaikan yang harus kami lakukan.
Antaranya, kami perlu memastikan kehadiran awal pada masa yang telah ditetapkan
agar persediaan program dapat dijalankan dengan baik tanpa sebarang masalah. Selain
itu, kami perlu lebih peka terhadap ahli kumpulan daalam menyediakan sesuatu barang
yang hendak digunakan. Ini kerana ia akan mengelakkan perlakunya perselisihan faham
dan perbalahan yang mungkin akan menyebabkan tergendalanya sesuatu program.
Pengawalan penggunaan telefon bimbit semasa program perlu diperbaiki lagi agar
pergerakan program berjalan dengan lancar.

5.0 GAMBAR AKTIVITI

5.1 SEBELUM

9
5.2 SEMASA

10
11
5.3 SELEPAS

12
6.0 PENGESAHAN

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................................... ...................................................
(SHARIFAH QYRUNNISYA BT SYED MOHD AZMIR) (PUAN AZILAH BINTI AZIZ)

13
Setiausaha Program Khidmat Komuniti Pensyarah Kursus Khidmat Komuniti

14

You might also like