You are on page 1of 17

USK10202

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

SEMESTER FEBRUARI 2020/2021


KUMPULAN 2
SOAL SELIDIK
TAJUK : ISU PENGABAIAN IBU BAPA OLEH ANAK-ANAK
NAMA PENSYARAH : PROFESSOR YOHAN KURNIAWAN
NAMA AHLI KUMPULAN :

NAMA NO. MATRIK


VINISHARAJNY A/P YASUNATHAN A20A2062
CHENG EE KHIN A20A1298
NURIL SYAZWANI BINTI NOR AKMAR A20A1823
DAHYAHLANEEY A/P PERUMAL A20B1310
SARANNIA A/P SELVAKKUMARAN A20A1931
FATIN NABILA BINTI ISMAIL A20A1342

1
ISI KANDUNGAN
Tajuk kes....................................................................................................................................3
Alasan memilih kes....................................................................................................................3
Permasalahan Penyelidikan........................................................................................................4
Objektif Penyelidikan.................................................................................................................5
Metod Penyelidikan...................................................................................................................6
Kaedah Pengambilan Data.....................................................................................................6

Penyelidikan Lapangan..........................................................................................................6

Responden Kajian..................................................................................................................6

Tempat Kajian........................................................................................................................7

Analisis Data..............................................................................................................................8
BAHAGIAN 1.......................................................................................................................8

BAHAGIAN 2.....................................................................................................................10

BAHAGIAN 3.........................................................................................................................15
Perbincangan............................................................................................................................17
Kesimpulan..............................................................................................................................18

2
Tajuk kes
Isu Pengabaian Ibu Bapa oleh Anak-anak

Alasan memilih kes


Di negara Malaysia, mengabaikan golongan ibubapa yang sudah tua dan menghantar ke
rumah kebajikan merupakan satu perkara yang tidak bermoral oleh anak-anak,tetapi kes itu
turut meningkat pada setiap tahun. Daripada kajian ini,kami boleh mengenalpasti sebab-
sebab peningkatan isu tersebut daripada pendapat responden. Penjagaan ibubapa yang sudah
tua adalah bukan masalah individu sahaja,malahan melibatkan semua pihak terutama institusi
keluarga,masyarakat dan kerajaan. Pengorbanan ibubapa tidak ternilai oleh anak-anak yang
menjaga dan memelihara dengan penuh kasih saying semasa kecil dulu. Kajian ini juga
dilakukan untuk memberi kesedaran kepada ramai responden agar isu pengabaian ibubapa
oleh anak-anak akan dapat diatasi.

3
Permasalahan Penyelidikan
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh kumpulan kami, isu pengabaian ibu bapa
oleh anak-anak menjadi tema dan topik kami kerana pengabaian ibu bapa oleh anak-anak
adalah isu yang sering berlaku tidak kira di mana-mana negara. Isu ini tidak sepatutntya
berlaku kerana ibu bapa merupakan orang yang telah membesarkan dan menjaga kita
sekiranya anak-anak mengalami masalah. Terdapat banyak punca yang disebabkan
pengabaian ibu bapa oleh anak-anak berlaku. Sebagai contoh, kurang didikan yang diberikan
kepada anak-anak telah menyebabkan anak-anak tidak menghargai jasa dan mendengar
nasihat daripada ibu bapa mereka. Perkara ini membawa impak yang besar kepada anak-anak
untuk bertindak sendiri tanpa berfikir untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi
dengan ibu bapa mereka. Punca yang kedua ialah anak-anak mengejar kerjaya pekerjaan atau
pembelajaran membawa kesan kepada pengabaian ibu bapa berlaku. Dengan status dan
kerjaya yang baik, kebanyakan anak akan lupa terhadap jasa dan bimbingan yang diberikan
oleh ibu bapa mereka. Mereka akan bertindak meletakkan ibu bapa mereka di rumah orang
tua kerana berasa beban untuk menjaga semasa mengejar kerjaya mereka. Kemunculan
seorang teman hidup juga merupakan punca kepada pengabaian ibu bapa. Hubungan ibu bapa
dengan anak akan menjadi renggang kerana kemunculan seorang teman hidup akan
memasuki bulatan keluarga. Tidak dinafikan, anak-anak akan berasa tertekan dengan ibu
bapa mereka jika tinggal bersama. Hal ini telah menyebabkan anak-anak tidak mempunyai
perasaan kasih sayang terhadap ibu bapa mereka. Isu pengabaian ibu bapa oleh anak-anak
tidak digalakkan berlaku pada zaman ini.

4
Objektif Penyelidikan
Isu pengabaian ibu bapa oleh anak-anak adalah sesuatu perkara yang sangat
dipersoalkan buat masa kini. Oleh itu, kajian kami ini mempunyai obejktif yang tersendiri
agar masalah ini dapat membuka minda dan fikiran masyarakat sekarang.
Objektif pertama ialah untuk mengenalpasti punca pengabaian ibu bapa oleh anak-
anak dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana isu ini cukup popular di media massa seperti
di surat khabar, media sosial juga di persekitaran masyarakat kita. Kita boleh memberi
beberapa contoh ataupun bukti daripada surat khabar tentang pengabaian ibu bapa oleh anak-
anak seperti “tinggal ibu lumpuh di hotel”, “gara-gara ikut cakap isteri buang ayah tepi jalan”
, “buang ayah tepi masjid”. Mengapa perkara sebegini boleh berlaku terhadap mereka yang
digelar ibu bapa.
Objektif kedua yang kami perlu capai berdasarkan soal selidik ini adalah untuk
mengkaji tahap kesedaran masyarakat terhadap isu pengabaian ibu bapa oleh anak-anak.
banyak rancangan sekarang dikeluarkan tentang keberadaan ibu bapa yang tinggal di rumah
orang tua disebabkan oleh anak-anak sendiri yang menghantar. Perkara-perkara seperti ini
amat menyedihkan apabila mendengarnya. Soal selidik ini mampu membantu dalam
meluaskan lagi tahap kesedaran kepada mereka yang umum mengetahuinya apatah lagi
kepada mereka yang tiada kesedaran langsung tentang keberadaan masalah ini.
Turut diambil kira juga untuk objektif yang ketiga iaitu mengkaji impak positif
daripada pandangan masyarakat terhadap isu pengabaian ibu bapa oleh anak-anak. Hal ini
juga sebagai menyampaikan peringatan bahawa isu ini perlu diambil tahu secara positif.
Walaupun hanya minoriti yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya ini kepada ibu bapa
yang membawa mereka ke dunia, adalah tidak adil untuk menuding jari kepada kesemua
masyarakat. Soal selidik ini adalah salah satu cara agar kita sebagai anak-anak memberikan
kasih sayang kepada ibu bapa yang sudah menjaga kita sejak daripada lahir.

5
Metod Penyelidikan
Kaedah Pengambilan Data
Data kajian dapat dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diedarkan terdiri daripada
item yang ringkas dengan perkataan yang mudah difahami. Pengkaji telah menggunakan
skala Likert bagi memudahkan responden dalam menjawab item soal selidik yang diberikan.
Soal selidik ini telah diberi kepada responden secara atas talian melalui ‘google form’. Soalan
kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A yang terdiri daripada soalan-
soalan yang berkaitan dengan demografi atau identiti responden. Bahagian B pula
mengandungi sepuluh item soalan untuk mengenalpasti punca pengabaian ibu bapa oleh
anak-anak dalam kalangan masyarakat manakala Bahagian C mengandungi lima soalan bagi
mengkaji tahap kesedaran masyarakat terhadap isu Pengabaian Ibu Bapa oleh Anak-Anak.

Skala Likert Peringkat


1 Tidak Setuju
2 Kurang Setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Sangat Setuju

Bahagian ini membincangkan analisis data dan mempersembahkan hasil penemuan


kajian yang dibuat melalui borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden.

Penyelidikan Lapangan
Kaedah kajian ini melalui lapangan atau survey merupakan satu kaedah penyelidikan yang
digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Kajian lapangan juga merupakan
alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik.
Semasa kaedah lapangan dijalankan, pengkaji sendiri dapat melihat pendapat responden
tentang isu Pengabaian Ibu Bapa oleh Anak-Anak.

Responden Kajian
Kajian ini digunakan adalah untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap,
pandangan dan persepsi selain daripada keterangan latar belakang. Kajian ini dilakukan bagi
meninjau pandangan masyarakat mengenai isu Pengabaian Ibu Bapa oleh Anak-Anak.
Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 102 responden dalam kalangan
remaja dan juga dewasa. Data yang dikutip daripada responden melalui borang soal selidik
yang telah diedarkan akan memudahkan pengkaji untuk menganalisis pendapat responden
terhadap isu Pengabaian Ibu Bapa oleh Anak-Anak.

6
Tempat Kajian
Seterusnya, berdasarkan kajian data menunjukkan kesemua responden berada di
Semenanjung Malaysia semasa menjawab soal selidik yang diberikan secara atas talian.

7
Analisis Data

Bahagian ini menerangkan analisis data daripada maklum balas 102 responden berdasarkan
kaedah statistik iaitu soal selidik yang dijalankan di atas talian menggunakan ‘Google Form’
berkaitan isu pengabaian ibu bapa oleh anak-anak.

BAHAGIAN 1

Rajah 1 menunjukkan peratus bilangan responden yang di soal selidik mengikut jantina.

Rajah 1: Peratus bilangan responden mengikut jantina


Rajah 1 menunjukkan peratus jantina bagi 102 responden yang di soal selidik di atas
talian, bilangan perempuan lebih ramai daripada lelaki. Bilangan lelaki seramai 25 orang
bersamaan 24.5% manakala bilangan perempuan 77 orang bersamaan 75.5%.

Rajah 2 menunjukkan bilangan responden yang disoal selidik mengikut umur.

Rajah 2: Bilangan responden mengikut umur


Rajah 2 menunjukkan bilangan umur responden yang paling tertinggi ialah 19 tahun ke 25
tahun iaitu seramai 82 orang bersamaan 80.4% daripada 102 orang responden. Manakala
umur responden yang berumur daripada 26 tahun hingga 15 tahun hanya 14.7% seramai 7
orang. Responden yang paling kurang ialah berumur 18 tahun ke bawah seramai 5 orang,
4.9%.

8
Rajah 3 menunjukkan status responden yang menjawab soal selidik.

Rajah 3: peratus bilangan responden berdasarkan status


Berdasarkan rajah 3, status responden dibahagikan kepada 3 iaitu pelajar, bujang dan
berkahwin. Status seorang pelajar lebih tinggi berbanding status responden yang bujang. Data
bagi status reponden yang berkahwin adalah paling sedikit, 15.7% iaitu 16 orang. Responden
yang masih belajar ialah seramai 68 orang iaitu 66.7% dan seramai 18 orang yang memegang
status bujang iaitu 17.6% daripada 102 responden.

Rajah 4 menunjukkan kaum bagi responden dalam soal selidik ini.

Rajah 4: Bilangan responden mengikut kaum


Rajah 4 menunjukkan data bahawa kaum Melayu adalah bilangan tertinggi iaitu seramai 79
orang, 77.5% daripada 102 responden. Bilangan kedua responden tertinggi berdasarkan kaum
ialah kaum India sebanyak 15.7%, 16 orang manakala seramai 7 orang, 6.9% daripada kaum
Cina.

9
Rajah 5 menunjukkan tempat tinggal responden samada di Semenanjung ataupun Sabah dan
Sarawak.

Rajah 5: Data tempat tinggal responden


Berdasarkan rajah 5, 100% iaitu seramai 102 responden tinggal di Semenanjung Malaysia
semasa menjawab soal selidik menggunakan ‘Google Form’ ini.

BAHAGIAN 2
Rajah 6 mengumpulkan data tentang persoalan bahawa tekanan pekeraan/pembelajaran
menjadi punca anak-anak mengabaikan ibu bapa.

Rajah 6: Bilangan responden tentang tekanan pekerjaan/pembelajaran anak-


anak.
Berdasarkan rajah 6, seramai 13 orang sangat bersetuju dan tidak bersetuju dengan persoalan
ini. Seramai 17 orang pula memilih untuk menjawab tidak pasti. Bilangan responden tertinggi
untuk jawapan setuju seramai 40 orang manakala seramai 19 orang untuk mereka yang
kurang bersetuju.

10
Rajah 7 menunjukkan data bahawa sikap ibu bapa yang memberi kemewahan dan kemanjaan
yang melampau menyebabkan anak-anak lupa diri.

Rajah 7: Bilangan responden tentang pendapat kemaanjaan dan kemewahan


menjadi punca pengabaian ibu bapa
Data pada rajah 7 menunjukkan seramai 55 responden daripada 102 responden yang bersetuju
dengan pendapat ini. 28 responden pula sangat bersetuju dengan punca yang dinyatakan.
Jawapan untuk tidak bersetuju dan kurang bersetuju memiliki bilangan responden yang sama
iaitu seramai 6 orang. 5 orang responden memilih untuk menjawab tidak pasti.

Rajah 8 memberi data tentang pengaruh luar yang menyebabkan pengabaian ibu bapa oleh
anak-anak.

Rajah 8: Bilangan responden tentang punca pengaruh luar seperti rakan-rakan dan
media sosial.
Berdasarkan rajah di atas, majoriti responden iaitu seramai 51 orang bersetuju dan 25
orang sangat bersetuju. 3 responden menyatakan tidak bersetuju dengan punca
pengaruh luar ini serta 10 responden yang juga kurang bersetuju. Data juga
menunjukkan seramai 11 orang memiliki jawapan yang tidak pasti.
Rajah 9 menunjukkan jurang komunikasi mengakibatkan hubungan anak-anak dan ibu bapa
renggang.
11
Rajah 9: Bilangan responden tentang pandangan punca jurang komunikasi.
Berdasarkan rajah 9, punca jurang komunikasi yang tinggi ini dipersetujui seramai 83 orang
yang memilih sangat setuju dan setuju. Bilangan responden yang tidak pasti pula ialah
seramai 11 orang sahaja. Responden yang kurang bersetuju adalah seramai 6 orang dan tidak
setuju seramai 2 orang.

Rajah 10 menerangkan tentang kesan anak-anak yang mengejar kesenangan hidup.

Rajah 10: Bilangan responden yang menilai tentang anak-anak yang mengejar
kesenangan hidup.
Rajah 10 memberi data paling tertinggi iaitu seramai 47 orang bahawa responen bersetuju
berbanding 23 responden yang memilih sangat bersetuju. Responden yang tidak pasti seramai
10 orang, kurang bersetuju 14 orang dan responden tidak bersetuu seramai 8 orang.

12
Rajah 11 menerangkan tentang persoalan untuk meninggalkan ibu bapa yang uzur di rumah
orang tua demi penjagaan lebih baik.

Rajah 11: Bilangan responden tentang persoalan meninggalkan ibu bapa yang
uzur di rumah orang tua.

Berdasarkan pandangan responden di rajah 11, seramai 71 orang tidak bersetuju dan 15 orang
kurang bersetuju dengan persoalan yang dinyatakan. Hanya 7 responden yang bersetuju dan
sangat bersetuju manakala 9 orang responden tidak pasti.

Rajah 12 menunjukkan persoalan tentang punca ibu bapa yang lalai mendidik nilai murni
kepada anak-anak terhadap pengabaian ibu bapa.

Rajah 12: Bilangan responden tentang akibat ibu bapa yang lalai mendidik
nilai murni kepada anak-anak.
Data peratus responden yang tertinggi ialah pada respon setuju seramai 45 orang dan kedua
tertinggi seramai 17 orang untuk tidak pasti. Responden yang sangat bersetuju seramai 16
orang manakala 14 dan 10 responden untuk jawapan kurang bersetuju dan tidak setuju.

13
Rajah 13 menunjukkan masalah kewangan menjadi faktor utama anak-anak yang
mengabaikan ibu bapa yang tua.

Rajah 13: Bilangan responden tentang masalah kewangan yang menjadi


faktor.
Rajah 13 menunjukkan majoriti responden bersetuju, iaitu 38 orang dan 11 orang yang sangat
bersetuju. 20 responden memilih jawapan tidak pasti manakala 31 responden untuk kurang
bersetuju dan tidak bersetuju.

BAHAGIAN 3

Rajah 14 menunjukkan soalan yang mengandaikan anak-anak yang mengabaikan ibu bapa
sebagai kacang lupakan kulit.

Rajah 14: Bilangan responden berkenaan soalan rekfleksi diri


Rajah 14 jelas menunjukkan bahawa responden sangat beretuju dan bersetuju memiliki
bilangan tertinggi dengan 40 dan 26 responden masing-masing. Responden yang tidak pasti
seramai 17 orang berbanding 15 responden untuk kurang bersetuju. Hanya 2 orang yang tidak
bersetuju dengan soalan refleksi ini.

14
Rajah 15 menunjukkan soalan tentang relevennya alasan mempunyai keluarga baharu punca
pengabaian ibu bapa.

Rajah 15: Bilangan responden tentang pandangan alasan keluarga baharu.


Sebanyak 57.84 peratus responden tidak bersetuju dengan soalan ini dan seramai 16 orang
pula yang kurang bersetuju. Seramai 13 orang yang memilih tidak pasti serta 10 dan 2
responden untuk bersetuju dan sangat bersetuju.

Rajah 16 memberi data tentang pandangan istilah karma dalam isu ini.

Rajah 16: Bilangan responden terhadap istilah karma.


Rajah 16 menunjukkan responden yang tidak setuju dan kurang bersetuju dengan istilah
karma kepada ibu bapa seramai 41 orang. Responden yang tidak pasti seramai 21 orang. 24
dan 16 responden memberi pandangan untuk setuju dan sangat bersetuju maing-masing.

15
Perbincangan
Pepatah Melayu yang berbunyi “bagai kacang lupakan kulit” mungkin merupakan
kaedah yang tepat untuk membincangkan isu orang tua, yang semakin tidak diendahkan dan
kemiskinan dan kesejahteraan semua golongan tidak diendahkan oleh semua pihak.
Sehubungan dengan itu, kita sering tertanya-tanya mengapa golongan orang tua ini tidak
diendahkan oleh semua lapisan masyarakat dan selalu dilupakan. Merawat ibu bapa yang tua
atau bukan sahaja menjadi masalah peribadi, tetapi juga melibatkan pelbagai
pihak,terutamanya institusi keluarga,masyarakat dan pemerintah. Pengorbanan ibu bapa tidak
ternilai harganya, jadi menjaga dan menjamin anak yang penuh dengan bahan bakar sama
dengan menjaga anak ketika kita masih kecil. Bagaimanapun, dalam tuntutan agama pun ia
cukup jelas menuntut kita sebagai anak, kita harus menjaga ibu bapa lebih-lebih lagi
berumur.
Tetapi banyak anak-anak hari ini menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua
atau meninggalkan mereka sendirian. Ini kerana disebabkan oleh banyak faktor yang
mempengaruhinya, masalah ini juga harus diselesaikan agar tidak menjadi lebih buruk pada
masa akan datang. Oleh itu, kami melakukan tinjauan soal selidik “Mengapakah Anak-Anak
Mengabaikan Ibu Bapa”. Kami mendapati satu analisis data daripada jumlah responden yang
menjawab soal selidik iaitu sebanyak 102 orang. Selepas menganalisis data, kami
mengenalpasti beberapa faktor kenapa anak-anak mengabaikan ibu bapa mereka dan hantar
ke rumah orang tua.
Salah satu faktor yang paling penting yang menyebabkan fenomena ini adalah sikap
manusia itu sendiri. Sebilang anak-anak memandang rendah terhadap kumpulan orang tua.
Mereka berpendapat bahawa ibu bapa tua tidak berguna dan bahkan membebankan. Oleh itu,
anak-anak lebih cenderung menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua daripada
menjaga sendiri. Bukan itu sahaja, anak-anak sering memandangkan rendah terhadap ibu
bapa mereka. mereka tidak menganggap layanan yang diberikan oleh ibu bapa mereka
kepada mereka sehingga mereka dapat menikmati kesoronokan dan mereka jurang
berkomunikasi dengan ibu bapa mereka. Semasa kami menggunakan faktor ini, kami
mendapati dalam soal selidik, majoriti responden sangat bersetuju akan faktor ini.
Dari aspek lain pula, faktor pengabaian warga tua juga disebabkan oleh tingkah laku
ibu bapa sendiri. Pengabaian terhadap ibu bapa boleh disebabkan pengalaman anak-anak
sendiri. Contohnya, sewaktu kanak-kanak, kedua ibu bapa mereka bersikap bengis, maka
anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap kedua ibu
bapa mereka yang dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati
mereka ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapa mereka.
Berdasarkan data rajah 7, majority reponden bersetuju dengan sikap ibu bapa yang terlalu
memanjakan dan memberikan kemewahan melampau menyebabkan anak-anak lupa diri dan
ibu bapa juga lalai dalam mendidik nilai murni kepada anak-anak adalah sebab menjadikan
mereka mengabaikan ibu bapa sendiri di masa hadapan. Anak-anak yang tidak mempunyai
sifat syukur akan mudah tumbang dek kemewahan yang dimiliki. Perasaan terlalu selesa
menyebabkan mereka lupa diri. Hal ini berkait dengan nilai murni yang perlu disifatkan
16
dalam diri mereka oleh ibu bapa kerana nilai murni itu sendiri adalah aspek yang penting
untuk manusia.
Akhirnya, adakah masalah krisis kewangan menjadi faktor utama dalam pengabaian
ibubapa oleh anak-anak di dunia materialistik ini? Sebab-sebab kita mendapatkan
responden yang lebih tinggi yang bersetuju dengan faktor ini kerana anak-anak sering
memandang ringan terhadap orang tua mereka. Anak-anak menganggap ibu bapa mereka
telah tua tidak berguna dan berjasa lagi. Mereka tidak fikir tentang jasa-jasa yang telah
diberikan oleh ibu bapa mereka sehingga mereka dapat menikmati senangan. Ingatlah, tanpa
ibu bapa, maka tiadalah insan yang bergelar anak-anak di muka bumi ini.

Kesimpulan
Hasil daripada kajian yang dilakukan, pelbagai punca telah dikenalpasti dalam isu
Pengabaian Ibu Bapa oleh Anak-Anak. Sebagai masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai
murni, anak-anak sememangnya tidak patut membiarkan ibu bapa kita menghabiskan sisa-
sisa kehidupan di rumah orang-orang tua. Kita perlu menghargai ibu bapa kita selain hidup
sebagaimana mereka menantang kita sebagai minyak yang penuh sejak kita masih bayi lagi.
Melalui kajian ini juga mendapati bahawa terdapat sebahagian masyarakat tidak mahu
mengambil risiko menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan. Secara tidak
langsungnya, melalui pandangan masyarakat mengenai kajian ini dapat memberikan impak
positif sekaligus membuka mata masyarakat dalam kepentingan penjagaan ibu bapa.

17

You might also like