You are on page 1of 3

Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada

golongan kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak berlaku apabila terdapat segelintir ibu bapa yang
tidak bertanggungjawab menyeksa anak mereka tanpa belas kasihan. Kes penderaan kanak-kanak
seperti ini semakin berleluasa di Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, kita sering terbaca tajuk-tajuk utama
di dada akhbar tempatan mengenai kes penderaan terhadap kanak-kanak. Kes penderaan terhadap
kanak-kanak semakin membimbangkan kerana kes ini menunjukkan peningkatan dari tahun ke
tahun. Kajian mendapati bahawa sebanyak 7 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan setiap hari. Kes
seperti ini sudah semestinya akan menimbulkan rasa tidak puas hati daripada pelbagai pihak
terutamanya pihak kerajaan.Kes penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis,
antaranya ialah penderaan fizikal, mental dan seksual kanak-kanak. Terdapat pelbagai faktor yang
mendorong kepada berlakunya peningkatan kes penderaan terhadap kanak-kanak dan langkah bagi
mengatasi peningkatan kes ini.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kes penderaan kanak-kanak ialah terdapat segenlintir
ibu bapa yang kurang didikan agama. Ilmu agama amat penting kepada setiap individu terutamanya
individu yang ingin mendirikan rumah tangga. Perkara seperti ini amatlah penting kerana dengan
ilmu kita mampu berfikir dengan waras apa yang baik dan apa yang buruk. Ibu bapa yang kurang
didikan agama akan kerap melakukan perkara yang zalim dan keji di sisi agama. Ibu bapa yang
kurang mendapat sokongan sosial daripada masyarakat juga boleh mendorong kepada berlakunya
kes penderaan kanak-kanak. Kes penderaan kanak-kanak boleh berlaku apabila terdapat ibu bapa
yang gagal mengawal perasaan dan emosi lalu melepaskannya kepada anak-anak mereka. Ibu bapa
yang kurang didikan agama ini juga akan lebih agresif apabila anak-anak mengganggu emosi mereka.
Penderaan terhadap kanak-kanak akan berkurangan sekiranya ibu bapa mempunyai ilmu agama
yang cukup tidak kira Melayu, Cina mahupun India.

Tekanan perasaan di tempat kerja juga boleh mendorong kepada peningkatan kes penderaan kanak-
kanak. Pada zaman serba maju ini, kebanyakan wanita lebih berminat untuk bekerja daripada hanya
duduk di rumah. Hal ini demikian kerana peningkatan harga barangan mendorong para wanita pada

masa kini bek erja dan memperolehi pendapatan sendiri. Ibu


bapa yang bekerja mungkin akan mrngalami tekanan di tempat kerja akibat dimarahi oleh pihak
atasan. Setibanya di rumah, ibu bapa yang mengalami tekanan pasti akan melepaskan kemarahan
pada anak-anak mereka dan pada keluarga. Perkara seperti ini amat membimbangkan kerana ibu
bapa yang tidak dapat mengawal perasaan marah mampu melakukan pelbagai perkara tanpa
disedarinya. Emosi yang tidak stabil akan mendorong ibu bapa berbalahan sesama sendiri dan anak-
anak merekalah yang menjadi mangsa. Kes penderaan kanak-kanak akan terus meningkat sekiranya
perkara seperti ini terus berlaku. Perancangan keluarga amatlah penting bagi membina keluarga
yang harmoni.

Kekurangan sumber pendapatan dalam sesebuah keluarga juga salah satu punca berlakunya
peningkatan kes penderaan kanak-kanak. Pada masa kini, sumber pendapatan dalam sesebuah
keluarga tidak cukup jika hanya bergantung kepada kerja seharian terutamanya bagi mereka yang
tinggal di kawasan bandar. Ibu bapa akan berasa tertekan dengan situasi ini malah ditambah lagi
dengan karenah kanak-kanak yang menginginkan sesuatu barangan seperti permainan. Keadaan ini
akan menambahkan lagi beban ibu bapa mecari duit untuk menunaikan permintaan anak-anak
mereka. Penderaan berlaku apabila ada segelintir ibu bapa yang gagal mengawal perasaan marah
terhadap anak-anak mereka yang meninginkan sesuatu barangan itu. Kebanyakan ibu bapa yang
berasa tertekan akan melepaskan kemarahan mereka dengan memukul anak-anak tanpa belas
kasihan. Perkara ini sudah semestinya akan meningkatkan kadar kes penderaan kanak-kanak.

Masalah penderaan terhada p kanak-kanak haruslah


dibendung kerana perkara seumpama ini akan meruntuhkan institusi kelurga. Pelbagai langkah yang
boleh dilakukan seperti mengadakan pelbagai kempen kesedaran. Kempen-kempen seperti ini
penting bagi golongan yang sudah berkeluarga tetapi tidak kurang penting juga bagi golongan
remaja. Kempen seperti ini makan mengajar ibu bapa betapa pentingnya anak-anak kepada mereka
kerana anak-anaklah yang akan menjaga kita di hari tua kelak. Kempen ini juga penting kepada
golongan remaja kerana kempen ini akan memberikan pendedahan kesan yang akan berlaku kepada
masyarakat sekiranya kes penderaan terhadap kanak-kanak terus meningkat. Program seperti ini
penting kepada sesebuah negara kerana perancangan seperti ini mampu membuka mata rakyat
sedunia tentang kesan yang akan berlaku sekiranya kes penderaan terhadap kanak-kanak terus
meningkat.

Pihak-pihak yang berwajib juga haruslah memberikan perhatian yang lebih terutamanya kepada ibu
bapa yang kurang didikan agama. Pelbagai kursus seperti kursus pra-perkhawinan juga boleh
dilancarkan untuk memberikan pengajaran dan pendidikan kepada ibu bapa mahupun golongan
muda yang bakal mendirikan rumah tangga. Pendidikan seperti ini amat penting kepada setiap
pasangan bagi menyedarkan mereka tentang kesan yang akan berlaku sekiranya kes penderaan
terhadap kanak-kanak terus meningkat. Mungkin, dengan adanya program seperti ini mereka akan
lebih sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul dalam membesarkan anak-anak sangatlah berat dan
biarpun begitu mereka haruslah sabar dalam menempuhi kehidupan bekeluarga. Mereka akan lebih
jelas mengenai cara-cara mengatasi tekanan serta cara malayan pasangan dengan baik. Hal seperti
ini sudah semestinya akan mengurangkan kes penderaan kanak-kanak.

Kesimpulannya, penderaan terhadap kanak-kanak merupakan perbuatan yang cukup keji terutama
di sisi agama Islam. Hal ini seolah-olah ingin menjahanamkan aset sesebuah negara kerana anak-
anaklah yang akan mewarisi sesebuah ekonomi negara. Anak-anak juga merupakan anugerah Allah
yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa haruslah memainkan peranan dalam
menjaga amanah Allah. Anak-anak seumpama kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkan
kehidupan mereka sehingga mereka meningkat dewasa. Jika mereka diperlakukan dengan
perbuatan yang agresif pada usia mereka masih kecil, tidak mustahil mereka akan bertindak lebih
agresif pada masa akan datang. Hargailah anak-anak dan jangan sakiti mereka kerana ia tidak akan
menguntungkan kepada mana-mana pihak malah ia akan memberikan kesan yang buruk pada masa
akan datang.

You might also like