You are on page 1of 26

CTU 241 : ASAS EKONOMI ISLAM

KONSEP PENGGUNAAN DALAM ISLAM


Pengenalan
 Bab ini akan membincangkan mengenai :
1. Definisi penggunaan
2. Falsafah penggunaan
3. Kepentingan penggunaan
4. Prinsip penggunaan
5. Matlamat dan objektif penggunaan
6. Kehendak dan keperluan manusia
7. Kesederhanaan dalam penggunaan
Pendahuluan
 Penggunaan merujuk kepada bahagian pendapatan yang tidak ditabung @
dilabur tetapi dibelanjakan untuk barang-barang dan perkhidmatan.

 Konsep penggunaan dalam ekonomi Islam merujuk kepada cara


bagaimana individu muslim membelanjakan pendapatan mereka untuk
memenuhi keperluan dan kehendak mereka dan orang lain berpandukan
syariah Islam.
Definisi PENGGUNAAN
 Bahasa : Guna, pakai, agih
 Istilah : Perlakuan mengguna barangan dan perkhidmatan
bagi memenuhi keperluan semasa. Agihan sumber
kepada pengguna untuk penggunaan bagi
kepuasan dan memenuhi utiliti

 Pengguna : manusia yg mempunyai pelbagai kehendak utk


Islam dipenuhi supaya mendapat kepuasan bagi
mendapat manfaat dunia dan akhirat
 Donald W.Moffat :
Penggunaan barangan dan perkhidmatan bagi memuaskan
kehendak-kehendak pengguna. Hasil daripada
penggunaan melahirkan nilai faedah atau utiliti.
 Pandangan Islam :
Berasal dari perkataan ‘Istihlaq’, dinyatakan sebagai ‘itlaf
ain’ iaitu melenyapkan zat dan menghilangkan
faedahnya, mengguna pakai sesuatu benda atau barangan
yang boleh memberi faedah bagi menghasilkan manfaat
yang dikehendaki. Contoh; menggunakan air untuk
minuman.
Falsafah PENGGUNAAN
 Aktiviti pengeluaran adalah semata-mata untuk tujuan
penggunaan.
 Tanpa wujudnya penggunaan ke atas sesuatu barangan, tidak
mungkin pengeluaran akan dilakukan.
 Beberapa falsafah penggunaan dibentuk untuk memberi garis
panduan dalam sistem ekonomi Islam iaitu :
1) Kemaslahatan
2) Pemilikan
3) Pengabdian
4) Amanah
Kepentingan PENGGUNAAN
 Kegiatan manusia secara langsung dapat meningkatkan pertumbuhan
ekonomi terutamanya dalam sistem yang berasaskan perdagangan bebas
(tingkah laku pengguna asas menentukan sifat permintaan dalam pasaran)

 Para pengguna merupakan unit terpenting ekonomi pasaran dalam


membentuk kuasa permintaan dan menggerakkan mekanisme pasaran

 Melihat kepada hakikat kehendak manusia (apabila seseorang berusaha


memenuhi kehendaknya, dia akan melibatkan diri dalam pengeluaran),
akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi
samb…
 Kualiti dan kuantiti barangan dan perkhidmatan yang dikehendaki itu
akan membentuk corak pengeluaran
 Penggunaan dalam ekonomi Islam mewujudkan beberapa kepentingan
tertentu iaitu :
 Bertepatan dengan kehendak Allah S.W.T
 Sederhana
 Etika
 Matlamat
 Sistematik
Prinsip-prinsip PENGGUNAAN
Matlamat Dan Objektif PENGGUNAAN
Kedudukan Kehendak & Keperluan Manusia
 Konvensional;
Penggunaan biasanya dihubungkaitkan dengan kehendak
manusia. Ini menunjukkan kehendak manusia menjadi perkara
asas dalam pertumbuhan ekonomi.

 Faktor-faktor pembentukan kehendak manusia ialah :


Ciri-ciri Kehendak Manusia…
Konsep ‘Kehendak’ & ‘Keperluan’ Manusia
Dari Perspektif Islam

 Kehendak merujuk kepada keperluan manusia, keinginan dan kuasa


memenuhi keperluan tersebut.
 Ekonomi Islam turut memberi perhatian terhadap aspek biologikal dan
persekitaran manusia.
 Namun begitu, ada perbezaan antara ‘kehendak manusia’ dan
‘keperluan manusia’.
 Biasanya keperluan yang mesti dipenuhi akan mengikut tingkat keutamaan.
 Oleh kerana keperluan adalah lebih utama, bermakna tidak semua
kehendak akan dipenuhi.
 Kehendak bukanlah keperluan utama. Ia tidak lebih dari keinginan
nafsu.
samb…
 Sumber-sumber ekonomi tidak boleh dikatakan terhad semata-mata
kerana kehendak manusia itu yang melampau. Allah berfirman dalam surah
al-Furqan, ayat 12 yang bermaksud :

“Dia telah menciptakan segala sesuatu (sumber2) dan Dia menetapkan


ukuran dengan serapi-rapi (cukup-cukupnya)”

 Ini bermakna, ekonomi Islam tidak mengiktiraf istilah sumber ekonomi


terhad.
 Masalah ekonomi yang sebenarnya adalah kegagalan mengawal
kehendak, bukan kerana terhadnya sumber ekonomi. Ekonomi
Konvensional lebih menggambarkan kehendak sebagai keperluan.
Perkara-perkara Yang Mempengaruhi Gelagat
Pengguna
Menurut ekonomi konvensional, faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat
manusia seperti berikut :
samb…
• Menurut ekonomi Islam - perlakuan ekonomi pengguna Muslim
dipengaruhi oleh beberapa prinsip umum iaitu:
 Keyakinan kepada hari akhirat
 Konsep kejayaan dalam Islam (perolehan sumber dari mana)
 Konsep harta dalam Islam (konsep pemegang amanah)
 Konsep barangan dan perkhidmatan
 Etika dalam penggunaan
 Berdasarkan perkara di atas, sudah tentu perlakuan
pengguna Muslim berbeza dari konvensional kerana :

 Penggunaan barangan kebendaan dan kepuasannya tidak


menjadi matlamat akhir bahkan hanya menjadi alat untuk
mencapai kepuasan hakiki di akhirat

 Kepuasan kebendaan dan kerohanian secara sepadu dan


seimbang

 Pengguna yang rasional dalam Islam ialah pengguna yang


dapat memandu tingkahlakunya supaya dapat mencapai
kesesuaian maksimum dengan norma-norma Islam

 Kerasionalan pengguna semestinya berkait rapat dengan nilai-


nilai murni yang perlu ada pada setiap individu Muslim.
 Gelagat pengguna Muslim dalam ekonomi dapat
dilihat seperti berikut :

 Permintaan terhadap barangan yang ditegah oleh


syarak adalah sifar
 Permintaan terhadap barangan mewah juga merosot
– mengelak terjerumus kepada perbelanjaan
berlebihan dan membazir
 Memperuntukan perbelanjaan dan pendapatannya
kepada 2 bentuk (keperluan diri dan orang lain)
 Peningkatan permintaan terhadap kehendak budaya
seperti kehendak pendidikan, peningkatan
kerohanian untuk jalan Allah S.W.T
Kesederhanaan Dalam Penggunaan
 Langkah yang diutarakan dalam Islam :

1) Pendidikan akhlak
 Melatih pengguna Muslim memahami akhlak Islam dalam usaha
mewujudkan perasaan kerjasama, kasih sayang, bantu membantu,
lindung melindungi.
 Keyakinan terhadap Allah bahawa segala harta adalah kurniaan
Allah untuk digunakan secara bersama dengan adil serta memenuhi
keperluan.

2) Meyakini rezeki Allah


 Hendaklah dibentuk keimanannya bahawa penjaga alam dan
penghuninya serta pengurniaan rezeki adalah Allah.
 Manusia tidak perlu bimbang dengan kekurangan rezeki serta tidak
menjadi angkuh apabila mewah.
samb …
3) Menentukan matlamat hidup
 Islam membentuk satu konsep yang mulia bagi individu pengguna Muslim
untuk mengelak daripada menjadi haiwan ekonomi, yang hidup semata-mata
untuk makan.
 Sedangkan tanggungjawab manusia di muka bumi bukan semata-mata
menikmati kepuasan makan dan minum tetapi berusaha mengajak diri dan
individu lain melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

4) Budaya kendiri
 Kesalahan dan ketidakadilan manusia berpunca daripada iri hati manusia
itu sendiri seperti sifat tamak haloba.
 Sifat tersebut dapat diselamatkan melalui pendidikan dan latihan amali.

5) Pendidikan Infaq
 Bagi menjaga nilai kesederhanaan, aturan perbelanjaan terhadap lebihan harta
diwujudkan seperti mengagihkan harta kepada golongan yang kurang bernasib
baik.
 Contoh lain zakat secara sukarela, amal jariah dan lain-lain.
Implikasi Kesederhanaan Dalam Aktiviti
PENGGUNAAN
1) Penggunaan secara sistematik
 Permintaan dan kuasa beli semestinya menggunakan barang asas
terlebih dahulu.
 Peningkatan barangan tahsiniyyah adalah dibenarkan jika mempunyai
kemampuan.
 Sekiranya kemampuan semakin meningkat, permintaan barang
kamaliyyah sewajarnya mengikut uruf masyarakat.

2) Keberkesanan pengagihan
 Dasar keadilan dalam hak memiliki kekayaan adalah untuk
kesejahteraan masyarakat.
 Pengagihan primer sebagai dasar pertama (terlibat secara langung
dalam faktor pengeluaran.
 Pengagihan sekunder (tidak terlibat dalam faktor pengeluaran).
samb …
3) Mengawal inflasi
 Sederhana dapat selesaikan inflasi terutama tarikan permintaan.
 Walaupun berkemampuan meminta pelbagai jenis barangan kerana
ada kuasa beli, namun apabila berlaku kesederhanaan, pengguna tidak
lagi melayan kehendaknya yang melampau-lampau.
 Keadaan ini membantu negara menggerakkan semula pertumbuhan
ekonomi.

4) Meningkatkan tabungan
 Penggunaan yang sederhana mampu menarik penawaran dan
perkhidmatan yang sederhana. Ini berlaku apabila setiap penawaran
adalah berdasarkan permintaan yang ada.
 Pengguna dapat mengekalkan kesederhanaan secara konsisten melalui
keutamaan permintaan barangan. Ini akan mempengaruhi pengguna
meningkatkan tabungan dan kuasa beli orang miskin juga meningkat.
Keluk perbelanjaan dan tabungan

 saving

30 C’
Expence 1

Expence
c
20

C’’ Expence 2
10
Expence

q1 q2 q3
Ciri-ciri penggunaan Islam…
 1. Jenis Barang
 Penggunaan barang halal, penyediaan barang bersih dan
suci, sumber yang halal

 2. Cara penggunaan
 Tidak melanggar peraturan syarak, tidak berlawanan tabie
penggunaan, tidak disalah guna penggunaan

 3. Kuantiti Penggunaan
 Sekadar penggunaan, elak pembaziran, galakan
perkongsian
Kesimpulan
 Penggunaan Islam merupakan aktiviti ekonomi yang mampu
mewujudkan keseimbangan dalam sistem sosio ekonomi masyarakat.
 Islam tidak sahaja melayani kehendak-kehendak manusia yang tidak
terbatas namun menseimbangkan kehendak material dan spritual manusia
secara adil.
 Langkah utamakan barangan asas kemudian tahsiniyyat diikuti
kamaliyyat adalah praktikal.
Sila Jawab Latihan Berikut :
1) 4 Etika kepenggunaan dalam Islam?
2) 4 Falsafah penggunaan dalam Islam?
3) 4 Perlakuan pengguna Muslim?
4) 3 Ciri-ciri kehendak?

You might also like