You are on page 1of 35

PEMARKAHAN

1 TUGASAN 2

KPD 4033

PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

TAJUK TUGASAN

KAJIAN KES BERKAITAN LATAR BELAKANG SOSIOBUDAYA DAN PSIKOLOGI PELAJAR

KUMPULAN

C, DIPLOMA PENDIDIKAN KOHORT V MARA

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NURAINIE BT SHAMSUDIN L20142009915 017-9125939

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. MD. NASIR BIN MASRAN

1
ISI KANDUNGAN

Halaman

1.0 Pendahuluan 2

2.0 Latar Belakang Kajian

2.1 Objektif Kajian 3

2.2 Kepentingan Kajian 3

3.0 Metodologi Kajian

3.1 Pemerhatian 4

3.2 Soal Selidik 4

3.3 Temubual 5

4.0. Latar Belakang Pelajar

4.1 Latar Belakang Sosiobudaya 6-9

4.2 Latar Belakang Psikologi 10 - 17

5.0 Perbincangan 18 - 20

6.0 Penutup 21

RUJUKAN

2
1.0. PENDAHULUAN
Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain. Hal ini jelas kerana setiap
individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya meskipun bagi pasangan
kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau
ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif,
emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek-aspek yang lain mungkin
terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru harus memahami
perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam
kelas.

Kepelbagaian pelajar di dalam kelas boleh dikelaskan dari dua aspek yang utama iaitu
perbezaan latar belakang sosiobudaya dan perbezaan latar belakang psikologi. Masyarakat
Malaysia terdiri daripada kepelbagaian kaum yang mempunyai pelbagai budaya. Budaya
seringkali dikaitkan dengan etnik, agama, jantina, sosio ekonomi serta latar belakang
keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan
akan kepelbagaian yang wujud di antara pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Sebagai guru,
kita perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga
dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan
kepada pembelajaran mereka.

Manakala latar belakang psikologi boleh dikaitkan dengan kebolehan kognitif


berdasarkan teori Piaget, tahap kesediaan dan kelajuan penerimaan berdasarkan Carrol dan
Bloom, motivasi dan konsep kendiri serta gaya pembelajaran pelajar. Perbezaan ini secara
langsung akan memberi kesan langsung dalam pengajaran dan pembelajaran guru di dalam
kelas. Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar perlu
wujud bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian
yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga dan
sosio ekonomi pelajar itu sendiri. Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan
difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan
diselitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi
pengajaran yang lebih berkesan

3
2.0. LATAR BELAKANG KAJIAN

Menjadi seorang guru adalah satu kerjaya yang begitu mulia. Ini adalah kerana guru bukan
sahaja menjadi seorang pendidik tetapi juga menjadi pembentuk akhlak pelajar. Sebagai
seorang guru kita akan berhadapan dengan pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang dan budaya yang berbeza. Oleh itu, saya telah memilih seorang pelajar dari MRSM
Tun Ghazali Shafie.

Nur Rafidah bt Daman Adha adalah seorang pelajar yang menunjukkan peningkatan
dalam akademik semasa berada di Tingkatan 1. Pelajar ini berasal dari latar belakang
keluarga yang susah di mana bapanya adalah seorang penoreh getah manakala ibunya adalah
seorang suri rumah. Pelajar ini merupakan pelajar yanmg diletakkan di bawah Program
Bantuan Khas (PBK).

2.1. Objektif Kajian

Terdapat tiga objektif kajian ini dijalankan iaitu:

2.1.1. Mengenalpasti ciri-ciri latar belakang sosiobudaya pelajar.

2.1.2. Mengenalpasti ciri-ciri latar belakang psikologi pelajar yang terdiri daripada
kebolehan kognitif (Piaget), Tahap Kesediaan (Carrol/Bloom), Kelajuan
Penerimaan (Carrol/Bloom), Motivasi dan Konsep Kendiri ((Bandura/Rogers)
dan gaya belajar/gaya kognitif.

2.1.3. Memahami pelajar supaya guru boleh memilih kaedah yang sesuai dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2. Kepentingan Kajian

Penyelidik berpendapat bahawa kajian ini adalah penting kerana hasil kajian akan membantu
guru untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini juga
penting untuk membantu penyelidik memahami latar belakang pelajar dengan lebih
mendalam seterusnya akan mencari kaedah pengajaran yang sesuai dengan pelajar. Di
samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kepelbagaian pelajar yang
terdapat di dalam kelas.

4
3.0. METODOLOGI KAJIAN

Untuk mendapatkan maklumat pelajar ini dengan lebih mendalam, beberapa kaedah kajian
telah dijalankan. Penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik dan temubual
pelajar dan guru.

3.1. Pemerhatian

Menurut Teori kepelbagaian Dunn and Dunn, pelajar boleh digolongkan kepada dua
kumpulan iaitu kategori pelajar yang dapat menguasai persekitaran (independent) dan pelajar
dikuasai persekitaran (dependent). Penentuan kepelbagaian
pelajar adalah berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa di dalam kelas sewaktu
proses P&P dan juga di luar waktu P&P.

3.2. Soal selidik

Terdapat beberapa soal selidik yang telah dijalankan untuk mengetahui maklumat berkaitan
dengan pelajar. Antaranya ialah soal selidik untuk mendapatkan maklumat diri pelajar dan
latar belakang keluarga pelajar. Selain itu, soal selidik untuk mengenalpasti gaya
pembelajaran pelajar berdasarkan model gaya pembelajaran VAK iaitu visual, auditori dan
kinestetik. Pelajar akan dinilai berdasarkan skor yang diperoleh daripada soal selidik.
Penentuan gaya pembelajaran adalah berdasarkan skor yang tertinggi yang diperoleh oleh
pelajar. Selain itu soal selidik juga dijalankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang
latar belakang sosiobudaya dan psikologi pelajar.

Soal selidik juga dijalankan untuk mengenalpasti tahap kendiri pelajar dengan
menggunakan skala konsep kendiri Tennessee yang diperolehi dari Internet. Skala Likert
yang mengandungi lima aras iaitu sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), tidak pasti
(TP), setuju (S) dan sangat setuju (SS) telah digunakan.

Jadual 1 : Skor Skala Likert

Skor Aras
1 Sangat tidak setuju (STS)
2 Tidak setuju (TS)
3 Tidak pasti (TP)
4 Setuju (S)
5 Sangat setuju (SS)

5
3.3. Temubual

Temubual yang dilakukan adalah bertujuan bagi mendapatkan lebih maklumat mengenai latar
belakang pelajar, dan kaedah belajar yang digunakan oleh pelajar tersebut. Temubual ini
dijalankan oleh penyelidik dengan pelajar dan guru yang mengajar. Ini bertujuan untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai penglibatan pelajar ini di dalam
kelas.

4.0. Latar Belakang Pelajar

Setelah menggunakan beberapa metodologi untuk mendapatkan maklumat seorang pelajar di


MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis, banyak maklumat yang diperolehi mengenai latar
belakang sosiobudaya dan latar belakang psikologi pelajar.

4.1. Biodata Pelajar

Nur Rafidah bt Daman Adha adalah seorang pelajar yang telah dipilih untuk memasuki
Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghazali Shafie di Kuala Lipis melalui Program Bantuan
Khas yang dibiayai yuran sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Program ini
mula diwujudkan pada tahun 2008 bagi membantu pelajar miskin yang kurang
berkemampuan untuk meneruskan pelajaran di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Bantuan ini diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan di bawah RM650
sebulan. Menerusi bantuan tersebut, kata beliau, pelajar berkenaan akan dikecualikan
daripada bayaran asrama, pakaian seragam serta lain-lain keperluan sekolah. Nur Rafidah
adalah salah seorang pelajar yang terpilih untuk mendapat bantuan ini.

Nur Rafidah adalah pelajar yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat
Termiskin (PPRT) di Raub, Pahang. Bapanya adalah seorang penoreh getah yang menerima
gaji RM600 sebulan dan perlu membiayai 4 orang anak yang semuanya masih lagi
bersekolah termasuklah Nur Rafidah. Manakala ibunya pula adalah seorang suri rumah yang
menjaga keperluan bapa dan adik beradik Rafidah. Di sini jelas menunjukkan bahawa
Rafidah adalah seorang pelajar yang berasal dari keluarga yang susah. Namun ia bukan

6
penghalang kepada Rafidah untuk bercita-cita tinggi iaitu menjadi seorang doktor pakar
biologi antarabangsa.

Rafidah merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradik. Adik beradik Rafidah
semuanya adalah perempuan. Nur Asma Asyura, Nur Rasyidah Nadzirah dan Nur Afifah
adalah adik beradik Rafidah. Semuanya berada di Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai yang
terletak di Raub Pahang. Jika dilihat dari latar belakang pendidikan keluarga Rafidah, ayah
dan ibunya tidak mempunyai pendidikan di peringkat yang tertinggi. Namun ia bukanlah
penghalang untuk Rafidah dan adik beradiknya untuk mengecapi kejayaan.

4.2. Latar Belakang Sosiobudaya

4.2.1. Jantina

Pengaruh jantina adalah amat besar dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang
individu. Menurut Maccoby dan Jacklin (1974) pelajar perempuan lebih baik dari segi
kecerdasan lisan atau bahasa, sementara pelajar lelaki pula lebih baik dari segi kecerdasan
ruang. Ini bermakna pelajar perempuan lebih baik di dalam perbendaharaan kata, tugasan
mengeja perkataan dan membaca. Sementara, pelajar lelaki pula lebih baik di dalam tugasan
membaca peta, tekasilang kata atau tugasan berkaitan ruang. Pelajar lelaki turut mempunyai
pencapaian akademik yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik, contohnya dalam
menyelesaikan tugasan geometri.

Rafidah merupakan pelajar perempuan, jadi adakah jantina akan mempengaruhi


pencapaian akademik Rafidah? Berdasarkan kepada pencapaian akademik Rafidah semasa
berada di Tingkatan 1, penyelidik mendapati bahawa Rafidah mendapat keputusan yang baik
dalam subjek yang memerlukan penggunaan bahasa seperti Bahasa Melayu. Ini adalah kerana
Bahasa Melayu adalah salah satu subjek yang mempunyai sistem bahasa yang tersendiri.
Selain itu, Rafidah juga mendapat keputusan yang baik dalam subjek yang memerlukan
pembacaan seperti Sejarah dan Geografi.

Faktor perbezaan jantina dalam pencapaian akademik turut disokong oleh Teori
Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner. Gardner menyatakan bahawa pencapaian
akademik murid perempuan lebih baik daripada murid lelaki kerana murid perempuan
mempunyai kecerdasan verbal linguistik. Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-
kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan

7
kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Mereka cenderung untuk belajar dengan baik
dengan membaca, mendengar kuliah, mengambil nota, dan dengan berbincang dan berdebat
mengenai apa yang mereka pelajari. Berdasarkan pandangan yang telah diberikan oleh guru-
guru, Rafidah juga mempunyai ciri-ciri kecerdasan verbal linguistik seperti yang
dikemukakan oleh Gardner. Beliau sangat tekun mendengar penerangan guru di dalam kelas
dan sentiasa mencatat apa yang diterangkan oleh guru di dalam kelas. Menerusi kriteria yang
dimiliki oleh Rafidah maka penyelidik mendapati bahawa Rafidah mempunyai kecerdasan
verbal linguistik.

4.2.1. Latar belakang keluarga

Selain daripada jantina, guru tidak berhadapan dengan masalah perbezaan latar
belakang sosiobudaya dengan Rafidah. Ini adalah kerana kebanyakan guru yang mengajarnya
terdiri daripada guru Melayu yang mempunyai persamaan dari segi etnik dan agama. Di
dalam kelas, walaupun Rafidah mempunyai rakan sekelas yang berbangsa India namun ia
bukanlah penghalang kepada Rafidah untuk bertanyakan soalan kepada guru. Kepelbagaian
etnik dan agama di dalam kelas Rafidah memberi cabaran kepada guru untuk menyesuaikan
kaedah yang bersesuaian dengan cara pembelajaran Rafidah.

Apabila membincangkan tentang latar belakang keluarga Rafidah, ibu dan bapanya
bukanlah bekerja dalam bidang yang profesional. Bapanya bekerja sebagai penoreh getah
manakala ibunya bekerja sebagai suri rumah. Dari sini kita boleh membuat kesimpulan
bahawa taraf sosioekonomi keluarga Rafidah adalah berada pada tahap yang agak susah.
Menurut Rafidah, ini merupakan satu kekangan bagi diri dan adik-beradiknya untuk
mengikuti perkembangan ekonomi semasa. Apabila pelajar lain bermain dengan gajet dan
apa sahaja yang berkaitan dengan perkembangan teknologi tetapi berbeza dengan Rafidah
yang mempunyai penggunaan teknologi yang terhad disebabkan oleh masalah kewangan.

Namun demikian, Rafidah merupakan seorang pelajar yang susah namun dengan
bantuan yang diberikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dia mampu untuk mengikuti
sistem pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Semua perbelanjaan pengajian
sepanjang berada di MRSM akan ditanggung oleh pihak MARA. Di samping itu, Rafidah
juga menerima perbelanjaan wang saku sebanyak RM 50 sebulan. Adakah Rafidah
memanfaatkan peluang ini dengan mendapat keputusan yang cemerlang? Ya dia berjaya
meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan di MRSM. Walaupun latar belakang ibu

8
bapanya bukanlah mempunyai pendidikan yang tinggi namun Rafidah bertekad untuk
mengubah nasib keluarganya dengan menuntut ilmu.

Menurut Murugiah (1997), perhubungan yang baik di antara ibu bapa dengan anak-
anak dapat menjamin suasana rumah yang tenteram, mesra dan harmonis seterusnya
membantu anak-anak untuk lebih berjaya dalam bidang akademik mereka. Walaupun
keluarga Rafidah berlatarbelakangkan pendidikan yang rendah tapi dorongan dan
perhubungan yang baik di antara ibubapa dan anak-anak akan membantu meningkatkan
pencapaian akademik kanak-kanak. Berbeza dengan pelajar yang mempunyai keluarga yang
retak atau ibu bapa yang bercerai akan mewujudkan suasana rumah yang tegang atau tidak
harmoni. Keadaan ini akan menimbulkan percanggahan sikap di antara ibu bapa dengan
kanak-kanak dan mengakibatkan berlakunya konflik dalam diri anak-anak ini sehinggakan
mereka akan melakukan apa sahaja di sekolah untuk mendapat perhatian dari guru.

Berdasarkan nota yang dibincangkan di dalam kuliah, persepsi guru kepada pelajar
yang mempunyai taraf sosioekonomi yang rendah akan terdorong untuk belajar dengan lebih
gigih bagi menaikkan status sosioekonomi mereka pada masa akan datang. Penyelidik
melihat kesungguhan yang ditunjukkan olen Rafidah. Semasa Rafidah mula mendaftar di
MRSM Tun Ghazali Shafie, ibunya memberitahu penyelidik selaku guru homeroomnya,
Rafidah tidak mempunyai kesungguhan untuk mengikuti sistem pendidikan MRSM kerana
alasannya ialah tidak mempunyai kawan.

Mungkin di sini kita melihat bahawa Rafidah mempunyai motivasi yang rendah
disebabkan oleh dia dikelilingi oleh pelajar yang mempunyai taraf sosioekonomi yang tinggi.
Penyelidik pernah berjumpa dengan ibunya dan menyatakan bahawa sayang untuk
melepaskan peluang yang diberikan oleh pihak MARA. Setelah diberi pujukan, akhirnya
Rafidah memasuki sistem pendidikan MRSM dan berjaya mendapat keputusan yang
memberangsangkan. Sebagai seorang guru, penyelidik beranggapan bahawa Rafidah akan
mendapat markah yang baik dalam peperiksaan disebabkan oleh kesungguhannya untuk
mengubah nasib keluarga.

Jadual 2 Pencapaian akademik Nur Rafidah bt Daman Adha

Peperiksaan Purata Nilai Gred (PNG)


Semester 1 2.86
Semester 2 3.50 (Penghormatan Pengetua)

9
Berdasarkan kepada laporan pencapaian akademik Rafidah pada peperiksaan tahun
2014, ia adalah salah satu pencapaian yang menunjukkan peningkatan yang agak
memberangsangkan. Merujuk kepada jadual dibawah, pada awal peperiksaan semester 1 yang
diadakan pada bulan Mei 2014, purata nilai gred Rafidah adalah 2.86. Namun PNG ini telah
menjadi pendorong kepada Rafidah untuk mendapatkan PNG yang tertinggi. Akhirnya berkat
usaha yang gigih, Rafidah berjaya mendapat PNG yang memberangsangkan pada
peperiksaan akhir semester 2. PNG yang berjaya dicapai ialah 3.50 sekaligus melayakkan diri
untuk mendapat Anugerah Penghormatan Pengetua. Ini membuktikan bahawa Rafidah
sentiasa berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam setiap peperiksaan.

4.3. Latar belakang psikologi

Menurut Kamus Dewan memberi maksud psikologi sebagai kajian tentang proses mental dan
pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan. Pola pemikiran
dan perlakuan seseorang ataupun sesuatu kumpulan tertentu dengan kebijaksanaan
memahami sifat manusia. Sebagai seorang guru, penting untuk kita mengetahui siapa pelajar
kita kerana proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak semudah yang kita sangka apatah
lagi berhadapan dengan generasi abad 21. PdP bukanlah sekadar medan untuk menyampaikan
maklumat teapi juga guru perlu memberi perhatian kepada psikologi pelajar kerana ia akan
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan kajian yang dibuat kepada
Rafidah, guru telah memahami psikologi pelajar dari aspek motivasi, konsep kendiri, gaya
pembelajaran dan sebagainya.

4.3.1. Motivasi

Secara umumnya motivasi dikaitkan dengan suatu keadaan dalam diri manusia seperti
keperluan, kehendak, atau kemahuan yang menggerakkan tingkah laku dan mendorong
seseorang untuk melaksanakan sesuatu. Ianya menentukan bagaimana giatnya seseorang
melibatkan diiri dalam sebarang bidang yang diminatinya termasuklah proses pengajaran
dalam pembelajaran. Motivasi berasal daripada perkataan Inggeris iaitu motivation yang
bermakna bersemangat. Wikipedia mendefinisikan motivasi sebagai suatu proses untuk
menggalakkan sesuatu tingkahlaku supaya dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu.
Menurut Santrock (2008) “motivation is the reason why people behave the way they do.

10
Motivated behavior is energized, directed, and sustained”. Secara ringkasnya, motivasi
adalah kuasa yang menggerakkan manusia untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah
ditetapkan.

Motivasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi
intrinsik. Motivasi ekstrinsik wujud apabila seseorang individu dimotivasikan oleh fakto-
faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan terhadap aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
pelajar. Motivasi ekstrinsik akan mendorong pelajar untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang
diberikan oleh guru. Motivasi intrinsik pula wujud apabila pelajar belajar menyiapkan sesuatu
tugasan kerana keinginan dalaman untuk menyiapkan dengan jayanya sama ada ia
mempunyai ganjaran atau tidak. Ini bermaksud pelajar akan menyiapkan segala tugasan yang
diberikan oleh guru tanpa mengharapkan sesuatu tugasan.

Berdasarkan temubual yang dibuat bersama pelajar Nur Rafidah binti Daman Adha,
dapatlah dinyatakan bahawa Rafidah mempunyai motivasi yang intrinsik. Ini adalah kerana
dia menyatakan bahawa keinginan untuk sentiasa mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik adalah kerana dia sedar yang dia berasal dari keluarga yang susah. Dia menyatakan
bahawa perlu untuk dirinya sentiasa berusaha untuk mengubah nasib keluarganya tanpa
mengharapkan apa-apa ganjaran dari guru mahupun dari keluarga. Keinginan Rafidah untuk
berjaya didorong oleh dirinya sendiri yang hendak mencapai kejayaan. Ganjaran adalah
perkara terakhir bagi dirinya. Guru-guru yang mengajar Rafidah juga mengatakan bahawa dia
adalah seorang pelajar yang rajin dan sentiasa membantu guru. Rafidah juga merupakan ahli
bagi Persatuan Usahawan Muda (PUM) di sekolah. Apabila ditanya kenapa menyertai
persatuan itu, dia menyatakan bahawa semuanya adalah untuk kepuasan dirinya. Jadi di
samping meningkatkan prestasi akademiknya, prestasi dalam bidang ko-kurikulum tidak
dilupakan demi mencapai keseimbangan dalam akademik dan ko-kurikulum.

Terdapat beberapa faktor yang menyokong bahawa Rafidah adalah pelajar yang
mempunyai motivasi intrinsik. Salah satunya adalah minat dalam sesuatu subjek, perkara atau
orang. Semasa berada di dalam kelas, Rafidah mungkin mempunyai minat pada sesuatu mata
pelajaran. Sebagai contoh subjek Sejarah. Dia sentiasa berusaha untuk mendapatkan gred
yang tinggi dalam subjek Sejarah. Apabila dia mencapai gred yang tinggi, dia akan mencapai
tahap kepuasan yang tinggi. Selain daripada itu, latar belakang keluarga juga dilihat
mempengaruhi motivasi Rafidah. Latar belakang keluarga yang susah telah mendorong

11
Rafidah untuk mencapai kecemerlangan buat ibu bapanya. Apatah lagi Rafidah adalah anak
yang sulung dalam keluarga. Itulah yang sentiasa menjadi pendorong kecemerlangan
Rafidah.

4.3.2. Konsep Kendiri

Manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri sendiri. Gambaran
inilah disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Ia merangkumi gambaran tentang rupa paras,
kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita. Secara umumnya, konsep
kendiri didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia
menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Ia berkait rapat
dengan perasaan kita terhadap kebolehan kita, perkara yang berlaku pada diri kita dan perkara
yang akan berlaku pada diri kita.
Menurut Woolfolk (2000) konsep kendiri ditakrifkan sebagai satu komposit idea,
perasaan dan sifat tentang diri mereka sendiri. Konsep kendiri juga satu cara kita cuba
menerangkan tentang diri kita sendiri kepada kita ataupun cara membentuk satu skema atau
model mengumpul impresi, perasaan dan sikap tentang diri kita sendiri. Manakala menurut
Carl Rogers (1950), konsep kendiri merangkumi kepercayaan, perasaan, persepsi, sikap dan
nilai yang dipegang oleh seseorang individu berkaitan dirinya. Menurutnya lagi, konsep
kendiri juga merupakan satu susunan harapan, jangkaan dan penilaian seseorang itu tentang
dirinya.

Konsep kendiri dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsep kendiri positif dan konsep
kendiri negatif. Konsep kendiri positif sering dikaitkan dengan individu yang sentiasa berjaya
dalam hidupnya. Golongan ini sentiasa menerima layanan dan perhatian yang baik dari ibu
bapa sendiri, keluarga, guru, rakan-rakan mahupun orang yang berada di persekitarannya.
Individu ini akan sentiasa menerima kejayaan berbanding kegagalan dalam apa jua bidang
yang disertainya. Individu ini juga sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempunyai
kepercayaan yang penuh terhadap dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu. Individu ini juga
tidak mudah melatah atau mengalah dan sanggup menghadapi sebarang cabaran dan dugaan
dan sekiranya berlakunya kegagalan, akan di terimanya dengan tenang dan tabah. Selain itu
individu ini bersifat optimistik, lebih terbuka sikapnya serta sedia menerima pendapat dan
kritikan orang lain.

12
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri positif
seseorang individu. Antaranya ialah sentiasa memperoleh ganjaran yang positif seperti pujian
yang membina, hadiah dan sebagainya sejak dari kecil apabila melakukan sesuatu sama ada
mendapat kejayaan mahupun kegagalan. Peneguhan yang paling berkesan adalah datangnya
dari ibu bapa kerana mereka merupakan orang yang paling dekat dengan individu tersebut.
Individu yang sering mendapat layanan yang baik juga akan membentuk konsep kendiri yang
positif kepada individu tersebut. Selain itu, keadaan dan persekitaran keluarga juga mampu
mendorong pembentukan konsep kendiri positif. Sebagai contoh, berada dalam keluarga yang
kaya mampu mendorong pembentukan konsep kendiri yang positif kerana individu akan
berasa selamat dilahirkan dalam keluarga tersebut.

Individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada dalam apa bidang sekali
pun biasanya tidak lari daripada mempunyai konsep kendiri yang negatif. Berbeza
penampilannya dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif di mana
individu jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta
perasaannya mudah tersinggung. Individu ini sering dimarahi oleh ibu bapa, guru dan
individu yang berada di persekitarannya. Mereka juga kurang menerima kasih sayang dan
perhatian. Keadaan ini akan menimbulkan sifat rendah diri kepada individu tersebut sehingga
menyebabkan dia menjadi seorang yang pasif dan kurang bergaul dengan orang lain.

Kajian yang dibuat bersama dengan pelajar Nur Rafidah binti Daman Adha, dapat
dilihat bahawa konsep kendirinya berubah dari negative ke positf selepas memasuki MRSM
Tun Ghazali Shafie. Semasa mula-mula masuk ke MRSM, saya yang merupakan ibu
homeroom kepada Rafidah telah berjumpa dengan ibunya. Ibunya menyatakan bahawa pada
permulaannya, dia tidak mahu mendaftar di MRSM kerana yuran pengajian yang mahal dan
takut tidak dapat menyesuaikan diri di sini. Tambahan pula, ibunya menyatakan Rafidah
takut tidak mempunyai kawan di sini nanti kerana dia adalah pelajar yang
berlatarbelakangkan keluarga yang susah. Hampir dua minggu pertama selepas pendaftaran
pelajar Tingkatan 1, dia telah mengambil cuti sakit. Ibunya kerap menghubungi saya untuk
sentiasa memberi nasihat kepada Rafidah supaya meneruskan pelajaran di MRSM. Ibunya
juga ada menyatakan bahawa Rafidah pergi berjumpa dengan Kaunselor di sekolah lamanya
untuk mendapatkan nasihat.

13
Setelah itu barulah Rafidah balik semula ke sekolah. Dalam hal ini, Rafidah dilihat
mempunyai konsep kendiri negatif kerana mengalami kesukaran untuk berhadapan dengan
orang lain dan mempunyai rasa rendah diri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan
dengan konsep kendiri, saya menggunakan skala konsep kendiri Tennessee. Hasil jawapan
yang diberikan oleh Rafidah menunjukkan dia mula mempunyai konsep kendiri yang positif.
Ini adalah kerana daripada 62 soalan yang diberikan dalam skala konsep kendiri Tennessee,
40 soalan yang bercirikan konsep kendiri positif telah dijawab oleh Rafidah. Antaranya ialah
“Saya menyukai keadaan diri seadanya”, “Saya seorang yang tenang dan mudah
didampingi”, “Saya mempunyai keluarga yang sentiasa membantu jika saya ditimpa sebarang
masalah” dan lain-lain lagi.

Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Rafidah, dia perlulah menerima dirinya
seadanya iaitu dari segi fizikal, mental, status sosioekonomi, kelebihan dan kelemahannya.
Walaupun berlatarbelakang keluarga yang susah namun dia menyatakan bahawa tidak perlu
menjadi orang lain dan membanding-bandingkan diri sendiri dengan mereka yang lebih
sempurna dan bersedia untuk menerima diri sendiri seadanya. Azizi Yahya dalam
penulisannya yang bertajuk “Pembangunan Kendiri” seseorang itu perlu mengelak daripada
terlalu memikirkan untuk memiliki kendiri unggul, kerana ia hanya akan mengganggu emosi
individu tersebut. Jangan difikirkan perkara yang lepas dan akan datang, tetapi apa yang
lebih penting adalah perkara yang sedang berlaku kini. Kita perlu menerima apa yang sedang
berlaku seadanya.

Selain daripada itu, ada beberapa soalan yang diajukan berkaitan dengan hubungan
kekeluargaan. Rafidah juga menunjukkan hubungan kekeluargaannya bersifat positif kerana
keluarganya sering menjadi pendorong kepada Rafidah untuk terus berjaya. Terdapat 12
soalan yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan. Tujuh soalan yang berunsurkan
kendiri positif telah dijawab oleh Rafidah dan boleh dijadikan alasan yang kukuh bahawa
Rafidah adalah seorang pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang positif. Keluarga yang
bahagia dan harmoni mampu melahirkan anak yang mempunyai tingkahlaku yang positif. Ibu
bapa yang memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya akan membantu
pembentukan konsep kendiri yang positif.

Jika dilihat dari aspek pergaulan, Rafidah dilihat tidak mempunyai sebarang masalah
dalam bersosial dengan rakan-rakan. Rafidah juga mampu untuk memahami pandangan atau
pendapat yang diajukan oleh rakan-rakannya dan dapat menerima sebarang kritikan dengan

14
hati yang terbuka. Kritikan itu dianggap sebagai satu platform untuk melakukan sesuatu
perkara dengan lebih baik lagi. Seseorang yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan
bersedia menerima kritikan dan pandangan daripada orang lain. Menurut Noran dan Habibah
(1997), individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif mempunyai rasa yakin diri
yang tinggi dan berasa bangga dengan kebolehan diri dan berani mencuba perkara baru.
Kritikan membina yang diberikan oleh rakan-rakan akan membantu mendorong mereka
untuk menjadi setaraf dengan rakan yang lain, terutama dari segi kemahiran, kebolehan, dan
sebagainya.

4.3.2. Gaya Pembelajaran

Secara umumnya, gaya pembelajaran merujuk kepada cara pembelajaran yang digunakan
oleh seseorang guru. Menurut Dunn & Dunn(1980), gaya pembelajaran ialah cara seseorang
individu menumpukan perhatiannya untuk menumpukan perhatiannya untuk memahami dan
mengingati sesuatu maklumat atau menguasai kemahiran baharu. Pelajar yang mempunyai
personaliti yang berbeza mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan antara satu sama lain.
Dalam konteks bilik darjah, guru mungkin menyedari bahawa pelajar mereka mempunyai
perbezaan dari segi gaya belajar mereka. Contohnya, terdapat sebahagian pelajar yang suka
belajar dalam keadaan sunyi atau sambil mendengar muzik, ada yang lebih selesa belajar
bersendirian atau berkumpulan dan ada yang belajar melalui syarahan atau perbincangan.

Terdapat tiga jenis gaya pembelajan yang umum iaitu visual, auditori dan kinestetik
(VAK). Kebiasaannya, pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran visual merupakan
kumpulan paling ramai di dalam sesebuah kelas. Gaya pembelajaran visual adalah
kecenderungan belajar seseorang yang banyak menggunakan deria mata mereka untuk
memahami sesuatu maklumat. Pelajar yang mepunyai gaya pembelajaran visual akan
memahami fakta dengan menunjukkan gambar-gambar, penyusunan grafik, graf, carta dan
sebagainya untuk ditampal di dalam bilik-bilik darjah. Mereka selalunya menulis nota
syarahan atau arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu.

Gaya pembelajaran auditori ialah kumpulan pelajar yang menyukai dan berasa selesa
belajar atau menerima maklumat secara mendengar syarahan, perbincangan dan juga diberi
peluang untuk bercakap. Pelajar ini boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau

15
menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.
Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio,
mengajar murid lain dan berbincang dengan guru. Pelajar yang mempunyai gaya
pembelajaran auditori ini mudah terganggu oleh bunyi di sekeliling mereka.

Manakala pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran kinestetik ialahh sekumpulan


pelajar yang menggemari cara pembelajaran yang memberikan peluang untuk melakukan
aktiviti yang menggunakan pergerakan tubuh badan atau berbentuk amali. Pelajar jenis
kinestetik ini memerlukan aktiviti yang bergerak dan mereka juga memerlukan model yang
boleh dipegang dan disentuh oleh mereka semasa melalui proses pengajaran dalam
pembelajaran. Selain itu, pelajar jenis kinestetik ini lebih sesuai dengan kaedah hands-on iaitu
mereka berpeluang membuat latihan secara amali dalam usaha untuk memahami apa-apa
yang dipelajari secara teori. Contohnya aktiviti explorace, simulasi, lakonan dan aktiviti luar.

Soal selidik telah digunakan untuk menentukan gaya pembelajaran Rafidah. Dapatan
kajian daripada soal selidik ini telah menunjukkan bahawa Rafidah mempunyai dua gaya
pembelajaran yang mempunyai markah skor yang hampir sama iaitu gaya pembelajaran
auditori dan kinestetik. Walaubagaimanapun, Rafidah lebih cenderung untuk mempunyai
gaya pembelajaran kinestetik kerana skor yang lebih tinggi berbanding gaya pembelajaran
auditori. Soal selidik ini diperolehi dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
bahagian kurikulum bagi mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar. Dalam soal selidik ini,
terdapat 30 soalan yang merangkumi enam gaya pembelajaran iaitu visual, kecekatan tangan,
auditori, berkumpulan, kinestetik dan bersendirian. Namun demikian, saya hanya
menggunakan tiga jenis gaya pembelajaran yang utama iaitu visual, auditori dan kinestetik.

Jadual 3 Soal Selidik Gaya Pembelajaran


Item Skor
Saya gemar belajar dengan cara melakukan sesuatu di kelas Sangat setuju (5)
Jika saya melakukan sesuatu di kelas, saya belajar dengan lebih Sangat setuju (5)
baik
Saya belajar dengan lebih baik dengan membuat lukisan semasa Setuju (4)
mempelajari sesuatu
Saya lebih memahami sesuatu perkara apabila saya mengambil Sangat setuju (5)

16
bahagian dalam main peranan
Saya berasa seronok melakukan eksperimen di kelas Setuju (4)

Berdasarkan jadual di atas, dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa Rafidah


mempunyai gaya pembelajaran kinestetik sebagai gaya pembelajaran yang utama iaitu
memperolehi skor 46 dan gaya pembelajaran auditori sebagai gaya pembelajaran kedua.
Guru-guru yang mengajar Rafidah juga menyatakan bahawa dia adalah pelajar yang aktif di
dalam kelas. Apabila guru meminta pelajar membuat simulasi, dia adalah antara pelajar yang
menawarkan diri untuk mengambil bahagian. Menerusi pergerakan, pelajar akan dapat
mengingati fakta yang lebih baik. Secara tidak langsung akan memberikan kesan ke atas
pencapaian akademik seseorang pelajar.

Jika dilihat penglibatan di luar kelas juga, Rafidah adalah seorang pelajar yang
sukakan aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan. Sebagai contoh, di MRSM terdapat
Minggu Aktiviti yang memerlukan penglibatan semua pelajar. Kebiasaannya Jabatan
Matematik di sekolah akan mengadakan aktiviti “Explorace Mathematics” dan akan
menggalakkan penyertaan setiap homeroom. Rafidah merupakan salah seorang pelajar yang
akan membantu rakan-rakan di dalam homeroom menjawab soalan bagi memudahkan
pergerakan ke check point seterusnya. Kerjasama dari semua rakan juga memudahkan
pergerakan seterusnya.

Pembelajaran yang berlaku adalah seiring dengan pergerakan yang berlaku untuk
membolehkan apa yang dipelajari oleh Rafidah akan kekal dalam memori. Oleh itu, guru
yang terlalu bergantung kepada kaedah konvensional yang lebih menumpukan kepada pelajar
yang mempunyai gaya pembelajaran secara auditori akan menghadapi kesukaran apabila
berhadapan dengan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran kinestetik seperti Rafidah.
Ini akan mempengaruhi pencapaian akademik Rafidah kerana Rafidah bukanlah pelajar yang
boleh melalui proses pembelajaran yang terlalu panjang. Pelajar ini mudah berasa bosan dan
tidak dapat memberikan tumpuan di dalam kelas. Contohnya, subjek Sejarah dan Geografi
yang kebanyakannya adalah fakta yang perlu diingati oleh pelajar. Keadaan yang berbeza
akan berlaku sekiranya subjek ini dilakukan dalam bentuk simulasi.

17
Berdasarkan pengalaman menjadi guru di MRSM Tun Ghazali Shafie, apabila guru
membuat aktiviti di dalam kelas seperti lakonan ataupun mini explorace, pelajar akan
menunjukkan reaksi yang agresif jika dibandingkan dengan hanya memberi ceramah. Di
kelas Rafidah pun perkara yang sama berlaku terutama apabila mengajar selepas waktu rehat,
kebanyakan pelajar akan mengantuk. Jadi guru perlu memainkan peranan supaya aktiviti
pengajaran dalam pembelajaran tidak akan terganggu dan tidak terlalu pasif. Aktiviti yang
memerlukan banyak pergerakan mampu merangsang minda pelajar dan dapat menghilangkan
rasa mengantuk.
4.3.2. Jenis Kecerdasan

Kecerdasan ialah keupayaan atau kebolehan untuk mendapatkan, memahami dan


menggunakan ilmu dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Teori Kecerdasan Pelbagai
tealah diasaskan oleh Howard Gardner pada tahun 1983. Gardner cuba memahami
kecerdasan dari sudut cara seseorang individu memproses maklumat, menyelesaikan masalah
dan merancang apakah strategi yang digunakan. Menurut Gardner, kecerdasan bukanlah
diwarisi semata-mata kerana ia akan dipengaruhi oleh persekitaran, budaya, peluang
pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan sebagainya.

Gardner telah memperkenalkan tujuh jenis kecerdasan sebagai satu cara untuk
mengukur potensi kecerdasan manusia. Jenis-jenis kecerdasan itu ialah logik-matematik,
verbal-linguistik, muzik, ruang visual, sensasi tubuh, interpersonal dan intrapersonal. Rafidah
adalah pelajar yang mempunyai kecerdasan verbal-lingustik. Ini adalah kerana dia
mempunyai kebolehan untuk menyampaikan sesuatu secara lisan dengan berkesan. Rafidah
mampu berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang tinggi. Rafidah juga merupakan
salah seorang daripada perintis pasukan debat di MRSM Tun Ghazali Shafie. Dengan
kelebihan yang ada pada Rafidah, dia mampu untuk berkomunikasi dengan baik. Temubual
yang dijalankan dengan guru Bahasa Melayu kelasnya juga menyatakan bahawa Rafidah
sangat selesa dengan aktiviti yang berkaitan dengan membaca, menulis karangan, forum dan
sebagainya. Rafidah juga mudah untuk menerima proses pembelajaran yang memerlukan
kepada pendengaran.

Menurut Gardner, implikasi teori ialah pengajaran dan pembelajaran harus berfokus
kepada kecerdasan tertentu bagi setiap orang. Sebagai contoh, jika seseorang individu
memiliki kecerdasan muzik, guru perlu mencari kaedah pembelajaran yang melibatkan

18
penggunaan muzik. Antaranya ialah persembahan muzik, mencipta lirik lagu dan sebagainya.
Ini adalah kerana individu yang mempunyai kecerdasan muzik dapat mengubah kata-kata
menjadi muzik. Dalam subjek Sejarah contohnya, fakta yang ada di dalam buku teks boleh
diubah menjadi lirik lagu bagi membolehkan pelajar yang mempunyai kecerdasan muzik ini
mengingati fakta dengan lebih baik.

Bagi Rafidah yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik, kaedah pengajaran dan


pembelajaran yang sesuai dengannya ialah aktiviti yang melibatkan perkataan. Contoh
aktiviti yang boleh dijalankan di dalam kelas ialah perbahasan tentang sesuatu topik,
memperkayakan perbendaharaan kata, berucap secara formal, menulis cerpen pendek dan
bercerita. Guru perlu memainkan peranan bagi memastikan Rafidah tidak akan ketinggalan.
Berdasarkan peperiksaan semester 2014, Rafidah mendapat keputusan yang cemerlang dalam
subjek Bahasa Melayu.

5.0. Perbincangan dan Cadangan

Berdasarkan hasil kajian yang dibuat kepada pelajar Nur Rafidah bt Daman Adha didapati
bahawa terdapat kepelbagaian dalam aspek latar belakang psikologi dan latar belakang
sosiobudaya di sekolah. Guru perlu memahami kepelbagaian latar belakang pelajar bagi
memastikan proses PdP berjalan dengan lancar. Mengikut Atan Long, perbezaan individu
memberi kesan terhadap kepelbagaian tingkah laku di dalam kelas. Dapatan kajian yang
diperolehi daripada soal selidik, pemerhatian dan temubual mendorong guru untuk mencari
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk menangani kepelbagaian pelajar di
dalam kelas.

Berbicara tentang motivasi dan konsep kendiri pelajar, ia memainkan peranan yang
penting dalam pencapaian akademik. Rafidah merupakan pelajar yang berlatarbelakang
keluarga yang susah namun dia mempunyai motivasi untuk berjaya. Pelajar yang bekeperluan
untuk pencapaian yang tinggi biasanya menyemak usaha yang dibuat sekian lama apabila
mereka berprestasi rendah. Rafidah misalnya sentiasa bermotivasi tinggi dalam menghadapi
situasi yang sukar dari segi pembelajaran. Rafidah mempunyai keinginan untuk Berjaya bagi
mengubah status keluarganya. Motivasi intrinsik yang dimiliki oleh Rafidah memberi kesan
yang positif bagi dirinya. Motivasi akan membantu Rafidah untuk sentiasa meningkatkan
prestasi dalam peperiksaan bagi menggembirakan ibu bapanya. Motivasi juga mampu

19
meningkatkan usaha dan tenaga dalam aktiviti pelajar. Ia akan menentukan sama ada Rafidah
melibatkan diri dalam aktiviti dengan minat, sepenuh hati atau sebaliknya.

Sebagai seorang guru homeroom kepada Rafidah, saya memainkan peranan bagi
memotivasikan Rafidah supaya terus berjaya. Apatah lagi Rafidah bertuah kerana mendapat
pembiayaan sepenuhnya oleh MARA. Guru homeroom adalah orang yang dekat dengan
pelajar. Antara peranan yang dimainkan oleh saya ialah meningkatkan peneguhan dalaman
dan motivasi. Rafidah sebenarnya sudah mempunyai motivasi dalaman yang mendorongnya
untuk belajar dengan lebih gigih lagi. Namun sebagai seorang guru homeroom saya tidak
terlepas untuk memberikan pujian bagi menyakinkan Rafidah untuk menyertai aktiviti di
dalam kelas dan menyiapkan sesuatu tugasan yang diamanahkan.

Latarbelakang keluarga juga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Keluarga


adalah institusi sosial yang bertanggungjawab tehadap perkembangan anak-anak kerana
dalam kehidupan seharian kerana ibu bapa adalah merupakan orang yang paling rapat dengan
kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
membentuk dan menentukan hala tuju pendidikan anak-anak. Sekiranya ibu bapa gagal dalam
membuat perancangan yang betul sudah tentulah anak-anak menjadi mangsa kepada kealpaan
mereka dan seterusnya anak-anak ini akan tercicir dalam pelajaran mereka. Peranan ibu bapa
juga sangat penting dalam memberikan perhatian terhadap pelajaran anak-anak disamping
memberikan perhatian terhadap pelajaran anak-anak disamping sebagai pemberi dorongan
untuk berjaya.

Berdasarkan kajian yang dijalankan kepada Rafidah, saya mendapati bahawa


dorongan yang diberikan oleh keluarga Rafidah amatlah baik. Walaupun ibu bapa Rafidah
bukanlah orang yang mempunyai pendidikan di tahap yang tertinggi, namun ia bukanlah
penghalang kepada ibu bapa Rafidah untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak
mereka. Mereka yang menjadi tulang belakang dalam memotivasikan Rafidah dan adik-
adiknya untuk terus berjaya. Ini bertepatan dengan pendapat Mohd. Fadzilah Kamsah (1997)
yang menegaskan bahawa ibu bapa perlu menjadi pendorong kepada anak-anak seperti
memberi puji-pujian, rangsangan, belaian dan penghargaan.Kesusahan yang dihadapi oleh
keluarga juga mendorong Rafidah untuk menjadi insan yang cemerlang dalam bidang
akademik mahupun ko-kurikulum. Situasi ini juga telah menjadikan Rafidah sebagai seorang

20
pelajar yang berkonsp kendiri positif iaitu membuat sesuatu perkara berdasarkan kepuasan
diri tanpa mengharapakan apa-apa ganjaran.

Selain daripada berhadapan dengan perbezaan latar belakang sosio-budaya, guru juga
berhadapan dengan perbezaan latar belakang psikologi. Sebagai contoh pelajar mempunyai
kecerdasan yang berbeza seperti yang dikemukan oleh Howard Gardner. Bagaimana guru
hendak melaksanakan aktviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuai dengan semua
pelajar di dalam kelas? Rafidah adalah pelajar yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik
manakala pelajar yang lain mempunyai kecerdasan yang berbeza. Dalam hal ini, guru perlu
mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana strategi yang
berkesan mampu menjadikan kelas seronok dan aktif. Guru perlu memilih strategi
pengajaran bergantung kepada situasi murid di dalam kelas. Ini adalah penting untuk
melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan inovatif. Sekiranya guru tidak mempelbagaikan
kaedah pengajaran, dikhuatiri pelajar akan berasa bosan kerana kaedah tersebut tidak selari
dengan kecerdasan. dan cara mereka belajar.

Begitu juga dengan kepelbagaian gaya pembelajaran yang dimiliki oleh pelajar di
dalam kelas. Rafidah memiliki gaya belajar kinestetik yang suka melakukan aktiviti di dalam
kelas. Bagaimana pula, pelajar yang lain.Oleh itu, guru juga boleh mempelbagaikan aktiviti
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada menggunakan kaedah kuliah
yang lebih cenderung kepada pelajar yang mempunyai gaya auditori, guru boleh membuat
aktiviti simulasi, perbincangan, gerak kerja kumpulan dan sebagainya untuk disesuaikan
dengan kepelbagaian gaya belajar di dalam kelas. Ini sangat bersesuaian dengan murid yang
terdiri daripada kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar. Walaupun guru tidak dapat
memenuhi kaedah permintaan semua tetapi dengan mempelbagaikan aktiviti akan dapat
mengurangkan kebosanan murid. Rafidah contohnya mempunyai kecenderungan untuk
belajar secara kinestetik, jadi apabila guru membuat aktiviti yang melibatkan banyak
pergerakan secara langsung akan membuatkan Rafidah tertarik kepada subjek dan akan
memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas.

Berdasarkan kepada perbezaan latar belakang yang dimiliki oleh setiap individu,
guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan perlu memahami
perasaan dan kehendak hati nurani para pelajar dalam menyesuaikan kaedah pengajaran dan
gaya pembelajaran dan minat pelajar. Pembelajaran yang berkesan melibatkan proses

21
memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan dan menganalisis bagi
mengembangkan minda pelajar. Guru juga perlu memberi ruang kepada pelajar bagi
mengatasi kelemahan mereka tanpa membiarkan kegagalan berterusan. Pembelajaran di
dalam kelas perlu lebih realistik dan mampu mencabar kebolehan pelajar bagi
mengembangkan potensi mereka pada masa akan datang

Guru juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar. Alat bantu
mengajar tersebut mestilah jelas dan membuatkan pelajar mudah faham. Contohnya jika ingin
mengajar tajuk bangsa yang ada di Malaysia, guru mestilah pandai untuk memilih bahan yang
dapat menarik pelajar untuk belajar dan membuatkan mereka mudah untuk mengingati.
Contohnya seperti menunjukkan gambar dan lain-lain lagi dengan menitikberatkan
kesamarataan antara semuanya.Ini adalah penting kerana di dalam kelas kita akan berhadapan
dengan kepelbagaian jenis budaya dan kaum.

6.0. KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, guru perlu menyedari bahawa wujudnya kepelbagaian latar belakang
sosiobudaya dan psikologi pelajar. Kepelbagaian yang wujud ini merupakan cabaran terbesar
bagi guru dalam proses pengajaran dalam pembelajaran. Perbezaan individu merupakan
cabaran terbesar kepada guru dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
baik dan kondusif. Bagi memastikan semua murid memperoleh ilmu pengetahuan dan
kemahiran, setiap guru perlu membuat persediaan yang rapi kerana dalam setiap kumpulan
tidak akan wujud kumpulan yang setara keupayaan berfikir dan memahami apa yang
disampaikan oleh guru. Perbezaan gaya berfikir juga menentukan gaya pembelajaran
seseorang murid. Sehubungan itu, guru haruslah mengkaji perbezaan murid-muridnya bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlu cakna dalam menentukan bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku di dalam kelas. Ini adalah penting bagi memastikan guru akan mempelbagaikan
aktiviti di dalam kelas supaya pelajar yang mempunyai kecerdasan dan gaya pembelajaran
yang berbeza. Guru juga perlu memahami psikologi pendidikan bagi mengelakkan guru
bersikap pilih kasih kepada pelajar. Jangan sekali-kali membezakan pelajar mengikut kelas
sosial, etnik mahupun perbezaan gaya belajar dan kecerdasan.

22
Setelah membuat kajian terhadap Rafidah, jelas menunjukkan bahawa motivasi dan
konsep kendiri mampu mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Individu yang
mempunyai motivasi intrinsik mampu melakukan pelbagai perkara dengan sendirinya tanpa
mengharapkan apa-apa ganjaran. Manakala konsep kendiri yang positif mampu membuatkan
seseorang individu lebih berkeyakinan tinggi untuk sentiasa mencapai akademik yang
cemerlang.

RUJUKAN

Atan Long (1998). “Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizi Yahaya, Fauziah Yahya, Zurilhanmi Zakariya dan Noordin Yahaya (2005).
“Pembangunan Kendiri.” Skudai, Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

Kamarudin Hj. Husin, Abdullah Yusof, Abdul Kadir Arifin & Mohd Rshid Hj. Md Idris,
2014, Pedagogi Asas Pendidikan, Tanjung Malim : Emeritus Publications.

Nurul Ezzati binti Azizi, 2008, Hubungan Antara Konsep Kendiri, Dimensi Personaliti dan
Persekitaran Keluarga terhadap Pencapaian Akademik Pelajar SPA, SPE dan SPJ, Diakses
March 10, http://eprints.utm.my/5933/1/NURULEZZATIAP040236D2008TTTSPA.pdf.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008), Psikologi
Pendidikan, Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor, Kamarulzaman Kamaruddin
& Roslinda Mustapha, 2012, Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar, Shah Alam : Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Noraini Juhary, Kepelbagaian pelajar,


https://www.academia.edu/4916193/Kepelbagaian_pelajar.

23
LAMPIRAN 1 : BIODATA PELAJAR

24
25
26
LAMPIRAN 2 PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

27
LAMPIRAN 3 SOAL SELIDIK KONSEP KENDIRI DAN GAYA
PEMBELAJARAN

28
29
30
31
LAMPIRAN 4 SOAL SELIDIK KONSEP KENDIRI DAN PERSEKITARAN
KELUARGA

32
33
34
35

You might also like