You are on page 1of 29

HIR 3013

KAEDAH PENYELIDIKAN PENGAJIAN ISLAM

TAJUK TUGASAN :

PROPOSAL KAJIAN

NAMA Raidah Zafirah binti Mohammad Hisham


NOMBOR MATRIK D20182086233
KUMPULAN B

PENSYARAH :

Dr. Azmil bin Hashim


MENGANALISIS HUBUNGAN ANTARA GAYA KOGNITIF
PELAJAR DAN PERBEZAAN JANTINA DALAM SUBJEK
PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN JOHOR

RAIDAH ZAFIRAH BINTI MOHAMMAD HISHAM

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2021

2
MENGANALISIS HUBUNGAN ANTARA GAYA KOGNITIF PELAJAR DAN
PERBEZAAN JANTINA DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN KLUANG, JOHOR

RAIDAH ZAFIRAH BINTI MOHAMMAD HISHAM

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

Syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Fakulti Sains Kemanusiaan

Universiti Pendidikan Sultan Idris

FEBRUARI 2022

3
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

BAB 1 : PENGENALAN
• Pendahuluan
• Latar Belakang Kajian
1 • Pernyataan Masalah
• Objektif Kajian
6 – 17
• Persoalan Kajian
• Batasan Kajian
• Kepentingan Kajian
• Definisi Operasional
• Penutup

BAB 2 : KAJIAN LITERATUR


• Pendahuluan
2 • Konsep dan Definisi Gaya Kognitif
• Ciri – Ciri Gaya Kognitif
• Konsep Pendidikan Islam
18 – 21
• Bidang Pendidikan Islam
• Kajian Lepas yang Berkaitan
• Penutup

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN


3 • Pendahuluan
• Reka Bentuk Kajian 22 – 28
• Lokasi Kajian
• Populasi Kajian

4
• Sampel dan Kaedah Persampelan
• Instrumen Kajian
• Prosedur Pengumpulan Data
- Pengumpulan Soa Selidik
- Kajian Pengujianan
- Kaedah Pemerhatian
• Tatacara Analisis Data
• Penutup

4 RUJUKAN 29

5
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perbezaan antara manusia yang dilahirkan di dunia ini di mana semua orang dapat
melihat dengan lebih jelas adalah perbezaan antara jantina iaitu sama ada lelaki dan perempuan.
Hal ini kerana, permulaan penciptaan manusia yang dicipta oleh Allah SWT adalah bermula
daripada Nabi Adam dan juga Hawa . Namun begitu, perbezaan pada manusia ini dapat
melengkapi antara satu sama lain kerana dalam al – Quran menjelaskan sebagaimana firman –
Nya:

‫ث ِم ْن ُه َما ِر َجا اًل‬ ِ ‫اس اتَّقُوا َربَّ ُك ُم الَّذِي َخلَقَ ُك ْم ِم ْن نَ ْف ٍس َو‬


َّ ‫احدَةٍ َو َخلَقَ ِم ْن َها زَ ْو َج َها َو َب‬ ُ َّ‫َيا أَي َها الن‬
‫سا اء‬ ‫ۚ َكثِ ا‬
َ ِ‫يرا َون‬
Maksudnya : “ Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada
(Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai.”

( Surah An – Nisa, 4;1 )

Selain itu, perbezaan antara manusia bukan sahaja terletak pada perbezaan jantina
semata namun, setiap individu juga melahirkan pelbagai gaya yang berbeza terutamanya gaya
personaliti, gaya penerimaan dan juga gaya dalam memproses sesuatu maklumat kepada diri
sendiri. Hal ini kerana , setiap individu yang menerima dan memproses sesuatu maklumat itu
adalah berlainan cara dan gayanya kerana ia juga bergantung kepada personaliti masing –
masing. Antara gaya yang penting dalam diri seseorang terutamanya pelajar sekolah adalah
gaya kognitif di mana gaya kognitif memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
pembelajaran seseorang pelajar tersebut di dalam kelas ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran bersama guru. Hal ini kerana, setiap orang mempunyai gaya kognitif yang
berbeza yang melibatkan proses dalam menerima sesuatu maklumat dan memprosesnya adalah
berbeza bagi setiap orang .

6
Menurut Hayes dan Allison, ( 1998 ) , gaya kognitif merujuk kepada cara seseorang
memperoleh, memproses, dan menilai sesuatu maklumat yang diterima. Gaya ini
mempengaruhi cara seseorang mengimbas dan memerhati persekitaran untuk mendapatkan
maklumat, cara menyusun dan mentafsir maklumat tersebut serta cara mengintegrasikan
pentafsiran mereka dalam bentuk peta minda serta teori yang akan merangsang tindakan
seterusnya. Hal ini kerana, kemahiran gaya kognitif ini bukan hanya wujud secara semula jadi
namun, ia juga boleh dipelajari daripada pengalaman pembelajaran seseorang individu itu. Ini
menunjukkan bahawa apabila di sekolah keterlibatan pelajar sama ada di kelas mahupun di
sekolah merupakan suatu aspek pembelajaran dan perkembangan pelajar yang perlu diambil
perhatian yang lebih. Secara definisinya penglibatan pelajar perlu dititikberatkan secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.

Seterusnya, dapat dilihat juga Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) berusaha


berganding bahu dengan membawa minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di
Sekolah – Sekolah kerajaan di mana subjek Pendidikan Islam ini merupakan salah satu subjek
yang diwajibkan kepada pelajar untuk diambil ketika menduduki peperiksaan yang besar.
Seperti contoh memberi biasiswa kepada pelajar untuk menyambung pelajaran di Mesir atau
Jordan dalam bidang agama. Selain itu, terdapat juga sekolah – sekolah menengah agama yang
telah dibina untuk pelajar – pelajar yang berminat menyambung pembelajaran dalam bidang
agama dengan lebih mendalam. Namun begitu, usaha – usaha yang dilakukan masih kurang
berkesan kerana pelajar yang meminati jurusan agama ini masih sedikit dan susah untuk
mendapat perhatian pelajar untuk meminati subjek Pendidikan Islam di sekolah terutamanya
di Sekolah Menengah Kebangsaan.

Masyarakat di Malaysia sangat kaya dengan budi pekerti dan akhlak yang baik. Oleh
itu, membina suatu bentuk masyarakat yang berkakhlak baik terutama sekali umat Islam agar
dapat menunjukkan conoh yang baik kepada orang ramai dan berpengetahuan yang tinggi
merupakan suatu wawasan yang hendak dicapai di negara ini. Masyarakat yang mempunyai
peribadi yang baik dan mempunyai ciri – ciri kepimpinan yang bagus terutamanya pelajar –
pelajar sekolah pada hari ini di mana generasi ini merupakan harapan negara pada masa akan
datang yang akan memimpin negara ini. Maka tindakan yang tepat perlu dilakukan dan wajar
untuk dilaksanakan agar kemerosotan akhlak pelajar atau kurangnya pengetahuan agama tidak
semakin meningkat dan membimbangkan pada masa akan datang. Hal ini kerana, melentur
buluh biarlah dari rebungnya iaitu mendidik seseorang individu itu dari kecil lagi terutamanya
di sekolah sebagai tanda titik permulaan seseorang itu untuk membina peribadi yang baik .

7
Sehubungan dengan itu, guru – guru di sekolah juga memainkan peranan yang penting
dalam mencari punca – punca yang menyebabkan masalah yang berlaku berkenaan dengan
minat pelajar dalam subjek Pendidikan Islam terutama ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah . Pelbagai punca berkemungkinan boleh berlaku dalam kemerosotan pelajar
meminati subjek Pendidikan Islam ini. Namun begitu, Kajian yang dijalankan ini akan
merungkai dan melihat masalah yang berlaku melalui perspektif perbezaan individu pelajar
berdasarkan jantina khususnya dari segi gaya Kognitif pelajar di Sekolah Kebangsaan
Menengah ( SMK ) . Kajian ini dijalankan untuk mengaitkan hubungan gaya kognitif pelajar
yang berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan berdasarkan Pengajaran dan Pembelajaran
dalam bilik darjah bagi subjek Pendidikan Islam.

1.2 Latar Belakang Kajian

Sekolah merupakan suatu institusi permulaan seseorang individu itu untuk mempelajari
ilmu baharu, mengenal pasti bakat diri yang terpendam , bersosial dan mewujudkan perbezaan
pendapat antara satu sama lain. Oleh itu, pelajar dan guru merupakan peranan yang penting
dalam mewujudkan suasana di sekolah dari segi akademik dan kokurikulum. Di mana kedua
– dua ini perlulah diseimbangkan bagi setiap pelajar. Guru pula, perlu mewujudkan dan berfikir
secara lebih kreatif mengenai aktiviti yang menarik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah bersama pelajar. Hal ini kerana, setiap pelajar mempunyai gaya
personality yang berbeza terutama gaya kognitif mereka. Gaya kognitif antara lelaki dan
perempuan adalah berbeza. Menurut Borich & Tombari ( 1995 ) menjelaskan bahawa gaya
kognitif adalah cara individu memproses dan berfikir perkara yang dipelajarinya sementara
gaya pembelajaran adalah keadaan persekitaran atau keadaan bilik darjah yang digemari oleh
individu untuk belajar .

Jenis – jenis gaya kognitif ini terbahagi kepada dua iaitu gaya bebas Medan ( Field
Independence (FI) ) dan Gaya bersandar Medan ( Field Dependence ( FD ) ). Gaya bebas
Medan iaitu Field Independence ( FI ) merupakan suatu pembelajaran yang berdasarkan faktan
dan juga prinsip. Di mana seseorang individu atau pelajar yang mempunyai sifat suka
bertanding dengan melakukan kerja bersendirian. Kebanyakan pelajar seperti lebih kearah
meminati Sains dan juga Matematik. Manakala, jenis yang kedua pula iaitu Gaya Bersandar
Medan ( FD ) merupakan suatu pembelajaran yang berdasarkan konsep dan juga pengalaman

8
sendiri. Individu atau pelajar seperti ini suka dan lebih tertarik dalam kerja berkumpulan serta
bersifat kerjasama yang tinggi. Pelajar seperti ini lebih mahir dalam bidang Sejarah dan sastera.

Oleh itu, berdasarkan latar belakang definisi mengenai gaya kognitif tersebut, guru
perlu lebih perhatin dalam era pembelajaran pada hari ini. Guru perlu mengetahui perbezaan
gaya kognitif bagi pelajar untuk mengenali pelajar dengan lebih luas. Terutama sekali berkaitan
dengan subjek Pendidikan Islam di Sekolah Menengah di mana pengkaji akan mengkaji
perbezaan gaya kognitif mengikut jantina dalam subjek pendidikan Islam. Berdasarkan Akta
Pendidikan ( 1997 ) telah termaktubnya di mana subjek pendidikan Islam di Sekolah Menengah
sama ada sekolah menengah kerajaan mahupun swasta wajib mengambil atau mempelajari
subjek ini bagi pelajar – pelajar yang beragama Islam. Hal ini kerana, Pendidikan berkenaan
agama merupakan suatu cahaya yang dapat memberi petunjuk kepada setiap yang mencarinya
semata – mata ikhlas kerana Allah SWT.

Justeru, tahap penguasaan pelajar dalam menguasai pembelajaran pendidikan Islam


perlu diukur tahap kemampuannya. Lantaran itu, ia mengaitkan dengan gaya kognitif pelajar
di mana ia dapat diukur melalui perbezaan jantina iaitu lelaki dan peremupan. Maka, guru dapat
mengetahui dan bersedia untuk membantu pelajar – pelajar yang bertahap lemah , sederhana,
dan tinggi dalam pembelajaran mereka .

9
1.3 Penyataan Masalah

Pada era ini, dapat dilihat bahawa pelajar perempuan kebanyakannya mencapai prestasi
akademik yang lebih baik berbanding pelajar lelaki. Contohnya , Sekolah yang banyak
mendapat keputusan yang terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 2019 di negeri johor
adalah Sekolah Tun Fatimah ( STF ) di mana, sekolah ini merupakan sekolah yang diduduki
oleh pelajar perempuan sahaja. Ini membuktikan bahawa pelajar lelaki kebanyakannya kurang
melibatkan diri dalam akademik sekolah berbanding pelajar perempuan. Hal ini , telah
menimbulkan beberapa isu yang tidak seimbang antara jantina di mana ia mengaitkan
sokongan pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan ketika di dalam bilik darjah. Punca
berlakunya perkara seperti ini adalah daripada kesan gaya pembelajaran dan juga kemahiran
serta strategi pembelajaran pelajar di Sekolah di mana gaya pembelajaran yang tidak mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran yang sebenar.

Selain itu, kemahiran membaca dan memproses sesuatu maklumat atau kefahaman
adalah suatu kemahiran yang sangat penting dalam mencapai kejayaan bagi seseorang pelajar
itu terhadap pembelajarannya dengan keupayaan pelajar tersebut berfikir dengan lebih kritis
dan kreatif. Selain itu, pencapaian akademik dan daya intelek bagi seseorang pelajar itu juga
amat penting untuk berada bersama dengan kemahiran yang dinyatakan sebelum ini.
Kepentingan bagi pengaruh penguasaan dalam kemahiran seperti ini memberi penjelasan yang
baik dalam sistem pendidikan seseorang individu. Hal ini kerana, sekiranya pelajar yang
bermasalah dalam menguasai pemahaman membaca akan memberi masalah juga terhadap
pembelajaran, yang menyebabkan keupayaan seseorang pelajar itu untuk berfikir dengan lebih
terbuka dan luas menjadi sangat terhad. Kemudian menyebabkan pencapaian akademik yang
kurang memberangsangkan oleh pelajar. Antaranya kerana pelajar kurang minat dalam belajar,
dan mudah putus asa lalu tercicir pelajaran di dalam kelas dengan mengikut arus pembelajaran
yang diajar oleh guru di dalam kelas.

Pengkhususan dalam subjek Pendidikan Islam bagi pelajar peringkat Sekolah


Menengah Kebangsaan ( SMK ) ini , tumpuan dalam pendidikannya lebih didedahkan dengan
persediaan pelajar dalam pengetahuan dan kemahiran bagi bidang kandungan mata pelajaran
pelajar dengan lebih luas dan secara khusus. Hal ini kerana, pada peringkat pelajar seperti ini
perlu melebihkan kepada aktiviti membaca secara bersendirian atau berdikari dalam
memahami sesuatu tajuk , mengingat , mentafsir , menilai dan juga menghurai dalam konsep –

10
konsep pengumpulan maklumat agar ia dapat menghubungkan idea – idea yang berkait terus
membuat kesimpulan atau rumusan bagi setiap bahan yang telah dibacakan berbanding pelajar
yang mempunyai masalah untuk memproses maklumat dan mempunyai kemahiran bacaan
yang baik.

Oleh yang demikian menurut Yahya ( 2007 ) , kebolehan dalam memproses sesuatu
kefahaman yang kurang mahir ini berkemungkinan berpunca daripada pelajar yang tiada
pengetahuan dan kemahiran yang berkesan mengenai strategi membaca yang betul serta baik.
Pengalaman juga menjadikan seseorang pelajar itu mahir serba sedikit dalam pengetahuan
strategi dengan betul dan juga berkesan. Di mana, kegagalan pelajar juga berkemungkinan
berpunca daripada kekurangan pengetahuan dan kemahiran memahami strategi tambaan pula,
dengan masalah yang kurang dalam memahami isi pelajaran yang dipelajari atau diajarkan
dalam ketika pembelajaran seseorang pelajar itu.

Justeru itu, jelas menunjukkan bahawa apabila pelajar yang berpengetahuan namun
gagal dalam mengaplikasikan pengetahuan yang ada dalam masalah yang dihadapi pelajar
tersebut dengan lebih baik atau betul adalah kerana gagal untuk melaksanakan proses gaya
kognitif pelajar. Ini jelas bahawa gaya kognitif seseorang itu amat penting dari segi aspeknya
yang mendapat perhatian kerana gaya kognitif dikatakan berjaya dalam meningkatkan
keterampilan dan juga prestasi pelajar untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran
subjek Pendidikan Islam.

11
1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan terdiri daripada beberapa objektif yang boleh dikenal pasti untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan kajian ini. Antara beberapa
aspek yang terdapat dalam kajian yang dijalankan ini , termasuklah :

1. Mengkaji perbezaan gaya Kognitif mengikut jantina pelajar dalam subjek Pendidikan
Islam .

2. Mengenal pasti hubungan antara pencapaian dalam subjek Pendidikan Islam dengan
gaya Kognitif dan mengikut jantina pelajar.

3. Mengenal pasti cara pengajaran dan pembelajaran guru dengan mengaplikasikan gaya
kognitif dalam subjek Pendidikan Islam .

12
1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan , kajian ini dilaksanakan atas tujuan mendapatkan
jawapan – jawapan kepada beberapa soalan yang berikut :

1. Adakah terdapat perbezaan gaya Kognitif pelajar lelaki dan perempuan ketika
mempelajari subjek Pendidikan Islam ?

2. Adakah pencapaian pelajar lelaki dan perempuan dalam subjek Pendidikan Islam
berbeza?

3. Adakah terdapat gaya kognitif yang memberi interaksi antara guru dan pelajar ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Pendidikan Islam?

4. Adakah gaya kognitif berkolerasi mengikut jantina pelajar lelaki dan perempuan ?

13
1.6 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini akan dilakukan di 6 buah Sekolah Menengah Kebangsaan
di Kluang, Johor. Seterusnya Individu yang terlibat adalah guru – guru Pendidikan Islam di
Sekolah – sekolah Menengah Kebangsaan Kluang, Johor yang terpilih seramai 20 orang. Selain
itu , terdiri daripada 60 orang responden yang terlibat dalam kalangan pelajar muslim tingkatan
3 dan juga tingkatan 4. Responden dan sampel yang diplih adalah daripada sekolah – sekolah
Menengah Kebangsaan Kluang Johor yang berbeza – beza dan pencapaian pelajar yang
berbeza juga. Kajian ini akan melibatkan subjek pendidikan Islam.

1.7 Kepentingan Kajian

Pengkaji mengharapkan kajian yang dijalankan ini memberi satu gambaran kepada
pembaca dalam mengenali gaya kognitif yang berbeza – beza pada setiap manusia. Kajian
yang dijalankan ini merupakan suatu isu yang berkenaan penguasaan pelajar mengikut
perbezaan jantina dan juga gaya kognitif dalam subjek Pendidikan Islam yang diajar oleh guru
ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P ) dalam bilik darjah khususnya pada enam buah
Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) Kluang, Johor. Hal ini, dapat melihat keberkesanan
guru dalam mengajar pelajar berdasarkan aktiviti yang dapat merangsang gaya kognitif setiap
pelajar. Oleh itu, pengkaji berharap ia memberi suatu impak dan ilmu kepada pembaca
berkenaan hubungan antara gaya koginitif berdasarkan perbezaan jantina pelajar dalam subjek
Pendidikan Islam yang akan dilakukan di enam buah sekolah yang terpilih.

Selain itu, pengkaji juga mengharapkan agar kajian yang dijalankan ini dengan
pengumpulan data – data yang telah dikumpul dapat menjadi rujukan kepada kajian – kajian
yang lain pada masa akan datang apabila berkenaan mengenai gaya kognitif mengikut
perbezaan jantina pelajar ini. Seterusnya, menjadi rujukan kepada guru – guru muda atau guru
– guru lama untuk mengenali lagi pelajar – pelajar mereka berdasarkan gaya kognitif yang
berbeza.

Justeru, hasil kajian yang diterima juga dapat memberi suatu ilmu asas kepada guru –
guru untuk membina sebuah aktiviti Rancanagan Pengajaran Harian ( RPH ) yang lebih
menarik berdasarkan pembelajaran gaya kognitif agar bersesuaian dengan situasi pelajar di
Sekolah Menengah.
14
1.8 Kerangka Konseptual Kajian

GAYA KOGNITIF

➢ Field Independent ( FI )

➢ Field Dependent ( FD )

PENGUASAAN

PELAJAR
JANTINA
DALAM

➢ Lelaki SUBJEK

➢ Perempuan PENDIDIKAN

ISLAM

KECERDASAN

➢ Tinggi
➢ Sederhana
➢ Rendah

Rajah 1 : Jadual Kerangka Konseptual

15
1.9 Definisi Operasional

( 1 ) Hubungan

Hubungan menurut Kamus Dewan dan Pustaka membawa maksud sebagai suatu
rangkaian atau sambungan dari sesuatu perkara kepada sesuatu perkara. Oleh itu, dalam kajian
ini pengkaji akan mengkaji mengenai Hubungan berkaitan gaya kognitif dengan perbezaan
jantina pelajar lelaki dan juga perempuan. Persoalan yang timbul adalah sama ada ia bersangkut
paut ataupun tidak antara gaya kognitif dan jantina pelajar yang berbeza dalam subjek
Pendidikan Islam.

( 2 ) Gaya Kognitif

Gaya kognitif menurut Abdul Halim ( 2018 ), adalah di mana membuktikan bagaiman
individu berfikir dalam menerima , menggabungkan, menafsir, dan menggunakan makluat.
Menurut Cross ( 1976 ) ( dalam Jurnal Abdul Halim , 2018 ) gaya kognitif merujuk kepada
gaya atau cara perwatakan individu tersebut menggunakan pemikiran mereka. Witkin, Moore
, Goodenough and Cox ( 1977 ) ( dalam jurnal Abdul Halim, 2018 ) pula menerangkan bahawa
gaya kognitif sebagai perbezaan individu dalam menerima sesuatu perkara , berfikir ,
menyelesaikan masalah dan juga belajar. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji akan mengukur
hubungan gaya kognitif pelajar berdasarkan perbezaan jantina pelajar muslim melalui subjek
pendidikan Islam yang diajar oleh guru pendidikan Islam sendiri.

( 3 ) Jantina

Jantina menurut Kamus Dewan dan Pustaka adalah sejenis kelamin iaitu lelaki dan
perempuan bagi seorang manusia. Seterusnya, sekiranya perbezaan jantina mengikut konteks
haiwan pula ianya digelar sebagai jantan dan juga betina. Berdasarkan kajian ini, perbezaan
jantina memiliki gaya kognitif yang berbeza. Oleh itu, pengkaji akan mengkaji dengan
mengukur penguasaan gaya kognitif ini mengikut perbezaan jantina pelajar sekolah menengah
lelaki dan juga perempuan. Cara mengukur gaya kognitif pelajar lelaki dan perempuan di
sekolah menengah dengan berdasarkan penguasaan mereka dalam subjek Pendidikan Islam.

16
( 4 ) Pendidikan Islam

Pendidikan Islam merupakan ilmu agama yang akan disampaikan oleh pendidik di
sekolah kepada pelajar mereka. Selain di sekolah, di rumah sebagai ibu bapa juga digalakkan
untuk memberi pendidikan agama kepada anak mereka dengan baik. Di sekolah, Pendidikan
Islam wajib dipelajri bagi setiap orang muslim tidak kira sama ada di sekolah kerajaan
mahupun di sekolah swasta. Dalam kajian ini, pengkaji akan mengukur penguasaan
pembelajaran oleh guru dalam subjek pendidikan Islam berdasarkan hubungan gaya kognitif
dengan pelajar berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan.

( 5 ) Sekolah Menengah

Sekolah Menengah Kebangsaaan ( SMK ) merupakan sekolah yang terdiri daripada


pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kebanyakan masyarakat hanya menggelarkan SMK
adalah sekolah harian biasa. Sehubungan dengan itu, SMK hanya mementingkan aspek dalam
penyediaan hak pendidikan yang sama rata dan adil kepada semua rakyat tidak kira sama ada
SMK kerajaan mahupun swasta. Berdasarkan kajian, pengkaji akan mengkaji sebanyak enam
buah sekolah di Kluang Johor.

1.10 Penutup

Secara kesimpulannya dalam Bab1 ini telah membincang tajuk yang dinyatakan dengan
membentangkan pelbagai jenis idea oleh pengkaji dalam memproses kajian ini dengan lebih
teratur dan efisien iaitu berkaitan dengan pendahuluan, latar belakang kajian, pernyataan
masalah, objektif kajian, persoalan kajian, Batasan kajian, kepentingan kajian, definisi
operasional dan juga penutup.

17
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Menurut Amani Dahaman ( 2011 ), tinjauan literatur merupakan ulasan maklumat yang
diperolehi daripada jurnal, buku, prosiding dan penyelidikan-penyelidikan lepas ( tesis )
untuk sesuatu penyelidikan terbaru. Oleh itu, dalam bab ini pengkaji memfokuskan
berkaitan pengertian bagi gaya kognitif dan juga pendidikan Islam. Hal ini , dapat
menjelaskan lebih terperinci berkaitan sorotan daripda kajian dan pembacaan oleh pengkaji
sendiri berkenaan topik – topik yang akan dibincangkan seperti yang telah dinyatakan
tersebut. Oleh itu, ia dapat mendorong pengkaji untuk mengenal pasi faktor – faktor
masalah yang sedang dikaji ini

2.2 Konsep dan definisi Gaya Kognitif

Berdasarkan definisi gaya kognitif, terdapat beberapa asas yang mengaitkan gaya
kognitif dengan membuktikan seseorang individu itu berfikir dalam menerima, menafsir,
menggabungkan dan menggunakan maklumat yang telah diterima. Gaya atau perwatakkan
seseorang individu juga merupakan sesuatu yang berlaku dengan menggunakan akal fikiran
atau pemikiran mereka. Selain itu, gaya kognitif juga membuktik perbezaan seseorang
individu itu dalam menerima sesuatu perkara , berfikir, menyelesaikan masalah, dan juga
belajar. Maka, ia merupakan suatu strategi bagi seseorang individu tersebut dalam
perbezaan menerima sesuatu maklumat.

Menurut Allinson dan Hayes ( 1997 ), gaya kognitif merupakan aspek kepada sesuatu
personaliti yang berkait dengan gaya tertentu untuk menyelesaikan masalah dan membuat
keputusanserta bentuk kelakuan yang terhasil. Oleh itu, ia mempamerkan bahawa setiap
orangۚmempunyaiۚ“ۚperwatakanۚindividuۚ”ۚyangۚtersendiriۚdariۚsegiۚmenerima,ۚmengumpul,ۚ
memproses, dan menggunakan informasi dalam menyelesaikan sebarang masalah yang
datang pada diri. Oleh itu, gaya kognitif ini terbahagi kepada dua jenis di mana jenis yang
pertama adalah individu yang menggunakan isisan minda untuk berfikir, membuat
keputusan, dan menyelesaikan masalah. Manakala jenis yang kedua pula adalah invidu

18
yang berdasarkan kaedah, cara, atau pendekatan yang digunakan dalam memproses ,
mengumpul, dan juga menilai sesuatu maklumat. Justeru, ia selaras dengan gaya kognitif
yang menekankan kepada dua jenis perkara iaitu gaya atau pendekatan dan juga perbezaan
individu tersebut.

2.3 Ciri – Ciri Pelajar Gaya Kognitif

Ciri – ciri pelajar dalam gaya kognitif terbahagi kepada dua iaitu ciri yang pertama
adalah pelajar Field Independent ( FI ) dan ciri yang kedua pula adalah pelajar Field
Dependent ( FD ) di mana kedua – dua ini memainkan peranan yang penting dalam
mengenali perbezaan personality pelajar ketika menerima ilmu yang disampaikan oleh guru
atau memproses maklumat yang telah diterima. Jadual 1 memaparkan ciri – ciri secara
individual bagi pelajar Field Indepent ( FI ) dan juga Pelajar Field Dependent ( FD ) .

Pelajar Field Independent ( FI ) Pelajar Field Dependent ( FD )


1 Proaktif dan konsep kendiri kukuh Dipengaruhi oleh faktor persekitaran sosial
berbanding motivasi
2 Cenderung menyelesaikan masalah Dipengaruhi oleh pujian dan kritikan
menggunakan institusi dan strategi cuba
jaya
3 Cenderung menetukan matlamat Melihat sesuatu perkara itu secara menyeluruh
dan mengharapkan perhubungan satu dimensi
4 Meninjau sepenuhnya daripada konsep Menstrukturkan sendiri aktiviti pembelajaran
yang tidak menonjol cirinya untuk
memperoleh ciri – ciri yang berkaitan
dan membentuk hipotesi
5 Kurang terpengaruh oleh inferens dan Didominasi oleh kebanyakan konsep yang
pengaruh menonjol dalam pembentukan hipotesis.

Jadual 1 : Perbandingan Ciri – Ciri Pelajar FI dan Pelajar FD

19
2.3.1 Konsep Pendidikan Islam

Pendidikan Islam merupakan salah satu subjek yang perlu dipelajari bagi setiap pelajar
muslim dari peringkat sekolah lagi. Pendidikan Islam merupakan suatu subjek yang penting
untuk dipelajari oleh pelajar untuk mengenali ilmu agama dalam kehidupan setiap manusia.
Hal ini kerana, setiap manusia terutamanya umat Islam, wajib mengetahui ilmu agama dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, dalam subjek
Pendidikan Islam ini secara umumnya dapat membentuk seseorang individu itu dalam
aspek jasmani, rohani, akal, akhlak, dan juga kesedaran sosial dengan lebih baik sebagai
seorang manusia. Maka, ia akan melahirkan manusia yang beriman, berkahlak mulia, sihat
tubuh badan , berilmu dan kreatif dalam sesuatu perkara.

Berdasarkan kajian, konsep pendidikan Islam mengandungi enam elemen yang paling
utama iaitu definisi pendidikan Islam, kurikulum pendidikan Islam, matlamat pendidikan
Islam, falsafah pendidikan Islam, pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Islam,
dan juga prinsip – prinsip.

2.3.2 Bidang yang terkandung dalam Pendidikan Islam

Kajian ini akan mengkaji mengenai gaya kognitif berdasarkan perbezaan jantina pelajar
muslim dalam subjek pendidikan Islam. Oleh itu, antara pecahan bidang yang dipelajari
dan terdapat dalam buku teks bagi subjek Pendidikan Islam di Sekolah Menengah
Kebangsaan ( SMK ) adalah seperti Rajah 2.1berikut :

20
Bidang Pendidikan Islam dalam Buku Teks pelajar
1 Al – Quran
2 Hadith
3 Aqidah
4 Ibadah
5 Sirah
6 Adab
7 Jawi

Rajah 2.1 : Bidang Pendidikan Islam dalam Buku Teks pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan ( SMK )

2.4 Kajian Lepas Yang Berkaitan

Kajian ini merangkumi dua bahagian utama yang berkaitan iaitu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran guru dalam subjek pendidikan Islam dan juga tahap penguasaan pelajar
muslim berdasarkan gaya pembelajaran kognitif dalam subjek Pendidikan Islam mengikut
perbezaan jantina di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ).

2.5 Penutup

Kesimpulan mengenai Bab 2 ini adalah, pengkaji memberi penjelasan dengan merujuk
pembacaan oleh pengkaji sendiri mengenai konsep dan definisi gaya Kognitif, Ciri – Ciri
gaya kognitif , Konsep Pendidikan Islam , dan Bidang yang terkandung dalam subjek
pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) .

21
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metologi kajian adalah suatu kaedah dan teknik dalam mereka bentuk, mengumpul, dan
menganalisis data untuk menunjukkan hasil bukti sebagai sokongan dalam kajian yang
dijalankan . Terdapat teknik – teknik dan kaedah – kaedah yang tertentu yang digunakan
dalam menerangkan sesuatu masalah yang dikaji berdasarkan kaedah metodologi ini. Hal
ini kerana, tujuan dalam metadologi ini adalah membantu dalam memahami sesuatu
perkara itu dengan lebih luas atau terperinci dalam mengaplikasikan kaedah tertentu
kemudian mencatat huraian mengenai proses kajian tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, metodologi bermaksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang
digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maka, metodologi ini memainkan peranan
dalam kajian sebagai suatu rujukan dengan menjalakan penyelidikan dan menentukan
tatacara yang lebih efektif untuk menjawab pelbagai permasalahan kajian.

Sehubungan dengan itu, berdasarkan matlamat kajian ini , kajian dilakukan untuk
menilai tahap gaya kognitif pelajar di sekolah menengah mengikut jantina lelaki dan
perempuan melalui subjek Pendidikan Islam. Oleh itu, untuk mencapai matlamat yang
dinyatakan tersebut, pengkaji telah menyediakan beberapa isu yang telah dibincangkan
seperti di dalam bab metodologi kajian iaitu reka bentuk kajian, lokasi, populasi,
persampelan, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data, dan juga penganalisan data.
Justeru, dengan kaedah – kaedah serba sedikit dapat menyelesaikan permasalahan dalam
kajian yang dijalankan ini.

22
3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk Kajian ini adalah berbentuk eksploratori atau penerokaan secara kualitatif.
Di mana ia menjurus kepada objektif kajian yang meneroka gaya kognitif dalam kalangan
pelajar sekolah menengah dengan mengikut perbezaan jantina lelaki dan perempuan dalam
subjek pendidikan Islam. Oleh itu, dapat dikenalpasti kajian ini dilakukan kepada pelajar
muslim sahaja. Berdasarkan pengharapan dalam menggunakan pendekatan ini, pengkaji
dapat mengumpul pelbagai maklumat yang lebih mendalam , nyata dan lebih jelas isi
kandungnya.

3.3 Lokasi Kajian

Kajian yang dijalankan ini akan dilakukan pada Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK
) di Kluang Johor. Kluang merupakan daerah yang temasuk di dalam negeri Johor, di mana
sekolah – sekolah Menengah yang wujud di Kluang tidak terlalu besar jumlahnya dan tidak
terlalu kecil juga. Antara sekolah – sekolah yang pengkaji melakukan kajiannya adalah di
sekolah SMK Bandar T6, SMK Sultan Abdul Jalil, SMK Jalan Kota Tinggi, SMK Tinggi
Kluang, SMK Taman Sri Kluang, dan SMK Seri Intan. Keenam – enam sekolah ini telah
memenuhi kehendak dalam persoalan kajian dan juga hipotesi kajian. Pengkaji mengambil
sampel 20 orang guru pendidikan islam dan juga 50 orang pelajar sekolah menengah yang
terdiri daripada 25 orang pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perempuan tingkatan 3 dan
tingkatan 4.

23
3.4 Populasi Kajian

Menurut Mohd Yusof ( 2005 ) , populasi bermaksud sekumpulan besar individu yang
hendak dikaji iaitu sesuatu objek atau peristiwa yang perlu dikaji. Berdasarkan kajian ini,
polusi disasarkan kepada sasaran pengkaji di mana kumpulan yang menghasilkan kajian
akan terus digeneralisasikan. Responden dalam kajian ini adalah seramai 70 orang dalam
kalangan guru dan juga pelajar – pelajar sekolah menengah tingkatan 3 dan tingkatan 4 di
Kluang, Johor. Tambahan pula, pelajar – pelajar ini telah sedia ada gaya kognitif masing –
masing yang berbeza – beza. Namun begitu, pengkaji akan melakukan perbezaan gaya
kognitif berdasarkan perebezaan jantina lelaki dan perempuan dalam subjek pendidikan
Islam. Guru – guru pula merupakan dalam kalangan guru yang telah dilantik oleh Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) sendiri.

3.5 Sampel dan Kaedah Persampelan

Sampel merupakan suatu kumpulan yang dikaji dan memperoleh sesuatu daripada
polisi. Pesampelan merujuk kepada maklumat yang telah diperolehi daripada sebahagian
kumpulan yang lebih besar atau mendapat sampel daripda populasi sasaran. Menurut Mohd
Yusof ( 2005 ), pengambilan sampel dari populasi mestilah benar – benar mewakili
populasi. Manakala, kaedah persampelan pula adalah pengambilan dalam sebahagian
pecahan melalui satu populasi dalam mewakili populasi tersebut. Di mana, kaedah
persampelan adalah satu subset populasi manakala sampel pula wakil bagi keseluruhan
populasi. Berdasarkan kajian ini, sampel yang diambil hanyalah dua iaitu melibat guru
seramai 20 orang guru pendidikan Islam dan juga 50 orang pelajar sekolah menengah yang
terdiri daripada 25 orang pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perempuan. Kajian ini
menggunakan kaedah persampelan yang berbentuk kelompok agar memudahkan urusan
pengkaji dalam mengkaji kajian ini.

24
3.6 Instrumen Kajian

Kajian yang dijalankan ini menggunakan instrumen yang berbentuk soal selidik ,
kaedah pengujian dan juga kaedah pemerhatian. Soal selidik yang akan dijalankan bagi
menganalisis liputan yang lebih meluas. Kaedah soal selidik yang akan digunakan adalah
berbentuk tertutup. Di mana, set soalan akan dibina dalam bentuk objektif yang telah
disediakan pilihan jawapan, pelajar hanya perlu menjawab berdasarkan pilihan jawapan
yang telah diberi. Seterusnya, melalui kaedah pengujian pula, akan dilakukan dalam bentuk
subjektif. Hal ini, dapat mengukur kefahaman pelajar dan juga tahap penguasaan pelajar
dalam subjek Pendidikan Islam. Kaedah pemerhatian pula akan dilakukan kepada pelajar
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) di dalam kelas bersama guru pendidikan
Islam dan mengambil kira aktiviti yang dilakukan oleh guru dalam P&P yang telah
dirancang sebelum memulakan kelasnya.

3.7 Prosedur Pengumpulan Data

Berdasarkan prosedur pengumpulan data yang akan dilakukan oleh pengkaji, hanya
terdiri daripada tiga bahagian utama sahaja iaitu pengkaji akan mengumpul data daripada
6 buah sekolah menengah kebangsaan ( SMK ) di sekitar Kluang, Johor. Selain itu,
responden yang terlibat adalah guru – guru pendidikan Islam yang dipilih di antara 6 buah
sekolah – sekolah tersebut dan juga pelajar – pelajar muslim yang berlainan jantina
perempuan dan lelaki yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4. Prosedur
ini hanya melibatkan tiga bahagian utama sahaja tanpa ada masuk campur responden lain.

25
3.7.1 Pengumpulan Soal Selidik

Kaedah dalam pengumpulan soal selidik yang dilakukan dalam kajian adalah dengan
menyediakan surat permohonan kebenaran untuk menjalankan kajian ini kepada kenam –
enam buah sekolah iaitu SMK Bandar T6, SMK Jalan Kota Tinggi, SMK Tinggi Kluang,
SMK Sultan Abdul Jalil , SMK Taman Sri Kluang, dan SMK Seri Intan. Setelah diberi
kebenaran untuk membuat kajian, pengkaji akan memulakan tatacara dalam pengumpulan
data secara soal selidik terlebih dahulu.

Prosedur pertama yang akan dilakukan dalam pengumpulan data secara soal selidik
adalah, pengkaji akan menyediakan Tarikh untuk berjumpa kepada guru – guru Pendidikan
Islam yang dipilih dan pelajar – pelajar muslim lelaki dan perempuan. Kemudian Guru –
guru dan pelajar – pelajar ini akan berkumpul bersama – sama di suatu kawasan sekolah
untuk memberikan penerangan dan tujuan yang lebih jelas serta cara – cara untuk
menjawab borang soal selidik yang telah disediakan. Seterusnya, selepas kedua – dua
responden tersebut selesai menjawab borang soal selidik tersebut, pengkaji akan
mengumpulkan semula borangۚtersebutۚdanۚakanۚdianalisiskanۚdiۚdalamۚaplikasiۚ‘ۚGoogle
Drive ’.

3.7.2 Pengumpulan Kaedah Pengujian

Kaedah pengujian yang akan dilakukan dalam kajian ini pula adalah hanya dijalankan
kepada para pelajar sahaja pada tarikh yang sama ketika menjawab borang soal selidik. Ia
akan dilakukan selepas selesai menjawab borang soal selidik tersebut. Sebelum
memberikan set soalan ujian kepada pelajar, pengkaji akan memberikan penerangan
terlebih dahulu cara menjawab kepada pelajar. Kemudian, pengkaji akan mengedarkan
soalan ujian kepada pelajar dan memberitahu masa yang diberikan untuk menjawab
soalan ujian tersebut. Seterusnya, setelah masa menjawab soalan ujian tersebut tamat dan
semua pelajar selesai menjawab soalan pengkaji akan mengambil semula kertas soalan
ujian tersebut untuk disemak serta dianalisis bagi mengetahui tahap penguasaan pelajar
dalam subjek pendidikan Islam di sekolah.

26
3.7.3 Pengumpulan Pemerhatian

Tatacara dalam pengumpulan pemerhatian pula, pengkaji akan meminta guru – guru
Pendidikan Islam untuk menyediakan sebuah Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) dalam
subjek Pendidikan Islam pada tarikh yang sama ketika menjawab soal selidik dan juga
pengujian pelajar. Pengkaji akan menerangkan pada guru serba sedikit mengenai gaya
pembelajaran kognitif dan meminta guru menyediakan RPH berdasarkan gaya
pembelajaran kognitif. Kemudian pengkaji akan meminta guru untuk merakamkan sebuah
video ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P ) dalam subjek Pendidikan Islam di
dalam kelas . Kemudian, pengkaji akan mengumpulkan video – video yang telah dirakam
untuk dijadikan pemerhatian bagi mengumpul maklumat dan menganalisis perbezaan gaya
kognitif pelajar lelaki dan perempuan ketika sesi P&P di dalam kelas.

27
3.8 Tatacara Analisis data

Berdasarkan tatacara analisis data ini, pengkaji akan menggunakan prosedur


penganalisisan data yang dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama adalah persedian,
fasa kedua adalah penerokaan data dan fasa ketiga pula pengkategorikan data. Oleh itu,
fasa pertama iaitu persediaan akan dilakukan dnegna penyediaan data mentah seperti raw
data sebagai suatu alat untuk menganalisis dalam transkripsi secara verbatim. Transkripsi
secara verbatim adalah kaedah yang mengubah kata yang diucapkan ke dalam sebuah teks
sehingga apa yang disampaikan dan ditulis adalah sesuai serta sama persisnya. Maka,
proses ini memerlukan kemampuan mendengar dengan lebih tajam dan perhatian yang
sangat terperinci oleh pelajar sekolah menengah.

Seterusnya, fasa yang kedua pula iaitu penerokaan data dimana pengkaji akan membuat
penyelidikan menyemak untuk mendapatkan maklumat utama mengikut kata kunci
berdasarkan jadual. Oleh itu, maklumat yang diperolehi lebih bermanfaat dan dikategorikan
mengikut tema yang utama. Fasa yang terakhir iaitu fasa ketiga iaitu pengkategorikan data
iaitu dengan menganalisis menggunakan analisis kandungan. Analisi yang mengikut tema
akan digunakan pada fasa ini supaya maklumat yang dinyatakan adalah tepat dan dapat
dikategorikan kepada tema – tema yang bersesuaian serta telah ditafsirkan selari dengan
persoalan kajian.

3.9 Penutup

Kesimpulannya, bab ini menerangkan cara kaedah yang digunakan dalam


metadologi kajian di mana pengkaji telah menggunakan cara metadologi seperti reka
bentuk kajian, lokasi, populasi, persampelan, instrument kajian, prosedur
pengumpulan data, dan juga tatacara analisis data.

28
RUJUKAN

Nur Aisyah Mohamad ( 2013 ) . Kemahiran Meta Kognitif dan Hubungannya dengan Jantina,

Jenis Sekolah dan Pencapaian Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu ; UKM .

Diperoleh daripada : http://www.ukm.my/jurfpend/JPM%2038(2)2013/3nuraisyah.pdf

Hasnah Mohamed ( 2014 ). Pengaruh Gaya Kognitif terhadap Pencapaian Pelajar ; UTM.

Diperoleh daripada :
https://www.researchgate.net/publication/270272732_PENGARUH_GAYA_KOGNI
TIF_TERHADAP_PENCAPAIAN_PELAJAR

Abdul Halim Busari ( 2018 ) . Dimensi Gaya Kognitif dan Keberkesanan Kepimpinan

Akademik ; Perbandingan Perspektif Barat dan Islam ; UNIMAS. Diperoleh

daripada : http://www.journaltamu.com/wp-content/uploads/2018/08/TAMU-Vol-41-
June-2018-4.pdf

Muhammad Fikri ( 2017 ) . Amalan Penghayatan Pendidikan Islam terhadap Murid Beragama

Islam di Sekolah jenis Kebangsaan Cina ; UTM. Diperoleh daripada :

http://eprints.utm.my/id/eprint/78784/

Noor Farisha ( 2012 ). Gaya Kognitif ; IPG Kampus Tuanku Bainun . Diperoleh daripada :

http://psikologiduniaku2012.blogspot.com/2012/08/gaya-kognitif.html

Kamus Dewan dan Pustaka . Diperoleh daripada : https://prpm.dbp.gov.my/

29

You might also like