You are on page 1of 4

PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan Projek Prinsip Perakaunan tingkatan 4
dalam jangka masa yang ditetapkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan pengetua sekolah, Puan Fuziah Binti Tak
kerana memberi kebenaran untuk menjalankan projek ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada guru prinsip perakaunan saya yang dihormati iaitu, Puan Zarina Binti
Yusoff yang telah memberi tunjuk ajar, bimbingan, bantuan dan penerangan yang penting
kepada saya untuk mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan ini. Tanpa dorongan dan
bimbingan cikgu, nescaya tidak dapat saya menyiapkan projek ini dengan jayanya.
Tidak ketinggalan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa
saya, iaitu Encik Zamhani Bin Awang dan Puan Rohani Binti Abdul Jalil serta ahli keluarga
saya yang telah banyak memberi bimbingan, sokongan moral dan bantuan kewangan bagi
membolehkan saya melaksanakan projek ini. Tugasan saya mungkin bertambah sukar lagi
tanpa bantuan dan galakkan mereka.
Akhir sekali, saya ingin menujukan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya, iaitu
Nur Syifa Imani Binti Basharudin, Nursyifaq Binti Samsuri, Nurul Izaty Binti Kamarun
Baharen, Nurul Syafiqah Binti Che Mohd Sohor dan lain-lain yang berkongsi maklumat dan
membantu dalam melaksanakan projek ini.

Pengenalan Perniagaan
Saya Zafirah Binti Zamhani memiliki sebuah perniagaan yang bernama NZAFF
BEAUTY & CARE. Perniagaan saya adalah perniagaan milikan tunggal yang menjual dan
memberi perkhidamatan penjagaan badan dan kecantikan muka seperti pencuci muka,
pencuci rambut, alat pemutih gigi, set alat solek dan vitamin afira beauty. Alamat perniagaan
kedai saya ialah 311, Jalan Duta, Taman Kaya, 65000 Selangor. Saya mengupah tiga orang
pekerja yang diberi gaji RM 500 sebulan setiap seorang. Pada 1 Ogos 20X6, saya telah
meneruskan perniagaan saya dengan modal RM 365000 yang merupakan baki daripada tahun
lepas.
Saya memilih untuk mejual barang kecantikan dan memberi perkhidamatan penjagaan
badan kerana saya mempunyai pengalaman yang mendalam dalam perniagaan ini. Selain itu,
saya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menjaga kecantikan badan dan muka seperti
membersihkan gigi dan menyolek muka. Saya memahami bahawa dengan melibatkan diri
dalam perniagaan ini, saya akan menghadapi risiko yang tinggi seperti persaingan dan
menanggung segala kos kerugian.

PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN

Nama

: Zafirah Binti Zamhani

Tingkatan : 403
Guru

: Puan Zarina Binti Yusoff

Sekolah

: SMK (P) Treacher Methodist Taiping, Perak

ISI KANDUNGAN
Bil.

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Butir

Muka Surat

You might also like