You are on page 1of 39

KURSUS

GGGE 3403 FOTOGRAFI

SEMESTER 2 2020/2021

TAJUK

TUGASAN KUMPULAN

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK

PENSYARAH

LT KOL. MOHD JASMY ABD RAHMAN

NAMA

1. NURFATEHAH ASYIQIN BINTI KOMNAL A175091


2. ELIA THAM WAI LUM A175655
3. BRENTHA A/P MURUGAN A176670
4. SIEW MEN HUI A177695
5. NURUL ATIKAH BINTI MOHD ALI A180576
PRAKATA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kami ucapkan kepada pembaca yang sedang
membaca tulisan kami. Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kehendaknya, kami
telah berjaya menyiapkan tugasan biografi Tokoh Akademik bagi kursus GGGE 3403 Fotografi.
Ahli kumpulan kami amat bersyukur kerana sekali lagi kami telah diberi peluang untuk
menjalankankan kajian yang tidak pernah kami lakukan. Kami juga amat berterima kasih atas
ilmu ditimba dan pengalaman bermakna yang kami dapati.

Jutaan terima kasih turut ingin kami sampaikan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin
Mohd Nadzir kerana sudi untuk meluangkan masa beliau untuk membantu kami serta memberi
kerjasama dalam kajian Tokoh Akademik ini. Diharap dengan terbitnya tulisan ini, lebih ramai
lagi individu dapat mengenali beliau dan mengetahui tentang kajian yang telah beliau serta ahli
penyelidik lain lakukan.

Tidak lupa juga Lt. Kol Mohd Jasmy Abd Rahman yang telah memberi tunjuk ajar kepada
kami tentang kajian ini serta pembelajaran tentang ilmu fotografi yang telah beliau beri kepada
kami. Ilmu yang disampaikan akan sentiasa kami aplikasikan dan kongsikan kepada individu lain
agar ia dapat dimanfaati bersama.

1
ISI KANDUNGAN

PRAKATA 1

ISI KANDUNGAN 2

1.0 PENGENALAN 3-7

2.0 LATAR BELAKANG KELUARGA 8-12

3.0 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN 13-17

4.0 PEMBINAAN KERJAYA 18-22

5.0 KEJAYAAN DAN SUMBANGAN 23-27

6.0 PERANCANGAN DAN HARAPAN 28-32

7.0 PENUTUP 33

RUJUKAN 34-38

2
1.0 PENGENALAN

Penulisan biografi Tokoh Akademik ini dihasilkan oleh pelajar kursus GGGE 3403 Fotografi. Di
dalam penulisan ini, kami telah memilih seorang tokoh akademik yang juga merupakan seorang
pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

TOKOH AKADEMIK

Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir

Gambar 1.0: Gambar profil tokoh akademik

Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir merupakan seorang pensyarah Kanan
di Pusat Sains Bumi & Alam Sekitar di Fakulti Sains & Teknologi dan Ketua Pusat Sistem
Tropika dan Perubahan Iklim, Institut Perubahan Iklim (IPI) di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Bangi, Selangor. Selain daripada pekerjaannya sebagai seorang pensyarah, beliau turut
menggiatkan diri dalam bidang penyelidikan tentang sains atmosfera. Ciptaan yang dihasilkan
atas kerjasama beliau dan ahli penyelidik lain, AiRBOX Sense, kini telah digunakan di beberapa
negeri di Malaysia untuk pengesanan perubahan kualiti udara dengan cekap dan mudah. Tulisan
biografi ini merangkumi beberapa informasi beliau termasuk latar belakang keluarga dan

3
pendidikan, pembinaan kerjaya, kejayaan dan sumbangan serta perancangan dan harapan beliau
pada masa hadapan.

Beliau mempunyai kelulusan dari Universiti Nasional Malaysia dengan memperoleh BSc
dalam Kimia Alam Sekitar serta berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Teknikal
Brandenburg Cottbus, Jerman untuk Kejuruteraan Proses dan Reka Bentuk Tumbuhan. Beliau
juga telah memperoleh banyak geran penyelidikan termasuk Geran Penyelidikan Antartika untuk
kajian perubahan iklim. Beliau juga telah berjaya menerbitkan lebih daripada 30 penerbitan
termasuk jurnal, bab dalam buku dan prosiding.

Beliau juga mempunyai pengalaman berlayar selama 3 bulan merentasi Selat Melaka,
Laut Cina Selatan dan Sulu-Sulawesi. Tujuan pelayaran itu adalah untuk melakukan
penyelidikan peringkat PhD bagi mengambil sampel udara menaiki kapal KD Perantau diikuti
ekspedisi saintifik Antartika dengan menaiki kapal layar yang membawa peralatan-peralatan
saintifik ke lautan Southern Ocean hingga ke Semenanjung Antartika selama sebulan pada tahun
2016.

Selain itu, beliau juga pernah menjalankan kajian perubahan cuaca terhadap kawasan
perhutanan di Hutan Tropika Lembah Danum, Sabah. Beliau bersama-sama penyelidik dari
United Kingdom berkampung di hutan tebal selama sebulan. Beliau juga terlibat dalam kajian
penerbangan persampelan udara bersama Facility for Airborne Atmospheric Measurements
(FAAM) di United Kingdom pada tahun 2017. Beliau menyatakan bahawa melakukan
penyelidikan bukanlah suatu yang mudah tetapi haruslah tidak mudah putus asa.

4
Gambar 1.1 : Ekspedisi penyelidikan beliau di lautan

Seterusnya, beliau menjadikan tokoh Al- Khawarizmi sebagai saintis idolanya. Hal ini
kerana tokoh Al-Khawarizmi merupakan tokoh pertama yang memperkenalkan ilmu algebra dan
ilmu hisab. Al-Khawarizmi merupakan saintis matematik dan astronomi hebat pada zaman
kegemilangan Islam. Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir mengagumi
Al-Khawarizmi kerana tokoh tersebut bukan sahaja hebat pada ilmu pengetahuan bahkan juga
mempunyai akhlak sebagai seorang muslim.

Beliau juga merupakan penasihat Kelab Sains Sekitaran dan Sumber Alam (KESAS) dan
penasihat Earth Space Science Atmosphere (ESSA). Beliau menggalakkan generasi muda masa
kini menceburkan diri dalam bidang sains. Beliau turut menyatakan bahawa bidang sains adalah
luas dan banyak perkara yang masih tidak diketahui serta perlu diterokai. Oleh itu, beliau

5
menyatakan bahawa generasi muda perlu meneruskan perjuangan ini untuk menerokai alam
ciptaan Tuhan ini.

Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir juga gemar melakukan beberapa
aktiviti selain bekerja. Aktiviti kegemaran beliau ialah bermain bola sepak serta menunggang
motosikal. Aktiviti- aktiviti seperti ini dapat memberi banyak manfaat antaranya dapat
mengurangkan stress serta dapat menjaga kecergasan dan kesihatan tubuh badan.

Kejayaan demi kejayaan yang telah berjaya dicapai oleh beliau. Hal ini berikutan sikap
beliau yang sentiasa berusahanya menjadikan beliau berjaya menceburi dalam bidang yang
diminatinya juga mendorong generasi muda masa kini untuk melibatkan dengan bidang sains.

Gambar 1.2 : Beliau menyertai Pasukan Bola Sepak Gabungan UKM (GUFC)

6
Gambar 1.3 : Beliau menyertai aktiviti konvoi amal

7
2.0 LATAR BELAKANG KELUARGA

Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir merupakan anak kelahiran Selangor. Beliau
telah dibesarkan di Bandar Baru Bangi bersama lima orang adik beradiknya. Beliau tidak berasal
dari keluarga yang berada, namun kecekalan dan ketabahan ibu bapa Prof. Madya Dr. Mohd
Shahrul Bin Mohd Nadzir telah berjaya membesarkan anak-anaknya serta melahirkan
insan-insan yang hebat. Ibu kepada Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir bekerja
sebagai perunding harta tanah manakala bapa beliau bekerja sendiri. Namun sekarang, ibu bapa
beliau telah berpencen.

Gambar 2.1 : Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir

Sesuatu yang menarik tentang Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir ialah
beliau mempunyai saudara kembar seiras yang bernama Mohd Shahril Bin Mohd Nadzir. Beliau
bersama saudara kembarnya merupakan anak sulung dalam keluarganya dan beliau hanya lewat
5 minit daripada saudara kembarnya. Saudara kembar beliau bekerja sebagai jurutera kapal
terbang dan dua orang daripada adik beliau merupakan doktor perubatan. Manakala adiknya
yang bongsu pula bekerja sebagai pegawai teknologi makanan. Adik beradik Prof. Madya Dr.
Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir kesemuanya tinggal di Lembah Klang.

8
Gambar 2.2: Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir bersama saudara kembarnya,
Mohd Shahril Bin Mohd Nadzir

Peranan ibu bapa dalam membentuk jati diri anak- anak adalah amat penting. Hal ini
kerana ciri - ciri dan akhlak yang dipantulkan oleh anak- anak itulah menunjukkan bahawa
bagaimana ibu bapanya mendidiknya. Begitu juga yang terjadi kepada Prof. Madya Dr. Mohd
Shahrul Bin Mohd Nadzir bersama adik- adiknya. Hasil didikan dan asuhan yang baik daripada
ibu bapa beliau serta amat mementingkan pelajaran telah menjadikan Prof. Madya Dr. Mohd
Shahrul Bin Mohd Nadzir bersama empat orang adik- beradiknya seorang yang berjaya dan
hebat.

Ini menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik
anak-anak. Nilai-nilai murni yang dapat ditunjukkan oleh ibu bapa Prof. Madya Dr. Mohd
Shahrul Bin Mohd Nadzir telah berjaya diserap oleh beliau dan adik-adiknya. Hal ini kerana
untuk mendidik anak menjadi seorang berjaya dan berakhlak bukan sesuatu perkara yang mudah.
Namun ibu bapanya telah berjaya mendidik Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir
dan adik-adiknya dengan baik sekali.

9
Namun begitu, Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir menyatakan bahawa
beliau tidak mempunyai gred yang baik dalam pelajaran jika dibandingkan dengan adik beradik
beliau. Hal ini dapat dilihat apabila beliau mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam
peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) beliau mendapat 3B1C, Penilaian
Menengah Rendah (PMR) 7B1C dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beliau mendapat keputusan
tidak mempunyai A. Walau bagaimanapun, hasil usaha beliau dalam menuntut ilmu dan berkat
doa ibu bapanya, beliau telah menjadi seorang yang berjaya pada masa kini.

Selain itu, sikap bersungguh-sungguh Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir
dalam menuntut ilmu dan tidak mudah berputus asa telah menjadikan beliau contoh yang baik
buat adik-adiknya. Walaupun pernah mengalami kegagalan, namun kegagalan itu tidak
menjadikan beliau untuk tidak terus berusaha. Meski kegagalan tersebut telah memberi kesan
kepada beliau, namun beliau berjaya melalui proses itu dengan baik. Hal ini kerana kegagalan
merupakan satu permulaan kejayaan jika seseorang itu tidak mudah berputus asa. Hasil daripada
kerja keras beliau, beliau telah berjaya dan dapat membanggakan ahli keluarganya. Ini
menunjukkan bahawa beliau juga dapat berjaya seperti adik-adiknya.

Seterusnya, Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir juga melalui peristiwa
yang pahit iaitu perceraian ibu bapanya. Ia telah memberi impak yang besar kepada beliau dan
adik-adiknya. Hal ini kerana peristiwa perceraian ibu bapa adalah satu perkara yang menakutkan
buat anak- anak. Namun begitu, ibu bapa beliau telah berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk membesarkan beliau bersama adik-adiknya.

Sebagai ibu bapa nilai kesabaran dan tidak mudah putus asa adalah penting bagi memberi
didikan kepada anak-anak. Beliau menyatakan bahawa perkara yang dapat beliau pelajari
daripada ibu bapa beliau ialah nilai kesabaran dan tidak mudah putus asa. Hal ini dapat dilihat
bahawa beliau mencontohi sikap ibu bapanya apabila beliau menunjukkan sikap tidak mudah
berputus asa dalam menuntut ilmu.

Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir telah berkahwin dan beliau telah
dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Dengan hadirnya empat orang cahaya mata dalam
kehidupannya, telah menjadikan kehidupan beliau lebih indah. Beliau berjaya mendapat Phd

10
(Doctor of Philosopy) pada usia 28 tahun. Dan pada ketika itu, beliau telah mempunyai dua
orang cahaya mata. Perkara itu merupakan kenangan manis beliau kerana isteri beliau banyak
berkorban semasa pengajian beliau. Ia menjadi indah apabila beliau berjuang menghabiskan Phd
sambil menjaga anak-anak kecil.

Dari segi mendidik anak-anak, beliau dan isteri menggunakan konsep ‘positive parenting
skills’. Beliau bersama isteri memberi penekanan positif terhadap mindset anak-anaknya. Beliau
menyatakan bahawa jika kita ingin melahirkan generasi yang baik, maka didikan yang baik perlu
diterapkan. Tambahan lagi, beliau juga turut menyatakan tiada guna kalau anak-anak pandai tapi
akhlak tidak baik. Beliau menerapkan kepentingan akhlak dahulu dalam mendidik anak-anaknya
kemudian diikuti dengan akademik.

Gambar 2.3 : Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir bersama ahli
keluarganya

11
Selain itu, aktiviti yang disukai beliau dan keluarga untuk meluangkan masa bersama
ialah beriadah dan berkelah di taman ketika hujung minggu. Hal ini kerana beliau berpendapat
bahawa hujung minggu adalah yang perlu diluangkan bersama keluarga. Prof. Madya Dr. Mohd
Shahrul Bin Mohd Nadzir juga menjadikan aktiviti bersenam ketika hujung minggu adalah
perkara rutin yang wajib dilakukan bersama keluarga.

Pada tahun 2020, terdapat sesuatu peristiwa yang telah memberi kesan kepada kehidupan
beliau iaitu isteri beliau mengalami pendarahan ketika mengandung. Pada ketika itu, anak
perempuan beliau berusia enam bulan dalam kandungan. Bayi perempuannya tidak dapat
diselamatkan dan telah meninggal di dalam kandungan. Walaubagaimanapun, Allah telah
menganugerahkan beliau bayi lelaki yang saat ini berusia tujuh bulan dalam kandungan dan isteri
beliau dijangkakan akan bersalin pada hujung bulan 7 ini.

Gambar 2.4 : Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir bersama isteri dan
anak-anaknya

12
3.0 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains
Sekitaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kemudian mendapat Ijazah Sarjana
Kejuruteraan Proses di The Brandenburg University of Technology Cottbus–Senftenberg (BTU)
di Jerman.

Gambar 3.1: The Brandenburg University of Technology Cottbus–Senftenberg

The Brandenburg University of Technology Cottbus–Senftenberg (Bahasa Jerman:


Brandenburgische Technische Universität, BTU) ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan
universiti teknikal di Brandenburg, Jerman dengan kampus di Cottbus dan Senftenberg.
Universiti ini mempunyai 185 profesor, 640 staf akademik tambahan dan lebih daripada 7000
pelajar di mana 2350 daripadanya berasal dari lebih daripada 100 negara. Asalnya universiti ini
merupakan sebuah sekolah teknik kejuruteraan pembinaan pada tahun 1954. Setelah penyatuan
semula Jerman, sekolah tersebut telah menjadi universiti teknikal dan kemudiannya dinamakan
semula sebagai Brandenburg Technical University pada tahun 1994. Pada tahun-tahun
berikutnya, universiti ini menjalani usaha pembinaan utama dan bilangan pelajar terus
bertambah. Pada Februari 2013, Landtag Brandenburg memutuskan untuk menggabungkan
BTU dan Hochschule Lausitz pada 1 Julai 2013 bagi mendirikan sebuah universiti baru yang
dikenali sebagai Brandenburgische Technische Universität Cottbus-Senftenberg (BTU). Kini,
universiti ini mempunyai 7280 pelajar di mana 2190 daripadanya berasal dari luar negara.

13
Seperti kebanyakan universiti di Jerman, tahun akademik di BTU terbahagi kepada dua
semester. Musim sejuk (Winter semester) adalah permulaan rasmi tahun akademik dan
berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Mac. Musim panas (Summer semester) berlangsung dari 1
April hingga 30 September. Pengajaran dan pembelajaran berlangsung selama 15 minggu setiap
semester dan diikuti dengan peperiksaan akhir.

Seterusnya, berkaitan yuran, semua pelajar, tidak kira sama ada warganegara Jerman atau
bukan warganegara Jerman perlu membayar yuran sebanyak 280.73 Euro (RM1,416.59) setiap
semester. Bayaran tersebut merangkumi pas transit pelajar (Semester ticket) yang membolehkan
pelajar melakukan perjalanan dengan semua perkhidmatan pengangkutan awam di negeri Berlin
dan Brandenburg secara percuma. Penggunaan kereta api ekspres serantau (RE 18) secara
percuma ke Dresden-Neustadt juga disertakan. Tidak ada bayaran tambahan yang dikenakan
kerana Parlimen Brandenburg telah memutuskan untuk tidak mengenakan yuran pengajian
tambahan.

Lokasi paling unik di BTU ialah perpustakaan dikenali sebagai Information,


Communication and Multimedia center Cottbus (IKMZ). Perpustakaannya yang unik ini dibuka
pada tahun 2004. Ia direka oleh arkitek terkenal Herzog dan de Meuron.

Gambar 3.2: Information, Communication and Multimedia center Cottbus (IKMZ)

14
Seterusnya, beliau telah mendapat Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam Kimia Atmosfera di
University Malaya (UM). Pada peringkat PhD, kajian beliau melibatkan kerjasama UM dan
University of Cambridge dalam program Prime Minister’s Initiative (PMI). Pada tahun 2006,
Tony Blair, mantan Perdana Menteri United Kingdom (UK) dari 1997 hingga 2007, melancarkan
fasa kedua PMI untuk Pendidikan Antarabangsa bertujuan untuk meningkatkan dan
mempelbagaikan mobiliti ke UK, untuk membina perkongsian ilmu di peringkat institusi
pendidikan dan juga nasional bersama negara-negara sasaran utama serta untuk meningkatkan
kualiti pengalaman pelajar antarabangsa. Pelancaran fasa pertama PMI pada tahun 1999
menandakan sebagai sebuah peristiwa yang amat penting dalam dasar pendidikan antarabangsa
UK. Buat pertama kalinya terdapat pengiktirafan di peringkat politik tertinggi mengenai
kepentingan pendidikan antarabangsa. PMI menarik minat negara-negara pesaing. PMI memberi
kesedaran kepada UK tentang kepentingan perkembangan strategi pendidikan antarabangsa.

Beliau telah diberi peluang keemasan oleh UM untuk menyambung pengajian PhD beliau
di University of Cambridge selama setahun.

Gambar 3.3: Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir di University of Cambridge

15
Ditubuhkan pada tahun 1209, University of Cambridge adalah universiti keempat tertua di dunia.
University of Cambridge terletak di tengah-tengah bandar teknologi terbesar di dunia. University
of Cambridge mempromosikan hubungan antara akademik dan perniagaan serta mempunyai
reputasi global untuk inovasi. University of Cambridge adalah institusi yang terdiri daripada
pelajar yang berasal dari lebih daripada 147 negara yang berbeza. Penyelidik universiti ini
bekerjasama dengan universiti-universiti di seluruh dunia. University of Cambridge telah
menjalin kerjasama dengan universiti-universiti di rantau Asia, Afrika, Amerika dan Eropah.
Tahun akademik bermula pada 1 Oktober dan berakhir pada 30 September setiap tahun.

Gambar 3.4: University of Cambridge

University of Cambridge kaya dengan sejarah. Bangunan-bangunan Universiti yang


terkenal ini menarik minat pengunjung dari seluruh dunia. Muzium universiti juga menyimpan
banyak khazanah yang memberikan gambaran menarik mengenai peristiwa-peristiwa bersejarah
di universiti ini. Universiti adalah salah satu universiti tertua di dunia dan merupakan institusi
pendidikan terkemuka. Reputasinya untuk pencapaian akademik yang luar biasa terkenal di
seluruh dunia. Ia mencerminkan pencapaian akademik para pelajarnya serta penyelidikan
bertaraf dunia yang dilakukan oleh kakitangan universiti dan pelajar. Sebilangan besar adat

16
istiadat dan istilah luar biasa universiti boleh didapati apabila membaca sejarah universiti ini
pada tahun-tahun awal.

Gambar 3.5: Pemandangan high-angle University of Cambridge

Gambar 3.6: Pelajar-pelajar di University of Cambridge pada tahun 1949

17
4.0 PEMBINAAN KERJAYA

Saintis sebenarnya kerjaya yang berpotensi meraih banyak pahala kerana ia bukan hanya
proses pencarian ilmu, bahkan sesuatu penemuan kajian berupaya dimanfaatkan masyarakat.
Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir menyandang berbagai-bagai jawatan, termasuk
bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Sains Bumi & Alam Sekitar di Fakulti Sains &
Teknologi dan Ketua Pusat Sistem Tropika dan Perubahan Iklim, Institut Perubahan Iklim (IPI),
UKM dari tahun 2014 sampai sekarang. Semasa dalam pengajian PhD, beliau menerima
pengiktirafan sebagai saintis atmosfera kerana pencapaian dalam aktiviti penyelidikan saintifik
yang melibatkan University of Cambridge (UK), University of East Anglia (UK), University of
York (UK), dan University of Heidelberg (Jerman). Beliau menyatakan bahawa Al-khawarizmi
merupakan tokoh saintis idola baginya, Al-khawarizmi merupakan saintis matematik dan
astronomi hebat pada zaman kegemilangan Islam.Tokoh saintis idola tersebut membolehkan
beliau sering berpegang bahawa menjadi saintis hebat bukan hanya pada ilmu pengetahuan dan
paling penting adalah akhlak sebagai seorang muslim.

Dalam usaha menjadi saintis, beliau sentiasa berusaha dalam menjalankan kajian
perubahan iklim bersama agensi-agensi dan universiti kerajaan dan swasta seperti Universiti
Malaya, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknikal
Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi Malaysia dan pelbagai lagi. Malah, beliau
juga mempunyai jaringan yang kuat bersama University of Cambridge, University of York,
Cranfield University dan University of East Anglia, United Kingdom. Mereka telah menjalankan
kajian selama lebih 10 tahun bagi memahami proses perubahan iklim yang kompleks. Beliau
turut menyatakan bahawa bidang penyelidikannya iaitu Sains Atmosfera merangkumi pelbagai
cabang namun beliau memfokus dalam penyelidikan tentang Perubahan Cuaca. Perubahan iklim
merupakan fenomena realiti dunia yang hangat diperkatakan. Pelbagai kesan yang dahsyat
seperti jerebu teruk, banjir kilat, hujan asid dan ribut taufan yang mengakibatkan kehilangan
nyawa dan kerosakan harta benda.

Peranan dan tugas-tugas sebagai saintis atmosfera bumi termasuk melaksanakan


penyelidikan, perancangan dan pembangunan program berkaitan dengan perubahan iklim dan
pencemaran atmosfera. Beliau menyatakan bahawa sikap leadership dan amanah dalam

18
pekerjaan amat penting dalam membuat penyelidikan. Beliau haruslah cuba sedaya mungkin
bagi mengimbangi masa untuk pelajar-pelajar dan penyelidikan saya. Kerjasama dalam satu
pasukan adalah penting kerana kita tidak boleh bekerja seorang diri. Selain itu, persahabatan juga
perlu dijaga di dalam sebuah pasukan bagi memastikan dapat berjaya di dalam kerjaya kita.
Beliau telah menjalankan aktiviti persampelan udara di seluruh Malaysia malah pergi ke
kawasan kutub bersama-sama dengan kumpulan ‘Atmospheric Group UKM’ yang diketuai oleh
Prof Dr. Mohd Talib Latif dan juga membuat kajian di pelbagai kawasan yang berlainan
topografi. Mereka telah membuat penyelidikan di pelbagai kawasan kajian seperti kawasan hutan
tebal tropika, ke lautan mahu pun menerjah awan bagi memahami proses gas-gas pencemar.

Sebagai seorang saintis, usaha melatih diri untuk berfikir sangat penting kerana berfikir
asas tinggi akan meletakkan diri kita supaya sentiasa memikirkan baik dan mampu menghasilkan
sesuatu yang baik demi menyelesaikan masalah dalam masyarakat kita. Beliau bersama
kumpulan ‘Atmospheric Group UKM’ yang diketuai oleh Prof Dr. Mohd Talib Latif dan pelajar
PhD beliau iaitu En Kemal Maulana Alhasa dari Indonesia telah menghasilkan peralatan saintifik
yang kecil dan murah. Teknologi ini dipanggil ‘Low-cost air quality sensor’ iaitu sensor udara
yang mempunyai ciri teknologi hijau dan mampu melakukan tahap kualiti udara berterusan masa
nyata di pelbagai lokasi. Mereka berharap teknologi ini boleh digunakan dalam ‘smart cities’
pada masa depan bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan-kawasan yang membangun.
Mereka telah diberikan Anugerah Inovator Baharu bagi Malaysia Commercialization Year
(MCY) Produk Airbox Sense daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi.

Untuk bekerja sebagai saintis atmosfera bumi, kemahiran lembut tertentu diperlukan
selain kemahiran teknikal. Keterampilan komunikasi seperti kemahiran komunikasi,
pendengaran, dan kemahiran yang sangat baik amat penting untuk berjaya dalam kerjaya ini
kerana kemahiran tersebut akan membolehkan kita berkongsi hasil penyelidikan dengan rakan
sekerja lain. Beliau berkongsi pengalamannya semasa menuntut pengajian di luar negara dan
berpeluang mengenali rakan-rakan dari pelbagai negara. Pada bulan Ogos 2017, beliau mewakili
Malaysia untuk memberi ucapan tentang perubahan cuaca dan berkongsi penyelidikannya
dengan rakan-rakannya di Astana, Kazakhstan. Kolaborasi bersama rakan-rakan dari pelbagai
negara banyak membantu beliau dengan perkongsian ilmu bersama. Selain kemahiran
komunikasi, kemahiran insani seperti mempunyai pengetahuan tentang alam sekitar juga amat

19
penting untuk berjaya dalam bidang ini. Pengetahuan tersebut perlu diterapkan dan perkongsian
kepada masyarakat tanpa segan silu bagi berkongsi ilmu kepada masyarakat agar bumi kita
terpelihara.

Gambar 4.1: Prod. Madya Dr Mohd Shahrul bin Mohd Nadzir mewakili Malaysia di
Astana, Kazakhstan pada tahun 2017

Dari sudut kesarjanaan, beliau telah menerbitkan lebih daripada 30 penerbitan termasuk
jurnal pengadil, bab dalam buku dan prosiding yang berkaitan dengan perubahan iklim. Beliau
mendapat geran penyelidikan daripada Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan dan
menyertai misi Ekspedisi Saintifik ke Antartika pada 13 Januari-14 Februari 2016. Mengulas
mengenai misinya, beliau berkata ia bukan sekadar untuk mengibarkan bendera Malaysia. Maka,
kumpulan UKM hendaklah pastikan jurnal yang mereka hasilkan adalah jurnal yang berkualiti
dan hasil titik peluh saintis yang pergi ke Antartika. Bukan sekadar pergi ke Antartika kibar
bendera tetapi tanpa membuat apa-apa. Kajian ini sangat penting bagi mengkaji kesan gas rumah
hijau di Antartika yang memberi kesan kepada penipisan lapisan ozon. Kajian ini juga
merupakan kerjasama antara UKM dan University of Cambridge, UK. Beliau juga mengatakan
bahawa tujuan menyertai misi tersebut ini adalah untuk menghasilkan hasil kajian. Hasil kajian
yang telah diterbitkan daripada penyertaan misi penyelidikan tersebut seperti jurnal
Environmental Science and Pollution Research (ESPR).

20
Gambar 4.2: Prod. Madya Dr Mohd Shahrul bin Mohd Nadzir ketika ke Antartika
sebelum ini

Gambar 4.3: Ekspedisi Penyelidikan di Antartika

21
Selain berkhidmat sebagai pensyarah dan Ketua Pusat Sistem Tropika dan Perubahan
Iklim, Institut Perubahan Iklim (IPI) di UKM, Dr Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir turut
berkhidmat sebagai penasihat Kelab Sains Sekitaran dan Sumber Alam (KESAS) dan penasihat
Earth Space Science Atmosphere (ESSA). Beliau turut menyatakan bahawa matlamat kerjaya
beliau dalam bidang Sains Atmosfera ini adalah untuk membantu dalam memastikan bumi kita
selamat dari ancaman pencemaran.

22
5.0 KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Pencapaian terkini Prof. Madya Dr Mohd Shahrul bin Mohd Nadzir adalah apabila beliau
mengetuai satu kumpulan penyelidikan dan berjaya mencipta peralatan saintifik yang kecil dan
murah yang mampu memantau kualiti udara. Teknologi ini dipanggil ‘Low-cost air quality
sensor’ iaitu suatu sensor udara yang mempunyai ciri teknologi hijau dan teknologi yang
berinovasi ini dinamakan sebagai AiRBOX Sense.

AiRBOX Sense ini terhasil daripada kerjasama Prof. Madya Dr Mohd Shahrul bin Mohd
Nadzir bersama seorang pelajar PhDnya daripada Indonesia iaitu En Kemal Maulana Alhasa
dari Indonesia. Mereka turut mendapat sokongan daripada Fakulti Sains dan Teknologi UKM,
termasuk dari kumpulan Sains Atmosfera UKM, Institut Perubahan Iklim UKM dan Fakulti
Sains Teknologi UKM. Selain itu, turut mendapat sokongan daripada pensyarah-pensyarah di
Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr Sawal Hamid Md Ali iaitu pensyarah Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem daripada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
UKM dan Prof Mohd Talib Latif iaitu Timbalan Dekan Pasca Siswazah Fakulti Sains dan
Teknologi UKM. Projek ini juga melibatkan Maxis Berhad, Gamuda Berhad, UKM Pakar
Runding dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Gambar 5.1 :Prod. Madya Dr Mohd Shahrul bin Mohd Nadzir dan En Kemal Maulana Alhasa

23
Perubahan iklim dan pencemaran udara merupakan suatu fenomena realiti dunia yang
menjadi perbualan hangat pada masa kini. Ia merupakan salah satu masalah kesihatan awam
yang paling mendesak dan memberikan cabaran besar terhadap alam sekitar. Antara kesan yang
dahsyat seperti jerebu teruk, banjir kilat dan ribut taufan yang boleh mengakibatkan kehilangan
nyawa dan kerosakan harta benda. Menurut World Health Organization (WHO), pencemaran
udara telah mengakibatkan 7 juta kematian setiap tahun (Pruss-Ustun et al., 2016). Pencemaran
udara terdiri dari pelbagai jenis komponen gas kimia dari yang ringkas hinggalah ke rumit.
Manakala aktiviti manusia dan aktiviti semula jadi adalah sumber bagi pembebasan gas-gas
pencemar ini. Masalah ini merupakan faktor bagi penciptaan ‘Low-cost air quality sensor’ iaitu
AiRBOX Sense. Kajian yang terperinci telah dilakukan bagi memahami pencemaran atmosfera
oleh Prof. Madya Dr Mohd Shahrul bin Mohd Nadzir bersama kumpulannya di UKM.

‘Low-cost air quality sensor’ ataupun sensor udara merupakan teknologi yang semakin
popular di kalangan saintis dan kumpulan masyarakat di seluruh dunia bagi membantu mengesan
keadaan kualiti udara di komuniti tanpa memerlukan pemantauan. Terdapat banyak negara yang
telah menggunakan ‘Low-cost air quality sensor’ ini seperti contoh United State (US) dan Ho
Chi Minh City, Vietnam. Tambahan pula, alat ini jauh lebih berpatutan daripada sensor udara
yang tradisional. Sensor kualiti yang mempunyai teknologi hijau ini adalah teknologi baharu
yang dapat mengukur pencemaran udara secara spesifik, biasanya bahan zarah dan
kadang-kadang bahan pencemar gas.

AiRBOX Sense hasil teknologi inovasi yang terkini ini diciptakan lantaran isu kos untuk
membeli peralatan pemantauan kualiti udara dan alat yang berkonsepkan Internet Kebendaan
(IoT) ini menyediakan inisiatif lain bagi alat pemantauan kualiti udara dengan kos yang lebih
rendah. Fungsinya adalah bagi memantau kualiti udara menggunakan teknologi pengesan kualiti
udara kos rendah (LAQS) yang boleh melakukan pemantauan berterusan dan ianya juga adalah
alat yang mudah alih dan pemasangannya adalah amat mudah dan boleh dilakukan sendiri oleh
pengguna. Fungsi utama bagi alat ini adalah untuk mengukur pencemaran gas yang diindeks oleh
piawaian kualiti udara ambien Malaysia pada ambien khas kepekatan. Selain itu, AiRBOX Sense
mempunyai sistem ‘auto-calibration’ yang merupakan sistem tambahan yang unik yang
mempunyai keupayaan untuk memberi amaran kepada pengguna sekiranya output isyarat
melayang disebabkan oleh kelembapan dan kesan suhu.

24
Gambar 5.2 : AiRBOX Sense

Teknologi ini mengumpulkan, menganalisis dan berkongsi data kualiti udara menggunakan
komunikasi Tanpa Wayar. Penggunaan IoT membolehkan data dihantar dari jauh terus ke dalam
pelayan web seperti Google Drive atau Dropbox secara berkala serta menggambarkan nilai
berangka dan grafik dari masa ke masa. Bagi menunjukkan data hasil daripada penggunaan
sensor udara ini, aplikasi telefon bimbit android telah digunakan bagi memudahkan pengguna
untuk mendapatkan maklumat mengenai data kualiti udara. Selain itu, ciri-ciri istimewa bagi
teknologi ini adalah ianya dikalibrasi dengan baik dan memberikan ketepatan yang tinggi dan
data yang tepat berbanding dengan sensor kos rendah yang lain yang berada di pasaran.

Tambahan pula, teknologi ini mempunyai mod ‘self-calibrate’ jika isyarat output alat ini
diganggu oleh faktor meteorologi seperti kelembapan. The AiRBOX Sense juga menghantar data
masa nyata melalui aplikasi dan laman pelayan web kepada pelanggan. Aplikasi akan
memberikan maklumat mengenai status kualiti udara dan nilai Pencemaran Udara Indeks (API).
Aplikasi bagi AiRBOX Sense juga akan memberikan langkah berjaga-jaga kepada pengguna alat
ini berdasarkan nilai API. Sensor dan sistem pemindahan data yang lengkap menjadikan
AiRBOX akan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa.

25
Gambar 5.3 : Low-cost Air Quality Sensor

Sistem IoT AiRBOX Sense adalah Nod Sensor (elektronik), unit pemprosesan, unit
komunikasi, pengkomputeran awam dan papan pemuka. Nod sensor digunakan untuk
mengumpulkan data persekitaran. Ada beberapa sensor pada AiRBOX Sense yang
mengumpulkan parameter seperti ozon, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida,
bahan zarah (PM2.5 dan PM10), suhu serta kelembapan. Kemudian data ini ditukar kepada
format digital oleh litar hujung dengan analogi bagi unit pemprosesan. Bagi unit pemprosesan
pula, data digital dari pengesan akan diproses oleh unit pemprosesan. Ia mengandungi enjin
Kecerdasan Buatan unik yang dibangunkan oleh syarikat Innosense Technology untuk
pemprosesan isyarat tepat.

Melalui unit komunikasi, bacaan kualiti udara yang diproses akan dihantar ke cloud
melalui unit komunikasi. Komunikasi AiRBOX Sense ialah menerusi Wifi, GSM dan LoRa.
AiRBOX Sense dipasang pada bangunan dengan sambungan wifi. Komunikasi GSM digunakan
di kawasan tanpa sambungan Wifi. Manakala LoRa pula digunakan di kawasan tanpa sambungan
Wifi atau GSM. Seterusnya, data mentah dari AiRBOX Sense disimpan di Cloud untuk
pengkomputeran dan pemprosesan selanjutnya. Setiap AiRBOX Sense yang dipasang

26
mempunyai saluran di Cloud untuk data mentah memproses IPU. Nilai IPU setiap parameter
dikira berdasarkan purata data pada setiap lapan jam terakhir atau 24 jam, bergantung jenis
parameter. Semua data mentah daripada setiap parameter dan nilai IPU dari Cloud akan
dipaparkan di papan pemuka. Ia mempunyai data sensor yang dikumpulkan mengikut masa
sebenar dari nilai IPU yang diukur pada Cloud. Akhir Sekali adalah aplikasi AiRBOX Sense
yang dibangunkan untuk menunjukkan bacaan IPU, keadaan kualiti udara dan cadangan
kesihatan untuk setiap lokasi yang dipasang AiRBOX Sense. Aplikasi ini boleh dimuat turun dan
dipasang oleh pengguna.

Ciri-ciri AiRBOX Sense yang berkonsepkan teknologi hijau iaitu yang menggunakan
tenaga solar sepenuhnya ini adalah sesuai untuk mewujudkan bandar pintar. Ia mengukur lima
jenis gas iaitu karbon monoksida, sulfur monoksida, nitrogen dioksida, ozon dan zarah. Ia juga
mengukur partikulat PM10, PM2.5, CO, NOx, SOx dan O3 dan mengukur suhu dan kelembapan
sesuatu persekitaran. Bagi tenaga, ia menggunakan kuasa bebas iaitu bateri ataupun solar.
Manakala bagi komunikasi pula, teknologi ini menggunakan komunikasi mudah alih (GSM) dan
dilengkapi dengan sistem pengesanan lokasi. Alat ini mudah dipasang dan semua data dapat
diakses atas talian melalui aplikasi.

27
6.0 PERANCANGAN DAN HARAPAN

Setelah hampir 15 tahun menghadapi rintangan penyelidikan dalam perubahan iklim dan
cuaca, Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir amat berharap yang ilmu pengetahuan
serta pengalaman yang dimilikinya dapat dikongsikan bersama-sama kepada khalayak ramai
serta memberi manfaat kepada dunia. Beliau berasa amat sedih kerana pencemaran dan
perubahan iklim yang berlaku di pelosok dunia ini masih dianggap sebagai suatu isu yang remeh
oleh ramai individu. Walaupun memang terdapat kelompok saintis yang berusaha untuk
membangun pelbagai teknologi untuk memulihkan alam sekitar serta semangat individu yang
amat prihatin dan kerap membawa isu ini ke peringkat yang lebih tinggi, semua usaha murni
yang dilakukan ini bak kata pepatah “mencurahkan air ke daun keladi” jika tingkat kesedaran
masyarakat mengenai kepentingan penjagaan alam masih sangat rendah sekali.

Gambar 6.1: Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir ketika menjalani salah satu
kajian lapangan beliau

28
Pada tahun 2018, beliau telah ditemu ramah oleh Majalah Sains bagi siri Kenali Saintis
Malaysia yang memperkenalkan pelbagai saintis baru untuk para pembaca. Sepatah dua kata
daripada beliau mengenai pencemaran yang berlaku serta sikap rakyat yang kurang peka
terhadap penjagaan alam sekitar telah diperoleh. Antara isu yang ditanyakan adalah tentang kes
Pencemaran Sungai Kim Kim yang berlaku pada 7 Mar 2019 di Pasir Gudang, Johor.
Pencemaran yang mulanya disedari oleh murid-murid sekolah berhampiran dengan sungai
tersebut telah menyebabkan hampir 1000 mangsa telah dimasukkan ke hospital kerana masalah
pernafasan serta keracunan toksik berbahaya. Impak serius yang dibawa oleh pencemaran ini
dipercayai diakibatkan oleh pihak yang melupuskan sisa toksik beracun ke dalam Sungai Kim
Kim secara haram. Sisa toksik yang dibuang secara haram ini ke Sungai Kim Kim dipercayai
telah meruap ke permukaan udara sehingga membentuk gas toksik yang tersebar ke seluruh
kawasan berhampiran. Gas toksik yang tidak berwarna ini sedihnya amatlah sukar untuk dikesan
dan dibersihkan kerana ianya tersebar di udara dengan begitu cepat. Kawasan berhampiran serta
sekolah terpaksa ditutup hingga kepekatan racun yang tersebar di udara dipastikan telah menurun
dan tidak mengancam nyawa.

Gambar 6.2: Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzi menjalani temuramah bersama
Majalah Sains berkaitan pendapat beliau mengenai pencemaran Sungai Kim Kim

29
Beliau turut menyatakan bahawa walaupun negara Malaysia merupakan negara yang pesat
membangun dengan pelbagai kemudahan yang terjamin kepada rakyat, tahap mentaliti rakyat
terhadap alam sekitar masih lagi lemah. Hal ini dapat dilihat dari kegiatan ramai pihak tidak
bertanggungjawab yang kerap melepaskan bahan buangan mereka sewenang-wenangnya
semata-mata demi mendapatkan keuntungan atau kesenangan untuk melupuskan bahan buangan
yang dimiliki. Beliau amat berharap yang kerjasama dapat dilakukan dengan lebih giat lagi
bukan sahaja antara pihak kerajaan sahaja, tetapi juga pihak swasta dan orang ramai untuk
bersama-sama menjaga alam sekitar demi membanteras tragedi yang akan mengundang kepada
kerosakan harta benda serta kehilangan nyawa.

Sebagai penasihat Kelab Sains Sekitaran dan Sumber Alam (KESAS) dan penasihat Earth
Space Science Atmosphere (ESSA), beliau juga ingin ramai lagi generasi muda untuk
menjejakkan diri ke dalam bidang sains dan bersama-sama membantu beliau dan ahli penyelidik
lain dalam masalah isu alam sekitar. Beliau berpendapat yang bidang sains merupakan bidang
yang sangat luas dan banyak perkara tentang alam semesta yang masih belum diterokai lagi.
Beliau turut memberi kata-kata sokongan kepada setiap remaja untuk tidak patah semangat dan
meneruskan perjuangan untuk menerokai alam ciptaan Tuhan ini. Tidak lupa lagi sebagai
seorang pensyarah, beliau juga ingin mengingati semua anak muridnya untuk sentiasa menjaga
kesihatan diri dan mental mereka dalam masa pandemi ini. Jika terdapat sebarang masalah dalam
pembelajaran mahupun kehidupan seharian, beliau sedia dan amat berbesar hati untuk
mendengar luahan pelajar.

Melalui kajian beliau, terdapat banyak kes maut di negara Malaysia akibat daripada
pencemaran gas CO (karbon monoksida) akibat daripada tertidur di dalam kereta. Jika sesebuah
kenderaan yang dimiliki oleh individu berkenaan telah ‘berusia’ kebarangkalian untuk
berlakunya kebocoran ekzos amat tinggi dan menyebabkan gas karbon monoksida dapat
berkumpul di dalam kenderaan. Jika terdapat gas CO dalam jumlah yang besar terkumpul dalam
ruang kenderaan, risiko maut akan menanti tanpa disedari kerana individu sedang bernafas dalam
racun yang tidak berbau dan berwarna. Apabila tahap CO meningkat dan kekal lebih 70 ppm
(kepekatan dalam 1 molekul CO dalam sejuta-ppm), seseorang itu boleh mengalami sakit kepala,
keletihan dan loya manakala pada kepekatan CO lebih 150 hingga 200 ppm secara berterusan, ia
akan mengakibatkan seseorang itu tidak sedarkan diri dan boleh membawa kematian.

30
Dengan kepakaran beliau bersama Prof. Madya. Dr Sawal Hamid Md Ali dari Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Alam Bina, UKM, mereka berdua telah
membangunkan sistem mikro sensor yang boleh mengatasi masalah kebocoran gas CO dalam
kenderaan. Info kualiti udara dalam kereta pengguna dapat diperiksa melalui aplikasi yang
dimuatkan di telefon pintar dan ia akan memberi amaran awal jika gas dikesan dalam kepekatan
yang tinggi. Beliau berharap yang teknologi tempatan ini dapat diaplikasikan demi keselamatan
masyarakat dan pada masa depan beliau juga berhasrat ingin bekerjasama dengan industri
automotif tempatan dan industri perkilangan bagi membangun lebih banyak lagi teknologi yang
membawa manfaat kepada masyarakat.

Gambar 6.3: Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir bersama ahli penyelidik Kimia
atmosfera dan kajian pencemaran udara

Akhir sekali, dengan ciptaan aplikasi deria penilai udara AiRBOX Sense yang dihasilkan
oleh beberapa orang ahli penyelidik yang lain serta pelajar PhD UKM, beliau berharap yang
teknologi ini dapat digunakan dalam “smart cities” untuk memantau tahap kualiti udara di
kawasan-kawasan membangun. Beliau amat bangga dengan ciptaan dan kaji selidik yang

31
dijalankan oleh UKM ini dan beliau juga berharap yang suatu hari nanti UKM boleh
menyediakan perkhidmatan basikal elektrik untuk mengurangkan pelepasan karbon di dalam
kampus. Ucapan terima kasih juga tidak lupa disampaikan kepada semua individu yang sentiasa
membantu beliau serta memberi sokongan penuh sepanjangan perjalanan hidup beliau.

Gambar 6.4: Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir bersama ahli panel lain di
Digital Putrajaya Exhibition & Conference untuk pembentangan AirBOX Sense

32
7.0 PENUTUP

Hasil temuduga mendapati bahawa Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir
menunjukkan komitmen yang menyerlah dalam bidang kepakaran beliau. Beliau juga sangat
komited terhadap kerjaya beliau. Selain itu, sifat kepimpinan beliau amat dikagumi. Kami
percaya bahawa kecemerlangan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi dapat dikaitkan dengan
kepimpinan pensyarah yang komited terhadap bidang kerjaya. Kami berharap agar Prof. Madya
Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir akan terus mendidik pelajar-pelajar tanpa jemu. Kami juga
menyimpan hasrat untuk mengikut jejak langkah beliau pada suatu hari nanti.

33
RUJUKAN
1. (n.d.). https://www.b-tu.de/en/
2. about the university. (n.d.). History. https://www.cam.ac.uk/about-the-university/history
3. About the University. (n.d.). How the University and colleges work.
https://www.cam.ac.uk/about-the-university/how-the-university-and-colleges-work
4. Airborne transmission of coronavirus still under study. (2020, April 8). Nation.
https://www.theborneopost.com/2020/04/08/airborne-transmission-of-coronavirus-still-un
der-study/
5. Antartika. (2015, December 28). Ekspedisi Saintis Malaysia ke Antartika.
https://myantartik2016.uitm.edu.my/2015/12/page/2/
6. Bernama. (2015, December 9). Malaysian researchers head to Antarctica to study climate
change. Eco-Business.
https://www.eco-business.com/news/malaysian-researchers-head-to-antarctica-to-study-cl
imate-change/
7. Bernama. (2020, April 24). 'Use tracking and tracing apps'. New Straits Times.
https://www.nst.com.my/news/nation/2020/04/587282/use-tracking-and-tracing-apps
8. Brandenburg University of Technology Cottbus. (2011). Universities.
https://www.eunicas.ie/index.php/eunicas/university/brandenburg-university-of-technolog
y-86.html
9. Brandenburg University of Technology Cottbus-Senftenberg. (n.d.). Germany.
https://www.study.eu/university/brandenburg-university-of-technology-cottbus-senftenbe
rg
10. Cottbus Technical University Library – “IKMZ”. (n.d.).
https://en.wikiarquitectura.com/building/cottbus-technical-university-library-ikmz/
11. Innosens Technology. (n.d.). Innosens Technology Sdn Bhd. https://innosens.com.my/
12. Institute of Climate Change, UKM. (2019, March 18). Facebook.
https://www.facebook.com/ipiukm/posts/dr-mohd-shahrul-mohd-nadzir-ketua-pusat-siste
m-perubahan-iklim-tropika-institut-/2224437204475350/

34
13. J. A. Pyle, N. J. Warwick, & N. R. P. Harris. (2011). The impact of local surface changes
in Borneo on atmospheric composition at wider spatial scales: coastal processes, land-use
change and air quality. 17. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3179638/
14. Kurniawati Kamarudin, & Bernama. (2015, December 7). M’sian researchers head to
Antarctica to study climate change. News. https://www.malaysiakini.com/news/322489
15. Low-Cost Air Quality Sensors. (n.d.). Great Basin Unified Air Pollution Control District.
https://www.gbuapcd.org/AirMonitoringData/LowCostSensors/#:~:text=What%20are%2
0low%2Dcost%20air,than%20traditional%20air%20quality%20monitors
16. Measuring air pollution with low-cost sensors. (n.d.). European Commission.
https://ec.europa.eu/environment/air/pdf/Brochure%20lower-cost%20sensors.pdf
17. Merrick, & Beatrice. (2007). Preparation for success: key themes in the Prime Minister’s
Initiative for International Education (UK). 6.
http://isana.proceedings.com.au/docs/2007/Paper_Merrick.pdf
18. Mohd Shahrul Mohd Nadzir. (n.d.). School of Earth Sciences and Environment.
https://www.researchgate.net/profile/Mohd-Shahrul-Mohd-Nadzir
19. Mohd Shahrul Mohd Nadzir, et al., (2019, January 29). Ambient BTEX levels over
urban, suburban and rural areas in Malaysia. Air Quality, Atmosphere & Health, 11.
https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=ODI1MjE%3D
20. Mohd Shahrul Mohd Nadzir, Matthew J. Ashfold, & Nicholas Dal Sasso. (2017,
November 8). Spatial-temporal variations in surface ozone over Ushuaia and the
Antarctic region: observations from in situ measurements, satellite data, and global
models. Environmental Science and Pollution Research, 25.
http://eprints.um.edu.my/21177/
21. Mohd Shahrul Mohd Nadzir, Md Firoz Khan, & Khairul Nizam Abdul Maulud. (2017,
august 2). Physicochemical factors and their potential sources inferred from long-term
rainfall measurements at an urban and a remote rural site in tropical areas. Science of the
Total Environment, 16.
https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=ODEwNzY%3D
22. Mohd Shahrul Mohd Nadzir, Md. Firoz Khan, & Mohd Talib Latif. (2015).
Physicochemical factors and sources of particulate matter at residential urban

35
environment in Kuala Lumpur. Journal of the Air & Waste Management Association,
65(8), 958-969. https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1080/10962247.2015.1042094
23. Mohd Shahrul Mohd Nadzir, Md Firoz Khan a, & Ahmad Hazuwan Hamid. (2018,
September 7). Airborne particles in the city center of Kuala Lumpur: Origin, potential
driving factors, and deposition flux in human respiratory airways. Science of the Total
Environment, 12.
https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=ODEwOTE%3D
24. Mohd Shahrul Mohd Nadzir, Mohd Talib Latif, & Doreena Dominick. (2014). Long term
assessment of air quality from a background station on the Malaysian Peninsula. 1.
https://www.ukm.my/ipi/wp-content/uploads/2014/09/longtermassessmentofairquality.pd
f
25. Mohd Shahrul Mohd Nadzir, Mohd Talib Latif, & Haris Hafizal Abd Hamid. (2019, July
27). BTEX compositions and its potential health impacts in Malaysia. Chemosphere, 12.
https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=ODU1NzY%3D
26. Mohd Shahrul Mohd Nadzir, Murad Ali Alsalahi, & Mohd Talib Latif. (2015). Sterols as
biomarkers in the surface microlayer of the estuarine areas. Marine Pollution Bulletin,
93, 6.
https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=ODExNDU%3D
27. Mohd Shahrul Mohd Nadzir, Naomi J. Farren, & Rachel E. Dunmore. (n.d.). Chemical
Characterisation of Water-soluble Ions in Atmospheric Particulate Matter on the East
Coast of Peninsular Malaysia. 32.
https://acp.copernicus.org/preprints/acp-2018-147/acp-2018-147-manuscript-version4.pdf
28. Mohd Shahrul Mohd Nadzir, Royston Uning, & Mohd Talib Latif. (2020, June 15). A
Review of Southeast Asian Oil Palm and Its CO2 Fluxes. Review, 15.
https://www.researchgate.net/publication/342404125_A_Review_of_Southeast_Asian_Oi
l_Palm_and_Its_CO2_Fluxes
29. M S M Nadzir, M I Mead, & S Castruccio. (2018, April 4). Impact of the 2015 wildfires
on Malaysian air quality and exposure: a comparative study of observed and modeled
data. n Environmental Research Letters, 10.

36
https://www.researchgate.net/publication/323505989_Impact_of_the_2015_wildfires_on
_Malaysian_air_quality_and_exposure_A_comparative_study_of_observed_and_modele
d_data
30. Paul Hamer, Virginie Marecal, & Ryan Hossaini. (2013). Modelling the chemistry and
transport of bromoform within a sea breeze driven convective system during the SHIVA
Campaign. 66.
https://www.researchgate.net/publication/255522763_Modelling_the_chemistry_and_tran
sport_of_bromoform_within_a_sea_breeze_driven_convective_system_during_the_SHI
VA_Campaign
31. PMI. (n.d.). U.S president's Malaria Initiative. https://www.pmi.gov/home
32. Prof. Madya Dr. Mohd Shahrul Bin Mohd Nadzir. (n.d.). UKMSarjana.
https://ukmsarjana.ukm.my/main/lihat_profil/SzAyMDE2NA==
33. Prof Madya Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir. (2020, September 26). Apa Perlu Kita
Tahu. https://www.hmetro.com.my/rencana/2020/09/624386/apa-perlu-kita-tahu
34. Rahmat Haron. (2019, Januari 9). Kenapa kita tak akan berhenti menakluk Antartika.
malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/459447
35. Rahmat Haron. (2019, Januari 11). UKM cipta alat lebih kecil, murah pantau kualiti
udara. malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/459769
36. Saiful Bahari. (2018, October 17). Soalan Untuk Saintis : Dr Mohd Shahrul Mohd
Nadzir. Majalah Sains.
https://www.majalahsains.com/10-soalan-untuk-saintis-dr-mohd-shahrul-mohd-nadzir/
37. Suhaila Shahrul Annuar. (2016, Februari 14). Penyelidikan di Antartika: Lebih 200
sampel dibawa pulang. Berita Harian Online.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/02/124417/penyelidikan-di-antartika-l
ebih-200-sampel-dibawa-pulang
38. The Editors of Encyclopaedia Britannica. (n.d.). University of Cambridge. Education.
https://www.britannica.com/topic/University-of-Cambridge
39. UKM Atmospheric Chemistry and Air Pollution Research Group. (2019, October 3).
Low-cost Air Quality Sensor. Facebook.
https://www.facebook.com/UKMAtmosphere/posts/all-the-best-to-dr-shahrul-nadzir-and-
team-low-cost-air-quality-sensor-for-ambie/1435957699878534/

37
40. Zulita Mustafa. (2021, May 28). Call of the Antarctica.
https://www.nst.com.my/education/2017/05/244417/call-antarctica

38

You might also like