You are on page 1of 45

PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN

PENGAJARAN AMALI DI KOLEJ VOKASIONAL

NABILAH BINTI ABU BAKAR

Laporan tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

DISEMBER 2015
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENGESAHAN STATUS TESIS PROJEK SARJANA

PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN


PENGAJARAN AMALI DI KOLEJ VOKASIONAL

SESI PENGAJIAN : 2014/2015

Saya NABILAH BINTI ABU BAKAR mengaku membenarkan Laporan Tesis Sarjana ini
disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Laporan Tesis Sarjana adalah hakmilik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ()

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah


keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti
termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD

Disah oleh:

__________________________ ___________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : Nama Penyelia:


NO 5003, JLN LUBOK MERIAM 1, DR.MIMI MOHAFFYZA BINTI
KAMPUNG LUBOK MERIAM, MOHAMAD
13300 TASEK GELUGOR,
SEBERANG PERAI UTARA,
PULAU PINANG

Tarikh: 29 DISEMBER 2015 Tarikh : 29 DISEMBER 2015

CATATAN :
** Jika Laporan Tesis Sarjana ini SULIT atau TERHAD, sila
lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan
dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN
PENGAJARAN AMALI DI KOLEJ VOKASIONAL

NABILAH BINTI ABU BAKAR

Laporan tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

DISEMBER 2015
‘Saya akui laporan penyelidikan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’

Pelajar : ………................................................
NABILAH BINTI ABU BAKAR
Tarikh : DISEMBER 2015

Penyelia : ………………………………………
DR.MIMI MOHAFFYZA BINTI MOHAMAD
Terima kasih khas buat ayah Abu Bakar bin Ariffin, mak Siti Mariam binti Ismail
dan kak Zurina binti Abu Bakar yang menjadi sumber kekuatan dan selamanya
menjadi penyuntik semangat positif diri. Jasamu amat dihargai dan diingati
sehingga akhir hayat. Kepada Majdina, Kuji, Aqib, Buden, Acap, Dud dan Kak
Nah. Kalian senantiasa dihati.

Sejuta penghargaan dirakamkan atas bantuan dan motivasi yang dihulurkan.


Semoga Tuhan membalas jasa dan ilmu yang dikongsikan. Terima kasih Doktor dan
Puan

sri, nurul, xsmkgp,xsmai,xkmpp serta sahabat-sahabat lain yang sentiasa mendoakan


dan membantu menyiapkan tesis ini. Terima kasih atas segalanya.

Semoga Allah sentiasa merahmati kalian semua.


PENGHARGAAN

Segala pujian kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah rahmat dan hidayahNya,
projek ini dapat disempurnakan seperti yang telah dirancang. Selawat dan salam
keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, pesuruh Allah yang amat dikasihi,
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda, serta sesiapa sahaja yang mengikuti
perjuangan mereka dengan ikhlas.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Dr.Mimi Mohaffyza Mohamad
yang telah memberi bimbingan, motivasi, panduan dan tunjuk ajar bagi menjalankan
penyelidikan ini.
Jutaan terima kasih dirakamkan kepada FPTV, UTHM, ORICC UTHM, CGS
UTHM, BPTV, JPN, tenaga pengajar dan staf-staf KV Tawau, KV Balik Pulau, KV
Sandakan, KV Miri, KV Likas, KV Kuching, KV Nibong Tebal, KV Temerloh, KV
Betong, KV Ampangan, KV Leboh Cator, KV Kuala Klawang, KV Batu Pahat dan
KV Kluang yang telah banyak membantu dalam menyiapkan kajian ini hingga
penghujungnya.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada insan-insan tersayang, mak, ayah, kak
Ina serta ahli keluarga tersayang yang tanpa jemu mendoakan, memberikan dorongan
dan bantuan dan pengorbanan yang tidak ternilai harganya.
Semoga segala hasil kerja keras kita ini senantiasa berada dalam rahmat dan
keredhaan Allah hendaknya. Amin.
ABSTRAK

Pengajaran adalah proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran
tertentu. Pengajaran amali di bengkel merangkumi gabungan kaedah pengajaran dan
amalan berdasarkan domain psikomotor. Bagi melaksanakan pengajaran kemahiran,
pengajar memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran. Pemilihan sesuatu kaedah
pengajaran merangkumi perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran oleh tenaga
pengajar haruslah memenuhi segala aspek keperluan dalam kehendak pengajaran yang
ditetapkan. Pengajaran kemahiran perlulah menerapkan semua domain psikomotor seperti
yang termaktub dalam elemen pengajaran kemahiran. Kajian ini melibatkan pemerhatian
kepada 4 orang ketua bengkel manakala 301 orang tenaga pengajar amali pula sebagai
responden kepada soal selidik. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan
menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh pemerhatian. Ujian MANOVA
dan analisis tidak berstruktur pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Terdapat
perbezaan kaedah pengajaran berdasarkan pengalaman mengajar, pemilikan sijil
kemahiran dan jantina manakala bagi kaedah pemerhatian pula, tenaga pengajar kolej
vokasional lebih memberi penekanan kepada pelaksanaan aspek psikomotor kepada
domain pengamatan, persediaan, pergerakan terkawal, pergerakan khusus dan
penyesuaian. Strategi pengajaran paling dominan diamalkan oleh tenaga pengajar adalah
kaedah imbas kembali, soal jawab, demonstrasi, perbincangan dan tayangan video.
Tenaga pengajar kurang memberi penekanan kepada domain mekanisme dan keaslian
dalam kaedah pengajaran di bengkel. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi idea baru
kepada tenaga pengajar aliran kemahiran dalam meneliti pendekatan dalam pemilihan
kaedah pengajaran yang diperlukan bagi pengajaran berpaksikan pentaksiran standard
kompetensi disamping meningkatkan nilai kemahiran amali dalam diri tenaga pengajar.
ABSTRACT

Teaching is a process in connection that dissemination of knowledge and specific skills.


Teaching based on competency is combination of teaching methods and practices in
accordance with the psychomotor domain. In competency oriented, instructors are the
main character in the learning and teaching session. The teaching method selected by the
instructors should be includes planning in teaching, implementation in teaching and
evaluation in teaching with fulfill all aspects of teaching requirements set. Teaching in
competency should involve all of the psychomotor domain that defined in the elements of
teaching skills. This research involved observation to 4 instructors which are head of
workshops and then 301 instructors as questionnaire respondents in vocational colleges.
Survey research design was conducted with quantitative approaches and supported by
observation method. MANOVA analysis and unstructured observation analysis applied in
this study. There are differences in teaching methods based on teaching experience in
workshops, certificates skills, and gender while in observation methods, the vocational
college teachers more emphasis on implementation aspects of the psychomotor domain
observations, inventory, motion control, special movements and adjustments. The most
dominant of teaching strategies applying by instructors is throwback, question and
answer, demonstrations, discussion and video screenings. Instructors less emphasis on
psychomotor domain of mechanisms and originality in the teaching methods. The results
of this study is to provide new ideas to instructors in competency approaches in selection
of appropriate teaching methods in assessment standard competency centered to improve
the practical skills in their teaching.
KANDUNGAN

JUDUL

ABSTRAK

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL i

SENARAI RAJAH iv

SENARAI SINGKATAN v

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang kajian 3

1.3 Penyataan masalah 11

1.4 Tujuan kajian 12

1.5 Kerangka konsep kajian 13

1.6 Objektif kajian 14


1.7 Persoalan kajian 14

1.8 Hipotesis kajian 15

1.9 Kepentingan kajian 16

1.10 Skop kajian 16

1.11 Definisi terminologi dan operasional 17

1.11.1 Kolej Vokasional 17

1.11.2 Kaedah pengajaran dominan 18

1.11.3 Sijil kemahiran Malaysia 20

1.11.4 Domain psikomotor 20

1.11.5 Kemahiran 21

1.11.6 Amali 21

1.11.6 Bengkel 22

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 23

2.1 Pengenalan 23

2.2 Pengajaran di bengkel 24

2.3 Sistem Pentaksiran Standard Kompetensi (PSK) 32

2.3.1 Penilaian Pentaksiran Dalam Pengajaran 36


2.3.2 Penilaian Pentaksiran Dalam Bentuk Prestasi 37

2.3.3 Pentaksiran Standard Kompetensi (PSK) 38

2.4 Tenaga Pengajar dan Pengalaman Mengajar di Bengkel 40

2.5 Tenaga Pengajar dan Pemilikan Sijil Kemahiran 42

2.6 Tenaga Pengajar dan Pengalaman Bekerja di Industri 43

2.7 Teori Psikomotor dalam Pengajaran 47

2.7.1 Teori Taksonomi Pengajaran Bloom (1956) 47

2.7.2 Teori Psikomotor Simpson (1972) 48

2.7.3 Teori Psikomotor Dave (1970) 50

2.7.4 Teori Psikomotor Harrow (1972) 51

BAB 3 METODOLOGI 55

3.1 Pengenalan 55

3.2 Reka bentuk kajian 56

3.3 Populasi dan Kaedah Pemilihan Sampel Kajian 59

3.4 Instrumen Kajian 60

3.4.1 Soal Selidik 61

3.4.2 Pemerhatian 64
3.5 Kesahan Kandungan Instrumen Kajian 65

3.5.1 Soal Selidik 65

3.5.2 Kaedah Pemerhatian 67

3.6 Kajian Rintis Dan Kebolehpercayaan Instrumen 68


Kajian

3.6.1 Soal Selidik 68

3.6.2 Pemerhatian 70

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 71

3.7.1 Edaran Soal Selidik 71

3.7.2 Pemerhatian 72

3.8 Kaedah Penganalisisan Data 73

3.8.1 Soal Selidik 73

3.8.2 Pemerhatian 74

3.9 Rumusan 77

BAB 4 ANALISIS DATA 78

4.1 Pengenalan 78

4.2 Ujian Normaliti 80


4.3 Persoalan Kajian Satu 81

4.3.1 Pengalaman Mengajar Di Bengkel 81

4.3.2 Pemilikan Sijil Kemahiran 82

4.3.3 Pengalaman Bekerja Di Industri 82

4.3.4 Jantina Tenaga Pengajar 83

4.4 Persoalan Kajian Dua 83

4.5 Persoalan Kajian Tiga 85

4.5.1 Perancangan pengajaran 85

4.5.2 Pelaksanaan pengajaran 86

4.5.3 Penilaian pengajaran 92

4.6 Persoalan Kajian Empat 93

4.7 Persoalan Kajian Lima 98

4.8 Persoalan Kajian Enam 103

4.9 Persoalan Kajian Tujuh 108

4.10 Kesimpulan 113

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 115

5.1 Pengenalan 115


5.2 Perbincangan dan Kesimpulan 116
5.2.1 Demografi tenaga pengajar kolej 117
vokasional yang merangkumi aspek
pengalaman mengajar di bengkel, pemilikan
sijil kemahiran, pengalaman bekerja di industri
dan jantina.

5.2.2 Kaedah pengajaran amali dominan yang 119


diamalkan oleh tenaga pengajar di bengkel.

5.2.3 Penerapan domain Psikomotor dalam kaedah 121


pengajaran amali yang diamalkan oleh tenaga
pengajar di kolej vokasional.

5.2.4 Perbezaan diantara kaedah pengajaran 124


amali paling dominan diamalkan oleh tenaga
pengajar berdasarkan kepada pengalaman
mengajar di bengkel.

5.2.5 Perbezaan diantara kaedah pengajaran 128


amali paling dominan diamalkan oleh tenaga
pengajar berdasarkan kepada pemilikan sijil
kemahiran..

5.2.6 Perbezaan diantara kaedah pengajaran 130


amali paling dominan diamalkan oleh tenaga
pengajar berdasarkan kepada pengalaman
bekerja di industri
.
5.2.7 Perbezaan diantara kaedah pengajaran 132
amali paling dominan diamalkan oleh tenaga
pengajar berdasarkan kepada jantina tenaga
pengajar.
.
5.3 Kesimpulan 134
5.4 Cadangan 135

5.4.1 Cadangan terhadap Kajian 136

5.4.2 Cadangan Untuk kajian Lanjutan 137

5.5 Penutup 138

RUJUKAN 139

LAMPIRAN 156
i

SENARAI JADUAL

1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM 18


(Jabatan Perdana Menteri, 2010)
2.1 Analisis mengikut turutan skor min tertinggi bagi strategi 31
pengajaran paling dominan
2.2 Jadual pengagihan purata gaya pengajaran dan 32
perbandingan markah
2.3 Pensijilan Dan Pentauliahan Kolej Vokasional (Lembaga 39
Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013)
2.4 Antara Contoh Kurikulum Standard Kolej Vokasional 40
(Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran
Malaysia,2013)
2.5 Domain Teori Psikomotor (Simpson, 1972) 48
2.6 Operasional Teorin Psikomotor (Simpson, 1972). 49
2.7 Jadual perbandingan antara Teori Pengajaran Taksonomi 52
Bloom (1956),Teori Psikomotor Simpson (1972), Teori
Psikomotor Dave (1970) Dan Teori Psikomotor Harrow
(1972).
3.1 Gambaran bilangan taburan rawak tenaga pengajar sebagai 59
responden mengikut kawasan
3.2 Pembahagian Taburan Item Soal Selidik 62
3.3 Format skala likert (sumber: kaedah penyelidikan 63
Pendidikan, Konting, 2000)
ii

3.4 Nombor soalan mengikut kaedah pengajaran secara 64


spesifik dalam borang soal selidik (Mok, 2000, Tan, 2010
dan Huitt, 2003).
3.5 Senarai Bilangan Item Pemerhatian (Rubrik Penilaian). 65
3.6 Senarai pengesahan pakar dari segi kandungan 66
Tahap kebolehpercayaan Alpha Cronbach, α (Abdul Ghafar,
3.7 69
2003) (Burke dan Larry, 2000)
3.8 Nilai Alpha Cronbach bagi setiap pembahagian soal selidik 69
3.9 Interpretasi Skor Min.(Sumber: Mohd Najib, 2003) 74
3.10 Kaedah analisis data bagi setiap persoalan 75
4.1 Ujian normaliti 80
4.2 Statistik Tenaga Pengajar Berdasarkan Pengalaman 81
Mengajar Di Bengkel.
4.3 Statistik Tenaga Pengajar Berdasarkan Pemilikan Sijil 82
Kemahiran.
4.4 Statistik Tenaga Pengajar Berdasarkan Pengalaman Di 82
Industri.
4.5 Statistik Berdasarkan Kepada Jantina Tenaga Pengajar. 83
4.6 Statistik Berdasarkan Kepada Kaedah Pengajaran PSK 84
Yang Diamalkan Oleh Tenaga Pengajar
4.7 Min Terperinci Keseluruhan Kepada Kaedah Pengajaran 84
PSK Yang Diamalkan Oleh Tenaga Pengajar
4.8 Perbandingan Statistik Descriptive Pengalaman Mengajar 94
Bagi Tenaga Pengajar
4.9 Keputusan Ujian Box’s M Bagi Pengalaman Mengajar 94
Oleh Tenaga Pengajar
4.10 Keputusan Ujian Multivariate Bagi Pengalaman Mengajar 95
Oleh Tenaga Pengajar
4.11 Ujian Levene Dari Persetaraan Ralat Varians Bagi 95
Pengalaman Mengajar Oleh Tenaga Pengajar
4.12 Ujian Test Of Between-Subjects Effect Bagi Pengalaman 97
Mengajar Oleh Tenaga Pengajar
iii

4.13 Perbandingan Statistik Descriptive Bagi Aspek Pemilikan 99


Sijil Kemahiran
4.14 Keputusan Ujian Box’s M Bagi Aspek Pemilikan Sijil 99
Kemahiran
4.15 Keputusan Ujian Multivariate Bagi Aspek Pemilikan Sijil 100
Kemahiran
4.16 Ujian Levene Dari Persetaraan Ralat Varians Bagi Aspek 100
Pemilikan Sijil Kemahiran
4.17 Ujian Test Of Between-Subjects Effect Bagi Aspek 102
Pemilikan Sijil Kemahiran
4.18 Perbandingan Statistik Descriptive Bagi Tenaga 104
Pengalaman Bekerja Di Industri Oleh Tenaga Pengajar.
4.19 Keputusan Ujian Box’s M Bagi Pengalaman Bekerja Di 104
Industri Oleh Tenaga Pengajar
4.20 Keputusan Ujian Multivariate Bagi Pengalaman Bekerja 105
Di Industri Oleh Tenaga Pengajar
4.21 Ujian Levene Dari Persetaraan Ralat Varians Bagi 105
Pengalaman Bekerja Di Industri Oleh Tenaga Pengajar
4.22 Ujian Test Of Between-Subjects Effect Bagi Pengalaman 107
Bekerja Di Industri Oleh Tenaga Pengajar
4.23 Perbandingan Statistik Descriptive Mengikut Jantina 109
Tenaga Pengajar
4.24 Keputusan Ujian Box’s M Bagi Jantina Tenaga Pengajar 109
4.25 Keputusan Ujian Multivariate Mengikut Jantina Tenaga 110
Pengajar
4.26 Ujian Levene Dari Persetaraan Ralat Varians Bagi Jantina 110
Tenaga Pengajar
4.27 Ujian Test Of Between-Subjects Effect Bagi Jantina 112
Tenaga Pengajar
4.28 Matrik data antara aspek Penerapan Domain Psikomotor 114
iv

SENARAI RAJAH

1.1 Perbandingan gred purata 2007-2011 SPM aliran 5


vokasional (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011)
1.2 Perbandingan peratus kelulusan aliran vokasional 2007- 6
2011 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011)
1.3 Kerangka konsep kajian berdasarkan Teori Psikomotor 13
Simpson(1972)
2.1 Hubung kait antara Teori Pengajaran dan Teori 25
Pembelajaran (Ee, 2002)
2.2 Perlakuan mengajar guru dalam perancangan, pelaksanaan, 29
dan penilaian.
2.3 Klasifikasi strategi pengajaran dan pembelajaran dan 30
kaedah-kaedah yang berkaitan (Mok, 2000).
2.4 Proses dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (Lorin 33
et al., 2001)
2.5 Proses dalam penilaian kurikulum (Curtis, 2007) 36
2.6 Bentuk peratus keperluan dalam pentaksiran kolej 39
vokasional (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2013)
3.1 Kerangka kerja kajian 58
v

SENARAI SINGKATAN

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia


PSK Pentaksiran Standard Kompetensi
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PSK Pentaksiran Standard Kompetensi
PBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah
NKRA Bidang Keberhasilan Utama negara
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
MPBS Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional
ABBM Alat Bahan Bantu Mengajar
PBE Production-Based Education
CBET Competency-Based Education & Training
SE School Enterprise
GNVQS General National Vocational Qualifications
GRAPE Goal, Role, Audience, Product, Evaluation
MPAV Matapelajaran Aliran Vokasional
LPM Lembaga Peperiksaan Malaysia
JPK Jabatan Pembangunan Masyarakat
SKPK Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
NOSS National Occupational Skills Standard
PPT Pentauliahan Pencapaian Terdahulu
DPIN Direktori Pakar Industri Negara
SLDN Sistem Latihan Dua Hala
AKEPT Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi
vi

JERIS Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial


SVM Sijil Vokasional Malaysia
BM Bahasa Melayu
BI Bahasa Inggeris
PA Prinsip Akaun
PM Pendidikan Moral
DPIN Direktori Pakar Industri Negara
MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
DSD Department of Skills Development
BPPDP Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
FPTV Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
UTHM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
SPSS Statistical Package For The Social Sciences
MANOVA Multivariate Analysis Of Variances
BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Transformasi global dalam ilmu pengetahuan, pembangunan industri, kehidupan


masyarakat kini mendorong kepada perubahan pola penyelenggaraan sistem
pendidikan di dunia (Cheng, 2005). Malaysia pula telah meletakkan matlamat untuk
mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Jadi, sasaran utama negara adalah
untuk menjadikan sektor perindustrian sebagai teras kepada pembangunan negara.
Apabila perubahan ingin dilaksanakan, maka sistem pendidikan berasaskan
pengetahuan perlulah digubal sejajar dengan keperluan yang diinginkan (Tessaring,
2009; Heinz, 2009; Billet, 2009). Pada tahun 1995, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan dengan menggubal Pelan Tindakan
Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal. Pelan ini lebih terfokus kepada
pengembangan matapelajaran aliran teknikal dan vokasional. Sekolah menengah
teknik dan vokasional yang kini dinaik taraf menjadi kolej vokasional merupakan
salah satu aset dalam membawa Malaysia ke arah negara yang lebih berteknologi.
Kurikulum vokasional dikaji untuk perubahan dan keperluan dunia pekerjaan.
Prinsipnya, kurikulum kolej vokasional harus mengambil kira setiap keperluan
pengajar dan pelajar untuk masa depan khususnya (Rojewski, 2009).
2

Bagi menambahkan bilangan pakar profesional dan berkemahiran tinggi,


sistem pengajaran dan pembelajaran perlulah bersesuaian dengan tahap
perkembangan pelajar. Perkembangan ilmu pengetahuan (kognitif), kemahiran
(psikomotor) dan sikap (afektif) adalah melalui pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan berkualiti. Proses pengajaran seharusnya menitik beratkan kepada
kesesuaian standard yang telah ditetapkan. Sementara itu, panduan penilaian
kurikulum dilaksanakan secara teliti, dan tenaga pengajar mempunyai nilai
kemahiran untuk mengajar menurut kehendak yang ditetapkan (Harold, 2001).
Menurut Hiniker dan Putnam (2009), setiap sistem pendidikan yang berlandaskan
dunia pekerjaan wajar menitikberatkan keperluan pengajar dan kaedah pengajaranya.
Namun begitu, pengajaran berbentuk amali menuntut kaedah pengajaran yang
berkualiti dimana tenaga pengajar perlulah menguasai bidang pengajaran yang akan
diajar. Menurut Mok (2004), penguasaan sesuatu kemahiran psikomotor untuk
dipraktikkan dalam pengajaran dalam kalangan tenaga pengajar adalah salah satu
asas yang sangat diperlukan bagi mewujudkan pengajaran yang berkualiti dan
berkesan.
Pentaksiran dalam pendidikan yang diperkenalkan di Malaysia merupakan
satu proses bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan
modal insan. Pentaksiran kompetensi adalah proses dalam eviden mengenai tahap
kompetensi calon yang merangkumi aspek pengetahuan (kognitif), kemahiran
(psikomotor) dan sikap (afektif) dalam melakukan tugasan amali di bengkel
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013). Pentaksiran berkualiti merangkumi lima
aspek utama dimana ianya perlulah bersesuaian dengan tujuan, meningkatkan
amalan pengajaran dan pembelajaran, telus, efisyen dan diyakini awam. Sebelum
melaksanakan amali pentaksiran, tenaga pengajar vokasional perlulah mengadakan
sesi pengajaran terlebih dahulu yang merangkumi perancangan pengajaran,
pelaksanaan pengajaran dan penilaian pengajaran. Amali pentaksiran pula dirancang,
dibina, ditadbir, diperiksa dan dilapor oleh sesebuah institusi. Ini bagi mendapatkan
pernyataan standard yang menerangkan hasil pembelajaran yang dikehendaki
mengikut tahap dari segi kuantiti dan kualiti (Hussin et al., 2005).
Teras II Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) turut memberi
penekanan terhadap aspek pentaksiran. Pentaksiran adalah untuk mengubah
penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan (content based)
3

kepada berasaskan kemahiran dan kebolehan (skill and ability), mengurangkan mata
pelajaran, menggalakkan pembinaan karakter dan kualiti murid dari segi bina upaya
insan (human capacity building), melibatkan penglibatan semua pihak KPM, dan
mendorong pelajar untuk berjaya dalam peperiksaan. Namun begitu sistem
pentaksiran hanya bertumpu kepada penilaian pencapaian akademik dan produk
akhir pelajar tanpa melihat kepada penilaian proses penghasilan produk (Jabatan
Perdana Menteri, 2010).
Tan (2010) pula dalam kajianya telah menjelaskan bahawa tenaga pengajar
vokasional perlu meningkatkan profesionalisme dalam penyampaianya bagi
merealisasikan matlamat Pentaksiran Standard Kompetensi (PSK). Definisi
pengajaran haruslah terfokus kepada pengetahuan (kognitif), kemahiran
(psikomotor) dan sikap (afektif). Namun begitu, penekanan yang lebih mendalam
terhadap kaedah pengajaran aspek pengajaran psikomotor (kemahiran) sangat
diperlukan terutamanya bagi pengajaran kemahiran amali di bengkel. Kemudahan
pengajaran kini yang berpusatkan amali seharusnya dijadikan landasan untuk
pengajar mengembangkan teknik dan kemahiran sedia ada untuk dikongsi bersama
pelajar bagi memudahkan pelajar mengaitkan skop kemahiran yang dipelajari
dengan teori bagi elemen kemahiran yang dipelajari.

1.2 Latar belakang kajian

Perlaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) antaranya adalah untuk


mempertingkatkan pencapaian dan kemahiran pelajar bagi membangunkan tenaga
kerja berkualiti dari segenap aspek. Kualiti dan kaedah pengajaran di institusi
vokasional perlulah dipermantapkan terutamanya pengajaran dan pembelajaran di
bengkel iaitu tempat dimana para pelajar vokasional mendapat pendidikan formal
dalam bidang kemahiran. Kini, telah berlaku penjenamaan sekolah vokasional
kepada kolej vokasional yang bertujuan untuk menambahbaik kurikulum sedia ada
bagi memenuhi tuntutan keperluan negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).
4

Unjuran pekerjaan baru yang diperlukan negara menjelang tahun 2020 mengikut
kelayakan yang diperlukan menunjukkan bahawa pekerjaan yang berkecenderungan
aliran vokasional amat diperlukan negara dengan nilai indeks purata yang paling
tinggi iaitu sebanyak 0.8 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).
Sistem Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (MPBS) telah diperkenalkan
dan dilaksanakan di sekolah aliran vokasional pada tahun 2008 manakala sistem
Pentaksiran Standard Kompetensi (PSK) pula dijalankan di kolej vokasional bermula
tahun 2012 dimana tahun sekolah menengah vokasional dinaik taraf menjadi kolej
vokasional. Kedua-dua sistem ini digunakan untuk mengukur prestasi pencapaian
individu di akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Matapelajaran aliran
vokasional tidak tertumpu kepada pembelajaran berbentuk teori sahaja tetapi juga
melibatkan pembelajaran berbentuk amali di bengkel (Daniel, 2010).
Peringkat sijil di kolej vokasional menggariskan 70% bagi pentaksiran
berasaskan sekolah manakala 30% secara berpusat manakala bagi peringkat diploma
pula 80% bagi pentaksiran berasaskan sekolah manakala 20% secara berpusat.
Sistem pembelajaran modular membantu menurunkan gred purata dalam
peperiksaan. Rajah 1.1 menunjukkan perbandingan analisis Gred Purata dari
Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) bagi aliran vokasional dari tahun 2007-
2011.
Gred Purata aliran vokasional sebelum diperkenalkan pentaksiran secara
modular adalah pada tahun 2007, 2008 dan 2009 sebanyak 5.66, 5.49 dan 5.11.
Manakala Gred Purata aliran vokasional selepas diperkenalkan pentaksiran secara
modular adalah pada tahun 2010 dan 2011 sebanyak 4.38 dan 4.45. Perkara ini
terbukti apabila terdapat penurunan nilai Gred Purata dari tahun 2007-2012 bagi
peperiksaan aliran vokasional dimana pencapaian terkini lebih baik daripada
pencapaian terdahulu sebelum pentaksiran secara modular diperkenalkan. Semakin
rendah nilai Gred Purata, semakin bagus pencapaian sesuatu keputusan peperiksaan
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).
5

Rajah 1.1: Perbandingan Gred Purata 2007-2011 SPM aliran vokasional


(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Tan (2010) telah mengatakan bahawa salah satu faktor kejayaan pengajaran
amali adalah kaedah tenaga pengajar menstruktur aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Robert (2008) juga turut mengatakan dalam kajiannya
bahawa kebanyakkan kes-kes penilaian akademik melibatkan risiko tidak
bertanggungjawab yang tinggi. Kebanyakkan penilai lebih memfokuskan kepada
pencapaian murid yang baik tanpa menghiraukan perancangan, pelaksanaan dan
penilaian pengajaran serta keperluan dalam pengajaran psikomotor, kecekapan atau
penguasaan murid tersebut dalam sesuatu perkara. Hal ini kerana, pelajar hanya
perlu mendapat nilai minimum sebanyak 10 markah dalam skor peperiksaan
berpusat dan kompeten 30% daripada keseluruhan modul untuk lulus dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009). Keadaan ini dapat
dilihat apabila peratus lulus aliran vokasional meningkat dengan ketara pada tahun
2009, 2010 dan 2011 iaitu dimana tahun berlangsungnya Modul Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (MPBS) dilaksanakan.
6

Rajah 1.2: Perbandingan peratus kelulusan aliran vokasional 2007-


2011(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Ferguson (2007) dan Mahajan(1999) menyatakan bahawa paradigma


pendidikan vokasional masa kini dibina berasaskan struktur keperluan pengajaran
secara amali di dalam bengkel. Beliau menambah, kualiti pendidikan turut menurun
sebagaimana pengajar memberi penekanan kepada program bengkel yang berbentuk
struktur modular. Tenaga pengajar bidang ini bukan sahaja perlu mempunyai
kemahiran teknik dan vokasional, malahan mereka juga perlu mempunyai kemahiran
mengajar, penguasaan kemahiran amali yang berkualiti bagi menjamin penyampaian
maklumat kepada pelajar adalah tepat, benar dan jitu dari segi etika dan kaedah
pengajaran yang digunakan supaya para pelajar dapat mengaplikasi segala teori,
teknik dan aturcara elemen pengajaran di bengkel dengan tepat dan baik (Laurie dan
Kerry, 2003). John (2004) juga menambah kecenderungan utama pelajar dan tenaga
pengajar adalah untuk menyiapkan fail pentaksiran berbanding mendapatkan
pengetahuan dan kemahiran psikomotor yang secukupnya. Penerangan yang
diberikan oleh tenaga pengajar, pembangunan secara profesional dan amalan dalam
bilik darjah mendatangkan keberkesanan terhadap amalan-amalan tertentu dimana
ianya mungkin positif ataupun negatif bergantung kepada kesannya terhadap
pencapaian akhir pelajar (Harold, 2001). Pendidik perlu menguasai sesuatu bidang
pendidikan sebelum memulakan sesi pengajaran di dalam kelas. Sigrid et al. (2013)
dan Fionn (1998) mengatakan kebanyakkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
modular mewujudkan ketidakserasian diantara teknik dan isi pengajaran dan
penguasaan pelajar dalam sesuatu pengajaran terutamanya dalam bidang kemahiran.
7

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Azizi (2008) dan Sharil (1995),
kaedah pengajaran yang digunakan pendidik memberi kesan kepada sesi pengajaran
dan pembelajaran. Pemilihan kaedah pengajaran juga haruslah sesuai dengan
pengajaran yang akan diajar (Nasution,2004). Pendapat ini disokong oleh Pinsent
(2008) yang menyatakan keberkesanan sesuatu pembelajaran bergantung kepada isi
pengajaran dan kaedah penyampaian yang digunapakai oleh pendidik. Menurut
kajian yang telah dijalankan oleh Tiia dan Hants (2011), kaedah pengajaran yang
sesuai bagi pengajaran berbentuk kemahiran adalah pembentangan, demonstrasi, soal
jawab, ingat semula, latihan dan projek amali dimana hasil kajianya menunjukkan
peningkatan prestasi pelajarnya dalam bidang kemahiran.
Plourde (2002), dalam kajianya telah mengatakan kurang daripada satu
pertiga tenaga pengajar merasakan bahawa mereka begitu mahir dalam bidang
pengajaranya manakala dua pertiga daripadanya mengatakan bahawa mereka kurang
menguasai dan memahami bidang pengajaran yang diajar di sekolah. Menurut
kajian yang dijalankan oleh Johari et al. (2009) yang melibatkan 928 orang guru di
22 buah sekolah menengah di empat daerah di sabah mendapati guru-guru yang
berpengalaman mengajar melebihi tujuh tahun mempunyai kemampuan lebih tinggi
dalam aspek pelaksanaan pengajaran berbanding guru-guru dengan pengalaman
mengajar kurang daripada tujuh tahun. Perkara ini disebabkan guru-guru tersebut
berada dalam sesuatu tempoh yang agak lama dalam bidang yang diajar seterusnya
dapat menguasai topik yang diajar kepada pelajar. O’Connor et al. (2004)
mengatakan bahawa tenaga pengajar berpengalaman mampu membuat perkaitan
diantara bahan baru yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pelajar dari
pembelajaran lepas dengan baik disamping lebih menggalakkan perbincangan secara
terbuka dan fleksibel diantara pengajar dan pelajar.
Tenaga pengajar novis (pengajar baru) didapati kurang berkeyakinan apabila
berhadapan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tambahan pula jika
pengajaran tersebut adalah berbentuk amali atau pengajaran kemahiran. Tenaga
pengajar novis didapati mempunyai banyak idea-idea yang bakal dijalankan dalam
aspek perancangan pengajaran namun apabila berada dalam realiti pengajaran dan
pembelajaran mereka didapati kurang berkeyakinan dalam menyebarkan atau
melaksanakan idea-idea yang telah dirancang (Guney, 2012; Coulter, 1987 dan
Cruickshank, 1990). Menurut Darling-Hammond (2000), secara puratanya tenaga
pengajar yang berkhidmat kurang daripada tiga tahun pengalaman adalah kurang
8

berkesan dari aspek pemilihan kaedah pengajarannya. Walaubagaimanapun, kualiti


perhidmatan mereka meningkatkan secara berterusan sehingga mencecah lima tahun
dan kemudianya stabil. Tenaga pengajar baru lebih mementingkan dalam penjagaan
reputasi kerja, hubungan sosial diantara organisasi sekolah berbanding kepada
pencapaian akademik pelajar. Mereka berusaha keras dalam membangunkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang unik dan baru dalam menarik perhatian pelajar
berbanding memacu dalam menambahkan pengetahuan dan kemahiran mereka
sendiri dengan lebih mendalam dalam bidang yang diajar (Guney, 2012; Artiles et
al., 1994; Housner dan Griffey, 1985; Szpiczka, 1990).
Menurut kajian yang telah dilaksanakan oleh Kusnawati (2009), latar
belakang pendidikan pengajar merupakan satu faktor yang sangat penting dalam
dunia pendidikan. Latar belakang pendidikan tenaga pengajar mampu mempengaruhi
aras pencapaian akademik pelajar. Hasil kajian beliau yang mengkaji mengenai
pengaruh latar belakang pendidikan tenaga pengajar dengan kemampuan mengajar
telah menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan antara latar belakang
tenaga pengajar terhadap kemampuan mengajarnya. Berdasarkan kajian ini tenaga
pengajar yang memiliki persamaan bidang yang diajar dengan latar belakang
pendidikan lalu, memiliki kelebihan dalam mengajar berbanding dengan tenaga
pengajar yang tidak mempunyai persamaan. Menurut Kusnawati (2009) lagi,
akauntabiliti sebagai seorang guru hendaklah mempunyai sijil terhadap
pengkhususan bidang-bidang tertentu terutamanya hal-hal yang berbentuk kemahiran
yang berhubungan dengan aliran tugas mengajarnya. Sebagai seorang yang
berkredibiliti, guru hanya perlu bercakap atau memberi nasihat di dalam perkara-
perkara yang ia berkelayakan mengenainya. Ali (1996) juga mengatakan tenaga
pengajar tanpa sijil dan latihan kemahiran yang secukupnya menghadapi masalah
untuk mengendalikan kelas dengan baik. Sekiranya tenaga pengajar tidak dapat
mengawal kelas dengan baik dan murid-murid akan menghadapi masalah di mana
mereka tidak dapat belajar dengan sempurna. Sebanyak 73.1% guru Kemahiran
Hidup mempunyai masalah dari segi kemahiran amali terutamanya semasa membuat
demonstrasi di hadapan pelajar.
Tenaga pengajar yang berpengalaman di lapangan kerja sebenar menurut
Ainley dan Luntley (2004) berkebolehan melakukan aktiviti secara spontan mahupun
dirancang di dalam kelas dengan cemerlang berdasarkan pengalaman mengendalikan
kelas dan penglibatan secara langsung dalam skop pendidikan (penglibatan dalam
9

industri) sendiri sepanjang perkhidmatanya dalam bidang pendidikan. John (2003)


mengatakan bahawa secara relatifnya, guru berprestasi tinggi dapat meningkatkan
pencapaian murid berbanding guru yang berprestasi rendah dalam aspek kemahiran.
Di dalam konteks penglibatan di industri, tenaga pengajar yang pernah didedahkan
dengan suasana bekerja di industri lebih berkeupayaan dalam mendidikan pelajar
aliran kemahiran. Tenaga manusia yang diperlukan dalam industri haruslah cekap
dan profesional. Memandangkan aktiviti perindustrian pada masa akan datang
berteraskan teknologi tinggi, maka adalah menjadi kemestian bagi meningkatkan dan
memperbanyakkan penglibatan pihak industri di dalam sistem pendidikan yang
berasaskan kemahiran terutamanya pendidikan teknik dan vokasional (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2009). Menurut Zulkifli dan Nik Zafri (2000), kualiti kurikulum
tenaga pengajar mempengaruhi tahap keterampilan pelajar. Oleh itu tenaga pengajar
yang mempunyai pengalaman terlibat di industri mampu menerapkan segala
kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan industri masa kini di samping
memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Kasa dan Md Aroff (1997),
didapati bahawa tenaga pengajar lelaki lebih mementingkan nilai kerja yang kreatif
dan autoriti berbanding tenaga pengajar perempuan dalam aktiviti pengajaran.
Menurut Kosnin dan Che Ahmad (2010), tidak terdapat perbezaan di antara jantina
dengan tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran amali dalam komponen pilihan
Pertanian dan aktiviti pengajaran. Manakala perbezaan min bagi komponen pilihan
Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga dan juga Perniagaan dan
Keusahawanan menunjukkan perbezaan yang signifikan antara jantina dengan tahap
kesediaan Pengetahuan dalam pengajaran. Disini, pengkaji mendapati wujudnya
percanggahan maklumat diantara kajian yang telah dilakukan oleh Kasa dan Md
Aroff(1997) dan Kosnin dan Che Ahmad (2010).
Pengajaran kemahiran perlulah melibatkan penerapan semua aspek-aspek
psikomotor (Harold,2001). Mark (2009) berhujah bahawa kajian empirikal mengenai
pengajaran dan pembelajaran, amalan pengajaran, penyelesaian masalah dalam
pengajaran dan penilaian pengajaran memerlukan tenaga pengajar tersebut
memahami secara teliti dalam menentukan aras kemahiran (psikomotor) kendiri
sebelum disebarkan untuk kegunaan orang lain (para pelajar). Menurut Alyas (2006),
pengetahuan dalam bidang pengajaran adalah penting tetapi masih ramai tenaga
pengajar yang masih belum menguasai pengetahuan dalam bidang masing-masing.
10

Aspek psikomotor yang perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
haruslah merangkumi tujuh tahap iaitu pengamatan, persediaan, pergerakan
terkawal, mekanisme, pergerakan khusus, penyelesaian, dan keaslian. Pengajaran
dan pembelajaran yang melibatkan aspek psikomotor adalah diselaraskan dan
diorientasikan oleh pengajar itu sendiri. Tenaga pengajar seharusnya menerapkan
semua elemen psikomotor dalam kaedah pengajaran yang dijalankan (Simpson,
1972).
Pembelajaran dan pengajaran yang baik adalah mempunyai kriteria
berunsurkan aktiviti atau hands-on. Kemahiran membuat sesuatu (hands-on) adalah
antara cabang proses dalam tujuh domain psikomotor. Kemahiran ini dikenalpasti
apabila seseorang pelajar berusaha meningkatkan kualiti pergerakan dalam amali
kemahiran dengan melakukan pergerakan tersebut berulang kali. Pencapaian
terhadap kemahiran kompetensi ini diperoleh dengan menjalani latihan dan praktikal
(Selamat, 2000). Menurut Simpson (1972), bidang psikomotor adalah melibatkan
pergerakan fizikal, penyelarasan dan penggunaan bidang kemahiran motor.
Pembangunan kemahiran ini memerlukan latihan dan ianya diukur dalam bentuk
kelajuan, ketepatan, jarak, prosedur-prosedur dalam perlaksanaanya. Hal ini kerana
keperluan para pelajar lepasan aliran vokasional lebih menjurus kepada kehendak
dunia pekerjaan. Ini kerana majikan lebih mengutamakan bakal pekerja yang
mempunyai kemahiran dalam penguasaan sesuatu bidang (Harun, 2002).
Oleh sebab itu, seseorang tenaga pengajar harus menyediakan dirinya dengan
ilmu dan kemahiran yang lengkap terlebih dahulu sebelum masuk ke alam
penguruan. Dalam Kajian yang telah dijalankan oleh Akademi Kepimpinan
Pengajian Tinggi (AKEPT) pada tahun 2011, 12% daripada pengajaran guru
disampaikan dalam ukuran standard yang tinggi dimana melaksanakan amalan
pedagogi yang terbaik dan bersesuaian, 38% pada tahap memuaskan dan selebihnya
sebanyak 50% berada pada tahap yang tidak memuaskan (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2012).
11

Kesimpulanya, tenaga pengajar harus memilih kaedah pengajaran yang sesuai


disamping mempunyai pengalaman yang mendalam dalam pengajaran berbentuk
amali dan kemahiran. Hal ini kerana pemilihan kaedah pengajaran yang berkesan
dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan pelajar dalam penguasaan sesuatu
kemahiran amali di bengkel. Penerapan semua domain psikomotor yang merangkumi
domain pengamatan, persediaan, pergerakan terkawal, mekanisme, pergerakan
khusus, penyesuaian dan keaslian haruslah diterapkan dalam semua kaedah
pengajaran dan strategi pengajaran yang menjadi amalan dalam pengajaran amali di
bengkel.

1.3 Penyataan masalah

Pengajaran kemahiran perlulah melibatkan penerapan semua domain-domain


psikomotor. Tenaga pengajar sebagai saluran menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada pelajar perlulah menerapkan semua domain psikomotor di dalam kaedah
pengajaran yang dipilih. Hasil pencapaian pelajar dalam bidang akademik
bergantung kepada kemampuan pengajar. Penerapan kaedah pengajaran yang
merangkumi perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran dan penerapan
domain psikomotor dalam kaedah pengajaran juga haruslah sesuai dengan
pengajaran yang akan diajar berasaskan kepada pengajaran amali itu sendiri (Tan,
2010). Pentaksiran modular pula membantu calon untuk mendapatkan lulus dalam
peperiksaan namun kurang mempunyai nilai dalam penguasaan sesuatu kemahiran.
Hasil temu bual secara tidak berstruktur bersama guru bengkel di sekolah menengah
vokasional yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun mengatakan bahawa para
pelajar kini kurang berkemahiran berbanding para pelajar terdahulu.
Kemampuan pengajaran turut dipengaruhi oleh latar belakang yang pernah
diambil oleh tenaga pengajar. Tenaga pengajar yang mempunyai latar belakang
pendidikan bukan berunsurkan aliran pendidikan vokasional atau tidak mempunyai
pengalaman pekerjaan dalam bidang kemahiran mendapat kesulitan dalam sesi
pengajaran kompetensi di kolej vokasional dari aspek kaedah pengajaran amali di
bengkel yang merangkumi perancangan, pelaksanaan, penilaian dan penerapan
domain psikomotor dalam pengajaran. Idealnya, tenaga pengajar aliran kemahiran
12

yang mampu mengajar dengan berkualiti dan menerapkan semua domain psikomotor
dalam aktiviti pengajaranya adalah tenaga pengajar yang memiliki semua elemen
pendidik bagi pendidikan berasaskan kemahiran yang diperolehnya daripada
lembaga pendidikan atau pengalaman terdahulu (Danim, 2002).
Oleh itu, berdasarkan kajian-kajian yang telah dibincangkan, maka adalah
perlu dijalankan kajian bagi mengenal pasti penerapan domain psikomotor dalam
kaedah pengajaran, mengenalpasti perbezaan di antara penerapan kaedah pengajaran
paling dominan yang merangkumi pelaksanaan pengajaran, perancangan pengajaran
dan penilaian pengajaran yang diamalkan tenaga pengajar berdasarkan latar belakang
tenaga pengajar.

1.4 Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penerapan domain psikomotor dalam kaedah
pengajaran guru berdasarkan amali di bengkel dan mengenalpasti perbezaan kaedah
pengajaran yang paling dominan berdasarkan latar belakang tenaga pengajar
berasaskan pengajaran amali di bengkel
Selepas pembelajaran berpandukan sistem modular, para pelajar akan
melaksanakan amali di bengkel. Secara terperinci, kajian ini ingin melihat samada
terdapat perbezaan diantara kaedah pengajaran amali paling dominan yang
merangkumi aspek perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran dan penilaian
pengajaran yang diamalkan oleh tenaga pengajar berdasarkan latar belakang tenaga
pengajar merangkumi pengalaman mengajar di bengkel, pemilikan sijil kemahiran,
pengalaman di industri dan jantina tenaga pengajar. Begitu juga dengan penerapan
domain psikomotor di dalam strategi dan kaedah pengajaran berdasarkan amali di
bengkel. Hal ini kerana telah dikenalpasti bahawa wujudnya kekangan dalam
perlaksanaan kaedah pengajaran dari segi kemahiran pengajar bagi menambahkan
penguasaan kemahiran pelajar berteraskan pengajaran amali di bengkel.
13

1.5 Kerangka konsep kajian

Kerangka konsep kajian berperanan menjelaskan tentang konsep sebenar kajian yang
dijalankan oleh penyelidik. Ianya dihasilkan berperanan untuk memudahkan
pembacaan bagi memahami idea keseluruhan kajian. Dalam kajian ini, kerangka
konsep kajian diadaptasi oleh penyelidik dengan merujuk kepada Teori Psikomotor
Simpson (1972). Teori Psikomotor Simpson ini dikaitkan dengan kaedah pengajaran
yang telah ditetapkan dalam kaedah pengajaran amali di bengkel. Kaedah pengajaran
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perancangan pengajaran, pelaksanaan
pengajaran dan penilaian pengajaran. Hal ini kerana model ini didapati bersesuaian
dengan kehendak kajian yang bakal dijalankan. Domain psikomotor adalah satu
domain dalam menerapkan nilai keupayaan fizikal. Domain psikomotor terdiri
daripada tujuh pengelasan utama iaitu pengamatan, persediaan, pergerakan terkawal,
mekanisme, pergerakan khusus, penyesuaian dan keaslian. Pengiktirafan terhadap
kepentingan nilai keupayaan fizikal ini yang telah diperkenalkan oleh Dave (1970),
Simpson( 1972), Harrow (1972), Ennis (1987), Seels dan Glasgow (1990),
Romiszowski (1999), dan Krathwohl (2002) .

Demografi Responden.
Penerapan Domain
Pengalaman Mengajar Di Bengkel, , Psikomotor:
Pemilikan Sijil Kemahiran, Penerapan
1.Pengamatan
Pengalaman Bekerja Di Industri, 2.Persediaan Domain
Jantina 3.Pergerakan Psikomotor
Terkawal. Dalam
4.Mekanisme Pelaksanaan
5.Pergerakan Pengajaran
Kaedah Pengajaran
Khusus Amali Di Kolej
6.Penyesuaian Vokasional
1.Perancangan pengajaran
2.Pelaksanaan Pengajaran 7.Keaslian.
3.Penilaian Pengajaran

Rajah 1.3: Kerangka konsep kajian berdasarkan Teori Psikomotor Simpson (1972)
14

1.6 Objektif kajian

Berikut merupakan empat objektif kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji:


(i) Mengenal pasti aspek demografi merangkumi pengalaman mengajar di
bengkel, pemilikan sijil kemahiran, pengalaman bekerja di industri dan
jantina dalam kalangan tenaga pengajar kolej vokasional.
(ii) Mengenal pasti kaedah pengajaran amali dominan yang diamalkan oleh
tenaga pengajar di bengkel.
(iii) Mengenalpasti penerapan domain psikomotor dalam kaedah pengajaran amali
yang diamalkan oleh tenaga pengajar di kolej vokasional.
(iv) Mengenal pasti perbezaan diantara kaedah pengajaran amali paling dominan
diamalkan oleh tenaga pengajar dengan aspek demografi tenaga pengajar.

1.7 Persoalan kajian

Berikut adalah antara persoalan kajian yang dijadikan panduan penyelidik dalam
kajian yang dijalankan:
(i) Apakah demografi tenaga pengajar kolej vokasional yang merangkumi aspek
pengalaman mengajar di bengkel, pemilikan sijil kemahiran, pengalaman
bekerja di industri dan jantina?
(ii) Apakah kaedah pengajaran amali dominan yang diamalkan oleh tenaga
pengajar di bengkel?
(iii) Apakah penerapan domain psikomotor dalam kaedah pengajaran amali yang
diamalkan oleh tenaga pengajar di kolej vokasional?
(iv) Apakah terdapat perbezaan diantara kaedah pengajaran amali paling dominan
diamalkan oleh tenaga pengajar berdasarkan kepada pengalaman mengajar di
bengkel?
(v) Apakah terdapat perbezaan diantara kaedah pengajaran amali paling dominan
diamalkan oleh tenaga pengajar berdasarkan kepada pemilikan sijil
kemahiran?
15

(vi) Apakah terdapat perbezaan diantara kaedah pengajaran amali paling


dominan diamalkan oleh tenaga pengajar berdasarkan kepada pengalaman
bekerja di industri?
(vii) Apakah terdapat perbezaan diantara kaedah pengajaran amali paling
dominan diamalkan oleh tenaga pengajar berdasarkan kepada jantina tenaga
pengajar?

1.8 Hipotesis kajian

Hipotesis null dirangka untuk menjawab Persoalan Kajian. Hipotesis kajian yang
dijalankan pengkaji adalah seperti berikut:
(i) Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara kaedah pengajaran
amali dominan diamalkan oleh tenaga pengajar berpengalaman
mengajar melebihi 5 tahun dan berpengalaman mengajar kurang dari
5 tahun di bengkel.
(ii) Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara kaedah pengajaran
amali dominan diamalkan oleh tenaga pengajar yang memiliki sijil
kemahiran dan tidak mempunyai sijil kemahiran.
(iii) Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara kaedah pengajaran
amali dominan diamalkan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman
bekerja di industri dan tidak berpengalaman bekerja di industri.
(iv) Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara kaedah pengajaran
amali dominan diamalkan oleh tenaga pengajar lelaki dan perempuan.
16

1.9 Kepentingan kajian

Kajian ini memberi kepentingan dalam mencadangkan kaedah pengajaran kepada


tenaga pengajar dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran amali di
bengkel dengan baik. Ianya menjadi satu panduan kepada tenaga pengajar untuk
meningkatkan nilai kemahiran amali dalam diri dan meneliti penerapan domain
psikomotor dalam pemilihan kaedah pengajaran yang diperlukan bagi pengajaran
berpaksikan modul pentaksiran supaya kemahiran para pelajar dapat ditingkatkan
disamping memfokuskan untuk menyiapkan sistem fail pentaksiran.
Kajian ini juga secara tidak langsung dapat membantu pihak-pihak tertentu di
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam merangka satu strategi bagi meningkatkan tahap kompetensi tenaga
pengajar dalam bidang kemahiran dan merangka kaedah pengajaran amali yang
berkesan yang merangkumi penerapan semua domain psikomotor untuk
meningkatkan kualiti sistem pendidikan bagi aliran vokasional. Kualiti pengajaran
guru dan sistem pendidikan bukan sahaja terletak pada prestasi akademik pelajar
namun terletak juga kepada keupayaan dan penguasaan kemahiran tenaga pengajar
dalam domain psikomotor.

1.10 Skop kajian

Kajian ini difokuskan dari segi kaedah pengajaran merangkumi aspek perancangan
pengajaran, pelaksanaan pengajaran dan penilaian pengajaran yang diamalkan oleh
tenaga pengajar dalam melaksanakan sistem pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan amali di bengkel dan penerapan domain psikomotor dalam kaedah
pengajaran yang menjadi amalan tenaga pengajar di kolej vokasional.
Dalam pengajaran amali dan kemahiran, aspek yang paling ditekankan oleh
pengajar adalah aspek psikomotor berbanding aspek kognitif dan afektif. Hal ini
kerana bentuk pentaksiran kolej vokasional bagi peringkat diploma lebih
memfokuskan kepada aspek kemahiran dimana 80% modul vokasional ditaksir oleh
tenaga pengajar dan 20% oleh peperiksaan berpusat. Perkara ini jelas menunjukkan
17

bahawa pengajaran kemahiran lebih menitiberatkan kepada domain psikomotor.


Kajian ini adalah untuk mengenalpasti keselarian penerapan kaedah pengajaran
amali yang dipraktikkan oleh pengajar dengan kehendak kaedah pengajaran yang
telah ditetapkan dan mengetahui pengelasan domain psikomotor dalam kaedah
pengajaran berasaskan pentaksiran. Kajian tertumpu kepada guru vokasional di
semua kolej vokasional.

1.11 Definisi Terminologi dan Operasional

Terdapat beberapa istilah penting yang digunakan di dalam kajian ini. Definisi
perkara tersebut dari aspek terminologi dan operasional bagi kajian yang dijalankan
adalah seperti berikut:

1.11.1 Kolej Vokasional

Kurikulum Kolej Vokasional adalah berorientasikan pembelajaran berasaskan kerja


(amali). Kandungan pembelajaran berasaskan kepada kompetensi kerja, kompetensi
keusahawanan insaniah dengan nisbah dimensi teori-amali 30:70. Nisbah komponen
akademik kepada vokasional juga 30:70. Ianya merangkumi empat elemen iaitu
ilmu, aplikasi, kreativiti dan inovasi (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013). Berikut
merupakan jadual gambaran program kurikulum Kolej Vokasional KPM.
18

Jadual 1.1: Gambaran Program Kurikulum Kolej Vokasional KPM. (Jabatan Perdana
Menteri, 2010).

KOMPONEN PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL KPM


(78 buah Kolej Voctech mulai 2013)
Program Pendidikan Vokasional Latihan Kemahiran
Akademik : 30:70 20:80
Kemahiran
Persijilan Sijil Kolej Vokasional Sijil Kemahiran Malaysia
Designed for employment, self Atau
employment and further training Sijil Agensi Latihan Lain
later
Elemen Employability Skills, Work Values, Creativity and Innovation, and ICT
skills.
Wujudkan Jawatankuasa Kurikulum Industri bagi setiap bidang
Metodologi Production-Based Education PBE
(PBE)
Competency-Based Education & CBET
Training (CBET)
School Enterprise (SE) – Earning SE
while Learning Apprenticeship/Traineeship
Networking dengan institusi negara serantau (Thailand, Indonesia,
Singapura)
Bahasa Komunikasi Mandarin / Arab
Tambahan
Nilai Tambah Memenuhi keperluan industri
Penglibatan industri (Centre Of Excellence) dan
agensi awam (sekolah angkat) di Kolej Voctech
On Job Training (termasuk di negara serantau)

1.11.2 Kaedah Pengajaran Dominan

Pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada proses mengajar dan belajar yang
dijalani oleh tenaga pengajar dan pelajar di dalam bengkel kejuruteraan aliran
vokasional dalam bentuk teori dan amali. Kaedah pengajaran dominan bermaksud
kaedah pengajaran yang paling utama dimana kaedah pengajaran tersebut
merangkumi perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran dan penilaian
pengajaran.
19

Perancangan pengajaran adalah keputusan awal yang dirangka oleh tenaga


pengajar mengenai perkara yang akan dijalankan semasa sesi pelaksanaan
pengajaran supaya ianya lebih teratur dan difahami oleh para pelajar. Pelaksanaan
pengajaran pula adalah amalan pengajaran yang telah dirancang semasa perancangan
pengajaran. Pelaksanaan pengajaran merangkumi penggunaan pelbagai strategi
pengajaran seperti demonstrasi, soal jawab, syarahan, latih tubi, tayangan video,
penceritaan, dan lain-lain lagi. Manakala penilaian pengajaran adalah proses
penilaian akhir kepada para pelajar berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah
diajar. Penilaian pengajaran adalah proses terakhir dalam pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian pengajaran terbahagi kepada penilaian pengajaran yang
dijalankan oleh tenaga pengajar dan penilaian kepada hasil pembelajaran pelajar
(Sulaiman, 2004).
Pada umumnya objektif pengajaran akan termasuk ke dalam salah satu
daripada domain kognitif (penekanan kepada perolehan, pengembangan pengetahuan
serta intelek dan keupayaan berfikir tentang pengumpulan isi pelajaran dalam bentuk
mudah atau kompleks), afektif (tingkah laku berdasarkan perasaan atau nilai), atau
psikomotor (tindakan yang berkait rapat dengan pergerakan otot). Namun begitu,
bagi pengajaran amali di bengkel, pengajaran di ditekankan dalam pengelasan tahap
psikomotor yang merangkumi pengamatan, persediaan, pergerakan terkawal,
mekanisme, pergerakan khusus, penyesuaian dan keaslian.
Dalam konteks kajian ini, pengajaran difokuskan kepada perancangan
pengajaran, pelaksanaan pengajaran, penilaian pengajaran serta penerapan
pengajaran kemahiran (psikomotor) iaitu merujuk kepada kehendak modul
pentaksiran yang dibekalkan. Pengajaran yang dimaksudkan penyelidik ialah
kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran sebelum berlangsungnya penilaian awal atau penilaian sebenar ke atas
pelajar.
20

1.11.3 Sijil Kemahiran Malaysia

Tenaga pengajar kolej vokasional wajib mempunyai sijil kemahiran. Hal ini kerana
kolej vokasional ditubuhkan untuk melahirkan tenaga pengajar yang mempunyai
kemahiran dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Sijil Kemahiran Malaysia(SKM)
adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kementerian Sumber Manusia. SKM terdiri daripada lapan tahap persijilan iaitu
SKM Tahap 1, SKM Tahap 2, SKM Tahap 3, DKM Tahap 4, DLKM Tahap 5,
TKM Tahap 6, MKM Tahap 7 dan MTM Tahap. Tenaga pengajar kolej vokasional
boleh mendapatkan sijil kemahiran Malaysia dengan beberapa cara iaitu latihan di
industri yang diiktiraf, latihan berorientasikan industri (SLDN) dan melalui
pentauliahan pencapaian terdahulu (PPT).

1.11.4 Domain Psikomotor

Pembelajaran dan pengajaran berbentuk kemahiran melibatkan penekanan kepada


penerapan domain psikomotor (Daniel, 2010). Domain ini telah diperkenalkan oleh
Simpson pada tahun 1972. Domain psikomotor terdiri daripada tujuh pengelasan
utama iaitu pengalamatan, persediaan, pergerakan terkawal, mekanisme, pergerakan
khusus, penyesuaian dan keaslian (Simpson, 1972; Dave, 1970; Harrow,1972;
Ennis,1987; Seels dan Glasgow,1990; Romiszowski,1999 dan Krathwohl,2002).
Pengajaran berbentuk pentaksiran yang diperkenalkan di kolej vokasional
iaitu pengajaran berdasarkan Pentaksiran Standard Kompetensi (PSK) di bengkel
yang amat memberi penekanan kepada tujuh domain psikomotor tersebut. Hal ini
kerana pengajaran di kolej vokasional adalah berbentuk pengajaran kemahiran atau
kompetensi.
Domain pengamatan memberi penekanan kepada kepekaan, pengkategorian
dan kebolehan mentafsir ransangan. Domain persediaan menekankan kepada fokus
dan persediaan diri menjalankan amali apabila merujuk kepada pembelajaran dan
pengajaran berbentuk kemahiran. Domain pergerakan terkawal menfokuskan kepada
aktiviti amali yang sedang dijalankan. Domain mekanisme pula menonjolkan kepada
21

ketrampilan dan prinsip kepada pelaksanaan amali dalam diri pelajar dan penilai.
Domain pergerakan khusus pula memberi fokus kepada karisma dan kelincahan
pelajar menjalankan amali manakala domain terakhir bagi aspek psikomotor iaitu
domain penyesuaian adalah mengidentifikasi pelaksanaan amali dengan kreativiti
dan penyesuaian diri pelajar terhadap perkara yang telah diajar oleh pengajar semasa
P&P berlangsung (Simpson, 1972).

1.11.5 Kemahiran

Menurut kamus dewan edisi ketiga (2000), kemahiran ditakrifkan sebagai


kecekapan, kepandaian untuk mengerjakan sesuatu. Menurut Hamidin (2000),
kemahiran adalah pengetahuan secara praktikal yang merupakan gabungan
kebolehan, pengetahuan dan pengalaman. Kemahiran juga merupakan satu gagasan
ilmu yang berkaitan dengan perlakuan seseorang dimana ianya ditunjukkan melalui
kaedah demonstrasi. Ianya dipelajari melalui pengalaman secara praktikal.

1.11.6 Amali

Amali adalah teori yang dipelajari bukan berdasarkan pengalaman sebenar atau
perlaksanaan prinsip sesuatu ilmu pengetahuan. Ianya dipelajari berasaskan
pengalaman mengendalikan sesuatu perkara (kamus Bahasa melayu Nusantara,
2003). Dalam konteks kajian ini, amali merujuk kepada perlaksanaan teori yang
telah dipelajari mengikut modul pentaksiran di dalam bengkel.
22

1.11.7 Bengkel

Bengkel adalah tempat melakukan sesuatu kegiatan dengan arah tujuan yang pasti
samada secara berseorangan atau berkelompok untuk mengkaji sesuatu perkara atau
bertukar-tukar idea (Kamus Dewan Bahasa edisi keempat, 2005). Kementerian
pendidikan Malaysia(2001) mengatakan bengkel adalah satu bangunan atau bilik
yang mengandungi mesin-mesin atau alatan tangan untuk membuat kerja. Dalam
kajian ini, bengkel merujuk kepada bengkel aliran vokasional yang terdapat di kolej
vokasional.
BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji memfokuskan mengenai sorotan kajian literatur dengan
lebih mendalam yang mempunyai hubungan dengan pengajaran di bengkel, Sistem
Pentaksiran Standard Kompetensi (PSK), Tenaga Pengajar dan Pengalaman
Mengajar di Bengkel, Tenaga Pengajar dan Pemilikan Sijil Kemahiran, Tenaga
Pengajar dan Pengalaman Bekerja di Industri, dan Domain Psikomotor dalam
pengajaran. Fokus juga diberikan terhadap kaedah pengajaran dalam menerapkan
aspek psikomotor yang sedia ada yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar dalam
membantu murid memahami isi pembelajaran dan pengajaran aliran vokasional.
Sumber kajian literatur ini adalah daripada jurnal yang disahkan, teks ucapan
sebenar, penulisan ilmiah, buku-buku serta hasil-hasil kajian lepas. Segala maklumat
yang diguna pakai di dalam bab ini adalah dari sumber- sumber yang sah dan boleh
dipercayai.
24

2.2 Pengajaran Di Bengkel

Perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa telah menyebabkan banyak


perubahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bengkel. Kini, corak
perkembangan sistem pengajaran dan pembelajaran mengalami perubahan serta
bertambah maju. Perkara ini bermula dan semakin dipermantapkan dari semasa ke
semasa apabila tertubuhnya Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan pada tahun
1972 suatu ketika dahulu dimana salah satu objektifnya adalah untuk memurnikan
mutu pelajaran dengan cara menunjukkan contoh kaedah mengajar yang baik dan
mewujudkan bahan pandang dengar sebagai tambahan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas (Kementerian pelajaran Malaysia, 1988).
Menurut Ee (2002), teori pengajaran dan pembelajaran mempunyai hubungan
yang tersendiri. Teori pengajaran bermaksud satu usaha mengenal pasti kaedah yang
dapat mewujudkan keadaan bagi membolehkan tercapainya matlamat pembelajaran.
Bagi menjamin keberkesanan teori pengajaran, satu keserasian perlulah wujud
dengan teori pembelajaran yang sedia ada.
Teori pembelajaran pula menghuraikan penghubungkaitan antara apa yang
dipelajari dengan keadaan pembelajaran itu berlaku. Teori pengajaran melibatkan
target pembelajaran yang ingin dicapai. Tujuan teori pengajaran adalah menyediakan
prinsip-prinsip yang akan digunakan oleh guru-guru bagi menjamin sesuatu
pembelajaran (Ee ,2002).

You might also like