You are on page 1of 31

PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

ISLAM: KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI


PENDIDIKAN, UTM

NURUL HUDA BINTI ABD RAZAK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK
REMAJA ISLAM: KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4
FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya NURUL HUDA BINTI ABD RAZAK


(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Alamat Tetap:
KAMPUNG BERIS PANCHOR, USTAZ ABDULLAH BIN SULONG
16020, TAWANG, BACHOK, Nama Penyelia
KELANTAN DARUL NAIM.
TEL : 013-7318093
Tarikh: 11 Mei 2011 Tarikh: 11 Mei 2011

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja
kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
i

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) .

Tandatangan : ..........................................
Nama Penyelia : USTAZ ABDULLAH BIN SULONG
Tarikh : 11 MEI 2011

ii

PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA


ISLAM: KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI
PENDIDIKAN, UTM

NURUL HUDA BINTI ABD RAZAK

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011
iii

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .

Tandatangan : ...............................................................
Nama Penulis : NURUL HUDA BINTI ABD RAZAK

Tarikh : 11 MEI 2011

iv

Dedikasi

Tuhanku
Sesungguhnya solatku, amalanku,
hidupku dan matiku, segalanya hanya untuk-MU.

Nabi Muhammad
Semoga ketabahan dan kesabaranmu menjadi peganganku,
Aku redha dengan segala suruhanmu.

Ma dan Abah Tercinta


Terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengorbanan
dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini.
Sesungguhnya jasa kalian tidak terbalas.
Ketahuilah diri ini begitu menyayangi kalian,
ku pohon restu dari kalian untuk meneruskan perjuangan
di bumi Allah ini.

Kakakku, abangku, abang iparku dan kakak iparku


Zaini, Mohd Riduan, Syed Azwan, dan Fadiah
Terima kasih atas bantuan,
dorongan dan sokongan kalian,
Menjadi kekuatan dan semangatku untuk aku meneruskan perjuangan ini.

Adik-adik ku,
Mohd Ikram dan Nurul Jannah,
Semoga kalian menjadi mata rantai perjuangan Islam.
Teruskan perjuangan.

Penyelia yang dikagumi


Buat Ustaz Abdullah Sulong, syukran jazilan
Atas tunjuk ajar yang diberikan,

Sahabat-sahabat seperjuangan
Segala kenangan bersama akan tetap terpahat kukuh
dalam sanubariku buat selama-lamanya
semoga ukhuwwah ini berkekalan selamanya.
v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran yang tidak terkira pada-Mu Ya


Allah kerana dengan limpah dan inayah-Mu diriku masih dikurniakan nikmat iman
dan Islam serta diberi kesempatan, peluang dan kemudahan bagi menjalankan Projek
Sarjana Muda (PSM) dengan jayanya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi
Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta para sahabat yang bertungkus lumus
menegakkan Islam hingga adanya apa yang kita lihat sekarang.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin
Sulong, selaku penyelia PSM yang banyak membantu serta tidak jemu-jemu
memberi bimbingan, nasihat dan dorongan sepanjang tempoh ini bagi memastikan
PSM yang dijalankan dapat disempurnakan dengan baik. Sekalung penghargaan juga
buat semua pensyarah FTI, UTM dan FP, UTM, atas segala curahan ilmu dan
didikan yang diberikan buat diri yang dhaif ini.

Tidak dilupakan buat ibu bapa dan ahli keluarga tercinta serta rakan-rakan
seperjuangan yang banyak memberi dorongan, kata-kata semangat serta bantuan.
Jasa kalian amat dihargai. Didoakan agar ukhuwah yang dibina berkekalan
selamanya. Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Juga penghargaan ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga Allah SWT membalas
segala jasa mereka. Wallahu a'lam.

vi

ABSTRAK

Keruntuhan akhlak yang melanda sesetengah remaja Islam semakin


meruncing pada masa kini. Pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya perkara
ini. Kajian ini merupakan satu tinjauan khusus mengenai persepsi mahasiswa Fakulti
Pendidikan terhadap internet, hubungan dan pengaruh Facebook, Youtube dan Blog
terhadap keruntuhan akhlak remaja Islam. Responden bagi kajian ini adalah pelajar
tahun 4 Fakulti Pendidikan, UTM sesi 2010/2011 yang terdiri daripada kursus SPI,
SPK, SPS, SPM, SPC, SPJ, dan SPL iaitu seramai 78 orang pelajar. Set soal selidik
yang mengandungi 48 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara
deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min serta dianalisis
secara inferensi dengan menggunakan korelasi Pearson dan regrasi untuk melihat
hubungan dan pengaruh Facebook, Youtube dan Blog terhadap keruntuhan akhlak
remaja Islam.dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
version 15.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbachs Alpha =
0.836. Hasil kajian menunjukkan min bagi persepsi mahasiswa terhadap internet
ialah 4.03. Manakala analisis korelasi yang diperolehi menunjukkan Youtube
mempunyai hubungan yang sederhana dengan keruntuhan akhlak remaja Islam
dengan nilai r = 0.490. Faktor Facebook (r = 0.265) dan Blog (r = 0.255) mempunyai
hubungan yang lemah dengan keruntuhan akhlak remaja Islam. Kajian regresi pula
menunjukkan hanya faktor Youtube (r = 0.240) yang mempunyai pengaruh dengan
keruntuhan akhlak remaja Islam, manakala faktor Facebook (r = 0.070) dan Blog (r
= 0.065) tidak mempunyai pengaruh terhadapnya. Beberapa cadangan dikemukakan
bagi penambahbaikan hasil daripada rumusan kajian.
vii

ABSTRACT

Nowadays, it can be seen that moral decadence that occurs among Islamic
youth has aggravated significantly. There are various factors that have caused the
occurrence of this matter. This study is a survey done specifically to find the
perception of students from the Faculty of Education on internet, the relationship and
influence of Facebook, Youtube and Blogs to the moral decline among Islamic
Youth. Respondents of this study are fourth year students from the Faculty of
Education, UTM session 2010/2011 which consists of SPI, SPK, SPS, SPM, SPC,
SPJ and SPL and include 78 students as respondents. A set of questionnaire which
contains 48 items were distributed to the respondents and were analyzed by using the
descriptive method to find the frequency value, percentage and mean value and also
were analyzed by using Pearson correlation and regression to see the correlation
between the use of Facebook, Youtube and Blog and the moral decline among
Islamic youth using the Statistical Package Software for Social Science version 15.0
for Windows. Results from pilot study indicates that Cronbachs alpha value = 0.836.
Survey results show that the mean value for students perception on internet is 4.03.
While correlation analysis that has been acquired shows that Youtube has average
correlation with the Islamic youth moral decline with r value = 0.490. Facebook
factor (r = 0.265) and Blog (r = 0.255) show weak correlation with Islamic youth
moral decline. On the other hand, regression study shows only Youtube factor (r =
0.240) contributes to Islamic youth moral decline, while Facebook factor (r = 0.070)
and Blog (r = 0.065) give no effect to it. Some suggestions have been proposed for
improvement based on the conclusion deduced from the study.
viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS


PENGESAHAN i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI AYAT AL-QURAN xvi
SENARAI HADIS xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
SENARAI SIMBOL xx

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
ix

1.4 Objektif Kajian 9


1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Batasan Atau Skop Kajian 11
1.9 Definisi Istilah 12
1.9.1 Internet 12
1.9.2 Persepsi 12
1.9.3 Pengaruh 13
1.9.4 Keruntuhan 13
1.9.5 Akhlak 14
1.9.6 Remaja 14
1.10 Kesimpulan 14

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 16
2.2 Kepentingan Internet Pada Masa Kini 17
2.3 Faktor-Faktor Dalam Internet Yang
Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak
Remaja Islam 18
2.3.1 Facebook 20
2.3.2 Youtube 24
2.3.3 Blog 25
2.4 Masalah Keruntuhan Akhlak Remaja
Islam Pada Masa Kini 28
2.5 Kajian Lepas 30
2.6 Kesimpulan 32
x

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 35
3.4 Populasi Kajian Dan Sample Kajian 36
3.5 Instrumen Kajian 37
3.5.1 Data Primer 37
3.5.2 Data Sekunder 40
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 40
3.7 Kajian Rintis 41
3.8 Kajian Sebenar 42
3.9 Analisis Data 42
3.10 Jangka Masa Kajian 45
3.11 Kesimpulan 46

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 49
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut
Jantina 49
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Umur 50
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut
Status Perkahwinan 51
4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut
Kursus 51
4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut
Sekolah Terdahulu 52
xi

4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 53


4.3.1 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Bagi Masalah Keruntuhan Akhlak Remaja
Islam Pada Masa Kini 53
4.3.2 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Bagi Persepsi Mahasiswa Terhadap internet 61
4.3.3 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Bagi Faktor Keruntuhan Akhlak: Facebook 67
4.3.4 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Bagi Faktor Keruntuhan Akhlak: Youtube 72
4.3.5 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Bagi Faktor Keruntuhan Akhlak: Blog 77
4.4 Analisis Inferensi 81
4.4.1 Analisis Korelasi 82
4.4.2 Analisis Regrasi 85
4.5 Analisis Keseluruhan 87
4.6 Kesimpulan 89

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 90
5.2 Perbincangan 90
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 91
5.2.2 Masalah keruntuhan Akhlak Remaja Islam
Pada Masa Kini 92
5.2.3 Persepsi Mahasiswa Terhadap Internet 96
5.2.4 Faktor Keruntuhan Akhlak 98
i. Youtube 98
ii. Facebook 100
iii. Blog 101
xii

5.2.5 Analisis Inferensi 103


5.3 Rumusan 104
5.3.1 Melihat Persepsi Mahasiswa Terhadap
Internet 105
5.3.2 Hubungan Facebook, Youtube Dan Blog
Menyumbang Kepada Keruntuhan Akhlak 105
5.3.3 Pengaruh Internet Seperti Facebook,
Youtube Dan Blog Terhadap Masalah
Keruntuhan Akhlak Remaja Islam 105
5.4 Cadangan 106
5.4.1 Membuat Satu Perisian Untuk Memantau
Dan Menyekat video-video yang tidak
bermoral dari dilihat atau dimuat naik oleh
sesiapa sahaja 106
5.4.2 Mewujudkan Undang-undang Khas Untuk
Mencegah Penyalahgunaan Internet Facebook 107
5.4.3 Menguatkuasakan Undang-Undang 107
5.5 Cadangan Lanjutan Kajian 108
5.6 Kesimpulan 109

BIBLIOGRAFI 110

LAMPIRAN

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Kes anak luar nikah Melayu 4


3.1 Jumlah populasi yang terlibat dalam kajian 36
3.2 Spesifikasi item soal selidik 38
3.3 Maklumat setiap bahagian, jenis konstruk
dan jumlah item dalam soal selidik 39
3.4 Pengkelasan skala Likert 39
3.5 Pengkelasan maklum balas 40
3.6 Penggunaan kaedah statistik mengikut pecahan
objektif kajian 43
3.7 Nilai skor min 43
3.8 Klasifikasi kekuatan korelasi 44
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 50
4.3 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 51
4.4 Taburan Responden Mengikut Kursus 51
4.5 Taburan Responden Mengikut Sekolah Terdahulu 52
4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 53
4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 54
4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 55
4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 55
4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 56
4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 56
xiv

4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 57


4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 57
4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 58
4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 58
4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 59
4.17 Taburan Min Keseluruhan Bagi Masalah Keruntuhan
Akhlak Remaja Islam Pada Masa Kini 60
4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 61
4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 61
4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 62
4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 62
4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 63
4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 63
4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 64
4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 64
4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 65
4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 65
4.28 Taburan Min Keseluruhan Bagi Persepsi Mahasiswa
Terhadap internet 66
4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 67
4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 67
4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 68
4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 68
4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 69
4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 70
4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 70
4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 71
4.37 Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Keruntuhan
Akhlak: Facebook 71
4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 72
4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 73
4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 73
4.41 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 74
4.42 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34 74
xv

4.43 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35 75


4.44 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 36 75
4.45 Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Keruntuhan
Akhlak: Youtube 76
4.46 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 37 77
4.47 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 38 77
4.48 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 39 78
4.49 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 40 79
4.50 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 41 79
4.51 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 42 80
4.52 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 43 80
4.53 Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Keruntuhan
Akhlak: Blog 81
4.54 Hubungan Antara Faktor Facebook Terhadap
Keruntuhan Akhlak Remaja Islam 82
4.55 Hubungan Antara Faktor Youtube Terhadap
Keruntuhan Akhlak Remaja Islam 83
4.56 Hubungan Antara Keruntuhan Akhlak Remaja
Islam Dengan Faktor Blog 84
4.57 Pengaruh Antara Facebook, Youtube dan Blog
Dengan keruntuhan akhlak Remaja Islam 85
4.58 Pengaruh Antara Faktor Facebook Dengan
Keruntuhan Akhlak Remaja Islam 86
4.59 Pengaruh Antara Faktor Youtube Dengan
Keruntuhan Akhlak Remaja Islam 86
4.60 Pengaruh Antara Faktor Blog Dengan
Keruntuhan Akhlak Remaja Islam 86
4.61 Nilai Min Bagi Keseluruhan Konstruk Item 87
4.62 Keputusan Korelasi 88
4.63 Keputusan Regrasi 88

xvi

SENARAI AYAT AL-QURAN

SURAH HALAMAN

Al-Ahzab 3
Al-Ankabut 7
Ali-Imran 23
Adz-Dzariyat 23
Al-Isra 93
Adz-Dzariyat 95
Ali-Imran 95
An-Nisa 96
Al-Hadid 99
Al-Asr 101

xvii

SENARAI HADIS

HADIS RIWAYAT HALAMAN

Tirmizi 7

Bukhari 22

xviii

SENARAI SINGKATAN

AADK Agensi Anti Dadah Kebangsaan


Bil. Bilangan
e-mel Elektronik Mel
FP Fakulti Pendidikan
FGHT Fakulti Geoinformasi dan HartaTanah
FTI Fakulti Tamadun Islam
Ha Hipotesis alternatif
Ho Hipotesis nol
IRC Internet Relay Chat
JAIM Jabatan Agama Islam Melaka
JPN Jabatan Pendaftaran Negara
JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat
KS Kurang Setuju
SAM Syarikat Air Melaka
SAW Sallallahu Alaihi Wasallam
Sig. Significant
SPSS Statistical Package for Social Science
SPC Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Kimia)
SPI Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPJ Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan
Mekanikal)
SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
SPL Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Tesl)
SPM Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Matematik)
SPS Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Sains Sukan)
xix

S Setuju
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
SWT Subhanahu Wa Taala
ICT Information and Communication Technology
IPT Institut Pengajian Tinggi
PDRM Polis Diraja Malaysia
TS Tidak Setuju
UPM Universiti Putra Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia

xx

SENARAI SIMBOL



% Peratus
n Saiz Sample
r Korelasi
r Regrasi
x Pemboleh ubah bebas
y Pemboleh ubah bersandar

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perkembangan penggunaan internet semakin meluas seiring dengan kemajuan


sesebuah negara. Perkembangan ini menyebabkan internet tidak asing lagi di
kalangan masyarakat. Bukan hanya masyarakat bandar, masyarakat desa pun sudah
pandai menggunakan internet. Ini menjadikan rangkaian tanpa sempadan ini menjadi
semakin penting kepada masyarakat untuk memudahkan urusan. Seluruh masyarakat
di setiap pelusuk dunia menjadikan internet sebagai alat untuk memudahkan pelbagai
urusan samada urusan kerja, keluarga, pelajaran, peribadi dan sebagainya.

Tidak dinafikan internet mempunyai banyak manfaatnya, tetapi keburukan


juga datang seiring dengan kebaikan atau manfaatnya. Dalam internet semua benda
boleh dilayari tanpa tapisan. Disebabkan inilah remaja sekarang berpendapat tiada
orang yang tahu apa yang mereka buat atau apa yang mereka tengok dalam intenet
walaupun ibu bapa mereka sekalipun dan mereka bebas mengunakannya. Bagi
remaja yang mempunyai keluarga yang berada, internet dipasang di rumah dan 24
jam boleh menggunakannya tanpa had, tapi bagi remaja dari golongan sederhana
mereka lebih banyak mengunjungi kafe-kafe internet bersama kawan-kawan.
2

Walaupun ada kafe-kafe internet yang meletakkan tanda dilarang melayari


laman sesawang yang tidak bermoral, tetapi masih ada sesetengah kafe-kafe internet
lain yang membenarkan pelanggan melayarinya. Biasanya kafe internet inilah yang
banyak dikunjungi oleh remaja.

Penyalahgunaan terhadap internet menyebabkan kepincangan dan keruntuhan


akhlak melanda golongan remaja pada masa kini. Pelbagai perkara yang tidak baik
berlaku seperti mencuri, merompak, rogol, berzina, terlibat kegiatan samseng,
ponteng sekolah dan sebagainya. Yang paling parah ialah perkara ini banyak berlaku
kepada remaja Islam. Ini boleh menjejaskan imej Islam di mata masyarakat Islam
dan agama lain. Pelbagai punca berkait rapat dengan kepincangan yang berlaku.
Namun dalam kajian ini, hanya dibincangkan punca internet sahaja, iaitu
pengaruhnya terhadap keruntuhan akhlak remaja.

Keruntuhan akhlak yang membimbangkan di kalangan remaja masa kini


berpunca daripada kurangnya penekanan diberikan terhadap budaya dan cara hidup
Islam. Mereka menyalahgunakan kemudahan internet dengan melayari laman
sesawang yang tidak sepatutnya. Keruntuhan akhlak bukan hanya berlaku pada masa
sekarang, semasa zaman Rasulullah SAW hidup dulu pun keruntuhan akhlak di
kalangan kaum baginda juga teruk, dan disebabkan itulah Allah mengutus Nabi
Muhammad untuk membimbing mereka ke jalan yang benar. Akhlak mulia yang
ditunjukkan baginda menjadi contoh ikutan. Akhlak baginda adalah akhlak yang
paling baik sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 21:
3

tu9$#u !$# (#_t t%x. yj9 u|ym u& !$# u 3s9 t%x. s)9

#ZVx. !$# tx.su tzF$#

Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri


teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap
(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah

(Al-Ahzab, 33: 21)

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada masa kini, timbulnya berbagai krisis akhlak dan moral yang menular,
merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khususnya di kalangan remaja.
Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan bayi dalam
tong sampah, penderaan, gengsterisme, vandalisme, rogol, sumbang mahram,
ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan


(AADK) jumlah penagih dadah bagi tempoh 1988 hingga 2005 ialah 289,763 orang.
(Berita Harian 27 Mac 2006)

Manakala bagi kes kelahiran anak luar nikah, Ketua Pengarah Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim menyatakan anak luar nikah Melayu
telah didaftarkan di seluruh negara seperti jadual 1.1 di bawah:
4

Jadual 1.1 Kes Anak Luar Nikah Melayu

Tahun Jumlah (kes)


2007 16,1000
2008 16,541
2009 17,303

(Sumber: Berita Harian 21 Mac 2010)

Walaupun laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kebajikan


Masyarakat (JKM) tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu yang melahirkan
anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk
membuka mata masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya
kejadian zina semakin merebak termasuk di kalangan remaja Melayu. Sebahagian
besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah di kalangan
kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah menengah.
Ini merupakan satu kejadian yang sangat menggerunkan kita semua.

Perkara ini berlaku kerana dorongan nafsu yang tidak di kawal oleh remaja.
Umur pada peringkat remaja biasanya suka mencari dan mencuba pelbagai perkara
terutama perkara yang baru dijumpai oleh mereka. Nafsu adalah anugerah Allah
SWT kepada manusia dan nafsu juga adalah musuh sebati dengan diri manusia yang
melaksanakan hasrat nafsu manusia. Nafsu manusia itu berkecenderungan untuk
melakukan sesuatu yang bersifat buruk berbanding dengan kecenderungan untuk
melakukan sesuatu yang bersifat baik. Seandainya nafsu tidak dapat dikawal, sudah
pasti boleh menghilangkan maruah diri, agama dan nilai budaya sesebuah
masyarakat dan membawa kepada kemungkaran sebagaimana berlaku dalam
masyarakat kini.
5

Menurut Dr. Fariza Md Sham dalam majalah Al-Islam (2006: 18) antara
perkembangan ketara yang mempengaruhi psikologi remaja ialah kesan globalisasi
yang membawa konsep dunia tanpa sempadan dan dasar langit terbuka. Ini bermakna
segala maklumat dan perkembangan dunia luar boleh diketahui dan dicapai oleh
masyarakat dunia. Tidak kira perkara itu baik atau buruk, semuanya dapat dilihat.
Anak remaja yang sememangnya dalam proses perkembangan, mempunyai
keinginan dan sifat mencuba sesuatu yang baru, sudah pasti teruja dan tidak dapat
mengelak daripada melihat atau menonton apa yang dipaparkan oleh masyarakat
dunia.

Menurut Abdullah Naseh Ulwan (1988: 152) dalam Mohd Ismail Mustari
(2007: 160) menyatakan pengaruh media massa seperti media cetak dan elektronik
juga adalah punca yang menyebabkan akhlak belia pincang dan rosak. Belia kini
lebih berminat menonton televisyen, mendengar radio, berinteraksi dengan komputer
sama ada bermain game komputer atau melayari internet daripada bersemuka dengan
ibu bapa dan ahli keluarga. Keasyikan ini juga menyebabkan pelajaran, kerja rutin
harian dan tanggungjawab lain terabai.

Justeru, remaja pada masa kini perlulah memperkukuhkan iman dan jiwa
supaya mereka mempunyai daya tahan yang kuat dan tidak terjerumus dalam
kegiatan yang tidak sihat ini. Selain itu, setiap ahli keluarga juga terutamanya ibu
bapa harus memantau perlakuan anak-anak mereka supaya perkara ini dapat
dibendung di peringkat awal. Tetapi ibu bapa sekarang lebih mementingkan harta
dunia daripada mendidik dan mengasuh anak-anak mereka. Padahal anak-anak
adalah harta yang tidak ternilai yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kesibukan ibu
bapa itu menyebabkan ibu bapa dan anak kurang kesempatan untuk bercakap,
berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka.
Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan
pengawasan ibubapa dengan melayari internet untuk mengubati hati yang
kekosongan kasih sayang.
6

1.3 Pernyataan Masalah

Disebabkan penyalahgunaan terhadap internet itulah menyebabkan


berlakunya berbagai salah laku seperti pembuangan bayi, penagihan dadah, lumba
haram, pergaulan bebas dan sebagainya. Ini kerana mereka ingin mencuba setelah
menonton sesuatu video atau gambar daripada internet seperti laman sesawang dan
blog yang tidak sepatutnya yang mengandungi unsur-unsur lucah dan tidak bermoral.

Institusi keluarga penting untuk membantu para remaja supaya tidak terjebak
dengan penyalahgunaan internet. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang
agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya
terjerumus kepada perkara yang tidak baik.

Allah SWT menjadikan manusia itu dalam keadaan sentiasa resah gelisah,
biar dalam keadaan apa sekalipun, kecuali mereka yang berupaya melakukan
sembahyang dengan khusyuk dan diterima oleh Allah SWT. Ketika dirundung
malang, mereka mengeluh dan menjadi tamak, kedekut ketika memperoleh
kesenangan, kecuali mereka yang sembahyang dan diterima sembahyangnya.

Sembahyang di sini dilambangkan sebagai punca utama segala kebaikan,


kerana sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan
kemungkaran. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 45:
7

4sSs? n4n=9$# ) ( n4n=9$# %r&u =tG39$# y7s9) zr& !$t ?$#

tos? $t n=t !$#u 3 t92r& !$# .%s!u 3 s39$#u !$tsx9$# t

Maksudnya: Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al


Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu
mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan
sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar
(keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui
apa yang kamu kerjakan

(Al-Ankabut, 29:45)

Justeru, masyarakat perlu bertindak dan bertanggungjawab bagi


mengatasinya bersama-sama. Kita perlu kembali kepada cara hidup Islam, malah
semua agama mahukan penganutnya menjadi seorang manusia yang baik. Dalam
satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:



:


: :
...

()
( :)

Hadis di atas bermaksud: Dari Abi Al-Abbas Abdillah bin Abbas


Radiyallahuanhuma katanya: Pada suatu hari adalah aku di belakang Nabi SAW,
lalu baginda bersabda: Hai anak! Aku akan mengajar engkau beberapa perkataan.
8

Peliharalah Allah, nescaya Dia pelihara engkau Maksud hadis itu adalah jika
manusia memelihara undang-undang serta hukum Allah, maka Dia pasti memelihara
kita daripada melakukan kemungkaran di atas muka bumi ini.

Keruntuhan akhlak yang berleluasa dan melampaui batas sekarang ini boleh
dibandingkan dan diambil iktibar seperti umat yang rosak yang telah dihancurkan
oleh Allah di zaman dahulu seperti mana yang tersebut di dalam Al-Quran.
Meskipun mereka dulu tidak memiliki kemudahan teknologi namun, fitrah manusia
yang cenderung mengikut hawa nafsu boleh mempelajari perbuatan aib mengikut
naluri haiwan.

Bezanya di zaman moden ini, teknologi seperti media massa menjadi


pemangkin, mempermudahkan remaja terdedah dengan subjek-subjek yang tidak
bersesuaian atau bertentangan dengan agama dalam usia yang teramat muda. Jika
ianya ditonton, didengar atau dibaca tanpa pengawasan penjaga, pendidik, pihak
berkuat kuasa atau masyarakat umumnya, maka natijahnya naluri ingin mencuba,
digoda oleh pasangan mereka atau tekanan pergaulan bebas menjebakkan mereka
kekancah maksiat tersebut. Keruntuhan akhlak boleh berlaku dimana-mana sahaja
tidak kira zaman samada dahulu, sekarang atau mengikut ketentuan Tuhan di masa
yang akan datang.

Oleh itu, masalah utama yang akan dikaji adalah untuk melihat apakah
keruntuhan akhlak mempunyai hubungan dan pengaruh dengan internet dan pengkaji
hanya fokus kepada tiga faktor internet sahaja iaitu faktor Facebook, Youtube dan
Blog. Pengkaji merasakan perlu mengkaji hubungan dan pengaruh internet terhadap
keruntuhan akhlak remaja Islam supaya boleh dijadikan pengajaran dan iktibar
kepada remaja-remaja sekarang dan yang akan datang.
.
9

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini ialah:

1.4.1 Untuk mengetahui persepsi mahasiswa terhadap internet.

1.4.2 Untuk melihat sejauh mana hubungan Facebook, Youtube dan Blog
menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja Islam.

1.4.3 Untuk mengenal pasti pengaruh internet seperti Facebook, Youtube dan
Blog terhadap masalah keruntuhan akhlak remaja Islam.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan bagi kajian ini ialah:

1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa terhadap internet?

1.5.2 Adakah Facebook, Youtube dan Blog mempunyai hubungan dalam


menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja Islam?

1.5.3 Adakah Facebook, Youtube dan Blog boleh mempengaruhi masalah


keruntuhan akhlak remaja Islam?

You might also like