You are on page 1of 22

PSZ 19:16 (Pind.

1/13)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

Nama Penuh Pengarang : MOHD SUHAIMI BIN OSMAN

Tarikh Lahir : 19 MEI 1993

Tajuk Kajian : KAJIAN CABARAN PENERAPAN PENGAJARAN


KEMAHIRAN ABAD KE 21 OLEH GURU DI KOLEJ
VOKASIONAL NEGERI PERLIS
Sesi Pengajian : 2018/2019

Saya mengaku bahawa tesis ini dikelaskan:

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah


keselamatan atau AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah


ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)

TIDAK Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan


 sebagai akses terbuka dalam talian (teks penuh)
TERHAD

1. Saya mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini


disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-
syarat kegunaan seperti berikut :
2. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja.
4. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
Disahkan oleh:

TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN PENYELIA

DR. RAFEIZAH BINTI MOHD


A14PP3044
ZULKIFLI
NOMBOR MATRIK NAMA PENYELIA

NOTES : If the thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach with the letter from
TARIKH: 18
the organization withDECEMBER 2018
period and Date: 18 or
reasons for confidentiality DECEMBER
restriction2018
“Saya akui saya telah membaca
“I hereby karya
declare that weini danread
have padathis thesis and
pandangan in my
saya karya ini
adalah memadai darithis
opinion skop dan kualiti
thesis untukintujuan
is suffcient penganugerahan
term of Ijazah
scope and quality Sarjana
for the
Muda Teknologi
awardSerta Pendidikan
of the degree of (Binaan Bangunan)"”
Choose an item.”

Tandatangan : ________________________________
Nama Penyelia : DR. RAFEIZAH BINTI MOHD ZULKIFLI
Tarikh : 13 JANUARY 2019
KAJIAN CABARAN PENERAPAN PENGAJARAN KEMAHIRAN ABAD KE 21
OLEH GURU DI KOLEJ VOKASIONAL NEGERI PERLIS

MOHD SUHAIMI BIN OSMAN

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat


Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Binaan Bangunan)

Sekolah Pendidikan
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2019
DEKLARASI

“Saya akui karya adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ....................................................
Nama : MOHD SUHAIMI B OSMAN
Tarikh : 13 JANUARI 2019

ii
DEDIKASI

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah dengan rahmat dan keberkatanMu akhirnya
membolehkan aku menyiapkan penulisan kajian ini
sebagai tanda perjuangan di medan ilmu

Buat ibu dan ayahku


Encik Osman B Shafiee dan Che Zaini Bt Ariffin
Terima kasih atas dorongan dan doa yang dipohonkan keatas anakmu
Semoga keberkatan hidup dilimpahi oleh Allah

Buat pensyarah tercinta.


Dr Rafeizah Binti Mohd Zulkifli.
Sekalung penghargaan atas segala perkongsian ilmu, galakkan dan dorongan
disepanjang anak didikmu menyiapkan kajian ini.
Semoga Allah tuhan semesta alam
memberikan keberkatan dalam hidupmu

Buat rakan-rakan seperjuangan.


Terima kasih atas segala pertolongan dalam menghadapi liku-liku kesukaran
dalam menyiapkan penulisan kajian.
Jasa kalian akan aku kenang dalam doaku

iii
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahhim,

Alhamdullilah,bersyukur kepada Allah dengan dengan limpahan


rahmat yang dianugerahkan kepada saya dapat jua menyiapkan penulisan kajian
untuk Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya sebagai wadah untuk generasi akan
datang.

Penghargaan ini saya tujukan khas kepada ibu bapa tercinta iaitu Encik
Osman B Shafie dan Che Zaini Bt Ariffin yang sanggup berkorban masa, tenaga,
serta sokongan yang tidak pernah berbelah bahagi kepada saya disepanjang
menyiapkan kajian ini. Semoga usaha dan tenaga ibu ayah dibalas oleh Allah S.W.T.

Sekalung penghargaan saya berikan kepada pensyarah tercinta Dr Rafeizah


Binti Mohd Zulkifli diatas nasihat, dorongan dan bantuan beliau dalam penambaikan
dan penulisan kajian Projek Sarjana Muda sehingga mencapai pada tahap terbaik.
Jasa baikmu dalam perkongsian ilmu semoga Allah melimpahkan saham pahala yang
berkekalan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga rakan-rakan
yang banyak memberi peringatan dan tunjuk ajar disepanjang kita bersama-sama
bersusah payah menyiapkan penulisan kajian Projek Sarjana Muda ini.
.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam penulisan kajian ini dengan ucapan terima
kasih

iv
ABSTRAK

Mengorak langkah mendepani alaf ke 21, kini sistem pendidikan


Malaysia khususnya dalam bidang pendidikan Teknik dan Vokasional pada
tahun 2013 telah mengalami tranformasi selaras dengan keperluan industri
negara. Secara tidak langsung, Pendidikan Abad ke 21 diadaptasikan dalam
sistem pendidikan yang menekankan elemen komunikasi, kolaboratif,
pemikiran kritis, kreatif dan nilai murni serta etika. Kajian ini bertujuan untuk
melihat sejauh mana elemen pelaksanaan PAK21 yang menjadi cabaran
kepada para guru serta tahap amalan PAK21 yang sering diamalkan oleh para
guru di di Kolej Vokasioanal di Negeri Perlis. Justeru itu, kajian ini
merupakan berbentuk kuantitatif dan menggunakan instrumen borang soal
selidik dengan jumlah responden 70 untuk pengumpulan data di Kolej
Vokasional. Oleh itu, kaedah persampelan rawak mudah digunakan dan
ditujukan kepada guru teknikal di Kolej Vokasional. Kajian rintis juga turut
dijalankan kepada 19 responden guru teknikal di sebuah Kolej Vokasional
dengan kebolehpercayaan item yang dijalankan ialah 0.974 untuk kedua-dua
bahagian. Dapatan kajian, mendapati aspek yang menjadi cabaran utama guru
dalam mengaplikasikan PAK21 adalah melibatkan penggunaan teknologi,
kos, masa dan ruang bilik kelas yang terhad dengan nilai min pada tahap yang
tinggi. Kajian ini juga menunjukkan bahawa guru mempunyai pengetahuan
dan amalan pengajaran yang tinggi dalam pemahaman yang berteraskan 5
elemen PAK21 dengan nilai min pada tahap yang tinggi.

v
ABSTRACT

As the 21st century overtakes in the Malaysian education system, The


Technical and Vocational Education of the year 2013 has transformed by the
industrial demands of the nation. Moreover, 21st Century Education system has
adapted in Malaysia education classification that emphasises communication,
collaborative, critical thinking, values, ethics, and creativity. This study aims to
examine which elements of 21st Century (PAK21) implementation that appears as a
challenge and the level of an application by teachers at the Vocational College in
Perlis. Besides, this quantitative studies uses a questionnaire form with random
sampling method of 70 respondent at Vocational College. However, Pilot studies
conducted with 19 respondents of technical teachers from Vocational College with
item reliability 0.974 for both divisions. The research findings indicate that the main
challenges in implementing 21st Century (PAK21) are the limitation of technology
utilisation in the classroom, costs, time and place followed by mean in the high-level
category. Finally, teachers have a high level of knowledge and practice in the
understanding of five elements of PAK21 appeared in a mean in the high-level
category.

vi
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan Kajian 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Batasan Kajian 7
1.7 Definisi Dan Istilah 8
1.7.1 Cabaran 8
1.7.2 Vokasional 8
1.7.3 Transformasi 8
1.7.4 Holistik 8
1.7.5 Kolaboratif 8
1.7.6 Pemikiran Kritis 9
1.7.8 Pembelajaran dan Pemudahcaraan (pdpc) 9
1.8 Penutup 9

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 11


vii
2.1 Pengenalan 11
2.2 Lima Eleme Asas Pendidikan Abad ke 21 11
2.2.1 Komunikasi 12
2.2.2 Kolaboratif 13
2.2.3 Pemikiran Kritis 13
2.2.4 Kreativiti 13
2.2.5 Nilai Murni dan Etika 14
2.3 Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru-Guru Dalam
Mengaplikasikan Pak21 Di KV 14
2.4 Amalan Pak21 Oleh Guru-Guru Di Kolej Vokasional 16
2.5 Kaedah Pengajaran Yang Bersesuaian Digunakan
Untuk Pendidikan Teknikal 18
2.6 Kesimpulan 19

BAB 3 METODOLOGI PROJEK 21


3.1 Pengenalan 21
3.2 Rekabentuk Kajian 21
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 22
3.4 Pengumpulan Data 22
3.5 Instrumen Kajian 23
3.5.1 Borang Soal Selidik 23
3.6 Kesahan Borang Soal Selidik 25
3.7 Kajian Rintis 26
3.8 Kaedah Analisis Dara 27
3.9. Carta Alir Metodologi Kajian 28
4.0 Kesimpulan 29

BAB 4 ANALISIS DATA 31


4.1 Pengenalan 31
4.2 Proses Pengumpulan Data 32
4.3 Kaedah Anlisis Data 32
4.4 Analisis Data Bahagian A (latar belakang Responden) 33
4.4.1 Jantina 33

viii
4.4.2 Umur 34
4.4.3 Bangsa 35
4.4.4 Pengalaman Kerja 35
4.4.5. Pengkhususan Bidang Guru KV 36
4.4.6 Tahap Pendidikan Tertinggi 36
4.5 Analisis Data Bahagian B ( Cabaran Guru Dalam
Mengaplikasikan PAK21 Di Kolej Vokasional) 37
4.6 Analisis Data Bahagian C (Tahap Amalan Pendidikan
Abad ke 21 Yang Digunakan oleh Guru Kolej Vokasional) 43
4.6.1 Elemen Komunikasi 43
4.6.2 Elemen Kolaboratif 45
4.6.3 Elemen Pemikiran Kritis 46
4.6.4 Elemen Kreatif 48
4.6.5 Elemen Nilai Murni dan Etika 49
4.7 Rumusan Hasil Kajian 51

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 53


5.1 Pengenalan 53
5.2 Perbincangan Bahagian A ( Data Demografi Responden) 54
5.3 Perbincangan Bahagian B (Tahap Cabaran Guru
Dalam Mengaplikasikan PAK21 Di Kolej Vokasional) 55
5.4 Perbincangan Bahagian C (Tahap Amalan Pendidikan
Abad ke 21 Yang Digunakan oleh Guru Kolej Vokasional). 59
5.4.1 Elemen Komunikasi 59
5.4.2 Elemen Kolaboratif 60
5.4.3 Elemen Pemikiran Kritis 60
5.4.4 Elemen Kreatif 61
5.4.5 Elemen Nilai Murni dan Etika 62
5.4 Rumusan 63
5.6 Cadangan dan Kajian Lanjutan 64

RUJUKAN 65

ix
SENARAI SINGKATAN

PAK21 - Pendidikan Abad ke 21


pdpc - Pembelajaran dan pemudahcaraan
UTM - Universiti Teknologi Malaysia

x
SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 3.1 Lima Peringkat Skala Likert digunakan pada bahagian


24
B
Jadual 3.2 Lima Peringkat Skala Likert digunakan pada bahagian
25
C
Jadual 3.3 Nilai Alpha Cronbach item bahagian B 26
Jadual 3.4 Nilai Alpha Cronbach item bahagian C 27
Jadual 3.5 Skala Pengukuran Min oleh Rebecca L. Oxford and
27
Judith A. Burry Stock
Jadual 4.1 Tahap penilaian responden pada bahagian B 32
Jadual 4.2 Tahap penilaian responden pada bahagian C 33
Jadual 4.3 Taburan responden mengikut jantina 34
Jadual 4.4 Frekuensi dan peratus umur responden 34
Jadual 4.5 Bangsa. 35
Jadual 4.6 Taburan pengalaman kerja responden 35
Jadual 4.7 Pengkhususan Bidang Guru 37
Jadual 4.8 Tahap pendidikan tertinggi guru di KV 37
Jadual 4.9 Data analisis item 1 hingga 22 40
Jadual 4.10 Jadual Analisis Data Elemen Komunikasi 44
Jadual 4.11 Jadual Analisis Data Elemen Kolaboratif 45
Jadual 4.12 Jadual Analisis Data Elemen Pemikiran Kritis 47
Jadual 4.13 Jadual Analisis Data Elemen Kreatif 49
Jadual 4.14 Jadual Analisis Data Elemen Nilai Murni dan Etika 50

xi
SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Slaid Penerangan Dasar Pendidikan, 1


Kementerian Pendidikan Malaysia

xii
SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 67

B Pengesahan Perbincangan Instrumen Panel 1 74

C Pengesahan Perbincangan Instrumen Panel 2 75

D Pengesahan Perbincangan Instrumen Panel 3 76

E Pengesahan Penyerahan Borang Soal Selidik Kolej 77


Vokasioanal Arau
F Pengesahan Penyerahan Borang Soal Selidik Kolej 78
Vokasioanal Kangar
G Borang BPPPDP 79

H Surat Pengesahan Pelajar Menjalankan Kajian 80

xiii
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kajian

Menjadi aspirasi negara untuk memastikan sistem pendidikan Malaysia berada


pada tahap yang terbaik dimana ledakan teknologi maklumat dan komunikasi pada
awal tahun 2000 telah merubah struktur sistem pendidikan Malaysia bagi melahirkan
pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran dan berilmu pengetahuan serta
berinformasi bagi menghadapi cabaran di masa kini. Kini perubahan sistem
pendidikan Malaysia khusus dalam pendidikan Teknik dan Vokasional pada tahun
2013 telah mengalami perubahan besar sejajar dengan keperluan negara bagi
memastikan keperluan modal insan untuk menyumbang kepada tenaga kerja negara.
Negara juga perlu mempunyai tenaga pekerja yang mempunyai kemahiran khusus
dalam bidang masing-masing sejajar dengan keperluan revolusi industri terkini yang
semakin terkehadapan dan mencabar.

Pendidikan Abad ke 21 (PAK21) secara literalnya merupakan satu konsep


terhadap perubahan dalam dunia pendidikan yang berasaskan teknologi yang
menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsurkan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) serta dilaksanakan dengan suasana bilik darjah bersesuaian dan
pelaksanaan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang interaktif. Menurut Zamri
(2012), unsur teknologi merupakan salah satu medium terpenting yang ditambah ke
dalam kurikulum sekolah untuk menggalakan pelajar terhadap pembelajaran yang
positif. Bermula awal tahun 2000, Pendidikan Abad ke 21 diperkenalkan dengan
mengambil kira Dasar Wawasan Negara yang bertujuan melahirkan masyarakat yang
mampan. Kini hampir dua dekad, sistem pendidikan Malaysia berubah kepada sistem
pendidikan yang berteraskan teknologi dan informasi iaitu menjurus kepada PAK21
yang membentuk acuan sistem pendidikan Malaysia. Pelbagai dasar Kementerian
Pendidikan Malaysia diolah dan diubah seperti Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam usaha untuk mentransformasikan pendidikan
negara secara meluas. Pelan ini bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang lebih
holistik, bersepadu dan seimbang seiring dengan perubahan teknologi globalisasi
dunia. Perubahan besar yang berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia memberi
impak yang berfokus kepada melonjakkan pencapaian murid. Setiap perubahan yang
berlaku memerlukan pemahaman oleh para guru dan pentadbir supaya impak
keberkesanan dapat dirasai pelajar.

Pendidikan abad ke 21 menjadi formula baru yang dikatakan mampu


melahirkan pelajar ideal yang mempunyai elemen-elemen yang terkandung dalam
ciri-ciri pelajar abad ke 21. PAK21 diyakini dapat melonjakkan perubahan senario
sistem pendidikan negara yang memberi ruang kepada pelajar untuk belajar dalam
suasna pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan. Berdasarkan Slaid
Penerangan Dasar Pendidikan 2018, lima elemen utama yang menjadi asas kepada
PAK21 iaitu :
Rajah 1.1

(Sumber : Slaid Penerangan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan

Malaysia, 2018)

Berdasarkan rajah 1.1 dapat dikenalpasti lima elemen terpenting yang


berpusatkan pelajar sebagai proses kemenjadian pelajar berdasarkan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreatif dan elemen nilai murni serta etika.

Secara konseptual, kesemua intipati untuk melahirkan modal insan


berkemahiran terletak di atas bahu para pendidik khusunya guru teknikal. Guru
memainkan peranan penting sebagi agen perubahan untuk untuk memastikan bidang
Teknik dan Vokasional terus relevan dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Transformasi bidang TVET telah menyebabkan kurikulum di Kolej Vokasional
disusun semula, maka corak pengajaran guru turut berubah seiring dengan arus
teknologi khususnya mengadaptasikan Pendidikan Abad ke 21. Para pendidik perlu
menguasai ilmu teknologi, kemahiran dam penguasaaan isi kandungan kurikulum
pada tahap maksimum pada era ini. Tambahan pula kesan yang paling jelas dirasai
ialah perubahan cara dan pendekatan pengajaran guru-guru kerana situasi pada masa
kini. Saudara Ab Tamin, (2017) mengemukakan impak ini memberikan pengaruh yang
besar kepada pelaksanaan kurikulum sistem pendidikan yang ada dan proses
kemenjadian murid-murid.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan Abad ke 21 (PAK21) dalam kontek pendidikan Malaysia boleh


ditakrifkan sebagai satu dalam proses pembelajaran yang berpusatkan murid dan
bertunjangkan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta
aplikasi nilai murni dan etika, Slaid Penerangan Dasar Pendidikan, (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2018). Oleh itu menjadi cabaran utama kepada para pendidik
khusus guru di Kolej Vokasional untuk mengimplementasikan strategi pengajaran
yang dapat disesuaikan dengan pendidikan arus pendana.

Menurut kajian Faridah, Norlia, Widad, Hairul dan Zainudin (2014) yang
dilakukan di Kolej Vokasional Sungai Petani, hampir 50% strategi pengajaran guru
hanya memberi tumpuan kepada isi kandungan kurikulum dimana guru menekankan
memberi kuliah dan pelajar mengambil nota yang lebih bersifat pemusatan guru.
Berpaksikan PAK21, proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) tidak lagi
berpusatkan kepada guru tetapi lebih menumpukan kepada berpusatkan pelajar
bersama rakan sekelas. Menurut Ab Halim Tamuri Nur Hanani Hussin (2017) perkara
yang utama keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar tertumpu pada
susun atur bilik darjah dan kemudahan prasarana tetapi penentu utama kejayaan adalah
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berfokus kepada berpusatkan murid
bukan berpusatkan guru. Oleh itu, guru seharusnya memainkan peranan sebagai
pembimbing dimana aktiviti di dalam kelas banyak menggalakkan kolaborasi pelajar,
membentuk kemahiran menyelesaikan masalah dan menggalakkan pelajar untuk
berfikir secara kritikal.

Selain itu juga, Faridah Karim (2000) menyatakan bahawa guru mengalami
kesukaran dalam mempelbagaikan teknik PdPc dan melaksanakan aktiviti yang
berpusatkan pelajar. Dalam mempelbagaikan kaedah mengajar guru berperanan
penting sebagai alat kefahaman dan minat pelajar terhadap pembelajaran. Guru
seharusnys memilih kaedah pedadogi yang mantap menjadikan pembelajaran efektif
dan berkesan untuk sesuatu isi pelajaran Justeru itu, melangkah ke era baru, guru perlu
mengubah corak pengajaran agar dapat disesuaikan dengan cara pengajaran semasa
supaya pelajar dapat mengembangkan idea serta kemahiran teknikal supaya sifat
ingin tahu pelajar akhirnya terbuka.

Di dalam konteks penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pemudahcaraan,


kajian yang dilakukan oleh Mazyla dan Nor Fadila (2004) mendapati walaupun guru
diberi kemudahan yang cukup tetapi guru teknikal tidak menggunakan ICT dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.. Tetapi malangnya, kebanyakan guru
lebih selesa untuk memilih kaedah pembelajaran secara tradisional tanpa melibatkan
penggunaan ICT. Oleh itu, setiap guru perlu memperkemaskan kaedah dan strategi
pedagogi yang komprehensif dimana seseorang guru itu perlu kuasai untuk diajar
kepada pelajar seiring dengan arus teknologi perdana.

Penggunaan konsep PAK21 ini menyebabkan menjadi cabaran kepada guru


dimana guru perlu mempunyai motivasi dan halatuju baru untuk mendidik generasi
negara. Merujuk kepada Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia, (2015), terdapat
enam ciri guru abad ke-21 iaitu, (1) menguasai isi kandungan kurikulum, (2)
menguasai dan berketerampilan dalam pedagogi, (3) memahami perkembangan dan
menyokong pelajar, (4) memahami psikologi pembelajaran, (5) menguasai kemahiran
kaunseling, dan (6) mahir menggunakan teknologi terkini. Ciri-ciri ini adalah sejajar
dengan hasrat kementerian pendidikan untuk menghasilkan guru-guru yang
berwibawa. Selain itu, menurut standard 4, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang kedua (SKPMG2) telah menggariskan standard kualiti dan tindakan guru
untuk mencapai standard berdasarkan rubrik penskoran. Secara tidak langsung, guru
kolej vokasional secara khususnya telah memasuki satu sistem yang menjadi cabaran
kepada guru baru dan guru yang lama untuk mengadaptasi konsep PAK21 selaras
dengan kemajuan negara.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan kajian-kajian yang lepas didapati, proses pdpc di Kolej


Vokasional masih mengaplikasikan sistem pembelajaran tradisional akibat beberapa
masalah utama pengajaran dimana para pendidik lebih selesa untuk memilih kaedah
berpusatkan guru (Faridah, et.al 2014). Menurut kajian Abdull Sukor, Izam,
Nurahimah dan Mohd Isa (2016), bahan keperluan untuk proses pdpc mengunakan
kos, oleh itu, guru meminta pelajar menyalin sahaja nota dan impaknya pelajar menjadi
tidak aktif disamping strategi pembelajaran yang membosankan. Kaedah ini dikata
lebih menyenangkan guru disamping tidak menggunakan masa yang banyak
berbanding dengan aktiviti berpusatkan murid. Menurut Alis (2008) guru kekurangan
masa untuk menyediakannya bahan bantu mengajar menjadikan ianya masalah untuk
menjalankan pembelajaran berpusatkan pelajar. Masalah yang dihadapi ini bakal
menyebabkan proses pdpc terbantut dan PAK21 yang diuar-uarkan menjadi bahan
rujukan semata-mata.
Sebaiknya, pembelajaran yang berkesan akan dapat memastikan pelajar-
pelajar diintegrasikan dengan sokongan yang mantap daripada kaedah pengajaran guru
dalam dan luar bilik darjah. Menurut Tyson, (1998), mempelbagaikan strategi
pengajaran akan membawa perubahan dinamik yang memberi kesan baik kepada
proses pengajaran. Signifikannya ialah keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini
bukan sekadar berfokus pada kemudahan prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi
penentu utama adalah kejayaan.

Pendidikan teknik dan vokasional telah mengalami transformasi penjenamaan


dari segi nama, perubahan kurikulum dan pensijilan untuk menggalakkan penyertaan
pelajar. Malahan penggunaan ICT dalam pengajaran menjadi unsur terpenting sebagai
pengerak utama dalam PAK21. Menurut Dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan
Negara 2013-2025 Anjakan 7 (Kementerian Pendidikan Malaysia 2013), menyatakan
bahawa kerajaan telah mengeluarkan bajet perbelanjaaan dalam kemudahan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam usaha pendidikan tetapi penggunaan ICT di sekolah
masih tidak mencapai tahap yang memberangsangkan dari segi kualiti dan kuantiti
dimana 80% guru tidak menggunakan ICT kurang satu jam seminggu. Justeru itu, para
guru perlu mahir dan bijak menggunakan peluang dan kemudahan yang disediakan
dalam mempelbagaikan corak pembelajaran di Kolej Vokasional.

Oleh itu, rasional kajian ini dijalankan adalah untuk melihat faktor-faktor
cabaran yang mempengaruhi corak pengajaran guru dalam mengadaptasikan
Pendidikan Abad ke 21 di Kolej Vokasional dalam tranformasi Pendidikan Teknik dan
Vokasional.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya, objektif kajian ini ialah:

a. Mengenalpasti cabaran utama guru untuk mengaplikasikan PAK21 di


Kolej Vokasional
b. Mengenalpasti amalan PAK21 oleh guru-guru Kolej Vokasional
1.5 PERSOALAN KAJIAN

a. Apakah cabaran guru dalam mengaplikasikan PAK21 di Kolej


Vokasional?

b. Apakah tahap amalan Pendidikan Abad ke 21 yang digunakan oleh


guru Kolej Vokasional?

You might also like