You are on page 1of 33

PERSEPSI PELAJAR 3 SPI TERHADAP PERANAN MASJID DARI SUDUT

PENDIDIKAN DALAM MASYARAKAT ISLAM

NORSHAIFUL AZHAR BIN MOHAMMAT NOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ‹


JUDUL: PERSEPSI PELAJAR 3 SPI TERHADAP PERANAN MASJID DARI
SUDUT PENDIDIKAN DALAM MASYARAKAT ISLAM

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya : NORSHAIFUL AZHAR BIN MOHAMMAT NOR


(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah ) * ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (9 )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh


organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)

9 TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )

ALAMAT TETAP: UST. MOHD ISMAIL B. MUSTARI


3338 LAHAR YOOI 13300 TASEK (NAMA PENYELIA)
GELUGUR S.P.U. PULAU PINANG

Tarikh: 29 APRIL 2009 Tarikh: 29 APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis
ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
# Tesis dimaksudkan sebagai tesis Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.

Tandatangan : ________________________________
Nama Penyelia : UST. MOHD ISMAIL BIN MUSTARI
Tarikh : APRIL 2009
i

PERSEPSI PELAJAR 3 SPI TERHADAP PERANAN MASJID DARI SUDUT


PENDIDIKAN DALAM MASYARAKAT ISLAM

NORSHAIFUL AZHAR BIN MOHAMMAT NOR

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada


syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009
ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ____________________________________
Nama Penulis : NORSHAIFUL AZHAR BIN MOHD NOR
Tarikh : APRIL 2009
iii

DEDIKASI

‫ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ‬


Segala puji-pujian hanya kepada Mu Ya Allah
Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tidak terkira
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Teristimewa buat Ayahanda & Bonda Tersayang…


Hj. Mohammat Nor Bin Che Mat & Hjh. Siti Patimah Binti Zakaria,
Jasa Pengorbanan dan doa kalian berdua sangat ku hargai, malah ia menjadi
kekuatan sehinggaku berjaya seperti hari ini,
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala pengorbanan yang tidak ternilai ini.

Buat Abang Long dan keluarga, Abang Ngah dan keluarga,


adik-adikku Khairi dan Hakimi...Hargailah apa yang kita punyai sekarang,
Hargailah Pengorbanan dan Jasa Orang Tua kita,
Janganlah kita leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini.
Anak-anak saudaraku Adam, Aqis dan Syirah.

Tidak lupa juga buat Mak Lang Yam sekeluarga, Pak Cik Man sekeluarga, Pak Su, Mak Njang
dan semua ahli keluarga yang membantu anak saudaramu ini. Semoga kalian semua dimurahkan
rezeki di dunia dan di akhirat.

Buat Pensyarah dan Guru, terutamanya Ust. Mohd Ismail B. Mustari....


Kalian semua tidak pernah jemu mendidik mencurah ilmu dari awalku di sini hingga hari ini.
Jutaan terima kasih di atas segala tunjuk ajar. Halalkan ilmu yang telahku pelajari.

Sahabat-sahabat seperjuangan....
Aber, Aus, Awe, Azuat, Asyuk, Ain, Amin, Arjie dan Aupik
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian
Pengalaman kita di sini akan terpahat kukuh diingatanku buat selama-lamanya.
iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat
junjungan Rasulullah s.a.w. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini
dapat disiapkan hingga ke noktah terakhir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia


projek yang dihormati, al-Fadhil Ustaz Mohd Ismail Bin Mustari di atas segala
nasihat, dorongan, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan
laporan PSM ini.

Tidak ketinggalan juga kepada kedua ibu bapa yang sentiasa memberi
dorongan dalam segala kerja yang dilakukan. Kepada rakan-rakan seperjuangan,
kesudian anda dalam membantu serta berkongsi idea amat dihargai.

Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung, jutaan terima kasih diucapkan. Semoga segala kerjasama dan usaha
yang diberikan, diberkati Allah S.W.T. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat
kepada semua pembaca.

Amin.
v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi, langkah-langkah dan


penglibatan pelajar di dalam aktiviti yang berkaitan dengan masjid. Responden
kajian ini adalah pelajar tahun 3 kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam), UTM sesi 2008/2009 iaitu seramai 40 orang responden. Sebanyak
60 item soalan telah dibina dan instrument kajian yang digunakan ialah soal selidik.
Analisis deskriptif dibuat untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science version 14.0
for Window. Nilai kebolehpercayaan ialah α = 0.860. Analisis kajian mendapati 99.5
% responden bersetuju dengan peranan masjid dari sudut pendidikan dengan purata
min 4.58. Manakala 98.5 % responden bersetuju dengan langkah untuk menarik
minat masyarakat ke masjid dengan purata min 4.45. Sementara 87.8 % responden
terlibat dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihak masjid dengan purata min 3.38.
Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati pihak masjid telah memainkan
peranan yang cukup baik dalam mengimarahkan masjid dari sudut pendidikan
selaras dengan kehendak masyarakat kini.
vi

ABSTRACT

This research is to determine the perception of involving student and step to interact
in mosque activities. The respondents of this research are the 3rd year Bachelor of
Science with Education students majoring in Islamic studies for the 2008/2009
session which consist of 40 students. A set of questionnaire comprising 60 questions
were distributed and methodology used for this research is a questionnaire method.
The descriptive analysis was carried out to find the frequency, percentage and mean
by using the Statistical Package for Social Science version 14.0 for Windows.
Reliability value of the research instrument is α = 0.860. The data analysis shows
that 99.5 % agreed with the mosque role from the education angle with mean 4.58.
However, 98.5 % of the respondent agreed with the steps to encourage society to the
mosque with mean 4.45. Meanwhile, 87.8 % respondent involved with activities
organized by the mosque with mean 3.38. Overall, the result shows the mosque play
their role to attract society to the mosque from the education angle consist with
human needed.
vii

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

SURAT PENGESAHAN
PENGAKUAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PENYELIDIK ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
viii

1.5 Persoalan Kajian 7


1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Kesimpulan 16

BAB 2 SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT

2.1 Pengenalan 17
2.2 Matlamat Pendidikan Islam 17
2.3 Objektif Pendidikan Islam 19
2.4 Institusi Madrasah 20
2.5 Masjid Sebagai Pusat Tarbiyyah Dan
Pendidikan Ummah 22
2.6 Program Pendidikan Anak-Anak 23
2.7 Peranan Masjid Dari Sudut Pendidikan 23
2.8 Kurikulum Pendidikan 25
2.9 Pendekatan Dan Perlaksanaan Program 26
2.10 Tujuan Membina Masjid 28
2.11 Peranan Masjid Mengikut Keperluan 29
2.12 Kajian Lepas 31
2.13 Kesimpulan 35

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36
3.2 Rekabentuk Kajian 36
ix

3.2.1 Metod Penyelidikan Perpustakaan 38


3.2.2 Metod Soal Selidik 38
3.3 Tempat Kajian 39
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 41
3.6 Tatacara Kajian 42
3.7 Kajian Rintis 43
3.8 Analisis Data 44
3.9 Jangkamasa Kajian 44
3.10 Kesimpulan 45

BAB 4 ANALISA DATA MUKA SURAT

4.1 Pengenalan 46
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 47
4.3 Bahagian B: Persepsi Mahasiswa 3 SPI Terhadap
Peranan Masjid Dari Sudut Pendidikan 49
4.4 Bahagian C: Langkah-Langkah Untuk Menarik
Minat Masyarakat Ke Masjid 59
4.5 Bahagian D: Penglibatan Pelajar 3 SPI Dalam
Menyertai Program Dan Aktiviti Yang
Dijalankan Oleh Pihak Masjid 69
4.6 Analisis Keseluruhan Dan Rumusan Min
Dapatan Kajian 79
4.7 Kesimpulan 86
x

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN


CADANGAN

5.1 Pengenalan 87
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 87
5.2.1 Analisis Latar Belakang Responden 88
5.2.2 Mengenalpasti Persepsi Mahasiswa 3 SPI
Terhadap Peranan Masjid Dari Sudut
Pendidikan 89
5.2.3 Langkah-Langkah Untuk Menarik Minat
Masyarakat Ke Masjid 92
5.2.4 Penglibatan Pelajar 3 SPI Dalam
Menyertai Program Dan Aktiviti
Yang Dijalankan Oleh Masjid 94
5.3 Rumusan 96
5.4 Cadangan 97
5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Masjid Dan
Pentadbiran 97
5.4.2 Individu 98
5.4.3 Persatuan-Persatuan Islam 99
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 99
5.6 Kesimpulan 100

BIBLIOGRAFI 102

LAMPIRAN
xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah Populasi Tahun 3 SPI 40


3.2 Pengkelasan Skala Likert 41
3.3 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 42
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 47
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 47
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan 48
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Keperluan
Terhadap Masjid 48
4.5 Taburan Skor Bagi Item 1 49
4.6 Taburan Skor Bagi Item 2 50
4.7 Taburan Skor Bagi Item 3 50
4.8 Taburan Skor Bagi Item 4 51
4.9 Taburan Skor Bagi Item 5 51
4.10 Taburan Skor Bagi Item 6 52
4.11 Taburan Skor Bagi Item 7 52
4.12 Taburan Skor Bagi Item 8 53
4.13 Taburan Skor Bagi Item 9 53
4.14 Taburan Skor Bagi Item 10 54
4.15 Taburan Skor Bagi Item 11 54
4.16 Taburan Skor Bagi Item 12 55
4.17 Taburan Skor Bagi Item 13 55
4.18 Taburan Skor Bagi Item 14 56
4.19 Taburan Skor Bagi Item 15 56
4.20 Taburan Skor Bagi Item 16 57
4.21 Taburan Skor Bagi Item 17 57
xii

4.22 Taburan Skor Bagi Item 18 58


4.23 Taburan Skor Bagi Item 19 58
4.24 Taburan Skor Bagi Item 20 59
4.25 Taburan Skor Bagi Item 21 59
4.26 Taburan Skor Bagi Item 22 60
4.27 Taburan Skor Bagi Item 23 60
4.28 Taburan Skor Bagi Item 24 61
4.29 Taburan Skor Bagi Item 25 61
4.30 Taburan Skor Bagi Item 26 62
4.31 Taburan Skor Bagi Item 27 62
4.32 Taburan Skor Bagi Item 28 63
4.33 Taburan Skor Bagi Item 29 63
4.34 Taburan Skor Bagi Item 30 64
4.35 Taburan Skor Bagi Item 31 64
4.36 Taburan Skor Bagi Item 32 65
4.37 Taburan Skor Bagi Item 33 65
4.38 Taburan Skor Bagi Item 34 66
4.39 Taburan Skor Bagi Item 35 66
4.40 Taburan Skor Bagi Item 36 67
4.41 Taburan Skor Bagi Item 37 67
4.42 Taburan Skor Bagi Item 38 68
4.43 Taburan Skor Bagi Item 39 68
4.44 Taburan Skor Bagi Item 40 69
4.45 Taburan Skor Bagi Item 41 69
4.46 Taburan Skor Bagi Item 42 70
4.47 Taburan Skor Bagi Item 43 70
4.48 Taburan Skor Bagi Item 44 71
4.49 Taburan Skor Bagi Item 45 71
4.50 Taburan Skor Bagi Item 46 72
4.51 Taburan Skor Bagi Item 47 72
4.52 Taburan Skor Bagi Item 48 73
4.53 Taburan Skor Bagi Item 49 73
4.54 Taburan Skor Bagi Item 50 74
xiii

4.55 Taburan Skor Bagi Item 51 74


4.56 Taburan Skor Bagi Item 52 75
4.57 Taburan Skor Bagi Item 53 75
4.58 Taburan Skor Bagi Item 54 76
4.59 Taburan Skor Bagi Item 55 76
4.60 Taburan Skor Bagi Item 56 77
4.61 Taburan Skor Bagi Item 57 77
4.62 Taburan Skor Bagi Item 58 78
4.63 Taburan Skor Bagi Item 59 78
4.64 Taburan Skor Bagi Item 60 79
4.65 Dapatan Kajian Pelajar Terhadap Persepsi
Mahasiswa 3 SPI Terhadap Peranan Masjid
Dari Sudut Pendidikan 80
4.66 Dapatan Kajian Langkah-Langkah Untuk
Menarik Minat Masyarakat Ke Masjid 82
4.67 Dapatan Kajian Berkaitan Penglibatan Pelajar
3 SPI Dalam Menyertai Program dan Aktiviti
Yang Dijalankan Oleh Pihak Masjid 84
xiv

SENARAI SINGKATAN

Bil. - Bilangan
H - Hijrah
HEP - Hal Ehwal Pelajar
HR - Hadis Riwayat
KS - Kurang Setuju
M - Masihi
MPP - Majlis Perwakilan Pelajar
MSI - Masjid Sultan Ismail
No. - Nombor
PPIPS - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
PPZ - Pusat Pembayaran Zakat
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
S - Setuju
s.a.w. - sallallahu ’alaihi wasallam
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPSS - Statistical Package for Social Science
SS - Sangat Setuju
STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
STS - Sangat Tidak Setuju
S.W.T. - Subhanahu Wa Ta’ala
TMK - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
TS - Tidak Setuju
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
USM - Universiti Sains Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Al-Quran telah berulang-ulang kali menyeru seluruh muslim untuk memikirkan dan
belajar tentang ilmu-ilmu yang boleh membawa mereka lebih dekat kepada Allah
S.W.T. dan makhluk ciptaan-Nya. Al Quran menggunakan perkataan yang berulang-
ulang untuk menekankan beberapa kata kunci disamping membangkitkan rasa
kesedaran kepada pendengar-pendengarnya. Perkataan Allah S.W.T telah diulang
sebanyak 2,800 kali dan perkataan Rab telah diulang sebanyak 950 kali di dalam Al
Quran, manakala perkataan ilmu telah di ulang sebanyak 750 kali. Dalam ketiga-tiga
perkataan di atas perkataan ilmu adalah perkataan yang kerap diulang-ulang
sehingga diulang beratus kali di dalam Al-Quran. Oleh hal yang demikian, Al-Quran
menjelaskan kepentingan berilmu adalah sangat dituntut bagi setiap umat Islam
untuk menjadi umat yang terbaik di sisi Allah S.W.T.

Menurut Mimi Khairani Mohd. Isa, (1985: 15), pembinaan masjid sebagai
institusi ibadah juga tidak dibatasi oleh syarat-syarat fizikal seperti ruang,
2

rekabentuk dan lain-lain. Masjid terbina di atas asas ketakwaan seperti firman Allah
S.W.T. di dalam surah al-Taubah, ayat 108,:

ϵ‹Ïù tΠθà)s? βr& ‘,ymr& BΘöθtƒ ÉΑ¨ρr& ôÏΒ 3“uθø)−G9$# ’n?tã }§Åc™é& î‰Éfó¡yϑ©9

Maksudnya: “Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa


(masjid Quba) sejak hari pertama didirikan ini lebih patut di dalamnya
engkau solat di dalamnya..”

(Surah al-Taubah, 9: 108)

Oleh yang demikian, masjid yang dibina atas dasar selain takwa dan tidak
bertujuan untuk beribadah kepada Allah S.W.T. merupakan pembinaan yang sia-sia.
Menurut satu kisah semasa zaman Madinah, sebuah masjid telah dibina oleh
golongan munafiq bagi meraih sokongan masyarakat setempat, namun
pembinaannya tidak diredhai Allah S.W.T. Masjid yang didirikan atas niat dan atas
dasar kotor telah dilabelkan al-Quran sebagai ‘masjid dirar’ (Abdul Ghafar Don dan
Kamaruzzaman Yusof, 1992: 2).

Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan umat Islam untuk menuntut ilmu


selagi mana termampu dan mencari (Ilmu) sepanjang masa. Atas dasar mengikuti
ajaran Rasulullah s.a.w., pemimpin muslim menekankan agar setiap muslim
menuntut ilmu dan mereka sendiri telah memberi sokongan padu kepada institusi
pendidikan dan pembelajaran secara keseluruhannya. Maka dengan ini, pendidikan
awal telah menjadi satu kepentingan yang lazim bagi umat Islam.

Pendidikan adalah satu aspek yang diberi fokus oleh umat Islam bagi
mencipta dan membangunkan tamadun yang mantap lagi kukuh. Pendidikan adalah
satu nilai yang sangat dititikberatkan dalam hidup dan pembangunan individu
muslim. Pada hari ini jarang sekali kita berjumpa dengan seorang muslim yang tidak
3

boleh membaca atau menulis. Insitutusi pendidikan ini sangat disanjung tinggi
sehinggakan para guru dan pelajar dihormati oleh masyarakat sekeliling.

Pencarian ilmu mempunyai peranan yang penting seperti yang diletakkan


kedudukannya oleh Islam dalam hayat setiap umatnya. Ilmu merupakan satu
komponen penting dalam hidup para intelek, turut menjadi agenda penting oleh
setiap muslim. Hidup yang berkisar di dalam masjid telah tersebar keluar dan
mempengaruhi masyarakat sekeliling. Setiap tempat, dari masjid hinggalah ke
hospital, observatori dan madrasah adalah tempat belajar. Para ilmuan juga
menyampaikan ilmu kepada orang ramai di rumah mereka sendiri temasuklah
Rasulullah s.a.w yang menjadikan rumah sahabatnya al-Arqam bin Abi al-Arqam
sebagai institusi pendidikan. Pada waktu itu Rasulullah sendiri menjadi guru dan
pendidik di Dar al-Arqam. (Prof. Madya Hj Azam Hamzah, Dr. Huzaimah Ismail:
2007) dalam Islam Hadhari "Kekuatan masjid dalam menjana masyarakat
gemilang".

1.2 Latar belakang masalah

Kegemilangan tamadun Islam berkait rapat dengan unsur pendidikan dan ilmu
pengetahuan. Penubuhan negara Islam pertama di Madinah oleh Rasulullah s.a.w.
menyaksikan bagaimana masjid dijadikan sebagai sebuah institusi pendidikan dari
segi rohani dan jasmani. Walaupun begitu, pendidikan al-Quran dan hadis tidak
hanya melingkungi hal-hal yang berhubungan dengan ketuhanan atau keimanan dan
peribadatan serta akhlak sahaja, tetapi juga memuatkan dengan hal-hal yang
berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, keluarga, kemasyarakatan, ekonomi,
budaya dan pelbagai lagi permasalahan di dalamnya (Wahyudin Sumpeno: 1994).
Justeru, masjid menjadi tempat di mana tanda ketinggian dan keagungan peradaban
malah kedaulatan umat Islam untuk membina kehidupan di dunia dan akhirat
4

berdasarkan konsep 'hablu min an-nas, hablu min Allah.’ (Rahimi Md. Saad, UM:
2007) dalam Islam Hadhari "Kekuatan masjid dalam menjana masyarakat gemilang"

Menurut M. Jusoff Taib (1995: 6), “masjid adalah sumbu yang menyalakan
kerohanian, keilmuan daan kebudayaan umat. Islam, masjid dan masyarakat tiada
kesenjangan, keterpisahan dan keterpencilan”. Melalui pendapat yang dikemukakan
oleh M. Jusoff ini kita dapat simpulkan bahawa institusi masjid ini merupakan satu
kepentingan kepada seluruh umat Islam yang tidak dapat dipisahkan. Ini jelas
menunjukkan bahawa masjid mempunyai peranan yang cukup besar, merangkumi
dari aspek kerohanian, keilmuan, kebudayaan dan mencakupi keseluruhan
kehidupan manusia itu sendiri. Maka pendidikan yang bermula di masjid akhirnya
membawa kepada penubuhan institusi pendidikan yang lebih sistematik. Hal ini
jelas dapat di lihat dari kesan kecemerlangan intelektual yang mewarnai kehidupan
masyarakat sekitar abad ke-3H hingga ke-5H. Jelas sekali, masjid tidak dapat
dipisahkan sebagai institusi membangunkan ummah dari sudut pendidikan dan
intelektual muslim keseluruhannya.

Menurut Nasoha Saabin (2001: 6), masjid yang ada pada hari ini dibina serta
dihias dengan cantik. Sesiapa yang memasukinya, pasti akan terpegun dengan
kecantikannya. Kita dapat menyaksikan bahawa masjid dibina dengan perbelanjaan
yang tinggi, dan masjid dijadikan bangunan untuk dibanggakan. Kebanyakan
daripada kita tidak memikirkan bagaimana masjid dapat dimakmurkan. Ia digunakan
pada waktu tertentu sahaja. Pada kebanyakan waktu, masjid dibiarkan kosong dan
berkunci, sehingga tiada siapa yang berpeluang untuk memakmurkan walaupun
hanya sekadar untuk mengerjakan solat dua rakaat. Justeru, masjid perlu
diperluaskan fungsinya agar tidak hanya diimarahkan oleh golongan tertentu sahaja
seperti golongan warga emas. Justeru setiap lapisan masyarakat khususnya golongan
remaja perlu diberi ruang yang luas supaya mereka dapat memberi sumbangan
kepada pembangunan ummah. (Utusan Malaysia: 24.7.2008) Dalam hal yang
demikian Allah S.W.T memerintahkan kepada kita agar memakmurkan masjid.
5

Firman Allah S.W.T.:

nο4θn=¢Á9$# tΠ$s%r&uρ ÌÅzFψ$# ÏΘöθu‹ø9$#uρ «!$$Î/ š∅tΒ#u ôtΒ «!$# y‰Éf≈|¡tΒ ãßϑ÷ètƒ $yϑ¯ΡÎ)

zÏΒ (#θçΡθä3tƒ βr& y7Íׯ≈s9'ρé& #†|¤yèsù ( ©!$# ωÎ) |·øƒs† óΟs9uρ nο4θŸ2¨“9$# ’tA#uuρ

šωtFôγßϑø9$#

Maksudnya: “Hanyalah yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah


itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta
mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut
melainkan kepada Allah. Maka adalah diharapkan mereka menjadi
golongan yang mendapat petunjuk”

(Surah At Taubah, 9:18)

Secara literasinya, hanya orang yang beriman sahaja yang dapat


memakmurkan masjid-masjid Allah S.W.T., mereka yang beriman kepada hari
akhirat dan yang menunaikan sembahyang serta membayar zakat. Orang beriman ini
juga tidak takut akan sesuatu melainkan Allah S.W.T. Adalah yang demikian
diharapkan golongan ini sentiasa mendapat petunjuk dari Allah S.W.T.

1.3 Penyataan masalah

Masyarakat Islam memperolehi kekuatan dan penyatuan dengan berpegang kepada


peraturan Islam, akidah dan adab-adabnya. Semua itu terhasil dari roh masjid yang
berada dalam diri setiap orang muslim. Sesungguhnya apabila masjid kita sudah
tidak mempunyai roh lagi, maka masjid akan diperlakukan oleh orang lain mengikut
sesuka hati mereka. Mereka berkemungkinan akan meruntuhkan, lalu
menukarkannya menjadi tempat pemuas nafsu mereka. (Nasoha Saabin: 2001)
6

Terdapat beberapa masjid di negara-negara bekas pengaruh komunis yang telah


bertukar menjadi panggung wayang dan tempat pementasan drama.

Segelintir masjid di Malaysia pada masa kini hanyalah digunakan untuk


mendirikan solat berjemaah lima waktu, solat Jumaat dan solat kedua-dua hari raya.
Sekali-sekala diadakan majlis ilmu antara waktu maghrib dan isyak. Masjid kini
makin dilupakan oleh masyarakat terhadap kepentingan fungsi dan peranannya.
Masyarakat lebih memandang masjid hanya sebuah tempat untuk beribadat seperti
solat Jumaat dan perayaan-perayaan tertentu sahaja, tetapi tidak memandang apakah
peranan masjid yang sebenarnya. Jika dilihat semula, skop dan peranan masjid
adalah lebih luas dari tempat beribadat semata-mata kerana masjid menjadi nadi
gerakan Islam dan penggerak kegiatan masyarakat, pusat menuntut hak dan
keadilan, markas ketenteraan, pusat kebajikan, dan gudang ilmu pengetahuan
(Norrodzoh (ed.), 2003; 103) dalam Islam Hadhari "Kekuatan masjid dalam menjana
masyarakat gemilang".

Memandangkan penguasaan ilmu di kalangan umat Islam kini masih rendah,


maka tidak hairanlah tamadun Islam tidak berada pada tahap yang disegani dan
dihormati sebagaimana dikecapi pada masa lalu. Malah, masjid yang ketiga sucinya
dalam Islam iaitu Masjid Al-Aqsa di bumi Palestin kini dikuasai Yahudi. Oleh itu,
marilah kita renung kembali akan apa yang patut kita lakukan bagi meninggikan
kembali martabat dan maruah umat Islam. (Utusan Malaysia 17.5.2004).

Jika kita melihat perkembangan hari ini hatta dari zaman Rasulullah s.a.w.,
masjid dan ilmu sangat berhubung rapat antara satu sama lain dan tidak dapat
dipisahkan. Tetapi apa yang terjadi kini masjid tidak lagi dijadikan sebagai pusat
perkembangan ilmu seperti peranan masjid yang sebenarnya. Nasoha Saabin
(2001:9), penggunaan masjid sebagai pusat ilmu tidak lagi dimanfaat
semaksimumnya oleh masyarakat kini. Buktinya, kita dapat melihat kehadiran
7

jemaah untuk mendirikan solat berrjemaah lima waktu dan menghadiri majlis ilmu,
terdiri daripada golongan tua yang telah bersara. Inilah hakikat yang berlaku di
sesetengah masjid Malaysia dan negara Islam lain. Ternyata jauh berbeza dengan
apa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.

1.4 Objektif kajian

1.4.1 Mengenalpasti persepsi mahasiswa 3 SPI terhadap peranan masjid dari sudut
pendidikan.

1.4.2 Mengenalpasti langkah-langkah untuk menarik masyarakat ke masjid.

1.4.3 Mengenalpasti penglibatan pelajar 3 SPI dalam menyertai program dan


aktiviti yang dijalankan oleh masjid

1.5 Persoalan kajian

Beberapa persoalan kajian yang ditimbulkan ialah:

1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa 3 SPI terhadap peranan masjid dari sudut
pendidikan.

1.5.2 Apakah langkah-langkah untuk menarik masyarakat ke masjid.

1.5.3 Sejauh manakah penglibatan pelajar 3 SPI dalam menyertai program dan
aktiviti yang dijalankan oleh masjid.
8

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana peranan masjid
dari sudut pendidikan dalam masyarakat Islam. Melalui kajian seperti ini, kita dapat
melihat peranan masjid dalam masyarakat Islam khususnya pelajar 3 SPI. Selain itu
kajian ini membolehkan para pelajar mendapat pendedahan dari sudut yang positif
dan dapat mengawal kemasukan pengaruh negatif melalui peranan masjid dalam
pendidikan.

Kajian ini tertumpu kepada pelajar tahun 3 Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan UTM. Sehubungan itu, kajian ini
diharapkan dapat bermanfaat untuk:

1.6.1 Pihak pentadbiran masjid menghidupkan kembali institusi masjid sebagai


pusat ilmu di dalam masyarakat kita.

1.6.2 Memberi kemudahan kepada pihak masjid untuk mencari pendekatan yang
terbaik bagi menarik minat setiap lapisan masyarakat kembali bertunjangkan
masjid.

1.6.3 Kembali menjadikan masjid sebagai tempat meningkatkan potensi diri dan
menyuburkan modal insan.

1.6.4 Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan pihak pengurusan Masjid Sultan Ismail
(MSI) meneruskan peranan dalam memperbanyakkan lagi program dan
aktiviti yang berkonsepkan akedemik kepada pelajar dan masyarakat
sekeliling.
9

1.7 Skop kajian

Kajian ini tertumpu kepada pelajar SPI mengenai peranan masjid dari sudut
pendidikan dalam masyarakat Islam. Responden yang terlibat dalam kajian ini
terdiri daripada pelajar 3 SPI iaitu seramai 42 orang. Kajian ini memfokuskan
kepada persepsi pelajar tentang peranan masjid dan keberkesanan dari pendidikan
melalui masjid.

1.8 Definisi Istilah

Istilah yang digunakan adalah berhubung dengan istilah-istilah yang spesifik


berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Ia bertujuan untuk mengelak dari
berlakunya sebarang kekeliruan dalam memahami kajian yang dijalankan.

1.8.1 Persepsi

Menurut Kamus Dewan (1998: 1025), persepsi bermaksud gambaran atau bayangan
dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera) dan
tanggapan. Persepsi dalam kajian ini ialah pendapat responden tentang sesuatu
perkara yang dikaji oleh pengkaji. Iaitu merujuk kepada tanggapan atau pandangan
pelajar terhadap aktiviti dakwah.

Kamus Dwibahasa (2001) menjelaskan bahawa persepsi bermakna


kebolehan untuk menanggap sesuatu yang tidak ketara kepada orang lain atau daya
tanggapan. Manakala menurut Kamus Za'ba (2000), persepsi ialah gambaran tentang
sesuatu atau tanggapan.
10

1.8.2 Masjid

Menurut kamus dewan edisi ke tujuh (2007:1002), masjid membawa maksud


bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain.
Dalam ayat Al Quran pula Allah telah berfirman dalam surah al-Taubah: 108:

βr& ‘,ymr& BΘöθtƒ ÉΑ¨ρr& ôÏΒ 3“uθø)−G9$# ’n?tã }§Åc™é& î‰Éfó¡yϑ©9 4 #Y‰t/r& ϵ‹Ïù óΟà)s? Ÿω

šÌÎdγ©Üßϑø9$# =Ïtä† ª!$#uρ 4 (#ρã£γsÜtGtƒ βr& šχθ™7Ïtä† ×Α%y`Í‘ ϵ‹Ïù 4 ϵ‹Ïù tΠθà)s?

Maksudnya: Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-


lamanya. sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid
Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya.
Dalam masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan
sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.

(Surah al Taubah, 9: 108)

Menurut Lokman Ab. Rahman dan Musa Ahmad (1996: 1), masjid berasal
dari perkataan Arab, "Sajada” yang bermaksud "telah sujud”, "yasjudu” yang
bermaksud "sedang sujud” dan "sujudan” yang bermaksud "Meletakkan dahi ke
bumi”. Kemudian dimasukkan awalan "mim” menjadi nama tempat berbunyi
"masjid” iaitu tempat sujud menyembah Allah S.W.T., manakala al-Zajjaj pula
menghuraikan masjid sebagai tempat memperhambakan diri dan bersujud kepada
Allah.

Prof. Dr Ahmad Salabi mengatakan seluruh permukaan bumi ini merupakan


masjid dan tempat beribadat. Manakala masjid yang diasaskan oleh Rasulullah
11

memberi makna yang lebih luas iaitu tempat ibadah dan pertemuan kaum muslimin.
(Nor Raudah Hj Siren, 2006:3)

Menurut Muhammad Fadli Ismail (2003:1), perkataan masjid berulang-ulang


sebanyak dua puluh lapan kali di dalam Al Quran. Dari segi bahasa, ia adalah satu
kata nama bagi tempat untuk sujud. Perkataan ini berasal dari perkataan Arab
"sajada", "sujudan" dan masjid adalah bermaksud nama bagi tempat sujud.
Manakala dari segi adatnya pula ia adalah satu tempat yang disediakan untuk
mengerjakan solat. Manakala dari segi syarak pula semua tempat di muka bumi
adalah masjid.

Tindakan pertama yang diambil oleh Rasulullah s.a.w. sebaik tiba di Quba di
pinggiran Madinah, dalam peristiwa Hijrah ialah membina masjid dan dinamakan
Masjid Quba. Seterusnya Baginda berangkat ke dalam bandar Madinah dan
membina pula sebuah lagi masjid yang dikenali sebagai Masjid Nabawi. Ketika
dalam perjalanan, Baginda singgah untuk menunaikan solat Jumaat dan di situ juga
telah dibina sebuah masjid yang dinamakan sebagai Masjid Jum'ah. Selepas itu lebih
banyak masjid-masjid dibina di negara Islam lain. (Khairuddin Aman Razali, 2006:
12)

1.8.3 Takrif pendidikan

Dalam Kamus Dewan (1994:303), pendidikan adalah kata nama terbitan dari kata
dasar didik. Didik bererti yang dijaga atau dipelihara atau diajar dengan hati-hati
atau sejak kecil. Didik juga membawa maksud anak-anak remaja. Erti pendidikan
boleh ditakrifkan dalam tiga pengertian. Pertama: perihal mendidik. Kedua:
pengetahuan mendidik dan ketiga: didikan, latihan, dan ajaran.
12

Pengertian pendidikan Islam haruslah digali dan ajaran agama Islam sendiri.
Jika tidak berlaku sedemikian maka tidaklah dikatakan sebagai pendidikan Islam.
Dengan penyataan tersebut, pengertian pendidikan Islam perlulah terlebih dahulu
kita ungkapkan beberapa butir ajaran agama Islam yang ada hubungannya dengan
masalah tersebut.

Menurut Syahminan Zaini (1986: 53), erti pendidikan Islam ialah usaha
mengembangkan fitrah manusia dengan ajaran Islam agar tercapai kehidupan
manusia yang makmur dan bahagia. Sedangkan fitrah itu terletak di kalbu.

Agama Islam mengajarkan:

i. Agama Islam diciptakan oleh Allah S.W.T. bersesuaian dan bertepatan


dengan fitrah manusia.

Allah telah berfirman.

Ÿ 4 $pκön=tæ }¨$¨Ζ9$# tsÜsù ÉL©9$# «!$# |NtôÜÏù 4 $Z‹ÏΖym ÈÏe$#Ï9 y7yγô_uρ óΟÏ%r'sù

Maksudnya: Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada


agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan
manusia menurut fitrah itu. tidak ada perubahan pada fitrah Allah.
(itulah) agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui.

(Surah ar-Rum 30:30)

ii. Agama Islam diturunkan kepada manusia untuk mengembangkan atau


memberi petunjuk kepada fitrahnya. Allah berfirman dalam surah al-
Baqarah:
13

zÏiΒ ;M≈oΨÉit/uρ Ĩ$¨Ψ=Ïj9 ”W‰èδ ãβ#uöà)ø9$# ϵŠÏù tΑÌ“Ρé& ü“Ï%©!$# tβ$ŸÒtΒu‘ ãöκy−

4 Èβ$s%öàø9$#uρ 3“y‰ßγø9$#

Maksudnya: Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan


(permulaan) al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-
penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan
yang batil).

(Surah al-Baqarah, 2:185)

Manakala istilah pendidikan di dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai


"education” yang dikatakan berasal daripada cantuman dua kalimah dalam bahasa
Latin iaitu e'ex dan duceredue. E'ex bermaksud "keluar" dan duceredue bermaksud
"memimpin" yang dapat diterjemahkan sebagai mengumpul maklumat ke dalam diri
bagi membentuk bakat. (Shipley Josep T, 1957:14, Abdullah Ishak, 1995:5) dalam
prosiding seminar pengurusan masjid 2007.

1.8.4 Masyarakat

Menurut kamus dewan edisi ke tujuh (2007:1004), kumpulan manusia yang hidup
bersama (di suatu tempat dengan aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup.

1.8.5 Islam

Agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kamus dewan edisi ke tujuh
(2007:590). Menurut Abdul Karim Zaidan (2002:11) Islam ditakrifkan dengan
pelbagai maksud, antaranya:
14

Pertama: Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Jibril telah datang berupa
seorang arab badwi bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang Islam supaya
dapat didengar oleh para sahabat yang hadir dan secara tidak langsung mereka dapat
mempelajari agama mereka. Antara kandungan hadis itu membawa maksud:

ُ‫ﻼﻡ‬
‫ﷲ ﻋَﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﺍﻹ ْﺳ ﹶ‬
ُ ‫ﺻﻠﱠﻲ ﺍ‬ َ ‫ﷲ‬ ِ ‫ﻼ ﹺﻡ ﻓﻘﺎ ﹶﻝ َﺭﺳُﻮ ﹸﻝ ﺍ‬ ‫َﺍ ْﺧَﺒ َﺮﻧﹺﻲ ﻋَﻦ ﺍﻹ ْﺳ ﹶ‬
‫ﷲ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ‬ُ ‫ﷲ ﺻَﻠﻰ ﺍ‬ ِ ‫ﺤ ﱠﻤﺪًﺍ َﺭﺳُﻮ ﹸﻝ ﺍ‬ َ ‫ﷲ ﻭَﺃ ﱠﻥ ُﻣ‬ ُ ‫ﺸ َﻬ َﺪ ﺃ ﹾﻥ ﹶﻻ ﺇﻟ َﻪ ﺇﻻ ﺍ‬ ْ ‫ﺃ ﹾﻥ َﺗ‬
‫ﺖ ﺇ ﹾﻥ‬ َ ‫ﺤﺞﱠ ﺍﻟَﺒْﻴ‬
ُ ‫ﻼ ﹶﺓ َﻭﺗُ ْﺆِﺗ َﻲ ﺍﻟ ﱠﺰﻛﹶﺎ ﹶﺓ َﻭَﺗﺼُﻮ َﻡ َﺭ َﻣﻀَﺎ ﹶﻥ َﻭَﺗ‬
‫ﺼﹶ‬ ‫َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ َﻭﺗُ ِﻘْﻴﻢُ ﺍﹾﻟ ﱠ‬
.‫ﺖ ﺇﻟْﻴ ِﻪ َﺳﹺﺒﻴْﻼ‬ َ ‫ﺍ ْﺳَﺘ ﹶﻄ ْﻌ‬

(Jibril berkata) Beritahulah saya tentang Islam? Jawab Baginda


s.a.w.: Islam itu ialah kamu bersaksikan bahawa tiada tuhan yang
berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan
Allah – selawat dan salam ke atasnya – kamu mendirikan sembahyang,
kamu menunaikan zakat, kamu berpuasa di bulan Ramadhan dan kamu
menunaikan haji ketika berkemampuan.

(HR Muslim. Jilid 1:2003)

Kedua: Islam ialah ketundukan, penyerahan diri dan kepatuhan kepada Allah
S.W.T., tuhan sekalian alam. Ketundukan ini pula perlu berlaku dengan penuh
kesedaran dan kerelaan bukan kerana keterpaksaan. Semua makhluk tunduk di
bawah ketentuan Allah S.W.T. dan sunnatullah sama ada dari segi kewujudan,
kesinambungan dan kehancuran.

Melaluinya Allah S.W.T. melihat sejauh mana tahap penerimaan kita


terhadap hukum-hukum yang telah diturunkan Allah kepada manusia tanpa syarat
dan alasan. Islam dalam pengertian inilah merupakan agama Allah S.W.T. yang
15

diredhai di sisi-Nya dan diwahyukan kepada para rasul-Nya untuk disampaikan


kepada seluruh manusia.

Firman Allah S.W.T.:

3 ÞΟ≈n=ó™M}$# «!$# y‰ΨÏã šÏe$!$# ¨βÎ)

Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah


hanyalah Islam”

(Surah Ali Imran, 3:19)

1.8.6 SPI

SPI ialah nama singkatan daripada Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam). Ia merupakan salah satu jurusan yang ditawarkan oleh Universiti
Teknologi Malaysia. Pelajar SPI ini diambil dari lepasan diploma pengajian Islam,
STPM, dan STAM dan berada di bawah pengurusan Pusat Pengajian Islam Dan
Pembangunan Sosial (PPIPS) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UTM, Skudai.
16

1.9 Kesimpulan

Dalam usaha untuk mengembalikan fungsi masjid sebagai sebuah institusi


pendidikan, kerjasama yang erat daripada setiap lapisan masyarakat dan individu
perlu diberi kesedaran tentang peranan masjid dalam melahirkan generasi yang
mantap dari segi akhlak dalam mengharungi arus globalisasi yang tidak terkawal
sekarang. Ibu bapa terutamanya perlu mengetuai institusi keluarga perlu
bertanggungjawab mendedahkan anak-anak mereka dengan institusi masjid, ilmu-
ilmu yang berkaitan dengan Islam.

Pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan masjid memainkan peranan


yang paling utama untuk mengembalikan kegemilangan Islam menerusi institusi
masjid. Dengan hal yang demikian masjid boleh dianggap sebagai sebuah pusat
pengajian untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan fleksibel untuk menjalankan
sebarang aktiviti keilmuan dan aktiviti-aktiviti lain.

You might also like