You are on page 1of 38



KAJIAN KES STRATEGI KEPIMPINAN GURU BESAR CEMERLANG

AHMAD RIDUAN BIN ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : KAJIAN KES STRATEGI KEPIMPINAN GURU BESAR CEMERLANG

SESI PENGAJIAN : 2011

Saya AHMAD RIDUAN BIN ISMAIL


( HURUF BESAR )

mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah ) * ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja .
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi .
4. ** Sila tandakan (  )

SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan


Malaysia seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 )

TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/


badan di mana penyelidikan dijalankan )

 TIDAK TERHAD
Disahkan oleh

__________________________ ___________________________
( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )

Alamat Tetap : PROF. MADYA DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR


No. 297, JALAN DESA 17 , ( NAMA PENYELIA )
TAMAN DESA,
84000 SUNGAI ABONG,
MUAR , JOHOR

Tarikh : .. Tarikh : .

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan


* Jika tesis ini SULIT atau TERHAD , sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
 Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan
atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )
KAJIAN KES STRATEGI KEPIMPINAN GURU BESAR CEMERLANG

AHMAD RIDUAN BIN ISMAIL

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran ) .

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2013
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan .

Tandatangan : ..

Nama Penulis : AHMAD RIDUAN BIN ISMAIL

Tarikh : MAC 2013


Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran )

Tandatangan : ...

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR

Tarikh :
DEDIKASI

Terlalu istimewa buat junjungan besar , penyejuk mata hati Rasulullah S.A.W.

Buat Ayahanda yang telah mengadap Illahi


Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali

Buat Bonda yang dikasihi


Hajjah Aminah Bt. Samat

Tiada kata dan bahasa untuk diucapkan


Atas doa dan kasih sayang yang dicurahkan sehingga kini .
Jasa dan pengorbanan dari kecil tidak mampu dibalas rasanya .

Teristimewa buat isteri tercinta


Puan Hajjah Normala Bt. Abd. Rahman
Kejayaan ini tidak lengkap dan bermakna tanpa suntikan semangat
dan rangsangan tanpa jemu serta pengorbanan yang hebat
daripadamu buat cinta hatiku

Buat Putera dan Puteri Tersayang


Nuratiqah , Nurathirah , Nuraqilah Haidah dan Ahmad Asyraf Fahim
Semoga kalian akan menjadi penyambung perjuangan ayah
Doa ayah
Jadikan kejayaan ayah sebagai pembuka jalan kecemerlangan kalian.

Untuk Pensyarah-pensyarah yang dihormati


Ilmu yang dicurah tersemat kukuh sebagai petunjuk
Hanya Allah yang mampu membalasnya

Buat Sahabat-sahabat seperjuangan


Semoga berjaya menempuh segala cabaran yang mendatang

Semoga Redha Allah menemani kita seusia hayat. Amin


PENGHARGAAN

Bismillahirrrahmanirahim . Maha suci Allah . Segala puji bagi Allah , tiada


Tuhan melainkan Allaah dan Allah itu maha benar . Selawat dan Salam ke atas insan
terpilih junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W , ahli keluarganya , para sahabat dan
yang mengikuti mereka hingga hari kebangkitan .
Bersyukur saya ke hadrat Allah dan berserah diri kepadaNya . Berkat
kemurahan rahmat dan anugerah taufik serta innayahNya , kajian ini dapat disiapkan
dengan jayanya . Khusus buat isteri tercinta Hajjah Normala Binti Abdul Rahman ,
terimalah hasil dari sedikit sebanyak dari sumbangan mu . Buat putera dan puteri
hatiku , terimalah penulisan ayah ini sebagai pencetus azam serta pendorong untuk
dijadikan pembakar semangat dalam liku-liku kehidupan yang mencabar di dalam
menitip kejayaan . Rakaman penghargaan dan jutaan terima kasih yang tiada ada
nokhtahnya kepada Penyelia tesis ini , Prof. Madya Dr. Lokman Bin Tahir atas tunjuk
ajar dan bimbingannya serta perangsang yang diberikan , sehingga kajian ini berjaya
disiapkan . Harapan tinggi saya agar kajian ini menjadi salah satu rujukan dan memberi
manfaat kepada sesiapa sahaja yang inginkan kemuliaan ilmu disisi Allah S.W.T .
Terima kasih kepada semua pensyarah yang dikasihi Prof. Madya Dr. Haji
Anuar , Prof. Madya Dr.Azlan Zanzali , Prof . Najib , Prof.Madya Dr. Muzzamil ,
Prof. Madya Dr. Abd. Rahim , Dr. Khadijah dan Prof.Madya Dr. Yusof yang telah
banyak mendidik dan membimbing . Tidak lupa juga kepada Fakulti Pendidikan ,
Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . Terima
kasih rakan-rakan sekuliah yang sedia berkongsi idea serta kerjasama yang diberikan
selama ini . Akhirnya Jazakallah khairan kthira kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung menjayakan kajian ini . Terima kasih.
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat strategi guru besar yang dijadikan kajian
melakukan perubahan terhadap sekolah yang tidak cemerlang kepada sebuah sekolah
yang cemerlang . Kajian ini secara khususnya untuk mengenal pasti gaya kepimpinan
yang dapat mempengaruhi sekolah dan strategi yang digunakan bagi mengubah prestasi
sekolah kepada yang lebih cemerlang dari sudut pandangan guru. Kajian ini
menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual. Data diperolehi daripada soal selidik
yang menggunakan skala likert lima mata . Alat ukur Leader Behavior Description
Questionnaire (LBDQ) digunakan untuk mengukur gaya kepimpinan guru besar
dimensi mengarah dan bertimbang rasa. Kaedah temu bual digunakan untuk
mengumpul data berkaitan strategi yang digunakan oleh guru besar di dalam
meningkatkan kecemerlangan sekolah. Sampel kajian terdiri dari 40 orang guru dari
dua buah sekolah yang pernah dipimpin oleh guru besar cemerlang yang dikaji. Sampel
temu bual pula merupakan dua orang guru penolong kanan yang pernah berkhidmat di
bawah guru besar dijadikan kajian . Data diproses melibatkan statistik deskriptif iaitu
pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Hasil kajian mendapati
kedua-dua gaya kepimpinan berad di tahap tinggi dengan skor min keseluruhan dimensi
pendayautamaan 4.24 dan dimensi bertimbang rasa 4.19. Dapatan kajian melalui
analisis temu bual mendapati guru besar sentiasa memastikan semua program
akademik, pemantauan kepada murid dan penyeliaan terhadap guru-guru diberikan
tumpuan sepenuhnya . Analisis kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa guru
besar cemerlang mengamalkan sepenuhnya pendayautamaan stuktur dan bertimbang
rasa di dalam kepimpinan dan peningkatan prestasi akademik secara keseluruhan adalah
suatu keutamaan di dalam mencapai matlamat organisasi.
ABSTRACT

The purpose of this study is to investigation the strategies implemented by by

headmasters in transforming the non-performing schools to transform them to excellent

schools. This study also identifies the leadership style and strategies implemented to

upgrade the performance of the school in the viewpoint of the teachers. This study uses

the survey and interview methods. The data was obtained from a likert five point scale

questionnaire. The Leader Behavior Description Questionnaire ( LBDQ ) method

was used to measure the principals style of leadership in the directing and

consideration dimensions . The interview method was used to collect data relating to

the strategies used by headmasters in upgrading the schools performance 40 teachers

from two schools which were formerly headed by excellent headmasters were chosen

as interview sample. The data was analyzed using descriptive statistics which included

frequency method, mean score, standard differentiation and percentage. The research

findings show that both leadership styles are in the higher scales in mean score which

are 4.24 in the prioritization dimension and 4.19 in the consideration dimension. The

research finding show that the headmasters ensured all academic programmes,

observation of students and supervision of teachers were given upmost important. The

finding as a whole also show that excellent principals practiced structural prioritization

and consideration in their leadership styles and upgrading academic performance is on

important objective to reach the organization goals.


viii

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

JUDUL

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 12

1.6 Kepentingan Kajian 13


ix

1.7 Skop Kajian 14

1.8 Batasan Kajian 14

1.9 Definisi Istilah 15

1.9.1 Sekolah Cemerlang 15

1.9.2 Pemimpin 17

1.9.3 Guru Besar Cemerlang 19

1.9.4 Pengurusan Strategi 21

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 22

2.1 Pengenalan 22

2.2 Sekolah Cemerlang 23

2.3 Ciri-Ciri Sekolah Cemerlang 24

2.4 Ciri-Ciri Pemimpin Sekolah Cemerlang 26

2.5 Gaya Kepimpinan Sekolah Cemerlang 31

2.6 Pemantauan dan Penyeliaan Di Sekolah 33

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 37

3.1 Pengenalan 37

3.2 Reka Bentuk Kajian 38

3.3 Populasi dan Sampel 41

3.4 Instrumen Kajian 42

3.4.1 Soal Selidik 42

3.4.2 Temubual 47
x

3.5 Kajian Rintis 50

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 53

3.7 Penganalisaan Data 54

3.8 Rumusan 57

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 58

4.1 Pengenalan 58

4.2 Huraian Latar Belakang Responden 59

4.2.1 Taburan Responden Soal Selidik 59

4.2.2 Jantina 60

4.2.3 Umur 60

4.2.4 Tahap Pendidikan Tertinggi 61

4.2.5 Taraf Perkahwinan 62

4.2.6 Jawatan Di Sekolah 62

4.2.7 Pengalaman Mengajar 63

4.2.8 Lama Mengajar Di Sekolah Yang Di Kaji 64

4.2.9 Taburan Responden dan Jawatan

4.3 Analisis Data Berdasaarkan Persoalan Kajian 65

4.3.1 Gaya Kepimpinan Guru Besar Cemerlang

( Dimensi Pendayautamaan Stuktur ) 66

4.3.2 Gaya Kepimpinan Guru Besar Cemerlang

( Dimensi Bertimbang rasa ) 72


xi

4.4 Analisis Persoalan Kajian 2 Berdasarkan

Temubual Dengan Guru Penolong Kanan 81

4.4.1 Huraian Latar Belakang Responden 81

4.4.2 Analisis Data Berdasarkan Persoalan

Kajian 2 82

4.5 Analisis Persoalan Kajian 3 Berdasarkan

Temubual Dengan Guru Penolong Kanan 87

4.5.1 Penyataan Responden Berkaitan

Pemantauan dan Penyeliaan Oleh

Guru Besar Cemerlang Untuk Membawa

Sekolah Ke arah Kecemerlangan 87

4.6 Rumusan Data temubual 90

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 92

5.1 Pengenalan 92

5.2 Rumusan Dapatan 92

5.3 Perbincangan 99

5.3.1 Mengenal pasti gaya kepimpinan yang

digunakan oleh guru besar cemerlang

sehingga berjaya mempengaruhi prestasi

sekolah . 99
xii

5.3.2 Mengenal pasti strategi guru besar

cemerlang melaksanakan perubahan

terhadap prestasi sekolah yang merosot 105

5.4.3 Penyataan responden berkaitan kaedah

pemantauan dan penyeliaan oleh

guru besar cemerlang untuk membawa

sekolah ke arah kecemerlangan 110

5.4 Cadangan Penambahbaikan Kajian 115

5.5 Cadangan Kajian Lanjut 117

5.6 Penutup 118

RUJUKAN 120

LAMPIRAN 126
xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 : Pemeringkatan Skala Likert 46

3.2 : Taburan dan jumlah item dalam soal selidik 46

3.3 : Tahap persepsi responden dan Min skor 55

4.1 : Analisis responden soal selidik mengikut sekolah yang dikaji 59

4.2 : Analisis taburan responden mengikut jantina 60

4.3 : Taburan responden berdasarkan umur 60

4.4 : Taburan responden berdasarkan tahap pendidikan tertinggi 61

4.5 : Taburan responden mengikut tahap perkahwinan 62

4.6 : Taburan responden mengikut jawatan di sekolah 62

4.7 : Taburan responden mengikut pengalaman mengajar 63

4.8 : Taburan responden berdasarkan lama mengajar di sekolah

yang dikaji 64

4.9 : Analisis gaya kepimpinan dimensi pendayautamaan stuktur 66

4.10 : Analisis gaya kepimpinan dimensi bertimbang rasa 72


xv

SENARAI SIMBOL

CRK - Cuti Rehat Khas

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

LBDQ - Leader Behavior Description Questionnair

MC - Medical Check

MGB - Majlis Guru Besar

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan ( Aliran Agama )

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package of Sicial Science

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia


xvi

1. Borang soal selidik

2. Surat Kelulusan Untuk Menjalan Kajian Di Sekolah , Institut Perguruan ,

Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian-bahagian di Bawah Kementerian

Pelajaran Malaysia

3. Surat Pengesahan Menjalan Kajian Universiti Teknologi Malaysia


BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dunia Tanpa Sempadan. Konotasi ini seolah-olah begitu sinonim dengan


dunia pendidikan dewasa ini yang dilihat semakin membesar dan cukup mencabar.
Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan di Malaysia terus bergerak pantas
sesuai dengan tuntutan zaman. Sistem pendidikan hari ini telah melangkah masuk ke era
globalisasi yang berlandaskan teknologi maklumat tanpa sempadan (Gates, Myhrvold
& Rinearson, 1996). Dalam dunia pendidikan, cabaran ini ditangani melalui proses
memberi fokus kepada strategi perubahan yang melihat pembelajaran sebagai sumber
utama untuk perubahan organisasi dalam era pasca permodenan (Hargreaves, 2000).

Untuk merealisasikan hasrat ini, fungsi sekolah sebagai sebuah organisasi


pembelajaran seharusnya dilaksanakan secara berterusan dengan melakukan
peningkatan melalui prestasi dan membina keupayaan untuk menangani perubahan
dalam persekitaran sekolah yang semakin terbuka. Perubahan masyarakat dan
perubahan taraf hidup masyarakat memerlukan pemimpin di dalam dunia pendidikan
menguasai pelbagai ketrampilan kepimpinan yang menjurus ke arah mengejar kemajuan
dan memenuhi kehendak dunia pendidikan.
2


Untuk menghadapi cabaran dalam alaf baru ini, guru besar cemerlang selaku
pemimpin sesebuah organisasi seharusnya berani menghadapi cabaran dan membuat
perubahan serta melakukan inovasi di dalam pendidikan dengan acuan sendiri di
sekolah-sekolah yang ditadbir oleh mereka (Hallinger, 1994; Hussien Mahmood, 1999).
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa budaya kerja mengurus seseorang guru
besar dijadikan sebahagian daripada indikator keberkesanan dan kecemerlangan
sesebuah sekolah. Peranan guru besar sebagai the key factor in the survival of any
schools effectiveness (Roe & Drake, 1980) menjelaskan bahawa guru besar adalah
orang yang dapat membawa kemajuan kepada sekolah kerana beliau berkuasa dan
mempunyai pengaruh dalam menentukan hala tuju sekolah. Seorang pemimpin yang
berkesan sentiasa mengamalkan budaya kerja cemerlang, pengupayaan, dan
memikirkan sesuatu di luar kebiasaan serta kreatif dalam menyelesaikan masalah
untuk mengwujudkan keberkesanan sekolah dan kepimpinan yang efektif (Abdul
Ghani, 2002).

Kepimpinan yang cekap, berwibawa dan berkualiti adalah mustahak untuk


menggerakkan sesuatu organisasi atau kumpulan untuk melaksanakan tugas bagi
mencapai objektif dan matlamat (Wan Zahid, 1993). Untuk mengwujudkan sekolah
yang berjaya, pemimpin sekolah hendaklah memberikan perhatian kepada suasana
tempat kerja yang baik kepada guru-gurunya (Andrews & Morefield, 1991). Sweeney
(1982) pula membuat kesimpulan bahawa kepimpinan pengetua atau guru besar
merupakan satu faktor yang signifikan ke atas keberkesanan sekolah kerana pengetua
atau guru besarlah yang menentukan suasana di sekolah. Rosenblum (1980) pula
melihat pengetua atau guru besar adalah orang yang bertanggungjawab terhadap semua
aktiviti sekolah. Kepimpinanlah yang menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran,
tahap profesionalisme dan moral guru serta darjat keperhatinan terhadap masa depan
pelajar. Rankin (1988) pula menyatakan bahawa sekolah yang menunjukkan
kecemerlangan mempunyai pengetua atau guru besar yang baik.
3


Sementara itu Atan Long (1991) menyarankan beberapa faktor yang


menyumbang kepada peningkatan dan kecemerlangan sekolah ialah pengetua yang
bersikap pragmatis; bertanggungjawab, dedikasi, bermotivasi dan berketrampilan;
mengwujudkan makanisma penyeliaan yang berkesan; mengamalkan tanggungjawab
bersama; agihan kuasa yang baik; mempunyai visi; latihan dalam untuk meningkatkan
profesionalisme keguruan; menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan guru;
melahirkan semangat setia kawan di kalangan kakitangan sekolah; dan bertindak
berdasarkan input dan maklum balas daripada guru-guru.

Jemaah Nazir Sekolah (2003) turut menggariskan bahawa pemimpin sekolah


yang berkesan seharusnya memberikan perhatian yang berat terhadap aspek-aspek
seperti gaya kepimpinan; budaya ilmu dan berfikir; permuafakatan; motivasi dan
dorongan; kepimpinan kurikulum dan pengupayaan kepimpinan di tempat kerja.
Aspek-aspek ini telah dikenal pasti sebagai indikator prestasi oleh Jemaah Nazir
Sekolah untuk mengukur keberkesanan di sekolah.

Hal ini bersesuaian dengan kajian yang dilakukan oleh Sweeney (1982) yang
mengenal enam ciri kepimpinan pengetua atau guru besar cemerlang iaitu memberi
penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik; menyusun dan
menetapkan strategi pengajaran; menyedia dan mengekalkan suasana kondusif di
sekolah; kerap menilai pencapaian akademik pelajar; menyelaras program pengajaran
dan ; membantu dan memberi semangat kepada para guru.
4


1.2 Latar belakang Masalah

Wawasan 2020 merupakan misi nasional yang menjurus ke arah menjadikan


Malaysia yang berstatus negara maju menjelang tahun 2020. Ianya merupakan cetusan
pemimpin negara yang berhasrat untuk melihat Malaysia mampu bersaing di peringkat
global malah ia menjadi nadi penggerak kepada perubahan di semua peringkat
masyarakat untuk merelisasikan hasrat yang dicita-citakan.

Perubahan yang berlaku di dalam dunia pendidikan seharusnya seiring dengan


misi nasional dan Kementerian Pendidikan Malaysia selaku sebuah badan yang
bertanggungjawab untuk merelisasikan hasrat tersebut perlu sentiasa berusaha dengan
memberi nilai tambah secara berterusan dalam melaksanakan sistem pendidikan
kebangsaan ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang secara holistik. Ini dapat dilihat
dengan jelas di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM), (2006) dan selaras dengan Misi Nasional (RMK-9,
Perbendaharaan, 2006) yang bertujuan untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia dan
minda kelas pertama.

Kejayaan sesebuah sekolah di dalam melaksanakan visi dan misi negara sangat
bergantung kepada kadar prestasi keseluruhan yang ditunjukkan oleh agen-agen yang
terlibat secara langsung seperti kepimpinan organisasi, guru-guru dan proses
pembelajaran dan pengajaran yang berlaku serta dilaksanakan di sekolah.
Sememangnya tidak dinafikan bahawa guru-guru berperanan untuk mencorakkan
keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam dan di luar sekolah.
Sehubungan dengan itu, prestasi dan komitmen guru bergantung kepada tahap motivasi
kerja mereka yang dipengaruhi, dipupuk dan dikembangkan oleh gaya kepimpinan di
sekolah.
5


Andrew dan Morefield (1991), Hopkin dan Jackson (2003), dan Harris (2004)
mengakui bahawa keberkesanan kepimpinan pengetua dan guru besar sekolah
merupakan kunci kejayaan sesebuah sekolah. Kepimpinan sesebuah sekolah berperanan
menentukan pembinaan budaya sekolah, iklim pembelajaran, tahap profesionalisma
guru dan tahap keperihatinan terhadap potensi serta masa depan pelajar. Rankin (1988)
menjelaskan bahawa kepimpinan pengetua dan guru besar menyebabkan sekolah itu
berjaya, inovatif, tempat tumpuan pelajar serta terkenal kerana kecemerlangan dalam
pembelajaran. Biasanya sekolah yang menunjukkan kecemerlangan mempunyai ketua
yang baik.

Berlandaskan perkembangan terkini, kecemerlangan sesebuah sekolah lebih


terarah kepada pengurusan berasaskan sekolah yang memberikan penekanan
tanggungjawab kepada pengetua dan guru besar. Hal ini disebabkan fungsi dan peranan
pengetua dan guru besar merupakan faktor pelengkap yang menjadi penentu kejayaan
sesebuah sekolah (Ubben & Hughes, 1992). Oleh yang demikian, Jawatankuasa
Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (1982),
telah menyarankan bahawa peranan utama kepimpinan pengetua dan guru besar
mestilah:
.cekap dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti
pembelajaran di sekolah-sekolah. Mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara
yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koodinator bagi
program-program pembelajaran dan pengajaran di sekolah, dan perlu juga
menghabiskan masa yang lebih dalam aktivit-aktiviti profesionalisma guru dan pelajar,
dan jangan hanya bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang berkurung di bilik
mengeluarkan arahan dan surat-surat arahan dan surat-surat siaran.
(Kementerian Pelajaran Malaysia , 1982: 6)
6


Penyataan di atas menjelaskan bahawa terdapat perubahan tugas dan fungsi


utama pengetua dan guru besar di sekolah iaitu daripada pentadbir kepada pemimpin
pengajaran. Perubahan ini perlu dilakukan sebagai persiapan awal untuk mengwujudkan
sekolah cemerlang dalam pelbagai bidang yang berteraskan akademik. Ianya seiring
dalam konteks pembangunan sumber manusia yang memberi penekanan dalam bidang
sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan Wawasan 2020 yang menuntut pelbagai
perubahan dalam sektor pendidikan. Oleh itu, untuk mencapai kecemerlangan di dalam
pendidikan alaf baru ini, pengetua dan guru besar perlu mepunyai dua peranan dan
dimainkan secara serentak iaitu sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin
pengajaran.

Menurut Ishak (2004) dan Wan Zahid (1993) menjelaskan bahawa ciri-ciri
pengetua berkesan adalah seorang yang memiliki ciri peribadi unggul yang menjadi
tunjang kepada kejayaan seseorang pemimpin. Oleh itu tret personaliti merupakan
elemen penting yang perlu ada pada diri pengetua dan guru besar novis bagi
memastikan pemimpin yang dilantik mempunyai kualiti peribadi yang tinggi.

Personaliti seseorang pemimpin mempunyai hubungan langsung dalam


melahirkan pemimpin sekolah yang berkesan. Terdapat banyak kajian yang dilakukan
oleh pengkaji-pengkaji terdahulu yang menekankan perkaitan yang kukuh di antara
kecemerlangan sesebuah sekolah dengan kualiti kepimpinan pengetua dan guru besar
yang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran. Menurut Edmond (1979), Bush dan
Forman (1998) merumuskan bahawa kualiti pengurusan dan kepimpinan sekolah dilihat
sebagai kunci kecemerlangan sekolah. Dalam hal ini, kualiti pengetua dan guru besar
merupakan faktor terpenting bagi keberkesanan sekolah. Mortimore et al. (1988) dan
Stol dan Fink (1996) menyatakan bahawa melalui dapatan kajian, ciri-ciri keberkesanan
sekolah sememangnya menekankan kepentingan terhadap kualiti kepimpinan sekolah.
7


Pengetua dan guru besar berkesan seharusnya berkeyakinan tinggi, sentiasa peka
dengan perubahan terkini, peka dengan kebajikan warga sekolah terutamanya murid dan
masyarakat sekeliling serta tidak pernah jemu menimba ilmu untuk memajukan diri dan
organisasi di bawah kawalannya. Ini akan melahirkan guru besar yang berfungsi secara
optimum dan berupaya menghasilkan produktiviti yang maksimum seperti yang
dihasratkan di dalam Wawasan 2020 (Mahathir, 1991).

Sebagai rumusan, kecemerlangan sesebuah sekolah dibentuk melalui


kepimpinan pengetua dan guru besar yang berani menghadapi cabaran dan membuat
perubahan serta melakukan inovasi di dalam pendidikan dengan acuan sendiri di
sekolah-sekolah yang ditadbir oleh mereka. Seorang pentadbir yang berkesan sentiasa
mengamalkan budaya kerja cemerlang , pengupayaan dan memikirkan sesuatu, tidak
terfikir oleh orang lain serta kreatif dalam menyelesaikan masalah untuk
mengwujudkan keberkesanan sekolah dan kepimpinan yang efektif.
8


1.3 Penyataan Masalah

Perkembangan pendidikan dewasa ini yang lebih menjurus ke arah pengurusan


berasaskan sekolah dan meletakkan tanggungjawab mutlak ke atas bahu pengetua dan
guru besar untuk merealisasikan sekolah cemerlang. Perubahan yang berlaku
merupakan suatu proses yang berevolusi dan dinamik dengan penekanan kepada
pembelajaran yang berterusan dan pengadaptasian (Dixon, 1994; Fullan & Stegelbauer,
1991). Oleh itu cabaran kepada sekolah ialah mengubah pendekatan menjurus ke arah
lebih maju dan berdaya saingan . Sekolah sebagai organisasi pembelajaran perlu
berterusan melakukan peningkatan prestasi dan membina keupayaan menangani
perubahan dalam persekitaran sekolah yang tiada sempadan.

Keberkesanan dan penambahbaikan sekolah merupakan dua bidang yang


menjadi fokus para akdemik, pembuat dasar serta perlaksanaan bermula pada hujung
1980 an dan awal 1990 an. Para penyelidik dan ahli akademik cuba mencari jawapan
apakah ciri-ciri sekolah berkesan dan bagaimanakah sekolah boleh melakukan
penambahbaikan supaya sekolah menjadi berkesan berdasarkan peranan pemimpin
organisasi untuk memenuhi hasrat sekolah cemerlang.

Kepimpinan bukan sahaja melihat kualiti peribadi pemimpin, tetapi juga peranan
yang dimainkan oleh pemimpin tersebut. Ianya melibatkan gaya pengurusannya,
hubungannya dengan wawasan, nilai dan matlamat sekolah serta pendekatan yang
digunakan di dalam proses melaksanakan perubahan. Menurut Shahril @ Charil
(2001), kepimpinan yang cemerlang mempunyai ciri-ciri kepimpinan berkualiti iaitu
berkemahiran dan berketrampilan; mempunyai wawasan dan kreatif serta inovatif;
berkemahiran berkomunikasi dan bermotivasi; berkemahiran membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah; mempunyai kecergasan fizikal; kestabilan emosi dan
kecerdasan fikiran ; serta beriman dan bermoral.
9


Melalui kajian yang dilakukan oleh Mortimore (1995) mendapati bahawa


pemimpin yang melibatkan staf dalam membuat keputusan mempunyai kewibawaan
dalam pembelajaran dan pengajaran. David dan Thomas (1989) merumuskan bahawa
pengetua atau guru besar yang berkesan mempunyai wawasan yang jelas tentang apa
yang hendak dicapai dan tindakan susulan berkaitan pencapaian akademik pelajar.
Pengkaji juga menegaskan bahawa pengetua dan guru besar berkesan seharusnya
berjaya mengembeling warga sekolah ke arah pencapaian sesuatu wawasan yang
ditetapkan.

Kejayaan pemimpin sekolah banyak dikaitkan dengan kualiti diri dan kemahiran
dalam mengurus dan memimpin sekolah. Bagi merealisasikan sekolah cemerlang,
peranan penting pemimpin iaitu pengetua dan guru besar ialah merancang dan
melaksanakan perancangan yang telah ditetapkan serta berusaha memperbaiki
kedudukan sesebuah organisasi pentadbirannya. Oleh itu, pengetua dan guru besar
mestilah melakukan pengurusan secara menyeluruh (Muhammad Bustamam, 1997). Hal
ini menjadi pendorong kepada pemimpin untuk membuat penilaian mengapa perlunya
pengurusan strategik iaitu menangani perubahan dalam pendidikan dan menjayakan
konsep sekolah berkesan (Chan, 1999).

Menurut Ishak Sin (2004) dan Wan Zahid (1993) menjelaskan bahawa kejayaan
sesebuah sekolah itu banyak dipengaruhi oleh kepimpinan yang berkesan dan
cemerlang. Zaidatol Akmaliah (1991) merumuskan bahawa kejayaan sesebuah
organisasi sekolah dan gaya kepimpinan adalah berkait rapat. Cheng (2005) mendapati
dalam kajian yang dilakukan, pengetua dan guru besar adalah pemangkin kepada
kecemerlangan institusi pendidikan sesebuah negara.
10


Kepimpinan pengetua dan guru besar memberikan impak yang besar di dalam
dunia pendidikan. Cabaran yang besar bagi seorang pengetua dan guru besar di sekolah
ialah untuk memastikan organisasi sekolah dapat berjalan dengan efisien, efektif dan
cemerlang. Ini dapat dilihat melalui kajian-kajian di dalam dan di luar negara yang
menunjukkan hubungan yang rapat di antara kepimpinan pengetua dan guru besar
dengan kecemerlangan sekolah (Asmah Ahmad, 1998; Atan Long dan rakan-rakan,
1990; Jemaah Nazir Sekolah, 2003; Mortimore, 1996; Murphy . J, 1990).

Menurut Bolman dan Deal (1997) menyatakan bahawa sesebuah organisasi


adalah penting diterajui oleh pemimpin yang bertindak secara objektif dan komited
secara menyeluruh serta mempunyai misi yang jelas. Ciri-ciri dan kualiti kepimpinan
tersebut amat diperlukan oleh sesebuah organisasi terutama organisasi pendidikan yang
begitu kompleks, bercirikan kemanusiaan serta kepelbagaian konsep (Karl Weick,
1979) Menurut Bass (1990) pemimpin yang berwibawa adalah salah satu faktor yang
penting di dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi.

Dapatan di atas disokong melalui kajian yang dilakukan oleh Hussein Mahmood
(1993) dan Edmonds (1979) berpendapat bahawa kejayaan sekolah terletak ditangan
pengetua dan guru besar. Abd. Shukor Abdullah (1991) menegaskan bahawa pihak
pengurusan atau kepimpinan merupakan faktor utama yang menentukan kecemerlangan
sesebuah organisasi pendidikan atau sebaliknya. Hal ini dipersetujui oleh Hussain
Hj.Ahmad (1993) yang secara nyata menjelaskan bahawa kepimpinan sesebuah
organisasi pendidikan merupakan aset yang paling penting dan dapat menentukan ke
arah mana organisasi pendidikan itu mahu dibawanya . Ini bermakna pengetua dan guru
besar harus mempunyai pelbagai kebolehan untuk menginterpretasikan perubahan
dalam sekolah. Sehubungan dengan itu, kajian yang dijalankan bertujuan untuk
mengumpul maklumat tentang bagaimana pemimpin di sekolah yang dikaji
11


melaksanakan pelbagai pendekatan dan penambahbaikan untuk memenuhi hasrat


sekolah cemerlang.

Sebagai rumusan , kajian yang dilakukan oleh pengkaji bertujuan untuk melihat
amalan-amalan terbaik yang diadaptasikan di dalam pengurusan iaitu guru besar di
sekolah sehingga berjaya membawa sekolah tersebut menjadi sebuah sekolah yang
cemerlang.

1.4 Objektif Kajian

Sudah menjadi lumrah di dalam dunia pendidikan yang mengklasfikasikan


bahawa sekolah yang cemerlang memiliki pemimpin yang berkesan dan berjaya
melakukan perubahan atau pelbagai inovasi yang bersesuaian mengikut keperluan dan
kehendak semasa sekolah. Dalam dunia pendidikan, kejayaan pelajar banyak
bergantung kepada kekuatan sekolah di dalam mencorak dan melatih mereka. Kekuatan
sekolah pula bergantung kepada prestasi guru yang melaksanakan corak pembelajaran
dan pengajaran yang kreatif, kritis dan inovatif. Manakala prestasi guru pula dikaitkan
dengan motivasi yang dipupuk dan dikembangkan oleh kekuatan pemimpin sekolah
iaitu pengetua atau guru besar.

Oleh itu objektif kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk :

a) Mengenal pasti gaya kepimpinan pendayautamaan stuktur dan dimensi


bertimbang rasa yang digunakan oleh guru besar cemerlang sehingga
berjaya mempengaruhi prestasi sekolah.

b) Mengenal pasti strategi guru besar cemerlang melaksanakan perubahan


terhadap prestasi sekolah yang merosot.
12


c) Mengenal pasti sejauh mana kaedah pemantauan dan penyeliaan guru


oleh guru besar cemerlang sehingga membawa sekolah itu ke arah
kejayaan.

1.5 Persoalan Kajian

Rosenblum (1980) melihat pengetua dan guru besar merupakan orang yang
bertanggungjawab terhadap semua aktiviti sekolah. Kepimpinanlah yang menetapkan
nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap profesionalisma dan moral guru serta darjah
keperihatinan terhadap masa depan pelajar. Menurut Rankin (1988), sekolah yang
menunjukkan kecemerlangan mempunyai pengetua yang baik. Sweeney (1982) pula
membuat kesimpulan bahawa kepimpinan pengetua dan guru besar sekolah merupakan
satu faktor yang signifikan ke atas keberkesanan sekolah kerana pengetua dan guru
besarlah yang menentukan suasana sekolah.

Menurut Fawziah Kassim (2008) berpendapat guru besar adalah seorang


pemimpin yang berkeupayaan, bertanggungjawab untuk merancang dan melaksana
pengetahuan, berkemahiran, mempunyai kepakaran dalam mentadbir dan mengurus
sekolah dengan cekap dan berkesan.

Sehubunga dengan itu kajian yang dilakukan bertujuan untuk mencari jawapan
terhadap beberapa persoalan iaitu:

a) Adakah gaya kepimpinan guru besar cemerlang berjaya


mempengaruhi prestasi sekolah ke arah sekolah cemerlang ?
b) Bagaimanakah guru besar sekolah cemerlang tersebut
melaksanakan melaksanakan perubahan perhadap prestasi
sekolah yang merosot ?
13


c) Sejauh manakah kaedah pemantauan dan penyeliaan yang


digunakan oleh guru besar cemerlang berjaya membawa sekolah
tersebut ke arah kejayaan ?

1.6 Kepentingan Kajian

Konsep kepimpinan kini telah banyak mengalami perubahan. Kepimpinan juga


telah diterima sebagai faktor utama yang membezakan sekolah berkesan dan sekolah
tidak berkesan. Kepimpinan pengetua dan guru besar dilihat memberikan pengaruh
yang penting di dalam pengurusan sekolah. Melalui kajian-kajian terdahulu samada di
dalam negara dan di luar negara mengaitkan hubungan yang rapat di antara pemimpin
pengetua dan guru besar dengan kecemerlangan sekolah (Asmah Ahmad, 1998; Atan
Long dana rakan-rakan, 1990; Jemaah Nazir Sekolah, 2003; Martimore, 1996; Teddlie
et al., 1985, 1989; Stoll dan Fink, 1996; Murphy, 1990) .

Sehubungan dengan itu, kajian yang dilakukan merupakan satu kajian kes yang
mengkaji seorang guru besar yang berjaya mengubah pencapaian sekolah tersebut dari
sebuah sekolah yang berprestasi rendah kepada sebuah sekolah cemerlang. Hal ini
berlaku apabila beliau mengambil alih kepimpinan dan pengurusan sekolah terebut.
Melalui kepimpinan beliau, sekolah tersebut berjaya meningkatkan pencapaian Ujian
Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) sehingga dianugerahkan Lonjakan Sarjana pada
tahun 2007 dan kecemerlangan tersebut berterusan sehingga ke hari ini.

Kajian ini merupakan kajian kes yang mengkaji kepimpinan dan pengurusan
sekolah yang berjaya membawa sekolah tersebut ke arah kecemerlangan. Perubahan
yang berlaku adalah perubahan ke arah kecemerlangan dan merupakan pengalaman
sebenar yang dilalui oleh sekolah tersebut dan ianya boleh dikongsi serta digunapakai
oleh pemimpin sekolah untuk dicontohi.
14


1.7 Skop Kajian

Kajian ini merupakan kajian kes yang dilakukan di sebuah sekolah yang dipilih
berdasarkan kepada kecemerlangan sekolah tersebut. Menurut Punch (2000), tujuan
kaedah kajian kes dijalankan adalah untuk memberi fokus kepada interprestasi, makna
dan signifikasi budaya tentang sesuatu tingkah laku. Oleh itu pemilihan sekolah ini
dibuat kerana kebolehan kepimpinan sekolah tersebut yang berjaya mengubah wajah
sekolah tersebut dari sebuah sekolah yang berprestasi rendah sehingga menjadi sebuah
sekolah cemerlang.

Ini dapat dilihat melalui peningkatan prestasi sekolah tersebut yang meningkat
setiap tahun di bawah kepimpinan dan pengurusan guru besar yang dijadikan kajian,
sekolah tersebut berjaya menerima Anugerah Lonjakan Sarjana di dalam peperiksaan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007. Anugerah ini diberikan kepada sekolah-
sekolah yang berjaya membuat lonjakan prestasi secara luar biasa dari tahun-tahun
sebelumnya.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini merupakan kajian kes iaitu mengkaji gaya kepimpinan guru besar di
dua buah sekolah di dalam daerah Muar. Kajian ini melibatkan guru-guru biasa dan
guru penolong kanan yang dipilih dari dua buah sekolah yang mana kedua-dua buah
sekolah pernah dipimpin dan diuruskan oleh guru besar yang dikaji. Guru-guru yang
dipilih secara rawak bertujuan ini akan diberi borang soal selidik yang bertujuan untuk
menilai gaya kepimpinan guru besar berkenaan sewaktu memimpin dan menguruskan
sekolah-sekolah yang pernah dipimpinnya.
15


Kesemua sampel yang dipilih merupakan guru-guru yang pernah berkhidmat di


bawah kepimpinan guru besar yang dikaji sekurang-kurangnya lima tahun. Ini kerana
guru-guru yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun di bawah guru besar
yang dikaji mempunyai pengalaman yang lebih lama di bawah kepimpinan guru besar
tersebut dan dapatan kajian soal selidik lebih menyakinkan kepada pengakaji.

Pengkaji melakukan kajian hanya memberikan tumpuan kepada gaya


kepimpinan yang digunakan oleh guru besar yang dikaji sehingga menjadikan sekolah
tersebut cemerlang, perubahan-perubahan yang dilakukan ke arah meningkatkan
prestasi sekolah yang merosot dan sejauh manakah keberkesanan pemantauan dan
penyeliaan yang dilakukan berjaya menjadikan sekolah itu sebuah sekolah yang
cemerlang. Melalui maklumat yang dikumpul akan dianalisis bagi mendapatkan
jawapan terhadap persoalan-persoalan kajian dan memenuhi objektif kajian.

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Sekolah Cemerlang

Menurut Ibrahim (1998), sekolah terdiri daripada elemen-elemen manusia,


bukan manusia; kawasan, bangunan, alatan dan sebagainya. Berdasarkan kepada
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah mendefinisikan mendefinisikan sekolah cemerlang sebagai
sekolah yang menunjukkan kecemerlangan di dalam pengurusan dan kemenjadian
murid.

Mengikut Hussein Mahmood (1993), sekolah cemerlang bukanlah sekolah yang


terkenal atau sekolah primer tetapi sekolah yang dapat menghasilkan pencapaian
akademik yang tinggi, kurang menghadapi masalah disiplin dan mendapat kepercayaan
di kalangan masyarkat dan guru-guru merasa puas hati bekerja.
16


Menurut seorang pengkaji barat, Mortimore (1991) pula mendefinisikan sekolah


cemerlang sebagai perkembangan pelajar berada di tahap yang di luar jangkaan.
Sekolah yang berkesan dapat menambah nilai kepada hasil pembelajaran berbanding
dengan sekolah yang sama . Rosenholtz (1985) Hopkins et al. (1994) melabelkan
sekolah berkesan atau sekolah cemerlang sebagai sekolah bergerak.

Abdul Shukor (1991) mengatakan sekolah cemerlang adalah sekolah yang


mencapai tahap terbaik, bermutu dan terunggul dalam semua bidang berkaitan dengan
akademik, sahsiah, pengurusan, perhubungan, infrstuktur dan kepimpinan. Pendapat
Abdul Shukor (1991) telah disokong oleh Sharifah (2000) yang mengatakan bahawa
konsep sekolah cemerlang berkait rapat dengan kecemerlangan seimbang pelajar dan
kemampuan pentadbir membantu guru menjalankan tugasnya dengan baik.

Menurut Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pelajaran Malaysia,


sekolah berkesan atau sekolah cemerlang adalah berdasarkan pendapat Edmonds
(1979) iaitu mempunyai fokus pengajaran yang dinyatakan dengan jelas dan
menggunakan penilaian serta pentaksiran yang sistematik. Mengikut Dean (1985),
mengemukakan sekolah berkesan atau cemerlang menerusi kepimpinan pengetua atau
guru besar berupaya memupuk kerjasama dalam satu organisasi atau institusi ke arah
mencapai matlamat bersama.

Sebagai kesimpulan, sekolah cemerlang merupakan sebuah institusi pendidikan


yang mampu dan berupaya menghasilkan graduan-graduan yang cemerlang dari semua
sudut, mampu mengisi setiap ruang dan memenuhi keperluan sesebuah negara.
17


1.9.2 Pemimpin

Menurut Hughes et al. (2002), mentakrifkan pemimpin sebagai orang yang


boleh mempengaruhi orang lain. De Pree ( 1989 ) dalam Zawawi (1999) menyatakan :
Kepimpinan adalah satu seni, kepercayaan terhadap kepimpinan dilahirkan mealalui
gaya kepimpinan yang ditunjukkan . Manakala Bass (1990) menyatakan ,
Kepimpinan adalah interaksi antara dua atau lebih di dalam sesuatu kumpulan yang
mana biasanya melibatkan penstukturan semula sesuatu situasi , persepsi dan harapan
semua ahli .

Menurut Fleishman (1973) kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh


perseorangan yang di arahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian sesuatu
matlamat. Hersey dan Blancahard (1977) pula menyatakan kepimpinan adalah proses
mempengaruhi kegiatan individu atau kumpulan dalam usaha mencapai matlamat dalam
sesuatu tindakan. Manakala Koontz dan Wiehrich (1992) menjelaskan kepimpinan
sebagai suatu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka akan berjuang atau
melakukan sesuatu dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat
kumpulan.

Kepimpinan menurut Islam berteraskan konsep khalifah iaitu setiap manusia


adalah pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya , keluarga dan ahli-ahli di
bawahnya ;

Kamu sekelian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang rakyat yang
dipimpinmu
(Riwayat Bukhari dan Muslim 1528)
18


Dalam konteks pendidikan , Campbell (1983) menyatakan kepimpinan ialah satu


proses bagi seseorang guru besar mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah
penyempurnaan matlamat tertentu. Ahmad Rusli (1999) menyatakan pemimpin adalah
individu manusia yang diamanahkan memimpin subordinat (pengikutnya) ke arah
mencapai matlamat yang ditetapkan. Pendekatan mempengaruhi subodinat melalui
proses rangsangan untuk mereka berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat
bersama menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan unggul. Penyerlahan
penampilan keupayaan (kebolehan dan pencapaian) individu pemimpin dalam
menjayakan kepimpinannya dikenal pasti sebagai stail kepimpinan.

Menurut Ramaiah (1999) elemen asas proses kepimpinan ialah pengikut. Proses
kepimpinan tidak boleh berlaku dengan seorang sahaja kerana proses ini memerlukan
sekurang-kurangnya dua orang, seorang pemimpin dan seorang lagi pengikut. Kalau
tidak ada pengikut maka tidak ada pemimpin. Proses kepimpinan akan runtuh begitu
sahaja sekiranya pengikut tidak setia kepada pemimpin. Kejayaan proses kepimpinan
bergantung dan berkaitan dengan kesetiaan pengikut kepada pemimpin.

Abas Awang dan Abdullah Ngah (2007) mentakrifkan kepimpinan sebagai


setiap tindakan yang menumpukan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar
bermanfaat. Pemimpin pula adalah orang yang diamanahkan melaksanakan tugas
kepimpinan di atas. Mengikut Katz dan Khan (1978), terdapat tiga perkara yang
ditekankan dalam konteks kepimpinan, iaitu kedudukan atau jawatan, sebagai peribadi
seorang individu dan sebagai satu rangkaian tingkah laku tertentu.

Menurut Yaacob (1989), pemimpin perlu melibatkan orang lain yakni


subordinat atau pengikut. Yahya (2005) pula menyatakan bahawa pemimpin sebagai
keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkahlaku surbodinat
seperti guru, staf dan pelajar supaya melaksanakan aktiviti atau program yang telah
19


ditetapkan bagai mencapai matlamat sekolah. Menurut Northouse (1997) pula


menjelaskan bahawa pemimpin adalah segala aktiviti yang mempengaruhi individu
dalam kumpulan atau organisasi serta dapat membawa ke arah pencapaian matlamat.

Hisham (1991) berpendapat bahawa kepimpinan adalah suatu proses


menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu arah yang telah ditentukan
melalui dorongan yang tidak memaksa. Ini disokong oleh Handoko (1984) yang
menyatakan kepimpinan adalah merupakan kemampuan yang dipunyai seseorang untuk
mempengaruhi orang-orang lain agar bekerja untuk mencapai tujuan dan sasaran.
Koontz dan Wiehrich (1992) menyatakan kepimpinan sebagai pengaruh dan seni atau
proses mempengaruhi orang supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh
semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan.

Sebagai kesimpulan , kepimpinan merupakan suatu proses mempengaruhi dan ia


bukan hanya melibatkan hanya seorang individu tetapi memerlukan sokongan dan
kerjasama dari orang lain dengan penuh semangat ke arah mencapai matlamat
kumpulan atau sesebuah organisasi.

1.9.3 Guru Besar cemerlang

Guru besar ialah individu yang paling penting, berpengaruh dan


bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Beliau yang
menetapkan iklim pembelajaran, tahap profesionalisme dan moral guru serta darjah
keperihatinan terhadap masa depan pelajar (Rosemblum dalam Hussien Mahmood,
1993). Menurut Ibrahim (1998) guru besar adalah orang yang mengetuai atau
memimpin sesebuah sekolah.
20


Manakala Sabri (1998), menyatakan guru besar orang yang bertanggungjawab


untuk mengambil inisiatif bagi menggerakkan perubahan di sekolah. Menurut Lipham,
et al. (1985) dalam bukunya The Principalship : Concept , Competencies and Cases
menanggap guru besar mempunyai potensi yang besar di dalam kepimpinannya. Beliau
mengemukakan lima peranan guru besar iaitu menentukan matlamat sekolah; mengelola
sekolah; memajukan lagi cara-cara membuat keputusan; dan melaksanakan perubahan
pendidikan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1989), mendefinisikan guru besar
sebagai guru yang mengetuai sesebuah sekolah atau organisasi. Cemerlang pula
merujuk kepada bercahaya dengan terang . Bagi pengistilahan Kementerian Pelajaran
Malaysia , guru besar cemerlang merujuk kepada pemimpin sekolah yang berada di
Gred Guru 38 (DG 38).

Melalui kajian yang dilakukan oleh Sweeney (1982), Witte dan Walsh (1990)
merumuskan bahawa ciri kepimpian guru besar cemerlang ialah memberi penekanan
kepada pencapaian pelajar dalam bidang akademik; menyusun dan menetapkan strategi
pengajaran; menyedia dan mengekalkan suasanan kondusif di sekolah; kerap menilai
pencapaian sekolah; menyelaras program pengajaran; dan membantu dan memberi
semangat kepada para guru.

Sebagai kesimpulan guru besar cemerlang merujuk kepada seorang pemimpin


organisasi pendidikan yang berada di Gred Gaji 38 (DG38) dan berjaya merancang,
membuat implementasi dan penilaian terhadap semua tindakannya dengan tujuan untuk
mencapai visi kecemerlangan sekolah serta dapat membawa organisasinya berada
dikedudukan yang terbaik.
21


1.9.4 Pengurusan Strategi

Menurut David (1986) mendefinisikan pengurusan strategi adalah fomulasi,


implimentasi dan tindakan-tindakan yang akan memastikan organisasi berupaya
mencapai objektifnya. Manakala Asaruddin (1985) dan Chan (1999) menjelaskan
bahawa pengurusan strategi merupakan suatu proses yang melibatkan seluruh aktiviti
merancang dan melaksanakan suatu rancangan yang mana rancangan tersebut
diharapkan berupaya memperbaiki kedudukan sesebuah organisasi. Ahmad Bustamam
(1997) pula mentakrifkan strategi kepimpinan merupakan suatu proses amalan
pengurusan secara menyeluruh.

Berdasarkan kepada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa


pengurusan strategi merupakan suatu proses yang melibatkan seluruh aktiviti yang
dilaksanakan iaitu merancang, membuat implimentasi dan penilaian terhadap semua
tindakan dengan tujuan untuk memperbaiki kedudukan sesebuah organisasi.

You might also like