You are on page 1of 40

KURSUS

GGGA5032 SEM 1 2023/2024

LAPORAN PELAKSANAAN MINI PROJEK :

CABARAN-CABARAN MENGATASI ISU-ISU


INTEGRASI KAUM DALAM KONTEKS PENDIDIKAN
DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:

LUQMAN AFIQ BIN MOHD ADNAN P133629

MUHD FAHMAN FITRI BIN MOHD MOHTAR P133845

MUHD ALIF FAHMIE BIN MAZELAM P133843

AHMAD MUSTAQEEM BIN RUZLAN P133564

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. MOHAMED YUSOFF BIN MOHD NOR


Pengakuan
Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

10 November 2023 LUQMAN AFIQ BIN MOHD ADNAN

P133629

10 November 2023 MUHD FAHMAN FITRI BIN MOHD MOHTAR

P133845

10 November 2023 MUHAMMAD ALIF FAHMIE BIN MAZELAM

P133843

10 November 2023 AHMAD MUSTAQEEM BIN RUZLAN

P133564
Penghargaan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan lagi Maha Mengasihani. Kejayaan penghasilan projek
ini memerlukan bimbingan dan bantuan daripada semua pihak termasuk ke semua ahli kumpulan,
pensyarah, keluarga, guru-guru dan murid-murid dan kami amatlah beruntung kerana diberikan rezeki
ini untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Walau apa cara jua yang
kami lakukan demi menyiapkan projek ini , kami tidak akan lupa kepada bimbingan dan tunjuk ajar
yang telah ditunjukkan kepada kami. Kami sangat berterima kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr.
Mohamed Yusoff Bin Mohd atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam membantu kami untuk
menjana idea bagi menyelesaikan tugasan projek ini. Tanpa bantuan beliau, sudah pasti kami tidak
dapat melengkapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada responden untuk sesi wawancara kami yakni Puan Rosnida Binti Abdullah
, Puan Shahirah Zuraini dan Puan Nik Zalina Nik Yusoff bagi membantu kami untuk mendapatkan
dapatan kajian secara kualitatif. Akhir sekali, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan
dan ahli keluarga kami yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kami untuk terus
berjaya.

Terima kasih.
Isi Kandungan
Pengakuan...................................................................................................2
Penghargaan............................................................................................... 3
Isi Kandungan............................................................................................ 4
Abstrak........................................................................................................5
Abstract....................................................................................................... 6
Pengenalan.................................................................................................. 7
Pernyataan Masalah.................................................................................8
Objektif....................................................................................................9
Tinjauan Literatur................................................................................... 10
Kandungan................................................................................................11
Konsep dan definisi............................................................................... 11
Cabaran-cabaran integrasi di sekolah................................................................ 11
Metodologi.................................................................................................12
Dapatan kajian......................................................................................... 13
Perbincangan............................................................................................ 14
Cadangan.................................................................................................. 15
Kesimpulan............................................................................................... 16
Rujukan.....................................................................................................17
Lampiran...................................................................................................18
Abstrak
Dalam usaha untuk menjamin kestabilan dan keamanan negara, perkara utama yang perlu dijadikan
sebagai kerangka teras ialah integrasi antara kaum. Namun begitu, kebelakangan ini kita sering
disajikan dengan berita perpecahan integrasi kaum atau perpecahan perpaduan antara kaum yang
berlaku di bumi pertiwi ini. Sebagai contoh, menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Pusat
Kewartawanan Bebas (CIJ) dengan kerjasama Universiti Nottingham Malaysia, Universiti Sains
Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Melalui kajian tersebut, didapati beberapa
orang individu yang dipercayai merupakan pelajar-pelajar sekolah yang telah membuat satu hantaran
di sosial media yang berkisar provokasi kaum dan agama yang menyebabkan diskriminasi dan
menyinggung perasaan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Bagi meneliti tahap integrasi kaum
dalam konteks pendidikan di Malaysia, suatu kajian mini telah dijalankan. Objektif kajian mini ini
dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha
mengatasi isu-isu integrasi kaum dalam konteks pendidikan di Malaysia. Kaedah kualitatif adalah
kaedah yang menjadi pilihan untuk kajian mini ini. Oleh itu, wawancara atau temubual diguna pakai
sebagai instrumen kajian ini yang mana ianya dilihat sebagai kaedah yang paling sesuai untuk
mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi untuk mengatasi masalah integrasi kaum ini di
Malaysia. Wawancara ini dilaksanakan bersama tiga orang guru daripada tiga buah sekolah yang
berbeza dan 10 soalan diajukan kepada ketiga-tiga orang guru tersebut. Instrumen kajian terdiri
daripada protokol wawancara dan komputer riba. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa
pendidikan merupakan medium yang paling sesuai dalam memupuk integrasi antara kaum. Namun,
terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha mengatasi isu-isu integrasi kaum yang
wujud di sekolah. Oleh itu, beberapa cadangan telah diajukan bagi agar cabaran-cabaran tersebut
dapat diselesaikan dan keharmonian negara dapat dilestarikan.
Abstract
In an effort to guarantee the stability and security of the country, the main thing that needs to be used
as a core framework is the integration between races. However, lately we are often presented with
news of the disintegration of racial integration or the disintegration of unity between races that is
happening in this country. For example, through a study conducted by the Center for Independent
Journalism (CIJ) in collaboration with Nottingham University Malaysia, Universiti Sains Malaysia
(USM) and Universiti Malaysia Sabah (UMS). Through the study, it was found that several
individuals who are believed to be school students have made a post on social media that revolves
around racial and religious provocations that cause discrimination and offend the feelings of the
multi-racial community in Malaysia. In order to examine the level of racial integration in the context
of education in Malaysia, a mini study was conducted. The objective of this mini study is to identify
the challenges faced in trying to overcome racial integration issues in the context of education in
Malaysia. Qualitative method is the method of choice for this mini study. Therefore, interviews are
used as the instrument of this study which is seen as the most suitable method to identify the
challenges faced to overcome the problem of racial integration in Malaysia. This interview was
conducted with three teachers from three different schools and 10 questions were asked to the three
teachers. The research instrument consists of an interview protocol and a laptop computer. The results
of this study found that education is the most appropriate medium in fostering integration between
races. However, there are several challenges that need to be faced in an effort to overcome racial
integration issues that exist in schools. Therefore, several suggestions have been put forward so that
the challenges can be resolved and the harmony of the country can be preserved.
Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang mendapat kemerdekaan melalui penyatuan tiga bangsa
utama yang wujud di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India. Penyatuan ketiga-tiga bangsa utama
ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dan ianya merupakan tunjang utama dalam
usaha tokoh-tokoh negarawan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Tan
Sambanthan untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan British. Selain itu, pada 23
Januari 1971, Tun Abdul Razak (Abdul Rahman Abdul Aziz, 2014) telah menyatakan pelajaran dan
pendidikan merupakan medium yang paling sesuai untuk menyemai semangat perpaduan dan
muhibah dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Oleh itu, setiap institusi-institusi pendidikan di
negara ini hendaklah dijadikan sebagai tapak semaian di mana benih perpaduan dapat bercambah
dengan pesat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Rentetan daripada itu, penubuhan
institusi-institusi pendidikan mula mendapat perhatian daripada masyarakat majmuk di Malaysia. Hal
ini adalah demikian kerana menurut Suzana Sulaiman (2013) institusi-institusi pendidikan
terutamanya sekolah mempunyai pelbagai peranan penting seperti mengajar dan melatih para pelajar
untuk berinteraksi atau berhubungan sesama manusia dengan baik, menambah baik ilmu pengetahuan
serta kemahiran pelajar dalam sistem sosial masyarakat, memberi pendedahan kepada pelajar dengan
sistem birokrasi, melatih para pelajar untuk berkomunikasi dengan fleksibel, menambah pengalaman
pelajar yang mana boleh dijadikan sebagai nilai untuk pembangunan masyarakat dan lain-lain.
Berdasarkan kepentingan-kepentingan yang telah dinyatakan itu, jelaslah bahawa institusi pendidikan
yakni sekolah-sekolah merupakan elemen yang penting dalam melahirkan individu-individu yang
bakal menjadi pemimpin yang akan menyatu-padukan masyarakat pada masa akan datang. Sebagai
contoh, sekolah dijadikan sebagai pusat interaksi antara pelajar-pelajar daripada pelbagai latar
belakang yang mana membolehkan mereka untuk belajar dan memahami agama, bangsa, etnik, gaya
hidup dan budaya pelajar-pelajar lain. Hal ini sudah semestinya akan menjurus kepada pemupukan
perpaduan antara kaum di sekolah melalui proses sosialisasi antara pelajar-pelajar. Selain itu, hal ini
bukan sahaja dapat memupuk perpaduan antara kaum malah membantu untuk menanam nilai-nilai
murni yang menjadi baja menyuburkan lagi perpaduan dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Tambahan pula, semakin utuh perpaduan antara kaum di negara ini, maka negara-negara luar akan
berpendapat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman daripada sebarang diskriminasi
kaum yang boleh mencetuskan sebarang ketegangan politik. Hal ini secara automatik akan
mengundang pelabur-pelabur daripada syarikat-syarikat gergasi untuk melabur di Malaysia sekali gus
melonjakkan prestasi ekonomi negara. Walau bagaimanapun, usaha ini juga memerlukan sokongan
padu daripada komuniti masyarakat. Hal ini sejajar dengan kenyataan yang dibawa oleh Poston, Stone
dan Muther (1992) yang berbunyi “ A school is a reflection of the community it serves. At the same
time, a community is a reflection of its schools.” Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh
tokoh-tokoh tersebut, ia membuktikan bahawa sekolah dan komuniti masyarakat mempunyai
hubungan yang saling bergantung antara satu sama lain dan sewajarnya tidak boleh dipisahkan.
Tambahan pula, hal ini telah diperakui oleh KPM dan telah direkodkan oleh Sufean Rusin (2002)
yang mana pihak kementerian berjaya mengenal pasti aspek penting dalam meningkatkan taraf
pelajaran di Malaysia dan kejayaan ini tidak dapat dicapai sekiranya komuniti masyarakat tidak
memberi kerjasama dalam pembangunan sekolah.

Daripada sudut pandangan yang berbeza, dalam usaha meningkatkan taraf pelajaran di negara
ini, semua pihak yakni ibubapa, pihak sekolah, masyarakat dan juga pihak kementerian tidak boleh
lupa kepada perkembangan sosial para pelajar. Hal ini demikian kerana pada zaman globalisasi ini
yang mana berbagai jenis gejala sosial yang telah muncul dan dibawa masuk ke dalam negara dan
merosakkan aset-aset negara iaitu para pelajar dan bakal-bakal peneraju kepimpinan negara secara
sedikit demi sedikit tanpa disedari. Isu gejala sosial seperti pergaduhan antara pelajar-pelajar yang
berbeza, provokasi kaum dan agama semakin hangat dikongsikan melalui media massa dan ianya jelas
menjadi satu kebimbangan kepada golongan dewasa kerana masa hadapan negara bergantung kepada
golongan ini yang bakal mengambil alih tampuk pimpinan negara pada masa hadapan. Sekiranya
golongan pelajar dijangkiti dan dirosakkan oleh gejala sosial ini maka terkuburlah matlamat negara
untuk mencapai Wawasan 2030. Sebagaimana kita semua tahu, pada peringkat remaja, para pelajar
akan mengalami pertumbuhan dan perubahan yang pesat dari segi fizikal, emosi dan juga sosial.
Mereka akan mula mendedahkan diri sendiri dengan perkara-perkara baru yang mana tidak ada
diajarkan oleh kedua-dua ibubapa mereka. Tambahan pula, pada peringkat ini, para pelajar akan mula
mempunyai perkembangan rasa ingin tahu yang sangat tinggi yang menyebabkan mereka ingin
meneroka persekitaran mereka dengan lebih mendalam. Pada asalnya mempunyai rasa ingin tahu ini
adalah perkara yang baik, namun ianya boleh membawa kepada keburukan jika tidak dibimbing oleh
golongan dewasa dengan cara yang betul. Oleh itu, wajarlah bagi golongan dewasa terutamanya pihak
sekolah dan masyarakat untuk mengambil berat mengenai perkembangan sosial para pelajar bagi
memastikan mereka sentiasa berada pada landasan yang betul agar masa hadapan mereka dan juga
negara dapat berkembang dengan mekar. Hal ini adalah selari dengan peribahasa melentur buluh
biarlah dari rebungnya yang mana membawa maksud jika mahukan seseorang pelajar itu menjadi
seorang yang berakhlak mulia dan berpendidikan tinggi serta boleh melestarikan perpaduan dan
integrasi kaum di negara ini, mereka haruslah dididik dan diajar dari awal agar ilmu yang diajarkan itu
menjadi satu kebiasaan yang tersemai dalam diri pelajar tersebut.
Pernyataan Masalah
Kebelakangan ini isu permasalahan sosial dalam kalangan para pelajar boleh dikatakan berada pada
tahap kritikal dan hal ini terbukti apabila permasalahan ini terus tular di media sosial setiap hari
mengenai salah laku para pelajar yang seolah-olahnya tiada tanda noktah. Tambahan pula, isu ini
semakin membimbangkan apabila para pelajar ini mula terlibat dengan kes-kes provokasi kaum dan
agama di sosial media, gengsterisme, kongsi gelap dan sebagainya. Penglibatan pelajar-pelajar ini
dalam aktiviti-aktiviti tidak bermoral ini seolah-olah mereka gemar kepada perkara yang
mendatangkan kemudaratan terhadap diri dan orang-orang di sekeliling mereka. Apa yang lebih
menggusarkan ialah mereka sanggup membuat akaun palsu di media sosial semata-mata untuk
membuat hantaran atau memuat naik video yang boleh mencetuskan kegusaran dan mengancam
keharmonian kehidupan bermasyarakat yang pelbagai kaum di negara ini. Malah ada juga yang
berbuat demikian untuk mendapatkan perhatian daripada orang ramai. Terdapat pelbagai jenis reaksi
daripada tindakan mereka ini, ada yang mengecam teruk atas perbuatan tidak bermoral tersebut dan
ada yang menyokong malah memberi galakkan untuk membuat lebih banyak hantaran dan video yang
sedemikian. Sebagai contoh, penyalahgunaan profil media sosial Twitter iaitu “DS Account” yang
mana adalah singkatan kepada Darkside Account yang memberi makna kepada sisi gelap pengguna
akaun tersebut. Dalam erti kata lain, pengguna media sosial tersebut mempunyai satu lagi akaun
Twitter yang menonjolkan personalitinya yang 180 darjah berbeza dengan personaliti asal pemilik
akaun tersebut di dunia nyata. Selain itu, ada juga yang membuat akaun palsu semata-mata untuk
menyebarkan fitnah terhadap individu-individu yang mereka tidak sukai dan ada juga yang berbuat
demikian semata-mata untuk menimbulkan isu perkauman terutamanya apabila menghampiri hari
mengundi. Hal-hal ini sangat jelas boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia dan boleh menjadi satu retakan yang menjadi punca kepada isu perkauman yang
berkemungkinan besar boleh mengulangi peristiwa 13 Mei. Walaupun ramai yang beranggapan gejala
sosial ini berpunca daripada masalah dalaman diri individu , namun tidak boleh diabaikan bahawa
terdapat juga faktor-faktor luaran yang boleh menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial
ini. Sebagai contoh, kekurangan kemahiran kendiri untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran,
pengaruh rakan sebaya, kekurangan perhatian daripada kedua-dua ibubapa, kesempitan hidup dan
lain-lain. Oleh itu, pihak sekolah dan komuniti masyarakat perlulah memainkan peranan dalam
menangani isu ini. Persoalannya, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha mengatasi
isu-isu integrasi kaum dalam konteks pendidikan di Malaysia.
Objektif
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk :

1. Mengenalpasti apakah cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha mengatasi isu-isu


integrasi kaum dalam konteks pendidikan di Malaysia.
2. Mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi cabaran-cabaran
yang dihadapi dalam usaha mengatasi isu-isu integrasi kaum dalam konteks
pendidikan di Malaysia.
Kajian Literatur
Konsep dan definisi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, integrasi adalah menjadikan satu kesatuan melalui
penggabungan atau penggabungan dua atau beberapa kaum mengikut unsur ataupun bahagian. Secara
dasarnya, integrasi adalah kata pinjaman bahasa Inggeris. Selain itu, kata nama tersebut dalam bahasa
Inggeris bermaksud aksi ataupun proses menggabungkan atau mencampurkan kumpulan orang yang
berbeza dengan jayanya (Cambridge Dictionary, 2023).

Menurutnya lagi, integrasi ialah aksi ataupun proses penggabungan 2 atau lebih perkara
dengan cara yang efektif. Ellyah (2011) mendefinisikan integrasi sebagai penerimaan dan
berkompromi oleh beberapa kelompok etnik terhadap kebudayaan majoriti masyarakat dan pada masa
yang sama masih mempertahankan kebudayaan masing-masing. Tambahan lagi, maksud lain yang
dibawanya adalah dalam sesuatu sistem sosial integrasi dijadikan pengendalian masalah serta
kepelbagaian kaum dan unsur-unsur tertentu dijadikan satu atau suatu keseluruhan. Integrasi mengikut
Merriam Webster (2023) integrasi adalah pemerbadanan sama rata dalam masyarakat atau organisasi
individu daripada kumpulan yang berbeza.

Integrasi juga boleh dilihat sebagai proses membentuk entiti yang memegang teguh pada
norma dan nilai masyarakat setempat dalam usaha memenuhi usaha tujuan semua dengan penuh
keadilan dan saksamanya (Ellyah, 2011). Sambungan lagi, membentukkan entiti tersebut
merangkumi, masyarakat pelbagai kaum, daerah dan negeri tempat tinggal, budaya, adat, cara
kehidupan, kepercayaan dan fahaman agama yang berbeza.

Konsep Integrasi menurut Afaf Hassim (n.d.) merupakan proses penyesuaian bersama budaya
serta ciri-ciri sosial yang berbeza yang boleh diterima oleh semua kumpulan etnik. Identiti, budaya,
dan hak hidup kumpulan etnik diperkaya dan bukannya dihapuskan. Malaysia mementingkan
integrasi untuk memupuk perpaduan dan memajukan kesejahteraan rakyatnya. Integrasi ialah proses
mewujudkan identiti nasional antara kumpulan etnik yang berbeza.

Dalam konteks Malaysia menurut Muis A.M.R.A., et.al. (2021), integrasi telah menjadi
keutamaan utama dalam usaha menggalakkan perpaduan nasional. Ia merupakan satu proses
penyesuaian bersama budaya dan ciri-ciri sosial yang berbeza yang boleh diterima oleh semua
kumpulan etnik. Identiti, budaya dan hak kewujudan kumpulan etnik tidak dimansuhkan atau dibuang,
sebaliknya dikembangkan dan dipupuk.
Berdasarkan Ajasahara (2018) integrasi berlaku dalam sesebuah masyarakat apabila ahlinya
menerima ciri-ciri ahli lain, tanpa mengira asal usul atau bangsa. Sambungan lagi, terdapat dua bentuk
integrasi: integrasi sosial dan integrasi nasional. Integrasi sosial adalah sains sosiologi. Ia adalah
proses menghapuskan perbezaan dan identiti dan menyatukan kumpulan yang berbeza dalam
masyarakat melalui identiti yang sama.

Menurut perspektif undang-undang, Irma Wani Othman et.al. (2020), kelangsungan hidup
haknya merujuk kepada hak asasi seseorang untuk kelangsungan kehidupan tanpa wujudnya
diskriminasi oleh masyarakat. Apabila difokuskan lagi konsep integrasi ini, di Malaysia khasnya
merupakan suatu proses yang berpanjangan dan konsisten dalam menghasilkan satu identiti nasional
yang merangkumi etnik pelbagai yang mempunyai perbezaan budaya, agama yang diamalkan dan
sosial serta penempatan kediaman Muis, A. M. R. A., et.al. (2021).

Oleh yang demikian, usaha untuk membentuk sifat kebersamaan dan kesatuan dalam
kalangan pelajar daripada latar belakang yang pelbagai dan unik dalam aspek yang tersendiri amatlah
perlu diambil perhatian dalam usaha negara mencapai wawasan masa depan dan membentuk
masyarakat yang mampu membangunkan negara dan meletakkan Malaysia di mata dunia.

Cabaran-cabaran integrasi di sekolah

Dalam melaksanakan integrasi kaum di Malaysia di datangi dengan pelbagai cabaran. Cabaran
pertama adalah dari aspek sejarah. Pada asasnya menurut Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji
Ismail yang dipetik dari Mohd Ridhuan (2010) Malaysia adalah sistem kenegaraan Melayu.
Sambungan itu, sistem tersebut bermula dengan wilayah dan kepulauan rantau yang merupakan
maksud Melayu itu sendiri. Menurutnya lagi, nama Melayu itu terkenal di pelbagai negara seperti
Marco Polo, India, China, Siam dan Portugis yang mempunyai variasi nama Melayu tersendiri
mengikut negara masing-masing.

Mohd Ridhuan (2010) berpendapat sebelum ketibaan penjajah British, istilah Melayu dan
Tanah Melayu pada abad-11 adalah merujuk kepada rumpun bangsa iaitu negeri-negeri Melayu.
Rentetan, pada masa itu Tanah Melayu hanya mempunyai hubungan perdagangan sahaja dengan
China, namun ketibaan dan campur tangan pihak British telah menyebabkan ramai yang berhijrah ke
sini. Hal ini demikian menjurus kepada masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

Apabila Revolusi Perindustrian berlaku di Eropah, kuasa-kuasa besar barat mula penjajah
negara sebelah timur (Hablillah, n.d.). Mereka penjajah untuk mencari bahan-bahan mentah seperti
getah dan bahan galian lain untuk memajukan ekonomi negara masing-masing. Kesinambungannya,
kesan dalam usaha untuk mengeksploitasi bahan mentah tanah air tersebut, pihak penjajah telah
membawa masuk pekerja asing dari China dan India dalam jumlah yang ramai sehingga menandingi
jumlah orang tempatan di Tanah Melayu.

Selepas itu, pengenalan Malayan Union dalam pentadbiran Tanah Melayu sekali lagi menjadi
pemangkin kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang kini. Pengenalan tersebut membolehkan
dan memberi peluang kepada pekerja-pekerja yang dibawa masuk oleh -pihak British untuk menjadi
warganegara (Mohd Ridhuan, 2010). Sambungan itu juga kedaulatan negeri Raja-Raja Melayu turut
diserahkan. Seterusnya, perkara ini yang berlaku dilihat oleh Orang Melayu sebagai sebuah ancaman
terhadap keistimewaan mereka yang akan menguntungkan orang bukan Melayu.

Turutan daripada itu Haris yang dipetik daripada Mohd Ridhuan (2010) berpendapat,
walaupun penjajahan dari pihak British telah melepaskan Tanah Melayu dan kemerdekaan tercapai
pada 31 Ogos 1957, percanggahan antara kaum Melayu dan Cina pula telah beralih ke arah politik.
Seterusnya, pemimpin politik Cina menegakkan beberapa kritikan terhadap dasar-dasar yang diguna
pakai dalam pentadbiran negara, antaranya Dasar Pendidikan Kebangsaan dan hasrat bahasa rasmi
negara merangkumi bahasa Cina juga.

Apabila terbentuknya Malaysia, Lee Kuan Yew adalah pengkritik terbesar yang
memperjuangkan Malaysian Malaysia yang sehingga kini masih diperjuangkan oleh DAP (Isasah
dipetik daripada Mohd Ridhuan, 2010). Perjuangan negara Malaysia untuk semua orang Malaysia, di
mana jawatan Sultan-Sultan ditinggalkan untuk orang Melayu serta jawatan perdana menteri juga
turut dibuka kepada sesiapa sahaja selepas 20 tahun. Comber yang dipetik daripada Mohd Ridhuan
(2010) menerangkan perkara yang tidak sependapat dengan Lee Kuan Yew adalah hak istimewa orang
Melayu dan status Bumiputera orang Melayu dengan mengatakan orang Melayu juga sebagai
pendatang yang berhijrah ke Malaysia.

Rentetan itu, percanggahan politik di Malaysia dikatakan sebagai permasalahan politik


komunisme menurut Ratnam dan Abdullah Dahna dipetik daripada Mohd Ridhuan (2010) yang telah
meninggalkan perspektif tidak baik tentang beberapa perkara. Antaranya, tiada kewujudan kesatuan
budaya, kesatuan wilayah dan tidak keseimbangan dalam kekuatan ekonomi dan politik pusat serta
status orang Melayu. Orang bukan Melayu hingga kini masih bersungguh-sungguh untuk menambah
hak mereka secara sama rata sementara orang Melayu mempertahankan hak bumiputera dan
kedudukan istimewa mereka Mohd Ridhuan (2010).

Aspek kedua adalah keluarga. Almond dan Verba dipetik daripada Mohd Ridhuan (2010)
berpendapat, dalam kanak-kanak menjelang ke zaman dewasa keluarga memainkan peranan yang
penting dalam membentuk sikap politik sejak kecil lagi. Sambungan itu, keluarga dilihat sebagai agen
unit asas untuk sosialisasi politik yang dipersetujui oleh ramai pengarang politik. Dalam pembentukan
pemilihan dan pengamalan politik untuk sosialisasi faktor dominan yang utama adalah agen keluarga
(Heyman dipetik daripada Hablillah, n.d.). Juga dikatakan dengan aktiviti harian biasa seperti
perbualan antara ibu bapa mampu membentuk cara pemikiran anak-anak. Pengaruh sedemikian di
rumah adalah penting dalam membentuk sesuatu hubungan sosial dengan jiran, masyarakat setempat
dan perundangan serta norma tempatan. Perkara paling awal anak-anak lakukan apabila dilahirkan
adalah berinteraksi bersama ibu bapa pertama sekali.

Mengikuti pendapat Langton dipetik daripada Mohd Ridhuan (2010) dalam mempengaruhi
pilihan kehidupan kanak-kanak kumpulan sosial yang pertama sekali memainkan peranan adalah
keluarga. Sebelum kanak-kanak mampu untuk melangkah berjalan dan membuat pendapat sendiri,
mereka akan dulu melihat dunia luar menerusi interaksi keluarga dengan dunia tersebut terlebih
dahulu. Ibu bapa dan ahli keluarga adalah guru pertama yang kanak-kanak peroleh sebelum memasuki
sekolah dalam pengalaman untuk bersosialisasi.

Oleh yang demikian, apabila berkaitan dengan sosialisasi politik pula, ibu bapa turut
mempunyai sedikit sebanyak impak dalam penerimaan norma dan nilai serta pengalaman politik
anak-anak (Hablillah, n.d.).

Kependudukan keluarga juga memainkan peranan dalam cabaran integrasi kaum. Keluarga
Melayu menatap di luar bandar walaupun yang tinggal di pusat bandar akan lebih selesa untuk
menghuni di kawasan majoriti sebangsa. Tiada bezanya dengan orang Cina, kerana perkara ini telah
berlaku sejak penjajahan British lagi. Comber yang dipetik daripada Mohd Ridhuan (2010)
berpendapat muncul pula situasi di mana perbezaan tahap kemajuan kawasan perkampungan dua
pihak tersebut mengundang pandangan tidak menyenangkan mengakibatkan jurang interaksi antara
dua pihak makin besar dan sukar.

Dengan harapan untuk integrasi kaum berdepan cabaran ketiga dari aspek institusi
pendidikan. Institusi pendidikan seperti sekolah adalah sebuah platform penting dalam membentuk
pengalaman untuk bersosialisasi menerusi pendidikan formal Neena Sharma dipetik daripada Mohd
Ridhuan (2010). Langton yang dipetik daripada Mohd Ridhuan (2010) menegaskan secara langsung
ataupun tidak langsung sekolah adalah tempat untuk membentuk ideologi politik secara formal.
Dalam pada itu, sekolah mampu mensosialisasikan latar belakang politik dan sosial mereka yang
berbeza kepada sesuatu yang sepakat dan perkara tersebut akan dibawa ke peringkat pendidikan
tertiari dan ke dalam kehidupan seharian.

Sama seperti tempat penempatan yang dibincang sebelum ini masyarakat Cina lebih
menggemari untuk menempatkan anak-anak mereka di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Menurut Mohd Ridhuan (2010) sistem pendidikan Cina di Malaysia dan tanah Melayu berasal sejak
kemasukan orang Cina pada abad ke-19. Sistem itu berterusan semasa penjajahan British dengan
sedikit pemantauan ketat sehingga ke abad kini. Apabila menyentuh tentang Dasar Pendidikan
Kebangsaan, masyarakat Cina dan turut bersama ahli politik Cina mempunyai pendirian sendiri
terhadap sistem pendidikan yang diguna pakai di SJKC.

Antara isu yang sering timbul adalah penggunaan bahasa pengantar di sekolah dan menurut
Comber yang dipetik daripada Mohd Ridhuan (2010) mereka berpendapat anak-anak mereka
dinafikan hak bahasa dan budaya mereka dan hanya bertujuan untuk mengasimilasikan bahasa
Melayu kepada masyarakat. Selain itu mereka ada hendak menubuhkan universiti yang menggunakan
bahasa Cina sebagai bahasa penghantar, dan menolak penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar
subjek Matematik dan Sains. Secara dasarnya, tentangan akan timbul dengan usaha untuk mengubah
dan mengganggu kurikulum sekolah cina lebih-lebih lagi apabila dipolitikkan.

Cabaran keempat juga muncul apabila kita melihat pada nilai hidup menurut Mohd Ridhuan
(2010). Antara cabarannya ialah prasangka buruk antara kaum. Mereka yang berprasangka buruk ini
kebiasaannya mementingkan diri sendiri sahaja. Pandangan dan pendapat biasanya adalah
berdasarkan generalisasi umum yang dilontarkan kepada umum berdasarkan stereotaip semata-mata.
Kebanyakan pendapat dan pandangan tersebut adalah tidak berasas dan terhasil daripada sesuatu
individu yang membuat kesalahan serta hujahan yang berunsurkan kebencian dan kemarahan. Hal ini
boleh dikaitkan dengan cabaran yang berunsurkan daripada sejarah penjajahan Malaysia, melalui
dasar pemerintahan pecah dan perintah.

Selain itu, adalah cabaran etnosentrisme. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
etnosentrisme adalah sesuatu pandangan ataupun sikap mempercayai yang kuat tentang golongan dan
budaya etnik sendiri adalah lebih baik daripada mereka yang lain. Perkara ini akan mengakibatkan
seseorang itu untuk menyendiri dan mengelakkan apa-apa jenis pergaulan dengan bangsa lain.
Pemikiran ini amatlah bahaya kerana Malaysia adalah negara yang berbilang bangsa dan agama serta
saling memerlukan dalam masyarakat untuk negara terus berfungsi. Kesemua yang dibincangkan
adalah punca kepada tragedi 13 Mei 1969. Menurut Mohamed Alif Haniffa (2016) selepas
peninggalan penjajah dari Tanah Melayu, tiada perbezaan dapat dilihat dalam kalangan tiga kaum
terbesar melambangkan betapa dahsyatnya hubungan antara mereka.

Apabila dilihat cabaran-cabaran tersebut dilihat dari lensa pendidikan pula, guru mempunyai
peranan yang penting dalam mendidik bukan sahaja mata pelajaran yang ditetapkan bahkan tetapi
juga berusaha untuk memupuk nilai-nilai murni dan pengajaran kepada para pelajar. Tidak dapat
disangkal lagi, cabaran integrasi kaum akan sentiasa wujud dalam kalangan masyarakat tidak kira di
mana sahaja. Oleh itu, usaha-usaha yang mampan haruslah dilaksanakan dan diterapkan dalam
institusi pendidikan negara dalam membentuk pelajar di sekolah dan seterusnya dibawa ke luar
menjadi masyarakat yang mencintai keharmonian dan kesatuan. Pelajar dan juga masyarakat yang
menanam perasaan dan nilai tersebut akan berusaha untuk mengekalkannya dan mengukuhkan lagi
supaya generasi seterusnya dalam merasai dan menyanjung hasrat murni tersebut sepanjang hayat.
Metodologi

Kajian kes menurut Yin (2014) adalah siasatan empirikal yang mengkaji fenomena dalam konteks
kehidupan sedia ada. Dijelaskan lagi kebiasaan bidang sosiologi, sains politik, psikologi dan
perniagaan adalah pengamal strategi kebiasaannya. Berbanding kaji selidik yang menyeluruh, kajian
kes adalah berfokus pada sesuatu situasi yang menyenarai pendek bidang kajian yang luas kepada satu
topik kajian sahaja (Martyn, 2008). Kajian kes adalah bukan kaedah pengumpulan data bahkan tetapi
adalah strategi kajian ataupun rekaan untuk mengkaji sesuatu unit sosial (Yin, 2014). Projek mini ini
menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif untuk melihat cabaran-cabaran mengatasi isu-isu
integrasi kaum dalam konteks pendidikan di Malaysia

Dalam projek kajian ini, instrumen kajian yang diguna pakai adalah temu bual. Berdasarkan
Robson (2011) instrumen temu bual boleh berdiri dengan sendiri atau dipasangkan dengan teknik
dapatan yang lain. Dipersetujui oleh Yin (2014), menyatakan temu bual adalah teknik pengumpulan
data yang baik diguna pakai untuk kajian projek yang memilih untuk menggunakan reka bentuk kajian
kes. Set soalan temu bual berjumlah 15 dibangunkan dan dijadikan medium instrumen kajian untuk
memperoleh dapatan dan seterusnya dalam perbincangan dan responden yang dipilih ialah Puan
Rosnida Binti Abdullah, Puan Shahirah Zuraini dan Puan Nik Zalina Nik Yusoff bagi membantu kami
untuk mendapatkan dapatan kajian secara kualitatif.
Dapatan kajian

Dapatan kajian cabaran-cabaran mengatasi isu-isu integrasi kaum dalam konteks pendidikan
di Malaysia memberi maklumat yang lebih jelas dan terperinci mengenai realiti semasa.
Selain itu, dapatan kajian juga membawa kepada pemahaman yang mendalam mengenai
kesan langkah yang diusahakan untuk memperkasa keharmonian dan perpaduan kaum dalam
aspek pendidikan.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, beberapa penemuan utama kajian telah didapati
hasil daripada temu bual yang dijalankan keatas 3 orang guru dari 3 buah sekolah berbeza.
Dengan menelusuri dan memahami hasil kajian ini, kita dapat melihat dengan lebih jelas
cabaran yang dihadapi dalam memupuk integrasi kaum dalam konteks pendidikan di
Malaysia. Selain itu, perancangan strategi yang lebih berkesan dan langkah-langkah yang
lebih efektif dalam konteks pendidikan dinilai untuk menangani isu-isu integrasi dan
memperkuatkan perpaduan sosial di Malaysia.
Di dalam bab ini, penerangan dan huraian merupakan hasil daripada sesi temu bual
yang mengandungi 15 soalan yang dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian A merupakan
tahap integrasi kaum dalam pendidikan yang mengandungi 5 soalan, bahagian B ialah sikap
terhadap integrasi kaum dalam pendidikan dengan 5 soalan dan bahagian C ialah persepsi
terhadap integrasi kaum dalam pendidikan di Malaysia yang mengandungi 5 soalan. Data dan
keputusan jawapan diambil daripada 3 orang responden yang berlatarkan pendidik daripada 3
sekolah yang berbeza dan ditemu bual menerusi aplikasi panggilan video Zoom.
BAHAGIAN A: TAHAP KESEDARAN INTEGRASI KAUM DALAM PENDIDIKAN
DI MALAYSIA.

Soalan 1
Adakah anda bersetuju bahawa kefahaman antara pelbagai budaya di Malaysia dapat
dipupuk melalui integrasi kaum dalam pendidikan?

Menurut Puan Rosnida, beliau bersetuju bahawa integrasi kaum dalam pendidikan dapat
membantu dalam memupuk kefahaman tentang kepelbagaian adat resam dan budaya di
Malaysia. Selain itu, Puan Shahirah pula, beliau juga bersetuju kerana melalui pendidikan,
pelajar dapat belajar dan mengetahui budaya rakan mereka yang berbeza agama dan bangsa
di dalam kelas. Seterusnya Puan Zalina juga bersependapat dan bersetuju bahawa integrasi
kaum dalam pendidikan dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang perbezaan budaya di
Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India yang lebih
berfokuskan di semenanjung serta kaum Iban, Kadazan dan selebihnya yang lebih tertumpu
di borneo.
Setiap bangsa mempunyai keunikan dalam budaya masing-masing dan integrasi kaum
dalam pendidikan memainkan peranan penting dalam mewujudkan persefahaman di kalangan
masyarakat majmuk. Oleh yang demikian, ketiga-tiga responden bersependapat mengenai hal
ini.

Soalan 2
Adakah anda bersetuju bahawa konflik antara kaum di Malaysia dapat dikurangkan
melalui integrasi kaum dalam pendidikan?

Puan Rosnida menyatakan pendapat setuju bahawa integrasi kaum dalam pendidikan mampu
mengurangkan konflik antara kaum di Malaysia kerana pemahaman yang diperolehi hasil
daripada pengintegrasian kaum dalam pendidikan mewujudkan sikap toleransi antara
masyarakat majmuk. Apabila wujudnya sikap toleransi maka konflik antara kaum dapat
dielakkan. Selain itu, menurut Puan Shahirah, beliau juga bersetuju dengan kenyataan ini
kerana para pelajar saling bergaul di antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama.
Mereka saling bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. Seterusnya
Puan Zalina juga bersependapat dan bersetuju bahawa integrasi kaum dalam pendidikan
dapat mengurangkan konflik antara kaum di Malaysia. Buktinya, ada ibu bapa Melayu yang
menumpangkan kawan anaknya yang berbangsa Cina untuk pulang ke rumah.
Oleh yang demikian, keputusan ini jelas menunjukkan bahawa integrasi kaum dalam
pendidikan membantu dalam mengurangkan konflik antara kaum di Malaysia. Oleh itu,
ketiga-tiga responden bersependapat terhadap perkara ini.

Soalan 3
Adakah anda setuju bahawa integrasi sosial di Malaysia dapat ditingkatkan melalui
integrasi kaum dalam pendidikan?

Menurut Puan Rosnida, beliau bersetuju bahawa integrasi kaum dalam pendidikan mampu
meningkatkan integrasi sosial di Malaysia. Buktinya apabila sekolah menganjurkan aktiviti
gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, ramai murid beserta orang tua yang terdiri
daripada pelbagai bangsa turut serta menjayakan aktiviti tersebut. Selain itu, Puan Shahirah
juga menyatakan pendapat setuju dan percaya bahawa integrasi kaum dalam pendidikan
dapat mengukuhkan integrasi sosial di Malaysia. Menurut pengalaman beliau, terdapat rakan
yang dikenalinya sejak zaman sekolah berkahwin campur dan telah pun menerima cahaya
mata. Hal ini membuktikan bahawa integrasi kaum dalam pendidikan mampu merapatkan
jurang antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk. Seterusnya Puan Zalina juga
bersependapat dan bersetuju bahawa integrasi kaum dalam pendidikan membantu dalam
meningkatkan integrasi sosial di Malaysia. Hal ini dapat dilihat ketika mana tiba hari
perayaan sesuatu bangsa dan para pelajar dan kakitangan sekolah bersama-sama menyambut
hari perayaan tersebut tanpa melanggar hukum syarat agama masing-masing.
Berdasarkan keputusan ini, maka jelas bahawa ketiga-tiga responden bersependapat
dan bersetuju bahawa integrasi kaum dalam pendidikan membantu dalam meningkatkan
integrasi sosial di Malaysia.

Soalan 4
Adakah anda besetuju bahawa usaha penyatuan kaum dalam pendidikan perlu
dipertingkatkan di Malaysia?

Menurut Puan Rosnida, beliau bersetuju bahawa usaha penyatuan kaum dalam pendidikan
perlu dipertingkatkan di Malaysia supaya mengukuhkan lagi perpaduan dan mengelakkan
konflik antara kaum. Menurut beliau, antara usaha yang boleh dijalankan ialah dengan
mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sekolah kerana aktiviti ini melibatkan
kerjasama daripada ramai orang dan ini boleh menjadi platform untuk memperkasakan
integrasi kaum. Selain itu, menurut Puan Shahirah, beliau juga bersetuju agar usaha
penyatuan kaum dalam pendidikan dipergiatkan dan pihak atasan perlu memainkan peranan
penting dalam menjayakan matlamat ini. Menurutnya, para guru adalah agen yang sangat
penting dalam menyuntik semangat perpaduan dalam kalangan pelajar dan mendedahkan
kepentingan integrasi kaum. Seterusnya menurut Puan Zalina pula, beliau juga bersependapat
dan bersetuju agar mempertingkatkan lagi usaha penyatuan kaum dalam pendidikan di
Malaysia. Menurutnya lagi, pihak sekolah perlu memperbanyakkan lagi aktiviti yang
melibatkan perpaduan kaum supaya pelajar lebih terdedah kepada kepentingan integrasi
kaum.
Oleh yang demikian, keputusan ini menunjukkan bahawa setiap responden bersetuju
agar meningkatkan lagi usaha penyatuan kaum dalam pendidikan di Malaysia. Hal ini
menunjukkan betapa pentingnya usaha bagi menyatupadukan kaum dalam pendidikan di
negara kita.

Soalan 5
Adakah anda bersetuju bahawa usaha penyatuan kaum dalam pendidikan merupakan
tanggungjawab bersama masyarakat Malaysia?

Menurut Puan Rosnida, beliau bersetuju bahawa usaha penyatuan kaum dalam pendidikan
merupakan tanggungjawab bersama masyarakat Malaysia. Menurut beliau, usaha perpaduan
kaum bukan sahaja perlu dilakukan dalam kawasan sekolah bahkan juga perlu di luar sekolah
supaya murid-murid sentiasa mengamalkan sikap perpaduan walau di mana mereka berada.
Selain itu, menurut Puan Shahirah, beliau juga bersetuju bahawa masyarakat Malaysia
semuanya bertanggungjawab dalam usaha untuk menyatupadukan kaum dalam pendidikan.
Menurutnya, pihak ibu bapa juga memainkan peranan yang penting demi memupuk semangat
perpaduan dalam diri pelajar. Sebagai contoh dengan cara menziarahi jiran yang berbeza
kaum ketika mereka ditimpa musibah. Seterusnya, menurut Puan Zalina pula bersependapat
dan bersetuju bahawa usaha penyatuan kaum dalam pendidikan adalah tanggungjawab
bersama masyarakat Malaysia. Menurutnya tugas memupuk perpaduan kaum bukan hanya
daripada guru bahkan pelbagai pihak seperti kerajaan dan ibu bapa juga perlu memainkan
peranan mereka dalam usaha mengintegrasikan kaum dalam pendidikan di Malaysia.
Keputusan ini menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa usaha
penyatuan kaum dalam pendidikan merupakan tanggungjawab bersama masyarakat Malaysia.
BAHAGIAN B: SIKAP TERHADAP INTEGRASI KAUM DALAM PENDIDIKAN

Soalan 1
Adakah anda bersetuju bahawa semua institusi pendidikan di Malaysia seharusnya
mempromosikan nilai-nilai penyatuan kaum?

Menurut Puan Rosnida, beliau bersetuju bahawa semua institusi pendidikan di Malaysia
seharusnya mempromosikan nilai-nilai penyatuan kaum. Menurut beliau, hal ini adalah
kerana institusi pendidikan merupakan satu medium perantara yang terbaik bagi menanam
sikap integrasi kaum di kalangan masyarakat yang berbilang agama dan bangsa. Selain itu,
Puan Shahirah juga bersetuju bahawa nilai-nilai penyatuan kaum harus dipromosikan oleh
semua institusi pendidikan di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa nilai-nilai penyatuan
kaum boleh tersebar lebih jauh melalui institusi pendidikan seperti di sekolah, kolej dan
universiti. Seterusnya, menurut Puan Zalina pula, beliau bersependapat dan bersetuju bahawa
semua institusi pendidikan di Malaysia seharusnya mempromosikan nilai-nilai penyatuan
kaum. Hal ini kerana institusi pendidikan adalah tempat untuk menimba ilmu pengetahuan
serta tempat pelajar belajar nilai murni seperti perpaduan antara kaum.
Hasil temu bual menunjukkan bahawa ketiga-tiga responden bersetuju bahawa semua
institusi pendidikan di Malaysia seharusnya mempromosikan nilai-nilai penyatuan kaum.
Oleh itu, usaha mempromosikan nilai-nilai penyatuan kaum dalam pendidikan amat penting
bagi mewujudkan negara yang harmoni.

Soalan 2
Adakah anda bersetuju bahawa para guru dan kakitangan pendidikan seharusnya
diberi latihan untuk mengatasi perbezaan budaya dan latar belakag pelajar?

Menurut Puan Rosnida, beliau bersetuju bahawa para guru dan kakitangan pendidikan
seharusnya diberi latihan untuk mengatasi perbezaan budaya dan latar belakang pelajar.
Menurutnya, hal ini penting supaya guru terutamanya yang baru berkhidmat dibekalkan
dengan ilmu dan cara untuk mengendalikan murid-murid yang berbeza agama dan bangsa
supaya tidak timbul isu perbalahan kaum dalam sekolah. Selain itu, Puan Shahirah bersetuju
bahawa latihan untuk mengatasi perbezaan budaya dan latar belakang pelajar perlu diberikan
kepada guru-guru dan kakitangan pendidikan. Beliau berpendapat bahawa pihak kerajaan
memainkan peranan yang penting dalam membekalkan latihan kepada guru dan kakitangan
pendidikan supaya mereka dapat mengatasi masalah yang melibatkan perbezaan kaum dalam
sekolah. Hal ini merangkumi bagaimana cara mengendalikan murid yang berlainan bangsa,
sikap terhadap murid daripada kepelbagaian etnik yang berbeza-beza dan sebagainya dengan
tujuan untuk mengelakkan perkara tidak diingini yang melibatkan kaum berlaku. Seterusnya,
Puan Zalina juga bersependapat dan bersetuju bahawa para guru dan kakitangan pendidik
perlu diberikan latihan untuk mengatasi perbezaan budaya dan latar belakang pelajar.
Menurutya, hal ini supaya suasana sekolah sentiasa aman dan harmoni serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Hasil temu bual menunjukkan bahawa ketiga-tiga responden bersetuju bahawa latihan
mengatasi perbezaan budaya dan latar belakang pelajar perlu diberikan kepada pendidik dan
kakitangan pendidik dalam usaha untuk memperkasakan integrasi kaum dalam pendidikan.

Soalan 3
Adakah anda bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam pendidikan dapat membantu
membina negara yang lebih bersatu dan maju?

Menurut Puan Rosnida, beliau bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam pendidikan dapat
membantu membina negara yang lebih bersatu dan maju. Menurut beliau, setiap bangsa perlu
bersatu padu dan bekerjasama bagi meningkatkan kemajuan negara bermula dari aspek
pendidikan, sosial dan ekonomi. Selain itu, menurut Puan Shahirah, beliau bersetuju bahawa
negara yang lebih bersatu dan maju dapat dibina melalui penyatuan kaum dalam pendidikan.
Menurutnya, untuk memupuk semangat perpaduan, haruslah bermula di peringkat sekolah
supaya masyarakat sudah terbiasa dengan suasana dan persekitaran yang terdiri daripada
masyarakat yang berbeza bangsa. Hal ini akan dibawa oleh mereka sehingga ke alam
pekerjaan dan mereka yang sudah terdedah dengan persekitaran ini akan lebih mudah untuk
bergaul walaupun berbeza warna kulit. Seterusnya, Puan Zalina bersependapat dan bersetuju
bahawa penyatuan kaum dalam pendidikan dapat membantu membina negara yang lebih
bersatu dan maju. Menurut beliau, kerjasama antara kaum sangat penting dalam usaha untuk
memajukan negara dan sekiranya nilai penyatuan kaum dalam pendidikan tidak diterapkan
maka sukar untuk merealisasikan matlamat ini.
Hasil temu bual menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa
penyatuan kaum dalam pendidikan dapat membantu dalam membina negara yang lebih
bersatu dan maju dan bersependapat tentang kebaikan penyatuan kaum dalam pendidikan.
Soalan 4
Adakah anda bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam pendidikan seharusnya
diterapkan pada semua peringkat pendidikan di Malaysia?

Menurut Puan Rosnida, beliau bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam pendidikan
seharusnya diterapkan pada semua peringkat pendidikan di Malaysia. Menurut beliau, hal ini
supaya pelajar sedar akan kebaikan penyatuan kaum dan sentiasa terdedah terhadap
perpaduan antara kaum di negara yang bermasyarakat majmuk ini. Selain itu, menurut Puan
Shahirah, beliau bersetuju bahawa semua peringkat pendidikan di Malaysia seharusnya
menerapkan sikap penyatuan kaum. Menurutnya, penerapan elemen penyatuan kaum pada
peringkat sekolah, kolej dan universiti haruslah ditingkatkan supaya mengukuhkan lagi
perpaduan kaum di kalangan masyarakat Malaysia. Seterusnya, menurut Puan Zalina, beliau
juga bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam pendidikan seharusnya diterapkan pada semua
peringkat pendidikan di Malaysia. Beliau mengatakan bahawa para pendidik pada setiap
peringkat pendidikan haruslah sentiasa menerapkan nilai penyatuan kaum untuk merapatkan
jurang antara bangsa yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India.
Berdasarkan temu bual yang dijalankan, ketiga-tiga responden bersetuju bahawa
penyatuan kaum dalam pendidikan seharusnya diterapkan pada semua peringkat pendidikan
di Malaysia. Oleh itu, penyatuan kaum dalam semua peringkat pendidikan adalah penting
dalam usaha untuk meningkatkan integrasi kaum di negara ini.

Soalan 5
Adakah anda bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam pendidikan dapat membantu
mengurangkan stereotaip dan prasangka antara pelajar dari latar belang yang
berbeza?

Menurut Puan Rosnida, beliau bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam pendidikan dapat
membantu mengurangkan stereotaip dan prasangka antara pelajar dari latar belakang yang
berbeza. Menurut beliau, apabila pelajar dari bangsa yang berbeza mula bergaul maka secara
tidak langsung akan mengurangkan prasangka dan stereotaip terhadap pelajar tersebut. Selain
itu, menurut Puan Shahirah, beliau juga bersetuju bahawa stereotaip dan prasangka antara
pelajar dari latar belakang yang berbeza dapat dikurangkan melalui penyatuan kaum dalam
pendidikan. Menurutnya, penyatuan kaum dalam pendidikan mampu meruntuhkan stereotaip
dan prasangka antara pelajar dari latar belakang yang berbeza apabila guru menerapkan
penyatuan kaum serta melaksanakan aktiviti yang menggalakkan perpaduan kaum.
Seterusnya, menurut Puan Zalina pula, beliau juga bersependapat dan bersetuju bahawa
penyatuan kaum dalam pendidikan dapat membantu mengurangkan stereotaip dan prasangka
antara pelajar dari latar belakang yang berbeza. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan
perbalahan kaum daripada berlaku baik di sekolah atau di luar sekolah.
Berdasarkan temu bual yang diajalankan, kesemua responden bersetuju bahawa
penyatuan kaum dalam pendidikan dapat membantu mengurangkan stereotaip dan prasangka
antara pelajar dari latar belakang yang berbeza. Oleh itu, pendidikan menjadi medium utama
yang penting untuk meningkatkan semangat perpaduan di kalangan pelajar sekolah.

BAHAGIAN C: PERSEPSI TERHADAP INTEGRASI KAUM DALAM


PENDIDIKAN

Soalan 1
Adakah anda bersetuju bahawa multibudaya di Malaysia dapat meningkatkan
pemahaman dan toleransi kaum di Malaysia?

Menurut Puan Rosnida, beliau bersetuju bahawa multibudaya di Malaysia dapat


meningkatkan pemahaman dan toleransi kaum di Malaysia. Menurut beliau, negara kita yang
terdiri daripada lebih dari satu kaum membuatkan kita terlihat unik di mata dunia. Kita
seharusnya bangga dengan perpaduan kaum yang kita miliki kerana Malaysia antara negara
yang membangun hasil daripada penyatuan kaum, budaya dan etnik. Selain itu, menurut Puan
Shahirah, beliau bersetuju bahawa multibudaya yang terdapat di Malaysia dapat
meningkatkan pemahaman dan toleransi kaum di Malaysia. Hal ini menurut beliau terbukti
bahawa masyarakat dapat hidup dengan aman dan harmoni bahkan boleh sama-sama
menjalani kehidupan berjiran yang baik. Contohnya, tiada kekangan dan halangan bagi
mana-mana bangsa untuk melaksanakan ibadat agama atau budaya masing-masing.
Seterusnya, Puan Zalina juga bersetuju bahawa multibudaya di Malaysia dapat meningkatkan
pemahaman dan toleransi kaum di Malaysia. Menurutnya, budaya dan adat resam kaum
masing-masing masih boleh dilakukan dan masyarakat diminta untuk saling
hormat-menghormati dan menanamkan sikap toleransi terhadap perkara ini.
Berdasarkan temu bual, kesemua responden bersetuju bahawa multibudaya di
Malaysia dapat meningkatkan pemahaman dan toleransi kaum di Malaysia. Oleh itu, integrasi
kaum dalam pendidikan memberikan kesan yang positif terhadap perpaduan negara.

Soalan 2
Adakah anda bersetuju bahawa penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan dapat memupuk semangat kebangsaan yang kuat?

Menurut Puan Rosnida, beliau bersetuju bahawa penggunaan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar dalam sistem pendidikan dapat memupuk semangat kebangsaan yang kuat.
Menurut beliau ini terbukti di mana murid-murid selain bangsa Melayu dapat berinteraksi
antara satu sama lain menggunakan bahasa Melayu. Selain itu, menurut Puan Shahirah,
beliau juga bersetuju bahawa semangat kebangsaan dapat dipupuk melalui penggunaan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Menurut beliau,
murid-murid bangsa Cina, India dan sebagainya turut sama-sama menyanyikan lagu
kebangsaan ketika sambutan bulan kemerdekaan yang dianjurkan di sekolah. Mereka hafal
setiap bait lagu dan menyanyikannya dengan baik sekali. Seterusnya, Puan Zalina juga
bersetuju bahawa penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan dapat memupuk semangat kebangsaan yang kuat. Dalam hal ini menurut beliau,
sekolah boleh menggalakkan murid untuk menyertai pertandingan seperti deklamasi sajak,
berpantun dan sebagainya serta menggalakkan murid menyertainya.
Berdasarkan temu bual menunjukkan bahawa ketiga-tiga responden bersetuju dan
bersependapat bahawa penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam
sistem pendidikan dapat memupuk semangat kebangsaan yang kuat. Oleh itu, bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan adalah penting terhadap
perpaduan kaum.

Soalan 3
Adakah anda bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam pendidikan dapat membantu
memperbaiki hubungan antara etnik yang berbeza di Malaysia?

Menurut Puan Rosnida, beliau bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam pendidikan dapat
membantu memperbaiki hubungan antara etnik yang berbeza di Malaysia. Menurut beliau,
pendidikan adalah medium yang tepat dalam usaha untuk mengukuhkan lagi ikatan
silaturrahim antara etnik yang berbeza di Malaysia. Selain itu, menurut Puan Shahirah, beliau
juga bersetuju bahawa hubungan antara etnik yang berbeza di Malaysia dapat diperbaiki
menerusi penyatuan kaum dalam pendidikan. Hal ini kerana menurut beliau, hubungan
sesuatu etnik dengan etnik yang lain penting untuk dijaga supaya negara kekal aman dan
sentosa. Perbalahan antara etnik hanya mendatangkan kemudaratan kepada ramai pihak dan
institsusi pendidikan adalah salah satu platform untuk mencegah perkara ini daripada berlaku.
Seterusnya, menurut Puan Zalina pula, beliau juga bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam
pendidikan dapat membantu memperbaiki hubungan antara etnik yang berbeza di Malaysia.
Menurutnya, program di sekolah dapat memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan
menjaga hubungan yang baik antara kaum dan etnik yang berbeza.
Hasil daripada temu bual menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju dan
bersependapat bahawa penyatuan kaum dalam pendidikan dapat membantu memperbaiki
hubungan antara etnik yang berbeza di Malaysia. Oleh itu, penyatuan kaum dalam pendidikan
penting untuk memperbaiki hubungan antara etnik yang berbeza dan memberi kesan yang
positif terhadap perpaduan negara.

Soalan 4
Adakah anda bersetuju bahawa pelaksanaan dasar pendidikan yang merangkumi
semua kaum dan budaya dapat membantu keharmonian antara kaum di dalam
pendidikan di Malaysia?

Menurut Puan Rosnida, beliau bersetuju bahawa pelaksanaan dasar pendidikan yang
merangkumi semua kaum dan budaya dapat membantu keharmonian antara kaum di dalam
pendidikan di Malaysia. Menurut beliau, para pelajar dan kakitangan pendidikan perlu
sentiasa hormat menghormati antara kaum supaya keharmonian kaum dapat dijaga di
samping mewujudkan persekitaran yang selesa dan damai. Selain itu, menurut Puan Shahirah,
beliau juga bersetuju bahawa keharmonian antara kaum dalam pendidikan di Malaysia akan
terjaga melalui pelaksanaan dasar pendidikan yang merangkumi semua kaum dan budaya.
Menurut beliau, sekiranya ini tidak dilaksanakan, sudah tentu akan ada pihak yang tidak
berpuas hati dan akan berlaku diskriminasi yang semestinya tidak diinginkan oleh
mana-mana kaum. Seterusnya, menurut Puan Zalina pula, beliau juga bersetuju bahawa
pelaksanaan dasar pendidikan yang merangkumi semua kaum dan budaya dapat membantu
keharmonian antara kaum di dalam pendidikan di Malaysia. Hal ini menurutnya, semua
pelajar diberi hak pendidikan sama rata yang secukupnya tanpa membelakangi mana-mana
kaum baik di semenanjung atau di kawasan borneo Malaysia. Oleh itu, hal ini dapat
menjamin keharmonian antara kaum terutamanya dalam aspek pendidikan.
Berdasarkan temu bual yang dijalankan, kesemua responden bersetuju dan
bersependapat bahawa pelaksanaan dasar pendidikan yang merangkumi semua kaum dan
budaya dapat membantu keharmonian antara kaum di dalam pendidikan di Malaysia. Oleh itu
pelaksanaan ini amat penting demi menjaga kesejahteraan dan kesepaduan kaum di negara
kita.

Soalan 5
Adakah anda bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam pendidikan dapat membantu
memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia yang merangkumi kepelbagaian
budaya dan etnik?

Menurut Puan Rosnida, beliau bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam pendidikan dapat
membantu memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia yang merangkumi kepelbagaian
budaya dan etnik. Menurut beliau, masyarakat majmuk yang berbilang kaum yang terdapat di
Malaysia adalah merupakan identiti Malaysia dan kita sepatutnya berbangga dengan
keunikan yang kita ada ini. Oleh itu, demi menjaga nama baik Malaysia, penyatuan kaum
dalam pendidikan adalah penting supaya identiti ini berkekalan sampai bila-bila. Selain itu,
menurut Puan Shahirah, beliau juga bersetuju bahawa identiti kebangsaan Malaysia yang
merangkumi kepelbagaian budaya dan etnik ini dapat diperkukuhkan melalui penyatuan
kaum dalam pendidikan. Menurut beliau, murid-murid perlu didedahkan kepada kenyataan
ini supaya mereka lebih menghargai dan berbangga menjadi rakyat Malaysia yang walaupun
hidup berbilang kaum namun tetap terjaga keharmonian dan kesejahteraan. Seterusnya,
menurut Puan Zalina pula, beliau juga bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam pendidikan
dapat membantu memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia yang merangkumi
kepelbagaian budaya dan etnik. Menurutnya, identiti kebangsaan ini perlu dijaga kerana ia
melambangkan kesejahteraan dan keharmonian hidup di mana bangsa Melayu, Cina, India
dan sebagainya saling menghormati antara satu sama lain tidak kira di rumah, tempat kerja
mahupun di mana saja berada.
Berdasarkan temu bual yang dijalankan, ketiga-tiga responden bersetuju bahawa
penyatuan kaum dalam pendidikan dapat membantu memperkukuhkan identiti kebangsaan
Malaysia yang merangkumi kepelbagaian budaya dan etnik. Oleh itu, penyatuan kaum dalam
pendidikan amat penting terhadap perpaduan negara.
Perbincangan

Kajian ini dibuat berdasarkan satu objektif utama iaitu mengkaji cabaran-cabaran mengatasi isu-isu
integrasi kaum dalam konteks pendidikan di Malaysia. Objektif ini melibatkan usaha-usaha untuk
memastikan cabaran yang dihadapi dapat diatasi dengan berkesan. Hal ini bertujuan untuk
memastikan keharmonian kaum di Malaysia dapat dipupuk dengan lebih baik. Selain itu, objektif
kajian juga mengambil kira pendekatan yang boleh diambil untuk menangani isu yang mungkin
berlaku berdasarkan cabaran-cabaran yang dikaji. Matlamat yang lebih jelas lagi adalah untuk
mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi
isu-isu perpaduan seterusnya memupuk perpaduan bermula daripada sekolah lagi.

Objektif kajian ini melibatkan penilaian kurikulum pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia
memfokuskan kepada nilai-nilai kepelbagaian budaya. Hal ini mengambil kira pengajaran nilai-nilai
kepelbagaian budaya serta meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia. Penilaian ini secara tidak
langsung akan memberikan sedikit gambaran mengenai fungsi dan peranan daripada pihak sekolah
mengenai penilaian kurikulum yang menggalakkan penyatuan kaum. Selain itu, objektif kajian juga
mengambil kira penilaian program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk
menerapkan lagi penyatuan kaum khususnya dalam pendidikan di Malaysia. Hal ini sebagai asas
kepada cadangan penambahbaikan untuk memastikan kejayaan dalam memupuk perpaduan kaum
dalam setiap program yang dilaksanakan di sekolah diperoleh. Justeru itu, kajian kualitatif telah
dilakukan yang mengambil kira tahap kesedaran, sikap dan persepsi pelajar, guru serta pihak
pentadbiran sebagai usaha untuk memastikan perpaduan kaum dalam pendidikan dapat dikecap.
Penelitian ini diambil daripada temubual yang diadakan terhadap tiga guru daripada tiga sekolah yang
berbeza dan berharap dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang keberkesanan dan
kesan sebenar usaha ini.

Objektif kajian dibahagikan kepada beberapa pemboleh ubah utama yang terbahagi kepada
tiga bahagian iaitu tahap kesedaran integrasi kaum dalam pendidikan di Malaysia, sikap terhadap
integrasi kaum dalam pendidikan di Malaysia dan persepsi terhadap integrasi kaum dalam pendidikan
di Malaysia. Objektif diambil berdasarkan beberapa persoalan yang diajukan kepada responden
daripada setiap pemboleh ubah tersebut.

Pemboleh ubah yang pertama adalah tahap kesedaran integrasi kaum dalam pendidikan di
Malaysia. Tahap kesedaran integrasi kaum dalam pendidikan di Malaysia penting sebagai medium
untuk menguji sama ada masyarakat di Malaysia sedar atau tidak mengenai kepentingan perpaduan
kaum sebagai salah satu faktor keharmonian dan kesejahteraan masyarakat di Malaysia. Hal ini
merujuk kepada tahap penerimaan terhadap kepelbagaian etnik dan bangsa di sekolah yang menjadi
titik mula penyatuan kaum dalam kalangan masyarakat di Malaysia. 5 soalan telah diajukan daripada
pemboleh ubah ini kepada tiga orang guru yang berbeza. Merujuk kepada dapatan kajian, ketiga-tiga
responden sedar dan faham mengenai apa yang dimaksudkan dengan integrasi kaum dan
kepentingannya dalam pendidikan. Kesemua responden bersetuju bahawa sikap mempengaruhi
integrasi kaum dalam konteks pendidikan. Hal ini menunjukkan bahawa responden menyedari dan
memahami mengenai kesedaran integrasi kaum yang penting dalam pendidikan. Harapan kami agar
kajian ini dapat perkukuhkan lagi kesedaran masyarakat dan saling menjaga hubungan antara pelbagai
kaum yang ada.

Pemboleh ubah yang seterusnya pula adalah sikap terhadap integrasi kaum dalam pendidikan
di Malaysia. Perkara ini penting bagi mewujudkan keharmonian dalam sesebuah negara yang
membangun. Dengan adanya sikap terhadap integrasi kaum, hubungan dengan kaum lain dapat
menonjolkan sebuah perkauman yang sihat tidak kira sama ada dalam dunia pendidikan mahupun di
luar pendidikan. Hal ini selari dengan pendapat Ku Hasnita (2007) yang menyatakan bahawa
pendidikan menjadi tonggak utama konsep perpaduan. Namun begitu, perkara ini bergantung kepada
sikap individu terhadap sebuah integrasi kaum itu sendiri. Oleh yang demikian, 5 soalan juga telah
diajukan untuk mengukur sikap terhadap integrasi kaum dalam pendidikan di Malaysia. Daripada
temubual yang telah dilakukan itu, diperolehi bahawa ketiga-tiga responden bersetuju dan
menunjukkan sikap yang positif terhadap integrasi kaum dalam pendidikan. Wajarlah kerana menerusi
pendidikan merupakan salah satu inisiatif yang proaktif bagi menghubungkan pelajar daripada
pelbagai latar belakang kaum untuk saling bersatu padu serta hormat menghormati. Semoga daripada
dapatan ini juga, sekolah dapat dijadikan salah satu platform untuk meningkatkan sikap masyarakat
khususnya pelajar, untuk menganggap perbezaan kaum adalah salah satu kelebihan yang ada di
Malaysia.

Pemboleh ubah terakhir yang diukur adalah persepsi terhadap integrasi kaum dalam
pendidikan di Malaysia. Persepsi ini perlu diukur untuk mengetahui pandangan masyarakat terhadap
perpaduan kaum dan kepentingan perpaduan kaum untuk kesejahteraan masyarakat di Malaysia.
Walaupun ianya diukur di sekolah, namun pandangan untuk penyatuan kaum di sekolah juga penting
untuk melihat kesatuan dalam kalangan masyarakat tidak kira peringkat umur serta ianya juga amat
bertepatan jika ingin mengkaji dalam konteks pendidikan. 5 soalan juga telah dihasilkan untuk
diajukan kepada tiga orang guru di tiga buah sekolah yang berbeza mengenai persepsi terhadap
integrasi kaum dalam pendidikan. Persepsi ini seperti yang kita ketahui, tidaklah berfokus kepada
tanggapan terhadap warna kulit sahaja. Malahan faktor seperti agama dan latar belakang budaya juga
saling tak tumpah, menjadi persepsi terhadap integrasi kaum dalam pendidikan. Daripada ketiga-tiga
responden yang ada, mereka bersetuju bahawa persepsi adalah salah satu penyumbang kepada
penyatuan kaum. Hal ini bermakna mereka menunjukkan tindak balas yang positif terhadap persoalan
mengenai persepsi terhadap integrasi kaum dalam konteks pendidikan. Ini sekaligus memberikan
keputusan yang positif mengenai persepsi terhadap kaum dapat membantu dalam menyatupadukan
kaum dalam pendidikan. Daripada dapatan kajian ini juga diharap dapat membentuk sebuah
masyarakat yang harmoni dan saling memerlukan antara satu sama lain tidak kira berbeza warna kulit,
agama dan budaya.

Kesimpulannya, objektif kajian dapat dicapai dengan ketiga-tiga responden yang memberi respon
yang positif terhadap persoalan yang diberikan. Hal ini demikian kerana responden bersetuju bahawa
integrasi kaum dapat dicapai dalam konteks pendidikan dan kepentingannya tidak boleh disangkal
lagi, dapat mewujudkan sikap bertolak ansur dan toleransi dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Cadangan
Dapatan kajian ini mempengaruhi beberapa keterlibatan kepada masyarakat khususnya sekolah, guru
dan ibu bapa. Bagi sekolah, dapatan kajian ini memberikan gambaran betapa pentingnya perpaduan
kaum yang mana akan membantu pihak sekolah dalam menangani isu perkauman terutamanya di
sekolah yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa. Pihak sekolah lazimnya akan lebih peka
mengenai cabaran yang dihadapi sekiranya mereka telah didedahkan dengan dapatan kajian yang
diperoleh. Justeru itu, mereka akan bersedia dengan langkah-langkah yang dapat memupuk perpaduan
kaum ini dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan
saling bertolak ansur. Bagi guru pula, seperti yang telah sedia maklum, guru merupakan pemangkin
kepada perpaduan kaum di sekolah. Menurut Marisca, Corredor dan Cabezas (2014), mereka
menyatakan bahawa guru sebagai agen sosialisasi dapat menanam nilai sosial dalam diri pelajar
seperti demokrasi, persamaan, toleransi, kefahaman budaya, hormat-menghormati dan kerjasama
antara satu kaum dengan kaum yang lain. Justeru itu, guru merupakan penggerak dalam
merealisasikan perpaduan kaum di sekolah. Bagi ibu bapa pula, mereka memainkan peranan penting
dalam membentuk diri anak-anak mereka supaya lebih menghormati kaum lain dan memandang
tinggi nilai sesebuah kaum yang terdapat di Malaysia. Walaupun ibu bapa tidak memainkan peranan
di sekolah, namun didikan daripada mereka juga akan mempengaruhi pergaulan anak-anak di sekolah.

Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa langkah-langkah yang dapat memupuk perpaduan
kaum di sekolah antaranya adalah dengan memperkasakan Kelab Rukun Negara di sekolah. Jika
diamati prinsip-prinsip rukun negara, 5 prinsip tersebut merupakan teras dalam melahirkan negara
yang harmoni dan bersatu padu. Justeru itu, dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara ini, pihak
sekolah mahupun guru dapat menerapkan lagi semangat perpaduan dalam diri setiap pelajar tidak kira
bangsa dan agama. Hal ini demikian kerana maksud yang tersirat di dalam Rukun Negara tersebut
telah membuktikan bahawa kesejahteraan dapat dikecapi sekiranya masyarakat dapat menghormati
dan menghayati setiap isi yang terkandung di dalamnya. Setiap prinsip Rukun Negara tersebut
mempunyai isi dan maksud yang kuat dalam membentuk jati diri dan nilai-nilai murni dalam diri
setiap masyarakat. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi sendiri pernah menyarankan supaya Kelab
Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Beliau menyatakan bahawa dengan tertubuhnya Kelab Rukun
Negara di sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya
golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang
lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan. (Pekeliling ikhtisas bil. 17,2000). Oleh itu,
memperkasakan Kelab Rukun Negara di sekolah merupakan salah satu langkah-langkah untuk
memupuk perpaduan kaum di sekolah.
Seterusnya, perpaduan juga dapat dipupuk sekiranya masyarakat dari pelbagai kaum dan
bangsa berpeluang bercampur gaul dengan mesra di sekolah. Langkah ini memerlukan guru dan pihak
sekolah untuk memainkan peranan dalam merancang pelbagai aktiviti untuk penyertaan pelajar
daripada pelbagai kaum. Sebagai contoh, guru boleh menetapkan kumpulan perbincangan yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Pihak sekolah pula boleh merancang strategi untuk mengadakan pelbagai
program seperti gotong-royong yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum. Malahan, aktiviti
kokurikulum yang dilaksanakan juga sebaik-baiknya perlu melibatkan pelbagai kaum agar interaksi
kaum antara pelajar di sekolah dapat dicapai. Contohnya, pelajar Melayu dan India digalakkan untuk
menyertai pasukan bola keranjang manakala pelajar Cina dan India digalakkan menyertai kelab sepak
takraw. Hal ini sesuai dengan peribahasa yang mengatakan “tak kenal, maka tak cinta’. Menerusi
interaksi antara kaum ini, pelajar dapat memahami adat resam dan pantang larang kaum lain,
seterusnya sikap berprasangka terhadap kaum lain dapat dihapuskan. Oleh hal yang demikian,
perpaduan kaum di sekolah dapat dicapai.

Jika dilihat dari sudut ibu bapa pula, langkah seterusnya untuk memupuk perpaduan kaum di
sekolah adalah dengan adanya peranan daripada ibu bapa itu sendiri. Hal ini kerana ibu bapa
memainkan peranan penting untuk mendidik semangat perpaduan kaum dalam diri anak-anak sejak
kecil lagi bertepatan dengan peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Dalam hal ini,
anak-anak akan memahami budaya dan adat resam kaum lain daripada kecil sekaligus dapat
mengubah persepsi mereka terhadap kelainan budaya yang ditunjukkan oleh kaum lain. Sebagai
contoh, ibu bapa boleh memperkenalkan anak-anak dengan kawan-kawan daripada pelbagai kaum
ataupun bangsa, yang mana mereka secara tidak langsung dapat mendedahkan kepelbagaian budaya
dan adat resam kepada anak-anak sekaligus akan mendidik anak-anak untuk mengenali perbezaan
budaya antara mereka. Menurut Lee Lam Thye (2017), Ibu bapa sendiri dibesarkan dalam
persekitaran berbilang kaum dan bergaul dengan rakan-rakan pelbagai kaum harus menggalakkan
anak mereka bergaul dengan kaum lain supaya mereka sedar betapa pentingnya keharmonian kaum
dan agama. Pergaulan dari pelbagai kaum yang diterapkan ini secara tidak langsung akan dibawa ke
sekolah oleh anak-anak seterusnya akan memupuk perpaduan kaum di sekolah. Oleh hal yang
demikian, jelaslah bahawa didikan daripada kecil oleh ibu bapa juga merupakan salah satu langkah
untuk memupuk perpaduan kaum di sekolah.
Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kita ketahui bahawa integrasi kaum amat penting terutamanya di Malaysia
yang berbilang kaum ini. Demi mencapai kehidupan yang sejahtera dan saling hormat menghormati
ini, integrasi kaum perlu diterapkan dalam diri setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira latar
belakang etnik mahupun kepercayaan agama. Untuk pengetahuan semua, pendidikan di Malaysia
adalah antara pendidikan yang terbaik kerana pelajar dipupuk untuk menjadi warganegara yang
berdaya saing di peringkat global dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Hal ini dapat
dilihat dari visi utama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menekankan kebolehpasaran
graduan dari segi bakat, etika, pemerkasaan, ketangkasan dan jiwa graduan tersebut untuk
memastikan mereka berdaya saing di peringkat global.

Integrasi kaum memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan di Malaysia kerana
perpaduan kaum sedikit sebanyak dapat memupuk sikap bertolak ansur dalam diri pelajar terutamanya
pelajar di sekolah yang berbilang kaum. Segala aktiviti dan program yang disertai oleh mereka akan
menjadi titik mula integrasi kaum yang diterapkan sehingga menghasilkan persekitaran yang harmoni
di sekolah. Bagi guru pula, integrasi kaum akan membantu para guru untuk menjadi pendidik yang
berpotensi untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan adat tidak kira dalam apa situasi yang dihadapi.
Hal ini secara tidak langsung dapat menjadikan sekolah sebagai rumah kedua yang digemari oleh
pelajar untuk dikunjungi. Bersesuaian dengan sekolah sebagai tempat untuk menimba ilmu, pelajar
dan guru juga dapat menjadikannya sebagai pusat penyatuan kaum seiring dengan visi utama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ingin menghasilkan pendidikan yang berkualiti dalam
negara yang sejahtera.

Secara amnya, terdapat pelbagai cabaran dan permasalahan yang berkaitan dengan integrasi kaum
dalam konteks pendidikan di Malaysia. Dengan adanya mini kajian ini, kita diberikan gambaran
bahawa integrasi kaum dalam pendidikan merupakan perkara yang amat penting untuk mewujudkan
sebuah masyarakat yang sejahtera. Oleh disebabkan itu, setiap lapisan masyarakat perlu bekerja sama
dalam menggembleng usaha untuk memastikan integrasi kaum di sekolah dapat dipertingkatkan.
Perkara ini juga secara tidak langsung dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk membentuk negara
yang mempunyai identiti nasional dengan semangat jati diri, prihatin dan toleransi yang terbaik
setelah menghargai dan mengamalkan perpaduan ini.

Dapat disimpulkan juga bahawa isu-isu serta cabaran seperti perbezaan tahap status sosial mahupun
agama boleh diatasi sekiranya ada integrasi kaum. Dengan adanya langkah-langkah yang tepat serta
peranan yang melibatkan semua pihak dalam meningkatkan tahap kefahaman, kesedaran serta
persepsi masyarakat terhadap integrasi kaum, cabaran ini dapat diatasi dengan mudah. Dalam
persekitaran pendidikan yang bersatu padu, semua pihak dapat membuka ruang untuk pembinaan
hubungan sosial yang kukuh dan memupuk kesefahaman walaupun berbeza etnik dan juga budaya.
Hubungan yang baik ini dapat mendorong penyatuan dan mengurangkan jurang perbezaan terhadap
kelompok lain.
Rujukan
Abdul Rahman Abdul Aziz, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, & Muhamed Nor Azman Nordin.

(2014). Ke arah pemupukan kesepaduan dalam kepelbagaian masyarakat 1Malaysia. Institut

Terjemahan dan Buku Malaysia.

Afaf Hassim. (2016, December 7). Konsep Segregasi, Integrasi dan Saling Kebergantungan.

OpenLearning. Retrieved December 4, 2023, from

https://www.openlearning.com/content/58477705cc50f8033ee13bcf/

Cambridge Dictionary. (n.d). Integration. In Cambridge Dictionary. Retrieved 13 November 2023.

https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/integration

Ellyah. (2011, February 23). MAKSUD INTEGRASI. Pahit Manis Kehidupan.

http://pahitmaniskehidupan-ellyah.blogspot.com/2011/02/maksud-integrasi_23.html

Hasnita, K., & Haizam, M. (2011). Kepentingan Pendidikan Patriotisme terhadap

Warganegara Malaysia. Jati, Vol. 16, Disember 2011, 23-34.

Irma Wani Othman, Muhammad Safuan Yusoff, Romzi Ationg, Mohd Sohaimi Esa, & Mohd Kamal.

(2022, November). The Influence Of Culture And Family Towards The Decision To Pursue

Study Abroad: A Case Study Of Malaysian Public Universities. PalArch s Journal of

Archaeology of Egypt / Egyptology, 17(6), 10688-10714.

https://www.researchgate.net/publication/355395323_the_influence_of_culture_and_family_t

owards_the_decision_to_pursue_study_abroad_a_case_study_of_malaysian_public_universiti

es

Kamus Dewan. (n.d.). Etnosentrisme. In In the Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat.

Retrieved 13 November 2023. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=etnosentrisme

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d.). Integrasi. In Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi

Keempat.Retrieved 13 November 2023. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=integrasi

Martyn Shuttleworth. (2008, April 1). The case study research design have evolved over the past few

years as a useful tool for investigating trends and specific situations in many scientific

disciplines. Case Study Research Design. https://explorable.com/case-study-research-design


Merriam-Webster Dictionary. (n.d.). Integration. In the Merriam-Webster Dictionary.

https://www.merriam-webster.com/dictionary/integration

Mohd Ridhuan Tee. (2010, Dec 14). Cabaran Integrasi Antara Kaum Dimalaysia: Perspektif

Sejarah,Keluarga Dan Pendidikan. Journal Hadhari, 2(No.1), 61-84. E-ISSN: 2550-2271

Mohamed Ali Haniffa. (2012). Hubungan Etnik Di Tanah Melayu, 1941-1955: Penelitian Awal

Berdasarkan Sudut Pandangan Sejarah. Journal Of History Department, University Of

Malaya, 30(1), 105-127. Issn 1985-0611

Muis, A. M. R. A, Romzi Ationg, Mohd Sohaimi Esa, & Budi Anto Mohd Tamring. (2021, April).

Konsep Integrasi Etnik dari Perspektif Pembangunan Berteraskan Islam di Malaysia.

International Journal of Law, Government and Communication, 6(23), 104-114.

DOI:10.35631/IJLGC.623007

Poston, W.K., Jr., Stone, M. P., & Muther, L. (1992). Making schools work: Practical management of

support operations (Vol. 7). Thousand Oaks, CA: Corwin Press

Robson, C., & McCartan, K. (2016). Real World Research (6th ed., Vol. 18). Wiley.

https://www.wiley.com/en-ae/Real+World+Research%2C+4th+Edition-p-9781119144854

Sufean Russin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori & Analisis. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman, S. (2013). . Perpaduan Pelajar Pelbagai Etnik: Kehidupan Seharian Pelajar Program

Diploma Tahun Dua, Sesi Pengajian 2012/2013, Universiti Malaysia Perlis.

WorldConferences.net.

Thye, L., L. (2017). Schools must have code of ethics for parents. Perpustakaan Istana

Kehakiman.

Yin, R. K. (2009). Case study research: design and methods. SAGE Publications.

https://books.google.com.my/books?id=FzawIAdilHkC&printsec=frontcover#v=onepage&q

&f=false
Lampiran

Sesi wawancara bersama 3 pendidik: Puan Rosnida, Puan Shahirah Zuraini dan Puan Nik
Zalina bertarikh 26 Oktober 2023.

SENARAI SOALAN WAWANCARA CABARAN-CABARAN MENGATASI ISU-ISU


INTEGRASI KAUM DALAM KONTEKS PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1. Bahagian A: Tahap Adakah anda bersetuju bahawa kefahaman antara pelbagai


Kesedaran Integrasi budaya di Malaysia dapat dipupuk melalui integrasi kaum
Kaum Dalam Pendidikan dalam pendidikan?
Di Malaysia.
2. Adakah anda bersetuju bahawa konflik antara kaum di
Malaysia dapat dikurangkan melalui integrasi kaum dalam
pendidikan?

3. Adakah anda setuju bahawa integrasi sosial di Malaysia


dapat ditingkatkan melalui integrasi kaum dalam
pendidikan?

4. Adakah anda besetuju bahawa usaha penyatuan kaum


dalam pendidikan perlu dipertingkatkan di Malaysia?

5. Adakah anda bersetuju bahawa usaha penyatuan kaum


dalam pendidikan merupakan tanggungjawab bersama
masyarakat Malaysia?

6. Bahagian B: Sikap Adakah anda bersetuju bahawa semua institusi pendidikan


Terhadap Integrasi Kaum di Malaysia seharusnya mempromosikan nilai-nilai
Dalam Pendidikan penyatuan kaum?

7. Adakah anda bersetuju bahawa para guru dan kakitangan


pendidikan seharusnya diberi latihan untuk mengatasi
perbezaan budaya dan latar belakag pelajar?

8. Adakah anda bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam


pendidikan dapat membantu membina negara yang lebih
bersatu dan maju?

9. Adakah anda bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam


pendidikan seharusnya diterapkan pada semua peringkat
pendidikan di Malaysia?

10 Adakah anda bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam


pendidikan dapat membantu mengurangkan stereotaip dan
prasangka antara pelajar dari latar belakang yang berbeza?

11 Bahagian C: Persepsi Adakah anda bersetuju bahawa multibudaya di Malaysia


Terhadap Integrasi Kaum dapat meningkatkan pemahaman dan toleransi kaum di
Dalam Pendidikan Malaysia?

12 Adakah anda bersetuju bahawa penggunaan bahasa


kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan dapat memupuk semangat kebangsaan yang
kuat?

13 Adakah anda bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam


pendidikan dapat membantu memperbaiki hubungan
antara etnik yang berbeza di Malaysia?

14 Adakah anda bersetuju bahawa pelaksanaan dasar


pendidikan yang merangkumi semua kaum dan budaya
dapat membantu keharmonian antara kaum di dalam
pendidikan di Malaysia?

15 Adakah anda bersetuju bahawa penyatuan kaum dalam


pendidikan dapat membantu memperkukuhkan identiti
kebangsaan Malaysia yang merangkumi kepelbagaian
budaya dan etnik?

You might also like