You are on page 1of 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS KOTA BHARU, 16109 PENGKALAN CHEPA
KELANTAN DARUL NA'IM

MPU 3012
BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Nama : NUR DIYANAH FARZANA BT


SHUKUR
No. K/P : 021111020462
Angka Giliran : 2021082340236
Program : PROGRAM IJAZAH SARJANA
MUDA
Ambilan : JUN 2021
Unit : PISMP SEMESTER 1 YEAR 1
(TESL-2)
Nama Pensyarah : ENCIK ROSLAN BIN ABDUL

WAHID

Tarikh Hantar : 17 OGOS 2021


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KOTA BHARU
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

Nama: NUR DIYANAH FARZANA BT SHUKUR Angka Giliran Pelajar: 2021082340236

Tajuk Tugasan: PENGUCAPAN AWAM


PENULISAN CERPEN
ANALISIS LARAS BAHASA

Pensyarah: ENCIK ROSLAN BIN ABDUL WAHID Kursus / Mata Pelajaran: MPU 3012/BAHASA
MELAYU KOMUNIKATIF
Tarikh Hantar: 17 OGOS 2021 Tarikh Diterima (Disi oleh Pensyarah) :

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kucuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : __________________________ Tarikh:17 OGOS 2021


______________________
( )

Perician Maklum Balas Tugasan

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)


Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh : Tandatangan : Tarikh:


Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah.

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: Tarikh:


PENGHARGAAN

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih ingin saya tujukan pertamanya kepada Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB), Tuan Hj Mohd Rasid bin Chik kerana telah
memberi peluang kepada saya untuk menjalankan kerja kursus Bahasa Melayu Komunikatif
MPU 3012 dengan penuh komitmen.

Saya juga berterima kasih kepada Encik Roslan bin Abdul Wahid selaku pensyarah subjek
Bahasa Melayu Komunikatif kami kerana telah memberi penerangan yang cukup serta telah
memberi tunjuk ajar kepada kami semua.

Malah, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik Shukur bin Hj Ibrahim dan Puan Suriati binti Hj
Yaakob kerana memberi sokongan dan nasihat kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan
ini.

Saya juga tidak terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya
yang telah berkongsi ilmu dan pendapat mereka dengan saya.

Sekian, terima kasih.


1.PENGUCAPAN AWAM

Teks lengkap pidato berkenaan ‘Semangat Patriotisme’.

Laungan merdeka suara keramat,


Ribuan hadir pelbagai bangsa,
Malaysia kini negara berdaulat,
Semangat berjuang penuh perkasa.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara pengerusi majlis yang segak
bergaya, Yang Berbahagia guru besar Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana, para hakim
yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, tetamu kehormat, guru-guru, rakan-rakan
pelajar dan seterusnya hadirin sekalian. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan
selamat sejahtera sebagai pembuka bicara.

Berdirinya saya di hadapan tuan dan puan sekalian pada pagi yang mulia ini adalah bagi
menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk ‘Semangat Patriotisme’. Secara umumnya,
semangat patriotisme boleh diklasifikasikan sebagai perasaan cinta dan kesetiaan kepada
tanah air atau negara sendiri. Semangat cinta akan negara merupakan salah satu perkara
penting yang perlu dipupuk dalam diri setiap rakyat Malaysia. Hal ini kerana, semangat
patriotisme ini dapat memberi pelbagai impak positif kepada negara Malaysia khususnya
dalam memperkukuhkan perpaduan dan menjaga keamanan negara. Selain itu, patriotisme
juga perlu ditekankan dalam diri masyarakat kini agar seluruh individu berwarganegara
Malaysia dapat saling menyokong antara satu sama lain. Hal ini juga dapat membantu dalam
menjaga keharmonian negara dan menjauhkan negara kita daripada pengaruh yang negatif
dalam pelbagai segi.

Para hakim yang arif lagi bijaksana,

Melalui peningkatan dalam menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri masyarakat


Malaysia, secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan kualiti hidup sesebuah
warganegara itu sendiri. Hal ini dapat dilihat dari segi usaha seseorang individu itu sendiri
yang berusaha dan bekerja keras untuk memajukan negara kerana perasaan cinta akan
negara yang telah disemaikan dalam diri. Melalui usaha dan pekerjaan yang dilakukan itu juga
dapat menjadi salah satu langkah dalam menjaga kolektif sesebuah negara. Sehubungan itu,
pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan dapat menjadi salah satu
penyumbang yang besar ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme akan
menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong lebih ramal pelabur asing
membuka perniagaan di Malaysia. Oleh yang demikian, kedatangan pelabur asing dapat
menyumbang terhadap peluang pekerjaan serta menaikkan lagi taraf hidup rakyat. Hal ini juga
berupaya mengurangkan kadar pengangguran dalam masyarakat Malaysia terutama dalam
golongan para belia. Peluang pekerjaan yang banyak akan dapat diwujudkan sekaligus dapat
mengurangkan gejala sosial. Kemudian, ianya dapat menyumbang dalam pemindahan
teknologi moden serta kepakaran ke negara kita untuk membangun dengan pesat.
Sehubungan dengan ini, Malaysia dapat menjimatkan proses pembiayaan terhadap sumber
kewangan untuk membiayai projek-projek latihan dan penyelidikan demi mencapai teknologi
moden. Para pelabur yang datang ini juga dapat membawa teknologi serta tenaga profesional
yang pakar dan produktif. Mereka dapat membantu negara Malaysia dari pelbagai segi
seterusnya menaikkan nama Malaysia. Tamsilnya, semangat patriotisme merupakan salah
satu elemen penting dalam diri masyarakat kerana dapat memberikan pelbagai kesan positif
terhadap perkembangan negara Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Seseorang yang mempunyai semangat patriotisme juga akan lebih terbuka dan matang dalam
berfikiran. Hal ini kerana, segala tindakan yang dilakukan dapat memberi kesan terhadap
masyarakat dan negara. Sebagai contoh, golongan remaja yang tahu dan sedar akan
pentingnya menjaga imej sesebuah negara tidak akan melakukan gejala yang tidak sihat serta
jenayah misalnya aktiviti merokok, menghisap dadah, merompak dan aktiviti jenayah yang
lain. Justeru, golongan belia yang tahu akan tanggungjawab mereka terhadap negara akan
menyumbang dari segi jati diri yang kukuh serta menunjukkan potensi kecemerlangan diri
demi negara tercinta. Hal ini demikian dengan melakukan perkara yang bermanfaat dan
berfaedah seperti melibatkan diri dalam aktiviti kemanusiaan atau kokurikulum. Antara contoh
yang kita dapat lihat di sini adalah berkaitan dengan Dato’ Nicole AnnDavid. Beliau merupakan
salah seorang pemain skuasy antarabangsa yang telah berjaya mengharumkan nama
Malaysia dengan cemerlang. Oleh itu, para remaja kini perlu mengambil tahu dan mengikut
jejak langkah tokoh ini dengan berusaha untuk menjadi seorang yang lebih aktif berkaitan
dalam semangat kenegaraan dan kerjasama. Sebagai contoh, mereka dapat memasuki
Program Latihan Khidmat Negara atau lebih dikenali dengan PLKN. Hal ini kerana program
ini dapat meningkatkan semngat patriotisme dalam jiwa remaja. Melalui program sepanjang
tiga bulan berturut-turut, para remaja yang terdiri daripada pelbagai bangsa dapat belajar
mengenai pentingnya memupuk semangat cinta akan negara dan menjadi seorang
warganegara yang sedar akan tanggungjawab mereka dalam menyumbang baktinterhadap
negara Malaysia.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Di samping itu, semangat patriotism amat penting untuk menjamin perpaduan kaum dan
keharmonian negara. Melalui perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan
pelbagai program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Contohnya, penubuhan Program
Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Program ini merupakan program yang bertujuan untuk membantu
rakyat dari segi ekonomi serta menjana pendapatan rakyat menjadi lebih baik. Selain itu,
suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Kewujudan suasana harmoni ini
perlu ditanam dalam masyarakat sebagai suatu usaha untuk membina sebuah peradaban dan
mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutamanya dalam merealisasikan Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB) 2030. Oleh yang demikian, seharusnya setiap hubungan
masyarakat Malaysia perlu bertunjangkan persefahaman, tolak ansur dan rasa hormat-
menghormati. Selain itu, dengan nilai kesantunan dan hormat terhadap setiap jagama serta
bangsa yang berbeza, maka kesefahaman juga dapat dibentuk dalam diri setiap individu di
Malaysia. Hal ini kerana dengan terbaikinya pendekatan integrasi antara setiap kaum, maka
perkara ini akan menjadi tunjang dalam meningkatkan perpaduan negara serta membolehkan
masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam suasana harmoni di
samping mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing.

Kesimpulannya, semangat patriotik merupakan salah satu elemen yang perlu dipupuk dalam
diri setiap warganegara Malaysia terutama dalam golongan belia bagi menanam perasaan
cinta dan kasih sayang terhadap negara kita. Hal ini kerana, generasi muda kini merupakan
harapan yang penting untuk menjadi seorang individu yang berguna kepada bangsa, agama
dan negara mereka sendiri. Bak kata pepatah, ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara’. Para belia yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa
berusaha untuk memajukan diri dan negara mereka. Seterusnya, negara juga akan lebih
cepat dalam mencapai kemajuan dan perkembangan berbanding dengan negara maju yang
lain. Oleh itu, semua pihak mesti bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing untuk
menekankan etika yang baik dan budaya yang baik ke arah semangat generasi muda untuk
menjadi rakyat Malaysia yang baik. Patriotisme merupakan salah satu warisan yang telah
diturunkan oleh nenek moyang kita. Justeru, saya ingin memberi inspirasi kepada tuan dan
puan semua supaya sentiasa mengekalkan semangat patriotisme dalam kalangan kita dan
tidak sesekali melupakannya. Harapan yang sangat tinggi dalam diri saya untuk melihat
negara Malaysia membangun menjadi sebuah negara yang bersatu dan teguh, serta
tanggungjawab dalam merealisasikan impian ini semestinya melibatkan semua pihak dalam
melindungi, membangun dan memelihara kemerdekaan negara. Oleh itu, jelas bahawa
semua bangsa perlu bersatu untuk membina negara yang hebat bermula dengan semangat
patriotisme terhadap negara kita.

RUJUKAN:

1. Aziz, E. A. (2020, January 31). Harmonikan Hubungan masyarakat PELBAGAI KAUM.


Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403/harmonikan-
hubungan-masyarakat-pelbagai-kaum.

2. Patriotisme, S. (1970, January 1). SEMANGAT PATRIOTISME.


http://semangatpatriotisme2016.blogspot.com/.

3. Patriotism_PNS. (1970, January 1). KEPENTINGAN semangat patriotisme. KONSEP


PATRIOTISME. http://pnspatriotisme.blogspot.com/2016/02/kepentingan-semangat-
patriotisme.html.

4. Darin, V. V. (2015). KESEDARAN PATRIOTIK DALAM KALANGAN BELIA BANDAR


DI SEMENANJUNG MALAYSIA, 1–120.

5.
2. PENULISAN CERPEN

Jendela yang berada di bilik Amir direnunginya dengan pandangan yang sugul. Nirmala yang
Amir rasai ketika ini sangat sayu dan penuh kekosongan. Nostalgia gurau senda serta
keseronokan yang dilalui oleh Amir serta rakan-rakannya masih lagi terasa sehingga kini.
Sepertinya baru sahaja tadi mereka menghabiskan waktu bersama-sama dengan beriadah
dan bermain permainan kesukaan mereka di waktu terluang. Meskipun peperiksaan SPM
semakin hampir, hal ini juga menandakan bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir mereka
untuk melakar memori indah bersama-sama sebagai kenangan nanti. Namun, semua itu
hanya tinggal kenangan apabila Amir kembali berada di alam realiti. Sepertinya mereka hanya
mampu mengisi sisa-sisa terakhir di dalam rumah masing-masing disebabkan satu wabak
yang telah melanda dan menjadi salah satu sebab akan kurangnya populasi manusia di muka
bumi kini. Mana tidaknya, wabak berbahaya ini telah memakan hampir puluhan ribu juta
nyawa akibat tercetusnya gelombang yang sangat terkenal dengan istilah ‘Covid-19’. Dengan
meledaknya gelombang ini, secara automatik seluruh aktiviti seharian telah terbatas dan
memaksa masyarakat termasuk Amir untuk terus berkurung di dalam rumah sehingga suatu
penghujung yang tidak pasti.

Kemudian, dia mendengar laungan ibunya memanggil dia untuk menyantap makanan tengah
hari di tingkat bawah. Dia terus menyahut sahutan itu dan sejurus dia menuruni tangga,
hatinya tersentap apabila tertangkap akan suatu berita di kaca televisyen. Perasaannya ketika
itu bercampur baur apabila situasi yang ditunjukkan itu menunjukkan perkembangan terkini
pandemik yang semakin teruk dan meningkat dalam terutama dalam kematian rakyat
Malaysia. Saban hari, pasti terdengar akan berita kematian yang menambah kerisauan Amir
terhadap keluarganya. Hidup mereka sekeluarga ketika ini tidak seindah dahulu ketika mana
mereka dapat melancong ke negeri lain sebagai salah satu aktiviti kekeluargaan yang sangat
bahagia. Selepas menikmati makan tengahari, dia kemudiannya menyiapkan diri untukharian
memasuki kelas yang diadakan secara online. Komputer riba yang terletak di sudut meja
belajarnya dicapai dan dibuka. Semasa kelas sedang berjalan, fikiran Amir menerawang
memikirkan sesuatu. Hari ini, teknologi yang berasaskan gadjet dan seumpanya sangat
diperlukan lebih-lebih lagi seperti dirinya yang merupakan seorang pelajar. Mutakhir ini juga
memaksa seluruh pelajar untuk menggunakan medan pembelajaran di Internet secara online.
Hal ini disebabkan situasi pandemik yang menyekat mereka dari bersemuka di alma mater
dan melakukankan kontrak rapat antara satu sama lain. Perkara ini amat membimbangkan
Amir lebih-lebih lagi akan kos yang perlu ditanggung oleh ibu dan ayahku berkenaan dengan
perbelanjaan sambungan internet mereka saban hari. Semua perkara yang melibatkan aktiviti
pembelajaran memerlukan sambungan internet yang secukupnya untuk mengikuti kelas
secara biasa.

Akan tetapi, sesungguhnya Amir telah berfikir dan menyedari bahawa jika ditelusuri, pandemik
yang telah terjadi pada ketika ini mengajar Amir serta seluruh isi keluarga beliau untuk
sentiasa berjimat cermat dan tidak membazir. Setiap barangan serta keperluan adalah terhad
pada masa kini jadi seharusnya wabak Covid yang melanda ini sedikit sebanyak mengajar
mereka untuk menjadi seseorang yang lebih menghargai sesuatu benda atau rezeki yang
mereka dapat pada setiap hari. Hari-hariku dirumahnya juga telah mengajar dia untuk lebih
cakna akan waktu terluang. Sebagai contoh, dia dapat membantu ibu dan bapanya dan
meringankan beban kedua orang tuanya. Rutinnya di rumah juga menjadi lebih tersusun dan
terisi. Selepas ini, dia bersama adik-adiknya akan mengaji serta mentadabbur kitab suci al-
quran yang sebelum ini sangat susah bagiku untuk dibaca sebagai seorang muslim. Amir juga
membantu ibuku untuk menjaga adik-adikku dan bergilir membantu melakukan pekerjaan
rumah tangga. Masa yang ada diisi dengan bercerita mengenai perkara yang menyeronokkan
bersama-sama seisi keluarga Amir. Hubungan yang sedia ada juga bertambah rapat akan
silaturrahim yang mereka genggam erat antara ahli keluarga semakin utuh. Hal ini
menyedarkan Amir bahawa tidak semua perkara yang berlaku semasa pandemik ini
berlarutan dengan sia-sia dan membawa Amir menuju ke arah erti kesyukuran terhadap
sesuatu perkara.

Di sebalik ceritera Amir bersama keluarga beliau di dalam rumah agam yang tersergam indah
itu, kelihatan sepasang mata sedang merenung di sebalik pepohon hijau yang berada tidak
jauh dari kediamannya. Terdapat seekor kucing jalanan yang hanya memerhati dari jauh. Dari
mata layunya, jelas kelihatan di situ bahawa dia sangat penat dan sedang di dalam kelaparan.
Sejurus itu dia terimbau akan zaman di mana selalu kelihatan manusia yang sibuk dan juga
anak-anak manusia yang sering berkeliaran di kawasan tempat dia berteduh sekarang.
Tambahan lagi, dia juga selalu diberi makan oleh insan-insan yang prihatin akan keadaan
kucing-kucing yang berada di sekitar kawasan perumahan tersebut. Hampir setiap hari dia
diberi makan secukupnya bersama-sama dengan rakan seperjalananya yang lain. Mereka
sangat bahagia ketika itu dan dapat bermain sepuasnya. Kini, ada segelintir rakannya yang
terlalu lemah dan hanya mampu beristirehat di bawah limbahan tanpa mampu berbuat apa-
apa. Buat masa kini, dia amat ruwet akan situasi di mana amat jarang untuk melihat manusia
berkeadaan seperti dahulu kembali.
Seketika, kucing itu terus berjalan dan berjalan sehingga dia sampai di sebuah tasik yang
berada di tengah-tengah kawasan perumahan tersebut. Dia melangkah melewati semak
samun yang berada di sekitar tasik yang seluas mata pemandangan itu dan duduk
berhampiran dengan mata air tasik. Bayang si kucing tersebut jelas kelihatan terpantul
semasa dia melihat ka arah permukaan air tasik. Dalam pada itu, dia turut menyedari akan
keadaan air tasik yang mengalir seluas mata memandang. Keadaan yang dia lihat kini amat
berbeza seperti masa dulu. Dia tekejut kerana air tasik itu sangat jernih dan bersih
sehinggakan dia mampu melihat hidupan lain yang sebelum ini dia fikirkan tiada. Dalam pada
itu, karenah sang kucing yang terhendap-hendap itu telah disedari oleh si tasik. Dia seolah-
olah tahu akan persoalan yang bermain di fikiran sang kucing itu lantas menceritakan akan
perkara sebenar yang terjadi. Katanya, sewaktu manusia masih rancak berkunjung dan
menghabiskan masa mereka di sekitar kawasan tasik, mereka akan bersiar-siar bersama
keluarga mereka sambil menikmati makanan di situ. Sayangnya, sisa makanan yang tidak
dihabiskan oleh meraka sering dilempar dan dibuang ke arahnya dan menjadikannya semakin
kotor dan sakit. Perasaan tidak bertanggungjawab dan sambil lewa masyarakat di situ telah
menyebabkan dirinya menjadi sebuah tasik yang hanya digunakan untuk membuang sisa
kotor dan tidak lagi cantik untuk dipandang. Sambungnya lagi, kesedihannya tidak lama
apabila dia menyedari bahawa bilangan manusia yang mengunjunginya semakin berkurang.

Saban hari, keadaannya yang keruh kembali jernih dan tidak lagi berbau tengik.
Sementelahan, tiada lagi benda-benda asing yang dilempar dan dicampakkan kepadanya
sehingga menjadikannya sebuah tasik yang kembali cantik dan baru. Si kucing itu lantas
menganguk tanda memahami akan ceritera yang telah disampaikan daripada tasik tersebut
dan turut tersenyum. Walaupun dia dan rakan-rakannya terpaksa mengikat perut dan
menahan lapar pada waktu itu, sedikit perasaan gembira dan bersyukur dirasai si kucing
apabila mendengar kisah dari tasik itu. Selama ini, dia tidak pernah tahu akan keadaan
sebenar si tasik yang memendam rasa dan kesedihannya terhadap manusia di sekeliling
mereka. Si tasik kemudiannya memberikan beberapa ekor ikan kepada kucing tersebut
sebagai tanda terima kasih kerana telah mendengar kisahnya, memandangkan hidupan yang
tinggal di dalamnya juga kembali banyak dan tidak mati akibat perbuatan manusia. Kucing
tersebut berasa sangat gembira serta mengucapkan terima kasih kepada si tasik sebelum
meminta diri untuk pulang ke tempat tinggalnya. Dia tidak sabar untuk membawa makanan
itu dan dikongsikan dengan rakan-rakannya yang lain. Selepas ini, mereka tidak perlu lagi
risau akan ketiadaam sumber makanan kerana si tasik sudah kembali sihat seperti selalu.
RUJUKAN:

1. Afiq, M. (2016, February 4). Kosa kata tinggi Untuk KARANGAN Bahasa MELAYU
SPM. Kosa Kata Tinggi Untuk Karangan Bahasa Melayu SPM.
http://bamboozled98.blogspot.com/2016/02/kosa-kata-tinggi-untuk-karangan-
bahasa.html.

2. Yasmin, P. (n.d.). Karangan Dan CERITA tentang LIBURAN di Masa PANDEMI


COVID-19. detikTravel. https://travel.detik.com/travel-news/d-5333651/karangan-dan-
cerita-tentang-liburan-di-masa-pandemi-covid-19.

3. Wadhawan, R., Schroeder, J., & Benezra, S. (2019, July 31). Kebaikan &
Keburukan Pendidikan dalam TALIAN: Rangkaian Universiti. The University Network.
https://ms.tun.com/blog/pro-kontra-online-pendidikan/.

4. Radin Mohamed, P. M. T. D. R. M. S. (n.d.). Kesan COVID-19 terhadap Haiwan,


tumbuhan DAN Alam sekitar. BERNAMA.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1840364.

5. Yahaya, F. H. (2005). Kemunculan Penyakit Berjangkit Dan Kesannya


TerhadapManusia Di Malaysia, 153–168.
3. ANALISIS LARAS BAHASA

Berdasarkan kepada artikel, ‘Bahasa Melayu Suara dari Bawah’ ini, artikel ini
menekankan kepada pembaca berkaitan penggunaan Bahasa Melayu dalam masyarakat. Di
dalam artikel ini, penulis telah menyatakan bahawa sejarah penggunaan Bahasa Melayu
adalah tidak tetap ketika akhir dekad 1970-an. Perkara ini memperlihatkan kepada kita
bahawa pada masa itu, masyarakat kurang menitikberatkan serta menjadikan Bahasa Melayu
sebagai suatu bahasa kebangsaan. Selain itu, dalam tempoh 30 tahun daripada zaman
tersebut, sememangnya banyak isu yang timbul melibatkan penggunaan Bahasa Melayu
dalam sesuatu komunikasi. Oleh hal yang demikian, penulis cuba untuk memberikan
pendapat beliau terhadap kewajaran dan kepentingan dalam menggunakan Bahasa Melayu.
Hal ini kerana Bahasa Melayu mempunyai peranan yang tersendiri sebagai salah satu bahasa
yang dapat dijadikan wadah bagi membentuk jati diri bangsa dan alat memupuk semangat
patriotisme. Selain itu, bahasa kebangsaan ini juga mempunyai fungsi tersendiri dan
memainkan peranan signifikan dalam mewujudkan kesepaduan sosial dan seterusnya
masyarakat pelbagai etnik yang bersatu padu. Tambahan lagi, ianya dapat mengikat jiwa dan
minda rakyat. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa Bahasa Melayu ialah lambang jati diri
bangsa. Bahasa Melayu dapat dijadikan sebagai alat perpaduan dan berupaya meruntuhkan
tembok penghalang perpaduan. Perhubungan dan persefahaman dalam kalangan
masyarakat pelbagai etnik dapat dipupuk dan dimantapkan melalui bahasa Melayu.

Seterusnya, salah satu sebab akan pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dalam sistem pelajaran negara adalah untuk untuk menyatupadukan kanak-kanak sekolah
berbilang etnik. Hal ini dapat dirujuk dalam Matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan
menjelaskan dalam pendahuluan Akta pelajaran 1961. Selain itu, perkara ini ditegaskan lagi
dalam Laporan Razak 1956. Matlamat dalam sesuatu pembelajaran juga termasuk dalam
menekankan perpaduan pelajar daripada pelbagai etnik. Oleh hal yang demikian, bahasa
Melayu sesuai digunakan untuk mengungkapkan pelbagai disiplin ilmu. Hal ini demikian
kerana dengan memilih Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan dalam berlainan etnik,
secara tidak langsung hubungan antara etnik juga akan berkembang dan dapat menjadi
sebuah bangsa yang bersatu. Justeru, penulis menggalakkan para sarjana dan penulis kini
untuk menulis dalam bahasa Melayu. Dengan itu, negara bukan sahaja dapat melahirkan lebih
banyak buku dalam bahasa Melayu, tetapi juga dapat membina dan memajukan bahasa
MeJayu tahap tinggi. Penerapan nilai-nilai dalam Bahasa Melayu memounyai unsur-unsur
yang sesuai dan serasi dengan masyarakat dan persekitaran di negara ini.
Oleh itu, semua individu sewajarnya membangunkan dan memajukan Bahasa Melayu
berlandaskan pemikiran dan budaya. Bahasa merupakan alat komunikasi yang berkesan. Di
dalam aspek penggunaan Bahasa Melayu, dengan meningkatnya martabat Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, ianya membantu dalam merakamkan nilai budaya, sosial dan
moral bersama yang tercipta di negara Malaysia. Peranan Bahasa Melayu juga telah berjaya
mewujudkan sebuah peradaban yang gemilang dan menjadi sebuah negara yang mempunyai
rakyat yang taat dan setia. Sehubungan itu, demikianlah Bahasa Melayu merupakan tonggak
emosi dan ketaatan rakyat Malaysia kepada negara ini. lnilah bahasa yang menentukan
kelangsungan dan perpaduan kebangsaan. Fungsi Bahasa Melayu kepada masyarakat
sangat penting dan akan terus menjadi tonggak utama kekuatan bangsa, serta alat
pengucapan budaya dan tamadun yang mampu memikul dan mengisi agenda bangsa, dan
menangani perubahan dan keperluan masyarakat dan negara. Keamanan, persefahaman,
dan perpaduan yang dicapai selama ini adalah berkat kejayaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dalam sistem pendidikan, dan sebagai bahasa rasmi negara

Seterusnya, istilah laras bahasa bermaksud penggunaan bahasa berbeza yang digunakan
dari segi cara atau gaya seseorang di dalam sesuatu situasi. Oleh hal yang demikian,
daripada analisis laras bahasa yang telah dilakukan terhadap artikel ‘Bahasa Melayu, Suara
dari Bawah’ ini, terdapat beberapa jenis laras bahasa yang digunakan oleh penulis. Sebagai
contoh, ayat dalam artikel ini menggunakan laras bahasa biasa. Maksud laras bahasa biasa
ialah tiada sebarang konteks khusus atau terperinci yang melibatkan sebarang bidang ilmu
seperti sains dan matematik. Selain itu, pemilihan kata seperti diksi dalam laras bahasa biasa
sering digunakan dalam perbualan harian. Struktur ayat laras bahasa biasa juga lebih mudah,
ringkas dan padat. Terdapat dua jenis laras bahasa biasa iaitu formal yang digunakan dalam
perkara rasmi, dan tidak formal. Contoh laras bahasa biasa dalam artikel ini pada muka surat
9, perenggan kedua, baris pertama ialah ‘Bahasa Melayu menerapkan nilai-nilai yang sesuai
dan serasi dengan masyarakat dan persekitaran di negara ini. Bahasa Melayu dibangunkan
dan dimajukan berlandaskan pemikiran dan budaya bahasa Melayu.’. Contoh seterusnya di
muka surat 10, perenggan pertama, baris pertama ialah ‘Retorik merupakan elemen penting
dalam penulisan atau pengucapan awam. Retorik membantu menguatkan mesej dan
mengindahkan bahasa’. Kedua-dua ayat ini dikategorikan sebagai laras bahasa biasa kerana
mudah difahami, formal dan tidak melibatkan sebarang bidang ilmu yang lain.
Seterusnya, laras bahasa Matematik juga digunakan dalam artikel ini di mana laras bahasa
ini memainkan peranan dengan menggunakan unsur-unsur matematik seperti peratus,
poligon, algebra dan sebagainya. Contoh laras bahasa matematik dalam bahan ilmiah ini ialah
‘Mengikut Naisbitt, 85 peratus percakapan telefon antarabangsa, 80 peratus data dalam
beratus-ratus komputer, 70 peratus surat-menyurat, dan 60 peratus siaran radio di dunia
adalah dalam bahasa Inggeris’ pada muka surat 15, perenggan kedua, baris terakhir. Selain
itu, contoh seterusnya jika dirujuk di muka surat 17, perenggan kedua, baris ke dua ialah
‘Mengikut ramalan Michael Krauss daripada 6,784 bahasa yang dikenal pasti oleh
Ethno!ogue, 50 peratus daripadanya, iaitu 3,000 bahasa akan pupus dalam 1,200 bulan’.
‘Peratus’ merupakan istilah yang digunakan dalam teks tersebut dan menggambarkan jumlah
bahasa di dunia yang akan pupus. Peratus dapat menyatakan nombor dalam bentuk pecahan
daripada 100. ‘Peratus’ juga boleh memudahkan pembaca untuk mengetahui jumlahnya
dengan lebih tepat dan menyeluruh.

Di samping itu, laras bahasa undang-undang juga memainkan peranan yang sangat penting
dalam sesebuah artikel. Laras ini dapat membuktikan kesahihan sesebuah maklumat dalam
bahan ilmiah. Ayat yang digunakan akan berpandukan perundangan yang mempunyai prinsip
undang-undang tertentu dan berbentuk akta yang melibatkan seksyen dan bahagian undang-
undang. Selain itu, terdapat juga istilah khusus lain yang dipinjam daripada bahasa selain dari
Bahasa Melayu misalnya bahasa Inggeris. Kosa kata yang digunakan adalah berdasarkan
intepretasinya. Sehubungan itu, ayatnya juga kelihatan panjang kerana mengikut segala yang
termaktub dalam Perlembagaan. Hal ini sangat penting kerana sebarang kesalahan semasa
interpretasi boleh menyebabkan kesan yang sangat buruk. Sebagai contoh, pada muka surat
, perenggan pertama, baris kedua di dalam artikel ini ialah ‘Matlamat Dasar Pelajaran
Kebangsaan menjelaskan dalam pendahuluan Akta pelajaran 1961, iaitu untuk
menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang etnik’. ‘Perlembagaan’ didefinisikan sebagai
satu dokumen yang mengandungi segala susunan peraturan dan undang-undang dasar yang
menjadi asas sesebuah negara. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam
sesebuah negara dan harus diikuti oleh rakyatnya.

Seterusnya, laras bahasa sejarah pula digunakan untuk menggambarkan peristiwa yang
sudah berlaku. Laras bahasa ini mementingkan fakta yang tepat dan benar serta mestilah
mempunyai sesuatu maksud yang penting dan bermakna dalam konteks sejarah Malaysia.
Peristiwa yang tidak mempunyai sebarang kesahihan tidak boleh ditulis dalam konteks laras
bahasa sejarah. Contoh ayat yang mempunyai laras bahasa sejarah dalam teks tersebut
boleh dirujuk pada muka surat 12, perenggan ketiga, baris terakhir iaitu ‘Laporan Bank Dunia
pada tahun 1999, misalnya, menarik untuk meninjau kaitan taraf kemajuan sesebuah negara
dengan dasar bahasa kebangsaannya’. Ayat-ayat yang dinyatakan dikategorikan sebagai
laras bahasa sejarah kerana mempunyai tarikh yang memerihalkan peristiwa tersebut sudah
berlaku. Peristiwa-peristiwa tersebut juga penting dan bermakna kepada negara dan rakyat
jelatanya. Kemudian, penggunaan laras bahasa iklan. Tujuan penggunaaanya adalah untuk
menyampaikan maklumat berkesan. Ayatnya ringkas serta pendek tetapi penuh dengan
maklumat. Laras bahasa ini tidak mementingkan tatabahasa dan hanya mengunakan
pernyataan tertentu sahaja. Sebagai contoh yang terdapat dalam artikel ini di muka surat 13,
perenggan kedua, baris pertama, …dengan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”. Slogan ini dapat
menarik perhatian orang ramai seterusnya dapat disebarkan kepada seluruh negara. Slogan
ini ringkas, padat dan mempunyai maksud yang sangat mendalam. Slogan ini dikatakan laras
bahasa iklan kerana dapat menyampaikan maklumat atau mesej kerajaan kepada rakyat.

Akhir sekali, laras bahasa yang digunakan di dalam sumber ilmiah tersebut ialah laras bahasa
sastera. Laras bahasa ini biasanya terhasil daripada pengalaman penulis itu sendiri ataupun
cetusan imaginasi beliau. Terdapat istilah khusus ketika menulis ayat dalam laras bahasa
satera. Laras bahasa ini berbentuk figuratif dan turut mementingkan pemilihan diksi serta
mempunyai maksud yang tersirat. Nada untuk laras bahasa tersebut berbentuk puitis dan
bersifat komunikatif. Contoh yang terdapat dalam teks tersebut ialah pada muka surat 12,
perenggan kelima, baris pertama iaitu ‘Negara yang tidak mempunyai bahasa kebangsaan
ialah negara yang ketiadaan jiwa dan roh’. Ayat ini merupakan sejenis ungkapan. Nada yang
digunakan juga berbentuk puitis. Penggunaan perkataan “ketiadaan” menggambarkan
imaginasi penulis tersebut. Inilah antara contoh laras bahasa yang digunakan di dalam artikel
tersebut. Penulisnya telah menggunakan laras bahasanya bersesuaian dengan teksnya. Oleh
hal yang demikian, setiap jenis laras bahasa di dalam sesuatu bahan ilmiah itu sangat penting
agar pembaca dapat memahami konteksnya dan tidak terkeliru dengan mesej yang hendak
disampaikan oleh penulis.

Kesimpulannya, daripada keluruhan artikel yang telah dikaji perkara ini menunjukkan bahawa
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara Malaysia. Oleh
itu, sebagai seorang warganegara Malaysia, kita seharusnya mempelihara bahasa melayu
agar generasi muda sedar akan kepentingan bahasa melayu. Setiap lapisan masyarakat
mempunyai peranan sendiri dalam mengembangkan Bahasa Melayu ke seantero dunia.
Contohnya pelajar dapat menerapkan penggunaan bahasa kita di sekolah sebagai salah satu
cara bagi menarik minat bangsa lain untuk mempelajari Bahasa Melayu. Di samping itu, dalam
konteks analisis laras bahasa, kajian tentang jenis laras bahasa yang dilakukan di dalam
artikel ini telah memudahkan pembaca untuk memahami dan menilai maksud yang ingin
disampaikan oleh penulis. Pembacaan yang dilakukan akan menjadi lebih lancar dan mudah
dalam mengingati akan fakta yang disampaikan oleh penulis. Justeru, pengetahuan mengenai
laras bahasa penting untuk menghasilkan suatu pembacaan yang efisen dan dalam
menyampaikan sesuatu maksud kepada pembaca.

RUJUKAN:

1. Jeniri, B. A. (2013). Bahasa Melayu: Suara dari bawah. UNIMAS Publisher.

2. Chia Nean Ern, E. (n.d.). Tugasan 1 - Analisis LARAS BAHASA. pdfcoffee.com.


https://pdfcoffee.com/tugasan-1-analisis-laras-bahasa-pdf-free.html.

3. Lidang Mud Follow Scholar at GAMUDA, N. (2014). Jenis JENIS Dan ciri-ciri LARAS
BAHASA. SlideShare. https://www.slideshare.net/Nicholas940217/jenis-jenis-dan-
ciriciri-laras-bahasa.

4. Astera. (1970, January 1). LARAS bahasa Bahasa MELAYU. NOTA IPG. http://nota-
ipg.blogspot.com/2013/04/laras-bahasa-bahasa-melayu.html.

You might also like